PERUSAHAAN KECIL
DAN
SEDERHANA (PKS)
SEKTOR
PERTANIAN
PERTUMBUHAN EKONOMI
MELALUI
KEUSAHAWANAN
CENDAWAN
Prepared For :
SADN 1033
KENEGARAAN
MALAYSIA
SENARAI KANDUNGAN
i Senarai Ahli Kumpulan
1.0 Pengenalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
2.0 PKS dalam Sektor Pertanian
3.0 Industri Pertanian Cendawan
3.1 Cendawan
3.2 Aspek Pengeluaran Cendawan
3.3 Cabaran Penanaman Cendawan
3.4 Usaha Pembangunan dan Dasar
4.0 Profil Usahawan Cendawan Terpilih di Selangor
4.1 Pengenalan Syarikat
4.2 Maklumat Usahawan
4.3 Proses Penyediaan Rumah Cendawan di Lokasi
4.4 Proses Penyediaan Tanaman Cendawan
4.5 Penuaian Cendawan
4.6 Inovasi Cendawan Syarikat
5.0 Kesimpulan
Rujukan
i SENARAI AHLI KUMPULAN
1) Muhammad Hisyam bin ibrahim (289136)
2) Jearry Noel Bin Jefery (289057)
3) Umar farook bin saadon (289227)
4) Azwan Safuan Bin Omar (289297)
5) Muhammad Azman Afifi B. Zulfakhor (289129)
6) Muhammad Amin Bin Afandi (289126)
1.0 PENGENALAN
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang
terdapat di Malaysia terlibat dalam pelbagai
aktiviti ekonomi seperti pertanian asas,
perkilangan atau pembuatan, perkhidmatan
berkaitan perkilangan, perkhidmatan,
perlombongan, pengkuarian dan pembinaan
(Bank Negara Malaysia, 2005).
Berperanan sebagai agen pembangunan
sesebuah negara kerana kemampuannya
meningkatkan pengeluaran negara, mewujudkan
peluang pekerjaan, integrasi antara firma,
menjana eksport serta berkemampuan
membantu proses pengeluaran beberapa
industri berskala sederhana mahupun besar
(Namtahkumar et al., 2004).
Definisi baru yang telah diterima pakai bagi
menghuraikan makna PKS diberikan oleh SME
Corporation Malaysia (2013) adalah seperti berikut:
i. Pembuatan ii. Pekhidmatan
& sektor lain
Jualan tahunan Jualan tahunan
tidak lebih Rm50 tidak lebih RM20
juta ATAU bilangan juta ATAU bilangan
pekerja sepenuh pekerja sepenuh
masa tidak melebihi masa tidak melebihi
200 orang. 75 orang.
Berdasarkan definisi mengikut saiz operasi bagi
semua sektor pula memiliki jualan tahunan kurang
daripada RM300,000 ATAU bilangan pekerja
sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
Jadual bawah menyenaraikan definisi bagi kategori
kecil dan sederhana bagi sektor-sektor berkenaan:
Klasifikasi sektor pula dihuraikan seperti berikut:
Pembuatan Transformasi
bahan atau
Perniagaan agihan, komponen
hotel dan restoran, secara fizikal atau
kimia menjadi
kesihatan awam, produk baru.
hiburan, kewangan,
Perkhidmatan
penyelidikan dan
pembangunan
kejuruteraan
Sektor Lain Pertanian asas
Pembinaan
Perlombongan dan
pengkuarian
2.0 PKS DALAM SEKTOR PERTANIAN
Sektor pertanian memainkan peranan penting
dalam sistem ekonomi negara melalui
sumbangannya kepada pendapatan negara,
perolehan hasil eksport dan mewujudkan
peluang pekerjaan. Sektor ini juga berperanan
besar sebagai pembekal utama makanan dan
juga bahan mentah bagi industri-industri yang
berasaskan sumber. Dari segi sejarah, sektor
pertanian merupakan sumber utama ekonomi
Malaysia pada awal kemerdekaan dengan
memfokuskan kepada bijih timah dan getah.
Menurut Selvadurai (1978) peranan sektor
pertanian kepada ekonomi negara tidak dapat
dinafikan apabila menjadi penyumbang kepada
eksport utama, sumber pendapatan eksport
yang digunakan untuk tujuan mencapai objektif
sosio-ekonomi, menyediakan peluang
pekerjaan dan membekal sumber makanan.
Komitmen kerajaan terhadap pembangunan
sektor pertanian dapat dilihat melalui
pelaksanaan dasar dan program bagi memacu
perkembangan sektor pertanian.
Beberapa dasar yang diperkenalkan seperti Dasar
Pertanian Negara yang melalui beberapa fasa
menunjukkan hasil yang memberangsangkan
kepada pertumbuhan ekonomi. Terkini, kerajaan
Malaysia telah melaksanakan Dasar Agromakanan
Negara 2021-2023 (DAN 2.0) untuk tujuan
memacu pertumbuhan sektor pertanian dari
segala aspek. Keutamaan akan ditumpukan
kepada usaha mempertingkatkan produktiviti dan
pendapatan serta kualiti hidup dalam kalangan
pengeluar makanan berdasarkan matlamat
Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama yang
digariskan dalam Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030. Hasil daripada pelaksanaan dasar
ini membawa kepada sumbangan KDNK negara
yang meningkat dengan pertumbuhan sebanyak
6.8 peratus pada 2020 iaitu peningkatan hampir
100 peratus berbanding KDNK pada 2010.
Peningkatan sektor pertanian juga dapat dilihat
melalui eksport bahan makanan yang
menunjukkan pertumbuhan sebanyak 6.4 peratus
iaitu daripada RM18.1 bilion kepada RM33.7 bilion
(Sinar Harian, 25 Oktober 2021).
3.0 INDUSTRI PERTANIAN CENDAWAN
Usaha kerajaan untuk membangunkan sektor
pertanian dapat dilihat melalui peranan
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam
melahirkan usahawan cendawan.
Asia merupakan penyumbang sebanyak 74.64
peratus kepada pasaran cendawan dunia diikuti
oleh Eropah sebanyak 19.63 peratus dan
Amerika Syarikat sebanyak 4.92 peratus (Zhang
etal., 2014).
Permintaan yang semakin tinggi dan keupayaan
hasil dalam masa singkat serta pulangan
lumayan menjadikan tanaman ini diletakkan
sebagai salah satu daripada tujuh tanaman
industri bernilai tinggi di Malaysia (Jabatan
Pertanian Malaysia, 2015).
Menurut Tarmizi, Hairazi & Rozhan (2013)
sebagai tanaman herba, cendawan boleh
dimakan secara segar dan diproses selain
berupaya dioptimumkan potensinya dalam
industri lain seperti nutraseutikal, farmaseutikal
dan kosmetik.
3.1 CENDAWAN
Menurut Hernandez-Perz dan Paredes-Lopez
(2015) cendawan memiliki nilai nutrisi yang sangat
tinggi terdiri daripada protein, asid lemak tidak
tepu dan pelbagai kandungan vitamin. Cendawan
juga mengandungi kira-kira 19.0 peratus hingga
40.0 peratus protein (berat kering), dua kali lebih
protein daripada sayur-sayuran dan lebih empat
kali vitamin daripada buah oren selain menjadi
sumber alternatif kepada daging (Alexander, 2013).
Sekitar 6.0 peratus cendawan boleh dimakan dan
diketahui memiliki kebolehan dalam perubatan.
Ekstrak cendawan turut digunakan sebagai
rawatan pencegahan bagi penyakit Parkinson,
Alzheimer, Hipertensi, Strok serta mampu
mengurangkan risiko penyakit jantung. Khasiat
yang tinggi dalam cendawan menjadi pilihan
kebanyakan usahawan dalam meningkatkan nilai
tambah cendawan kepada penghasilan produk
kosmetik, penjagaan badan dan produk makanan
(Mohd Zaffrie & Rawaida, 2015).
Menurut kajian yang dijalankan oleh Chang dan
Miles (2004) menyatakan bahawa proses
penanaman dan nilai pemakanan cendawan tiram
adalah mudah dan tidak memerlukan kemahiran
teknikal. Manakala Manjit (2011) pula menyatakan
cendawan tiram mempunyai kelebihan dari segi
pertumbuhannya kerana sesuai mengikut iklim
negara Asia seperti berikut:
i. Ia tumbuh dalam pelbagai bahan buangan
pertanian dan suhu
ii. Ia kurang terdedah kepada penyakit.
iii. Kadar pertumbuhan yang lebih cepat dan
mudah ditanam
iv. Kos pengeluaran rendah
v. Mudah untuk dituai dan diproses terutamanya
dikeringkan.
Berikut merupakan jenis cendawan yang ditanam
secara komersial di Malaysia:-
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia, 2016.
3.2 ASPEK PENGELUARAN CENDAWAN
Penyediaan Bongkah Bhaahbaunkuktaaymuagbeotanhgk, daehdcaekndpaawdia, nkaiapluarh
Cendawan pertanian dan air. Kesemua bahan
habuk kayu, dedak padi dan kapur
pertanian dicampur dengan nisbah
100:10:1 bahagian. Majoriti pengusaha
akan mencampurkan bahan-bahan
menggunakan mesin pembancuh,
Bahan yang telah dicampur akan
dibasahkan dengan air sehingga 75
peratus lembapan.
mdcpeieolBnenlagitddphatgiaxrukapuowtkna1npuaad3-aibpnnlakceatlamdpnhekniehaa.i(nspengBniapreacddpl)dhaaiaiyaamnsdnanngaunpklktdPguaeeaaVmrmbrpraCseaaunebrasdbdsebt.iauegaaointunnzpggl6saakencsattmhik Pembungkusan
Bongkah cendawan akan dikukus
4sejlaammpaa6djaamsuphaud1a00sudhaurj9a5h.dPaerjnaghuasatahua
yang mengeluarkan cendawan pada
Pengukusan sdkraalma kyeacnilglatezilmahndyiaumbaehnsguguaindaaknanbotolenhg
memuatkan 90 bongkah cendawan
untuk satu pusingan. Manakala bagi
pengusaha berskala besar pula akan
menggunakan mesin pengukus atau
steamer yang boleh memuatkan
sebanyak 450 bongkah cendawan dalam
satu masa. Selepas pengukusan
dengan sempurna, bongkah
dijalankan disejukkan selama dua hari
cendawan
satu malam.
dpekconemclgmiepBa.nsrnuaBedohdamtapiahawtienlaunena-ntbnndguatgi(pdelhpuerilpanitessna)eahikybkecdakuaarinanmtddgnadagpblpineuapeelmrakarnadsananabapgpietabzPikgsso6Va.nupCncgldmaadkastaartxaahniuk13 Pembungkusan
Penyuntikan Bongkah cendawan yang telah sejuk
akan disuntik dengan benih cendawan
(miselium). Miselium ialah spora atau
benih cendawan yang bersifat halus.
Lazimnya gandum atau jagung
digunakan sebagai perumah benih
cendawan. Setiap bongkah disuntih 7 –
10 bijih benih jagung/gandum yang
telah diselaputi benih cendawan. Benih
cendawan yang baik adalah yang
berwarna putih dan bersih. Sebelum
bongkah disuntuik dengan benih,
beberapa langkah awal dilakukan oleh
pengusaha untuk menjamin
percambahan benih, antaranya
menjaga kebersihan diri dan pakaian
serta kebersihan bilik suntukan.
Pakaian perlu bebas daripada habuk
dan kotoran dan bilik suntik disembur
dengan larutan basmi kuman.
Kebanyakan pengusaha membeli benih
cendawan daripada Jabatan Pertanian
Malaysia atau pengusaha swasta.
Pemeraman Bongkah yang telah disuntik dengan
biji benih akan diperam dalam bilik
pemeraman. Pemeraman bertujuan
mengaktifkan spora benih
cendawan. Spora akan dibiarkan
sehingga memenuhi keseluruhan
substrat di dalam bongkah
cendawan. Kebiasaannya proses ini
mengambil masa 40 – 50 hari.
Keseluruhan bongkah yang dipenuhi
spora biasanya akan berwarna
putih. Setiap pengusaha akan
membuang atau menanam bongkah
yang rosak dan dicemari bahan
asing. Dalam tempoh pemeraman,
pengusaha menyiram air tiga kali
sehari pada lantai rumah cendawan
dan badan bongkah cendawan.
Lazimnya, putik cendawan akan Penghasilan dan pungutan
kelihatan selepas 2 -3 hari penapis hasil
pengudaraan dibuka. Cendawan yang
matang dan cantik dipetik pada hari
keempat atau kelima selepas penapis
udara dibuka. Cendawan dipetik
dengan menarik kesemua rumpun
cendawan yang keluar. Selepas
cendawan dipetik, miselium
direharkan selama 7 – 10 hari dengan
menutup semula penapis
pengudaraan pada permukaan
bongkah. Penutup dibuka semula
pada hari keempat atau kelima untuk
hasil pusingan kedua. Cara yang sama
dilakukan untuk penghasilan ketiga
dan keempat. Kawalan suhu dan
kelembapan adalah sangat penting
semasa bongkah cendawan
mengeluarkan hasil. Suhu paling
optimum ialah 25 darjah dan
kelembapan optimum pada tahap 80 –
95 peratus. Untuk mengawal suhu dan
kelembapan ini pengusaha menyiram
atau membuat semburan air pada
sebelah pagi dan tengah hari. Kawalan
cahaya di dalam rumah pengeluaran
cendawan juga adalah penting.
Pencahayaan yang optimum adalah
tidak terlalu terang dan tidak terlalu
gelap.
Kawalan Penyakit PcemedrnaoednsnAaaynswkeeparymeanarnangigtaiglollsbaiduuhi.absK,tssuiadtkrlaumaantste-,kinTlauaryllaileacahrhtya,oPynldeiapgennatrigcsami,nblahlaii.auamsmmaaa,n
cpeennPdykeaainmwkgiauutnasdaedshenaapgneamrrnatekimnDmgeeametwtnboagellgrdmusainuhnaskLkuaeahnyndsrbouaalnm.haahn
Lazimnya pengusaha membersihkan
rumah cendawan selepas tamat
pusingan pengeluaran atau musim
penanaman.
myeatmnidtygeaaaCprssknePeheakgnndeanredndagkdtraiepgaaaaawlutanpnusmatsaeaaacnaenmnermpghnganieeaesyanedrmeelln.bmauanbPieiwhanadiaennrsagibpnuartaknkrgianhnaoaekak.iytdnlenepuasupepraemkauarertkmdiemaynaaalangiepanonupbyhntgseaiatharunhaihangauiaihnnk. Pemasaran
3.3 CABARAN PENANAMAN CENDAWAN
Pemintaan terhadap cendawan di pasaran adalah
tinggi berbangi saiz industri ini di Malaysia.
Penanaman cendawan merupakan sektor
pertanian yang masih baru dan kecil serta tidak
memapu menghasilkan atau memenuhi
permintaan cendawan dalam negara.
Pertambahan penduduk dan perubahan gaya
hidup masyarakat meningkatkan kadar
pertumbuhan permintaan terhadap cendawan
melebihi kadar pertumbuhan pengeluaran. Antara
isu dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan
tanaman cendawan di Malaysia ialah benih
cendawan yang dibeli daripada agensi pertanian
dan swasta kurang berkualiti sehingga
menggagalkan pertumbuhan benih cendawan
(Mohd Zaffrie et al, 2013). Kebanyakan usahawan
cendawan terpaksa mendapatkan bekalan benih
daripada sumber yang jauh dan ini menyebabkan
peningkatan kepada kos operasi.
Tambahan pula menurut Rinker (2017) ancaman
penyakit, kulat dan serangga menyebabkan
pertumbuhan cendawan terbantut sehingga
membawa kepada kemusnahan tanaman. Musuh-
musuh kepada tanaman cendawan pada peringkat
pengeluaran adalah sukar dikawal sehingga
menyebabkan semua bongkah yang terkena
jangkitan dibuang. Keadaan ini akan menyebabkan
kerugian besar kepada usahawan cendawan
(Rosmiza et al., 2019). Selain itu, pertumbuhan
cendawan dipengaruhi oleh faktor cuaca, suhu,
cahaya dan kelembapan. Persekitaran dan
penyediaan prasarana yang kondusif adalah
diperlukan bagi memastikan kualiti cendawan
adalah terbaik. Sistem siraman untuk kelembapan
dan pengawalan suhu yang rendah serta
pengudaraan dalam rumah cendawan juga perlu
diambil kira supaya agar penghasilan cendawan
adalah tinggi (Nasnan, 2015).
Menurut Rosmiza dan Juliana (2017) kebanyakan
usahawan cendawan di Malaysia menceburi
industri ini atas dasar minat yang mendalam serta
untuk tujuan menjana pendapatan. Namun, tahap
kejayaan mereka adalah kurang menyerlah kerana
kekurangan ilmu pengetahuan serta kemahiran
berkaitan pengurusan tanaman dan pengurusan
lepas tuai, kurang inovasi, tidak bersifat kreatif dan
skop industri yang tidak bersifat komersial,
keupayaan mengekalkan bekalan secara
berterusan dan kesulitan menghasilkan nilai
tambah terhadap produk cendawan (Thilakaratna
& Pathirana, 2018). Menurut Shipra et al., (2018)
pula mendakwa aspek tahap pendidikan usahawan
amat mempengaruhi tahap keupayaan mereka
memahami latihan yang diberikan. Oleh itu,
kepentingan ilmu dan inovasi dalam pengurusan
tanaman amat penting untuk kelangsungan
perniagaan.
Bukan itu sahaja, cabaran dari segi bahan mentah
khususnya habuk kayu getah yang semakin
berkurangan. Habuk kayu getah merupakan bahan
mentah utama dalam pengeluaran cendawan
tiram. Penanaman pokok getah yang semakin
berkurangan membataskan bekalan habuk kayu
getah dan hal ini akan meningkatkan persaingan
antara usahawan cendawan untuk mendapatkan
sumber bahan mentah. Keadaan ini seterusnya
akan meningkatkan kos operasi, sebagai contoh
harga habuk kayu akan meningkat daripada purata
RM300/lori tiga tan kepada lebih RM500/lori tiga
tan. Disamping itu, beberapa pengkaji melihat
bahawa kurangnya sokongan daripada pihak
kerajaan dan swasta juga merupakan cabaran
kepada usahawan cendawan. Kebanyakan
usahawan cendawan kekurangan modal untuk
menjalankan inovasi dan teknologi selain kesulitan
mengembangkan pasaran (Chang & Wasser, 2017).
3.4 USAHA PEMBANGUNAN DAN DASAR
Sejak awal tahun 1960-an, penanaman cendawan
jenis shiitake telah bertapak di negara ini melalui
kaedah memasukkan benih ke dalam lubang
kayu yang digunakan sebagai media tanaman.
Usaha berterusan itu berkembang sehingga
tahun 1970-an apabila Jabatan Pertanian
Malaysia telah menggalakkan pesawah padi
untuk menanam cendawan jerami di atas batas
sawah bagi menambah sumber pendapatan.
Kemudian, dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga,
sektor pertanian telah memberi penekanan
kepada industri cendawan dalam usaha untuk
menarik minat usahawan baru terlibat dalam
perusahaan cendawan. Walau bagaimanapun,
beberapa isu seperti kualiti benih cendawan yang
kurang baik telah menyebabkan produktiviti
cendawan menjadi rendah sehingga
merencatkan pembangunan industri cendawan
negara.
Namun, pada tahun 2010, kerajaan telah
merangka dasar pertanian melalui Dasar
Agromakanan Negara 2011-2020 dengan
menjadikan perusahaan cendawan sebagai salah
satu industri yang bernilai tinggi. Melalui dasar
ini pengeluaran cendawan telah ditingkatkan
dengan peluasan kawasan tanaman daripada 78
ha pada tahun 2010 kepada 340 ha pada tahun
2020. Manakala dari segi produktiviti dijangka
akan meningkat daripada 190 t/ha pada 2010
kepada 193 t/ha pada 2020 (DAN 2015).
Pembangunan tanaman ditumpukan kepada
kawasan tanah terbiar dan dijalankan secara
integrasi bersama tanaman lain seperti kelapa
sawit dan getah. Usaha kerajaan ini diteruskan
melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2023
(DAN 2.0) untuk meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara melalui sektor pertanian.
Usaha kerajaan kepada pembangunan industri
cendawan melalui penghasilan pelbagai
teknologi untuk memperbaiki teknik penanaman,
peningkatan produktiviti dan penghasilan produk
hiliran. Antaranya melalui penerbitan Manual
Teknologi, Buletin Teknologi, Agromedia,
makalah MARDI dan siri khidmat nasihat serta
latihan kepada usahawan yang berminat.
Selain itu, beberapa teknologi telah dibangunkan
untuk meningkatkan kualiti pasaran penanaman
cendawan melalui teknologi menggunakan sisa
pertanian seperti jerami padi dan tandan kosong
kelapa sawit sebagai bahan media tanaman
cendawan berbanding penggunaan habuk kayu
getah. Penggunaan teknologi penghasilan benih
cendawan dalam bentuk cecair berbanding
kaedah lama yang menggunakan benih dalam
bentuk bijirin.
Dari segi teknik penanaman cendawan pula
dibangunkan menggunakan sistem rak, batang
kayu atau gantung berbanding kaedah lama yang
menggunakan rak kayu. Penghasilan produk
hiliran juga menerima implikasi daripada aplikasi
teknologi terkini melalui penghasilan produk sos
cendawan, burger cendawan dan keropok lekor
cendawan berbanding cendawan goreng
sebelum ini.
Nilai eksport cendawan segar pada tahun 2019
bernilai USD14.05 Juta manakala cendawan yang
diproses (dalam bentuk tin) bernilai USD484,000
(FAOSTAT, 2021). Justeru, penggunaan teknologi
penghasilan benih dan penanaman cendawan
yang efisien adalah amat diperlukan oleh
penanam cendawan untuk memenuhi sasaran.
4.0 PROFIL USAHAWAN CENDAWAN
TERPILIH DI SELANGOR
Selangor merupakan negeri pengeluar utama produk
cendawan yang terbesar di Malaysia. Ini dibuktikan
melalui pengeluaran cendawan Selangor sebanyak
1813.5 tan metrik (46.3%) daripada jumlah
pengeluaran cendawan di Semenanjung Malaysia iaitu
3916.18 tan metrik (Rosmiza et al., 2018). Populasi
usahawan PKS cendawan yang aktif dan berdaftar
dengan Jabatan Pertanian Negeri Selangor adalah
seramai 40 orang. Oleh itu, tugasan ini akan memilih
salah seorang usahawan cendawan untuk melihat
aspek pengurusan penanaman cendawan yang
merupakan salah satu penyumbang kepada industri
pertanian negara.
4.1 Pengenalan Syarikat
Syarikat Rumah Cendawan Tiram Kelabu
ditubuhkan pada 1 Februari 2010 oleh usahawan
cendawan bernama Mohd Tarmizi Bin Rozhan.
Beliau berumur 35 tahun dengan pengalaman
khusus dalam penanaman cendawan selama lebih
kurang 19 tahun. Pengalaman beliau dalam bidang
ini bermula sejak berumur 18 tahun lagi, apabila
sering membantu arwah bapanya dalam
perniagaan cendawan secara kecil-kecilan di rumah.
Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk
menceburi bidang pertanian secara eksklusif dan
lebih khusus dalam memajukan teknologi pertanian
terutama berkenaan dengan tanaman cendawan.
Sebelum penubuhan syarikat Rumah Cendawan
Tiram Kelabu, En. Tarmizi telah membuat penelitian
dan pemerhatian khusus mengenai prospek
kejayaan perusahaan cendawan pada masa akan
datang. Hasil daripada penelitian itu membawa
kepada kewujudan sebuah syarikat perisendiran
berasaskan cendawan tiram kelabu.
4.2 Maklumat Usahawan
4.3 Proses Penyediaan Rumah Cendawan di Lokasi
Pengurusan rumah cendawan merupakan
prosedur penting dalam proses penanaman
cendawan. Berdasarkan pemerhatian dan
analisa di Rumah Cendawan Tiram Kelabu,
sistem pengurusan rumah cendawan
dijalankan secara manual. Secara asasnya,
beberapa faktor penting bagi memastikan
pertumbuhan cendawan dengan baik iaitu
suhu persekitaranm, kelembapan relatif,
cahaya, karbon dioksida dan aliran udara
dalam rumah cendawan. Pada kebiasannya,
rumah cendawan yang wujud di Malaysia
menggunakan dinding netting dan lantai
bersimen bertujuan untuk memberikan
pengudaraan yang baik selain kalis kepada
serangga dan penyakit
Rumah cendawan ini memerlukan 3 ruang seperti
berikut:
i. Ruang penyediaan: Tempat untuk menggaul
medium,mengisi beg cendawan dan mengukus.
ii. Bilik suntik: Tempat untuk menyuntik benih
cendawan ke dalam beg. Bilik ini mestilah sentiasa
bersih.
iii. Ruang rak beg cendawan: Ruang ini untuk
meletakkan rak-rak beg cendawan yang diperam
dan juga cendawan yang mengeluarkan hasil.
4.4 Proses Penyediaan Tanaman Cendawan
4.5 Penuaian Cendawan
Putik cendawan akan kelihatan selepas 2 -3 hari
penapis pengudaraan dibuka. Cendawan yang
matang dan cantik dipetik pada hari keempat
atau kelima selepas penapis udara dibuka.
4.6 Inovasi Cendawan Syarikat
5.0 KESIMPULAN
Sumbangan PKS kepada ekonomi negara dari segi
KDNK, eksport dan guna tenaga sememangnya tidak
boleh disangkal lagi sehingga ke hari ini. Pengukuhan
peranan PKS kepada ekonomi dibuktikan melalui
pencapaian yang terus berkembang walaupun
mendepani pelbagai cabaran dalam persekitaran global
yang tidak menentu. Perkembangan berterusan PKS
dipacu oleh sektor pertanian yang merupakan salah satu
asas kepada pertumbuhan dan permbangunan ekonomi
negara. Sektor ini bukan lagi sektor yang dikuasai oleh
petani tradisonal tetapi golongan profesional, usahawan
tani dan ahli korporat yang mempunyai kemahiran
perniagaan. Peralihan kepentingan sektor pertanian juga
menyaksikan kepentingan keusahawanan dalam
membantu meningkatkan pendapatan negara, salah
satunya melalui sektor pertanian cendawan. Pertanian
kini merupakan sektor yang menghasilkan pendapatan
yang tinggi jika diuruskan dengan baik dari aspek
kewangan, pemasaran, sumber manusia dan teknologi.
Tambahan pula, keadaan dunia pada masa kini dilanda
krisis makanan global menuntut supaya sektor
pertanian sentiasa bersedia dalam menghadapi
sebarang kemungkinan kepada cabaran itu dan
matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dapat
direalisasikan.
RUJUKAN
Alexander. (2013). How to grow your own oyster mushrooms on straw. The
Premature Research Institute.
Bank Negara Malaysia. (2005). Definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS). Diakses daripada laman web: https://www.bnm.gov.my/
Chang & Miles. (2004). Mushrooms: Cultivation, nutritional value, medical
effect and environmental impact, (2 nd ed). United State: CRC Press.
Chang & Wasser. (2017). The cultivation and environmental impact of
mushrooms. Agriculture and the Environment. Oxford Research
Encyclopedia, Environmental Science. USA: Oxford University Press.
Jabatan Pertanian Malaysia. (2015). Statistik pertanian. Diakses daripada
laman web: https://www.doa.gov.my/
Manjit. (2011). Mushroom production: An agribusiness activity mushroom
cultivation, marketing and consumption. Himachal Pradesh: Directorate of
Mushroom Research.
Marshall & Nair. (2009). Make money by growing mushrooms. Rome: Food
and Agriculture Organization (FAO) of the United Nations.
Mohd Tarmizi, Hairazi, & Rozhan. (2013). Understanding the mushroom
industry and its marketing strategies for fresh produce in Malaysia. Economic
and Technology Management Review, 8, 27-37.
Mohd Zaffrie & Rawaida. (2015). Laporan kajian sosioekonomi 2015. Dlm.
Rozhan Abu Dardak, Chubashini Suntharalingam, Shahrin Suhaimee, Nik
Rozana Nik Mohd Masdek, Fadhilah Annaim Huda Hashim (pnyt.). Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Mohd Zaffrie Mat Amin dan Muhamad Syafiq Ahmad Dani. (2020). Laporan
Kajian Sosioekonomi 2020. Diakses daripada laman web:
http://etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2020/Bab%2012%20Laporan%20ES.p
df
Mohd Zaffrie, Yaseer Suhaimi Mohd, & Azahar Harun. (2013). Daya maju
perusahaan cendawan tiram di Semenanjung Malaysia. Economic and
Technology Management Review, 8, 13-25.
Nanthakumar a/l Loganathan, Mohd Najit Sukemi, Mohd Nasir Nawawi, Madzli
Harun & Zuha Rosufila. (2004). Perusahaan Kecil dan Sederhana. Kajian Kes:
Pesisiran Pantai Timur Semenanjung Malaysia.The 4th International Malaysian
Studies Conference. UKM.
Nasnan. (2015). Tanaman cendawan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rinker. (2017). Insect, mite, nematode pests of commercial mushroom
production. In Zied, D.C., & Pardo-Gimenez, A. (Eds.). Edible and medicinal
mushrooms: Technology and applications. John Wiley and Sons Ltd.
Rosmiza & Juliana. (2017). Kecenderungan penglibatan agropreneur dalam
industri tanaman cendawan di Selangor. Geografia Malaysian Journal of Society
and Space, 13, 37-46.
Rosmiza, Juliana Mah Hussin, & Mimi Halida Ghazali. (2019). Pengetahuan
agropreneur terhadap potensi sisa substrat cendawan dan kaedah pengurusan
lepas tuai tanaman cendawan. Geografia: Malaysian Journal of Society and
Space, 15(3), 148-162.
Rosmiza, Juliana Mah Hussin, Rosniza Aznie, Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil.
(2017b). Pengurusan sisa substrat cendawan dalam kalangan agropreneur muda
cendawan (eds.) Rosniza Aznie Che Rose, Zaimah Ramli, Sarmila Md. Sum, Lam
Kuok Choy, Rosmiza Mohd Zainol. Proceeding on 1st SEEDS 2017 International
Conference, 20-21 November. 132-138.
Rosmiza, Rosniza, Mazdi Marzuki & Jabil Mapjabil. (2018). Kajian Permintaan
Cendawan Menerusi Perspektif Agropreneur Cendawan di Selangor.
Geografi Vol, (6), No. (3) Special Issue, 76-85.
Saleh & Ndubisi. (2006). An Evaluation of SME Development in Malaysia.
International Review of Business Research Papers, 2(1), pp.1–14.
Shipra, Kumari, & Kumari. (2018). Impact of mushroom cultivation on
socioeconomic status of rural women in Samastipur District of Bihar.
Bulletin of Environment, Pharmacology and Life Sciences, 7(12), 90-94.
Sinar Harian. (25 Oktober 2021). Pertanian pintar pemacu perubahan
utama Dasar Agromakanan Negara. Diakses daripada laman web:
https://www.sinarharian.com.my/article/168657/BERITA/Nasional/Pertanian-
pintar-pemacu-perubahan-utama-Dasar-Agromakanan-Negara
SMECORP. (2013). Definisi PKS. Diakses daripada laman web:
https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/component/content/article/87-
definisi-pks-sme-info/371-definisi-pks?Itemid=437
Thilakaratna & Pathirana. (2018). Prospects and challenges of mushroom
production in Kuruwita, Sri Lanka.: Comparative report on two consecutive
years. Journal of Dry Zone Agriculture, 4(1), 1-7.
Valverde, Hernandez-Perez, & Paredes-Lopez. (2015). Edible mushrooms:
Improving human health and promoting quality life. International Journal of
Microbiology, 1:1-14.
Zhang, Geng, Shen, Wang, & Dai. (2014). Edible mushroom cultivation for
food security and rural development in China: bio-innovation, technological
dissemination and marketing. Sustainability, 6: 2961-2973.