TAN SRI HAJI HASSAN YUNUS
Disediakan oleh;
| ORKED KHALIESYA BINTI MOHAMAD HAKIM|
BIODATA PESERTA
NAMA ORKED KHALIESYA BINTI MOHAMAD HAKIM
KELAS 5 KREATIF
NAMA DAN SK (P) BANDAR KLUANG (INTEG), JALAN ESA,
ALAMAT 86000 KLUANG JOHOR.
SEKOLAH
EMEL [email protected]
(ii)
ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
PENDAHULUAN 1
BIODATA TOKOH PEMIMPIN 2
PENDIDIKAN TOKOH PEMIMPIN 3
4-5
KERJAYA TOKOH 6-8
SUMBANGAN TOKOH 9
NILAI-NILAI KEPIMPINAN OLEH TOKOH 10
PENUTUP/KESIMPULAN 11
SUMBER RUJUKAN
(ii)
PENDAHULUAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Buku Skrap Digital ini dihasilkan bagi menitipkan kisah tentang ciri-ciri kepimpinan
salah seorang tokoh pemimpin di Johor Dari Takzim.
Tokoh yang telah saya angkat darjatnya di dalam buku skrap ini ialah
Allahyarham Yang Berbahagia Tan Sri Haji Hassan bin Haji Yunus. Beliau yang
merupakan anak jati Negeri Johor dan berasal dari Muar ini sangat berjiwa besar dan
dihormati oleh rakyat.
Seorang yang kuat mencari ilmu dan menceburi pelbagai bidang dalam politik
dan menjawat jawatan yang menyokong bangsa Melayu agar terus maju. Sumbangan
dan jasa bakti dari beliau sangat menyentuh jiwa rakyat dan memberi kesan kepada
pembangunan negeri Johor sehinggakan beberapa tempat dan bangunan dinamakan
bersempena nama beliau sendiri.
Bakat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Hassan Yunus jelas terserlah
dalam setiap bidang yang diceburinya. Dengan terhasilnya buku skrap ini, maka saya
sendiri mendapat satu pengetahuan baru tentang tokoh pemimpin yang berjaya ini.
(1)
BIODATA TOKOH PEMIMPIN
Tan Sri Dato’ Haji Hassan bin Yunus (lahir 1907- 12 Julai
1968 di Muar, Johor) merupakan ahli politik UMNO dari
Johor, Semenanjung Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri
Besar Johor (27 Jun 1959 - 31 Januari 1967), Mufti Johor dan
seorang pengarang. Beliau telah mendirikan rumahtangga
dengan Datin Rugayah binti Dato’ Abdullah pada 20 September
1884 dan mempunyai 3 orang anak.
YANG BERBAHAGIA DATO HJ
TAN SRI HAJI HASSAN YUNUS
Nama Penuh : Hassan bin Yunus
Tarikh Lahir : 1907
Tempat Lahir : Bandar Maharani Muar, Johor.
Nama Isteri : Puan Sri Rugayah binti Abdullah
Tarikh Perkahwinan : 20 September 1984
Cahayamata : 3 orang anak
Pekerjaan 1) Suaad Hassan
Kawasan Pilihanraya 2) Murad Hassan
Meninggal Dunia 3) Udad Hassan
: Ahli Politik
: Bukit Serampang
: 12 Julai 1968 di Johor Bahru.
(2)
PENDIDIKAN TAN SRI HASSAN YUNUS
Beliau pernah berguru dengan Muhammad Yusuf bin Ahmad
atau ‘Tok Kenali’ di Kelantan. Seterusnya belajar di Universiti Al - Azhar,
Mekah dalam bidang Syariah. Setelah menamatkan Pendidikan awal di Muar,
Kerajaan Johor telah menghantar beliau melanjutkan pelajaran di Makkah dan
kemudian memperolehi diploma dalam bidang Syariah pada 1939 dari
Universiti Al - Azhar, Mesir.
(3)
KERJAYA TAN SRI HASSAN YUNUS
Beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti
(1 Januari 1940). Pada 1 Januari 1943 menjadi Penolong Kadi
dan memanggku jawatan Mufti Johor hinggalah
sebelum merdeka. Beliau dilantik menjadi Ahli
Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis
Mesyuarat Undangan Negeri Johor. Ketika menjadi
Pemangku Mufti, Tan Sri Haji Hassan Yunos menunjukkan
iltizam dalam kegiatan pertubuhan atau badan ‘Lajnah Penghubung Pelajaran Agama
Islam Muar’ atau dikenali sebagai LAJNAH yang ditubuhkan pada 1 Mac 1947.
Beliau adalah Mufti Negeri yang berkhidmat dari tahun 1941 hingga 1947 dan
Menteri Besar berkhidmat dari tahun 1959 hingga 1967 di Johor , Malaysia . Dia
adalah ahli United Malays National Organisation (UMNO), parti komponen
gabungan Barisan Nasional ( dahulunya Parti Perikatan ).
(4)
SEJARAH KERJAYA TAN SRI HASSAN YUNUS
Hassan Yunus
PMN SPMJ PIS
Ke - 10 Menteri Besar Johor
Di pejabat
27 Jun 1959 - 31 Januari 1967
Didahului oleh Wan Idris Wan Ibrahim
Berjaya oleh Othman Saat
Kawasan pilihan raya Bukit Serampang
Presiden Majlis Mahkamah Diraja Johor
Di pejabat
28 Ogos 1959 [1] - 8 November 1966 [2]
Berjaya oleh Abdul ahman Mohamed Yassin
Anggota Dewan Undangan Negeri Johor
untuk Bukit Serampang
Di pejabat
1959 – 1968
Didahului oleh Kawasan pilihan raya ditubuhkan
Berjaya oleh Abdul Rahman Mahmud
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Utara
Di pejabat
1955 – 1959
Didahului oleh Kawasan pilihan raya ditubuhkan
Berjaya oleh Ahmad Arshad
sebagai Ahli Parlimen Persekutuan
Tanah Melayu untuk Muar Utara
Mufti Negeri Johor
Di pejabat
1941 - 1947 [3]
Didahului oleh Alwi bin Thahir al - Haddad
( 1934 – 1941 )
Berjaya oleh Alwi bin Thahir al - Haddad
( 1947 – 1961 )
(5)
SUMBANGAN TAN SRI HASSAN YUNUS
Sebelum Perang Dunia II beliau menyertai Persatuan Melayu Johor. Dia bersama
menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor yang menandatangani
Perjanjian Malayan Union pada 1946. Dr Ismail Abdul Rahman pernah mencadangkan
agar Hassan Yunus menjadi Mufti Johor tetapi dibantah oleh Dato’ Onn Jaafar.[5]
Beliau merupakan seorang ’ Orang Tujuh ‘ atau ‘ Kumpulan Tujuh’ yang mengemukakan
bantahan tersebut. Enam yang lain ialah Dato’ Abdul Rahman Mohamed Yassin (Ketua),
Kosai bin Muhammad Salleh (Dato’), Dr Awang bin Hassan (Tun), Suleiman bin Abdul
Rahman (Dato’) dan Cikgu Ahmad Sulaiman dan Safiah Sulaiman, yang kesemuanya
berasal dari Muar.[6] Dato’
Apabila Dato’ Onn meninggalkan UMNO, bekas pemimpin PMJ termasuk Haji
Hassan Yunus menguasai UMNO Johor. Setelah UMNO disusun semula pada 1947, Haji
Hassan bergerak aktif di Muar dengan memegang jawatan Pengerusi Penerangan UMNO
Muar. Dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Persekutuan, beliau memenangi kerusi Muar
Utara dengan mengalahkan calon Parti Negara. Setelah itu beliau dilantik menganggotai
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Dalam Pilihan Raya Umum 1959, Haji Hassan Yunus
memenangi kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau dilantik sebagai Menteri Besar
Johor melalui sistem demokrasi pada 27 Jun 1959. Beliau ialah Menteri Besar yang
pertama di lantik menerusi proses pilihan raya Dalam pilihan raya umum 1964, sekali lagi
memenangi pilihan raya kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang dan terus dilantik menjadi
Menteri Besar Johor sehingga 31 Januari 1967. Beliau merupakan Menteri Besar Johor
pertama dilantik menerusi proses pilihanraya.
(6)
SUMBANGAN DAN DARJAH KEBESARAN
TAN SRI HASSAN YUNUS
Kehormatan Malaysia :
• Malaysia :
• Johan Mangku Negara ( JMN ) (1958) [7]
• Panglima Mangku Negara ( PMN ) – Tan Sri ( 1962 )[8]
• Pingat Peringatan Malaysia - Emas (PPM) (1965) [9]
• Johor :
• Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama
( SPMJ ) – Dato’ (1959) [10]
• Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (PIS I) (1961 )[11]
(7)
SUMBANGAN DAN LEGASI TAN SRI HASSAN YUNUS
Tempat yang dinamakan sempena nama Haji Hassan Yunus :
Beberapa tempat diberi nama selepasnya, termasuk:
•Stadium Tan Sri Dato 'Haji Hassan Yunos di Johor Bahru, Johor
•Jalan Dato Haji Hassan Yunus di Bandar Penawar, Johor.
•SMK Dato Haji Hassan Yunus, sebuah sekolah menengah di
Renggam, Johor.
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos
Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin,
ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Ia
dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato’ Hj. Hassan
Yunos .[1] Stadium yang mula dibina pada tahun 1964 mampu menampung kapasiti 15,000
orang sebelum diubahsuai pada tahun 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Pada
2013, Perbadanan Stadium Johor telah menyerahkan stadium ini dengan hakmilik penuh
kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor dengan diselenggara oleh Johor Corporation.
Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos kini memiliki keupayaan menampung 28,000
penonton dengan 22,000 tempat duduk.
(8)
SUMBANGAN DAN LEGASI TAN SRI HASSAN YUNUS
Sekolah Menengah kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunos
Sekolah Menengah kebangsaan Dato’ Haji Hassan Yunos merupakan Sekolah menengah
kebangsaan yang terletak di Renggam, Kluang, Johor.
SMK Dato’ Haji Hassan Yunos, Rengam (JEE2042) terletak 21 KM dari bandar Kluang
telah dibuka pada tahun 1965 dengan nama asalnya Sekolah Lanjutan Rengam dengan
menumpang di SR Jubli Intan, SR Cina Chin Chiang dan SR Tamil, Rengam. Pada Awal
tahun 1996, sekolah ini dibe rikan nama baru iaitu Sekolah Menengah Rendah Inggeris,
Rengam . Pada bulan Mac 1966 namanya ditukar lagi menjadi Sekolah Menengah Rendah
Inggeris/ Kebangsaan Rengam. Pada 26 Mac 1969 dengan rasminya sekolah ini diberi nama baru
iaitu Sekolah Menengah Dato Haji Hassan Yunos, mengambil sempena nama Menteri Besar
ketika itu. Antara sekolah-sekolah rendah yang menjadi penyumbang pelajar-pelajarnya
‘feeder school’ kini ialah SK Jubli Intan, SK Bandar Rengam, SK Seri Kg.Rengam, SJKC
Chin Chiang, SJKC Sayong, SJKT Ladang Sembrong dan SJKT Bukit Rengam, Rengam.
Jalan Dato Haji Hassan Yunus
•Jalan Dato Haji Hassan Yunus di Bandar
Penawar, Johor
(8)
NILAI-NILAI KEPIMPINAN TOKOH
Tan Sri Dato’ Haji Hassan bin Haji Yunus merupakan seorang ahli politik
yang sangat bersemangat tinggi dan berwawasan. Beliau pernah
menjadi Menteri Besar Johor (27 Jun 1959 – 31 Januari 1967), Mufti Johor
dan seorang pengarang.
Beliau mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi dengan diberi
kepercayaan dengan menggalas jawatan penting dalam politik yang diceburinya.
Antara sikap kepimpinan beliau yang lain adalah :
❖ Sentiasa kuat menimba ilmu dan berguru ke serata tempat
❖ Kuat berfikir untuk mencapai kejayaan
❖ Cekal dan tidak putus asa dalam setiap perkara yang dilakukan.
(9)
PENUTUP DAN KESIMPULAN
Buku Skrap ini telah dihasilkan bagi mengenang dan mengupas semula tentang
kewibawaan dan kejayaan dari tokoh pemimpin di Johor iaitu Tan Sri Dato’ Haji Hassan
bin Haji Yunus.
Jelas sekali, Tan Sri Hassan Yunus banyak berbakti untuk Negeri Johor dan ciri-ciri
kepimpinan dari beliau turut terbukti apabila beberapa tempat dan bangunan telah dinamakan
bersempena nama beliau bagi menyemat rasa terima kasih rakyat kepada segala jasa yang
ditaburkan.
Dengan terhasilnya buku skrap ini, saya Orked Khaliesya mengucapkan ucapan
terima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu khasnya Cikgu Norkhanani binti
Ahmad Zohdi, (Guru Kaunseling), Cikgu Saifulnizam (Guru PSS) dan tidak lupa kepada ibu
saya sendiri iaitu Cikgu Ainulashik binti Hussin, yang telah sama-sama berkorban masa dan
tenaga sepanjang saya membuat carian internet, buku rujukan dan bahan bacaan yang lain.
Terima kasih kepada pihak PPD dan MGK kerana menyebarkan pertandingan buku
skrap ini dan memberi peluang kepada saya untuk berani menyahut cabaran seterusnya
berjsya menghasilkan buku skrap digital ini.
(10)
SUMBER RUJUKAN
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Hassan_Yunus
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_kebangsaan_Dato%27_Haji_Hassan_Yunos
"SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan
Perdana Menteri Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai
pada 20 Mac 2021.
Johor Mufti Department, Johor Mufti List, Tan Sri Datuk Hj Hassan bin Yunus (1941–1947)
(11)