The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BaneNoPain, 2023-04-07 04:17:49

Satu Malaysia

Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Keywords: Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Malaysia Satu DefinisiMasyarakatMajmuk SejarahdanLatarBelakangMasyarakatmajmuk DiMalaysia Ciri-ciriMasyarakatMajmuk KepelbagaianEtnikDiMalaysia KonsepEtnik AsasKebudayaanMasyarakatMajmukDiMalaysia SosialDanBudaya KesanPembentukanMasyarakat MajmukDi Malaysia InplikasiTerhadapKemajuanNegara SejarahPembentukanMasyarakatMajmukdiMalaysia


Biodata Abang Shah Daniel Bin Mohd Syazwan 09DHM22F2023 Iqbal Saifuddin Bin Mohd Khairul Nizam 09DHM22F2009 Muhammad Haiqal Bin Khairudin 09DHM22F2021 Muhamad Irzarul Naim Bin Farif 09DHM22F2025 1


ISIKANDUNGAN Biodata IsiKandungan Pengenalan DefinisiMasyarakatMajmuk SejarahdanLatarBelakangMasyarakat majmukDiMalaysia Ciri-ciriMasyarakatMajmuk KepelbagaianEtnikDiMalaysia KonsepEtnik AsasKebudayaanMasyarakatMajmuk DiMalaysia SosialDanBudaya KesanPembentukanMasyarakat MajmukDiMalaysia InplikasiTerhadapKemajuanNegara Kesimpulan Rujukan 2 1 2 3 4-5 6 7 8-9 10 11-13 14-18 19 20-23 24-25 26


Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmukdi Malaysia PENGENALAN Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke19, Masyarakat Malaysoa tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk. 3


Definisi Masyarakat Majmuk Masyarakat majmuk ialah masyrakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu dan mempungai budaya yang tersendiri. Masyarakat majmuk (Plural society) yang bermaksud masyarakat pelbagai kaum (Multi-racial society) adalah merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang sama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Masyarakat majmuk dalam sesebuah negara seperti Malaysia pada kebiasaannya terdiri daripada beberapa kelompok majority (1-3), disusuli oleh sub-sub etnik (Kelompok minoriti) lain yang lebih kecil dan kurang berpengaruh 4


Definisi Masyarakat Majmuk Oleh sebab Tanah Melayu terletak di lokasi yang strategik iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan di antara Timur dengan Barat, maka Tanah Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pedagang dari India, China, Eropah dan Arab. Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa kerajaan Melayu Tua seperti Kerajaan Kedah, Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Gangga, negara telah menerima pengaruh Hindu-Budhha yang dibawa oleh pedagang India Keengganan orang Melayu untuk bekerjasama dam memberi bantuan dari segi perlombongan dan perladangan dengan British, mengakibatkan mekasukan imigran serta buruh dari Cina dan India. Orang Melayu kekal sebagai petani dan nelayan. Mereka membantah segala arahan British. Walaupun begitu, British sedar bahawa orang Cina lebih menyukai dan akur pada ketuaq dalam kalangan bangsa mereka sendiri dan mereka juga gemar bergaduh serta memberontak kepada British. 5


SejarahDan LatarBelakang Masyarakat MajmukDi Malaysia Menurut Fisabellah John dalam academia yang bertajuk Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar negara juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan Barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan. 6


Ciri-ciri Masyarakat Majmuk Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula. wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan etnik. Menurut pandangan seorang penulis sejarah, penduduk di Tanah Melayusebelum merdekadigambarkan sebagai hampir tidak mempunyai sebarang persamaandalam setiap perkara hidup mereka, melainkan mereka tinggal di dalam sesebuah negara. Masyarakat majmuk juga merupakan masyarakat yang hidup berdampingan, tetapi berlainan dalam satu entiti politik. Dengan kata lain, masyarakat yang hidup bersama tetapi tidak bersatu. Setiap kaum mempunyai bahasa, budaya, agam dan nilai pemikiran yang berbeza. Setiap perhubungan itu lebih bersifat ekonomi iaitu dalam urusan jual beli. Jika diringkaskan, ciri-crir masyarakat majmuk adalah seperti pelbagai jenis manusia, Bercampur tetapi tidak bersatu, berdekatan tetapi berpisah dalam sistem politik yang sama atau penempatan berasingan, berpegang kepada budaya, agama, bahasa, idea dah kaedah sendiri. 7


KepelbagaianEtnikDi Malaysia EtnikCina EtnikIndia 8


KepelbagaianEtnikDi Malaysia EtnikMelayu EtnikMinoriti 9


Satu sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam dari segi adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik adalah berkair rapat dengan konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat biologi. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Konsep Etnik Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Di negara ini, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnosentrik itu menganggap ciri-ciri budayanya sangat wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik yang lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun dikatakan berada pada tahap rendah atau tidak bermoral. 10


AsasKebudayaan MasyarakatMajmuk DiMalaysia TEMPAT BERIBADAT KAUMCINA TEMPAT BERIBADAT KAUMMELAYU BERAGAMA ISLAM PerbezaanAgama DanKepercayaan 11


TEMPAT BERIBADATUNTUK YANGKRISTIAN TEMPAT BERIBADAT KAUMINDIA 12


PENDIDIKAN DAN PERSEKOLAHAN Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum Pendidikan Cina untuk orang Cina, buku-buku dan gurugurunya juga dibawa dari cina. Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah. Buku– buku dan guru-gurunya dibawa dari India.Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu.Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. 13


SOSIALDAN BUDAYA Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza. Bagi Cina dan India, mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing masing yang kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina ,India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri. 14


KAUMMELAYU Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masyarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka. Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaankerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai. Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu. Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar bandar tradisi atau perkampungan masing-masing. Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot. British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sebenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya. Di malaysia, jika merujuk kepada orang melayu menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya. 15


KAUMCINA Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor. Penghijrahan masyarakat Cina berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambil alihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruhburuh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar. Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua. 16


KAUMINDIA Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum India. Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk mengerjakan estet-estet. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar dari sistem kasta yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka beragama Hindu. Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai. Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%. Orang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan. Mereka yang datang secara sukarela biasanya bekerja di ladang-ladang tebu, kopi dan getah. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem Kangani.Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938. 17


KAUMSABAH DANSARAWAK Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada Cina dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagian kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), 18


KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUKDI MALAYSIA Salah satu kesannya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. Ini boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginkan keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara. Kesan yang kedua ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti. 19


IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUANNEGARA Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajmukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik, ekonomi dan sosial. 20


Pada tahun 1927 sehingga 1932, orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris. Pada tahun1930 pula, Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Seteturnya, Menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu lalu tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Malaysia disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh untuk perlombongan dan perladangan selain membina jalan, keretapi dan jalan raya. Seterusnya, diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Pada tahun 1874 pula, dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak dan bebas. POLITIK 21


Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing. EKONOMI 22


Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesannya, keadaan ini telah mewujudkan sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil guru daripada negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi boleh memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. SOSIAL 23


Tuntasnya, kemasukan migran luar ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. KESIMPULAN 24


Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain. Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini. 25


http://ohmypengajianadui.blogspot.com/ https://sejarahpembentukanmasyarakatmajmuk.blogspot.com/ http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/bab-1- pengenalan padatahun-1948-seorang.htm lhttps://slideplayer.info/slide/15995576/ https://www.slideshare.net/blaxxrowan/pengajian-malaysia-9964057 https://slideplayer.com/slide/3727414/ https://pt.slideshare.net/asrrien79/perpaduan-kaum-55449324 http://cikmerahhh.blogspot.com/2016/10/perayaan-dan-kebudayaan-3- kaum terbesar.html http://groupmakanan.blogspot.com/ https://www.google.com/url? sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita %2Fnasional%2F2021%2F02%2F784021%2Fsop-sambutan-tahun-baharu-cinaditambah baik&psig=AOvVaw2- qvaKAe lCy_P451alrHn&ust=1638248640104000&source=images&cd=vfe&ved=0CAs QjRxqFwoT CLCehsHuvPQCFQAAAAAdAAAAABAD RUJUKAN 26


Click to View FlipBook Version