The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 1104 (TUGASAN 1) (NUR AFIZAH BINTI MOHD ZAIDI- X6)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 908-6-afizah, 2022-03-21 10:04:25

BMMB 1104 (TUGASAN 1)

BMMB 1104 (TUGASAN 1) (NUR AFIZAH BINTI MOHD ZAIDI- X6)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB 1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Nama : NUR AFIZAH BINTI MOHD ZAIDI
020315020902
No. K/P : 2021242310152
PISMP
Angka Giliran : JUN 2021
X6
Program : ENCIK ABDUL RANI
BIN HASSAN
Ambilan : 14 / 3 / 2022

Unit :

Nama Pensyarah :

Tarikh Hantar :

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: AFIZAH Tarikh : 14 / 3 / 2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: Tarikh :

JKA/Jun2019

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022

Program : PPISMP Nama Pelajar: SEMESTER II / TAHUN 2022
Kod : BMMB1104 Semester/Tahun: JUN 2021
Nama Kursus : KESUSASTERAAN
Ambilan
DAN
KEBUDAYAAN :
MELAYU
Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
TUGASAN
PENGHASILAN PRODUK X9,X10 DAN X11.
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; :
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit) TARIKH MULA TARIKH HANTAR

22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022

14 MAC 2022 08 APRIL 2022

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)

2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)

3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2,
HPP5, KKG1, KIK2 )

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal

budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.

i

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama
pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi
tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.
1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-

ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja
2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan
elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan
penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis
serta mempunyai nilai akademik yang tinggi.
3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.
4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan
sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi dan
rumi; BMMB 1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.

ii

Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda

perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi
jurnal, buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG
Kampus Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association)yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan
dalam esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang
ditetapkan. Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred
pencapaian.

4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.

5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:

2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.

3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah
yang anda kemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam

menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan

(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan-
bahan bercetak yang lain).

iii

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu,IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 28 JANUARI 2022 Tarikh: 03 FEBRUARI 2022

Disahkan oleh:

.......................................

(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.

Tarikh: 04.02.2022

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat IlIahi dengan limpah kurnia dan rahmatNya kerana saya dapat
menyiapkan kerja khusus saya berkaitan Kesusasteraan Melayu dalam masa yang ditetapkan
dengan lengkap. Walaupun terdapat beberapa masalah seperti masalah teknikal, sumber
maklumat yang terhad dan sebagainya, masalah tersebut boleh diatasi oleh saya sendiri
selepas berusaha selama beberapa hari untuk menyiapkannya.

Terlebih dahuku , saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya bagi menyiapkan kerja ini.
Pertama kali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu encik Abdul
Rani Bin Hassan yang telah memberi banyak tunjuk ajar, bimbingan dan panduan supaya
saya dapat melakukan tugasan ini dengan lebih mudah dan tidak lupa juga kepada rakan-
rakan saya yang telah banyak menolong saya dengan mencari dan berkongsi maklumat
supaya dapat meringankan beban saya. Selain itu, ibu bapa saya juga telah banyak memberi
dorongan dan semangat kepada saya dengan menyediakan keperluan saya semasa
menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan
dalam kerja khusus saya ini. Saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk melakukan kerja
khusus ini dengan mematuhi arahan yang telah disediakan. Saya berharap segala
kekurangan saya dapat dimaafkan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan saya pada
masa akan datang.

Sekian,

Terima Kasih……

ISI KANDUNGAN BUTIRAN MUKA
BIL SURAT

1 1.0 PENGENALAN 1

2 2.0 TAKRIFAN KESUSASTERAAN MELAYU 1-2

3 3.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI 2 - 16

4 4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU: 17
17 - 19
4.1 Aspek Hiburan 19 – 20
4.2 Aspek Dakwah 20 - 21
4.3 Aspek Krtikan Sosial 21 - 22
4.4 Aspek Pendidikan
22
5 5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI: 23 – 24
24 – 25
5.1 PANTUN 25 – 28
5.2 SYAIR 28 – 30
5.3 SELOKA
5.4 GURINDAM 30

6 6.0 RUMUSAN 30
7 SUMBER RUJUKAN
31

1.0 PENGENALAN

Pada masa ini, kesusateraan Melayu semakin berkembang dalam kalangan masyarakat
Melayu. Hal ini dapat dibuktikan, terdapat banyak penghasilannya yang mudah didapati di
mana – mana sahaja. Misalnya boleh didapati melalui internet, kedai buku dan sebagainya.
Malah, segelintir dariapada mereka menjadikannya sebagai hobi untuk menghilangkan
tekanan atau digunakan pada masa lapang denga sebaik mungkin dengan perkara-perkara
yang bermanfaat. Menurut Hashim Awang (1987), kesusasteraan didefinsikan sebagai hasil
karya atau satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Selain itu, terdapat
juga sastera lisan yang disampaikan melalui pertuturan dan sastera tulisan melalui hasil
penulisan. Sastera ini dikatakan mengandungi dari aspek isi daya pengucapan yang indah
sehingga dapat menarik ramai orang untuk mendalami dalam bidang ini. Pada hakikatnya,
sastera pada zaman dahulu adalah hak milik bersama. Namun demikian, telah berubah
kepada kegiatan yang berkaitan pernyataan diri dan hak cipta dari semasa ke semasa. Malah,
ramai orang telah menjadi penulis sastera yang terkenal seperti tokoh Raja Ali Haji, Abdullah
Munsyi, Tun Sri Lanang dan sebagainya. Jelaslah bahawa, kesusasteraan merupakan hasil
seni yang mempunyai keistimewaan tersendiri serta dapat memperoleh pengetahuan yang
lebih meluas. (Kamus Dewan, 1997 ).

2.0 TAKRIFAN KESUSASTERAAN MELAYU

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), perkataan kesusasteraan berasal daripada perkataan
Sanskrit iaitu “susastera” yang dimaksudkan dengan huruf atau buku indah. Sebaliknya, Ali
Ahmad, (1997), menyatakan bahawa kesusasteraan juga berasal daripada perkataan sanskrit
iaitu “castra” atau disebut sebagai syastra yang merujuk kepada kitab suci. Secara umumnya,
sastera dimaksudkan dengan persuratan dan bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab suci.
Perkataan susastera telah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su membawa maksud
indah, berfaedah dan sastera membawa maksud huruf atau buku. Manakala, apabila
digabungkan kepada dua bahagian tersebut, telah menjadi perkataan kesusasteraan yang
membawa maksud kepada kumpulan buku-buku yang indah dari aspek bahasa dan isinya.
(Hashim Awang, 1985). Tambahan pula, Prof Dr Hashim Awang, Artikel Akademik, hal 2 turut
menyokong dengan memberi penjelasan yang lebih terperinci berkaitan imbuhan ke- dan an-

1

bermaksud menyeluruh seperti segala yang tertulis. Sementara itu, yang bernilai seni dan
estetika bermaksud memberi panduan, petunjuk dan pengajaran. Bagi Muhammad Hj Salleh
(1995), kesusasteraan ialah karya-karya lisan dan tulisan yang mempunyai unsur-unsur
cereka yang disampaikan melalui bahasa atau pelbagai perkataan. Dari sudut lain iaitu dalam
konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu merupakan karya asal yang ditulis dalam Bahasa
Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan tidak kira sama ada dalam bentuk novel,
cerpen, drama, sajak, prosa dan puisi tradisional bagi mengimbangi antara intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Malah, dapat mempamerkan nilai-nilai kemanusiaan dan citra
masyarakat. Oleh itu, Kesusasteraan Melayu dianggap sebagai hasil karya daripada
masyarakat Melayu yang mengandungi kata-kata indah, memberi mesej dan
menggambarkan sesuatu perasaan mengenai diri sendiri atau sekelompok masyarakat
mengikut keadaan -keadaan tertentu.

3.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI

Jenis dan bentuk kesusasteraan masing-masing mempunyai unsur khusus bagi membentuk
pola secara berbeza untuk tujuan tertentu. Pengkategorian sastera telah dilakukan mengikut
zaman atau masa sesebuah hasil sastera itu wujud. (Arba’ie et al,2008) Oleh itu,
Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kesusasteraan Melayu Moden
dan Kesusasteraan Melayu Tradisional.

Kesusasteraan • Prosa Tradisional
Melayu Tradisional • Puisi Tradisional

Kesusasteraan • Prosa Moden
Melayu Moden • Puisi Moden

Rajah 1

PROSA TRADISIONAL

Siti Hajar Abdul Aziz (2011), menyatakan bahawa tradisional membawa makna serius dan
abadi nilainya. Selain itu, tradisional ini memiliki mutu yang tinggi dan menjadi standard
kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana dan ciri-ciri lazim serta tidak berubah

2

mengikut masa. Sastera Melayu Klasik ataupun dikenali sebagai tradisional mempunyai ciri-
ciri yang tetap dan tidak berubah. Jadi kesusasteraan ini masih wujud hingga ke hari ini untuk
dijadikan sebagai sumber pengetahuan, amalan, pengajara, sempadan tingkah laku atau
sumber kepada pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar. Pada hakikatnya,
Istilah klasik atau tradisional digunakan untuk merujuk kepada konsep yang merangkumi
makna lama.

Sementara itu, prosa tradisional adalah berbeza dengan sastera lama kerana sastera lama
hanya bersifat sementara. Hal ini disebabkan oleh, apabila berlaku penambahan yang baharu,
maka hilanglah sastera lama tersebut. Namun demikian, tidak kepada prosa tradisional. Hal
ini demikian kerana, prosa ini merupakan sastera mempunyai yang bersifat diwarisi secara
turun-temurun walaupun telah lama dihasilkan dari segi jangka masanya.

Sebelum Abad ke- 7 Masihi, prosa tradisional pada awalnya telah menerima pengaruh agama
Hindu dan Buddha. Kemunculan kerajaan Srivijaya menyebabkan pusat pentadbiran menjadi
kepada agama Budhha. Secara tidak langsung, karya-karya pada zaman tersebut
menggunakan bahasa Sanskrit seperti puisi Jakatamala. Namun begitu, pengaruh Hindu dan
Budhha tidak ketara dalam menyumbang ke arah perkembangan prosa tradisional. Hal ini
tercetus apabila bahasa yang digunakan iaitu bahasa Sanskrit dan Melayu kuno dan begitu
juga dengan cerita yang dipaparkan iaitu cerita-cerita epik dan tokoh agama adalah sukar
difahami. Tambahan pula, cerita dewa-dewa yang diwujudkan adalah jauh daripada
gambaran cara hidup masyarakat Melayu.

Kemudian, pada abad ke-14 hingga ke-16, kesusasteraan prosa tradisional telah berkembang
dengan pesat seiiring dengan kedatangan Islam. Kesannya, tulisan jawi telah diwujudkan dan
menjadi antara salah satu tulisan yang paling penting bagi penganut yang beragama islam
pada masa itu. Hal ini bersangkut paut dengan agama islam sudah mula bertapak di istana
dan beransur-ansur mengambil alih peranan agama Hindu dan Buddha. Pada masa itulah,
berlakunya perkembangan kesusasteraan Melayu. Raja memerintahkan penulis untuk
mengarang karya baharu dan hikayat yang dihasilkan tanpa had iaitu bukan sahaja kepada
bidang kesusasteraan sahaja, malah kepada bidang yang lain seperti bidang agama,
perubatan, sejarah dan sebagainya. Lama-kelamaan, pusat penyalinan dan penerbitan hasil
kesusasteraan telah diwujudkan.

3

Naratif Bukan naratif

Sastera Rakyat Sastera Istana PROSA Sastera epik Sastera Sastera
(Naratif Lisan ) (Naratif tulisan ) TRADISIONAL (kepahlawa Panji agama
0 nan)
Rajah 2

SASTERA RAKYAT (LISAN)

Sastera didefinisikan sebagai hasil-hasil kreatif yang dimasukkan dengan daya imaginasi
pencipta yang menggambarkan nilai-nilai word view itu sendiri. Manakala, rakyat adalah orang
biasa yang hidup secara kolektif untuk membentuk satu sistem kekeluargaan yang besar.
Mereka ini dikatakan hidup secara berkumpulan dan mengamalkan nilai kemasyarakatan
yang berpegang teguh kepada corak budaya tradisional. Jadi, sastera rakyat merupakan hasil
karya yang disampaikan melalui lisan yang dikenali juga sebagai Folklore. Malah, zaidan
(2009), turut menjelaskan bahawa sastera lisan, adalah melalui ungkapan dari mulut ke mulut
oleh masyarakat tradisional yang telah disepadankan dengan sastera tulisan dalam
masyarakat moden. Rogayah dan Majuni (2007) menyatakan bahawa pada hakikatnya, cerita
rakyat adalah gambaran daripada kehidupan masyarakat lama yang diwakilinya. Contohnya,
pantun, nyanyian rakyat dan cerita rakyat. Oleh hal demikian, sastera rakyat akan terus
berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan tanpa diketahui siapa yang menciptanya
dan pada waktu bila diciptakan.

Antara ciri-ciri sastera rakyat ialah terletak pada cara penyebarannya. Secara umumnya,
sastera rakyat dibentuk melalui penyebaran dan disampaikan secara lisan atau melalui
pertuturan. Pertuturan dilakukan melalui ucapan atau kata-kata kepada individu ke individu
lain atau sekumpulan individu yang lain. Sebagai contoh, bapa akan menceritakan atau
menuturkan suatu kisah kepada anaknya, dan anaknya akan menuturkan kembali kisah yang
sama kepada anaknya pada masa akan datang. Secara tidak langsung, hasil-hasil sastera
rakyat akan diwarisi dari generasi ke generasi yang berikutnya secara lisan. (Fatimah
Md.Yassin, 2006)

Seterusnya, dari segi penyampaian atau pengucapan yang teratur. Cara sastera disampaikan
adalah melalui lisan iaitu dari pertuturan yang teratur, susun dan sistematik. Hal ini

4

menyebabkan pembaca akan lebih tertarik dan berminat khususnya apabila bahasa-bahasa
yang baik, indah dan jelas telah digunakan untuk mengambarkan sesuatu yang hendak
diceritakan. Contohnya, tok cerita atau tukang-tukang cerita seperti Pawang Ana, Tok
Selampit dan Awang Batil menceritakan sastera rakyat yang telah dihafal dengan
menggunakan pertuturan yang teratur atau diiringi dengan alat muzik tradisional seperti batil
dan rebab. Sementara itu, dari segi bukti seperti terdapat dalam (Hikayat Malim Dewa,
Halaman 32) iaitu “ Al-Kisah, maka tersebutlah pula sebuah negeri, namanya Kuala Medan
Baik, yang memerintah negeri itu, seorang namanya laksamana. Maka ada ia beranak
seorang perempuan, dinamakan Tuan Puteri Gondan Gentasari, terlalulah amat elok rupanya,
hitam manis, agong sederhana, sedang panjang lampai tubuhnya….”. Petikan ini jelas
menujukkan bahawa tukang cerita telah menggunakan unsur pengucapan yang teratur dalam
pemerian yang berkaitan kerajaan Kuala Medan Baik dan rupa paras dan identiti Tuan Puteri
Gondan Gentasari yang sangat cantik dan menjadi idaman Tunku Gombang Malim.

Di samping ciri-ciri yang lain ialah mempunyai tema dan nilai yang tersendiri. Setiap cerita
memiliki unsur-unsur tersirat dengan maksud-maksud tertentu. Oleh hal demikian, sastera
rakyat mempunyai nilai-nilai yang berbeza dan mendalam seperti menyindir, mengkritik
golongan atasan, nilai kasih sayang dan lain-lain. Hal ini tercetus apabila, masyarakat pada
zaman dahulu sudah mula menyelitkan nilai-nilai dalam sastera rakyat untuk memberi
pengajaran atau bagi tujuan yang tertentu. Misalnya,dalam kisah Nujum Pak Belalang
mengandungi banyak nilai kritikan terhadap masyarakat. Walaupun cerita Pak Nujum
Belalang adalah satu kisah yang lucu, tetapi, terdapat banyak pengajaran yang boleh
dijadikan nasihat kepada masyarakat. Kritikan yang dapat dilihat menerusi cerita ini ialah
ketaksuban atau kepercayaan kepada ahli nujum yang merujuk kepada Pak Belalang yang
menipu dengan mengelarkannya sebagai ahli nujum iaitu seorang yang pandai berubat.
Sastera rakyat juga mempunyai pelbagai bentuk seperi berbentuk cerita iaitu mitos,lagenda
dan berbentuk bukan cerita seperti puisi dan pantun.

Mitos SASTERA RAKYAT Legenda
(LISAN)

Cerita Rakyat

Rajah 3

5

MITOS

Kamus Dewan (1997) mendefinisikan mitos sebagai cerita yang terdapat pada zaman dahulu
yang telah dianggap sebagai benar dan boleh dipercayai. Contohnya, cerita asal-usul, cerita
kewujudan sesuatu bangsa, kejadian alam atau cerita dongeng mengenai kehebatan seorang
tokoh. Menurut Hooykaas (1965), mitos berunsur sejarah sebagai cerita dewa-dewa yang
lazimnya didorong oleh unsur keagamaan yang mempunyai kaitan dengan asal-usul seorang
raja dikatakan mempunyai unsur yang sangat ajaib. Hashim Awang (1996), turut menyatakan
bahawa mitos adalah jenis cerita rakyat mengenai manusia atau makhluk halus serta peristiwa
yang luar biasa kerana berada di luar logik fikiran manusia.

Mitos terbahagi kepada tiga jenis iaitu mitos asal-usul, mitos institusi sosial dan mitos politik.
Mitos asal-usul ialah mitos yang telah berlaku pada zaman dahulu dan dianggap oleh
masyarakat sebagai keramat yang mana boleh memesongkan akidah dan terjerumus dengan
perkara yang tidak logik. Sehubungan dengan itu, mitos ini dapat mempengaruhi kehidupan
masyarakat dari segi cara pemikiran yang bersifat mistik, magis dan sebagainya. Contoh-
contoh mitos ini ialah asal kejadian bentuk topografi seperti kisah Tasik Cini dan asal-usul
Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal daripada dewa keinderaan . Mitos institusi
sosial ialah cerita yang mempunyai kaitan dengan asal-usul sesebuah institusi sosial dalam
kalangan masyarakat Melayu,Sebagai contoh, mitos kedatangan Islam, institusi masyarakat
Melayu. Selanjutnya, bagi mitos politik ialah tentang struktur pemerintahan dan kerajaan.
Sebagai contoh, cerita keturunan raja-raja Melayu dan penubuhan kerajaan seperti Pasai,
Melaka dan Samudera.

Ciri-ciri mitos ialah dianggap sebagai benar-benar berlaku, terdapat peristiwa yang aneh tetapi
penting, dianggap sebagai keramat iaitu mempunyai kemuliaan dan kesuciaan, lahir dalam
masyarakat yang bercorak sederhana dan memberi kesan kepada masyarakat dan hanya
berlaku pada zaman lampau. Namun begitu, terdapat sastera lisan yang berunsur mitos dan
fakta telah dicampur adukkan seperti pengarang Hikayat Merong Mahawangsa kerana
kebanyakannya sudah pun diterima oleh masyarakat sebagai bahagiannya daripada realiti.
(Siti Hawa Salleh, 1994). Hal ini disebabkan oleh masyarakat tersebut menganuti agama
Hindu, Buddha yang mempercayai cerita berunsur mitos.

6

LEGENDA

Menurut Danandjaja (1986). Legenda merupakan cerita prosa rakyat yang dianggap sebagai
suatu kejadian yang benar-benar terjadi. Namun demikian, , Ismail Hamid (2001) menjelaskan
legenda tidak sama seperti mitos kerana tidak mengandungi unsur kesucian yang nyata. Jika
teliti dengan lebih mendalam, legenda merupakan cerita yang mengisahkan berkaitan
sejarah-sejarah satu tempat atau peristiwa zaman dahulu. Tambahan pula, juga mengisahkan
tokoh-tokoh yang terdiri daripada manusia yang memiliki sifat-sifat luar biasa atau
keistimewaan seperti keberanian dan kehandalan yang luar biasa. Contohnya, di Langkawai,
seperti yang kita ketahui, wujudnya legenda Mahsuri, di Melaka legenda Hang Tuah dan
sebagainya.

Ciri-ciri legenda ialah sejenis komunikasi lisan yang menceritakan kisah-kisah tokoh atau
pahlawan, latar masa jenis ceritanya tidak semestinya adalah dari masa lampau, tetapi pada
masa yang sama, berkait dengan masa silam. Ciri yang seterusnya ialah, kebanyakan
legenda yang diceritakan mempunyai bukti -bukti dari segi kesan atau tanda seperti kubur,
binaan dan lain-lain. Oleh sebab itu, lagenda dianggap sebagai cerita yang benar-benar
terjadi oleh masyarakat kerana terdapat beberapa bukti yang kukuh untuk menyokong
pendapat tersebut. Unsur-unsur mitos telah dicampurkan dalam cerita legenda supaya
masyarakat dapat menyanjung tokoh-tokoh berkenaan. Namun begitu, legenda dapat
dibuktikan dengan bukti yang lain seperti kewujudan tanda alam. Kisahnya juga mempunyai
kaitan dengan zaman sekarang kerana kepercayaan kepada keramat seperti Perigi Hang
Tuah. Hal ini menyebabkan tokoh dan tempat-tempat dikatakan mempunyai sifat luar biasa
sehingga dianggap kejadian itu berlaku.

Terdapat beberapa jenis legenda dalam masyarakat Melayu yang telah dinyatakan oleh
Brunvard (1968) . Yang pertama ialah legenda keagamaan. Legenda ini mengisahkan tokoh-
tokoh penyebar agama yang dianggap sebagai seorang yang suci dan alim. Malah, tokoh-
tokoh ini sering menjadi bahan perbualan dalam kalangan masyarakat dahulu kerana
dikatakan seolah-olah memiliki sifat- sifat luar biasa atau supernatural. Pada hakikatnya,
kewujudan tokoh-tokoh tersebut adalah benar-benar wujud. Contohnya, tokoh Habib Noh dan
Tok kenali. Yang kedua ialah legenda alam ghaib iaitu legenda yang juga dianggap benar-
benar berlaku dan pernah dialami oleh seseorang. Legenda ini bertujuan untuk mengukuhkan
kebenaran dan keyakinan masyarakat terhadap kepercayaan alam ghaib atau perkara-
perkara takhayul adalah benar. Kebiasaannya, legenda ini berdasarkan pengalaman

7

seseorang yang mempunyai unsur tradisional. Contohnya, pengalaman menziarahi ke alam
ghaib iaitu dunia orang bunian. Lagenda yang ketiga ialah legenda perseorangan. Legenda
ini mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh yang tertentu yang dikatakan mempunyai kisah
yang betul-betul terjadi. Hal ini tercetus apabila bukti-bukti seperti latar tempat, latar masa
bersesuaian dengan masa yang sebenar. Misalnya, berkaitan tokoh kepimpinan iaitu Hang
Tuah dan Tun Perak serta tokoh agama iaitu Sheikh Omar Bashyir dan Pawang Langkat.
Yang keempat ialah legenda tempat yang mana menceritakan asal usul, lokasi dan nama
sesuatu tempat seperti kampung, gunung dan lain-lain yang mempunyai kaitan dengan tokoh
atau binatang. Pada masa yang sama, legenda ini berunsur historiografi iaitu ceritanya
dikaitkan dengan fakta-fakta sejarah tempatan. Sebagai contoh, nama kampung Tok Pasai
berasal daripada nama seorang tokoh iaitu Tok Pasai. Tambahan pula, memiliki unsur tanda-
tanda alam atau bentuk muka bumi seperti Batu Gajah diambil sempena bentuk batu yang
menyerupai gajah. Akhir sekali ialah legenda tokoh. Contohnya, kisah Mahsuri adalah kisah
yang terkenal sehingga ke hari ini dan dikenali sebagai suatu kisah yang betul kerana latar
masa dan tempatnya dapat dibuktikan melalui adanya makam Mahsuri yang teletak di Pulau
Langkawi. Legenda ini mengisahkan Mahsuri yang telah dihukum sula kerana telah tertuduh
melakukan maksiat semasa ketiadaaan suaminya. Darah yang mengalir dari lukanya
membuktikan bahawa tuduhan itu adalah palsu. Oleh itu, sebelum menghembuskan nafas
terakhirnya, Mahsuri melafazkan sumpah bahawa Pulau Langkawi akan menjadi bagai
“padang jarak padang terkukur” selama tujuh keturunan.

CERITA RAKYAT

Berbeza dengan legenda dan mitos, cerita rakyat merupakan sejenis cerita yang tidak benar
dan berbentuk prosa. Pada hakikatnya, mengandungi sumber hiburan, menegakkan
kebenaran serta unsur moral dan sindiran. Oleh sebab itu, ceritanya telah menjadi popular
dalam kalangan masyarakat sehingga kini. Utley (1965), bependapat bahawa sastera rakyat
ialah bercorak lisan iaitu disampaikan melalui pertuturan dari satu generasi ke generasi yang
lain.

Ciri-ciri cerita rakyat ialah ceritanya telah berkembang di masyarakat pada zaman dahulu
lagi sehingga sekarang, mempunyai nilai-nilai atau pengajaran yang boleh didapati dalam
ceritanya. Contohnya melalui cerita rakyat Putri Lopian terdapatnya nilai budaya. Ciri-ciri
yang lain ialah pengarang sesuatu cerita tidak jelas atau tidak dapat diketahui dan versi
cerita yang disampaikan adalah sangat seragam.

8

Antara jenis cerita rakyat ialah cerita binatang. Cerita ini memperihalkan binatang yang
memiliki sikap dan tingkah laku seperti manusia iaitu boleh cakap, berfikir dan bertindak.
Ciri-cirinya ialah, peranan utamanya memiliki sikap seperti manusia dan menceritakan
tentang asal-usul kejadian dari binatang tertentu atau sifat-sifat tertentu. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa, kebiasaannya watak utamanya adalah bersaiz kecil, tetapi memiliki
sikap yang cerdik dan mampu berfikir. Manakala, watak antagonis, walaupun memiliki saiz
besar, tetapi sikapnya adalah kurang cerdik dan dianggap bodoh dalam sesuatu cerita.
Sebagai contoh, cerita Sang Kancil yang bijak dengan menggunakan muslihat untuk
menghalau sang gergasi kerana telah menganggu ketenteraman penduduk kampung.
Hikayat Sang Kancil ini dikatakan menggandungi kira-kira 20 cerita yang menerangkan
sikapnya iaitu cerdik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Seterusnya ialah cerita Penglipur lara. Cerita ini adalah cerita dituturkan oleh para penglipur
lara seperti Tok Selampit, Awang Belanga dan Awang Batil. Ciri-cirinya ialah mempunyai
unsur tokok tambah, hak milik masyarakat, bertujuan untuk hiburan, pendidikan dan citra
sistem masyarakat Melayu yang telah dimasukkan dalam puisi tradisional dengan tema
percintaan, peperangan dan lain-lain. Sementara itu, ciri-ciri lain ialah banyak mengandungi
unsur magis, kesaktian dan latar tempat kebiasaannya di istana, dunia kayangan dan alam
ghaib. Contohnya, Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Selanjutnya ialah cerita jenaka iaitu cerita yang dapat menghiburkan dan mempunyai
perasaan bagi pembaca. Ciri-cirinya ialah memiliki gambaran seperti unsur yang sebenar
untuk dijadikan sebagai ragam kehidupan, terdapatnya unsur kelucuan dalam jalinan cerita
yang disampaikan dan perwatakan utama bersifat bodoh. Contoh- contoh karya seperti Pak
Pandir dan Pak kaduk.

Selain itu, cerita teladan juga merupakan jenis cerita rakyat. Cerita ini berunsur didaktif iaitu
dengan unsur moral dan pengajaran. Hal ini bersesuaian dengan golongan kanak-kanak
untuk membacanya. Ciri-cirinya ialah pada permulaan cerita mengalami suka duka, sedih,
tetapi diakhiri dengan kesudahan yang gembira oleh watak utama. Tambahan pula, watak
utama kebiasaannya merupakan seorang yang baik hati, jujur serta watak utama iaitu
bongsu dan anak tunggal akan mendapat kuasa sakti melalui pari-pari dan binatang.
Sebagai contoh, kisah Bawang Putih Bawang Merah.

9

Sastera
Epik

Sastera Sastera Sastera
Undang- Istana Agama
undang (Naratif
Tulisan )

Rajah 4

Sastera tulisan bermula sekitar abad ke-15 setelah islam diperkenalkan dan telah
berkembang di istana pada zaman dahulu. Sastera Hikayat terdiri daripada 3 jenis unsur-
unsur yang terdapat di dalamnya. Antaranya, unsur Hindu seperti Hikayat Seri Rama, unsur
Islam seperti Hikayat Sultan Damsyik dan unsur terakhir ialah Hindu-Islam seperti Hikayat
Putera Jayapati.

Sastera Istana terbahagi kepada beberapa jenis termasuklah sastera undang-undang.
Secara tidak langsung, sastera ini telah dijadikan sebagai bahan kajian dalam sistem
pemerintahan, sistem pentadbiran dan susunan lapisan masyarakat lama. Dalam pada itu,
diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Contoh bagi
Adat Temenggung ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Johor dan Undang-undang
Kedah. Manakala bagi contoh Adat Perpatih merupakan undang-undang yang mana hanya
diamalkan di Negeri Sembilan dan beberapa tempat di Melaka dan Perak.

Sastera Epik dikenali sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat kebanyakannya terdapat
dalam sastera dunia. Malah, sastera-sastera lain seperti Romawi, Yunani dan Inggeris turut
mengemukakan konsep yang sama. Ciri-cirinya ialah mementingkan sifat yang ada pada
kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul, tokohnya dilebih-lebih gambarannya sehingga
dianggap sempurna dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Sastera ini dikelaskan kepada dua
bahagian iaitu Epik kebangsaan seperti Hikayat Hang Tuah serta epik berunsur Islam seperti
Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Sastera agama memfokuskan

10

kepada cerita-cerita yang memberi gambaran kehebatan dan keagungan nabi Muhammad
SAW ketika menyebarkan dakwah islam kepada semua umat manusia di seluruh dunia.
Antara ciri-cirinya ialah diselitkan unsur khutbah dan fatwa pada bahagian awal dan akhir
cerita, pemulaannya didahului dengan bacaan “ ‘Bismillah-ir-Rahman…..’ penutup diakhir
dengan doa panjang iaitu “segala puji-pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi
Muhammad SAW dan bercorak legenda Islam menurut (R.O Winstedt 1934). Sebagai contoh
dapat dilihat dalam Hikayat Bulan Berbelah.

PUISI TRADISIONAL

Jenis sastera yang paling awal digunakan ialah puisi. Hal ini demikian kerana, masyarakat
Eropah telah menggunakan bagi menghasilkan dua buah epik yang bertajuk lliad dan
Odyssey. Masyarakat Hindu pula menggunakannya untuk menghasilkan epik Mahabharata
dan Ramayana. Malah, kesusasteraan awal bangsa Arab juga tertulis dalam bentuk puisi dan
yang terbaik akan digantung pada Ka’abah pada zaman jahiliah. Orang Melayu pula
menggelarkan puisi sebagai pantun.

Ciri-ciri puisi tradisional ialah mengunakan bahasa yang baik, ekspresif, mengandungi nilai
dan memberi kesan kepada pengalaman dan perasaan. Selain daripada itu, puisi ini
mempunyai bentuk tertentu, berurutan dalam baris sejajar, ungkapan kata dan bahasanya
diinspirasikan daripada unsur muzik, lagu dan intonasi, mempunyai pembahagiaan unit
semasa menyatakan idea seperti pada dua baris serangkap yang bersifat lisan.

Pantun

Seloka PUISI Syair
TRADISIONAL

Gurindam

Rajah 5

11

Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis. Salah satunya ialah pantun. Pantun
merupakan kaedah rangkap yang tertua dan semestinya adalah berasal daripada masyarakat
Melayu. Oleh hal demikian, sebelum adanya surat-menyurat, sememangnya mereka sudah
mahir dalam berpantun sehingga dapat berbalas pantun antara satu sama lain. (Za’aaba,
1978). Malah, pantun bertujuan untuk meyampaikan buah pemikiran dan emosi seseorang
sama ada sedih, gembira atau marah. Harun Mat Piah, (1989) menyatakan bahawa pantun
telah didefinisikan dari aspek dalaman dan luaran struktur visualnya. Aspek dalaman meliputi
isi iaitu tema dan persoalan serta unsur estetik iaitu penggunaan lambang-lambang tertentu
mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu dan hubungan makna antara
pembayang sama ada konkrit atau abstrak.
Ciri-ciri pantun ialah mempunyai rangkap secara berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai
kesatuan idea, mengandungi dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, dua belas rangkap
dan pantun berkait, mempunyai unsur pembayang maksud dan maksudnya. Sementara itu,
pantun dibentuk berdasarkan bilangan baris dalam rangkap, jika pantun empat kerat, baris
satu dan kedua ialah pembayang, manakala baris tiga dan empat ialah maksud. Sementara
itu, bilangan patah dihadkan 4 hingga 6 patah perkataan dan bilangan patah perkataan ialah
8 hingga 12 bagi setiap baris.
Pantun yang dibentuk adalah berdasarkan pada fungsi dan kandungannya. Contohnya
seperti :
PANTUN ANAK – ANAK ( pantun 4 kerat )
Elok rupanya si kumbang jati

Dibawa itik pulang petang
Tidak terkata besar hati

Melihat ibu sudah datang

Pantun yang kedua ialah:

PANTUN TALIBUN ( pantun 6 kerat )
Kalau anak pergi ke pekan

Yu beli belanak pun beli sampiran

12

Ikan penjang beli dahulu

Kalau anak pergi berjalan

Ibu cari sanak pun cari isi

Induk semang cari dahulu

Walaupun pantun di atas mempunyai jumlah baris lebih daripada empat baris, tetapi masih
dikira sebagai pantun kerana jumlahnya adalah genap iaitu sebanyak 6 baris. Apabila
mempunyai enam baris, rima akhiranya ialah a – b – c – a – b – c. Begitu juga dengan jumlah
8 baris seperti a – b – c – d – a – b – c – d.
Gurindam berasal daripada bahasa Tamil iaitu “iradam” atau “kirndam” yang bermaksud puisi
secara terbuka. Za’aba mendefinisikan mendefinisikan gurindam sebagai sejenis syair yang
banyak tetapi, tetap dengan sukatan dan rangkapnya. Raja Ali haji telah memperkenalkan
puisi gurindam yang dikarang pada tahun 1846 melalui “Gurindam Dua Belas”. Terdapat dua
jenis bentuk gurindam iaitu bentuk terikat dan bentuk tidak terikat. Bentuk gurindam terikat
terdiri daripada dua baris serangkap yang mengandungi tiga hingga enam patah perkataan
dengan skim akhir ‘a’. ‘a’. Sebaliknya, bentuk tidak terikat mempunyai jumlah baris, perkataan
dan suku kata dalam sebaris dan skema rima yang tidak menentu. Dalam pada itu, bahasanya
adalah bernas dan serius. Manakala, isinya berunsur nasihat, pengajaran, kebenaran dan
pernyataan cinta.

Ciri-cirinya ialah jumlah rangkapnya tidak ditentukan, terdiri daripada dua baris serangkap,
skema rima di penghujungnya adalah sama iaitu a, a, kadang kalanya terwujudnya unsur
asonansi dan literasi dalam perkataan yang digunakan, rangkapnya terdiri kepada unit syarat
atau induk kalimat iaitu pada baris pertama dan baris kedua dan akhir sekali, menpunyai
jumlah baris dalam serangkap, patah perkataan dalam sebaris dan jumlah suku kata dalam
setiap baris adalah tidak sama.

Contoh-contoh Gurindam seperti:

Gurindam Jujur Bekerja

Jika kerja tidak amanah,
Rezeki banyak hidup musnah.

13

Jika kerja sambil lewa,
Hilang seri hilai ketawa.

Jika kerja tidak jujur,
Jalan hidup tiada lajur.

Jika kerja pentingkan diri,
Rugi hidup diri sendiri.

Jika kerja mencuri masa,
Akhirat nanti kita merasa.

Jika kerja tipu waktu,
Hidup serabut jiwa menggerutu.

Jika kerja pentingkan wang,
Ikhlas tidak menempah ruang.

Jika kerja sekadar bekerja,
Tiada jalan untuk berjaya.

PUISI MODEN

Sajak adalah satu-satunya jenis bagi puisi moden. Sajak merupakan sejenis puisi yang lebih
bebas dan terikat pada sesuatu pola khusus walaupun perlu memfokuskan pada ciri matra,
rima dan rentak. Sebenarnya, sajak ini sangat mementingkan dari segi pengucapan yang
berkesan, pemilihan melalui perasaan dan penggunaan kata-katanya terjalin menurut erti
serta irama. Hashim Awang (1984) menyatakan bahawa sajak yang dikatakan masih baharu
dan popular ini, telah menjadi pilihan kepada puisi tradisional. Tambahan pula, H.B. Jassin
(1983), berpendapat bahawa sajak terbentuk melaui luahan perasaan atau suara hati

14

penyajak yang mengandungi fikiran dan tanggapannya yang disampaikan dalam bentuk
sajak. Sajak yang baik membawa kepada renungan masyarakat. Pada masa yang sama,
terbentuk daripada kata-kata yang baik iaitu kewujudan nilai rasa dan nilai erti seimbang serta
bersifar antara harmonis perantaraan kata dan maksud dalam susunan yang terbaik.
Ciri-ciri yang telah didapati melalui puisi moden ialah, tidak terikat pada peraturan seperti
pemilihan kata, pembentukan rangkap, baris dan pematuhan skima rima akhir seperti yang
dinyatakan dalam puisi tradisional. Ciri yang seterusnya ialah walaupun penulis menggunakan
nama samaran atau nama pena, nama sebenar penulis masih tetap ada sebagai tanda
haknya ke atas penghasilan karya. Selanjutnya, mempunyai bentuk bebas mengikut
kehendak penulis, tidak terikat pada norma-norma tertentu serta rentak, perjalanan baris serta
rangkapnya lebih mengikut nafas, fikiran dan cara pertuturan tidak disekat. (Muhammad Hj.
Salleh, 1991).
Contoh sajak seperti:
Sajak Aku Menjadi Lebih Berani- Latifah Haji Shebli

Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu

Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah kata
Bisa, aku merasa.
Hati dan rasa mengejarku
aku menjadi lebih beranu

15

PROSA MODEN

Menurut Annas Hj Ahma (1988), hasil karya sastera yang tergolong daripada selepas tahun
1800 Masihi, dikelaskan sebagai sastera moden. Hal ini tercetus apabila, untuk memudahkan
kita untuk lebih memahami dari segi bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu.
Sebagai contoh, sajak pada masa ini adalah suatu penyimpangan daripada bentuk puisi lama
seperti pantun dan syair. Hasil karya Abdullah bin Abdul Kadir iaitu pengkarya sastera Melayu
Moden adalah seperti Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Prosa moden terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Cerpen. Cerpen ialah gabungan dua
perkataan iaitu cerita dan pendek yang telah berkembang pesat setelah kegiatan
persuratkhabaran mencapai kegemilangan sekitar tahun 1930 – an. Sebenarnya, cerpen
bukan sahaja menjadi alat untuk mengambarkan perasaan, sikap dan fikiran pengarang.
Bahkan, juga mengambarkan masalah sosial, politik dan ekonomi pada zaman dahulu.
Sementara itu, cerpen juga memiliki satu tema dan beberapa soalan untuk memberi kesan
mendalam bagi pembaca. Dari segi perwatakan pula, pengarang meletakkan watak
perkembangan kepada beberapa orang sahaja dan watak-watak yang lain hanyalah untuk
memperkukuhkan kewibawaan watak utama. Watak utama dan watak antagonis dianggap
penting sebagai unsur dramatik. Oleh sebab itu, telah ditambahkan penentangan bagi
menimbulkan isu-isu konflik. Pada masa yang sama, walaupun memiliki satu plot sahaja,
tetapi telah dikembangkan dengan lebih rapi, teliti dan tidak terlalu rumit. Bagi memperlihatkan
menarik bagi pembaca seolah-olah pernah merasai pengalaman, pencetusan perasaan dan
emosi telah ditambah masuk ke dalam cerpen.

Akhir sekali ialah drama. Penulis menyampaikan sesuatu mesej atau pemikiran melalui
lakonan yang semestinya mempunyai dialog bagi setiap watak yang dimainkan. Ewan Juhara
(2014) menjelaskan bahawa drama telah dibangkitkan dengan unsur intrinsik yang

membawa maksud satu kesatuan bagi membentuk karya keseluruhan. Unsur-unsur yang
menyokong drama ialah skip drama yang menjadi panduan kepada pengarah untuk
mengawal semasa drama dijalankan. Dalam pada itu, pemgarah akan menyelaraskan
pementasan drama yang berikutnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa skrip adalah
penting dalam unsur pementasan kerana setiap peranan yang ditulis terkandung di dalamnya
dan secara tidak langsung membolehkan mereka melakonkan sesuatu watak dengan baik.
Selain daripada itu, pentas juga penting dalam unsur pementasan drama dan semasa
melaksanakan, unsur cahaya, bunyi, kostum, tata rias dan penonton juga diperlukan supaya
pementasan kelihatan sempurna.

16

4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Pada hakikatnya, sastera yang dihasilkan oleh pengarang pastinya ada tujuan tertentu dan
bukan semata-semata diwujudkan bagi tujuan yang tidak penting. Oleh hal demikian,
pengarang ingin memberi kesedaran dan pengajaran yang telah dialami olehnya kepada
masyarakat dalam bentuk sastera. Malah, mereka telah menggunakan sumber daripada
persekitaran, pengalaman, pemerhatian dan pembacaan bagi menghasilkan satu sastera
yang menarik dan kreatif untuk dikongsi kepada orang ramai. Oleh sebab itu, tidak akan
adanya karya sastera yang kosong iaitu tidak ada apa yang hendak disampaikan oleh
pengarang. (Mokhtar Hassan, 2005). Beliau juga menerangkan dengan lebih terperinci
bahawa teks atau karya sastera yang dihasilkan daripada rakamam imaginasi pengarang
mempunyai banyak maklumat dan isi yang padat tidak kira sama ada bersifat keintlektualan
atau kerohanian. Haji Salleh (2000) berpendapat bahawa peranan dan fungsi sastera zaman
tradisional adalah lebih meluas dan mempunyai banyak cabarannya. Jelaslah bahawa,
sastera merupakan hasil karya yang kreatif dan imaginatif yang mempunyai fungsi dan tujuan
yang merangkumi aspek luaran dan dalaman yang dapat dikesan melalui jenis sastera
tradisional dan sastera moden.

4.1 Aspek Hiburan

Semestinya dalam sastera telah diwujudkan dalam aspek hiburan sebagai keperluan. Hal ini
disebabkan untuk melahirkan karya sastera yang boleh membawa kepada keseronokan dan
kegembiraan yang indah oleh pembaca. Sebenarnya hiburan ini terhasil melalui keindahan
kata-kata yang diucapkan, irama atau rentak yang tersusun dengan sistematik, keupayaan

karya sastera untuk mendalami emosi pembaca dan pendengar, unsur kelucuan dan lain-lain.
Objektif utama fungsi hiburan ialah supaya masyarakat dapat menerima seperti kisah
penglipur lara sebagai karya yang diminati dan dikenali pada zaman dahulu. Contohnya
seperti pantun. Pantun merupakan karya sastera yang sebenarnya adalah popular kesan
daripada kebolehannya untuk membawa kepada keindahan yang menghiburkan. Antara
contoh-contoh pantun seperti:

Dari Kelang lalu ke Jawa,

Naik sigai ke atas atap;

17

Ikan kering lagi ketawa,

Mendengar tupai membaca kitab.

Jelas menunjukkan bahawa pantun di atas mempunyai kualiti unsur hiburan yang banyak
melalui rentak dan irama yang bersukat dapat membina irama dalam pantun. Unsur hiburan
yang dapat dikesan ialah “ikan kering lagi ketawa, mendengar tupai membaca makna. Makna
tersuratnya ialah ikan pun akan turut ketawa jika mendengar tupai membaca kitab. Namun
demikian, walaupun kedengaran seperti kelucuan dan menyeronokkan, adanya isi tersirat yan
hendak disampaikan. Hakikatnya, maksudnya ialah jika seseorang yang tidak berilmu cuba
untuk menujukkan kepintarannya, necaya sudah pasti akan dikertawakan. Ikan kering
pembayang kepada orang ramai atau masyarakat. Manakala, tupai pembayang kepada orang
yang tidak berilmu. Oleh itu, fungsi hiburan juga mempamerkan nilai-nilai murni dan
pengajaran yang perlu dipelajar melalui pantun-pantun sedemikian. Oleh iti, pantun sebegini
adalah sesuai dalam kalangan anak-anak untuk dipelajari.

Di samping itu, pantun memiliki struktur bacaan yang tertentu sehingga menghasilkan
keindahan dalam pembacaan. Malah, telah disampaikan dengan pelbagi variasi bagi
meningkatkan fungsi-fungsi hiburan seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu
popular dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa unsur hiburan yang tidak terhingga
dalam pantun merupakan salah satu faktor pantun dapat mengekalkan dalam kalangan karya
sastera yang popular.

Dari sudut lain, Si Luncai juga dapat dikelaskan sebagai cerita jenaka yang banyak
menunjukkan unsur hiburan. Cerita Si Luncar ini merupakan karya sastera rakyat iaitu cerita
jenaka. Sebagaimana yang dimaklumkan, cerita ini mengisahkan watak utama iaitu Si Luncai
yang mempunyai keinginan untuk melihat wajah raja. Namun begitu, hasratnya tidak tercapai
disebabkan oleh wajahnya yang dikatakan buruk serta tidak mempunyai pakaian yang sesuai
untuk menghadap raja. Malangnya, pada suatu hari, apabila dia berjaya masuk ke istana dan
sedang menghadap raja, terluncur kata dari mulutnya bahawa muka raja adalah mirip dengan
arwah bapanya. Kesannya, raja yang zalim itu mengangap dirinya dipersendakan dan
menjatuhkan hukuman mati kepada Si Luncai. Ketika dia sedang dibawa ke tengah laut, Si
Luncai segera mencari muslihat untuk melarikan diri. Lalu, dia pun menyanyi dan apabila
melihat pesuruh raja leka, dia terus terjun dengan labu-labunnya. Akhirnya, dia berjaya
melarikan diri dan kembali ke darat.

18

Pada hakikatnya, cerita ini bukan sahaja melibatkan lawak jenaka, tetapi adanya mesej
tersirat dan pengajaran yang ingin disampaikan. Melalui sikap Si Luncai yang terlepas cakap
dengan mengatakan bahawa muka raja sama seperti raja, menunjukkan bahawa kita
hendaklah berfikir dahulu sebelum hendak mengutarakan sesuatu pendapat supaya tidak
menimbulkan kemarahan kepada si pendengar.

4.2 Aspek Dakwah

Dakwah ialah proses penyampaian yang bersifat suci antara tuhan kepada manusia tertentu
melalui medium iaitu bahasa yang fahami sebagai objek dakwah. Bahasa yang digunakan
semestinya adalah berkesan dan efektif supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Ciri-
ciri penting bagi pembentukan pandangan sastera ialah nilai ijabiyah (positif) dan waqi’iyyah
(realistik) yang menyelidik dan meneliti secara mendalam tentang bagaimana sesuatu itu
terjadi. (Siddiq Fadzil, 2012). Hal ini bermakna, pandangan yang haq semasa menilai dan
melukiskan sesuatu dengan menekankan peranan al-tawjih (membimbing) dan al-ta’dib
(mendidik), pengisbatan ciri-ciri estetik serta prinsip takamul dan takmilahnya. Kekuatan
prinsip inilah yang menyebabkan pandangan kosmologi yang berakar dari kefahaman nilai
yang dapat mengerakkan transformasi kemanusiaan dan revolusinya. Secara tidak langsung,
dapat membentu citra dan perubahan yang dinamik. Hal ini bersangkut-paut dengan ciri-ciri
positif dan dinamik dapat menjalankan fungsi transformatifnya kerana berciri positif-dinamik.
Dengan maksud lain, merupakan adab al-muwajjih dan sastera yang dapat menjadi panduan
kepada arah yang lebih sempurna dan mulia.

Pada abad ke- 13 hingga 16 Masihi, harakat pengislaman telah berkembang dengan meluas
dan begitu juga dengan pembangunan sastera Islam di Alam Melayu yang telah digerakkan
oleh pengaruh dakwah. Perubahan dalam sejarah kebudayaan Melayu berlaku disebabkan
oleh gerakan Islamisasi yang bermula pada abad ke-13 Masihi. Hal ini tercetus apabila
pengaruh sufi yang telah berkembang luas pada abad ke-17 telah memberi impak kepada
monopoli kepujanggaan istana yang semakin hilang dari semasa ke semasa. (Siddiq Fadzil,
2012). Maka, bermulalah dalam sejarah Melayu-Islam yang melahirkan umat baharu yang
dari segi pandangan agama dan kebudayaan dinilai berdasarkan worldview tawhidik,
menyikapi segalanya berasaskan etos dan tatanan nilai islami. Buktinya dapat dikenal pasti
dengan adanya pemetaan tamadun dunia islam yang telah dilakarkan oleh Malik Bennabi

19

yang mengisytiharkan dunia Melayu sebagai zon tamadun Islam yang memiliki kepribadian
Melayu-Islam.

Malahan, dalam kertas kerja Ismail Hamid yang bertajuk “Ciri- Ciri Cereka keislaman”terdapat
beberapa ciri yang boleh menentukan sama ada karya tersebut nersifat memberi dakwah atau
bukan. Oleh itu, Ismail telah menekankan terhadap kepentingan fungsi dan amanat cereka
yang semestinya perlu membawa kepada amanah keimanan dan ketakwaan kepada Allah
SAW atau nilai-nilai islam yang berunsur murni. Dengan berbuat demikian, pengarang sastera
Islam tidak akan merosakkan prinsip-prinsip Islam. Sebagai contoh, tidak memberi
perwatakan utama yang sempurna dan luar biasa kepada manusia. Hal ini demikian kerana,
sifat-sifat manusia di dalam al-quran tidaklah sempurna seperti yang digambarkan. Namun
demikian, mereka yang beriman kepada Allah, cuba dengan sedaya- upaya untuk
memperbaiki kelemahan dan menegakkan kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Teks-teks sastera Islam yang telah dihasilkan oleh Ismail Hamid tidak lagi terbatas kepada
kisah para nabi, malah terbuka kepada cereka lain seperti syair, pantun, gurindam, sajak dan
sebagainya. Misalnya, Hamzah Fansuri menggunakan syair yang berbentuk kerohanian untuk
dijadikan sebagai alat pengembangan ajaran Islam seperti Syair Perahu, Syair Dagang dan
Syair Burung. Hampir keseluruhan sastera kaya dengan nilai-nilai mendidik sama ada secara
langsung atau tidak langsung.

4.3 Aspek Krtikan Sosial

Sastera merupakan pengalaman hidup daripada pelbagai dimensi dan dari sudut pandangan
yang berbeza. Sebenarnya, apa yang dipaparkan dalam sastera adalah perkara yang realiti
dalam kehidupan manusia. Karya sastera menumpukan kepada masyarakat, kehidupan dan
manusia yang saling berkait antara satu sama lain. Dalam konteks masyarakat yang hidup
bersusun lapis menyebabkan berlakunya jurang kehidupan dan mempengaruhi tindakan dan
susila adab sama ada tujuannya untuk mendengar, mengkritik atau menyampaikan mesej.
Berdasarkan tafsiran dua buah karya iaitu “Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Abdullah dan
Titis Darah Terakhir oleh Adhyat Helmy, pengarang menggunakan cara yang sama iaitu watak
akan memberi kesan walaupun adanya perbezaan dari aspek cara perjuangan.

20

“…… Dalam hidup ini kita tidak harus terus ( Harga Sebuah Maruah)
di belenggu dengan tekanan yang melulu.
Kita harus berani untuk membebaskan diri
tanpa rasa ragu kerana itu hak kita tetapi
jangan sampai membelakangi undang-
undang. “

“…….Jangan ada seinci tanah kita (Titis Darah Terakhir )
tergadai, biar darah kita kering di badan,
namun sesekali menyerah tidak sama
sekali, Ini hak kita dan hak kita perlu
dipertahankan”.

Konsep perjuangan dalam karya Harga Sebuah Maruah adalah pertimbangan akal yang
telah dikenal pasti melalui frasa “tetapi jangan sampai membelakangi undang-
undang.”Manakala konsep perjuangan dalam karya Titis Darah Terakhir adalah perjuangan

untuk menegakkan hak memerlukan pengorbanan dan pertumpahan darah yang telah dikenal
pasti melalui frasa “biar darah kita kering sekali di badan, namun sesekali menyerah tidak
sama sekali”.

4.4 Aspek Pendidikan

Para pengarang telah menyampaikan sastera mereka berdasarkan pengalaman-pengalaman
mereka dari aspek ekonomi, politik, sosial dan agama. Dengan berbuat sedemikian, maka
terhasilah prosa atau puisi yang dicampur adukkan dengan unsur-unsur pengajaran, moral
dan ilmu yang tinggi supaya berlakunya proses pendidikan secara tidak langsung semasa
membacanya. Jelaslah bahawa, bahan sastera juga boleh dijadikan sebagai bahan pedidikan
oleh masyarakat Melayu khususnya dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu yang telah
diperkenalkan sejak tahun 1957. Matlamatnya adalah satu iaitu pelajar atau rakyat Malaysia

21

dapat menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemasyarakatan, kebudayaan,
kewarganegaraan dan menanam sikap bangga serta cinta pada tanah air . Oleh itu, betapa
pentingnya pentingnya kesusasteraan Melayu supaya dapat mencerminkan masyarakat
kesenian yang kreatif, berkemampuan untuk mengkaji keindahan sastera dan menguasai
kemahiran berbahasa Melayu.

Peranannya adalah masyarakat dapat membina insaniah dalam kehidupan yang selaras
dengan konsep membina “modal insan” yang diberikan harapan oleh pemimpin negara. Hal
ini berpunca daripada, kita tidak melahirkan bangsa-bangsa Melayu yang kelihatan seperti
robot iaitu tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan semasa bertindak dan mengambil
keputusan. Walaupun ramai orang yang bijak dalam bidang sains dan teknologi, tetapi mereka
tidak mempunyai sifat kepimpinan iaitu berjati diri, bermoral dan sebagainya. Apabila
wujudnya pemimpin yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, maka berlakunya rasuah
secara berleluasa, keruntuhan moral yang mebawa kepada kemusnahan alam dan
kesusahan masyarakat di sekeliling mereka. Oleh itu, nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan
dalam sastera adalah begitu penting. Pada peringkat sekolah, kesusasteraan Melayu perlulah
diterapkan sebagai satu ilmu dan senjata yang akan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu
sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Kemudian, di peringkat pengajian tinggi,
pelajar akan didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, rencana, penulisan kreatif serta
pengetahuan tentang dunia penerbitan melalui sistem pendidikan. Di sini kita dapat lihat
bahawa, teks-teks sastera Melayu adalah penting untuk dijadikan sebagai bahan wajib dan
meninggalkan kesan yang baik sama ada melalui pendidikan secara langsung atau diterima
secara terpaksa.

5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI

Puisi tradisional digunakan oleh orang Melayu bagi mengungkapkan pemikiran dan akal budi
semasa berinteraksi. Hal ini tercetus apabila masyarakat menghasilkannnya melalui
pengalaman dari tingkah laku, norma hidup, kejadian alam sekeliling dan lain-lain dalam
kehidupan mereka. Oleh sebab itu, puisi tradisional dikatakan sebagai cerminan kehalusan
budi, ketinggian ilmu dan pemikiran masyarakat Melayu pada zaman dahulu ketika
berbahasa.

Akal budi melambangkan seseorang itu dari segi perbuatan, pemikiran dan sikap yang
mendorong kepada kehalusan jiwa serta keindahan. Selain itu, perbuatan, pemikiran dan
sikap seseorang itu dapat dilihat secara lebih jelas melalui penghasilan karya seni seperti

22

seni sastera. Manakala, budi mewakili tempat perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan.
Akal atau pemikiran merupakan proses dengan menggunakan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan yang wajar dan untuk membuat
sesuatu keputusan muktamad. Jadi, manifestasi akal budi terdiri daripada empat aspek iaitu
aspek pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.

5.1 PANTUN

Kalau bertanak dengan menggulai
Mengacau gulai pecah isinya
Kalau gelak nak jangan mengilai
Kalau mengilai rendah budinya.
(Tunjuk Ajar dalam Pantun Melayu: 84)

Berdasarkan pantun di atas, terdapat beberapa isi tersirat iaitu makna yang hendak
disampaikan secara tidak terang-terangan kepada masyarakat. Pantun ini mengandungi
unsur nasihat dan pengajaran yang boleh diambil dalam kehidupan seharian. Gulai dipilih oleh
pengarang dalam pantun ini kerana, apabila gulai ditanak atau dimasak, maka janganlah
mengacau terlalu lama kerana takut gulai itu isinya pecah. Hal ini boleh menyebabkan gulai
yang sepatutnya tidak boleh dikacau, akan menjadi cepat rosak. Baris pertama dan dua
adalah pembayang daripada baris ketiga dan keempat sebenarnya. Begitu juga dengan sikap
seseorang yang ketawa secara kuat atau terbahak-bahak. Gulai sebagai pembayang kepada
ketawa. Apabila dikacau, rosak. Apabila ketawa sehingga tidak melihat orang disekeliling kita,
maka dianggap sebagai rosak juga tetapi dari segi adab dalam masyarakat Melayu.
Oleh itu, dalam pantun ini, pengarang memberi nasihat berkaitan dengan adab seseorang.
Ketawa dengan kuat sehingga mengilai menunjukkan adab yang tidak baik dan perlulah
dielakkan perbuatan tersebut. Dalam Agama Islam juga, turut mengajar kaumnya supaya
tidak ketawa menggilai kerana boleh dianggap sebagai riak dan takbur kepada orang lain.

23

Orang di sekelilingnya juga akan memberi tanggapan yang tidak baik seperti orang yang tidak
berbudi bahasa yang menyebabkan maruah dirinya tercemar di khayalak orang ramai.

5.2 SYAIR (Rangkap 1 )
Dengarlah anak ibu berpesan,
Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanyalah itu jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.

Syair di atas merupakan hasil daripada tokoh sasterawan Negara Wanita iaitu Zurinah Hassan
yang sudah banyak menghasilkan koleksi-koleksi syair dan sajak yang telah digunakan
sehingga ke hari ini. Syair di atas adalah bertemakan pesanan ibu. Beliau mencipta syair ini
bertujuan untuk mengambarkan kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya yang tidak
ternilai harganya. Dalam rangkap 1, memang tidak dapat dinafikan bahawa, kasih sayang ibu
terhadap anak-anaknya tidak dapat dibandingkan dengan orang lain. Keprihatinan dan ambil
berat melalui nasihat dan pesanan yang diberikan, jelas menunjukkan kasih sayangnya.
Tambahan pula, seorang ibu yang sentiasa mempunyai perasaan bimbang sering menasihati
dan mempringatkan kepada anaknya untuk sentiasa menimba limu yang baru pada setiap
masa kerana dengan ilmulah boleh dijadikan sebagai persiapan untuk menjalani masa depan
yang baik.

Hidupmu kini di masa remaja, (Rangkap 3 )
Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna

24

Dalam rangkap ketiga, penyair meminta kita untuk sentiasa memperingati pesanan ibu dalam
diri sendiri. Hal ini demikian kerana, ilmu yang perlu dicari dan diamalkan dapat dikaitkan pada
rangkap ini. Apabila kita adalah seorang yang berilmu, nescayalah kita dapat membezakan
yang mana yang baik dan yang mana buruk kepada kita. Hakikatnya, Iilmu yang diperoleh
bukanlah hanya sekadar untuk menambahkan pengetahuan, bahkan dapat mendidik kita ke
arah kebaikan. Malah, penyair juga meminta kita supaya sentiasa berwaspada dengan
cabaran-cabaran hidup terutamanya pada zaman remaja. Hal ini tercetus apabila, kehidupan
sewaktu remaja adalah amat bernilai. Oleh itu, golongan remaja hendaklah menjaga diri
mereka dengan sebaik-baiknya dengan tidak terlibat kepada perkara-perkara yang boleh
merosakkan masa depan. Jika berlakunya perkara-perkara sedemikian, maka rugilah kepada
diri sendiri kerana kesilapan tersebut tidak boleh diperbaiki semula. Masa tidak boleh
diundurkan semula seperti sediakala.

5.3 SELOKA

MAT JENIN
Panjat kelapa sampai ke atas,
Berhenti sebentar sambil berangan,
Aku ingin nak kaya lekas,
Dapat duit nak buat modal.

Jual kelapa nak beli ayam,
Jual ayam nak beli itik,
Kalau ada emas berkoyan,
Rupa hodoh pun jadi cantik.

Jual itik nak beli kambing,
Jual kambing nak beli lembu,

25

Mat Jenin mula tersenyum sumbing,
Duit disimpan beribu-ribu.

Jual lembu nak beli bahtera,
Pergi berniaga keluar negeri,
Akhirnya Jenin dah kaya-raya,
Ingin berkahwin Tuan Puteri.

Jenin hanyut dalam angan-angan,
Dia lupa buat seketika,
Sambil mengangkat kedua tangan,
Menggenggam kuat tanda gembira.

Akibatnya ia hilang pertimbangan,
Lalu jatuh tersembam ke tanah,
Nafas berhenti, mulut berdarah,
Angannya tidak berguna lagi.

Inilah lagak orang dah kaya,
Selalu sangat lupakan diri,
Oleh itu hubaya-hubaya,
Seloka Mat Jenin sampai di sini.

Seloka Mat jenin merupakan salah satu cerita jenaka yang boleh menghiburkan bagi sesiapa
yang membacanya. Namun begitu, terdapat unsur-unsur pengajaran atau teladan

26

yang boleh diambil sebagai pedoman dalam cerita yang disampaikan. Pada hakikatnya, Mat
jenin mewakili sebahagian masyarakat yang mempunyai sikap – sikap negatif sehingga
sikapnya telah dijadikan sebagai senda gurauan dan sindiran dalam seloka. Sesungguhnya,
watak Mat jenin iaitu seorang yang lupa daratan sememangnya wujud dalam kalangan
masyarakat. Pengarang sedang mengkrtik dan memberi mesej dalam bentuk cerita kepada
orang ramai. Sikap ini sinonim dengan seloka kerana mengisahkan tentang kisah hidup Mat
Jenin dengan pelbagai ragam.

Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah pengarang
ingin menyindir individu yang gemar berangan-angan kosong tanpa berusaha melakukan
sesuatu yang diinginkan. Bak kata pepatah Melayu “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Hal ini bersesuaian dengan frasa “aku ingin nak kaya lekas, dapat duit nak
buat modal”. Mat jenin berangan-angan kuat di atas pokok untuk mendapatkan modal yang
banyak, tetapi dia langsung tidak berusaha untuk mengecapinya. Rezeki tidak datang
bergolek bagai durian runtuh. Setiap orang perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan apa yang diingini.

Selain itu, Mat jenin merupakan seorang yang lupa daratan. Sebagi contoh dalam rangkap
kedua iaitu “Jual kelapa nak beli ayam, jual ayam nak beli itik, Mat Jenin mula tersenyum
sumbing, Duit disimpan beribu-ribu”. Hal ini menunjukkan bahawa Mat Jenin masih leka
dengan dunia khalayan sehingga tidak sedar dengan kedudukan sendiri. Dia hanyalah
seorang pemuda yang miskin dan tidak mempunyai apa-apa untuk dijualkan sebagaimana
yang diangankan. Sedangkan kerja yang dilakukan sekarang, masih dalam keadaan lalai
sehingga boleh berangan-angan dan jelas menunjukkan bahawa dia tidak bersungguh-
sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jika begini jadinya, impian yang diidamkan,
hanyalah sekadar mainan fikirannya sahaja.

Tidak salah untuk mempunyai cita-cita besar seperti Mat jenin dalam baris “Jual lembu nak
beli bahtera, pergi berniaga keluar negeri”. Hal ini merujuk kepada, Mat Jenin bercadang untuk
menjual lembu setelah pernigaannya semakin berkembang dan ingin membeli bahtera untuk
menjalankan perniagaan yang lebih besar di luar negeri. Di sini kita dapat lihat bahawa, Mat
jenin sudah mempunyai perancangan yang strategi untuk memulakan perniagaannya
sehingga berkembang ke seterusnya. Namun demikian, perbuatan tersebut hanya sia-sia
kerana dia hanya berangan-angan dan hal ini akan membuang banyak masanya yang
berharga.

27

Akhir sekali, pengarang juga mengkritik segelintir masyarakat yang gemar bercakap besar
sedangkan apa yang dibicarakan tidak setanding dan mengambarkan diri mereka. Terdapat
frasa “Akibatnya ia hilang pertimbangan,Lalu jatuh tersembam ke tanah. Hal ini dapat
dikaitkan dengan Mat jenin dan masyarakat yang telah dikritik oleh pengarang. Mat jenin yang
terlalu bercakap besar dalam angan-angannya telah membawa padah pada diri sendiri. Pada
ketika itu, secara tidak sengaja, dia telah mengangkat tangan kerana terlalu bangga dan
gembira dengan angan-angannya. Kemudian, dia menyedari bahawa, dia masih berada di
atas pokok. Terdapat baris dalam seloka iaitu “Nafas berhenti, mulut berdarah, Angannya
tidak berguna lagi”. Kesannya, Mat jenin telah meragut nyawanya semasa asyik melayan
angan-angannya yang mana sudah tidak berguna lagi. Pada masa yang sama, masyarakat
yang mempunyai sikap seperti ini merupakan seorang yang rugi. Oleh itu, masyarakat
hendaklah mengambil teladan dengan tidak bercakap basar dengan sewenang-wenangnya
dan perlulah membuang angan- angan yang belum pasti kesudahannya dengan yakin benda
yang diangankan itu akan tertunai dengan mudah kerana setiap sesuatu yang diimpikan perlu
adanya usaha supaya boleh berjaya.

5.4 GURINDAM
Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga )
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

28

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Akal budi pada fasal ketiga ini menjelaskan bahawa setiap manusia mestilah sentiasa
memelihara anggota badan serta menjaga budi pekerti daripada perkara-perkara yang tidak
baik dan tidak bermanfaat kepada diri masing-masing. Setiap anggota badan seperti mata,
telinga, lidah, kaki dan lain-lain perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya khususnya
menjurus ke arah kebaikan. Dalam kehidupan di dunia yang nyata ini, pengarang banyak
menasihati kita tentang anggota badan kerana perkara tersebut merupakan hal yang paling
penting terutamanya untuk menjaga maruah kita daripada tercemar dan mengelakkan
daripada terdorong kepada ke arah kejahatan. Anggota mata yang dianugerahi oleh Allah
untuk melihat dunia di sekeliling kita hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan
bukannya untuk melihat perkara-perkara yang terlarang sebagaimana yang telah diajarkan
sebagai umat islam. Hal ini demikian kerana, matalah merupakan anggota badan yang tidak
dapat dikawal dengan mudah kerana kita cepat melihat apa-apa yang berada di hadapan kita
tanpa kita sedari.
Selain itu, pengarang juga sentiasa mengingatkan kita untuk menjaga lidah dengan mengawal
pertuturan supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat. Hal ini disebabkan oleh, melalui lidah,
pelbagai fitnah boleh berlaku dan akhirnya boleh mencetuskan pergaduhan yang tidak
diingini. Jangan disebabkan lidah yang berbisa dan kata-kata yang diucapkan dapat
menganggu ketenteraman masyarakat yang hidup dalam harmoni. Seterusnya, kita sebagai
masyarakat Melayu hendaklah mengelakkan daripada mendengar berita-berita yang mana
belum pasti sama ada betul ataupun tidak. Oleh sebab itu, ucapan mempunyai kaitan dengan
mendengar. Berita-berita yang tersebar dalam kalangan masyarakat

29

sememangnya berasal daripada pertuturan sesetengah orang yang mempunyai sikap tidak
bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Di samping itu, anggota tangan juga
memainkan peranan penting. Hal ini tercetus apabila dengan menggunakan tangan, kita boleh
melakukan apa-apa sahaja yang diingini asalkan perkara itu berfaedah dan bermanfaat tidak
kira sama ada untuk orang lain ataupun untuk diri sendiri. Di sini, sebagai masyarakat Melayu,
kita sepatutnya membantu orang lain yang memerlukan pertolongan untuk meringankan
beban mereka dan ringan menghulurkan sedekah bagi sesiapa yang tidak mampu dalam
kewangan. Janganlah sesekali menggunakannya ke arah keburukan seperti untuk mencuri
kerana akan membawa padah kepada diri sendiri.

Akhir sekali, pengarang menasihati kita supaya tidak terlalu tamak dengan bijak mengawal
dari pelbagai aspek. Misalnya melalui gurindam ini, kita tidak boleh menjamah terlalu banyak
makanan dari apa yang mampu kerana boleh menunjukkan seseorang itu tidak beradab dan
memudaratkan kesihatan iaitu boleh mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi dan
sebagainya. Kebanyakan masyarakat Melayu adalah agama islam. Oleh itu, mereka dilarang
untuk menjejakkan kaki atau menuju ke tempat-tempat yang berunsur maksiat dan dialu-
alukan untuk menuju ke arah lebih baik dengan bertujuan baik seperti untuk memperoleh ilmu
baharu, bersedekah dan lain-lain.

6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, pengetahuan berkaitan sastera Melayu perlulah diamalkan oleh
setiap masyarakat pada masa ini. Hal ini demikian kerana, sastera yang dipelajari
memperolehi banyak manfaat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa, sastera ini banyak mendalami berkaitan dengan kehidupan
masyarakat. Malah, kanak-kanak boleh mempelajari seperti dengan menggunakan cerita-
cerita rakyat. Mereka bukan sahaja dapat menikmati cerita jenaka yang boleh menghiburkan
mereka, malah boleh mengambil ikhtibar daripada cerita yang disampaikan. Setiap pengarah,
pensyair dan lain-lain telah menyampaikan setiap pesanan dalam bentuk puisi, sajak, syair
dan sebagainya sebagai nasihat yang mana terdapat banyak unsur pengajaran, nilai-nilai
murni dan moral kepada masyarakat terdahulu sehinggalah sekarang. Oleh sebab itu, sastera
telah menjadi salah satu subjek yang perlu dipelajari oleh murid-murid daripada awal supaya
mereka dapat mendalami dengan lebih mendalam berkaitan sastera ini supaya tidak
ketinggalan zaman.

30

SUMBER RUJUKAN

Rizman Rahmat., & Nazri Zainuddin., & Shamsudin Abu Bakar., & Rani Hassan., & Hasnah
Awang, (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Selangor:
Pustaka Al-Hessan.

Ismail Hamid. (2010). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Petaling Jaya: Pearson
Education Malaysia Sdn. Bhd.

Hashim., & Muhammad Yusoff. (1992). Pensejarahan Melayu Kajian Tentang Tradisi
Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ali Ahmad.(1994). Pengantar pengajian kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ali Ahmad. (1987). Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Hashim Awang. (1987). Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Kamus Dewan (Edisi Kedua). (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.

Bhd.
Rogayah Abdul Hamis., & Majuni Plera. (2007). Kumpulan cerita rakyat Melayu-Polinesia.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh. (2000). Puitika sastera Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Mardiah Mawar Kembaren., & Arie Azharie Nasution., & M.Husnan Lubis. (2020). Cerita

Rakyat Melayu Sumatra Utara berupa mitos dan legenda dalam membentuk kearifan
lokal masyarakat. Jurnal Persuratan Melayu, 8 (1), 1-12.
Norazimah Zakaria., & Mazarul Hasan Mohamad Hanapi., & Makmur Harun., & Farra
Humairah Mohd. (2019). Unsur Mitos berdasarkan teks Sastera Melayu Tradisional.
Journal of Humanities, Philosophy, and Language, 2 (6), 78-87.

31


Click to View FlipBook Version