SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MELANGIT
KM 9 JALAN PADANG MELANGIT
02400 BESERI , PERLIS
SEK. KEB. PADANG MELANGIT
TAHUN 2021
23 FEBRUARI 2022
8.20 PM – 10.00 PM
PERKARANGAN PINTU MASUK SEKOLAH
PENGENALAN
Sekolah amat mementingkan kecemerlangan murid daripada
pelbagai bidang, terutamanya dalam aspek akademik, sahsiah
dan kokurikulum. Kecemerlangan ini mencerminkan
perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan
modal insan, seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai
satu institusi pendidikan yang berwibawa dan berjaya. Oleh itu,
sebagai tanda pengiktirafan, pihak sekolah mengadakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan (MAK) untuk semua murid yang
telah menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai
kecemerlangan.
Diharapkan MAK kali ini menjadi motivasi kepadasetiap murid
untuk terus berusaha lebih bersungguh-sungguh pada tahun
mendatang. MAK juga merupakan sebagai satu platform
hubungan baik antara pihak ibu bapa melalui Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah dalam memantau
perkembangan anak masing-masing
OBJEKTIF
i. Menghargai murid-murid yang telah mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan
kokurikulum sepanjang tahun 2021.
ii. Mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan,
keyakinan terhadap diri sendiri, individu yang
berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran
iii.Mengeratkan kecemerlangan kerjasama antara ibu bapa
dengan pihak sekolah.
iv.Memupuk emosi murid agar sentiasa berazam untuk
mencapai kecemerlangan.
v. Menghargai guru-guru yng menunjukkan komitmen yang
tinggi sepanjang tahun 2021.
UCAPAN GURU BESAR
ا
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan
rahmat-Nya kita dapat menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan
pada tahun ini. Sesungguhnya Majlis Anugerah Kecemerlangan ini merupakan
kesinambungan tradisi sekolah sejak sekian lama dan memiliki signifikan yang
tersendiri kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Padang Melangit bagi
memberi pengiktirafan kepada murid yang mencapai tahap kecemerlangan
khusus dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum sepanjang
tahun 2021. Saya percaya bahawa sokongan seumpama ini akan
meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus melakar kejayaan demi
kejayaan.
Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah adalah memupuk suasana
pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. Perubahan persekitaran
pendidikan yang penuh dengan ketidak tentuan, sukar untuk diramal dan
sentiasa terdedah kepada penambahbaikan, maka proses pembelajaran tidak
lagi tertumpu kepada akses pengetahuan semata-mata, bahkan lebih menjurus
kepada proses persediaan menghadapi cabaran yang amat berbeza pada
masa kini. Sistem pendidikan negara perlu mengorak langkah ke arah
pengajian yang dipandukan oleh teknologi digital yang lebih bersifat interaktif
dan fleksibel. Oleh itu, sebagai warga pendidik kita perlulah melengkapkan diri
dengan pengetahuan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) dan
memantapkan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC).
Pembelajaran tidak lagi terhad kepada bilik darjah dan pembelajaran bersemuka
sahaja kini. Kita perlu mengadaptasi kaedah baharu pengajaran selari dengan
perkembangan pantas teknologi secara atas talian dari rumah (PdPR) demi
menyediakan generasi yang mempunyai daya kreativiti dan inovasi untuk
mendepani cabaran Pendidikan Norma Baharu. Hal ini turut dilaksanakan melalui
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan satu
pentaksiran bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan
Malaysia. PBS memainkan peranan penting bagi melahirkan murid-murid yang
seimbang dalam pelbagai aspek. Salah satu komponen PBS ialah Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) yang membolehkan guru mendapat gambaran tentang tahap
pencapaian murid sehingga mampu berada pada tahap tertinggi. PBD yang
dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran
yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan dapat diatasi
dengan segera.
Di samping itu, penilaian Psikometrik juga turut dilaksanakan pada peringkat
sekolah untuk mengukur kebolehan, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
Sebagai guru besar, saya akan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah
ini jelas dan bahawa segala bentuk perancangan dan pelaksanaan program
pendidikan yang ada sentiasa akur dengan keperluan yang disebutkan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya berharap agar
kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin
kepada semua murid untuk mempertingkat mutu pencapaian mereka dalam
bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Akhir kata, terimalah
serangkap pantun daripada saya,
Pohon sireh pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.
Sekian, terima kasih.
UCAPAN YDP PIBG
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana saya diberi kesempatan untuk
berucap sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih, syabas dan tahniah kepada pihak sekolah serta
semua pihak yang terlibat kerana berjaya meneruskan acara tradisi tahunan ini
walaupun dalam keadaan norma baharu.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pengurusan
sekolah, guru-guru, PIBG serta murid-murid sekolah ini atas kejayaan yang telah
dicapai sepanjang tahun 2021 yang serba mencabar ini. Saya amat yakin bahawa
semua kejayaan yang diraih adalah hasil kesungguhan, kerja kuat dan semangat
permuafakatan semua pihak walaupun melalui pelbagai aktiviti telah dilaksanakan
secara atas talian. Norma baharu yang harus diterima oleh semua pihak. Tahniah
sekali lagi.
Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif. Lantaran itu, semua
pihak harus ‘siap siaga’ dengan perubahan dan pembaharuan seiring dengan
teknologi terkini. Perkembangan Sekolah Aspirasi STEM dalam pendidikan akan
mewujudkan disiplin seiring dengan kemajuan teknologi yang sangat pantas.
Keterujaan raspirasi ini haruslah seimbang dengan kemenjadian murid. Sekiranya
perkembangan ini dikuasai secara optimum, sudah pasti akan memberikan impak
yang positif dalam dunia Pendidikan kelak. Para guru dan murid harus seiring
dengan kepantasan teknologi dalam sistem pendidikan dengan mengoptimumkan
penggunaan teknologi komputer secara “pintar”.
Semua pihak terutamanya murid-murid perlu bersedia dari segi mental dan fizikal
agar dapat menerima ilmu dengan cara baharu dan sentiasa bersedia untuk belajar
dengan apa-apa cara sekalipun. Ibu bapa, guru dan para murid perlu sentiasa
prihatin dengan perubahan diri dan cuba mengurus jadual harian yang seimbang
agar lebih berkualiti. Hasrat saya selaku Yang Dipertua PIBG SKPM mengharapkan
kemenjadian anak-anak menjadi agenda utama pihak sekolah. Insha Allah
kerjasama PIBG dan guru pasti dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dan
kompeten iaitu mencapai tahap standard kualiti untuk merealisasikan aspirasi dan
agenda negara seiring hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Menurut Imam Al – Ghazali, “Jika kita ingin melihat rupa bentuk dan corak
peradaban sesebuah negara pada masa hadapan, maka lihatlah kepada
generasi muda kita yang ada pada hari ini”. Pernyataan ini bermaksud
bahawa kemajuan dan kemunduran sesebuah bangsa adalah bergantung
kepada generasi muda pada hari ini. Justeru, aspek pendidikan merupakan
pemangkin utama dalam melahirkan modal insan yang cemerlang iaitu
indah budi bahasa, baik akhlak dan cemerlang akademik. Hal ini kerana,
golongan anak-anak SK Padang Melangit merupakan tonggak dan bakal
pemimpin negara kelak. Insya Allah.
Selain itu, seseorang guru itu memainkan peranan penting untuk
memastikan proses transformasi pendidikan negara tercapai. Mereka
seharusnya menggunakan pelbagai pendekatan yang lebih kreatif dan
inovatif bagi memastikan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
menjadi lebih berkesan di samping dapat menyuntik nilai-nilai murni terpuji
dalam diri murid-murid. Walaupun kita berhadapan dengan cabaran
Pandemik Covid-19, pihak sekolah tetap melaksanakan pelbagai agenda
dalam budaya baharu demi memberi peluang kepada para pelajar. Tiada
tugas dan tanggungjawab yang lebih murni selain tugas seorang guru
kerana tugas ini menyumbang tradisi ilmu dan mendidik anak bangsa.
kepada para penerima anugerah dan cabaran kepada yang lain agar terus
berusaha untuk berjaya. Teruskan kecemerlangan yang seimbang dalam
kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah diri. Walaupun kita
berhadapan dengan cabaran Pandemik Covid-19, pihak sekolah tetap
melaksanakan pelbagai agenda dalam budaya baharu demi memberi
peluang kepada para pelajar. Tahniah juga atas kerjasama semua pihak
kerana berjaya mengembleng tenaga dan berkorban masa bagi
merealisasikan hasrat para ibu bapa, guru dan sekolah ke arah
kecemerlangan anak-anak SKPM.
Sekian, Wabillahittaufik, Walhidayah, Wassalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh.
JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI : PN. AZURA BINTI ARIFFIN (Guru Besar)
NAIB PENGERUSI : EN. AZRUL SANI BIN ISMAIL (PK Pentadbiran)
: PN. NORSANITA BINTI MD. HARIS (PK HEM)
: PN. RUSNIZA BINTI ABDULLAH (PK Kokurikulum)
SETIAUSAHA : PN. ZALILAH BINTI MOHTAR
BENDAHARI : PN. ZARIPAH BINTI ALSHAARI
AHLI JAWATANKUASA:
GURU DATA
GURU MEDIA
SEMUA GURU KELAS
JAWATANKUASA PELAKSANA
AJK SAMBUTAN
Pn.Azura binti Ariffin (GB)
En. Azrul Sani bin Ismail (GPK 1)
Pn. Norsanita binti Md. Haris (GPK HEM)
Pn. Rusniza binti Abdullah (GPK KOKU)
PENGACARA MAJLIS
Pn. Hamiyah binti Ismail
BACAAN DOA
En. Mohamad Adnin bin Yahya
AJK HADIAH
Pn. Rozaina binti Ramli (Ketua)
Pn. Norzalina binti Abu
Pn. W. Hayazi binti W. Abdullah
Pn. Fauziah binti Musa
Pn. Asma binti Abdullah
AJK PERSIAPAN TEMPAT
En. Fanddi bin Naziran (Ketua)
En. Mohamad Adnin bin Yahya
En. Ahmad bin Kamis
Pekerja Kebersihan
AJK PENGURUSAN PENERIMA
HADIAH
Pn. Zaripah binti Alshaari (Ketua)
Pn. Aminah binti Yacob
En. Mohd. Zahir bin Abd. Razak
En. Faizal bin Kassim
AJK BUKU e-ATURCARA
En. Muhamad Fuad bin Yahya
AJK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI
Pn. Asma binti Abdullah (Ketua)
En. Muhamad Fuad bin Yahya
AJK BACKDROP & PHOTOBOOTH
Pn. Zalilah binti md. Mohtar (Ketua)
Pn. W. Hayazi binti W. Abdullah
Pn. Fauziah binti Musa
En. Mohd Zulhusni bin Mat Azmi
En. Mohd Zahir bin Abd. Razak
En. Faizal bin Kassim
AJK TEKNIKAL & SIARAYA
En. Mohd Zulhusni bin Mat Azmi (Ketua)
En. Mohamad Adnin bin Yahya
TENTATIF PROGRAM
Tarikh: 23 Februari 2021(Rabu)
Masa: 8:20 – 10:00 malam
Makluman kehadiran murid sesi penyampaian hadiah
‘Drive Thru’ mengikut giliran yang ditetapkan
Masa Aturcara
8.20 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
malam
Ucapan Yang Dipertua PIBG SKPM
Ucapan Perasmian Guru Besar SKPM
Penyampaian Hadiah Terbaik Prasekolah
Penyampaian Hadiah Peningkatan Cemerlang
Pemulihan
Penyampaian Hadiah Terbaik Kelas Tahun 1 hingga
Tahun 3
Penyampaian Hadiah Terbaik Nilam Tahap 1
Penyampaian Hadiah Terbaik Kelas Tahun 4 hingga
Tahun 6
Penyampaian Hadiah Terbaik Nilam Tahap 2
Penyampaian Hadiah Cemerlang UPKK (8A)
Penyampaian Anugerah Khas Tokoh Kokurikulum
Penyampaian Anugerah Khas Tokoh Sahsiah
Penyampaian Anugerah Khas Tokoh Akademik
Penyampaian Anugerah Khas Tokoh Murid
Penutup/Bersurai
PENERIMA ANUGERAH KURIKULUM
SENARAI NAMA M U R I D TERBAIK
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
TAHUN 2021
PRA SEKOLAH
1. AMYRUL ZAQWAN BIN AZRAN BAHARIN
2. MUHAMMAD AZIB BIN AZHAM
3. MOHAMAD RAYYAN WAFIY BIN NOR AZALI
4. MUHAMMAD IZZ HAIL BIN MUHAMMAD ANAS
5. NAJMI BINTI ABDUL HALIM
6. MUHAMMAD HUSSEIN AMSYAR BIN MOHD MUZAMIR
TOKOH MURID PRA SEKOLAH
1. AMYRUL ZAQWAN BIN AZRAN BAHARIN
PENINGKATAN CEMERLANG PEMULIHAN
TAHUN 2
1. MUHAMMAD AMRI HAFIZ BIN AZMI
TAHUN 3
1. MUHAMMAD HAZIM ZAIM BIN MUHAMMAD ZULPIKA
2. ARIZ RYYAN BIN MOHAMMAD RAZI
3. ARIZ RIZQI BIN MOHAMMAD RAZI
ANUGERAH NILAM TAHAP 1
1. MUHAMMAD FIRASH RIFQI BIN MOHD SHUKRI
ANUGERAH NILAM TAHAP 2
1. NUR IRISH QISTINA BINTI AZWAN
1 TITAN
1. AIN SYAZA HAWANI BINTI MOHD TAHIR
2. NUR ALIESYA HUMAIRA BINTI HAMIZON
3. NURSOFEA ARISSA BINTI MOHAMMAD HAIRULNIZAM
4. NURUL HANNA MAISARAH BINTI FAUZI
5. MUHAMMAD AKIF FIRASH BINTI ZAHARI
6. NIA QUZAYRA ARIESSA BINTI NAZWAN
7. HAQQI SAQIF BIN HASANAIN
8. SITI NUR FATIMAH BINTI IZAN MASRAWI
9. AMMAR WAJDI BIN AZRUL SANI
10. EIMAN NABIHAN BIN NAZARUDIN
2 TITAN
1. MUHAMMAD FIRASH RIFQI BIN MOHD SHUKRI
2. NUR QAISARA BINTI AMIR
3. NOOR FARRA ALLIA BINTI NOOR AZMAN
4. ARFA QAISARA BINTI ABDUL RAZAK
5. NUR ARDINI BINTI AZIRUN
6. ANIS HUMAIRA BINTI AZIZUL
7. NAUFAL IQBAL BIN RIDZUAN
8. NUR IRDINA QAIREEN BINTI ABDUL RAHIM
9. FARHI HAZIM BIN KHAIRUL BAHSAN
10. NUR NAYLI NAZIFA BINTI NURHAFIZ
3 TITAN
1. MUHAMMAD ZIAD BIN AHMAD
2. AISYA HUMAIRA BINTI AZHAM
3. MUHAMMAD RIZQI IZZUDDIN BIN ROHAIMI
4. MUHAMMAD TAUFIQ AL HAKIM BIN SHAHIDI
5. MUHAMMAD FAHEEM FAHMEE BIN MUHD. HAIRI
6. NUR FAQIHAH ERISYA BINTI HAKIMI
7. AHMAD AFIQ HANIS BIN MOHD. NASIR
8. MUHAMMAD IQRAM FAWAZ BIN SABRI
9. AZRIEL RIZQY AL HAZIQ BIN MUHAMAD AZMI
10.AMMAR HUZAINI SAFFUAN BIN MOHD TAHIR
4 TITAN
1. AMIRUL BIN AZIRUN
2. NUR ADRIANA BINTI AMIR
3. MUHAMMAD HADIEFF ZHAFRAN BIN SAIFUL
ZAMANI
4. NIA QALEESYA ADRIANA BINTI NAZWAN
5. MOHAMMAD ARYAN MIKAEIL BIN AZWAN
6. SHAH IKHWAN FAIZ BIN SABRI
7. SYAFI NAJMI BIN SABERI
8. NUR DANIA AISYA BINTI MOHD ZOHDI
9. NUR AFINA HAFIYA BINTI AMIRUDIN
10.NUR QASRINA ZAHRA BINTI SYUKRY
5 TITAN
1. ERNISYA BALQIS BINTI ELHAMI @ CHE KASSIM
2. AISYAH NABILAH BINTI ZAINOL
3. ARIFF RIZQI BIN ABDUL RAZAK
4. NUR DANIA UMAIRAH BINTI RIDZUAN
5. MUHAMMAD KHALID ALWALID BIN MUHD HAIRI
6. MUHAMMAD HASSAN AMSYAR BIN M. MUZAMIR
7. THAQIF AMSYAR BIN KHAIRUL BAHSAN
8. MUHAMMAD ATIF BIN AZHAM
9. ANIS SOFEA BINTI AZMI
10. MUHAMMAD TAUFIQ HAIKAL BIN HAKIMI
6 TITAN
1. NUR IRISH QISTINA BINTI AZWAN
2. NUR QISTINA AMANI BINTI MOHD SHUKRI
3. NURUL FATIN AQILAH BINTI MOHD FAIZAL
4. AHMAD NABIL BIN ZAINOL
5. UKAIL MUKHRIZ MUHAIMMIN BIN RUSMADY
6. NUUR AMILIA HAZREENA BINTI JAYA
7. ADAM HAZIQ BIN ANIZAN
8. MUHAMMAD HAZIQ IKHWAN AHMAD ZAIDI
9. RAFIQ MUHAIMIN BIN MAZUKI
10. NAFIS AQIL BIN RIDZUAN
ANUGERAH CEMERLANG UPKK (8A)
1. ADAM HAZIQ BIN ANIZAN
2. AHMAD NABIL BIN ZAINOL
3. UKHAIL MUKHRIZ MUHAIMIN BIN RUSMADY
4. NUR IRISH QISTINA BINTI AZWAN
5. NUR QISTINA AMANI BINTI MOHD SHUKRI
6. NUUR AMILIA HAZREENA BINTI JAYA
7. AISYAH NABILAH BINTI ZAINOL
8. ARIF RZQI BIN ABDUL RAZAK
ANUGERAH KHAS TOKOH SKPM
#HADIAH KHAS TOKOH KOKURIKULUM
#HADIAH KHAS TOKOH SAHSIAH
#HADIAH KHAS TOKOH AKADEMIK
#HADIAH KHAS TOKOH MURID
SEKALUNG PENGHARGAAN
JAWATANKUASA KERJA & PELAKSANA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2021
SK PADANG MELANGIT
Dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaaan
terima kasih kepada :
• GURU BESAR SK PADANG MELANGIT
• YDP, AJK PIBG SK PADANG MELANGIT
• GURU-GURU & AKP SK PADANG MELANGIT
Dan
Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Majlis Anugerah Kecemerlangan
SK PADANG MELANGIT bagi tahun 2021
Dalam Norma Baharu
#kita jaga kita
#Sekolah bebas Covid-19
####ki
TAHNIAH
TERIMA KASIH