1
ILIKETM Preschool – Pre-Kindy – Educare
IQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts & Crafts –
– English – Music – Transit–
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
VISI DAN MISI ILIKE
VISI ILIKE PRESCHOOL MALAYSIA:
Menyuburkan Potensi Murid Dalam Setiap Aspek Perkembangan Dan Menguasai Kemahiran Asas 4M Sebelum
Melangkah Ke Tahun 1.
MISI ILIKE PRESCHOOL MALAYSIA:
Memupuk Kanak- Kanak Berdikari Dan Mewujudkan Suasana Pembelajaran Yang Seronok Dan Ceria.
PENDAHULUAN
1. Peraturan ini perlu dibaca, difahami dan dipatuhi oleh ibubapa/ penjaga dan pewaris kanak-kanak ILIKE
Preschool Malaysia.
2. Peraturan ini adalah penting untuk dipatuhi bagi memastikan pelaksanaan operasi program-program di ILIKE
Preschool Malaysia berjalan lancar selain memberi perhatian terhadap perkembangan dan disiplin kanak-kanak di
ILIKE Preschool Malaysia.
Di antara peraturan tersebut ialah:
WAKTU URUSAN ILIKE PRESCHOOL MALAYSIA
Hari Masa
Isnin - Jumaat : jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
Sabtu : jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. (kelas membaca)
Ahad dan cuti umum TUTUP
Operasi pembelajaran ILIKE Preschool Malaysia adalah tertakluk kepada perubahan Takwim
Persekolahan KPM.
PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 1 TANDATANGAN IBU/ BAPA: …………………….
2
ILIKETM Preschool – Pre-Kindy – Educare
IQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts & Crafts –
– English – Music – Transit–
KEHADIRAN
1. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak hadir ke ILIKE Preschool Malaysia setiap hari dalam keadaan
sihat dan tiada simptom-simptom anak tidak sihat seperti selsema, mata merah dan lain-lain.
2. Kanak-kanak hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam yang ditetapkan semasa hadir ke ILIKE
Preschool Malaysia. Sekiranya baju sukan kanak-kanak basah, kanak-kanak perlu memakai baju t-
shirt putih (lencana ILIKE) dan berseluar sukan berwarna hitam.
Selain dari pakaian baju sukan/ t shirt putih adalah tidak dibenarkan.
3. Berikut adalah etika pakaian kanak-kanak ILIKE Preschool Malaysia:
Isnin hingga Khamis: Baju sukan, kopiah putih (lelaki) / tudung putih (perempuan).
Jumaat: Bebas (baju kurung raya/ baju melayu raya/ jubah/ kurta) bertudung bagi kanak-kanak
perempuan dan berkopiah bagi kanak-kanak lelaki. Pakaian selain yang dinyatakan adalah
tidak digalakkan.
4. Anak perlu dihantar dalam keadaan kemas dan bersih. Pihak ILIKE Preschool Malaysia tidak boleh
dipertanggungjawabkan membersihkan telinga dan memotong kuku kanak-kanak.
5. Kanak-kanak tidak digalakkan memakai lampin pakai buang (kecuali kes-kes tertentu). Sesi potty train di
ILIKE Preschool akan dijalankan oleh guru setiap 1 jam pada awal persekolahan kanak-kanak. Oleh itu,
ibubapa atau penjaga digalakkan agar memberikan kerjasama mendidik kanak-kanak “potty train” di
rumah.
6. Kanak-kanak lelaki tidak dibenarkan berambut panjang dan berfesyen serta mewarnakan rambut.
Manakala kanak-kanak perempuan berambut panjang perlu mengikat rambut mereka dan memakai
tudung.
7. Semua kanak-kanak diwajibkan memakai kasut bertutup atau berkasut sekolah putih atau hitam. Selipar
adalah tidak dibenarkan sama sekali bagi mengelakkan kanak-kanak terjatuh dan berlaku kemalangan
semasa menjalankan aktiviti luar.
MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK
1. Ibu bapa dan penjaga digalakkan menghantar kanak-kanak ke tadika pada waktu yang ditetapkan iaitu
daripada jam 7.30pg hingga 8.15pg. Selepas jam 8.30 pagi, pintu ILIKE Preschool Malaysia akan dikunci bagi
tujuan keselamatan dan mengelakkan gangguan semasa program di ILIKE Preschool Malaysia sedang
dijalankan. Harus dingatkan bahawa ibubapa perlu memastikan kanak-kanak terus masuk ke dalam premis
PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 2 TANDATANGAN IBU/ BAPA: …………………….
3
ILIKETM Preschool – Pre-Kindy – Educare
IQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts & Crafts –
– English – Music – Transit–
dengan ditunggu oleh ibubapa atau penjaga dan jangan membiarkan kanak-kanak yang menekan loceng
secara bersendirian.
2. Ibubapa tidak dibenarkan menunggu anak di premis. Sila berikan kepercayaan kepada pihak ILIKE Preschool
Malaysia yang telah dilatih menangani anak menangis, meragam dan sebagainya.
3. Ibu bapa dan penjaga perlu mengambil anak-anak pada waktu yang ditetapkan. Hanya ibu bapa dan penjaga
yang mempunyai pengesahan sahaja yang dibenarkan untuk mengambil anak-anak mereka.
4. Sekiranya ibu bapa lewat mengambil anak selepas waktu yang ditetapkan, ia akan dikira bayaran lebih
seperti jadual di bawah:
Masa tamat Masa ambil Bayaran OT dibayar kepada guru yang bertugas
12.30 ptg 1.00 - 1.30 ptg RM 10
2.30 ptg 3.00 - 3.30 ptg RM 10
5.30 ptg 6.00 - 6.15 ptg RM 10
6.15 - 6.30 ptg RM 10
* Bayaran adalah secara tunai pada hari yang berkenaan dan diserahkan kepada guru yang
bertugas*.
5. Semasa mengambil kanak-kanak (sebelum meninggalkan premis) ibubapa hendaklah memastikan:
1. Anak tidak mengalami sebarang kecederaan.
2. Jika ada tanda-tanda cedera, sila bertanya terus kepada guru yang bertugas.
POLISI KESELAMATAN
1. Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan membawa anak keluar tanpa kebenaran pihak ILIKE Preschool
Malaysia. Sekiranya terdapat hal kecemasan, ibubapa dan penjaga perlu memaklumkan kepada Pengurus
ILIKE Preschool Malaysia iaitu Pn Sarimah.
2. Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan untuk berkeliaran di kawasan ILIKE Preschool Malaysia bersama
rakan semasa melawat anak-anak di ILIKE Preschool Malaysia tanpa mendapat kebenaran dari pihak ILIKE
Preschool Malaysia.
3. Semua pelawat hendaklah mendapatkan kebenaran dari Pengurus ILIKE Preschool Malaysia iaitu Pn
PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 3 TANDATANGAN IBU/ BAPA: …………………….
4
ILIKETM Preschool – Pre-Kindy – Educare
IQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts & Crafts –
– English – Music – Transit–
Sarimah.
4. Sila maklumkan kepada Pengurus ILIKE Preschool Malaysia sekiranya selain daripada ibu bapa dan penjaga
yang akan mengambil anak-anak di ILIKE Preschool Malaysia beserta maklumat seperti berikut:
1 Nama:
2 Hubungan dengan pelajar:
3 No kenderaan:
5. Sekiranya kanak-kanak sakit atau berlaku kecemasan;
Pihak ILIKE Preschool Malaysia akan segera menghubungi ibu bapa / penjaga. Pihak ILIKE Preschool
Malaysia akan membawa kanak-kanak ke klinik berdekatan sekiranya keadaan memerlukan. Segala kos
perubatan akan ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.
3. Pihak Pengurusan ILIKE Preschool Malaysia berhak untuk tidak menerima kanak-kanak yang tidak
lengkap mengambil vaksin. Namun, pihak pengurusan boleh mempertimbangkan sekiranya ibubapa
ingin mengambil vaksin di sepanjang pembelajaran kanak-kanak di ILIKE Preschool Malaysia.
4. Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan kesihatan anak-anak pada hari sebelum menghantar
anak- anak ke ILIKE Preschool Malaysia dan memaklumkan keadaan kesihatan anak-anak kepada
pihak ILIKE Preschool Malaysia sekiranya pada hari berkenaan anak-anak tidak sihat melalui
panggilan telefon atau “message” whatsApp.
5. Pihak ILIKE Preschool Malaysia akan membuat pemeriksaan kesihatan setiap pagi sebelum
membenarkan kanak-kanak masuk ke premis. Ibu bapa dan penjaga perlu mendapatkan pengesahan
doktor bahawa anak-anak benar benar sihat dan boleh dibawa ke ILIKE Preschool Malaysia sekiranya
status anak-anak masih diragui. Pihak ILIKE Preschool Malaysia berhak untuk tidak menerima masuk
kanak-kanak tersebut pada waktu berkenaan. Sekiranya anak tersebut mempunyai sinus, ibu bapa
diminta untuk menyerahkan surat pengesahan doktor yang menyatakan bahawa anak tuan/ puan
mengalami gejala sinus.
6. Ibubapa atau penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar anak ke ILIKE Preschool Malaysia
sehingga benar-benar sembuh bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit terutama penyakit
seperti berikut:
a. Mums (Beguk)
b. Chicken Pox (Cacar Air)
c. Measles (Campak)
PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 4 TANDATANGAN IBU/ BAPA: …………………….
5
ILIKETM Preschool – Pre-Kindy – Educare
IQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts & Crafts –
– English – Music – Transit–
d. Conjunctivities (Sakit Mata)
e. Rotavirus
f. Tangan, kaki dan mulut (HFMD)
g. Kutu
h. Penyakit –penyakit lain yang ditakrifkan sebagai penyakit berjangkit.
i. COVID-19
j. Influenza
7. Ibu bapa dan penjaga dipohon untuk memberi kerjasama apabila dimaklumkan tentang kesihatan
anak-anak oleh guru. Ibubapa atau penjaga dinasihatkan mengambil kanak-kanak dengan kadar
segera untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berlaku kepada
kanak-kanak lain. Pihak ILIKE Preschool Malaysia tidak akan bertanggungjawab jika penyakit melarat.
8. Pihak ILIKE Preschool Malaysia berhak membuat penutupan operasi sekiranya berlaku apa-apa kes
bencana alam atau penularan penyakit berjangkit samada sebelum atau selepas mendapat arahan
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai langkah keselamatan.
MASALAH KUTU & KUKU
1. Kutu adalah serangga parasit yang kecil, tanpa kepak yang menghisap darah. Serangan kutu rambut adalah
biasa. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada
serangan ini. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhan terus dan
perkongsian barangan peribadi. Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selama lebih dari 2
hari. Justeru, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk menguruskan kebersihan diri
anak bagi mencegah jangkitan kutu kepala atau Pediculus Capitis. Sebagai contoh, ibu bapa atau penjaga
perlu menggunakan ubat syampu seperti Malathion. Pencegahan dapat dilakukan terutama dengan menjaga
kebersihan rambut" pakaian" serta benda-benda yang dapat menjadi media penularan
2. Pihak ILIKE Preschool Malaysia tidak boleh dipertanggungjawabkan memotong kuku kanak-kanak. Oleh
yang demikian, ibubapa hendaklah sentiasa memeriksa kuku kanak-kanak sekurang-kurangnya sekali
seminggu.
PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 5 TANDATANGAN IBU/ BAPA: …………………….
6
ILIKETM Preschool – Pre-Kindy – Educare
IQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts & Crafts –
– English – Music – Transit–
PEMAKANAN
1. Ibu bapa dan penjaga perlu menyediakan makanan pagi untuk anak-anak dan bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas penyediaannya. Ibubapa hendaklah menyediakan makanan kanak-kanak dari rumah dan
mengetahui makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat. Elakkan memberikan memberikan makanan
yang tidak berkhasiat kepada kanak-kanak. Ini termasuk membawa minuman di dalam botol atau tin atau
“soft drink” dan makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti keropok, gula-gula dan jajan.
2. Ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan kepada pihak ILIKE Preschool Malaysia sebarang makanan atau
sesuatu yang menyebabkan alahan kepada kanak-kanak.
KEPERLUAN ANAK
1. Sila label sebarang hak milik pelajar seperti stokin, kasut, pakaian, bekas makanan, botol air, pakaian dalam
dan seumpamanya bagi mengelakkan tertukar dengan kanak-kanak yang lain.
2. Kanak-kanak dilarang membawa atau memakai barangan berharga seperti barang kemas, kamera, telefon
bimbit dan sebagainya. Pihak ILIKE Preschool Malaysia tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya jika
berlaku kehilangan atau kerosakan terhadap barang yang dibawa.
3 Kanak-kanak tidak dibenarkan membawa sebarang mainan ke ILIKE Preschool Malaysia.
4 Bagi kanak-kanak yang masih menyusu, ibu bapa dan penjaga perlu melabelkan sukatan air dan bilangan
scoop susu anak. Susu formula perlu diletakkan di dalam “compartment” susu untuk kegunaan secara harian.
Pihak ILIKE Preschool Malaysia tidak menggalakkan menghantar dan menyimpan susu tersebut dalam
jumlah yang banyak (1 tin/ 1 bekas besar). Ini bagi mengelakkan masalah penyimpanan dan pencemaran
(masuk angin).
5 Ibubapa atau penjaga boleh merujuk senarai barang keperluan kanak-kanak mengikut program seperti di
bawah:
PROGRAM ABU SALAMAH (8.30 Pagi - 12.30 Tengahari)
Bil Keperluan Unit
1. Bekal makanan pagi - dilabelkan nama 1
2. Bekal minuman - dilabelkan nama 1
3. Baju sepersalinan ,tuala dan plastik baju kotor ( dilabelkan nama ) 1
4. Pelitup muka 2
PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 6 TANDATANGAN IBU/ BAPA: …………………….
7
ILIKETM Preschool – Pre-Kindy – Educare
IQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts & Crafts –
– English – Music – Transit–
PROGRAM ABU TALHAH (8.30 Pagi - 2.30 petang)
Bil Keperluan Unit
1. Bekal makanan pagi- dilabelkan nama 1
2. Bekal minuman- dilabelkan nama 1
3. Baju sepersalinan dan plastik baju kotor- dilabelkan nama 1
4. Tuala (perlu dibawa balik setiap hari)- dilabelkan nama 1
5. Susu & botol susu (jika perlu)- dilabelkan nama 1
6. Tilam dan bantal kecil serta dimasukkan ke dalam storage box kecil- 1
dilabelkan nama: dibawa pulang setiap hari Jumaat/ cuti panjang
7. Pelitup muka 3
8. Perkakas mandian (sabun mandi, berus gigi, ubat gigi) 1
PROGRAM ABU UBAIDAH (8.30 Pagi - 5.30 petang)
Bil Keperluan Unit
1. Bekal makanan pagi & petang- dilabelkan nama 1
2. Bekal minuman- dilabelkan nama 1
3. Baju sepersalinan dan plastik baju kotor- dilabelkan nama 2
4. Tuala (perlu dibawa balik setiap hari)- dilabelkan nama 1
5. Susu & botol susu (jika perlu)- dilabelkan nama 1
6. Tilam dan bantal kecil serta dimasukkan ke dalam storage box kecil- 1
dilabelkan nama: dibawa pulang setiap hari Jumaat/ cuti panjang
7. Pelitup muka 4
8. Perkakas mandian (sabun mandi, berus gigi, ubat gigi) 1
PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 7 TANDATANGAN IBU/ BAPA: …………………….
8
ILIKETM Preschool – Pre-Kindy – Educare
IQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts & Crafts –
– English – Music – Transit–
MEMO/ INFORMASI MELALUI WHATSAPP
1. Ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa mengambil cakna dan maklum mengenai setiap maklumat/ memo/
informasi yang dikongsikan oleh guru/ pihak pengurusan ILIKE Preschool Malaysia. Ibu bapa atau penjaga
juga hendaklah memberikan maklum balas setiap kali menerima sebarang informasi/ memo/ maklumat. Ini
bertujuan bagi membuktikan bahawa ibu bapa telah menerima informasi tersebut.
PERIHAL CUTI : ILIKE Preschool Malaysia dibuka sepanjang sesi pembelajaran kecuali:
1. Cuti umum yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan.
2. Cuti semester dan bilangan hari persekolahan tadika adalah sama seperti cuti umum persekutuan dan
kerajaan Negeri Sembilan.
3. Cuti peristiwa yang diambil akan dimaklumkan kepada ibubapa atau penjaga.
4. Cuti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Agama Islam, Majlis
Keselamatan Negara (MKN) jika berlaku sebarang wabak penyakit yang merbahaya samada di kawasan
sekeliling atau di premis.
5. Cuti yang diarahkan oleh kerajaan atau sebarang sebab seperti bencana alam seperti banjir, kebakaran,
gegaran kecil, ketiadaan air, elektrik, jerebu, COVID 19, atau apa-apa bencana dan peristiwa yang di luar
jangka dan yang diwartakan oleh Kerajaan Malaysia atau kerajaan Negeri.
HAL-HAL PERIBADI
1. Merokok dan meludah adalah dilarang di dalam kawasan ILIKE Preschool Malaysia.
2. Sekiranya terdapat kes pertikaian ibu bapa mengenai hak penjagaan anak yang sah, pihak ILIKE Preschool
Malaysia akan merujuk kepada penama yang dinyatakan di dalam borang polisi keselamatan.
3. Ibu bapa dan penjaga hendaklah sentiasa menjaga nama baik ILIKE Preschool Malaysia.
PENGLIBATAN IBUBAPA/ PENJAGA
1 Penglibatan ibu bapa atau penjaga amat digalakkan.
PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 8 TANDATANGAN IBU/ BAPA: …………………….
9
ILIKETM Preschool – Pre-Kindy – Educare
IQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts & Crafts –
– English – Music – Transit–
2. Contoh aktiviti penglibatan yang dicadangkan:
1. Membantu segala program yang telah disusun.
2. Menjadi salah seorang sukarela bagi aktiviti yang dijalankan.
3. Memberikan cadangan dari masa ke semasa.
4. Menghadiri perjumpaan dan mesyuarat atau program-program yang dianjurkan oleh pihak ILIKE Preschool
Malaysia.
5. Para ibu bapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak ILIKE Preschool Malaysia untuk mengetahui
perkembangan anak-anak mereka.
6. Ibu bapa dan penjaga hendaklah sentiasa sedia berbincang dan bertolak ansur dengan pihak pengurusan
ILIKE Preschool Malaysia sekiranya timbul permasalahan yang berkaitan dengan pelajar atau pihak tadika.
3. Ibu bapa wajib melibatkan diri dalam aktiviti seperti berikut:
1. Hari Orentasi Ibubapa (awal Januari).
2. Progress Report Day (Term 1 dan Term 2).
3. Hari Keluarga ILIKE Preschool Malaysia.
4. Majlis Graduasi ILIKE Preschool Malaysia.
5. Aktiviti pertandingan yang melibatkan perkembangan kanak-kanak.
BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN
1. Yuran bulanan mesti dijelaskan sebelum atau pada 4 haribulan pada setiap bulan sepanjang sesi
persekolahan mengikut Takwim KPM.
2. Sekiranya kanak-kanak tidak hadir ke sekolah, yuran tetap perlu dibayar penuh. Sekiranya yuran
telah dijelaskan dan kanak-kanak tidak hadir ke sekolah, yuran yang telah dijelaskan tidak boleh
dikembalikan.
Antara SEBAB-SEBAB TIDAK HADIR:
1. Masalah kesihatan
2. Masalah keluarga
PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 9 TANDATANGAN IBU/ BAPA: …………………….
10
ILIKETM Preschool – Pre-Kindy – Educare
IQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts & Crafts –
– English – Music – Transit–
3. Ibu cuti bersalin
4. Cuti bencana (arahan KPM/ MKN/ KKM) contoh: bencana jerebu, COVID-19 dan sebagainya.
NOTIS BERHENTI & TAMAT PERKHIDMATAN
1. Sila maklumkan kepada pengurus tadika satu bulan lebih awal sekiranya ibu bapa atau penjaga mahu
menamatkan perkhidmatan ILIKE PRESCHOOL MALAYSIA dengan menyerahkan surat makluman
pemberhentian 2 minggu sebelum tarikh pemberhentian.
Namun begitu, yuran pembelajaran bulanan kanak-kanak perlu dibayar sehingga bulan 11
(November). Ini adalah kerana yuran pembelajaran kanak-kanak adalah secara tahunan.
Sekiranya ibu bapa telah menyelesaikan pembayaran, pembayaran juga tidak akan dikembalikan.
Sila pastikan ibu bapa tiada tunggakan pembayaran yuran sebelum menamatkan pembelajaran anak
di ILIKE Preschool Malaysia.
PERTUKARAN MAKLUMAT PERIBADI, NO TELEFON & ALAMAT
1. Adalah menjadi tanggungjawab buat ibu bapa dan penjaga untuk memaklumkan kepada pihak tadika
sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi. Contoh, ibu bapa bercerai, perubahan alamat dan nombor
telefon.
MAKLUMAN PEMBERIAN UBAT
1. Pihak ILIKE Preschool Malaysia tidak boleh dipertanggungjawabkan memberi ubat yang mempunyai
deskripsi doktor kepada anak bagi mengelakkan sebarang implikasi seperti pemberian dos yang tidak
betul. Oleh itu, sekiranya anak tuan/ puan didapati tidak sihat, sila rehatkan sahaja di rumah.
PENYELIDIKAN DAN SIARAN GAMBAR
1. Anak tuan/ puan berkemungkinan akan dijadikan responden kajian dalam bidang berkaitan perkembangan
dan pendidikan awal kanak-kanak. Tuan/ puan dipohon untuk memberikan kebenaran kepada pendidik serta
penyelidik untuk tujuan berkaitan.
PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 10 TANDATANGAN IBU/ BAPA: …………………….
11
ILIKETM Preschool – Pre-Kindy – Educare
IQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts & Crafts –
– English – Music – Transit–
2. Dari semasa ke semasa, kemungkinan juga gambar/ video kanak-kanak akan diambil dan disiarkan di dalam
media sosial, media cetak, risalah, laporan penyelidikan, akhbar, televisyen dan sebagainya. Pihak ILIKE
Preschool Malaysia juga memerlukan kebenaran ibubapa dalam hal demikian.
Pihak ILIKE Preschool Malaysia berhak untuk membuat sebarang pindaan terhadap syarat dan peraturan ini.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Pihak ILIKE Preschool Malaysia bersedia menerima sebarang komen, pendapat, teguran dan pandangan
terhadap sebarang kesilapan dan kekurangan. Ibubapa boleh berhubung terus dengan CO-Founder &
Pengurus ILIKE Preschool Malaysia iaitu Pn Sarimah Binti Idris di talian 013-6672588.
Kerjasama dari pihak ibu bapa / penjaga amat dihargai.
PERSETUJUAN IBUBAPA/ PENJAGA
SAYA DENGAN INI BERSETUJU DENGAN SEGALA SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN SEPERTI
YANG DINYATAKAN DI DALAM PANDUAN IBUBAPA.
NAMA ANAK: ….……………………………………………………………………………………….
UMUR ANAK: ….……………… TAHUN
BAPA IBU
NAMA
NO KP
TANDATANGAN
TARIKH
PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 11 TANDATANGAN IBU/ BAPA: …………………….