ILIKE TM Preschool – Pre-Kindy–EducareIQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts &Crafts –– English – Music – Transit– PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 TANDATANGAN IBU/ BAPA: ……………………. 1 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individusecaramenyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bertujuan untukmelahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdanberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmurankeluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) VISI DAN MISI ILIKE VISI ILIKE PRESCHOOL MALAYSIA: Menyuburkan Potensi Murid Dalam Setiap Aspek Perkembangan Dan Menguasai Kemahiran Asas 4MSebelumMelangkah Ke Tahun 1. MISI ILIKE PRESCHOOL MALAYSIA: Memupuk Kanak- Kanak Berdikari Dan Mewujudkan Suasana Pembelajaran Yang Seronok DanCeria. PENDAHULUAN 1. Peraturan ini perlu dibaca, difahami dan dipatuhi oleh ibubapa/ penjaga dan pewaris kanak-kanakILIKEPreschool Malaysia. 2. Peraturan ini adalah penting untuk dipatuhi bagi memastikan pelaksanaan operasi program-programdi ILIKEPreschool Malaysia berjalan lancar selain memberi perhatian terhadap perkembangan dan disiplin kanak-kanakdiILIKE Preschool Malaysia. Di antara peraturan tersebut ialah: WAKTU URUSAN ILIKE PRESCHOOL MALAYSIA Hari Masa Isnin - Jumaat : jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Sabtu : jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. (kelas membaca) Ahad dan cuti umum TUTUP Operasi pembelajaran ILIKE Preschool Malaysia adalah tertakluk kepada perubahanTakwimPersekolahan KPM.
ILIKE TM Preschool – Pre-Kindy–EducareIQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts &Crafts –– English – Music – Transit– PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 TANDATANGAN IBU/ BAPA: ……………………. 2 2 KEHADIRAN 1. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak hadir ke ILIKE Preschool Malaysia setiap hari dalamkeadaansihat dan tiada simptom-simptom anak tidak sihat seperti selsema, mata merah dan lain-lain. 2. Kanak-kanak hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam yang ditetapkan semasa hadir keILIKEPreschool Malaysia. Sekiranya baju sukan kanak-kanak basah, kanak-kanak perlu memakai bajut-shirt putih (lencana ILIKE) dan berseluar sukan berwarna hitam. Selain dari pakaian baju sukan/ t shirt putih adalah tidak dibenarkan. 3. Berikut adalah etika pakaian kanak-kanak ILIKE Preschool Malaysia: Isnin hingga Khamis: Baju sukan, kopiah putih (lelaki) / tudung putih (perempuan). Jumaat: Bebas (baju kurung raya/ baju melayu raya/ jubah/ kurta) bertudung bagi kanak-kanakperempuan dan berkopiah bagi kanak-kanak lelaki. Pakaian selain yang dinyatakanadalahtidak digalakkan. 4. Anak perlu dihantar dalam keadaan kemas dan bersih. Pihak ILIKE Preschool Malaysiatidakbolehdipertanggungjawabkan membersihkan telinga dan memotong kuku kanak-kanak. 5. Kanak-kanak tidak digalakkan memakai lampin pakai buang (kecuali kes-kes tertentu). Sesi pottytraindiILIKE Preschool akan dijalankan oleh guru setiap 1 jam pada awal persekolahan kanak-kanak. Olehitu,ibubapa atau penjaga digalakkan agar memberikan kerjasama mendidik kanak-kanak “pottytrain”dirumah. 6. Kanak-kanak lelaki tidak dibenarkan berambut panjang dan berfesyen serta mewarnakanrambut.Manakala kanak-kanak perempuan berambut panjang perlu mengikat rambut mereka danmemakaitudung. 7. Semua kanak-kanak diwajibkan memakai kasut bertutup atau berkasut sekolah putih atau hitam. Seliparadalah tidak dibenarkan sama sekali bagi mengelakkan kanak-kanak terjatuh dan berlakukemalangansemasa menjalankan aktiviti luar. MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK 1. Ibu bapa dan penjaga digalakkan menghantar kanak-kanak ke tadika pada waktu yang ditetapkaniaitudaripada jam 7.30pg hingga 8.15pg. Selepas jam 8.30 pagi, pintu ILIKE Preschool Malaysia akandikunci bagitujuan keselamatan dan mengelakkan gangguan semasa program di ILIKE Preschool Malaysiasedangdijalankan. Harus dingatkan bahawa ibubapa perlu memastikan kanak-kanak terus masuk kedalampremis
ILIKE TM Preschool – Pre-Kindy–EducareIQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts &Crafts –– English – Music – Transit– PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 TANDATANGAN IBU/ BAPA: ……………………. 3 3 dengan ditunggu oleh ibubapa atau penjaga dan jangan membiarkan kanak-kanak yang menekanlocengsecara bersendirian. 2. Ibubapa tidak dibenarkan menunggu anak di premis. Sila berikan kepercayaan kepada pihak ILIKEPreschoolMalaysia yang telah dilatih menangani anak menangis, meragam dan sebagainya. 3. Ibu bapa dan penjaga perlu mengambil anak-anak pada waktu yang ditetapkan. Hanya ibu bapadanpenjagayang mempunyai pengesahan sahaja yang dibenarkan untuk mengambil anak-anak mereka. 4. Sekiranya ibu bapa lewat mengambil anak selepas waktu yang ditetapkan SILA MAKLUMKANKEPADAGURU KELAS, ia akan dikira bayaran lebih seperti jadual di bawah: Masa tamat Masa ambil Bayaran OT dibayar kepada guru yang bertugas12.30 tghr 1.00 - 1.30 ptg RM 10 2.30 ptg 3.00 - 3.30 ptg RM 10 5.30 ptg 6.00 - 6.15 ptg RM 10 6.15 - 6.30 ptg RM 10 * Bayaran adalah secara tunai pada hari yang berkenaan dan diserahkan kepadaguruyangbertugas*. SETERUSNYA, IBU BAPA TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL ANAK AWAL KECUALI KESKECEMASAN. SEKIRANYA INGIN MENGAMBIL AWAL, SILA MAKLUMKAN 2 JAMSEBELUMMASAMENGAMBIL. INI BERTUJUAN BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA GURU UNTUK MENYIAPKANANAKDAN KEPERLUAN ANAK SEBELUM DISERAHKAN KEPADA IBU BAPA. 5. Semasa mengambil kanak-kanak (sebelum meninggalkan premis) ibubapa hendaklah memastikan: 1. Anak tidak mengalami sebarang kecederaan. 2. Jika ada tanda-tanda cedera, sila bertanya terus kepada guru yang bertugas. POLISI KESELAMATAN 1. Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan membawa anak keluar tanpa kebenaran pihak ILIKEPreschoolMalaysia. Sekiranya terdapat hal kecemasan, ibubapa dan penjaga perlu memaklumkan kepadaPengurusILIKE Preschool Malaysia iaitu Pn Sarimah.
ILIKE TM Preschool – Pre-Kindy–EducareIQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts &Crafts –– English – Music – Transit– PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 TANDATANGAN IBU/ BAPA: ……………………. 4 4 2. Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan untuk berkeliaran di kawasan ILIKE Preschool Malaysiabersamarakan semasa melawat anak-anak di ILIKE Preschool Malaysia tanpa mendapat kebenaran dari pihakILIKEPreschool Malaysia. 3. Semua pelawat hendaklah mendapatkan kebenaran dari Pengurus ILIKE Preschool MalaysiaiaituPnSarimah. 4. Sila maklumkan kepada Pengurus ILIKE Preschool Malaysia sekiranya selain daripada ibu bapadanpenjagayang akan mengambil anak-anak di ILIKE Preschool Malaysia beserta maklumat seperti berikut: 1 Nama: 2 Hubungan dengan pelajar: 3 No kenderaan: 5. Sekiranya kanak-kanak sakit atau berlaku kecemasan; Pihak ILIKE Preschool Malaysia akan segera menghubungi ibu bapa / penjaga. Pihak ILIKEPreschoolMalaysia akan membawa kanak-kanak ke klinik berdekatan sekiranya keadaan memerlukan. Segalakosperubatan akan ditanggung oleh ibu bapa / penjaga. 3. Pihak Pengurusan ILIKE Preschool Malaysia berhak untuk tidak menerima kanak-kanakyangtidaklengkap mengambil vaksin. Namun, pihak pengurusan boleh mempertimbangkan sekiranyaibubapaingin mengambil vaksin di sepanjang pembelajaran kanak-kanak di ILIKE Preschool Malaysia. 4. Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan kesihatan anak-anak pada hari sebelummenghantaranak- anak ke ILIKE Preschool Malaysia dan memaklumkan keadaan kesihatan anak-anakkepadapihak ILIKE Preschool Malaysia sekiranya pada hari berkenaan anak-anak tidak sihat melaluipanggilan telefon atau “message” whatsApp. 5. Pihak ILIKE Preschool Malaysia akan membuat pemeriksaan kesihatan setiap pagi sebelummembenarkan kanak-kanak masuk ke premis. Ibu bapa dan penjaga perlu mendapatkanpengesahandoktor bahawa anak-anak benar benar sihat dan boleh dibawa ke ILIKE Preschool Malaysiasekiranyastatus anak-anak masih diragui. Pihak ILIKE Preschool Malaysia berhak untuk tidak menerimamasukkanak-kanak tersebut pada waktu berkenaan. Sekiranya anak tersebut mempunyai sinus, ibubapadiminta untuk menyerahkan surat pengesahan doktor yang menyatakan bahawa anaktuan/ puanmengalami gejala sinus. 6. Ibubapa atau penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar anak ke ILIKE Preschool Malaysiasehingga benar-benar sembuh bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit terutamapenyakitseperti berikut:
ILIKE TM Preschool – Pre-Kindy–EducareIQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts &Crafts –– English – Music – Transit– PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 TANDATANGAN IBU/ BAPA: ……………………. 5 5 a. Mums (Beguk) b. Chicken Pox (Cacar Air) c. Measles (Campak) d. Conjunctivities (Sakit Mata) e. Rotavirus f. Tangan, kaki dan mulut (HFMD) g. Kutu h. Penyakit –penyakit lain yang ditakrifkan sebagai penyakit berjangkit. i. COVID-19 j. Influenza 7. Ibu bapa dan penjaga dipohon untuk memberi kerjasama apabila dimaklumkan tentangkesihatananak-anak oleh guru. Ibubapa atau penjaga dinasihatkan mengambil kanak-kanak dengankadarsegera untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berlakukepadakanak-kanak lain. Pihak ILIKE Preschool Malaysia tidak akan bertanggungjawab jika penyakit melarat.8. Pihak ILIKE Preschool Malaysia berhak membuat penutupan operasi sekiranya berlakuapa-apakesbencana alam atau penularan penyakit berjangkit samada sebelum atau selepas mendapat arahandaripada Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai langkah keselamatan. MASALAH KUTU & KUKU 1. Kutu adalah serangga parasit yang kecil, tanpa kepak yang menghisap darah. Serangan kutu rambut adalahbiasa. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedahkepadaserangan ini. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhanterusdanperkongsian barangan peribadi. Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selamalebihdari 2hari. Justeru, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk menguruskan kebersihandirianak bagi mencegah jangkitan kutu kepala atau Pediculus Capitis. Sebagai contoh, ibu bapaataupenjagaperlu menggunakan ubat syampu seperti Malathion. Pencegahan dapat dilakukan terutama denganmenjagakebersihan rambut" pakaian" serta benda-benda yang dapat menjadi media penularan 2. Pihak ILIKE Preschool Malaysia tidak boleh dipertanggungjawabkan memotong kuku kanak-kanak. Olehyang demikian, ibubapa hendaklah sentiasa memeriksa kuku kanak-kanak sekurang-kurangnyasekaliseminggu.
ILIKE TM Preschool – Pre-Kindy–EducareIQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts &Crafts –– English – Music – Transit– PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 TANDATANGAN IBU/ BAPA: ……………………. 6 6 PEMAKANAN 1. Ibu bapa dan penjaga perlu menyediakan makanan pagi untuk anak-anak dan bertanggungjawabsepenuhnya ke atas penyediaannya. Ibubapa hendaklah menyediakan makanan kanak-kanak dari rumahdanmengetahui makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat. Elakkan memberikan memberikanmakananyang tidak berkhasiat kepada kanak-kanak. Ini termasuk membawa minuman di dalambotol atautinatau“soft drink” dan makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti keropok, gula-gula dan jajan. 2. Ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan kepada pihak ILIKE Preschool Malaysia sebarang makananatausesuatu yang menyebabkan alahan kepada kanak-kanak. KEPERLUAN ANAK 1. Sila label sebarang hak milik pelajar seperti stokin, kasut, pakaian, bekas makanan, botol air, pakaiandalamdan seumpamanya bagi mengelakkan tertukar dengan kanak-kanak yang lain. 2. Kanak-kanak dilarang membawa atau memakai barangan berharga seperti barang kemas, kamera, telefonbimbit dan sebagainya. Pihak ILIKE Preschool Malaysia tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku kehilanganataukerosakan terhadap barang yang dibawa. 3 Kanak-kanak tidak dibenarkan membawa sebarang mainan ke ILIKE Preschool Malaysia. 4 Bagi kanak-kanak yang masih menyusu, ibu bapa dan penjaga perlu melabelkan sukatan air danbilanganscoop susu anak. Susu formula perlu diletakkan di dalam “compartment” susu untuk kegunaan secaraharian.Pihak ILIKE Preschool Malaysia tidak menggalakkan menghantar dan menyimpan susu tersebut dalamjumlah yang banyak (1 tin/ 1 bekas besar). Ini bagi mengelakkan masalah penyimpanan danpencemaran(masuk angin). Begitu juga kanak-kanak yang mengambil program Abu Ubaidah atau Abu Talhah, tidak dibenarkanmeninggalkan pakaian untuk seminggu di premis ILIKE Preschool Malaysia. Pakaian, tuala, “’diapers”dansegala keperluan hendaklah dibawa pulang setiap hari kecuali ‘storage box, tilamdan bantal. Storageboxakan dibawa pulang pada setiap hari Jumaat/ terakhir sekolah. Alat mandian anak juga perlu ditambah oleh ibu bapa sekiranya sudah habis digunakan.
ILIKE TM Preschool – Pre-Kindy–EducareIQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts &Crafts –– English – Music – Transit– PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 TANDATANGAN IBU/ BAPA: ……………………. 7 7 5 Ibubapa atau penjaga boleh merujuk senarai barang keperluan kanak-kanak mengikut programseperti dibawah: PROGRAM ABU SALAMAH (8.30 Pagi - 12.30 Tengahari) Bil Keperluan Unit 1. Botol minuman air dan makanan sarapan pagi -bekas mesti dilabelkan nama 12. Baju sepersalinan ,tuala dan plastik baju kotor ( dilabelkan nama ) 13. Pelitup muka 2PROGRAM ABU TALHAH (8.30 Pagi - 2.30 petang) Bil Keperluan Unit 1) Botol minuman air dan makanan sarapan pagi -bekas mesti dilabelkan nama 12. Baju sepersalinan dan plastik baju kotor- dilabelkan nama 13. Tuala (perlu dibawa balik setiap hari) dan perkakas mandian (sabun mandi, berus gigi, ubat gigi)- dilabelkan nama 14. Susu & botol susu (jika perlu)- dilabelkan nama 15. Tilam dan bantal kecil serta dimasukkan ke dalam storage box kecil- dilabelkan nama: dibawa pulang setiap hari Jumaat/ cuti panjang 16. Pelitup muka 3PROGRAM ABU UBAIDAH (8.30 Pagi - 5.30 petang) Bil Keperluan Unit 1. Botol minuman air dan makanan sarapan pagi dan makanan petang-bekas mesti dilabelkan nama 12. Baju sepersalinan dan plastik baju kotor- dilabelkan nama 23. Tuala (perlu dibawa balik setiap hari) dan perkakas mandian (sabun mandi, berus gigi, ubat gigi)- dilabelkan nama 14. Susu & botol susu (jika perlu)- dilabelkan nama 15. Tilam dan bantal kecil serta dimasukkan ke dalam storage box kecil- dilabelkan nama: dibawa pulang setiap hari Jumaat/ cuti panjang 16. Pelitup muka 4
ILIKE TM Preschool – Pre-Kindy–EducareIQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts &Crafts –– English – Music – Transit– PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 TANDATANGAN IBU/ BAPA: ……………………. 8 8 MEMO/ INFORMASI MELALUI WHATSAPP 1. Ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa mengambil cakna dan maklum mengenai setiap maklumat/ memo/informasi yang dikongsikan oleh guru/ pihak pengurusan ILIKE Preschool Malaysia. Ibu bapaataupenjagajuga hendaklah memberikan maklum balas setiap kali menerima sebarang informasi/ memo/ maklumat. Inibertujuan bagi membuktikan bahawa ibu bapa telah menerima informasi tersebut. PERIHAL CUTI : ILIKE Preschool Malaysia dibuka sepanjang sesi pembelajaran kecuali: 1. Cuti umum yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan. 2. Cuti semester dan bilangan hari persekolahan tadika adalah sama seperti cuti umumpersekutuandankerajaan Negeri Sembilan. 3. Cuti peristiwa yang diambil akan dimaklumkan kepada ibubapa atau penjaga. 4. Cuti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), JabatanPendidikan Negeri Sembilan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Agama Islam, MajlisKeselamatan Negara (MKN) jika berlaku sebarang wabak penyakit yang merbahaya samadadi kawasansekeliling atau di premis. 5. Cuti yang diarahkan oleh kerajaan atau sebarang sebab seperti bencana alam seperti banjir, kebakaran,gegaran kecil, ketiadaan air, elektrik, jerebu, COVID 19, atau apa-apa bencana dan peristiwayangdi luarjangka dan yang diwartakan oleh Kerajaan Malaysia atau kerajaan Negeri. HAL-HAL PERIBADI 1. Merokok dan meludah adalah dilarang di dalam kawasan ILIKE Preschool Malaysia. 2. Sekiranya terdapat kes pertikaian ibu bapa mengenai hak penjagaan anak yang sah, pihak ILIKEPreschoolMalaysia akan merujuk kepada penama yang dinyatakan di dalam borang polisi keselamatan. 3. Ibu bapa dan penjaga hendaklah sentiasa menjaga nama baik ILIKE Preschool Malaysia.
ILIKE TM Preschool – Pre-Kindy–EducareIQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts &Crafts –– English – Music – Transit– PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 TANDATANGAN IBU/ BAPA: ……………………. 9 9 PENGLIBATAN IBUBAPA/ PENJAGA 1 Penglibatan ibu bapa atau penjaga amat digalakkan. 2. Contoh aktiviti penglibatan yang dicadangkan: 1. Membantu segala program yang telah disusun. 2. Menjadi salah seorang sukarela bagi aktiviti yang dijalankan. 3. Memberikan cadangan dari masa ke semasa. 4. Menghadiri perjumpaan dan mesyuarat atau program-program yang dianjurkan oleh pihak ILIKEPreschoolMalaysia. 5. Para ibu bapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak ILIKE Preschool Malaysia untuk mengetahuiperkembangan anak-anak mereka. 6. Ibu bapa dan penjaga hendaklah sentiasa sedia berbincang dan bertolak ansur dengan pihak pengurusanILIKE Preschool Malaysia sekiranya timbul permasalahan yang berkaitan dengan pelajar atau pihaktadika. 3. Ibu bapa wajib melibatkan diri dalam aktiviti seperti berikut: 1. Hari Orentasi Ibubapa (awal Januari). 2. Progress Report Day (Term 1 dan Term 2). 3. Hari Keluarga ILIKE Preschool Malaysia. 4. Majlis Graduasi ILIKE Preschool Malaysia. 5. Aktiviti pertandingan yang melibatkan perkembangan kanak-kanak. BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN 1. Yuran bulanan mesti dijelaskan sebelum atau pada 4 haribulan pada setiap bulan sepanjangsesipersekolahan mengikut Takwim KPM. 2. Sekiranya kanak-kanak tidak hadir ke sekolah, yuran tetap perlu dibayar penuh. Sekiranyayurantelah dijelaskan dan kanak-kanak tidak hadir ke sekolah, yuran yang telah dijelaskantidakbolehdikembalikan. Antara SEBAB-SEBAB TIDAK HADIR:
ILIKE TM Preschool – Pre-Kindy–EducareIQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts &Crafts –– English – Music – Transit– PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 TANDATANGAN IBU/ BAPA: ……………………. 10 10 1. Masalah kesihatan 2. Masalah keluarga 3. Ibu cuti bersalin 4. Cuti bencana (arahan KPM/ MKN/ KKM) contoh: bencana jerebu, COVID-19, penyakit berjangkitdansebagainya. NOTIS BERHENTI & TAMAT PERKHIDMATAN 1. Sila maklumkan kepada pengurus tadika satu bulan lebih awal sekiranya ibu bapa atau penjagamahumenamatkan perkhidmatan ILIKE PRESCHOOL MALAYSIA dengan menyerahkan surat maklumanpemberhentian 2 minggu sebelum tarikh pemberhentian. Namun begitu, yuran pembelajaran bulanan kanak-kanak perlu dibayar sehinggabulan11(November). Ini adalah kerana yuran pembelajaran kanak-kanak adalah secara tahunan. Sekiranya ibu bapa telah menyelesaikan pembayaran, pembayaran juga tidak akan dikembalikan. Sila pastikan ibu bapa tiada tunggakan pembayaran yuran sebelum menamatkan pembelajarananakdi ILIKE Preschool Malaysia. PERTUKARAN MAKLUMAT PERIBADI, NO TELEFON & ALAMAT 1. Adalah menjadi tanggungjawab buat ibu bapa dan penjaga untuk memaklumkan kepadapihaktadikasekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi. Contoh, ibu bapa bercerai, perubahan alamat dannombortelefon. MAKLUMAN PEMBERIAN UBAT 1. Pihak ILIKE Preschool Malaysia tidak boleh dipertanggungjawabkan memberi ubat yangmempunyaideskripsi doktor kepada anak bagi mengelakkan sebarang implikasi seperti pemberiandosyangtidakbetul. Oleh itu, sekiranya anak tuan/ puan didapati tidak sihat, sila rehatkan sahaja di rumah.
ILIKE TM Preschool – Pre-Kindy–EducareIQRA’ – Interactive – Sempoa – Drawing – Swimming – Green – Cooking - Arts &Crafts –– English – Music – Transit– PERATURAN ILIKEPRESCHOOL MALAYSIACOPYRIGHT@2013 TANDATANGAN IBU/ BAPA: ……………………. 11 11 PENYELIDIKAN DAN SIARAN GAMBAR 1. Anak tuan/ puan berkemungkinan akan dijadikan responden kajian dalam bidang berkaitan perkembangandan pendidikan awal kanak-kanak. Tuan/ puan dipohon untuk memberikan kebenaran kepada pendidiksertapenyelidik untuk tujuan berkaitan. 2. Dari semasa ke semasa, kemungkinan juga gambar/ video kanak-kanak akan diambil dan disiarkandi dalammedia sosial, media cetak, risalah, laporan penyelidikan, akhbar, televisyen dan sebagainya. PihakILIKEPreschool Malaysia juga memerlukan kebenaran ibubapa dalam hal demikian. Pihak ILIKE Preschool Malaysia berhak untuk membuat sebarang pindaan terhadap syarat danperaturanini.Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Pihak ILIKE Preschool Malaysia bersedia menerima sebarang komen, pendapat, tegurandanpandanganterhadap sebarang kesilapan dan kekurangan. Ibubapa boleh berhubung terus denganCO-Founder&Pengurus ILIKE Preschool Malaysia iaitu Pn Sarimah Binti Idris di talian 013-6672588. Kerjasama dari pihak ibu bapa / penjaga amat dihargai. PERSETUJUAN IBUBAPA/ PENJAGA SAYA DENGAN INI BERSETUJU DENGAN SEGALA SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKANSEPERTIYANG DINYATAKAN DI DALAM PANDUAN IBUBAPA. NAMA ANAK: ….………………………………………………………………………………………. UMUR ANAK: ….……………… TAHUN BAPA IBUNAMA NO KP TANDATANGAN TARIKH