The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SKBT 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amanina Izzati, 2022-07-02 08:55:41

KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SKBT 2022

KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SKBT 2022

KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU

TAHUN 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU TALAM, RAUB.

1.0 PENDAHULUAN

Dasar pendidikan kebangsaan telah dimuktamadkan dalam Akta Pendidikan 1996
sebagai mata pelajaran teras selaras dengan Akta 152 perlembagaan Malaysia iaitu
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Selaras dengan ini, adalah menjadi
tanggungjawab semua warganegara Malaysia memainkan peranan dalam
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sama ada dalam
urusan rasmi atau pun tidak rasmi. Sehubungan dengan ini, sekolah yang berperanan
sebagai sebuah institusi dalam melahirkan generasi masa depan. Negara harus
memainkan peranan penting terutamanya dalam merealisasi dan memantapkan
pengunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan dalam masa yang sama
menanam minat dan cinta akan bahasa Melayu yang kaya dengan nilai seni dan
budaya yang tidak kita sedari. Berdasarkan kesedaran ini, Panitia Bahasa Melayu akan
menganjurkan Minggu Bahasa Melayu 2022 untuk memenuhi hasrat dan aspirasi
tersebut.

2.0 RASIONAL

Sekolah merupakan wahana dalam mendaulat dan memperkasakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan. Oleh itu, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan bagi menarik
minat warga sekolah agar mampu berkomunikasi dengan baik dan sopan selain
memupuk semangat cintakan Bahasa Kebangsaan.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif Minggu Bahasa Melayu ialah:

3.1 Meningkatkan kemahiran berbahasa khususnya dalam kemahiran lisan
dan penulisan.

3.2 Melahirkan murid yang berdaya kreatif, kritis dan bertrampilan berbahasa.

3.3 Membantu murid menguasai aspek sintaksis dalam pembinaan ayat yang
gramatis.

3.4 Meningkatkan penguasaan kosa kata murid.

3.5 Membentuk murid yang boleh menghargai keindahan Bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan.

4.0 TEMA
“ Cintailah Bahasa Kita ”

5.0 MATLAMAT PROGRAM

Minggu Bahasa Melayu bertujuan membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan
tentang aspek bahasa dan menekankan aspek menghormati, kesantunan dan
kesopanan yang akan menjadikan warga SKBT warga yang berbudaya dan
bertamadun.

6.0 OBJEKTIF PROGRAM

6.1 Memberi pendedahan tentang keunikan dan kepelbagaian Bahasa Melayu
daripada pelbagai aspek.

6.2 Menimbulkan minat dalam kalangan pelajar untuk mendalami ilmu Bahasa
Melayu.

6.3 Melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir mencipta karya tetapi
menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif dan semangat
patriotik yang tulen.

7.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PROGRAM

Tarikh : 01 hingga 08Julai 2022

Masa : Waktu Persekolahan

8.0 TEMPAT
Tapak perhimpunan, kelas dan Dewan SKBT

9.0 KUMPULAN SASARAN
Penyertaan oleh semua Murid SKBT tahap 1, tahap 2 dan Murid Prasekolah.

10.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Yuhana binti Mihat

Pengerusi : YM Tengku Abdol Hakim bin Tengku Jaafar

Penyelaras : En. Mohd Azmi bin Yeop Yahaya

Setiausaha : Pn. Umi Salbiah binti Mohd Alue

Bendahari : Pn. Amanina Izzati binti Sabri

JAWATANKUASA KERJA

Hadiah : Pn. Nor Azlina binti Rosdzi

Pn. Umi Salbiah binti Mohd Alue

Penyediaan bahan : En. Mohd Azmi bin Yeop Yahaya ( Penulisan Cerpen )

dan aktiviti : Pn. Amanina Izzati binti Sabri ( Teka silang Kata )

: Pn. Nor Azlina binti Rosdzi ( Persembahan )

: En. Abdul Mutalib bin Nordin ( Deklamasi sajak / syair )

Hakim Sajak dan : YM Tengku Abdol Hakim bin Tengku Jaafar

Syair : En. Abdul Mutalib bin Nordin

: Pn. Nor Azlina binti Rosdzi

Jurugambar & : En. Mohd Nizam bin Zulkefli

Dokumentasi

11.0 TENTATIF PROGRAM

JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM SEMPENA MINGGU BAHASA DAN SENARAI

GURU YANG BERTANGGUNGJAWAB

BIL TARIKH MASA AKTIVITI/PERTANDINGAN TINDAKAN

1. 01 Jun2022 8.00 Pelancaran Minggu Bahasa Mohd Azmi b Yeop Yahaya

Jumaat pagi

2. 04 - 08 Waktu i. Pertandingan mewarna Umi Salbiah bt Mohd Alue

Jun 2022 PSV poster

ii. Melukis Poster
3. 04 – 08 Julai - i. Pertandingan Teka Silang Amanina Izzati binti Sabri

2022 Kata

4. 04 – 08 Julai - i. Penulisan Cerpen Mohd Azmi b Yeop Yahaya

2022 En. Abdul Mutalib bin Nordin
5. 06 Julai 2022 7.45 – Pertandingan

Rabu 08.45 mendeklamasi sajak dan

pagi melagukan syair Nor Azlina binti Rosdzi
6. 08 Julai 2022 08.15 – Majlis Penutup

( Jumaat ) 09.45 Persembahan murid

pagi

12.0 PERSEMBAHAN MURID TAHUN TINDAKAN
BIL PERSEMBAHAN 6 Bestari Guru BM
5 Bestari Guru BM
1 Berseloka 5 Bijak Guru BM
2 Deklamasi sajak atau Bersyair 4 Bestari Guru BM
3 Gurindam 3 Bestari Guru BM
4 Tarian 2 Bestari Guru BM
5 Bercerita 1 Bestari Guru BM
6 Pantun Prasekolah
7 Nyanyian Guru Prasekolah
8 Membaca Buku Cerita

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI/ PERTANDINGAN PERBELANJAAN/ HADIAH JUMLAH
RM 50.00
1 Banner Pelancaran 1 RM 15.00

2 Penulisan Cerpen Tempat Pertama: RM 30.00

RM 6.00 x 1 = RM6.00 RM 15.00

Tempat Kedua: RM 15.00

RM 5.00 x 1 = RM5.00

Tempat Ketiga:

RM 4.00 x 1 = RM4.00

3. Pertandingan Tempat Pertama:

i. Bersajak RM 6.00 x 2 = RM12.00

ii. ii.Bersyair Tempat Kedua:

RM 5.00 x 2 = RM10.00

Tempat Ketiga:

RM 4.00 x 2 = RM8.00

4 Pertandingan Mewarna Poster Tempat Pertama:

RM 6.00 x 1 = RM6.00

*Hadiah Prasekolah ( Budget Tempat Kedua:
Prasekolah ) RM 5.00 x 1 = RM5.00

Tempat Ketiga:

RM 4.00 x 1 = RM4.00

5. Pertandingan Melukis Poster Tempat Pertama:

RM 6.00 x 1 = RM6.00

Tempat Kedua:

RM 5.00 x 1 = RM5.00

Tempat Ketiga:

RM 4.00 x 1 = RM4.00

6. Pertandingan Teka Silang Kata Tempat Pertama: RM 30.00

Tahap 1 dan 2. RM 6.00 x 2 = RM12.00 RM155.00
JUMLAH
Tempat Kedua: RM 50.00
RM 105.00
RM 5.00 x 2 = RM10.00
-
Tempat Ketiga: RM155.00

RM 4.00 x 2 = RM8.00

JUMLAH

BIL PERKARA
1. Banner ( digunakan pada hari pelancaran )
2. Hadiah Pertandingan
3. Bahan Fotostat Aktiviti

JUMLAH

14.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Panitia Bahasa Melayu
Wang Kokurikulum Prasekolah

15.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah bermatlamat mencapai objektif yang telah
digarisi. Diharap semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan
kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………........................... ………………………….....
(UMI SALBIAH BT MOHD ALUE) (MOHD AZMI B YEOP YAHAYA)
Setiausaha Penyelaras Program

Disah dan diluluskan oleh,

.....................................................
(YUHANA BINTI MIHAT)
Guru Besar,
SK Batu Talam, Raub.

KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU TALAM RAUB

TAHUN 2022
TARIKH :

01 – 08 JULAI 2022
ANJURAN :

PANITIA BAHASA MELAYU

Cintailah Bahasa Kita


Click to View FlipBook Version