The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM2-0623 Nur Yusuf Zuhair Bin Mohd Nor, 2023-02-08 12:19:52

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NUR YUSUF ZUHAIR BIN MOHD NOR


1.0 PENGENALAN Hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat merupakan istilah kepada kesusasteraan Melayu. Dalam ledakan teknologi masa kini, perkembangan masyarakat yang drastik telah mengubah dan menjauhkan hubungan sastera dengan kehidupan. Sastera yang dahulunya merupakan hak milik bersama kini berubah menjadi hak milik persendirian dan hak cipta. Oleh hal yang demikian, perubahan ini mendorong kepada pengasingan bidang sastera dengan bidang yang lain. Takrif kesusasteraan Melayu berbeza-beza daripada pelbagai pihak. Menurut kamus Dewan dan Pustaka, sastera didefinisikan sebagai hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Ada juga mengatakan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit berbunyi susastera yang beerti huruf atau buku indah (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu dengan kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan situasi tertentu. Namun demikian, bagaimana konsep dan kesusasteraan Melayu ini berfungsi. Oleh itu, kita perlu mengetahui konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam pantun, syair, seloka dan gurindam.


2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 2.1 PROSA TRADISIONAL Tradisional didefinisikan sebagai serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, lazim dan tidak berubah mengikut masa. Prosa tradisional asalnya menerima pengaruh Hindi dan Buddha sekejap sahaja kerana bahasa dan jalan cerita yang sukar difahami. Tujuan prosa tradisional dicipta dan disampaikan ialah untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerima. Prosa tradisional terbahagi kepada dua iaitu sastera rakyat dan sastera sastera istana.


2.1.1 SASTERA RAKYAT Sastera rakyat merupakan satu bentuk kesusasteraan yang lahir dalam kalangan masyarakat. Sastera rakyat juga dikenali sebagai sastera lisan kerana hasil karya disampaikan secara lisan. Antara ciri sastera rakyat ialah bersifat tradisional dan lebih lama daripada dua generasi. Sastera lisan juga bersifat anonimi iaitu menggunakan nama samaran atau langsung tidak mempunyai nama pencipta. Sastera rakyat juga merupakan hak milik semua masyarakat yang menghasilkannya. Sastera rakyat terbahagi kepada dua kategori iaitu naratif dan bukan naratif. Mitos, legenda dan cerita rakyat adalah cabang sastera naratif manakala sastera bukan naratif hanya puisi rakyat.


2.1.2 SASTERA ISTANA Sastera istana yang juga disebut sastera tulisan. Sastera ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu sastera hikayat, sastera undang-undang, sastera epik, sastera panji dan sastera agama. Sastera hikayat mempunyai unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Selain itu, sastera undang-undang menjadi bahan dalam sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Seterusnya, sastera epik atau sastera pahlawan mementingkan ciri-ciri pahlawan dan wira yang unggul sehingga disanjung kerana sifat hiperbola dalam karya. Selanjutnya, sastera panji mengisahkan kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Kemudian, sastera agama biasanya mengisahkan kisah Nabi Muhammad SAW menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia meskipun mendapat tentangan daripada pihak yang lain.


3.0 FUNGSI SASTERA MELAYU 3.1 PENDIDIKAN Dalam dunia pendidikan, sastera Melayu sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana sastera Melayu dapat mengaplikasikan didik hibur dalam PdP. Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa Melayu berupaya menjadikan pengajaran bahasa Melayu menghiburkan, menyeronokkan, dan pelajar dapat menguasai bahasa secara maksimum (Nafii Mat, 2006). 3.2 ALAT PERPADUAN Sastera di sekolah seperti komsas diterapkan bagi membentuk perpaduan kaum. Komponen sastera ini mampu menjana pemikiran masyarakat terutama remaja ke arah penguasaan pemikiran begi melahirkan generasi yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


4.1 AKAL BUDI DALAM PANTUN Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa . Pantun empat kerat di atas menjelaskan kepada kita supaya keluar dari kepompong kebodohan dan mencari ilmu dengan berguru. Guru ibarat lilin yang terbakar di dalam gelap yang dapat menerangi masyarakat daripada kegelapan. Pantun tersebut berfungsi digunakan dalam pendidikan seperti untuk menyindir, memberi nasihat dan berterus terang. Pantun tersebut setiap hujung rangkap genap dan rangkap ganjil adalah sama iaitu ri,pa;ri,pa. Oleh itu, bentuknya terikat. dan terdiri daripada dua, empat, enam, lapan, sepuluh dan dua belas kerat. Koherennya di sini ialah guru umpama buku bergerak yang mencurahkan ilmu kepada anak didik. Maka, Pantun ini mengingatkan kita agar sentiasa berdamping dengan guru kerana berilmu biar berguru, berguru biar direstu. Pembayang pertama iaitu bintang tujuh sinar berseri menunjukkan gugusan bintang dalam bilangan ganjil menerangi alam semesta manakala pembayang kedua iaitu bulan purnama datang menerpa menunjukkan bulan mengambang menerangi bumi dini hari. Maka, gabungan bintang dan bulan purnama membuatkan bumi diterangi cahaya malar. 4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN, SYAIR, SELOKA DAN GURINDAM


Syair Burung Pungguk ini dapat dikaitkan dengan peribahasa ‘seperti pungguk merindukan bulan’ yang bermaksud pemuda yang rendah darjatnya merindukan gadis yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi sehingga menempuh kegagalan. Cerita syair ini mengisahkan tentang burung pungguk yang merindukan bulan. Cinta pungguk itu tidak ditolak dan tidak juga diterima namun pungguk hanya boleh menatap wajah puteri bulan dari jauh. Hikmahnya ialah kita hendaklah mencari pasangan yang sekufu dengan diri kita supaya tidak terlihat jurang perbezaan yang ketara. Ketinggian akal budi dalam syair empat rangkap ini jelas menyampaikan pesanan buat insan yang sedang mencari pasangan hidup. 4.2 AKAL BUDI DALAM SYAIR Syair Burung Pungguk, rangkap kelima, karya Hamzah Fansuri Gemerlapan cahaya bintang kartika, Beratur majelis bagai dijangka, Sekaliannya bintang terbit belaka, Pungguk melihat kalbunya duka.


4.3 AKAL BUDI DALAM SELOKA Seloka Emak Si Randang, Khazanah Puisi Klasik Melayu. Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi. Seloka tersebut mengisahkan Emak Si Randang yang pemurah dan baik hati. Dia memasakkan makanan dengan rela untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabisan harta bagi melayan tetamunya hingga dia nekad meruntuhkan rumahnya jika tidak berkayu. Akan tetapi, Emak Si Randang mengabaikan anaknya. Apabila pedagang pergi, Emak Si Randang dibelenggu hutang kerana berasnya habis dan padinya tidak menjadi. Ketinggian akal budi dalam seloka ini ialah penulis mahu pembaca berbuat baik berpada-pada dan pada masa yang sama kita perlu mengutamakan ahli keluarga sendiri daripada mengagungkan orang luar.


4.4 AKAL BUDI DALAM GURINDAM Gurindam beberapa petua hidup oleh Za’ba Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Silang Sengketa Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita. Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari.


Ketinggian akal budi dalam Gurindam Beberapa Petua Hidup ini mahu memberikan beberapa petunjuk iaitu petua kepada pembacanya. Gurindam di bawah tajuk kecil iaitu fikir dan kata menjelaskan bahawa apabila seseorang itu kurang menyelidik dan berfikir nescaya dirinya tersesat, berfikir sebelum bercakap agar tiada perbalahan, bercakap menggunakan perkataan yang menyakitkan umpama terkena racun dan jika bercakap dengan menggunakan bahasa yang kurang sopan boleh ditimpa kecelakaan. Gurindam di bawah tajuk kecil seterusnya iaitu silang sengketa menjelaskan bahawa seseorang itu sering berbalah nescaya kelak hidupnya tidak gembira dan kita tidak boleh mencetuskan perbalahan namun jika berlaku juga kita tidak boleh lari daripadanya.


5.0 KESIMPULAN Ketinggian akal budi dalam prosa tradisional sangat dititik beratkan. Oleh hal yang demikian, pemikiran pengkarya zaman dahulu sangat kreatif memberikan pesanan kepada masyarakat dalam bentuk penulisan. Diharapkan dengan ketinggian akal budi dalam prosa tradisional ini sedikit sebanyak mampu membaiki persepsi masyarakat menjadi lebih matang dan positif. Jelaslah bahawa fungsi dan konsep kesususasteraan Melayu sangat meluas merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Rentetan daripada itu, kita hendaklah menjaga kelestarian dan keindahan sastera Melayu agar generasi mendatang dapat menikmati keindahan sastera Melayu


6.0 BIBLIOGRAFI Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). Glosari Istilah Kesusasteraan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Madiawati, M., Mustaffa, Hashim, N., Kesusasteraan, J., Akademi, M., & Melayu, P. (n.d.). MANIFESTASI PERPADUAN DALAM ERA MALAYSIA BAHARU MELALUI KUMPULAN PANTUN WARISAN. Jurnal Melayu Bil, 19(1), 2020. http://journalarticle.ukm.my/14803/1/39250-124701-1- SM.pdf Mohd Taib Osman (1974), Kesusasteraan Melayu Lama, Singapura: Federal Publication Nafii Mat (2006). “Keperluan Teks Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu”. Dewan Bahasa. Jilid 6 Bil 9. : 44 – 47. Jenis dan bentuk sastera istana. Slideshare.net. https://www.slideshare.net/ideal90/jenis-dan-bentuk-sastera-istana.Sdn. Bhd. Siti Hajar Abd. Azizi. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siti Hawa Haji Salleh (1997), Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas, Kuala Siti Hawa Haji Salleh (2009) , Kelopak Pemikiran Sastera Melayu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Click to View FlipBook Version