The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan buku skrap digital sempena Bulan Bahasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74406403, 2021-10-23 03:41:29

MERCU TANDA KEBANGGAAN MALAYSIA

Pertandingan buku skrap digital sempena Bulan Bahasa

BUKU SKRAP

MERCU TANDA
KEBANGGAAN MALAYSIA

NAMA : MUHAMAD ALIFF ZAQUAN BIN
MUHAMAD NOORAKMAL

KELAS : 6 CENDEKIAWAN

TUGU NEGARA


Tugu Peringatan Negara atau Tugu Negara dibina pada tahun

1963 dan siap sepenuhnya pada Februari 1986.
Dibina sebagai satu penghormatan kepada lebih 11 ribu
perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914),
Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-
1960)
Tujuh patung gangsa melambangkan pemimpin, getir, persatuan,
siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan dalam
menghadapi musuh.
Mempunyai ketinggian 15 meter diperbuat daripada gangsa dan
direka oleh Felix Weldon, seorang pengukir daripada Austria.
Tugu Negara juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di
dunia.

Tugu negara ini rosak sebahagiannya apabila diletupkan oleh
pengganas komunis pada 6 Ogos 1975. Namun telah dibina
semula dan siap pada tahun 1986.

MENARA
BERKEMBAR

PETRONAS
KLCC

Menara kembar Petronas setinggi 45.9 meter (88 tingkat) yang siap
dibina pada Disember 1996 telah mencatatkan sebagai bangunan
berkembar paling tinggi di negara kita dan juga tertinggi di dunia

pada masa ini. Menara ini direka oleh jurubina César Pelli dari
Argentina

Tapak asal menara ini pada masa dahulunya adalah Padang
Lumba Kuda. Tapak binaannya adalah seluas 341,783 meter
persegi. Terdapat sebuah jejantas sepanjang 58.4 meter yang
menghubungkan kedua-dua bangunan ini di aras 41 dan 42.

Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli-belah
Suria KLCC, Taman KLCC dan Dewan Filharmonik

Petronas. Manakala di menara satu diduduki sepenuhnya
oleh Petronas dan sebilangan anak -anak syarikatnya.

BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA

Bangunan Parlimen dibuka secara Idea pembinaan bangunan ini
rasminya pada bulan November dicetuskan oleh YTM Tunku
1963. Pada tahun ini bangunan ini Abdul Rahman Putra Al-Haj

telah berusia 58 tahun

Telah dirasmikan oleh Yang di- Ia direka oleh Ivor Shipley,
Pertuan Agong Tuanku Syed Putra seorang arkitek British yang
Al-Haj Ibni Ai-Marhum Syed Hassan pada masa itu berkhidmat
Jamalullail pada 21 November 1963 dengan Jabatan Kerja Raya (JKR)

Kos keseluruhan pembinaan Bangunan ini digunakan
bangunan ini sebanyak rm18 untuk ahli-ahli parlimen

juta bersidang

MASJID NEGARA


Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia,

terletak di Kuala Lumpur. Masjid ini dibina
pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27
Ogos 1965. Masjid ini merupakan lambang
keagungan Islam sebagai agama rasmi di
Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia
yang baru dibentuk ketika itu. Masjid ini juga
boleh menampung seramai 15,000 orang
jemaah. Keluasan kawasan masjid negara ialah
seluas 13 ekar.

BANGUNAN

SULTAN ABDUL SAMAD

Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran
Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur,
ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul
Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula
dibina 1894.

Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah
berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack
diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang
dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah
kepada era masyarakat yang merdeka.

Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah
Agung di bawah Kementerian Kehakiman
sebelum dipindahkan ke Kompleks Mahkamah
Kuala Lumpur di Jalan Duta.

MENARA

KUALA LUMPUR

Sebuah menara telekomunikasi

Menara tunggal ketujuh yang
tertinggi didunia
Berfungsi sebagai balai cerap bagi
meninjau anak bulan untuk
menentukan bulan-bulan qamari
terutama bulan Ramadan, Syawal
dan Zulhijjah

Mempunyai restoran berputar
yang menyediakan ruang makan
dengan pemandangan kota raya
Kuala Lumpur

Menara ini dibina bersebelahan
sebatang Pokok Jelutong
berusia lebih 100 tahun.

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada

1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia. Putrajaya adalah sebuah bandar raya
pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan
sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi
teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti
Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan

Yokohama di Jepun.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di
Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan

pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di
peringkat antarabangsa.

MENARA CONDONG

Kedudukan menara condong terletak di tengah bandar Teluk
Intan, Perak. Menara jam ini dibina oleh seorang kontraktor
yang bernama Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan

tujuan asal untuk meyimpan air.

Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia
mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki
110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya

4.6 meter.
Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar seolah-olah
nampak 8 tingkat tetapi sebenarnya hanya terdapat 3 tingkat
sahaja. Tingkat atas sekali terletak tangki air. Ketika dibina pada
tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi dan sehinnga kini jam

itu masih berfungsi.

Kerana keunikannya, Menara Condong ini juga di kenali sebagai
Menara Condong kedua di dunia selepasa Menara Pissa di Itali.

JAMBATAN PULAU PINANG

Sebuah jambatan sepanjang 13.5 km ini menghubungkan
tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang.

Jambatan mula dibina pada tahun 1982 dan siap pada
tahun 1987 dengan kos RM850 juta.

Pembinaan dilakukan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia.
Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina
menggunakan kaedah cable stayed girder.

Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan
kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya.

Jambatan ini mempunyai dua persimpangan bertingkat dan
sebuah tol plaza.

Jambatan ini boleh menampung 100000 kenderaan sehari.

TAMAT


Click to View FlipBook Version