The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadluqman110, 2021-04-19 12:20:57

BUKU PROGRAM PROPERA'21 SEGANAO PRODUCTION

BUKU PROGRAM PROPERA21

PROPERA

21PROJEK PERSEMBAHAN AKHIR DIPLOMA TEATER

sinopsis

TAMU DARI MEDAN PERANG

Drama ini berkisarkan dua orang tokoh pemimpin negara Islam
berbincang dan berdebat tentang penindasan yang telah dilaku-
kan oleh Amerika terhadap umat Islam di Asia Barat. Isu-isu kezali-
man, penindasan, kebuluran, pembunuhan dan penciptaaan fit-
nah pemimpin Amerika untuk menghalalkan matlamat mereka
bertujuan menguasai aset harta dari negara Islam menjadi topik
perbincangan watak Sultan dan Queen di dalam drama ini. Sul-
tan yang diiktiraf sebagai manusia terkaya di dunia pada ketika
itu hidup terlalu mewah sebaliknya umat Islam yang lain hidup
melarat dan miskin kerana ditindas. Queen akhirnya menjelas-
kan maksud sebenar kedatangannya menghadap Sultan kerana
ingin memohon bantuan dana bagi menyusun perancangannya
untuk memulakan perang dunia ketiga. Queen ingin memulakan
peperangan ini untuk menentang Amerika bertujuan menghenti-
kan penindasan ke atas umat Islam yang sekian lama berleluasa.

SINOPSIS

PERSIDANGAN OPPENHEIMER

Perbicaraan berlangsung dalam suasana yang sangat rahsia di sebalik
banyak pintu tertutup di Washington D.C. Ia berlangsung kira-kira tiga
minggu dan selama itu, Oppenheimer mendengar alasan Suruhanjaya
Tenaga Atom untuk memecatnya. Mereka pertama kali menuduh Op-
penheimer sebagai simpatisan Komunis kerana keanggotaan isteri dan
saudaranya dalam parti itu. Fakta ini membawa kepada pertanyaan mere-
ka mengenai apakah Oppenheimer sendiri adalah anggota rahsia parti itu
atau tidak. Sekiranya dia seorang Komunis, Suruhanjaya Tenaga Atom be-
ralasan bahawa maka Oppenheimer mempunyai motif untuk menentang
bom hidrogen kerana akan memberikan kuasa kepada Amerika Syari-
kat atas Uni Soviet. Mereka juga curiga terhadap Oppenheimer sebagai
perisik Soviet yang sebenarnya kerana pengakuan Klaus Fuchs pada ta-
hun 1950, seorang saintis kanan Jerman dan perisik Soviet yang beker-
ja di Projek Manhattan dan memberikan rahsia dan penyelidikan nuklear
Amerika kepada Uni Soviet. Titik yang paling memalukan, adalah ketika
kejadian Chevalier di mana Oppenheimer pada tahun 1943 didatangi oleh
Haakon Chevalier, seorang saintis lain, yang mengirimkan rahsia nuklear
ke Uni Soviet. FBI mengetahui dan dalam perbicaraan, Oppenheimer men-
dakwa bahawa Chevalier tidak bersalah. Kemudian disedari oleh pemer-
intah bahawa Oppenheimer benar-benar berbohong mengenai pertemuan
itu, dan kesetiaannya dipersoalkan. Oleh itu, ketiga-tiga fakta ini adalah
perkara utama yang digunakan oleh Suruhanjaya Tenaga Atom untuk
membatalkan keizinan Oppenheimer. Oppenheimer juga sempat membe-
la diri semasa perbicaraan. Dia dengan tegas membantah bahawa moti-
vasinya untuk menentang bom hidrogen adalah disebabkan oleh kese-
tiaan yang berbelah bahagi antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.

sinopsis

PEREMPUAN ITU BERNAMA BARABAH

Barabah, seorang wanita yang cantik, ialah isteri yang setia kepada sua-
minya Banio. Banio pula ialah seorang lelaki tua berusia 70-an telah berkah-
win sebanyak 11 kali. Setiap hari, kehidupan kedua pasangan itu dipenuhi
dengan salah faham kerana cemburu. Barabah sering cemburu dengan is-
teri-isteri Banio sebelumnya, sementara Banio cemburu kerana kecantikan
Barabah dipandang oleh para pemuda. Pada suatu ketika, kecemburuan
Barabah semakin meningkat ketika Zaitun datang ke rumahnya mencari Ba-
nio dengan tujuan untuk membincangkan masalah perkahwinan. Kecem-
buruan yang menyelubungi Barabah menyebabkan pertengkaran dengan
Zaitun hingga akhirnya Zaitun diusir. Setelah Zaitun pergi, Banio pulang
dari ladang lalangnya. Barabah menceritakan tentang Zaitun yang datang
ke rumah mereka mencari Banio dengan tujuan membicarakan soal per-
kahwinan. Barabah yang cemburu menuduh Banio mahu berkahwin lagi.
Kemudian datang pula seorang lelaki bernama Adibul yang disangka seo-
rang polis yang menyamar. Banio yang tadinya keluar mencari Zaitun mun-
cul terus marah kerana menyangkakan mereka menjalinkan hubungan sulit.
Sudah tentu tuduhan Banio ditolak oleh mereka berdua. Selepas beberapa
ketika, Zaitun tiba dan mencari Adibul. Akhirnya, salah faham yang berlaku
terjawab. Ternyata kedatangan Adibul dan Zaitun adalah untuk meminta
restu daripada Banio, ayah kandung Zaitun yang tidak pernah dia temui.

SINOPSIS

JEBAT

Mengisahkan tentang orang golongan bawahan yang menun-
tut keadilan terhadap pemerintah yang tidak adil. Jebat muncul
sebagai pembela kepada golongan bawahan. Dalam masa yang
sama, Jebat mengamuk dengan pemerintahnya kerana mendapat
tahu tentang Tuah yang dijatuhkan hukuman bunuh. Apa yang
lebih mengejutkan lagi, Tuah tidak mati kerana Algojo telah mer-
ahsiakan bahawa Tuah tidak mati. Namun, dengan niat suci Jebat
untuk membela golongan bawahan dan saudaranya Tuah dia tel-
ah dituduh menjadi seorang penderhaka oleh saudaranya sendiri
iaitu Tuah. Tuah yang telah lama menghilang akibat daripada hu-
kuman bunuh yang dijatuhkan oleh pemerintah mereka sendiri.
Jebat mengamuk dengan lebih dasyat dengan membunuh semua
orang yang hendak dibelanya untuk membuka mata saudaranya
sendiri. Namun tiada tindakkan yang diambil malah Jebat sendiri

diburu dan dihukum bunuh.

UCAPAN KETUA JABATAN

ENCIK ZOLKIPLI ABDULLAH

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada para pelajar Diploma Teater
Semester 5 kerana telah berjaya menghasilkan persembahan teater yang
cemerlang melalui PROPERA21. Setinggi-tinggi penghargaan diberi-
kan kepada mereka semua kerana mampu menjalankan sebuah pro-
jek dengan kerjasama yang padu walaupun terpaksa berhadapan pel-
bagai cabaran semasa pandemik dan mengikuti norma baharu. Saya
percaya PROPERA21 ini bukan sahaja salah satu kursus pembela-
jaran di Universiti tetapi juga sebagai persediaan menghadapi dunia
luar yang lebih mencabar. Sesungguhnya saya meletakkan keyakinan
penuh dan percaya bahawa semua pelajar akan dapat mengharungi ha-
langan yang lebih besar pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

UCAPAN PENyelaras

ENCIK AMSALIB PISALI

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar Diploma
Teater kerana telah berjaya menghasilkan Projek Persembahan Akhir ini
dengan baik. Anda telah membuktikan bahawa teater adalah sebuah seni
yang berhubungkait dengan kehidupan manusia. Hal ini kerana di dalam-
nya terkandung perasaan, pengalaman, pengucapan dan skrip yang diba-
wa mempunyai maksud tersendiri. Sesungguhnya Projek Persembahan
Akhir telah mengajar mereka erti komitmen yang sebenar dan bekerja da-
lam pasukan yang menuntut kesefahaman dan kesepaduan tenaga bersa-
ma. Saya berharap pelajar-pelajar Diploma Teater Semester 5 2021 akan
dapat menempuh alam realiti dengan cekal kelak. Sekian, terima kasih.

UCAPAN PENSYARAH

DR LENA FARIDA BINTI HUSSAIN CHIN

Alhamdulillah, Projek Persembahan Akhir 2021 (PROPERA’21) dapat dilak-
sanakan dengan jayanya melalui Produksi Seganao oleh pelajar Diploma Teater
Semester 5. PROPERA’21 telah memilih empat karya hebat untuk dipersembah-
kan iaitu Jebat dan Tamu Dari Medan Perang karya Dinsman, Perempuan Itu
Bernama Barabah karya Motinggo Boesje dan Persidangan Oppenheimer karya
Heinar Kipphardt. Projek Persembahan Akhir merupakan kursus yang menuntut
para pelajar dalam merancang, menyelaraskan dan mengendalikan penerbitan
persembahan teater. Di samping itu, para pelajar juga dibimbing untuk mengu-
rus pementasan membabitkan pratik proses penciptaan konsep dan penguru-
san organisasi, pengarahan, lakonan dan sinografi bermula dari proses pra seh-
ingga pasca produksi. Saya yakin kesemua pelajar telah mempratikkan amalan
kerja produksi yang telah dipelajari selama belajar di UPSI. Akhir kata, saya ber-
harap pelajar mampu memanfaatkan setiap peluang dan ruang yang tersedia
dalam bidang ini melalui pengalaman tersebut. Selamat maju jaya buat semua.

BIODATA PELAJAR

ABDUL FAHIMI BIN FAUZI

Nama yang diberi Abdul Fahimi Bin Fauzi atau lebih dikenali sebagai Pojie. Dila-
hirkan pada 31 Januari 2001 di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menetap di Cheras,
Kuala Lumpur dan berbakat dalam nyanyian serta bermain alat muzik. Pen-
galaman dalam dunia seni yang bermula dari zaman persekolahan lagi dengan
menyertai Pertandingan Nasyid dan melibatkan diri dengan kumpulan muzik.
Sepanjang belajar di UPSI, beliau aktif terlibat sebagai tenaga pengurusan pro-
duksi. Di dalam PROPERA’21, beliau diberi kepercayaan untuk memegang watak
utama iaitu Robert J. Oppenheimer di dalam teater dokumentari Persidangan
Oppenheimer. Semoga anak muda yang ingin berada di dunia seni ini terus maju
dan sentiasa mencuba yang terbaik untuk berada dalam kalangan yang terbaik.

BIODATA PELAJAR

AHMAD LUQMAN HAKIM BIN NAZERI

Nama penuh ialah Ahmad Luqman Hakim bin Nazeri atau lebih dikenali den-
gan nama Luq. Dilahirkan pada 6 Mei 2001 di Hospital Tengku Ampuan Rahi-
mah (HTAR) Klang, Selangor. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan,
beliau juga mahir dalam bidang fotografi dan suntingan video. Luq aktif da-
lam menghasilkan filem pendek, video komersil dan animasi. Selain itu, beli-
au aktif dalam perkhidmatan menghasilkan video dan gambar seperti produk
perkahwinan dan sebagainya. Kini, beliau merupakan seorang jurufoto dan
penyunting video di Syarikat Ikhtiar Studio yang bertempat di Ampang, Selan-
gor. Antara pengalaman dalam dunia seni adalah pernah menyertai pertandin-
gan nasyid serta memenangi tempat ketiga dalam pertandingan penghasilan
“Stop Motion Video” anjuran Kelab Media Seeker UPSI. Beliau pernah terlibat
sebagai tenaga produksi di dalam teater Macbeth, Anak Kerbau Mati Emak
dan Perginya Seorang Diva. Dalam PROPERA’21, beliau memegang jawatan
sebagai Pereka Grafik dan memegang watak Perompak di dalam teater Jebat.
Luqman bercita-cita menjadi seorang usahsawan di dalam industri seni kreatif
dan berharap dunia seni Malaysia terus melahirkan lebih banyak bakat-bakat

berkualiti tinggi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

BIODATA PELAJAR

AUFIEYAH BINTI ALIAS

Aufieyah Binti Alias atau lebih mesra dipanggil Opie yang berasal Seremban,
Negeri Sembilan dilahirkan pada 14 April 2001. Pendidikan awal di Sekolah Ke-
bangsaan Labu Ulu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Du-
rah. Seawal usia 6 tahun, Aufieyah telah menyertai pelbagai pertandingan dan
memperoleh Johan dan Konduktor Terbaik Bicara Berirama Kebangsaan 2012,
Johan Kebangsaan Beyond Borders 2012 anjuran Malaysia National Aiport,
Johan Negeri Act It Up PETRONAS , Johan Negeri Pertandingan Bahasa Tamil
1 Malaysia 2016 dan Naib Johan Syarahan Festival Warisan Islam Negeri 2014
dan menjadi juruacara Majlis Gelombang Speaker Muda Daerah Seremban ser-
ta terlibat dalam mendeklamasi sajak sempena kemerdekaan peringkat Negeri.
Bergelar pelajar Diploma Teater selama 5 semester, Aufieyah pernah memegang
pelbagai jawatan dalam bidang pengurusan (Penolong Pengarah) . Selain itu Au-
fieyah juga telah memegang watak dalam pementasan Anak Kerbau Mati Emak.
Dalam PROPERA’21 , Aufieyah telah memegang jawatan selaku Pengurus Pro-
duksi. Namun, Aufieyah lebih cenderung dalam bidang pengarahan dan penu-
lisan skrip. Aufieyah berharap semoga sesiapa sahaja yang berada dalam dun-
ia seni terus mengorak langkah dengan berkat doa, usaha serta niat yang kuat.

BIODATA PELAJAR

FIRAS NOOR IQBAL BIN MAISHA NOOR ADAM

Firas Noor Iqbal bin Maisha Noor Adam atau lebih dikenali Yash dilahirkan
pada 13 Januari 2001 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur namun menetap di
Selangor. Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam
Shah (2) dan menyambung pelajaran di Sekolah Seni Malaysia Johor seter-
usnya berpindah ke Sekolah Seni Kuala Lumpur. Berkemahiran dalam la-
konan, penulisan skrip dan bahagian teknikal pencahayaan dan audio. An-
tara pengiktirafan dalam industri seni adalah merangkul Anugerah Pelakon
Lelaki Terbaik Selangor ketika dan Anugerah Pelakon Lelaki Harapan. Per-
nah dipanggil untuk membantu guru mengajar asas teater di Sekolah Me-
nengah Badar Puchong (1). Dalam PROPERA’21, Firas telah memegang
watak Adibul dalam pementasan Barabah. Selain itu, Firas menyandang tu-
gas sebagai Pereka dan Penata Cahaya bagi keempat-empat pementasan
PROPERA’21. Semoga bidang seni ini terus berada di puncak seiring den-
gan bidang lain serta mampu memberi manfaat kepada semua orang ramai.

BIODATA PELAJAR

HARIZZAH SUHIL BT NUROL HADI

Nama diberi adalah Harizzah Suhil binti Nurol Hadi atau lebih dikenali sebagai Jijah.
Lahir pada 21 November 2001 di Hospital Taiping, Perak. Berasal dari Shah Alam
kemudian berpindah ke Sungai Buloh, Selangor setelah menamatkan Sijil Pelaja-
ran Malaysia (SPM). Beliau mempunyai kemahiran berlakon, menyanyi, menari dan
berkemahiran dalam bidang solekan pentas. Pengalaman beliau dalam dunia seni
bermula sejak di bangku sekolah lagi, beliau pernah berlakon dalam pementasan per-
ingkat sekolah. Manakala dalam bidang nyanyian pula beliau mewakili sekolah dalam
persembahan nasyid perempuan dan beliau selalu membuat persembahan nyany-
ian pada hari istimewa yang diadakan di sekolah. Sepanjang pengajian di UPSI da-
lam jurusan teater, beliau pernah memegang watak dalam teater Anak Kerbau Mati
Emak, Macbeth, Jangan Toleh dan Barabah. Dalam PROPERA’21, beliau menyandang
jawatan sebagai Pengurus Promosi dan Publisiti. Harapan beliau dalam dunia seni
adalah untuk lebih membuka fikiran masyarakat tentang kesenian dunia. Selain itu
beliau menginginkan peluang seni lebih terbuka luas kepada penggiat muda seni.

BIODATA PELAJAR

IZATUL ALIAH BINTI ISHAK

Izatul Aliah binti Ishak atau lebih dikenali sebagai Atul. Dilahirkan pada 1 Mac
2001 di hospital KPJ Taiping Medical Centre,Taiping, Perak. Berkemahiran dalam
komunikasi, berlakon dan perniagaan. Berpengalaman dalam bidang seni sejak
di bangku sekolah dengan menyertai Pertandingan Tarian Tradisional. Selain
itu, pernah menyertai Semarak Teater peringkat Kebangsaan pada tahun 2012.
Diiktiraf sebagai Pelakon Kanak-kanak Perempuan Terbaik dan mendapat plat-
inum dalam persembahan. Seterusnya, dianugerahkan Seri Panggung semasa
Malam Gala Kesenian di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru. Sepanjang pengaji-
an beliau, beliau telah memegang watak dalam teater Ayam Jantan Ayam Betina,
Macbeth, Gantung dan Jebat. Dalam PROPERA’21, beliau menyandang jawatan
selaku Penerbit Eksekutif. Harapan beliau dalam dunia Seni Malaysia adalah
supaya lebih banyak anak muda yang berminat kepada seni agar tidak lekang
dengan kemajuan arus zaman. Beliau juga mahu mengubah pemikiran seseten-
gah masyarakat supaya memandang bidang seni sebagai salah satu kerjaya.

BIODATA PELAJAR

KHALAF NUR HAFIY BIN HAMZAH

Khalaf Nur Hafiy Bin Hamzah yang dilahirkan pada 29 Mei 2001 dan berasal
dari Batu Pahat, Johor. Kemahiran yang beliau perolehi dalam bidang teater
adalah daripada segi lakonan dan beliau juga berbakat dalam pertukangan.
Pengalaman beliau dalam bidang teater ini bermula apabila beliau menje-
jakkan kaki ke Sekolah Seni Malaysia Johor Bharu. Bermula daripada ting-
katan 1 hingga ke tingkatan 3, beliau telah mempelajari empat bidang seni
iaitu bidang iaitu seni teater, seni muzik, seni visual dan seni tari. Beliau tel-
ah memilih bidang teater ketika beliau tingkatan 4 dan tingkatan 5. Selepas
menamatkan pendidikan di sekolah seni, beliau melanjutkan pelajaran di
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan mengambil ju-
rusan dalam bidang Diploma Teater. Sepanjang pengajian, beliau terlibat da-
lam teater Anak Kerbau Mati Mak, Macbeth, Alang Rentak Seribu dan Ringgit
Ke Syurga. Dalam PROPERA’21, beliau memegang jawatan selaku Pembantu
Pentas. Beliau berharap agar beliau bersama-sama rakan seperjuangan ter-
us maju dalam bidang seni agar terus berkembang mekar dipersada dunia.

BIODATA PELAJAR

MUHAMAD AFIQ ALIUDDIN BIN MOHAMAD AZMI

Muhammad Afiq Aliuddin Bin Mohamad Azmi atau lebih dikenali sebagai Boy, lahir pada
2 April 2001 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Berasal dari Klang, Selangor.
Berbakat dalam muzik, nyanyian, teknikal dan sukan. Pengalaman pertama dalam seni
persembahan adalah ketika berusia 6 tahun dalam sebuah teater kanak-kanak yang
bertajuk Penggembala Biri-biri. Seterusnya pada usia 11 tahun di Sekolah Rendah Ke-
bangsaan Kampung Jawa 2, terlibat dalam persembahan ‘Si Tanggang’. Afiq pernah
bergelar Pengerusi Kelab Seni yang mengetuai bahagian teknikal bagi setiap majlis
di sekolah seperti sukan tahunan, sukan MSSD dan upacara-upacara lain. Berkebole-
han dalam bermain muzik conga dan yankee. Seterusnya dalam bidang nyanyian Afiq
bermula dari peringkat sekolah terutama genre nasyid sehingga peringkat kebang-
saan dan mula terlibat dengan anjuran-anjuran luar. Sepanjang pengajian diploma,
Afiq telah terlibat dalam pementasan teater Ayam Jantan Ayam Betina, Macbeth dan
Alang Rentak Seribu sebagai pelakon. Dalam PROPERA’21, Afiq menyandang jawatan
selaku Pereka Set dan Prop. Berharap agar semua lapisan masyarakat terus menghar-
gai seni dan menyeru agar kerajaan mengangkat seni ke peringkat yang lebih tinggi.

BIODATA PELAJAR

MUHAMMAD DANISH BIN AZMAN

Muhammad Danish Bin Azman atau lebih dikenali dengan nama pentasn-
ya, Dani. Lahir pada 8 November 2001 di Hospital Tunku Ja’afar, Seremban
dan menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Berkemahiran dalam men-
cipta, membina, bertukang dan melukis. Pengalaman dalam dunia seni
persembahan bermula pada bangku sekolah dengan menyertai persemba-
han tarian tradisional seperti zapin dan menyertai Pertandingan Seni La-
kon pada peringkat Daerah. Terlibat dalam teater Anak Kerbau Mati Mak,
Macbeth sebagai pelakon dan menyandang jawatan selaku Pereka Set dan
Prop ketika teater Perginya Seorang Diva. Dalam PROPERA’21, beliau terli-
bat selaku pengarah dan pelakon dalam pementasan Teater Ibu dan Impian.
Berharap agar memiliki masa depan yang cerah dalam apa sahaja bidang
yang diceburi dan tidak mudah berputus asa melakukan apa yang diingini.

BIODATA PELAJAR

MUHAMMAD FARIQ BIN MOHD RODUAN

Muhammad Fariq Bin Mohd Roduan atau nama ringkasnya Fariq. Lahir di Hospital
Tanah Merah, Kelantan pada 25 Januari 2001. Pada asalnya, beliau bersekolah di Se-
kolah Menengah Sains Jeli, Kelantan selama empat tahun kemudian menamatkan Sijil
Pelajaran Malaysia selaku Ketua Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mah-
mud Paduka Raja 2, Tanah Merah, Kelantan. Aktif dalam Pertandingan Debat sehingga
pada tahun 2017, beliau terpilih untuk menyertai Pertandingan Debat Piala Perdana
Menteri Peringkat Kebangsaan dan mendapat Anugerah Gangsa dalam pertandingan
tersebut yang disertai oleh 69 Sekolah Berasrama Penuh. Berbakat dalam bidang la-
konan kerana sudah terlibat dalam pementasan Anak Kerbau Mati Mak, Macbeth dan
Tamu Dari Medan Perang ketika PROPERA’21. Buktinya, mampu membawa pelbagai
watak dengan jayanya. Berpegang pada seni lakonan dapat memanusiakan manusia
dengan harapan bidang seni mampu setanding dengan bidang majoriti yang lain.

BIODATA PELAJAR

MUHAMMAD FIRDAUSS BIN REDZDUAN

Nama diberi ialah Muhammad Firdauss Bin Redzduan atau lebih dikenali dengan nama
penanya iaitu Merah Malam. Dilahirkan pada 3 Oktober 2001 di Hospital Bersalin Kuala
Lumpur dan telah dibesarkan di Selayang selama 19 tahun. Mempunyai bakat seni sep-
erti lakonan, pengarahan, penulisan skrip, nyanyian dan lain-lain. Berjaya menamat-
kan pembelajaran di Sekolah Menengah Taman Selayang. Mempuyai pengalaman
dalam bidang seni sejak berumur 10 tahun dengan mengikuti program seperti boria,
zapin, teater, melukis dan banyak lagi. Melibatkan diri bersama Persatuan Warisan
Pustaka dan mementaskan beberapa teater bersama persatuan tersebut sejak beliau
berumur 13 tahun. Meneruskan perjalanan teater sehingga kini dan menyambung per-
ingkat Diploma dalam bidang Teater. Beliau juga pernah membuka semula Kelab Ke-
budayaan sekolah yang telah lama ditutup. Pernah melibatkan diri pementasan Anak
Kerbau Mati Mak dan Macbeth sepanjang pengajian beliau. Dalam PROPERA’21, beli-
au menyandang jawatan sebagai Pengarah bagi pementasan Perempuan itu Bernama
Barabah. Beliau berharap seni di Malaysia dapat diunggulkan lagi dan mengaharap-
kan masyarakat memandang bidang seni dengan satu perspektif yang lebih positif.

BIODATA PELAJAR

MUHAMMAD HAZIQ BIN HERMAN

Nama diberi ibunda dan ayahanda adalah Muhammad Haziq Bin Herman atau
lebih dikenali dengan nama pentasnya, HAZE. Lahir pada 12 Oktober 2001 di
Hospital Bersalin Kuala Lumpur (HKL). Beliau berasal daripada Kuala Lum-
pur tetapi berpindah ke Petaling Jaya, Selangor dan kekal menetap sehing-
ga kini. Beliau berkemahiran dalam mencipta lirik lagu, menulis skrip pentas
dan lakon layar. Pengalaman beliau dalam dunia seni persembahan bermula
dari bangku sekolah dengan menyertai persembahan tarian tradisional seperti
zapin, menyertai pertandingan Drama Komsas Bahasa Melayu dan Play dalam
Bahasa Inggeris pada peringkat daerah. Sepanjang pengajian Diploma , beliau
terlibat dalam pementasan teater Ayam Jantan Ayam Betina. Merupakan Pen-
gurus Pentas ketika Teater Macbeth dan Perempuan Itu Bernama Barabah da-
lam PROPERA’21. Harapan beliau dalam dunia seni Malaysia adalah agar mas-
yarakat terutama generasi muda dapat menghargai setiap cabang dunia seni.

BIODATA PELAJAR

MUHAMMAD NURAIMAN BIN KHAIRUL NIZAM

Nama penuh adalah Muhammad Nuraiman bin Khairul Nizam . Dilahirkan pada
14 September 2001 di Hospital Batu Pahat, Johor. Sejak lahir, telah menetap
dengan keluarganya di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Berbakat dalam bidang
nyanyian, lakonan dan tarian. Aktif dalam membuat persembahan nyanyian se-
jak kecil tidak kira majlis di sekolah mahupun majlis keramaian. Selain itu,
beliau juga aktif dalam bidang sukan terutamanya dalam sepak takraw sehing-
ga mendapat pingat gangsa dalam Sukan Akademi mewakili Unit Kediaman
Luar Kampus (UKLK). Pengalaman dalam dunia seni adalah pernah menyertai
Pertandingan Nasyid Berkumpulan dan Solo. Meluangkan masa dengan mem-
buat video nyanyian untuk hiburan sendiri dan orang lain. Sepanjang pengajian
Diploma, beliau terlibat dalam pementasan Ayam Jantan Ayam Betina dan Mac-
beth. Dalam PROPERA’21, beliau merupakan Pengurus dan Pereka Audio bagi
ke empat-empat pementasan. Semoga ilmu yang dipelajari mampu memberi
manfaaat kepada semua sekaligus menjadikan bidang seni ini terus bersinar.

BIODATA PELAJAR

MUHAMMAD SUHAILI BIN SUMIRING

Nama diberi adalah Muhammad Suhaili Bin Sumiring. Dilahirkan di Hospital
Besar Seremban pada 21 Oktober 2001. Berbangsa Melayu dan berketurunan
Minangkabau serta beragama Islam. Mula berjinak dalam dunia seni teater dan
tari sewaktu program Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan(JK-
KNS). Mempelajari tarian kontemporeri dan berminat untuk menjadi seorang ko-
reografer. Sepanjang empat semester dalam bidang teater, beliau telah terlibat
di atas pentas dan belakang takbir sebagai ketua sinografer. Universiti Pendi-
dikan Sultan Idris (UPSI) telah membuka ruang kepada beliau untuk belajar men-
jadi ahli aktivis yang profesional dalam industri. Justeru, harapan beliau adalah
menjadi lebih berilmu dalam bidang ini untuk menghasilkan karya - karya yang
bermutu. Selain itu, beliau berharap mampu menceburi ilmu bidang seni den-
gan lebih mendalam agar bidang ini tidak dipandang enteng oleh masyarakat.

BIODATA PELAJAR

MUHAMMAD SYAHMI HAFIZ

Nama diberi Muhammad Syahmi Hafiz dan lebih dikenali dipanggil Amie.
Lahir pada 14 November 1999 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,
Selangor. Mendapat pendidikan SMK Sungai Kapar Indah. Amie yang lebih
cenderung dalam seni muzik juga meminati penulisan skrip, rekaan set, au-
dio dan cahaya. Pengalaman dalam bidang seni bermula dari umur sembilan
tahun apabila mula melibatkan diri dalam persembahan pentas khususnya
dalam nyanyian dan lakonan di peringkat kebangsaan. Amie juga terlibat da-
lam seni teater di JKKN dan Permata Seni Negara. Selain itu, pada usia 15
tahun, Amie menyertai program Popkrew TV9 musim pertama bersama kum-
pulan Briged di bawah syarikat Monkey Bone di Media Prima Berhad selama
dua tahun. Dalam PROPERA’21, Amie menyandang jawatan sebagai Pen-
gurus Produksi dan Pengarah Muzik. Harapan Amie adalah untuk menja-
di seseorang yang berguna dalam keluarga, agama dan negara serta ingin
menulis skrip, mencipta lagu untuk mana-mana produksi dan pementasan
teater dan ingin membuktikan pada keluarga bahawa bidang ini tidak sia-sia.

BIODATA PELAJAR

MUHAMMAD ZAMRI BIN SAJALI

Muhammad Zamri Bin Sajali nama diberi atau lebih dikenali dalam kalangan
rakan-rakannya sebagai Kemat. Dilahirkan pada tanggal 11 April 2001 di Hos-
pital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan. Menetap di Kampung Chembong Ke-
chil, Rembau Negeri Sembilan dan berdarah kacukan Minang dan Jawa. Ke-
mat mempunyai kemahiran bermain alat muzik tradisional dan piano. Beliau
mula mengenali bidang seni pada usia 14 tahun. Pengalaman dalam bidang
seni bermula dari umur 15 tahun dengan melibatkan persembahan pentas la-
konan dan alat muzik di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat kebang-
saan dalam pertandingan alat muzik tradisional. Antara persembahan yang
dijayakan oleh Kemat ialah Macbeth, Anak Kerbau Mati Emak dan Perginya
Seorang Diva. PROPERA’21 menampilkan Kemat sebagai Banio iaitu watak
utama di dalam teater Perempuan Itu Bernama Barabah. Kemat berharap
teater di Malaysia dapat dinaik tarafkan dan dapat diterima oleh masyarakat.

BIODATA PELAJAR

MUHD AMINUDDIN BIN ABD RAZAK

Muhammad Aminuddin Bin Abd Razak atau lebih dikenali sebagai
Amin dilahirkan pada tanggal 29 Julai 1999 di Klinik Mutiara Alor Setar,
Kedah. Amin berdarah campuran Cina dan India Muslim. Beliau berke-
cimpung di dalam industri seni dan persembahan teater semenjak ta-
hun 2019 dan ketika itu ditawarkan untuk membantu pelajar diploma
semester empat dan semester lima serta pelajar ijazah bagi memban-
tu mereka dalam subjek lakonan dan membawa watak utama dan juga
pembantu. Antara teater yang pernah dibintangi beliau adalah Macbeth,
Alang Rentak Seribu, Anak Kerbau Mati Mak, Rupa dan Penjara Fulus.
Amin juga sangat meminati bidang pengarahan dan sinografi. Amin ber-
harap agar dirinya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati
dan mendalami nilai seni persembahan teater di serata pelosok dunia.

BIODATA PELAJAR

NOOR AZRAN BIN MOHD NOOR

Noor Azran Bin Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Ayan
lahir pada 8 Mac 2001 di Hospital Tunku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau mempunyai kemahiran dalam bidang lakonan dan nyanyian. Pengala-
man beliau dalam dunia seni persembahan bermula ketika berada di bangku
sekolah iaitu dengan menyertai persembahan Teater Kemerdekaan, nyanyian
patriotik dan menyertai pertandingan seni lakon sehingga peringkat daerah.
Sepanjang pengajian , beliau terlibat dalam pementasan Anak Kerbau Mati Mak,
Macbeth dan Perginya Seorang Diva. Ayan menyandang tugas dalam Teater
Maaf Yang Sebenar sebagai Pengarah dan Pelakon di dalam PROPERA’21 dan
bercita-cita menjadi seorang penggiat seni yang berwibawa suatu hari nanti.

BIODATA PELAJAR

NORASEELA BINTI UMNO @ ANUAR

Noraseela Binti Umno @ Anuar lahir pada tanggal 30 Ogos tahun 2000 di Hos-
pital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. Aseela berbakat di dalam bidang lakonan,
rekaan kostum dan pengurusan produksi. Selain itu, Aseela juga mempunyai
bakat dalam bidang nyanyian. Beliau telah menceburi bidang seni semenjak di
bangku sekolah. Pengalaman seni beliau dibina dari penyertaan pertandingan
nasyid, puisi, lagu, Sketsa 1 Malaysia dan Drama Bahasa Inggeris dari per-
ingkat sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Sepanjang pengajian, be-
liau terlibat dalam pementasan Anak Kerbau Mati Mak, Macbeth dan Perginya
Seorang Diva. PROPERA’21 menampilkan beliau sebagai Barabah iaitu watak
utama di dalam teater Perempuan Itu Bernama Barabah. Banyak pengalaman
pahit dan manis yang dilalui namun terus berharap agar kuat melangkah ke
hadapan. Aseela juga bermotivasi untuk terus memperjuangkan karya–karya
seni dan dapat mempelajari banyak lagi ilmu baharu pada masa hadapan.

BIODATA PELAJAR

NUR ATIKAH NAZIRAH BINTI HADI

Nuratikah Nazirah Bt Hadi atau dikenali sebagai Tyqah. Beliau dilahir-
kan pada 2 Mac 2001 di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor. Beli-
au mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang penulisan skrip
dan lakonan pentas.Beliau berpengalaman dalam bidang seni semen-
jak berumur 15 tahun ketika di bangku sekolah dengan mewakili neg-
eri Johor di dalam drama komsas dan aktiviti seni lain. Rentetan minat
yang mendalam di dalam bidang seni persembahan, Tyqah menyam-
bung pengajiannya di dalam bidang seni teater di Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sepanjang pengajian , beliau terli-
bat dalam pementasan Ayam Jantan Ayam Betina dan Macbeth. Tyqah
menyandang tugas dalam Teater Tangisan Seorang Pendosa sebagai
Pengarah dan Pelakon di dalam PROPERA’21. Beliau berharap agar
bidang seni teater akan kekal maju seiring arus pemodenan teknologi.

BIODATA PELAJAR

NUR AZMIRA ALLISYA BINTI AHMAD

Nur Azmira Allisya Binti Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mira Allisya dilahirkan
pada 1 Mei 2001 di Hospital Besar, Kangar, Perlis. Mira Allisya sangat meminati bidang
pengurusan dan sinografi khususnya dalam rekaan kostum, set dan tatarias. Beliau
berpendapat bahawa pengurusan yang baik sangat penting kepada kejayaan satu
produksi teater. Tanpa adanya pengurusan yang cekap, handal dan kreatif mungkin
produksi tidak mencapai standard yang baik. Beliau pernah merebut peluang den-
gan mencuba nasib sebagai pengacara majalah ‘Apabila Hawa Berbisik’ pada usia
yang muda dan juga menjadi Johan Bercerita Majlis Ihtifal Ilmi selama tiga tahun
berturut-turut. Selain itu, beliau juga pernah memenangi Johan Pertandingan Nasyid,
tempat ketiga Pertandingan Pidato dan sering menjadi pengerusi majlis setiap kali
majlis peringkat sekolah diadakan. Beliau telah menjadi Pengurus Pentas buat kali
pertama semasa pementasan teater Mactbeth. Pengalaman dari segi pemasaran pula,
beliau pernah meraih 15,000 tontonan dalam seminggu untuk pemasaran bisnes dalam
talian dan pernah bekerjasama dengan syarikat TSOHO untuk produk pengiklanan.
Selain itu, turut melibatkan diri sebagai penata rias dan kostum bagi pengambaran
‘Perginya Seorang Diva’ ketika semester empat. Di dalam PROPERA’21, beliau diper-
tanggungjawabkan sebagai pereka kostum untuk keempat-empat produksi utama.

BIODATA PELAJAR

NUR AZREEN FARHANIE MOHAMAD ALWI

Nur Azreen Farhanie Binti Mohamad Alwi merupakan anak kelahiran Pulau Pinang
lahir pada tanggal 17 Ogos 2001 di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Azreen telah
berkecimpung dalam bidang seni persembahan semenjak di bangku sekolah. Ke-
tika menuntut di SK Minden Height, pengalaman banyak dikutip apabila menyertai
Kelab Seni dan Kebudayaan. Beliau sering menyertai persembahan tarian di maj-
lis-majlis peringkat daerah serta Pertandingan Drama Sains di Petrosains, Bukit Mer-
tajam. Reen tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengikuti kumpulan drama
komsas di sekolahnya. Kumpulan itu telah memberi peluang kepadanya untuk me-
nimba pengalaman sehingga ke peringkat kebangsaan. Reen telah menyertai dra-
ma komsas selama tiga tahun berturut-turut. Dalam drama komsas, beliau pernah
menjadi seorang penolong pengurus pentas di peringkat kebangsaan. Selain itu, be-
liau juga mempunyai kebolehan membuat set dan props, solekan kesan khas dan
kini sedang berjinak dalam penulisan skrip pentas dan puisi. Sepanjang pengajian
, beliau terlibat dalam pementasan Ayam Jantan Ayam Betina dan Macbeth. Dalam
PROPERA’21, beliau dipertanggungjawabkan menjadi pengarah untuk drama Jebat.

BIODATA PELAJAR

NUR IZZATY BT ISMAIL

Nur Izzaty Binti Ismail lebih senang dengan panggilan Izzaty. Lahir pada
29 April 1999 di Pusat Perubatan Ibu Kota Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lum-
pur. Beliau amat meminati bidang seni lukis dan pertukangan set. Beliau
mula menimba pengalaman semenjak di bangku sekolah semasa menyer-
tai pertandingan nyanyian dan sering menjadi juruacara majlis. Sema-
sa dalam pengajian Diploma Teater, beliau mula menimba pengalaman se-
laku pengurus pentas dan pelakon. Beliau terlibat dalam pementasan Ayam
Jantan Ayam Betina dan Macbeth. Di dalam PROPERA’21, Izzaty meme-
gang watak Madam Rollander, dalam teater Persidangan Oppenheimer. Be-
liau bercita-cita membangunkan dunia teater Malaysia ke peringkat dunia.

BIODATA PELAJAR

NUR SYAFIQAH BINTI MAHAMAD YUSUF

Nur Syafiqah Binti Mahamad Yusuf dilahirkan pada tarikh 9 April 2001 di Pulau
Mutiara, Pulau Pinang. Berkemahiran dalam bidang seni lukis dan lakonan.
Beliau telah melibatkan diri dalam mencanting batik dan pernah bekerjasa-
ma dengan dengan Pihak Yang Berhormat Syerleena Abd Rashid, ADUN
Seri Delima Pulau Pinang dalam menjayakan Batik Fest 2018 dan pertand-
ingan Drama Komsas sekolah peringkat negeri. Kini, beliau mengambil kur-
sus Diploma Teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penglibatan beliau
dalam bahagian pengurusan seperti solekan, kostum dan lakonan dalam pe-
mentasan Anak Kerbau Mati Mak, Macbeth dan Perginya Seorang Diva. Da-
lam PROPERA’21, beliau memegang watak Wangi dalam Teater Jebat. Be-
liau berharap bidang seni di Malaysia akan semakin berkembang maju.

BIODATA PELAJAR

NURALIZA BINTI YUSLI

Nuraliza Binti Yusli atau lebih mesra dengan panggilan El dilahirkan pada 3
Oktober 1999 di Hospital Sungai Petani, Kedah. Beliau amat meminati bidang
seni seperti mendeklamasi sajak dan penulisan skrip. Pengalaman dalam seni
persembahan dipupuk dari bangku sekolah lagi dengan menyertai Pertandin-
gan Sajak dan Pertandingan Nyanyian Solo di peringkat daerah. Di dalam PROP-
ERA’21 beliau diberi kepercayaan memegang watak Queen di dalam teater
Tamu Dari Medan Perang. Antara teater yang pernah dibintangi beliau adalah
Macbeth dan Ayam Jantan ayam Betina. Aliza berharap agar masyarakat akan
lebih menghayati dan mendalami nilai berharga dalam persembahan teater.

BIODATA PELAJAR

NURIN NABILA SHAFIYYAH BT MOHD NAZALI

Nurin Nabila Shafiyyah Binti Mohd Nazali atau lebih mesra dengan panggi-
lan Ying telah dilahirkan pada 23 Februari 2001 di Hospital Hulu Terengga-
nu. Ying merupakan gadis berbangsa Melayu yang mempunyai darah cam-
puran Cina. Beliau mempunyai kemahiran dalam bidang tatarias, kostum
dan lakonan. Pengalaman yang dimilikinya adalah menyertai Choral Speak-
ing, bengkel tarian bersama ASWARA dan menglibatkan diri pada konsert
Fippro 19/20. Sepanjang pengajian, beliau terlibat dalam pementasan Ayam
Jantan Ayam Betina dan Macbeth. Dalam PROPERA’21, beliau diberikan
tanggungjawab sebagai Pereka dan Pengurus Kostum. Beliau bercita-cita
untuk membuka mata orang luar bahawa dunia seni ini mempunyai banyak
cabang dan bukan sekadar “wayang” untuk tontonan umum semata-mata.

BIODATA PELAJAR

SITI MAHIRAH BINTI ROSLAN

Kehidupan beliau bermula pada 23 December 2001 di Hospital Mentakab, Pa-
hang dan diberi nama Siti Mahirah Binti Roslan. Beliau menetap di Temerloh,
Pahang. Beliau mempunyai beberapa kemahiran dan kebolehan. Antaranya
ialah lakonan, nyanyian, tarian serta mempunyai seni mempertahankan diri.
Beliau terlibat dalam Semarak Tari Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2015,
Pertandingan Lestari Bahasa pada tahun 2016 iaitu kategori sajak patriotik,
mempunyai sebuah kumpulan muzik mempertaruhkan beliau sebagai vokalis
utama. Terlibat serius dalam dunia lakonan yang berhadapan dengan kamera
pada tahun 2019, di mana beliau terpilih menjadi salah seorang Top 21 Fina-
lis Drama Festival Kuala Lumpur 2019. Di alam universiti pula, beliau turut
terlibat dengan Pemuzik Wanita yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebudayaan
UPSI. Selain itu, beliau memegang watak dalam pementasan Ayam Jantan
Ayam Betina dan Macbeth serta Tamu Dari Medan Perang bagi PROPERA’21.

BIODATA PELAJAR

SITI SURAYA BINTI SOLEHAN

Siti Suraya Binti Solehan atau dikenali dengan nama panggilan Cuyaa. Lahir
pada tanggal 2 Mei 2001 di Hospital Tuanku Ja’afar dan berasal dari Jempol,
Negeri Sembilan. Mempunyai kemahiran dalam tarian dan lakonan. Beliau
mula mengorak langkah ke dunia seni dengan menyertai pertandingan Drama
Bahasa Inggeris serta beberapa pertandingan tarian tradisional dan Sketsa 1
Malaysia peringkat daerah. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang teater di
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sepanjang pengajian,
beliau terlibat dalam pementasan Anak Kerbau Mati Mak, Macbeth dan Perginya
Seorang Diva. Manakala teater Persidangan Oppenheimer ketika PROPERA’21.
Akhir kata, beliau berharap dapat meneruskan perjalanan hidup dengan mera-
sai pengalaman baharu dalam dunia seni yang luas dan tiada penghujungnya.

BIODATA PELAJAR

SUBAASH A/L JEGATHESAN

Subaash A/L Jegathesan dilahirkan pada tarikh 14 Julai 2001 yang beras-
al dari Manjung, Perak. Berkemahiran dalam bidang lukisan dan berbakat
dengan pelbagai jenis tarian termasuk tarian tradisional dan moden. Ber-
minat dan berpengalaman dalam dunia lukisan, lakonan dan tarian sejak
kecil sehingga kini. Penglibatan beliau sepanjang Diploma Teater ada-
lah pementasan teater Ayam Jantan Ayam Betina dan Macbeth. Dalam
PROPERA’21, beliau telah dilantik sebagai Pengarah teater Persidangan
Oppenheimer. Beliau mengharapkan semoga industri seni persembahan
terus maju agar lebih ramai yang berminat sekaligus menjadikan seni

sebagai platform karier yang berjaya.

BIODATA PELAJAR

ZUR AIN FAZREEN BINTI MUHAMMAD ZAMANI

Zur Ain Fazreen Binti Muhammad Zamani atau lebih dikenali sebagai
Reen. Dilahirkan pada tanggal 7 Ogos 2001 di Hospital Besar Kangar,
Perlis dan telah dibesarkan di Sungai Petani, Kedah. Berkemahiran
dalam dunia lakonan. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan
Tasek Apong meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Sungai Petani. Terlibat dalam persembahan Sketsa Bulan Ke-
merdekaan, Choral Speaking Competition dan Pertandingan Pantun di
peringkat daerah. Kini, melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan
Sultan Idris sebagai pelajar Diploma Teater. Berpengalaman dalam pen-
gurusan bahagian Front Of House (FOH) ketika pementasan Macbeth.
Beliau memegang watak dalam pementasan Anak Kerbau Mati Mak,
Perginya Seorang Diva dan Jebat ketika PROPERA’21. Impian beliau
agar industri seni terus maju dan mengharumkan dunia teater Malaysia.

BIODATA PELAJAR

MACYLN EMILYN ANAK MICHAEL BIKOT

Maclyn Emilyn Anak Michael Bikot yang lahir pada 7 September 2001 dan ber-
asal dari Limbang, Sarawak. Berbangsa Bisaya dan beragama Kristian. Berke-
mahiran dalam bahagian pengurusan dan lakonan. Bersekolah di Sekolah Seni
Malaysia Sarawak juga telah mempelajari bermain piano sejak berumur 5 tahun.
Sepanjang bersekolah di Sekolah Seni Malaysia Sarawak, beliau dipilih untuk
berkerja di bahagian pengurusan seperti Pengurus Pentas, Pereka Set dan Props
dan sebagainya. Sepanjang pengajian Diploma Teater, beliau terlibat dalam pe-
mentasanAyam JantanAyam Betina dan Macbeth. Manakala memegang jawatan
Pengurus Pentas Perginya Seorang Diva dan Persidangan Oppenheimer dalam
PROPERA’21. Beliau berharap bidang teater ini mampu menaikkan dan mengha-
rumkan nama Malaysia. Beliau bercita-cita dapat menguruskan sebuah persem-
bahan di Istana Budaya kerana itu adalah impian beliau sejak bangku sekolah.

BIODATA PELAJAR

NIRWANA SOFIA ANDY

Nirwana Sofea Andy seorang gadis berbangsa Suluk lebih dikenali sebagai So-
fea dalam kalangan rakan-rakan. Beliau lahir pada 12 Oktober 2001 di Hospital
Bersalin Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah. Beliau berkemahiran dalam
melakonkan watak serta mudah memahami dan cepat belajar sesuatu benda.
Pengalaman beliau dalam dunia seni persembahan bermula dari bangku se-
kolah, iaitu dengan menyertai pertandingan nyanyian dan pertandingan Dra-
ma Bahasa Inggeris. Beliau melanjutkan pendidikan dalam Diploma Teater di
UPSI. Beliau aktif terlibat dalam pementasan Ayam Jantan Ayam Betina dan
Macbeth. Manakala di dalam PROPERA’21, beliau memegang watak bagi pe-
mentasan Persidangan Oppenheimer. Harapan beliau dalam dunia seni Ma-
laysia ialah dapat menghidupkan dunia seni di kalangan generasi muda.

BIODATA PELAJAR

USWATUN HASANAH BINTI NAZIRIN

Uswatun Hasanah Binti Nazirin yang dilahirkan pada 9 Ogos 2001. Beras-
al dari Kuching, Sarawak. Beliau mempunyai bakat dalam bidang lakonan,
menulis lirik lagu, menata rias dan menggubah kostum. Selain itu, beliau
juga mahir menari dalam pelbagai jenis tarian tradisional. Pengalaman be-
liau dalam seni persembahan bermula sejak di bangku sekolah lagi ketika
menuntut di Sekolah Seni Sarawak. Antara tarian yang dipelajarinya adalah
zapin, joget, sumazau dan lain-lain. Beliau juga pernah mengikuti pertand-
ingan menulis skrip untuk persembahan monodrama dan menjadi Pengu-
rus Pentas dalam Pertandingan Drama Komsas. Beliau juga pernah terlibat
dalam pementasan Teater Bangsawan Ramayana, Dang Isah Tandang Sari
dan Tigundo. Sepanjang pengajian, beliau terlibat dalam pementasan Ayam
Jantan Ayam Betina dan Macbeth. Manakala di dalam PROPERA’20 beli-
au ditugaskan sebagai Pengurus Pentas bagi produksi teater Jebat. Beliau
bercita-cita memajukan bidang teater Malaysia ke peringkat antarabangsa.

BIODATA PELAJAR

SHARMINI A/P RAMU

Sharmini A/P Ramu dilahirkan pada tanggal 4 Julai 1999 dan berasal dari Kedah.
Sharmini merupakan satu-satunya gadis berbangsa India yang mengambil juru-
san teater dalam kalangan pelajar Diploma Semester 5. Beliau mempunyai bakat
dan minat di dalam bidang pengurusan pentas dan produksi. Pengalaman dalam
bidang seni persembahan beliau bermula ketika berada di sekolah rendah iaitu
dengan menyertai persembahan tarian. Sharmini percaya minat dalam bidang
tarian ini boleh dikaitkan dengan teater oleh kerana ia merupakan salah satu
cabang seni persembahan. Antara produksi yang pernah disertai oleh Sharmini
ialah Macbeth, Anak Kerbau Mati Emak dan lain-lain. Manakala di dalam PROP-
ERA’21, beliau telah ditugaskan sebagai Penolong Pengurus Pentas bagi pro-
duksi teater Jebat. Sharmini berharap agar bidang seni persembahan akan terus
mendapat perhatian dan apresiasi dari orang ramai demi memastikan perkem-
bangan seni persembahan Malaysia terus mekar di peringkat antarabangsa.

BIODATA PELAJAR

MOHD SYAHRIFULLAH BIN YUNUS

Mohd Syahrifullah Yunus atau lebih dikenali dengan panggilan Syaf mer-
upakan seorang anak muda berbangsa Bugis. Beliau telah dilahirkan
pada 2 Oktober 1999 di Hospital Besar Tawau, Sabah. Beliau mempunyai
kemahiran dalam bidang rekaan grafik dan asas berkaitan IT. Sepanjang
pengajiannya di UPSI, beliau telah mengutip pelbagai pengalaman dalam
seni persembahan dengan membabitkan diri di dalam pelbagai persem-
bahan teater antaranya Macbeth, Anak Kerbau Mati Emak dan lain-lain.
Beliau bercita-cita ingin menjadi seorang penggiat seni yang mahir
menggunakan IT dan teknologi. Di dalam PROPERA’21, beliau ditugas-
kan sebagai penata cahaya untuk keempat-empat persembahan utama.

BIODATA PELAJAR

MOHAMMAD AIMAN BIN MOHD MISLER

Mohammad Aiman Bin Mohd Misler juga dikenali sebagai Meloon. Be-
liau dilahirkan di Klinik Mawar Medical Centre yang bertempat di Shah
Alam, Selangor pada tanggal 13 Jun 2000. Antara pengalaman seni di-
awal pembabitan, beliau pernah mewakili sekolah dalam pertand-
ingan koir hingga ke peringkat daerah dan Bicara Berirama Bahasa
Melayu selama dua tahun di peringkat sekolah. Beliau mempunyai ke-
mahiran dan minat yang tinggi di dalam bidang pengurusan audio dan
teknikal pentas. Antara produksi yang pernah disertai oleh Meloon
ialah Macbeth, Anak Kerbau Mati Emak dan lain-lain. Manakala da-
lam PROPERA’21, beliau telah ditugaskan sebagai Pengarah Tekni-
kal. Sebagai anak muda yang sangat meminati bidang seni, beliau ber-
harap supaya suatu hari nanti beliau berupaya untuk memimpin dunia
seni Malaysia agar lebih maju setanding dengan negara-negara luar.

SENARAI NAMA AHLI PRODUKSI

Penerbit & Pembimbing Pengarah Muzik
Dr. Lena Farida Hussain Chin Muhammad Syahmi Hafiz
Penerbit Eksekutif Muhammad Nuraiman Khairul Nizam
Izatul Aliah Ishak
Pengurus Produksi Penyelaras Kostum
Aufieyah Alias Nur Azmira Allisya Ahmad
Muhammad Syahmi Hafiz
Penyelaras Tatarias
Pengarah - Pengarah Produksi Nurin Nabila Shafiyyah Mohd Nazali
Pengarah Jebat:
Nur Azreen Farhanie Mohamad Alwi Penyelaras Tatacahaya
Pengarah Tamu Dari Medan Perang: Mohd Syahrifullah Yunus
Muhd Aminuddin Abdul Razak Firas Noor Iqbal Maisha Nor Adam
Pengarah Persidangan Oppenheimer:
J. Subaash Penyelaras Set Pentas & Props

Pengarah Perempuan Itu Bernama Barabah: Muhamad Afiq Aliudin Mohamad Azmi

Muhamad Firdauss Redzduan Penyelaras Teknikal
Mohammad Aiman Mohd Misler

Pengurus Pentas Penyelaras Rekaan Grafik
Pengurus Pentas Jebat: Ahmad Luqman Hakim Nazeri
Uswatun Hasanah Nazrin

Pengurus Pentas Tamu Dari Medan Perang:

Muhammad Suhaili Sumiring

Pengurus Pentas Persidangan Oppenheimer:

Maclyn Emilyn Anak Michael Bikot

Pengurus Pentas Perempuan Itu Bernama Barabah :

Muhammad Haziq Bin Herman

POSTER

TAMU DARI MEDAN PERANG

LAGU TEMA TAMU DARI MEDAN PERANG

SALAH SIAPA

HANCUR SUDAH DUNIA
DALAM PILU DAN SENGSARA
KU DENGAR SAYU NASIB MEREKA
KU DENGAR TANGISAN MERATA

DI TANGIS MU KAU MENGADU
MANA MILIK NYA DAN DUNIA
SERENTAK WAKTU KU RANAP KOTA MU

AIRMATAKU MENCURAH LAJU
MELIHAT TUBUHMU REBAH TERUS LAYU

BERSERAK DARAH MU
NOKTAH HIDUP MU
TANGIS BEGITU

*CHORUS
DALAM SAKIT
DALAM PERIT
DALAM SAYU NASIBMU
KAU MENANGIS KAU MENGADU 2X

DAN AKU KAN MENYUSUR
BUAT MU SAUDARA AKU
KU RASA SENGSARA MU

DAN HANYA PELURU

JAWAPAN PERTANYAAN MU
DARI MU....

Ciptaan : Muhammad Syahmi Hafiz

POSTER

JEBAT

LAGU TEMA JEBAT

JEBAT PEMBELA

JEBAT PEMBELA
KAMI SEMUA

KAMI MENGHARAPKAN KEDATANGANMU
MENGHILANG DUKA DAN PILU

JEBAT PAHLAWAN
SATRIA SANJUNGAN
DATANGMU MEMBAWA KEAMANAN
PEMERASAN KAU HAPUSKAN
KEADILAN HANCUR
TANPA PEMBELAANMU

JEBAT PEMBELA
KAMI SEMUA

KAMI MENGHARAPKAN KEDATANGANMU
MENGHILANG DUKA DAN PILU

Ciptaan : Muhammad Nuraiman

POSTER

PERSIDANGAN OPPENHEIMER


Click to View FlipBook Version