The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadluqman110, 2021-03-24 20:49:15

PROPERA 21

seganao PRGM BOOK 2

PROPERA

21PROJEK PERSEMBAHAN AKHIR DIPLOMA TEATER

sinopsis

TAMU DARI MEDAN PERANG

SINOPSIS

KES J. ROBERT

sinopsis

PEREMPUAN ITU BERNAMA BARABAH

Barabah, seorang wanita yang cantik, adalah isteri yang setia kepada suamin-
ya walaupun suaminya, Banio, adalah seorang lelaki tua berusia 70-an, telah
bertukar isteri sebanyak 11 kali. Hari-hari kedua pasangan itu penuh dengan
salah faham kerana cemburu. Barabah sering cemburu dengan isteri-isteri
Banio sebelumnya, sementara Banio cemburu kerana kecantikan Barabah di-
pandang oleh para pemuda.Pada suatu ketika, kecemburuan Barabah semakin
meningkat ketika Zaitun datang ke rumahnya mencari Banio dengan tujuan un-
tuk membincangkan masalah perkahwinan. Kecemburuan yang menyelubungi
Barabah menyebabkan pertengkaran dengan Zaitun hingga akhirnya Zaitun di-
usir. Setelah Zaitun pergi, Banio datang dari ladang lalangnya. Barabah men-
ceritakan kisah seorang wanita bernama Zaitun mencari Banio dengan tujuan
membicarakan perkahwinan dengan hati yang cemburu dan menuduh Banio
mahu menikah semula. Banio, yang merasakan bahawa dia tidak pernah meran-
cang untuk berkahwin lagi, akhirnya bertemu dengan seorang wanita bernama
Zaitun dengan tujuan untuk membuktikan apa yang dituduh Zaitun tidak benar.
Tetapi Barabah berpendapat bahawa Adibul adalah polis yang menyamar untuk
disiasat kerana ada keluhan dari seorang wanita bernama Zaitun. Tiba-tiba Ba-
nio tiba dan berfikir bahawa mereka menjalin hubungan dan merancang rancan-
gan. Sudah tentu tuduhan Banio ditolak oleh mereka berdua walaupun Banio
masih tidak mempercayainya. Selepas beberapa ketika, Zaitun pergi. Zaitun tiba
pada waktu ini untuk mengejar Adibul yang telah lama menunggunya.Akhirnya,
salah faham yang berlaku terjawab Ternyata kedatangan Adibul dan Zaitun ada-
lah untuk meminta restu kepada Banio, ayah Zaitun, yang tidak pernah dia temui
kerana Olive adalah anak Banio dari isteri keenam yang telah lama bercerai.

SINOPSIS

JEBAT

UCAPAN DEKAN

UCAPAN KETUA JABATAN

UCAPAN PENSYARAH

UCAPAN PENSYARAH

BIODATA PENULIS DRAMA

TENTANG PELAJAR

ABDUL FAHIMI BIN FAUZI

Nama yang diberi Abdul Fahimi Bin Fauzi atau lebih dikenali sebagai Pojie.
Dilahirkan pada 31 Januari 2001 di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menetap di
Cheras, Kuala Lumpur dan berbakat dalam nyanyian serta bermain alat muz-
ik. Pengalaman dalam dunia seni yang bermula dari zaman persekolahan lagi
dengan menyertai Pertandingan Nasyid dan melibatkan diri dengan kumpulan
muzik.Semoga anak muda yang ingin berada di dunia seni ini terus maju dan
sentiasa mencuba yang terbaik untuk berada dalam kalangan yang terbaik.

TENTANG PELAJAR

AHMAD LUQMAN HAKIM BIN NAZERI

Nama penuh ialah Ahmad Luqman Hakin bin Nazeri atau lebih dikenali dengan nama
Luq. Dilahirkan pada 5 Mei 2001 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR) Klang, Se-
langor. Berbangsa Melayu dan beragama Islam.Berkemahiran dalam dunia photo and vid-
eo editing serta lakonan dan bijak menggunakan software editing Adobe Photoshop, Ado-
be Illustrator dan Adobe Lightroom bagi gambar. Manakala software Adobe Premiere Pro,
Sony Vegas Pro dan juga Wondershare Filmora bagi video.Luq aktif dalam menghasilkan
short film, commercial video dan animation. Selain itu, aktif dalam perkhidmatan meng-
hasilkan video dan gambar seperti product, wedding dan sebagainya . Sehingga kini, beliau
merupakan freelancer photo dan video editor kepada syarikat Ikhtiar Studio yang bertem-
pat di Ampang , Selangor . Antara pengalaman dalam dunia seni adalah pernah menyertai
pertandingan nasyid, memenangi tempat ketiga dalam pertandingan penghasilan “Stop
Motion Video” anjuran Kelab Media Seeker UPSI . Ketika semester pertama dalam Diploma
Teater, beliau merupakan photographer bagi sesi photoshoot untuk Seganao Production.
Manakala semasa semester kedua, ditugaskan untuk menguruskan pengambaraan vid-
eo teaser Teater Macbeth dan juga merupakan editor video tersebut.Berharap dunia seni
Malaysia ini mampu melahirkan lebih banyak bakat-bakat yang berkualiti dalam mewarnai
dunia seni seterusnya dapat bersaing secara sihat seperti negara-negara terkemuka lain .

TENTANG PELAJAR

AUFIEYAH BINTI ALIAS

Aufieyah Binti Alias adalah nama penuh buat anak jati Melayu yang berasal Seremban, Negeri Sem-
bilan ini.Menetap di daerah Labu sejak lahir tanggal 14 April 2001. Menggunakan nama sebenar se-
bagai nama pena namun lebih mesra dipanggil Opie. Aufieyah merupakan anak keempat dari tujuh
adik-beradik dan mempunyai sikap ambivert.Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Labu Ulu
dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah.Dikenali sebagai seorang yang suka men-
cuba benda baru dan yakin di khalayak ramai.Buktinya, seawal enam tahun Aufieyah telah menyer-
tai pelbagai pertandingan tidak kira dari segi kokurikulum mahupun akademik. Antara penghargaan
yang telah diproleh adalah Johan dan Konduktor Terbaik Bicara Berirama Kebangsaan 2012 , Johan
Kebangsaan Beyond Borders 2012 anjuran Malaysia National Aiport, Johan Negeri Act It Up: PETRO-
NAS , Johan Negeri Pertandingan Bahasa Tamil 1 Malaysia 2016 dan Naib Johan Syarahan Festival
Warisan Islam Negeri 2014 dan menjadi juruacara Majlis Gelombang Speaker Muda Daerah Serem-
ban serta terlibat dalam deklamasi sajak sempena kemerdekaan yang ke-60 peringkat Negeri Sem-
bilan. Berbekalkan pengalaman dalam pelbagai pertandingan, minat terhadap bidang seni semakin
membuak dan Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadi titik mula untuk Aufieyah mendalami indus-
tri seni sebenar.Bergelar pelajar Diploma Teater selama 5 semester belum cukup masak untuk dika-
takan pakar walaupun sudah diberi peluang memegang pelbagai jawatan di atas pentas mahupun
belakang tabir. Namun jika diberi peluang, Aufieyah ingin menjadi seseorang yang serba boleh dalam
bidang teater terutama dalam pengarahan dan penulisan skrip.Akhir kalam, moga sesiapa sahaja yang
berada dalam dunia seni terus mengorak langkah dengan berkat doa, usaha serta niat yang kuat.

TENTANG PELAJAR

FIRAS NOOR IQBAL

Firas Noor Iqbal B Maisha Noor Adam atau lebih dikenali Yash dilahirkan pada 13
Januari 2001 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur namun menetap di Selangor.Pen-
didikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah (2) dan menyambung pela-
jaran di Sekolah Seni Malaysia Johor seterusnya berpindah ke Sekolah Seni Kua-
la Lumpur.Berkemahiran dalam lakonan,penulisan skrip dan bahagian teknikal
pencahayaan dan audio.Antara pengiktirafan dalam industri seni adalah merangkul
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Selangor ketika dan Anugerah Pelakon Lelaki
Harapan.Pernah dipanggil untuk membantu guru mengajar asas teater di Sekolah
Menengah Badar Puchong (1). Semoga bidang seni ini terus berada di puncak sei-
ring dengan bidang lain serta mampu memberi manfaat kepada semua orang ramai.

TENTANG PELAJAR

HARIZZAH SUHIL BT NUROL HADI

Nama diberi adalah Harizzah Suhil Binti Nurol Hadi atau lebih dikenali sebagai Jijah.
Lahir pada 21 November 2001 di Hospital Taiping, Perak.Berasal dari Shah Alam
kemudian berpindah ke Sungai Buloh, Selangor setelah menamatkan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Berbangsa Melayu dengan sedikit darah campuran Thailand. Dalam
diri saya, mempunyai kemahiran berlakon, menyanyi, menari dan berkemahiran da-
lam bidang solekan cantik. Pengalaman saya dalam dunia seni pula bermula sejak
dibangku sekolah lagi dimana saya pernah berlakon diatas pentas dengan secara
langsung, selain itu juga saya pernah menjadi wakil sekolah dalam bidang tarian
yang dianjurkan oleh Disney Channel dan mewakili sekolah untuk tarian persemba-
han disekolah lain. Manakala dalam bidang nyanyian pula saya mewakili sekolah da-
lam persembahan nasyid perempuan dan saya hanya menyanyi pada hari istimewa
yang diadakan di sekolah. Akhir sekali, harapan saya dalam dunia seni adalah untuk
lebih membuka fikiran masyarakat tentang kesenian dunia dan menginginkan pel-

TENTANG PELAJAR

IZATUL ALIAH BINTI ISHAK

Nama diberi Izatul Aliah Binti Ishak atau lebih dikenali sebagai Atul.Dilahirkan pada
1 Mac 2001 di hospital KPJ Taiping Medical Centre,Taiping, Perak.Berbangsa Me-
layu dan beragama Islam.Berkemahiran dalam komunikasi, berlakon dan perniag-
aan.Berpengalaman dalam bidnag seni sejak di bangku sekolah dengan menyertai
Pertandingan Tarian Tradisional. Selain itu, pernah menyertai Semarak Teater per-
ingkat kebangsaan pada tahun 2012.Diiktiraf sebagai Pelakon Kanak-kanak Perem-
puan Terbaik dan mendapat platinum dalam persembahan. Seterusnya,dianugerah-
kan Seri Panggung semasa Malam Gala Kesenian di Sekolah Seni Malaysia Johor
Bahru. Harapan saya dalam dunia Seni Malaysia ialah supaya lebih banyak anak
muda yang berminat kepada seni agar tidak lekang dan dapat mengubah pemikiran
sesetengah masyarakat supaya memandang bidang ini sebagai salah satu kerjaya.

TENTANG PELAJAR

KHALAF NUR HAFIY BIN HAMZAH

Nama diberi Khalaf Nur Hafiy Bin Hamzah yang dilahirkan pada 29 Mei 2001 dan
berasal dari Batu Pahat, Johor. Saya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ke-
mahiran yang saya perolehi dalam bidang teater ialah daripada segi lakonan dan
saya juga berbakat dalam pertukangan. Pengalaman saya dalam bidang teater ini
bermula apabila saya menjejakkan kaki ke Sekolah Seni Malaysia Johor Bharu.
Bermula daripada tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga, saya telah mempelajari
empat bidang seni iaitu bidang iaitu seni muzik, seni visual, seni tari.Jadi, saya tel-
ah memilih bidang teater ketika saya tingkatan empat dan tingkatan lima. Selepas
menamatkan pendidikan di sekolah seni, saya melanjutkan pelajaran di Univer-
siti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim, Perak dan mengambil jurusan dalam
bidang Diploma Teater. Saya berharap agar saya bersama-sama rakan seperjuan-
gan terus maju dalam bidang seni agar terus berkembang mekar dipersada dunia.

TENTANG PELAJAR

MUHAMAD AFIQ ALIUDDIN BIN MOHAMAD AZMI

Muhammad Afiq Aliuddin Bin Mohamad Azmi atau lebih dikenali sebagai Boy, lahir
pada 2 April 2001 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Berasal dari Klang,
Selangor. Berbangsa Melayu dan beragama Islam.Berbakat dalam muzik, nyany-
ian, teknikal dan sukan. Pengalaman pertama dalam seni persembahan ialah dapat
mempelajari sesuatu yang baru ketika berusia enam tahun dalam sebuah teater
kanak-kanak yang bertajuk Penggembala Biri-biri. Seterusnya pada usia 11 tahun
di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Jawa 2, terlibat dalam persembahan
‘Si Tanggang’.Merupakan Pengerusi Kelab Seni jadi secara tidak langsung men-
getuai bahagian teknikal bagi setiap upacara di sekolah seperti sukan tahunan,
sukan MSSD dan upacara-upacara lain.Berkebolehan dalam bermain muzik conga
dan yankee. Seterusnya dalam bidang nyanyian juga bermula dari peringkat seko-
lah terutama genre nasyid sehingga peringkat kebangsaan dan mula terlibat den-
gan anjuran-anjuran luar.Berharap agar semua lapisan masyarakat terus menghar-

TENTANG PELAJAR

MUHAMMAD DANISH BIN AZMAN

Nama diberi Muhammad Danish Bin Azman atau lebih dikenali dengan nama pen-
tasnya, Dani.Lahir pada 8 November 2001 di Hospital Tunku Ja’afar,Seremban dan
menetap di Port Dickson,Negeri Sembilan.Anak jati Melayu dan beragama Islam.
Berkemahiran dalam mencipta,membina,bertukang dan melukis. Pengalaman dalam
dunia seni persembahan bermula pada bangku sekolah dengan menyertai persem-
bahan tarian tradisional seperti zapin dan menyertai Pertandingan Seni Lakon pada
peringkat daerah.Berharap agar memiliki masa depan yang cerah dalam apa sahaja
bidang yang diceburi dan tidak mudah berputus asa melakukan apa yang diingini.

TENTANG PELAJAR

MUHAMMAD FARIQ BIN MOHD RODUAN

Muhammad Fariq Bin Mohd Roduan atau nama ringkasnya Fariq.Lahir di Hospital
Tanah Merah,Kelantan pada 25 Januari 2001. Pada asalnya, beliau bersekolah di Se-
kolah Menengah Sains Jeli, Kelantan selama empat tahun kemudian menamatkan
Sijil Pelajaran Malaysia selaku Ketua Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah, Kelantan.Aktif dalam Pertandingan
Debat sehingga pada tahun 2017 beliau terpilih untuk menyertai Pertandingan De-
bat Piala Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan dan mendapat Anugerah Gang-
sa dalam pertandingan tersebut yang disertai oleh 69 Sekolah Berasrama Penuh.
Berbakat dalam bidang lakonan. Buktinya, mampu membawa pelbagai watak den-
gan jayanya.Berpegang pada seni lakonan dapat memanusiakan manusia den-
gan harapan bidang seni mampu setanding dengan bidang majoriti yang lain.

TENTANG PELAJAR

MUHAMMAD FIRDAUSS BIN REDZDUAN

Nama diberi ialah Muhammad Firdauss Bin Redzduan atau lebih dikenali den-
gan nama penanya iaitu Merah Malam. Dilahirkan pada 3 Oktober 2001 di Hospital
Bersalin Kuala Lumpur dan telah dibesarkan di Selayang selama 19 tahun. Ber-
keturunan Melayu dan juga beragama Islam.Mempunyai bakat seni seperti berla-
kon, mengarah, menulis skrip, puisi, menyanyi, dan lain-lain. Berjaya menamatkan
pembelajaran di Sekolah Menengah Taman Selayang.Mempuyai pengalaman da-
lam bidang seni sejak berumur sepuluh tahun dengan mengikuti program seper-
ti boria, zapin, teater, melukis dan banyak lagi.Melibatkan diri bersama Persatuan
Warisan Pustaka dan mementaskan beberapa teater bersama persatuan tersebut
sejak beliau berumur 13 tahun.Meneruskan perjalanan teater sehingga kini dan
menyambung peringkat diploma dalam bidang teater . Beliau juga pernah membu-
ka semula kelab kebudayaan sekolah yang telah lama ditutup bersama rakan-ra-
kannya. Beliau berharap seni di Malaysia dapat diunggulkan lagi dan mengaharap-

TENTANG PELAJAR

MUHAMMAD HAZIQ BIN HERMAN

Nama diberi ibunda dan ayahanda adalah Muhammad Haziq Bin Herman atau lebih
dikenali dengan nama pentasnya, HAZE.Lahir pada 12 Oktober 2001 di Hospital Ber-
salin Kuala Lumpur (HKL). Beliau berasal dari Kuala Lumpur tetapi berpindah ke Petal-
ing Jaya, Selangor dan kekal menetap sehingga kini. Beliau berbangsa Melayu Minang
oleh kerana bapanya yang berasal daripada Medan, Indonesia dan ibunya daripada
Kuala Lumpur. Beliau berkemahiran dalam mencipta lirik lagu, menulis skrip pentas
dan screenplay. Pengalaman beliau dalam dunia seni persembahan bermula daripa-
da bangku sekolah dengan menyertai persembahan tarian tradisional seperti zapin,
menyertai pertandingan Drama Komsas Bahasa Melayu dan Play dalam Bahasa Ing-
geris pada peringkat daerah. Harapan beliau dalam dunia seni Malaysia ialah berharap
agar masyarakat terutama generasi muda dapat menghargai setiap cabang dunia seni.

TENTANG PELAJAR

MUHAMMAD NURAIMAN BIN KHAIRUL NIZAM

Nama penuh adalah Muhammad Nuraiman bin Khairul Nizam.Bersifat ekstrovert
menyebabkan mendapat banyak nama panggilan lucu seperti Dumang, Meng dan Ai-
meng. Dilahirkan pada 14 September 2001 di Hospital Batu Pahat, Johor. Sejak lahir,
telah menetap dengan keluarganya di Senggarang, Batu Pahat, Johor.Berbangsa Me-
layu dan beragama Islam.Berbakat dalam bidang nyanyian, lakonan dan tarian.Aktif
dalam membuat persembahan nyanyian sejak kecil tidak kira majlis di sekolah mah-
upun majlis keramaian. Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang sukan terutamanya
dalam sepak takraw sehingga mendapat gangsa dalam Sukan Akademi mewakili Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK). Pengalaman dalam dunia seni ialah pernah menyertai
Pertandingan Nasyid Berkumpulan dan Solo.Meluangkan masa dengan membuat vid-
eo nyanyian untuk hiburan sendiri dan orang lain.Semoga ilmu yang dipelajari mampu
memberi manfaaat kepada semua sekaligus menjadikan bidang seni ini terus bersinar.

TENTANG PELAJAR

MUHAMMAD SUHAILI BIN SUMIRING

Nama diberi adalah Muhammad Suhaili Bin Sumiring.Dilahirkan di Hospital Besar
Seremban pada 21 Oktober 2001. Berbangsa Melayu dan berketurunan Minangkabau
serta beragama Islam. Mula berjinak dalam dunia seni teater dan tari sewaktu program
Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan(JKKNS).Mempelajari tarian kon-
temporeri dan berminat untuk menjadi seorang koreografer. Sepanjang empat semes-
ter dalam bidang teater, saya telah terlibat di atas pentas dan belakang takbir sebagai
ketua sinografer. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membuka ruang ke-
pada saya untuk belajar menjadi ahli aktivitis yang profesional dalam industri. Justeru
itu, harapan saya adalah menjadi lebih berilmu dalam bidang ini untuk mengeluarkan
karya - karya yang bermutu. Selain itu, saya berharap mampu menceburi ilmu bidang
seni dengan lebih dalam agar bidang ini tidak dipandang enteng oleh setiap entititi.

TENTANG PELAJAR

MUHAMMAD SYAHMI HAFIZ

Nama diberi Muhammad Syahmi Hafiz dan lebih dikenali dipanggil Amie.Lahir pada
14 November 1999 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Mendapat
pendidikan di SK Sungai Kapar Indah dan SMK Sungai Kapar Indah dan sedang
menghabiskan pelajaran di peringkat diploma dan seterusnya ijazah dalam bidang
diminati. Amie lebih cenderung dalam seni muzik namun meminati penulisan skrip,
audio dan pencahayaan serta pembinaan set pentas. Berkemahiran dalam nyanyian,
bermain alat muzik, menulis lirik dan mencipta lagu. Pengalaman dalam bidang seni
bermula dari umur sembilan tahun. Amie telah melibatkan diri dalam persembah-
an pentas, nyanyian dan lakonan sehingga peringkat kebangsaan. Amie telah mel-
ibatkan diri dalam seni teater di JKKN dan Permata Seni Negara, manakala Media
Prima Berhad pula, bermula dari idola kecil musim keempat hingga musim kelima,
bintang kecil RTM dan Ceria Popstar Astro. Seterusnya semasa berumur 15 tahun
Amie menyertai program Popkrew TV9 musim pertama bersama kumpulan yang
diberi nama Briged dan bekerja dibawah syarikat Monkey Bone TV9 selama dua ta-
hun. Kini Amie sedang menapak dalam bidang yang diminati iaitu bidang teater. Hara-
pan Amie adalah untuk menjadi seseorang yang berguna dalam keluarga, agama dan
negara serta ingin menulis skrip, mencipta lagu untuk mana-mana produksi / pemen-
tasan teater dan ingin membuktikan pada keluarga bahawa bidang ini tidak sia-sia.

TENTANG PELAJAR

MUHAMMAD ZAMRI BIN SAJALI

Muhammad Zamri Bin Sajali nama diberi atau lebih dikenali dalam kalangan ra-
kan-rakannya sebagai Kemat. Dilahirkan pada tanggal 11 April 2001 di Hospital
Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan. Menetap di Kampung Chembong Kechil, Rem-
bau Negeri Sembilan dan berdarah kacukan Minang dan Jawa. Berbangsa Melayu
Jawa dan beragama Islam. Mempunyai kemahiran dalam bermain alat muzik tra-
disional dan piano. Mula mengenali bidang seni pada usia 14 tahun. Pengalaman
dalam bidang seni bermula dari umur 15 tahun, melibatkan persembahan pentas
lakonan dan alat muzik. Melibatkan diri dalam pertandingan daripada peringkat
sekolah sehingga kebangsaan dalam pertandingan alat muzik tradisional. Ber-
harap agar penglibatannya dalam dunia seni adalah sentiasa dapat belajar dan
memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang mempunyai minat yang sama.

TENTANG PELAJAR

MUHD AMINUDDIN BIN ABD RAZAK

Nama diberi Muhammad Aminuddin Bin Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Amin.
Dilahirkan pada tanggal 29 Julai 1999 bertempat di Klinik Mutiara Alor Setar, Kedah.
Berasal dari Kedah tetapi kini menetap di Ipoh, Perak. Seorang yang mempunyai dar-
ah campuran Cina dan India Muslim, dimana bonda kepada bapa dan ibu merupakan
bangsa Cina yang berasal dari Singapura dan Kuanthong, China. Mula berkecimpung
dalam dunia industri seni dan persembahan teater sejak tahun 2019 dan ketika itu di-
tawarkan untuk membantu pelajar diploma semester empat dan semester lima serta
pelajar ijazah bagi membantu mereka dalam subjek lakonan dan membawa watak uta-
ma dan juga pembantu. Selain itu, penglibatan dalam melakukan persembahan teater
ini melebihi enam kali. Antaranya Teater Macbeth, Teater Alang Rentak Seribu, Teater
Anak Kerbau Mati Mak, Teater Rupa, Teater Penjara Fulus dan lain-lain lagi. Tambahan
pula, beliau berkemahiran dalam bidang pertukangan. Harapan beliau adalah dapat
membuka mata masyarakat untuk menghayati dan mendalami nilai berharga persem-
bahan teater juga mampu memperkenalkan tradisi di Malaysia pada pelosok dunia.

TENTANG PELAJAR

NOOR AZRAN BIN MOHD NOOR

Nama yang diberi adalah Noor Azran Bin Mohd Noor atau lebih dikenali
dengan nama pentasnya, Ayan.Lahir pada 8 Mac 2001 di Hospital Tunku
Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan yang juga tempatnya menetap se-
hingga kini. Beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam. Berkemahi-
ran dalam bidang lakonan dan nyanyian. Pengalaman beliau dalam dunia
seni persembahan bermula ketika berada di bangku sekolah iaitu den-
gan menyertai persembahan Teater Kemerdekaan, nyanyian patriotik dan
menyertai pertandingan seni lakon sehingga peringkat daerah. Harapan
dalam dunia seni Malaysia ialah agar lebih ramai generasi muda dapat
menghargai sekaligus mempelajari keindahan dunia seni persembahan.

TENTANG PELAJAR

NORASEELA BINTI UMNO @ ANUAR

Nama diberi Noraseela Binti Umno @ Anuar, lahir pada tanggal 30 Ogos tahun
2000 di Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis.Merupakan seorang wanita ber-
bangsa Melayu dan beragama Islam. Antara kemahiran beliau dalam bidang
teater adalah menjadi seorang pelakon dan terlibat dalam pengurusan seperti
kostum dan tatarias.Tambahan pula, berbakat dalam nyanyian. Beliau mence-
buri bidang seni ini sejak bangku sekolah. Antara kejayaannya ialah menyertai
Pertandingan Nasyid , Pertandingan Puisi dan Lagu , Pertandingan Sketsa 1
Malaysia dan Drama Bahasa Inggeris.Kesemua penyertaaan ini adalah pada
peringkat kebangsaan. Banyak pengalaman pahit dan manis yang dilalui namun
terus berharap agar kuat melangkah ke hadapan.Juga berharap akan terus dapat
memperjuangkan karya – karya seni dan dapat mempelajari banyak lagi ilmu ba-
haru walaupun harus bermula dari bawah. Moga seni Malaysia akan terus mara.

TENTANG PELAJAR

NUR ATIKAH NAZIRAH BINTI HADI

Nama diberi Nuratikah Nazirah Bt Hadi atau dikenali sebagai Tyqah.Dila-
hirkan pada 2 Mac 2001 di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor.Berasal
dari Kota Tinggi, Johor. Saya berbangsa Melayu dan beragama Islam.Berke-
mahiran dalam penulisan skrip dan lakonan pentas.Berpengalaman dalam
bidang seni sejak berumur 15 tahun.Bermula sejak bangku sekolah den-
gan melibatkan diri dalam drama komsas mewakili negeri Johor dan aktivi-
ti seni lain sehinggalah mengambil jurusan dalam bidang seni teater di Uni-
versiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.Saya berharap agar
bidang seni kekal walau dalam arus pemodenan teknologi yang kian pe-
sat bak kata pepatah melayu tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

TENTANG PELAJAR

NUR AZMIRA ALLISYA BINTI AHMAD

Nama diberi Nur Azmira Allisya Binti Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mira Allisya,
dilahirkan pada 1 Mei 2001 di Hospital aBesar, Kangar, Perlis. Berbangsa Melayu dan
beragama Islam.Berkemahiran dalam pengurusan seperti kostum,set dan tatarias
serta marketing. Berpendapat bahawa pengurusan yang baik sangat penting kepada
satu produksi teater. Tanpa adanya pengurusan yang cekap, handal dan kreatif mun-
gkin produksi tidak mencapai standard kualiti. Pernah merebut peluang dengan men-
cuba nasib sebagai pengacara majalah ‘Apabila Hawa Berbisik’ pada usia yang muda
juga menjadi Johan Bercerita Majlis Ihtifal Ilmi selama tiga tahun.Selain itu, menyertai
Pertandingan Debat Parlimen,Johan Pertandingan Nasyid,tempat ketiga Pertandingan
Pidato dan sering menjadi pengerusi majlis setiap kali majlis peringkat sekolah diada-
kan.Berdasarkan pengalaman ini, bidang teater menjadi pilihan Mira.Melalui jurusan
Diploma Teater,Mira mula untuk menceburi bidang seni dan memegang jawatan Pengu-
rus Pentas semasa Teater Mactbeth buat kali pertama.Pengalaman dari segi marketing
pula, beliau pernah mendapat 15,000 tontonan dalam seminggu untuk memasarkan
bisnes dalam talian dan pernah bekerjasama dengan syarikat TSOHO untuk iklan pro-
duk. Selain itu, turut melibatkan diri sebagai penata rias dan kostum bagi pengambaran
‘Perginya Seorang Diva’ ketika semester keempat.Semoga semua pihak mampu me-
mandang bidang seni sebagai sesuatu yang sama penting seperti bidang-bidang lain.

TENTANG PELAJAR

NUR AZREEN FARHANIE MOHAMAD ALWI

Nama diberi Nur Azreen Farhanie Binti Mohamad Alwi. Anak kelahiran Pulau Pinang ini lahir
pada tanggal 17 Ogos 2001 di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Azreen atau nama pentasn-
ya Reen berumur 20 tahun berketurunan Melayu. Reen telah berkecimpung dalam bidang
seni persembahan sejak di bangku sekolah. Ketika menuntut di SK Minden Height, pen-
galaman beliau dalam seni persembahan bermula apabila beliau menyertai Kelab Seni dan
Kebudayaan.Sering menyertai persembahan tarian di majlis-majlis peringkat daerah serta
Pertandingan Drama Sains di Petrosains,Bukit Mertajam.Reen tidak melepaskan peluang
keemasan untuk mengikuti kumpulan drama komsas di sekolahnya. Kumpulan itu telah mem-
beri peluang kepadanya untuk menimba pengalaman sehingga ke peringkat kebangsaan.
Reen telah menyertai drama komsas selama tiga tahun berturut-turut. Dalam drama kom-
sas, beliau pernah menjadi seorang penolong pengurus pentas ketika di peringkat kebang-
saan. Selain daripada itu, Reen juga merupakan salah seorang pelajar yang bertungkus-lu-
mus untuk membuat set dan prop serta menatarias para pelakon ketika hari persembahan.
Beliau berkebolehan dalam membuat set dan prop, solekan kesan khas dan baru berjinak
dalam penulisan skrip pentas dan puisi.Semoga dunia seni persembahan ini dapat mela-
hirkan ramai generasi tidak kira tua atau muda yang cinta akan karya dan seni tanah air.

TENTANG PELAJAR

NUR IZZATY BT ISMAIL

Nama diberi ialah Nur Izzaty Binti Ismail atau dikenali dalam dunia pementasan
sebagai Izzaty.Lahir pada 29 April 1999 di Pusat Perubatan Ibukota Jalan Ip-
oh,Sentul, Kuala Lumpur. Berasal dari Kuala Lumpur tetapi berpindah ke Hulu
Langat Selangor sehingga kini. Beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Berkemahiran dalam seni halus seperti melukis dan bertukang sehingga mem-
punyai sijil.Mempunyai pengalaman dalam dunia seni persembahan ketika bera-
da di peringkat diploma.Pengalaman di bangku sekolah adalah semasa menyer-
tai pertandingan nyanyian dan sering menjadi juruacara. Apabila berada dalam
Diploma Teater, beliau mula memegang jawatan seperti pengurus pentas dan
pelakon. Harapan beliau dalam dunia seni Malaysia ialah ingin mengembang-
kan lagi dunia teater supaya dapat diteruskan oleh generasi muda akan datang.

tentang PELAJAR

NUR SYAFIQAH BINTI MAHAMAD YUSUF

Nama diberi Nur Syafiqah Binti Mahamad Yusuf. Lahir pada tarikh 9 April 2001
di Pulau Mutiara, Pulau Pinang.Berbangsa Melayu dan beragama Islam. Berke-
mahiran dalam bidang seni adalah tatarias, melukis dan mencanting batik juga
melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan seni lukis.Mendapat pendidikan
aliran agama dan menyambung pelajaran dalam bidang sastera dan seni. Pada
ketika itu saya telah melibatkan diri dalam mencanting batik dan pernah beker-
jasama dengan dengan Pihak Yang Berhormat Syerleena Abd Rashid, ADUN
Seri Delima Pulau Pinang dalam menjayakan Batik Fest 2018. Pada tahun 2017-
2018 juga saya terlibat dalam pertandingan Drama Komsas sekolah peringkat
negeri. Kini, saya seorang pelajar seni persembahan dan mengambil kursus
Diploma Teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris.Pernah ditugaskan dalam
bahagian pengurusan seperti solekan, kostum, kru produksi dan berkebolehan
dalam berlakon. Saya berharap bidang seni di Malaysia akan semakin maju
juga dapat memberi kejayaan.Saya ingin membina sebuah produksi teater yang
hebat dari segi teknik pengurusan, teknik lakonan, artistik dan teknik mengar-
ah sekaligus dapat menaikkan nama produksi sehingga menjadi suri teladan.

tentang PELAJAR

NURALIZA BINTI YUSLI

Nama diberi adalah Nuraliza Binti Yusli.Lahir pada 3 Oktober 1999 di Hospital
Sungai Petani, Kedah.Berasal dari Perak Darul Ridzuan.Berbangsa Melayu dan
beragama Islam. Berbakat dalam deklamasi sajak dan menulis skrip. Pengala-
man saya dalam pendidikan seni persembahan dari bangku sekolah lagi dengan
menyertai Pertandingan Sajak dan Pertandingan Nyanyian Solo pada peringkat
daerah. Harapan saya dalam dunia seni adalah rakyat tempatan mampu lebih
membuka mata,hati dan minda terhadap bidang hiburan yang telah disajikan.

tentang PELAJAR

NURIN NABILA SHAFIYYAH BT MOHD NAZALI

Nama diberi Nurin Nabila Shafiyyah Binti Mohd Nazali . Lebih mesra dengan
panggilan Nurin atau Ying. Dilahirkan pada tarikh 23 Februari 2001 di Hos-
pital Hulu Terengganu dan juga berasal dari tempat yang sama.Berbangsa
Melayu,Islam dan mempunyai darah campuran Cina. Berkemahiran dalam
tatarias , kostum dan lakonan. Pengalaman yang dimilikinya ialah pernah
menyertai Choral Speaking sebagai pelakon utama, bengkel tarian bersama
ASWARA dan menglibatkan diri pada konsert Fippro 19/20. Harapan beliau
ialah dapat membuka mata orang luar bahawa dunia seni ini mempunyai ban-
yak cabang dan bukan sekadar “wayang” untuk tontonan umum semata-mata.

tentang PELAJAR

SITI MAHIRAH BINTI ROSLAN

Kehidupan saya bermula pada 23 December 2001 di Hospital Mentakab, Pahang dan diberi nama Siti
Mahirah Binti Roslan. Saya menetap di Temerloh, Pahang. Saya berbangsa Melayu dan beragama
Islam. Saya mempunyai beberapa kemahiran dan kebolehan. Antaranya ialah berlakon, menyanyi,
menari juga mempunyai seni mempertahan diri iaitu taekwondo dan boleh bermain beberapa jenis
alatan muzik seperti piano tahap band 3, ukulele, violin tahap band 2 dan asas drum. Malah bukan
itu saja saya juga memahami pertuturan Bahasa Mandarin, ini kerana saya pernah bersekolah di Se-
kolah Menengah Jenis Kebangsaan Hwa Lian, namun begitu tidak begitu fasih dalam bertutur. Se-
bagai seorang anak seni, sudah pastinya aktiviti-aktiviti seni ini sudah banyak yang saya lakukan
dan ceburi. Antaranya ialah seperti terlibat dalam Semarak Tari Peringkat Negeri Pahang pada tahun
2015, Pertandingan Lestari Bahasa pada tahun 2016 iaitu kategori sajak patriotik, mempunyai sebuah
kumpulan muzik berwakilkan saya sebagai vokalis utama kumpulan tersebut dan kami banyak men-
jalankan aktiviti-aktiviti busking di jalanan dan dijemput juga sebagai penyanyi jemputan bagi maj-
lis-majlis formal dan informal. Kumpulan muzik tersebut bertahan selama dua tahun setengah saja
kerana beberapa tahun kemudian banyak ahli kumpulan mula mengundurkan diri kerana sudah pun
mempunyai haluan masing-masing. Sewaktu di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur saya diminta
untuk mendeklamasi kan sebuah sajak yang dihadiri oleh menteri pelajaran pada ketika itu Tan Sri
Muhyiddin. Terlibat serius dalam dunia lakonan yang berhadapan dengan kamera pada tahun 2019,
dimana saya terpilih menjadi salah seorang Top 21 Finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2019. Saya
merupakan bekas pelajar Sekolah Seni Kuala Lumpur Malaysia pada tahun 2014 dan fokus saya
pada saat itu ialah dalam bidang teater, namun berpindah keluar pada tahun 2015. Di alam universiti
pula, saya turut terlibat dengan Pemuzik Wanita yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebudayaan UPSI.

tentang PELAJAR

SITI SURAYA BINTI SOLEHAN

Nama diberi Siti Suraya Binti Solehan atau dikenali dengan nama panggilan
Cuyaa. Lahir pada tanggal 2 Mei 2001 di Hospital Tuanku Ja’afar dan berasal
dari Jempol, Negeri Sembilan. Saya berbangsa Melayu dan beragama Islam se-
jak.Mempunyai kemahiran dalam segala jenis tarian terutamanya dalam tarian
moden. Di samping itu,berkemahiran dalam segala jenis lakonan dan yakin apa-
bila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Saya mula mengorak langkah ke dunia
seni ketika berada di tingkatan dua dengan menyertai pertandingan Drama Ba-
hasa English peringkat daerah. Selain itu, telah dipilih untuk menjadi anggota
kelab tarian di sekolah dan telah menyertai beberapa pertandingan tarian tra-
disional peringkat daerah sehingga berada di tingkatan empat. Penglibatan saya
dalam bidang seni di sekolah diakhiri dengan menyertai pertandingan Sketsa 1
Malaysia peringkat daerah dan menjadi naib johan. Kini melanjutkan pelajaran
dalam bidang teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Akhir kata, saya berharap dapat meneruskan perjalanan hidup dengan mera-
sai pengalaman baharu dalam dunia seni yang luas dan tiada penghujungnya.

tentang PELAJAR

SUBAASH A/L JEGATHESAN

Subaash A/L Jegathesan dilahirkan pada tarikh 14 Julai 2001 yang ber-
asal dari Manjung, Perak.Berbangsa Hindu dan beragama India.Berke-
mahiran dalam bidang lukisan dan berbakat dengan pelbagai jenis
tarian termasuk tarian tradisional dan moden.Berminat dan berpengala-
man dalam lukisan, lakonan dan tarian sejak kecil sehingga sekarang.
Semoga industri seni ini terus maju agar lebih ramai yang berminat
dan sekali gus menjadikan bakat sebagai platform karier yang berjaya.

tentang PELAJAR

ZUR AIN FAZREEN BINTI MUHAMMAD ZAMANI

Nama diberi Zur Ain Fazreen Binti Muhammad Zamani. Dilahirkan pada tang-
gal 7 Ogos 2001 di Hospital Besar Kangar, Perlis dan telah dibesarkan di Sun-
gai Petani, Kedah. Berbangsa Melayu dan beragama Islam.Pengalaman da-
lam bidang seni ialah mampu menguruskan bahagian Front Of House (FOH)
.Berkemahiran dalam menghias dan seorang yang sangat meminati dunia la-
konan. Selain itu, mudah untuk bekerjasama dengan secara individu mahupun
berkumpulan. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Tasek Apong me-
neruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani.
Pernah mengambil bahagian dalam persembahan Sketsa Bulan Kemerdekaan,
Choral Speaking Competition dan Pertandingan Pantun.Kesemua peglibatan
ini adalah pada peringkat daerah. Kini, melanjutkan pelajaran di Universiti Pen-
didikan Sultan Idris sebagai pelajar Diploma Teater.Saya percaya bidang seni
juga layak mendapat pengiktirafan sewajarnya. Impian saya ialah supaya suatu
hari nanti dapat menubuhkan sebuah produksi teaer sendiri dan menulis sebuah
cerita untuk dipentaskan sekaligus mengharumkan nama seni teater Malaysia.

tentang PELAJAR

MACYLN EMILYN ANAK MICHAEL BIKOT

Nama diberi Maclyn Emilly Anak Michael Bikot yang lahir pada 7 September 2001 dan
berasal dari Limbang, Sarawak.Berbangsa Bisaya dan beragama Kristian.Lebih berke-
mahiran dalam bahagian pengurusan berbanding bahagian lakonan. Hal ini demikian
kerana saya berpendapat bahawa setiap sebuah produksi memerlukan pengurusan
yang baik.Tanpa pengurusan yang cekap, hasilnya akan ketara tidak memuaskan.
Pengalaman dalam teater bermula pada tingkatan satu memandangkan bersekolah di
Sekolah Seni Malaysia Sarawak juga telah mempelajari bermain piano sejak berumur
lima tahun dengan memasuki peperiksaan ABRSM. Tetap mempelajari keempat-em-
pat bidang dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Secara tidak langsung, bidang
teater ini sudah dekat dengan diri. Ramai berpendapat bahawa teater ini seperti ti-
dak mempunyai masa depan tetapi saya tetap teguh dengan pendirian saya untuk
memilih bidang teater ini. Sepanjang bersekolah di Sekolah Seni Malaysia Sarawak,
saya dipilih untuk berkerja di bahagian pengurusan seperti pengurus pentas, pereka
set dan props, kru dan sebagainya. Saya berharap bidang teater ini mampu menaik-
kan dan mengharumkan nama Malaysia. Saya juga berharap dapat mengurus sebuah
persembahan di Istana Budaya kerana itu adalah impian saya sejak bangku sekolah.

tentang PELAJAR

NIRWANA SOFIA ANDY

Nama yang telah diberi adalah Nirwana Sofea Andy atau lebih dikenali den-
gan nama pentasnya iaitu Sofea. Beliau lahir pada 12 Oktober 2001 di Hos-
pital Bersalin Queen Elizabeth Kota Kinabalu Sabah tetapi berpindah ke
Tawau Sabah dan menetap di sana sehingga kini. Beliau berbangsa Suluk.
Bapanya berasal dari Sabah dan ibunya berasal dari negara Filipina. Beliau
berkemahiran dalam menerima dan melakonkan watak yang diberikan serta
mudah memahami dan cepat belajar sesuatu benda. Pengalaman beliau da-
lam dunia seni persembahan bermula pada bangku sekolah, iaitu dengan
menyertai pertandingan nyanyian dan pertandingan Drama Bahasa Inggeris
peringkat sekolah rendah dan menengah . Harapan beliau dalam dunia seni
Malaysia ialah dapat menghidupkan dunia seni di kalangan generasi muda
agar tidak semakin dilupakan berikutan era globalisasi yang kian moden.

tentang PELAJAR

USWATUN HASANAH BINTI NAZIRIN

Nama diberi Uswatun Hasanah Binti Nazirin yang lahir pada 9 Ogos 2001. Be-
rasal dari Kuching,Sarawak.Berbangsa Melayu dan beragama Islam.Mahir
dalam bidang lakonan selain berkebolehan dalam tatarias dan menggubah
kostum.Tambahan pula, mahir menari pelbagai jenis tarian tradisional. Pen-
galaman beliau dalam seni persembahan bermula sejak berada di bangku se-
kolah lagi. Beliau mengasah bakatnya dengan belajar di Sekolah Seni Sarawak.
Antaranya tarian yang dipelajari adalah zapin, joget,sumazau dan banyak lagi.
Manakala dalam bidang lakonan beliau pernah mengikuti pertandingan iaitu
Pertandingan Menulis Skrip untuk persembahan monodrama dan menjadi Pen-
gurus Pentas dalam Pertandingan Drama Komsas. Di samping itu, beliau ber-
pengalaman dalam mementaskan Teater Bangsawan seperti Ramayana, Dang
Isah Tandang Sari dan Tigundo serta beliau juga pernah menulis dan men-
yanyikan lagu . Harapan beliau dalam dunia seni ialah agar masyarakat lebih
menghargai seni agar generasi yang akan datang dapat meneruskan legasi.

tentang PELAJAR

SHARMINI A/P RAMU

Nama saya ialah Sharmini A/P Ramu.Dilahirkan pada tanggal 4 Julai 1999
dan berasal dari Kedah. Berbangsa India dan beragama Hindu.Berkema-
hiran dalam tatarias dan tarian moden. Pengalaman saya dalam dunia seni
persembahan bermula ketika berada di sekolah rendah iaitu dengan menyer-
tai persembahan tarian.Saya percaya minat dalam bidang tarian ini bokeh
dikaitkan dengan teater oleh kerana ia salah satu seni persembahan.Saya
berharap dunia seni persembahan dapat menarik perhatian ramai orang ter-
utamanya anak muda agar sentiasa berkembang bukan sahaja di Malaysia.

tentang PELAJAR

MOHD SYAHRIFULLAH BIN YUNUS

Nama yang telah diberi ialah Mohd Syahrifullah Yunus atau lebih dikenali den-
gan nama pentasnya iaitu Syaf. Beliau lahir pada 2 Oktober 1999 di Hospital Be-
sar Tawau dan menetap di Tawau Sabah sehingga kini. Beliau berbangsa Bugis.
Kedua orang tuanya merupakan orang Sabah. Beliau mempunyai kemahiran
dalam bidang rekaan grafik dan asas berkaitan IT serta mudah memahami dan
cepat belajar sesuatu benda. Mempunyai pengalaman dalam seni persembahan
dengan terlibat sebagai watak sampingan dalam beberapa persembahan teater
sepanjang semester satu dan semester dua. Harapan beliau dalam dunia seni
Malaysia ialah dapat menggunakan kemahiran dan pengalaman yang ada untuk
memahami dengan lebih mendalam lagi ilmu dalam bidang seni persembahan.

tentang PELAJAR

MOHAMMAD AIMAN BIN MOHD MISLER

Nama diberi adalah Mohammad Aiman Bin Mohd Misler dan dikenali sebagai
Meloon.Dilahirkan di Klinik Mawar Medical Centre yang bertempat di Shah Alam,
Selangor. Tarikh kelahiran saya ialah 13 Jun 2000. Saya anak jati Melayu dan be-
ragama Islam. Sejak dilahirkan saya menetap di Puncak Alam, Selangor sehing-
ga kini.Pernah mewakili sekolah dalam pertandingan koir hingga ke peringkat
daerah dan Bicara Berirama Bahasa Melayu selama dua tahun dalam peringkat
sekolah.Berkemahiran dari segi segala bahagian dalam unit teknikal dan au-
dio. Akhir kata, harapan saya dalam dunia seni Malaysia ialah ingin membawa
budaya kesenian ini kearah lebih maju setanding dengan negara-negara luar.

SENARAI NAMA AHLI PRODUKSI

Produser Eksekutif Pengarah Muzik
Izatul Aliah Binti Ishak Muhammad Syahmi Hafiz
Muhammad Nuraiman Bin Khairul Nizam
Pengurus Produksi Utama
Aufieyah Binti Alias Penyelaras Tatabusana
Muhammad Syahmi Hafiz Nur Azmira Allisya Binti Ahmad

Pengarah - Pengarah Produksi Penyelaras Tatarias
Pengarah Produksi 1 : Nurin Nabila Shafiyyah Bt Mohd Nazali
Nur Azreen Farhanie Binti
Mohamad Alwi Penyelaras Tatacahaya
Pengarah Produksi 2 : Khalaf Nur Hafiy Bin Hamzah
Muhd Aminuddin Bin Abdul Razak Firas Noor Iqbal
Pengarah Produksi 3 :
Subaash A/L Jegathesan Penyelaras Set Pentas & Props
Pengarah Produksi 4 : Mohd Danish Bin Azman
Muhamad Firdauss Bin Redzduan
Muhamad Afiq Aliudin Bin Mohamad Azmi
Pengurus Produksi Utama
Pengurus Pentas 1 : Penyelaras Teknikal
Uswatun Hasanah Binti Nazrin Mohammad Aiman Bin Mohd Misler
Pengurus Pentas 2 :
Muhammad Suhaili Bin Sumiring Penyelaras Rekaan Grafik
Pengurus Pentas 3 : Ahmad Luqman Hakim Bin Nazeri
Maclyn Emilly Anak Michael Bikot Mohd Syahrifullah bin Yunus
Pengurus Pentas 4 :
Muhammad Haziq Bin Herman

POSTER

TAMU DARI MEDAN PERANG

LAGU TEMA TAMU DARI MEDAN PERANG

POSTER

JEBAT


Click to View FlipBook Version