The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rson90764, 2022-10-14 03:16:20

PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN-3

PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN-3

PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

MPU21032

Kumpulan 1

RUBIN MUTHALIAR A/L MILLION MUTHALIAR
15DPR22F1029

MUHAMAD DANIEL SYAFIQ BIN SUHASRI
15DPR22F1015

MUHAMAD IZHAM SYAKIR BIN MOHD KAMIL
15DPR22F1027

MUHAMAD HAKIM BIN MAHMUD
15DPR22F1033

Isi Kandungan

TAJUK MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1
MAKSUD SUKAN DAN 2-3
4-5
PERPADUAN 6
SEJARAH SUKAN 7-8
9-10
PERANAN SUKAN DALAM 11-14
PERPADUAN 15-16
17
SUKAN DAN PERPADUAN
MELALUI PENDIDIKAN 18
FAEDAH BERSUKAN
19
OBJEKTIF ACARA SUKAN
(SUKMA/MSSM)

CONTOH CONTOH SUKAN

ATLET NEGARA

KESIMPULAN

RUJUKAN

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami

menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Penghayatan Etika &
Peradaban(MPU 21032) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Tuan Marzuki Bin

Sepiaail ,selaku Pensyarah Penghayatan Etika & Peradaban
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada
kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.. Selain itu, saya
turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan

jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat

dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

1

Maksud Sukan

• Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri
daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan,
pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang
membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya,
berenang secara bersaingan di hadapan ribuan
penonton akan dikira sebagai sukan tetapi
berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat
sebagai aktiviti rekreasi.Terdapat pelbagai jenis
sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa,
wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai
peserta atau pun sebagai penonton. Selain itu, kita
akan kekurangan masa bersama keluarga dan
rakan-rakan di sekeliling kita. Sukan dapat juga

menjadi sumber pendapatan.
• Sukan Fizikal
• Berasaskan sifat sifat seperti kekuatan,

stamina, kelajuan, dan beberapa
kemahiran lain
• Contoh:Hoki,bola
sepak,badminton,marathon
• Sukan Akal
• Berasaskan kemahiran berfikir seperti
pemikiran strategik.
• Contoh:Catur,Karom,

2

Maksud Perpaduan

Perpaduan merupakan penyatuan hubungan yang erat atau
bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan masyarakat atau kumpulan.Dalam kata lain
perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat di negara ini untuk membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan cinta akan negara.Malaysia
merupakan salah satu negara yang mempunyai pelbagai
kaum yang dapat hidup dengan harmoni.Antara kaum di
Malaysia iaitu Melayu,Cina,India Kadazandusun dan
Iban.Perpaduan ini tidak akan tercapai jika ada segelintir
pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan meyemarakkan
lagi isu perkauman di kalangan kaum di negara kita ini.

3

Sejarah Sukan Malaysia

Sukan Malaysia dikonsepkan oleh Yang Berhormat Dato
Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
pada tahun 1983. Rasional yang dicadangkan adalah sebuah
temasya sukan peringkat kebangsaan akan bantu
mempertingkatkan mutu sukan, melahirkan dan
menggalakkan penyertaan atlet di peringkat negeri dalam
sukan, mempertingkatkan prestasi pegawai, menggalakkan
pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta
menaikkan taraf kemudahan-kemudahan yang sedia ada di
peringkat negeri dan memupuk semangat integrasi nasional
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada mulanya,
temasya pertama dicadangkan untuk diadakan dari 15 Ogos
hingga 2 September 1985 dan hanya terdiri daripada 6 sukan
seperti tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola
tampar. Namun, sebuah cadangan baru untuk melibatkan
lebih banyak bilangan sukan telah dihantar oleh orang awam
kepada dan diterima oleh Majlis Sukan Negara Malaysia yang
membuat keputusan untuk menganjurkan temasya sukan
setiap dua tahun mulai tahun 1986 dan berselang seli dengan
sukan Asia Tenggara.

4

Sukan Malaysia pertama telah diadakan di Kuala Lumpur dari
19–26 April 1986, disertai oleh 3849 atlet dari 13 negeri
Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Sukan
Universiti Malaysia (MASUM), Polis Diraja Malaysia dan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sukan Malaysia yang ketiga
diadakan di Sarawak pada tahun 1990, menjadikannya kali
pertama temasya diadakan di negeri tersebut dan kali
pertama di Malaysia Timur.

Di Sukan Malaysia ke-6 di Pahang pada tahun 1996, Brunei,
Labuan dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia membuat
penampilan mereka buat kali pertama, manakala Angkatan
Tentera Malaysia berhenti menyertai kejohanan tersebut dan
Northern Territory Australia hanya menyertai Sukan Malaysia
ke-9 di Sabah pada tahun 2002. Di Sukan Malaysia ke-10 pada
tahun 2004 di Negeri Sembilan, kedua-dua Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah dan Majlis Sukan Universiti berhenti
menyertai kejohanan tersebut. Di Sukan Malaysia ke-11 pada
tahun 2006 di Kedah, kedua-dua pasukan Kuala Lumpur dan
Labuan bergabung menjadi pasukan Wilayah Persekutuan
berikutan penggabungan pentadbiran Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sementara Polis
menyertai kejohanan tersebut buat kali yang terakhir.

Suatu keputusan telah dibuat oleh Majlis Sukan Negara pada
27hb Mei 2010 untuk menganjurkan temasya sukan tersebut
setiap tahun mulai tahun 2011 dalam usaha untuk
membangunkan dan mendemokrasikan semua sukan di
Malaysia terutamanya sukan pilihan. Temasya Sukan tahun
ganjil diadakan di Kuala Lumpur oleh Majlis Sukan Negara
Malaysia dan melibatkan acara sukan pilihan sahaja,
sementara temasya Sukan tahun genap diadakan di negeri-
negeri anggota dalam negara dan melibatkan sukan teras
sahaja. Temasya sukan tahun ganjil bagaimanapun telah
dibatalkan oleh Majlis Sukan Negara pada tahun 2015, atas
sebab agenda sukan negeri yang padat dan kos tinggi buat
Majlis Sukan Negeri untuk membiayai sebuah kontingen
Sukan Malaysia setiap tahun.

5

PERANAN SUKAN DARI
SEGI PERPADUAN

• Mewujudkan Hubungan Diplomatik Antara
Sesebuah Negara Dengan Negara Yang lain

• Mengeratkan Hubungan Silaturrahim Antara
Satu Sama Lain

• Dapat Memupuk Semangat Kerjasama
Antara Masyarakat

• Dapat Membentuk Masyarakat Yang
Berdisiplin Serta Membantu Melahirkan
Masyarakat Yang Harmoni

6

SUKAN DAN PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN

Usaha pihak kerajaan dalam menyeragamkan aktiviti
kokurikulum di sekolah-sekolah dengan memberi
penerapan nilai-nilai perpaduan boleh diperkukuh melalui
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan aktiviti
persatuan dan pakaian beruniform seperti Pengakap,
Pandu Puteri dan lain-lain, bersesuaian dengan Rancangan
Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan.

Malahan, pendekatan melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik
darjah yang berkonsepkan ‘experiential learning’ dan
menekankan amali dipercayai lebih berkesan berbanding
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti boleh
dilaksanakan dengan melibatkan pelajar pelbagai kaum
dari sekolah yang sama mahupun dari sekolah yang
berbeza berdasarkan demografi di sesuatu tempat atau
daerah.

7

Dalam hal ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak pengurusan sekolah
harus berperanan untuk membolehkan aktiviti sedemikian
dijalankan.
Pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) juga perlu dilibatkan agar inisiafif yang dilaksanakan
adalah bersepadu dan mengambil kira pandangan pelbagai
pihak.
Malahan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO)
juga boleh turut bekerjasama berdasarkan sumber,
kemahiran dan kemampuan masing-masing.

Sebagai contoh, kem muhibah yang melibatkan aktiviti
perkongsian budaya dan interaksi antara pelajar-pelajar di
sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Tamil boleh dilaksanakan di peringkat daerah atau pun
negeri.

8

FAEDAH BERSUKAN

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang
dilakukan untuk mengisi masa lapang atau
sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.
Mutakhir ini, pemodenan sukan bergerak seiring
dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah
yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang
sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih
dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat
dalam bidang sukan juga telah banyak membawa
manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam
bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat
bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja.
Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan
kepada maasyarakat?

Salah satu daripada faedah bersukan ialah
kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan
kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman
moden ini lebih banyak menggunakan tenaga
dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan
separa profesional dalam membangunkan negara
sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal
kerana kekurangan waktu untuk tujuan
tersebut.Penglibatan golongan kanak-kanak,
remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan
sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah
kesihatan..
9

Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa
lapang seseorang. Masa lapang sebenarnya amat
berharga bagi setiap individu atau masyarakat.
Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang
sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang
dengan berfaedah. Masa itu emas, walaupun hanya
ada beberapa minit sahaja masa itu sangat
berharga.

Di samping itu, sukan merupakan salah satu
instrumen penting untuk mengeratkan hubungan
perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini
demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan
semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih
kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat
dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan
kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat
dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat..

10

OBJEKTIF ACARA SUKAN

Temasya Sukan Malaysia adalah merupakan sukan
yang berprestij, yang mencungkil bakat atlet-atlet
remaja di peringkat negeri dan daerah bagi
menggalakkan penglibatan secara total dalam sukan
yang dipertandingkan.
Untuk mempertingkatkan mutu sukan dan
menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di
peringkat negeri dan daerah terutama dalam sukan-
sukan yang diberi keutamaan. Menggalakkan dan
mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti
Jurulatih, Pegawai-Pegawai Teknikal dan Pentadbir-
Pentadbir Sukan.

11

Menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan
sukan yang baru serta membaikpulih kemudahan-
kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan

daerah. Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi
mewakili negara ke peringkat Antarabangsa di masa
hadapan. Menjadikan sebagai usaha meningkatkan
integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia.

12

• Menggalakkan, memajukan, memelihara
dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.

• Menganjurkan dan menjalankan semua
aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat
negeri,kebangsaan dan antarabangsa.

• Mengelola dan menjalankan kursus
kejurulatihan dan kepegawaian sukan
sekolah.

• Menyelaras segala kaedah dan undang-
undang pertandingan sukan sekolah di
peringkat kebangsaan dan negeri

13

• Bekerjasama dengan mana-mana badan sukanlain
atau pertubuhan-pertubuhan sukan.

• Memajukan dan meningkatkan prestasi sukan
keseluruhannya di Malaysia.

• Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai
cara, langkah, kaedah dan dasar yang patut diambil
bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan
oleh kerajaan,melaksanakan dan membantu dalam
melaksanakan syor-syor itu.

14

Contoh-contoh sukan

Badminton

Sepak takraw

15

Bola sepak
Berbasikal

16

Contoh ATLET SUKAN TERKENAL

DATO LEE CHONG WEI

ATLET BADMINTON
MALAYSIA

AZIZUL HASNI AWANG

ATLET BERBASIKAL
MALAYSIA

17

Kesimpulan

Sebagai rumusan, aktiviti dan program sukan sememangnya
menjadi aspek yang penting untuk memupuk perpaduan
antara kaum. Tambahan lagi, sukan merupakan amalan yang
amat bagus untuk kesihatan. Ini kerana ia dapat
mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan
kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia.
Banyak impak positif dari aktiviti sukan kerana ianya terdiri
daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan
untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perkara yang
paling penting adalah sukan juga tidak pernah mengira latar
belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di
peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan
sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain
peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi
penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat
masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan
perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan
semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan
sokongan. Selain itu, kejayaan dalam bidang sukan juga dapat
meningkatkan kecemerlangan imej negara dan secara tidak
langsung membentuk jalinan kerjasama dan hubungan yang
baik diperingkat antarabangsa.

18

Pengalaman Pembelajaran

• Kami dapat mengetahui,sukan memainkan peranan
penting dalam memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum
sekaligus mngharumkan nama negara di persada
dunia melalui pelbagai pertandingan sukan.

• Justeru itu,pihak kerajaan perlu berganding bahu
dalam menawarkan program-program berkaitan
dengan sukan.Kesanya, pelajar yang berbilang
kaum dapat bergaul antara satu sama lain sekaligus
wujudkan persefahaman

Rujukan

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan
• https://penegaksukannegara.blogspot.com/2020/0

9/sukan-dan-perpaduan.html
• https://www.studocu.com/my/document/universit

i-malaya/curriculum-management/sukan-
penyatuan-perpaduan/16079560
• https://fliphtml5.com/flwle/ilkf/basic
• https://www.coursehero.com/file/45911590/PENG
AJIAN-AMdocx/


Click to View FlipBook Version