SISTEM ꬴBKC
BAGI PENGURUSAN FAIL DI SEKOLAH
NOR FADHILAH BT HJ MOHAMAD SANUSI
SK TUAN SYED JAN AL-JAFFRI
SUNGAI PETANI KEDAH
PENGENALAN
❖Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri
refleksi kendiri yang dilakukan oleh pengamal Pendidikan iaitu
guru, pentadbir atau pendidik sebagai penyelidik dalam
institusi Pendidikan
❖Kajian tindakan dilaksanakan bertujuan untuk menambahbaik
dan meningkatkan kualiti pengurusan fail agar lebih efisyen
❖Dokumen pengurusan dapat dicapai dengan mudah , segera
dan pada bila-bila masa.
LATAR BELAKANG
❑ Sekolah Kebangsaaan Tuan Syed Jan Al-Jaffri terletak di Daerah
Kuala Muda, Sungai Petani , Kedah. Sekolah kategori A ,
dengan kekuatan 44 orang guru serta 6 AKP. Enrolmen murid
548 orang. Guru Besar Tuan Syed Anuar B Syed Mohamad.
❑ Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan 44 orang guru di
Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan AL-Jaffri.
MASALAH KAJIAN
Berdasarkan data awal hasil temubual dan pemerhatian didapati
pengurusan fail kurang efisyen dan sistematik terutamanya
penyediaaan minit mesyuarat.
Oleh itu, satu kajian perlu dilaksanakan untuk meningkatkan
pengurusan fail yang lebih efisyen dan seterusnya memberi impak
kepada pengurusan yang lebih sistematik dan mantap.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan
sistem pengurusan fail yang lebih efisyen dan
sistematik
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut :
i) Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan
pengurusan fail kurang efisyan dan sistematik
ii) Menambahbaik pengurusan fail yang lebih mantap
PERSOALAN KAJIAN
•Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan kajian
berikut :
i) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan
pengurusan fail kurang sistematik ?
ii) Adakah intervensi ꬴBKC dapat meningkatkan
sistem pengurusan fail yang lebih efisen ?
KEPENTINGAN KAJIAN
• Kajian ini diharapkan dapat menyelesaikan
masalah pengurusan fail yang kurang efisyen
dan sistematik
• Intervensi ꬴBCK ini juga diharapkan dapat
membantu pihak pengurusan sekolah
memantapkan sistem fail dan seterusnya
memberi impak yang besar kepada
pengurusan sekolah
TINJAUAN LITERATUR
• mendefinisikan pengurusan pengetahuan sebagai “rangka kerja khusus dan
sistematik untuk mendapatkan, memperoleh, menganjurkan dan menyampaikan
pengetahuan tasit dan eksplisit seseorang pekerja supaya pekerja lain boleh
menggunakannya untuk menjadi lebih efektif dan produktif dalam kerja masing-
masing dan memaksimakan pengetahuan organisasi”(Alavi dan Leidner, dan
Davenport dan Glaser (2002)
• menyatakan sifat tenaga kerja yang lebih terdidik dan sifat tugas yang semakin
canggih memerlukan satu gaya pengurusan tenaga kerja yang lebih mantap dan
diintegrasikan dengan pembuatan keputusan pengurusan. (Guest, D. (1987)
Human Resource Management and Industrial Relations. Journal of Management
Studies, 24, 503- 521. http://dx.doi.org/10.1111/j.1467-6486.1987.tb00460.x)
METADOLOGI
• REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif
• SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ialah 44 orang guru yang terdiri daripada sumber
tenaga pengajar di SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri
• TEKNIK PENSAMPELAN
Teknik Persempelan Bertujuan ( Purpose Sampling) digunakan.
Penyelidik memilih subjek yang berada dalam suatu kumpulan yang spesifik
kerana mempunyai input yang berkaitan dengan isu yang dikaji.
TEKNIK MENGUMPUL DATA
• Temu bual
• Pemerhatian
• Soal Selidik
TENIK MENGUMPUL DATA
• Naratif dan penceritaan
• Deskriptif
CADANGAN INTERVENSI
1. SISTEM ꬴBKC
2. Kod Tagging
INTERVENSI YANG DIPILIH
• Nama Intervensi - SISTEM ꬴBKC (ꬴBudayaKerjaCemerlang)
• Cara pelaksanaan
- Penggunaan Google Drive , Mylink dan QRCORD
• Cara memantau dan menilai
- Pemerhatian, Laporan perkembangan
• Alat / instrument yang digunakan
- Borang soal selidik guru,
- Borang maklum balas guru
• Cara mengukur kejayaan / hasil
- Jangka masa untuk menyiapkan fail pengurusan lebih singkat dan
mudah untuk pihak pentadbiran melaksanakan pemantauan.
JADUAL PELAKSANAAN
BIl AKtiviti TARIKH / MINGGU CATATAN
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
2 Menulis kertas cadangan
3 Merancang tindakan
4 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam Tindakan 1
6 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 2
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam Tindakan 2
8 Ujian untuk mengesan pencapaian / dapatan
9 Refleksi kajian
10 Menulis laporan kajian
11 Pembentangan dapatan kajian