SEKOLAH KEBANGSAAN BATU HAMPAR
08100 BEDONG, KEDAH
Mesyuarat Agung
PIBG
Kali Ke-47
TARIKH : 26 SEPTEMBER 2021 ( AHAD )
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : KEDIAMAN & STESEN MASING-MASING
DIRASMIKAN OLEH :
EN. MESKOR BIN TULKA
PEN. PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH,
UNIT SUMBER & TEKNOLOGI PENDIDIKAN,
PPD KUALA MUDA YAN.
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Kandungan 1
2 Aturcara Majlis 2
Agenda Mesyuarat Agung PIBG
3 3
Kali Ke-47
4 Mutiara Kata Penasihat PIBG 4 - 5
5 Cetusan Minda YDP PIBG 6
Jawatankuasa Induk
6 7
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47
Jawatankuasa Kerja
7 8 - 9
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47
Minit Mesyuarat Agung PIBG
8 10 - 14
Kali Ke-46
9 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2020/2021 15
10 Penyata Kewangan PIBG Tahun 2020 16
11 Usul Mesyuarat Agung Kali Ke-47 17
12 Sekalung Penghargaan 18
1
ATURCARA MAJLIS
3.00 petang : Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga secara atas talian
: Ucapan Pengerusi Majlis
: Bacaan doa
: Ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG SK Batu Hampar :
En. Abdul Muin bin Othman.
: Ucapan dan Laporan oleh Penasihat PIBG :
Guru Besar SK Batu Hampar,
Pn. Maznah binti Mashoor.
: Ucapan Perasmian oleh :
En Meskor bin Tulka,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Unit Sumber & Teknologi Pendidikan,
PPD Kuala Muda Yan.
: Mesyuarat Agung PIBG dimulakan
: Bersurai
2
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-47
1. Perutusan Pengerusi
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG
Dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020
5. Pembentangan Laporan aktiviti PIBG 2020
6. Perbahasan dan penerimaan usul daripada ahli
7. Hal-hal lain
8. Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG Sesi 2020 / 2022
3
MUTIARA KATA
DARIPADA MEJA PENASIHAT PIBG
SK BATU HAMPAR
Salam Sejahtera
Bekerjasama menjadi amalan,
Tekadkan usaha untuk kejayaan,
Salam di hulur tanda perkenalan,
Agar Ukhuwwah terjalin berpanjangan.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan
rahmatNya dapat kita bersama dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG ) SK Batu Hampar Kali Ke-47 pada tahun ini.
Pertama kalinya dan menjadi sejarah mesyuarat pada tahun ini diadakan
secara atas talian yang sedikit sebanyak menguji kemahiran kita dalam
bidang ICT.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada
Yang Dipertua PIBG En. Abdul Muin bin Othman , Naib Yang Dipertua
En Amran, semua AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang telah
memberikan kerjasama dan komitmen kepada pihak sekolah sepanjang
saya bertugas selama tujuh bulan di sini. Kita sekarang sedang
berhadapan dengan kemelut yang sukar dalam menghadapi Pandemik
COVID - 19 yang melanda negara. Marilah kita sama-sama mematuhi dan
mengikuti peraturan dan amalan-amalan yang disarankan terutama yang
melibatkan anak-anak didik SK Batu Hampar.
4
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk dan
mendidik anak-anak terutamanya ketika berada di rumah. Keperihatinan
dan pemantauan rapi daripada ibu bapa amat diperlukan dalam
membantu perkembangan pelajaran anak-anak dan bukannya
mengharap kepada guru semata-mata. Tambahan pula dengan keadaan
wabak yang melanda yang menyebabkan anak-anak melakukan
pembelajaran dari rumah. Oleh itu besar harapan pihak sekolah agar ibu
bapa dapat memberi komitmen yang tinggi dalam membantu dan
memantau pembelajaran anak-anak di rumah.
Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting dalam semua
bidang samada kurikulum, HEM dan kokurikulum sekolah. Saya yakin
bahawa kemajuan sekolah berkait rapat dengan peranan PIBG.
Sokongan padu PIBG amat diperlukan untuk menjayakan setiap program
di sekolah. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat
memberikan impak yang positif kepada masa depan anak-anak didik
sekolah ini.
Akhir kata semoga usaha murni kita bersama mendapat keberkatan
daripada Allah S.W.T dan saya amat berharap kerjasama antara dua
pihak dapat terjalin erat dan sentiasa sepakat demi kecemerlangan anak-
anak murid sekolah ini. Semoga SK Batu Hampar terus mencapai
kecemerlangan dalam segala bidang.
Sekian, terima kasih
MAZNAH BINTI MASHOOR
Guru Besar,
SK Batu Hampar
5
CETUSAN MINDA
YANG DI PERTUA PIBG
SK BATU HAMPAR
Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana limpah
kurnia-Nya maka Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 dapat dijalankan dengan jayanya
pada hari ini. Mudah-mudahan perjumpaan kita pada kali ini akan dapat terus
menjana idea-idea yang bernas ke arah kegemilangan anak-anak kita pada masa
akan datang.
Pada kesempatan ini, saya bagi pihak semua ibu bapa ingin mengucapkan
sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang sentiasa
berusaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.
Saya juga amat bersyukur dan berterima kasih di atas kerjasama semua dalam
meluangkan masa menghadirkan diri dalam setiap program yang dianjurkan. Hal ini
menunjukkan bahawa ibu bapa sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dan
perkembangan anak-anak di sekolah walaupun berdepan dengan situasi pandemik
Covid-19 yang agak menyukarkan.
Pihak PIBG akan terus memberi sokongan yang berterusan kepada pihak
sekolah serta akan turut sama menjayakan program-program yang telah dirancang
bak kata pepatah “Sepakat Membawa Berkat”.
Sepertimana yang kita maklumi bahawa pencapaian akademik adalah
matlamat perdana kita semua dan perkara ini sememangnya telah menjadi hala tuju
yang utama Kementerian Pendidikan. Oleh itu, untuk memperolehi kejayaan yang
lebih besar saya menyeru semua pihak agar saling bekerjasama dalam
merealisasikan segala perancangan yang telah diatur oleh pihak sekolah. Sebagai
ibu bapa kita haruslah sentiasa mengambil tahu perkembangan atau peningkatan
prestasi akademik anak-anak kita. Pupuklah nilai-nilai murni dan positif dalam diri
anak-anak kita agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap
pelajaran.
Akhir sekali, saya menyeru kepada para ibu bapa dan warga SKBH agar dapat
sama-sama berganding bahu memikul tanggungjawab untuk mencipta
kecemerlangan dan menaikkan nama SKBH. Semoga sekolah kita yang tercinta ini
terus cemerlang.
ABDUL MUIN BIN ITHMAN
Yang Di Pertua PIBG,
SK Batu Hampar.
6
JAWATANKUASA INDUK
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-47
PENASIHAT : Pn. Maznah binti Mashoor (Guru Besar)
YANG DIPERTUA : En. Abdul Muin bin Othman
NAIB YANG DIPERTUA : En. Amran bin Osman
SETIAUSAHA : Pn. Nor Hashima Azila binti Abdul Aziz
BENDAHARI : Pn. Na’aim @ Naimin binti Abd Rahim
AHLI JAWATANKUASA
: En. Mohd Tarmizi bin Hj. Abdullah ( Guru )
: Pn. Shuhaida binti Mohd Shukor ( Guru )
: Pn. Zuhaida binti Abd Hamid (Guru)
: Cik Nor Shafiqah binti Ahmad ( Guru )
: En. Omar bin Idris
: En. Shahril Nizam bin Basharudin
: En. Mohamad Sidik bin Ab. Wahab
: Pn. Ida Suzana binti Ismail
: Pn. Aspalina binti Yusof
: Pn. Rosnida binti Ahmad
JURU AUDIT : En. Azman bin Abd Azid (Guru)
: En. Hamzah bin Man
7
JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-47
BIL JAWATAN NAMA AJK PERINCIAN TUGAS
KUASA
PEMANTAU : Pn. Nor Hashima Azila bt Abdul Aziz
Pn. Maznah bt Mashoor
Urusetia En. Md.Yusuf bin Noh - Memastikan majlis berjalan
Pn.Norliah bt Mat Dari
1 Mesyuarat En. Abdul Muin bin Othman lancar.
Agung En .Amran bin Osman - Memproses usul dan mengira
Pn. Nor Hashima Azila bt Abdul Aziz undi usul
Persiapan Pn. Aliza bt. Ali (K) - Persiapan backdrop, dan
2 Backdrop Pn. Farizan bt. Othman pentas.
dan Hiasan Pn. Nor Hashimi bt Ibrahim - Kemas semula selepas majlis
Pentas Pn. Nor Liyana bt Ibrahim selesai.
Pn. Hayati bt Mohamad (K) - Persiapan meja mesyuarat dan
Persiapan Pn. Shuhaida bt Mohamed Shukor
3 Meja Pn. Nor Azian bt Wahid hiasan meja mesyuarat.
Mesyuarat En. Azman bin Abd Azid - Kemas semula selepas majlis
selesai.
- Menyediakan pautan
googlemeet
dan dimaklumkan kepada AJK
Persiapan En. Mohd Hafiz bin Abu Bakar (K) publisiti.
4 Googlemeet En. Nor Faizal bin Aziz - Mengambil kedatangan secara
LCD, Pn. Shukriyah bt Abu Bakar atas talian sewaktu mesyuarat
Laptop Pn. Siti Norliza bt Ismail dilaksanakan.
- Memastikan talian dalam
keadaan terbaik sepanjang
mesyuarat.
Promosi /
5 Publisiti Cik. Norshafiqah bt Ahmad - Mengadakan publisiti meluas
(apps melalui aplikasi WhatApps
WhatsApp) Kelas.
Buku Pn. Basiroh bt Che Omar - Membuat buku program secara
Mesyuarat Pn. Zuhaida bt Abd Rahim anyflip.
6 Agung Pn. Basirah bt Majid - Memaklumkan kepada waris
PIBG Pn. Aisyah bt. Mohd.Sobri pautan googlemeet seawal 3
Kali Ke-47
( Anyflip ) En. Mohamad Sofi bin Husain hari sebelum mesyuarat
8
BIL JAWATAN NAMA AJK PERINCIAN TUGAS
KUASA
- Menyediakan pautan dan
QRCODE bagi pendaftaran
7 Pendaftaran .Pn.Na’aim@Naimin bt Abd Rahim kehadiran mesyuarat
Pn. Masrurah bt Murad - Memaklumkan seawal 2 jam
sebelum mesyuarat kepada
waris
En. Arumugam a/l Pramasivan (K) - Memastikan dewan tersedia
En. Khairul Anuar bin Mohamad dengan kerusi dan meja
8 Persiapan En. Nasaruddin bin Senik mesyuarat yang mencukupi
Tempat En. Shukri bin Hashim
Pn.Nor Hashimi bt Ibrahim - Mengemas semula selepas
majlis selesai
Pn. Nor Liyana bt Ibrahim
- Memastikan kelancaran majlis
9 Teknikal / En. Shah Rizal bin Azroie (K) dan persembahan dari segi
Siaraya En. Mohd Tarmizi Hj. Abdullah
peralatan pembesar suara
10 Juru acara Pn. Fauziah bt Hussin @ Yusof - Menyediakan teks pengacaraan
Cik. Nur Afiqah bt Fuad
- Menjadi juru acara majlis
11 Bacaan Doa En. Mohd Tarmizi bin Hj. Abdullah - Mengendalikan bacaan doa
Majlis
Pn. Nor Hasimah bt Zakariah
12 Cenderahati Pn. Inayah bt Mohd Taufiq - Menyediakan cenderahati yang
Perasmi Pn. Basirah bt Majid sesuai buat Perasmi
Pencatat Pn. Fatimatuzzuraak bt Omar (K)
13 Minit Pn. Faridah bt Zainon - Mencatat minit sepanjang
Mesyuarat Cik Norazlina bt Mahmud mesyuarat Agung
- Mengambil gambar sepanjang
Liputan Pn. Ashrof bt Mohd Salleh (K) program dan menyediakan
14 Peristiwa Pn. Rozita bt Razak dokumentasi
& Pn. Nor Ain bt Saad - Menyerahkan dokumentasi
Dokumentasi Pn. Rahimah bt Ghazali selewat-lewatnya 2 minggu
selepas mesyuarat Agung PIBG
Pn. Nor Hashima Azila bt Abdul - Membuat surat jemputan ibu
Aziz (K) bapa
15 Surat Pn. Rusnani bt Salleh - Memastikan surat edaran
Jemputan Pn. Basirah bt Majid sampai kepada ibu bapa
seminggu sebelum majlis
16 Teks Ucapan Pn. Siti Hajar bt Ishak (K) - Menyediakan teks ucapan untuk
Perasmi. Penasihat dan YDP.
9
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU HAMPAR,
08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46
Tarikh : 23 Februari 2020
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan SK Batu Hampar
Perasmian : Dato’ Muhamad Khizri bin Abu Kassim
Pengarah Urusan,
Puncak Pertama Sdn. Bhd.
Pengerusi Mesyuarat : En. Amran bin Osman
I. UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1. En. Amran bin Osman selaku NYDP mengucapkan salam dan mengalu-
alukan kehadiran semua ahli PIBG. Beliau memaklumkan bahawa YDP
PIBG, En. Nurazmi bin Japar@Jaffar tidak dapat hadir kerana beliau baru
sahaja menjalani pembedahan dan kini sedang cuti sakit.
Walaubagaimanapun, beliau berharap agar semua pihak berusaha demi
mengukuhkan lagi pembelajaran anak didik di sekolah ini.
Makluman Ahli
II. PERLANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT
2. En. Amran bin Osman meminta cadangan daripada ahli PIBG untuk
melantik seorang pengerusi bagi mempengerusikan mesyuarat agung kali
ini.
3. En Sharil Rizal mencadangkan supaya En. Amran yang mempengerusikan
mesyuarat tersebut dan disokong sebulat suara.
Makluman Ahli
III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
4. Pn. Nor Hashima Azila selaku Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat
Agung Kali ke-45. Beliau meminta para hadirin merujuk pada muka surat 7
dan 8.
10
4.1 Cadangan minit mesyuarat diterima dan disahkan oleh En Mohd
Shahrizal bin Yusof.
4.2 Sokongan : En. Zulhashimi bin Hassan.
IV. PERKARA BERBANGKIT
5. Tiada
V. MEMBENTANGKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019
6. Pn Nor Hashima Azila membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
pada tahun 2019 seperti dalam muka surat 9.
VI. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2019
7. Pn Naimin selaku bendahari membentangkan penyata kewangan dari
1.1.2019 hingga 31.12.2019
7.1 Cadangan penyata kewangan diterima dan disahkan: Pn. Rosnida
binti Ahmad.
7.2 Sokongan: Pn. Noraina binti Abu Bakar
8. Pn. Naimin memaklumkan tentang bilangan murid yang belum menjelaskan
sumbangan PIBG adalah seperti berikut.
Tahun 2018 - 3 murid
Tahun 2019 - 9 murid
Tahun 2020 - 21 murid
9. Guru Besar meminta waris menjelaskan sumbangan untuk menambah dana
sekolah.
10. Atas nasihat pihak bank, PIBG bersetuju untuk menutup akaun simpanan
PIBG yang lama dan membuka akaun semasa yang baru bersama Bank
Islam Malaysia Berhad, Sungai Petani1.
Mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan mandat operasi iaitu 2/3 penanda
tangan seperti berikut.
Abdul Muin B Othman YDP
Nor Hashima Azila Binti Abdul Aziz Setiausaha
Na’aim@Naimin Bt Hj Ab Rahim Bendahari
11
VII. MEMBAHASKAN USUL-USUL
Usul Waris
11. Pn. Rohana Ramli memberi cadangan mengadakan tabung kelas bagi
mewujudkan budaya menabung.
12. Guru Besar menghargai niat baik ini, namun bimbang jika timbul isu
kehilangan tabung. Selain itu akan menimbulkan masalah rendah
diri kepada murid yang tidak mampu menabung.
13. Pn. Rohana juga meminta murid-murid diberi kerja sekolah terutamanya
bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.
14. Guru Besar menyambut baik saranan tersebut dan akan meminta guru-
guru berbuat demikian. Namun kerja sekolah hanya boleh diberi dalam
kuantiti sederhana untuk tidak membebankan murid-murid apatah lagi
mereka juga terpaksa menghadiri Kelas KAFA pada sebelah petang.
Sebaiknya, murid-murid dinasihatkan agar memberi tumpuan semasa
pembelajaran di dalam kelas.
15. Pn.Rohana mencadangkan penyediaan almari untuk mengatasi masalah
bebanan membawa buku ke sekolah.
16. Guru Besar meminta murid-murid mengikut jadual kelas yang diberikan. Ini
akan mengurangkan bebanan membawa buku ke sekolah.
17. Pn. Rohana juga mencadangkan penyediaan’ water cooler’.
18. Guru Besar menjelaskan kawasan sekolah kita selalu berdepan dengan
masalah ketiadaan air. Tambahan pula, beliau bimbang tentang jaminan
tahap kebersihan air. Beliau juga bimbang jika berlaku kerosakan, pihak
PIBG yang perlu menanggung kosnya.
12
Usul daripada AJK PIBG
19. AJK PIBG mencadangkan kos melaksanakan Program Prestasi Tahun 6
sebanyak RM150.00
20. Ahli mesyuarat membincangkan sumbangan PIBG. Mesyuarat sebulat
suara bersetuju mengekalkan sumbangan sebanyak RM 20.00
21. AJK mencadangkan menyediakan bahan fotostat Bahasa Inggeris untuk
murid tahap satu sebanyak RM10.00
22. Cadangan untuk mewujudkan kumpulan sokongan waris.
23. AJK PIBG meminta setiap waris menyumbangkan satu rim kertas A4 untuk
keperluan pembelajaran anak-anak.
24. Usul 19 hingga 23 dibentangkan oleh Setiausaha PIBG. Usul-usul ini
diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
VIII. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2018/2020
25. En.Amran bin Osman memaklumkan pembubaran AJK PIBG sesi
2018/2020.
IX. PELANTIKAN AJK PIBG 2020/2022
PENASIHAT : En. Rahmat bin Abd. Rahim
YANG DIPERTUA : En. Abdul Muin bin Othman
NYDP : En. Amran bin Osman
SETIAUSAHA : Pn. Nor Hashima Azila binti Abdul Aziz
BENDAHARI : Pn. Na’aim@Naimin binti Hj Ab Rahim
13
AJK GURU
Pn. Shahrifah binti Mat Zahari
Pn. Nor Fadhilah binti Hj Mohamad Sanusi
En. Mohd Tarmizi bin. Hj Abdullah
Pn. Shuhaida binti Mohd Shukor
Cik.Nor Shafiqah binti Ahmad
Pn. Zuhaida binti Abd Hamid
AJK WARIS
En. Omar bin Idris
En. Shahril Nizam bin Basharudin
En. Muhamad Sidik bin Ab. Wahab
Pn. Ida Suzana binti Ismail
Pn. Aspalina binti Yusuf
Pn.Rosnida binti Ahmad
JURUAUDIT DALAMAN
En. Azman bin. Abd Azid (Guru)
En. Hamzah Bin Man
X. UCAPAN PENANGGUHAN
26. En. Abdul Muin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan
yang diberikan. Beliau berharap barisan AJK 2020/2022 akan berusaha
dan berganding bahu demi kecemerlangan anak didik di sekolah kita.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh.
………………………………… …………………………………
(Pn Nor Hashima Azila Abd Aziz) (En. Abdul Muin bin Othman)
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SK Batu Hampar SK Batu Hampar
Sesi 2020/2022 Sesi 2020/2022
14
LAPORAN AKTIVITI PIBG
SESI 2020/2021
Sepanjang sesi 2020, PIBG telah menjalankan beberapa
aktiviti dan menyertai aktiviti sekolah. Antara aktiviti yang telah
dijalankan :
1) Mengadakan Mesyuarat AJK sebanyak tiga kali.
2) Membaiki stor sukan SKBH.
3) Membeli skrin pentas.
4) Memberi sumbangan pendaftaran Bola Jaring.
5) Membeli peralatan mencuci tangan ‘hand sanitizer’.
6) Membeli baju uniform TKRS sebanyak 2 pasang.
7) Memasang bumbung ‘Awning’ dari pagar ke Pusat Sumber.
8) Sumbangan persaraan empat orang guru.
Disediakan oleh
……………………………………………………….
(Pn. Nor Hashima Azila Bt Abdul Aziz)
Setiausaha PIBG
SK. Batu Hampar
(Sesi 2020/2021)
15
16
USUL MESYUARAT AGUNG
KALI KE-47
Usul daripada AJK PIBG
1)
2)
3)
Usul Waris
1)
2)
17
Pihak PIBG, Guru-Guru dan kakitangan
SK Batu Hampar merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada
En. Meskor bin Tulka
Pen. Pegawai Pendidikan Daerah,
Unit Sumber & Teknologi Pendidikan,
PPD Kuala Muda Yan
AJK PIBG,
Ahli Jawatankuasa Kerja & individu yang turut memberi
sokongan dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-47 secara atas talian ini.
18