The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafffqahhh03, 2024-03-18 10:12:10

Cerita kanak-kanak Perangkap Alam Sakti

Tugasan 1 Karya Sastera Kanak-kanak

Perangkap Alam Sakti KARYA SASTERA KANAK-KANAK SYAFIQAH Ilustrasi diadaptasi daripada Canva


Di sebuah kampung kecil yang dinamakan Kampung Dinara, terdapat tiga ekor anak monyet yang tinggal bersama ibunya. Tiga ekor anak monyet itu dikenali sebagai Miko, Momi dan Mazu. Hubungan mereka adikberadik sangat akrab bagai isi dengan kuku. Mereka sering bermain dan mencari makanan bersama-sama di dalam hutan yang berdekatan dengan rumah mereka. 1


Pada suatu hari, tiga ekor monyet tersebut ingin keluar mencari sumber makanan seperti biasa di hutan. Mereka meminta izin dan memberitahu perkara tersebut terlebih dahulu kepada ibu mereka iaitu Puan Mochi. Puan Mochi mengizinkan mereka untuk pergi malah sempat meninggalkan pesanan kepada mereka. ‘’Jangan terlalu bersuka ria di dalam hutan, sentiasalah berwaspada dan jaga antara satu sama lain. Ingat ya” pesan Puan Mochi kepada anak-anaknya. 2


Miko, Momi dan Mazu pun berjalan menuju ke hutan demi mencari bekalan makanan harian. Sebaik sahaja tiba di hutan, mereka memulakan pencarian makanan di sekitar kawasan itu bersama-sama. Setelah lama mereka mencari, mereka masih belum menjumpai apa-apa makanan untuk dibawa pulang. ‘’Saya rasa kita bertiga perlu berpecah untuk mencari makanan dengan lebih cepat. Lihatlah, kalau kita terus begini mungkin kita tidak dapat membawa apa-apa pulang ke rumah’’. kata Miko kepada adik-adiknya. 3


“Saya setuju dengan apa yang Miko katakan. Kalau begitu saya akan ke sana untuk mencari sekiranya terdapat makanan” kata Momi. “Baiklah, kalau begitu saya akan cuba mencari di sekitar kawasan situ pula” kata Mazu. Momi dan Mazu akhirnya bersetuju dengan cadangan Miko. Mereka bertiga pun mula berpecah dan membawa diri menuju ke kawasan pencarian masing-masing. 4


Dalam perjalanan Momi yang sedang tekun memerhati sekeliling, tiba-tiba dia ternampak kelibat seorang perempuan yang kelihatan begitu cantik sedang berdiri tidak jauh darinya. Perempuan itu sebenarnya merupakan ahli sihir yang hanya menyamar menjadi puteri bunian yang cantik untuk menangkap haiwan-haiwan yang berada di dalam hutan itu. "Maaf, tuan puteri yang cantik. Adakah tuan puteri tahu di manakah tempat untuk mencari bekalan makanan di sekitar kawasan ini?” Momi bertanya dengan harapan puteri bunian itu dapat membantunya. 5


"Oh, kamu sedang mencari bekalan makanan? Beruntung kamu bertemu dengan saya. Di rumah saya ada pelbagai buah-buahan yang lazat. Kalau kamu mahu, marilah ikut saya pulang” kata puteri bunian tersebut kepada Momi. "Wah, seronoknya banyak makanan! Tapi tuan puteri, adakah rumah tuan puteri jauh daripada hutan ini? Saya takut abang dan adik saya risau akan keberadaan saya” kata Momi dengan rasa sedikit gelisah. 6


Tanpa berfikir panjang, Momi terus bersetuju untuk mengikut puteri bunian. Momi berasa teruja dan tidak sabar untuk mendapatkan makanan yang banyak. Puteri bunian dan Momi berjalan beriringan sambil puteri bunian itu menceritakan keadaan rumahnya yang dipenuhi dengan pelbagai makanan. “Jangan risau, rumah saya tidak jauh daripada hutan ini. Kamu pasti dapat berjumpa dengan mereka semula” puteri bunian berkata untuk meyakinkan Momi. 7


Sementara Momi yang terhasut dengan kata-kata puteri bunian itu, Miko dan Mazu masih belum menemui makanan. Miko dan Mazu akhirnya bertemu kembali dan mereka berasa letih untuk meneruskan pencarian. “Mazu, kamu ada nampak Momi? Marilah kita pulang dan sambung pencarian kita pada hari esok”. kata Miko. Mazu bersetuju dan mereka berjalan sambil mencari Miko untuk diajak pulang. Dalam perjalanan, Miko dan Mazu ternampak banyak buah rambutan bertaburan sepanjang jalan yang mereka lalui. 8


Mereka berasa sangat gembira lalu mengutip rambutan tersebut sehinggalah mereka tiba-tiba berhenti di sebuah rumah. Rumah tersebut sebenarnya merupakan rumah puteri bunian yang telah mempelawa adik mereka iaitu Momi. Mereka membuat keputusan untuk pergi daripada tempat itu memandangkan mereka sudah mendapatkan bekalan makanan yang diinginkan. Tiba-tiba, mereka ditegur oleh puteri bunian iaitu pemilik rumah tersebut. 9


Miko, Momi dan Mazu dilayan dengan baik dan dihidangkan dengan pelbagai buahbuahan. Sebenarnya, itu merupakan cara puteri bunian untuk memperdaya mereka sebelum menjadikan mereka mangsa untuk dijadikan ramuan jamu kecantikannya. Ketiga-tiga ekor anak monyet itu lalai dan terlupa akan kata-kata ibunya. 10


Setelah puas makan buah-buahan daripada puteri bunian itu, mereka berasa sangat mengantuk lalu tertidur. Makanan yang diberikan kepada mereka itu sebenarnya telah diletakkan ubat tidur untuk memerangkap mereka. Puteri bunian tersenyum melihat Miko, Momi dan Mazu yang sedang tidur nyenyak di ruang tamu rumahnya itu. 11


Sebaik sahaja mereka terbangun, mereka sedar bahawa diri mereka telah dikurung di dalam sangkar. Kemudian, mereka terdengar suara puteri bunian sedang ketawa. ‘’Ha ha ha ha ha, aku tidak sabar mahu menjadi lebih cantik. Haiwan-haiwan ini akan jadi mangsaku untuk dijadikan jamu kecantikan tidak lama lagi’’ 12


Setelah mendengar suara tersebut, Miko terfikir satu jalan penyelesaian untuk melepaskan diri daripada perempuan jahat itu. Dia terus berbisik kepada adik-adiknya. Mereka terus berpura-pura tidur sehinggalah terdengar suara tapak kaki puteri bunian menuju ke arah sangkar. Puteri bunian membuka pintu sangkar dan bersedia untuk mengangkat tiga ekor monyet tersebut untuk dibakar ke dalam ramuan jamunya yang telah mendidih. 13


Belum sempat puteri bunian mengangkat salah seekor daripada mereka untuk dimasukkan ke dalam ramuan yang mendidih, mereka segera membuka mata dan terus menyerang puteri bunian tersebut. Muka dan badan puteri bunian itu digigit serta dicakar oleh Miko, Momi dan Mazu. Puteri bunian tersebut menjerit kesakitan. "Aduh, sakitnya! Lepaskan aku! Tolong!" jeritnya dengan sangat nyaring. 14


Puteri bunian ditolak dengan sekuat hati ke dalam ramuan jamu yang mendidih. Mereka terkejut apabila puteri bunian berubah menjadi ahli sihir yang hodoh dalam sekelip mata. "Selamat tinggal ahli sihir yang jahat! Kami tidak akan biarkan diri kami terperangkap di sini" kata tiga ekor monyet itu dan terus berlari keluar meninggalkan rumah itu. 15


Akhirnya, mereka berjaya melepaskan diri daripada ahli sihir itu. Miko, Momi dan Mazu berasa lega kerana telah terselamat. Mereka berasa sedikit kesal kerana mudah terpedaya dengan kata-kata seseorang yang tidak dikenali. Mereka meneruskan perjalanan dengan mencari jalan pulang ke rumah. 16


17 Mereka berjaya pulang ke rumah dengan selamat dan terus menceritakan kejadian itu kepada ibu mereka. Puan Mochi bersyukur kerana anak-anaknya tidak cedera dan terselamat. Setelah mendengar kejadian yang berlaku, ibu mereka menyampaikan pesanan sebagai pengajaran untuk dijadikan teladan kepada anak-anaknya.


Meski suara melodi menggoda indahnya, Jangan lupa, hati tetaplah waspada. Di balik senyum, mungkin tersimpan racun, Yang bakal memakan dirimu tanpa henti, tanpa ampun. Fahamilah, kebaikan tidak selalu terlihat, Dibalut kata-kata, dalam pakaian manis yang lekat. Janganlah mudah terbuai, janganlah terlena, Ketika hatimu ragu, pertimbangkanlah dengan cermat. Berpegang pada nilai, pada naluri hati, Jangan biarkan kata-kata membutakan diri. Dalam keraguan, temukan kebijaksanaan, Agar terhindar dari perangkap kebohongan yang menggoda. 18


Pengajaran Sentiasalah berhati-hati dan janganlah mudah mempercayai kata-kata manis seseorang kerana kemungkinan itu merupakan suatu penipuan jahat yang boleh memerangkap dan memberi keburukan kepada diri kita.


Sinopsis Buku ini mengisahkan tentang tiga ekor adik beradik monyet iaitu Miko, Momi dan Mazu yang masuk ke dalam hutan untuk mencari bekalan makanan. Namun, mereka telah terjebak ke dalam perangkap alam sakti puteri bunian. Mampukah mereka melepaskan diri? Adakah mereka akan selamat? Saksikan tindakan dan helah mereka untuk melepaskan diri.


Click to View FlipBook Version