The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadnorajinah, 2021-02-26 00:52:49

kisah burung layang dan merak

kisah burung layang dan merak

SIRI CERITA TELADAN

UBK SMK SRI KURAU

Kisah
Burung Layang-Layang

dan
Burung merak

Dalam sebuah hutan yang tebal,
tinggal seekor burung layang-layang
yang suka meniru. Pada suatu
petang, burung layang-layang telah
mendengar suara teriakan daripada
burung-burung yang lain.

"Ke tepi! Ke tepi! beri laluan
kepada raja Burung. " Burung
layang-layang berasa hairan
mendengar teriakan tersebut.

Tidak lama kemudian, beberapa ekor
burung merak melalui kawasan itu.
Burung layang-layang terpegun
melihat kecantikan burung merak.

Maka, timbullah perasaan pada
burung layang-layang yang ingin
menjadi seperti burung merak. Burung
layang-layang menoleh ke kiri dan ke
kanan lalu melihat beberapa helai bulu
burung merak tercicir di atas tanah.

Apabila kumpulan burung merak telah
berlalu, burung layang-layang mengutip
semua bulu merak yang tercicir di atas
tanah dan menyisipkan ke badannya.

Apabila selesai, burung layang-
layang berjalan di atas laluan burung
merak tadi.Burung-burung lain yang
melihatnya berteriak," Ke tepi! Ke tepi!
Berikan laluan kepada Raja Burung."

Burung layang-layang berasa sangat
seronok dan berjalan lebih pantas sehingga
terlupa tentang bulu-bulu burung merak
yang disisipkan di badannya. Lalu, satu
demi satu bulu burung merak tertanggal dan
tercicir di atas tanah.

Burung-burung lain yang menyaksikan
kejadian tersebut ketawa berdekah-dekah
sambil berteriak, " Rupa-rupanya burung
layang-layang menyamar menjadi Raja
Burung."

Burung layang-layang berlalu dari situ
sambil menundukkan kepalanya kerana
berasa sangat malu. Semasa berjalan
dengan kepala tertunduk, burung layang-
layang telah terlanggar burung merak.

Apabila burung layang-layang
mendongak, dia mendapati burung
merak sedang berdiri di hadapannya
dengan muka yang bengis.

Burung merak berkata, " kami tidak
suka kepada burung yang cuba
menyamar menjadi burung yang lain.
Pergi dari sini!" Burung layang-layang
segera terbang meninggalkan kawasan
tersebut.

Semasa terbang, burung layang-

layang ternampak sekumpulan burung
seakan-akan serupa dengan dirinya.
Burung layang-layang mendekati
burung dalam kumpulan tersebut.

Seekor burung dalam kumpulan itu
bertanya, "Anda ahli baru dalam
kumpulan inikah?" Burung layang-
layang pun menjawab, "Ya, saya ahli
baru dalam kumpulan ini." Burung
layang-layang berasa sangat gembira
kerana telah mendapat sahabat baru.

Ye….adik-adik…..
Demikianlah tadi cerita si burung
layang-layang.

Berikan 3 pengajaran daripada
cerita tersebut ?

Jumpa lagi, bye..bye….

Nor@2021


Click to View FlipBook Version