NO. KKDN : PP 18483/08/2014 (033974)
MALAYSIAN ASSOCIATION OF ENVIRONMENTAL HEALTH
EDISI 2018-2019
Attending IFEH Council Meeting & Annual General Meetings And The 15th
IFEH World Congress In Auckland New Zealand
Kunjungan Hormat Majlis Presiden Persatuan & Kesatuan PKP/PPKP
ke Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Air, Tanah Dan SUmber Asli
World Environmental Health Day 2018 “Global Food Safety
And Sustainability”
World Environmental Health Day 2018 “Climate Change Challenges,
Time For Global Environmental Health To Act In Unison”
MAEH Framework WCEH2020
SidangEditor
KETUA EDITOR
ROBIATUL MUNAWWIRAH AHMAD
EDITOR
MOHD RIDZUAN MOHAMAD SALLEH
FARAH AYUNI SHAFIE
GRAFIK
ROBIATUL MUNAWWIRAH AHMAD
RUDIASWADY ABD RAHIM
KANDUNGAN
Sidang Editor
Perutusan Presiden
Nota Editor
MAEH Council
MAEH SanaSini
Konferen dan Lawatan Antarabangsa
Kursus dan Latihan
Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
Segmen Pelajar (Student Chapter)
Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Sisipan Khas
Copyright © 2020
by Copyright holder name
ISBN: 123-45678-9
Printed in Malaysia
Perutusan Presiden
Buletin MAEH merupakan penerbitan tahunan untuk memaklumkan aktiviti MAEH
sepanjang tahun berkenaan. Bagi tahun 2018 dan 2019, buletin ini digabungkan
dan diterbitkan dalam satu edisi khas. Ucapan tahniah diberikan kepada Sidang
Editor Buletin MAEH yang diketuai oleh Pn. Robiatul Munawwirah Ahmad. Edisi
khas ini mengandungi sisipan khas berkaitan sejarah penubuhan MAEH mulai
1976 hingga sekarang. Ini sebagai wadah kepada ahli-ahli MAEH yang baru atau
yang lama serta pengamal-pengamal Kesihatan Persekitaran mengenai
perjuangan MAEH demi profesion Penolong dan Pegawai Kesihatan Persekitaran
dari dulu sehingga kini. Saya berharap dengan terbitan ini, sedikit sebanyak
rujukan mengenai peranan MAEH dalam membangunkan profession pengamal-
pengamal Kesihatan Persekitaran terutamanya Penolong dan Pegawai Kesihatan
Persekitaran sehingga kini dapat dihayati oleh semua yang berkenaan. Selain
daripada sebuah badan iktisas, MAEH telah mengalami transformasi sebagai
sebuah badan Bukan Kerajaan (NGO) juga yang berperhatin tentang isu-isu
Kesihatan Persekitaran. Dalam tempoh dua tahun ini banyak aktiviti CSR telah
dijalankan yang melibatkan orang awam, agensi kerajaan, pelajar sekolah dan
pelajar universiti. Aktiviti-aktiviti ini tidak akan bergerak dan mencapai objektifnya
sekiranya tiada sumbangan dari segi sumber manusia, masa dan kewangan dari
ahli-ahli MAEH dan pihak-pihak tertentu.
Saya juga ingin mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk mengucapkan
terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan semua aktiviti MAEH dari dulu hingga
sekarang.
Sekian.
Tee Eng Ong
Presiden MAEH
Nota Editor
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia…
Selamat bertemu dalam keluaran bagi tahun 2019. Sekian lama menyepi,
keluaran kali ini menyajikan maklumat berkaitan aktiviti yang dilaksanakan
sepanjang tahun 2018 hingga 2019. Terbitan bulletin kali ini dibahagikan
kepada beberapa segmen iaitu Projek CSR, Segmen Pelajar (Student
Chapter), Kursus & Latihan dan MAEH SanaSini dan juga mengandungi
Sisipan Khas yang memuatkan tentang garis masa MAEH sejak awal
penubuhan sehinggalah masa kini.
Segmen Projek CSR memuatkan laporan beberapa projek CSR dengan
tema – tema yang unik antaranya LOVE, EPIC dan HOPE. Projek CSR ini
dijalankan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah dan juga komuniti
setempat. Segmen Pelajar (Student Chapter) pula memuatkan aktiviti
pelajar Kesihatan Persekitaran IPTA yang dijalankan antaranya MAEH
Urban Health Forum, CoEHS, Aedes Awareness Day, KASEH dan
EHFiT360◦. Segmen MAEH SanaSini pula memuatkan aktiviti – aktiviti
yang melibatkan penyertaan MAEH antaranya Hari Tandas Sedunia,
kunjungan hormat ke beberapa buah Jabatan Kerajaan, mesyuarat
bersama Majlis Presiden – Presiden, Penglibatan MAEH dalam Hari Tanpa
Tembakau Sedunia dan tidak ketinggalan sambutan Hari Kesihatan
Persekitaran Sedunia yang disambut setiap tahun. Manakala segmen
Kursus & Latihan pula memaparkan siri CPD dan juga kursus – kursus
pendek yang telah di anjurkan oleh pihak MAEH.
Terbitan ini diharap dapat menjadi salah satu wadah bagi ahli MAEH
khususnya dan warga pengamal Kesihatan Persekitaran amnya untuk
mendapatkan informasi berkaitan perkembangan bidang Kesihatan
Persekitaran di tanahair. MAEH sentiasa komited dalam menyemarakkan
budaya ilmu, bidang penyelidikan dan isu-isu Kesihatan Persekitaran.
Terima kasih kepada yang terlibat diatas komitmen dan kerjasama anda
untuk menghasilkan bulletin MAEH edisi khas ini. Selamat membaca dan
bertemu lagi di keluaran yang akan datang.
Muna Ahmad
EDITOR
MAEH MANAGEMENT COUNCIL 2019 – 2020
TEE ENG ONG MEGAT AZMAN MEGAT MOKHTAR
(PRESIDENT) (VICE PRESIDENT)
RUDIASWADY ABDUL RAHIM
(HON. SECRETARY)
ROBIATUL MUNAWWIRAH AHMAD MOHD RIDZUAN MOHAMAD SALLEH
(ASST HON SECRETARY I) (ASST HON SECRETARY II)
YM HAJI TENGKU ABDULLAH TENGKU AMER CHANDRAKANT PATEL
(HON TREASURER) (ASS HON TREASURER)
MAEH ORDINARY COMMITTEE MEMBERS
WEE KONG HENG DR MUHAMMAD AMIR
KAMALUDDIN
MOHAMAD PUAD MA’ON
DR FARAH AYUNI SHAFIE PROF MADYA DR IRNIZA
RASIDI
TS PROF MADYA DR NAZRI
CHE DOM
NIK ZULKIFLI AMIN HASHIM MARIAPPAN CHINNIAH
HAJI CHE SAIPOLLIZA DERAMAN
Lagu Peneraju Kesihatan Persekitaran
Ayuh la semua lindungi keluarga..
Kawal penyakit mudahnya berjangkit..
Akta makanan akta pencegahan..
Peraturan hendaklah dipatuhi dihormati..
Jaga kebersihan kualiti makanan..
Kemana pergi pastikan yang bersih..
Kawal kualiti air yang diminum..
Hindari bakteria virus pembunuh..
Hidup sihat sejahtera udara segar..
Terpelihara generasi..
Di rumah hingga ke padang permainan..
Bebaskan kita dari aedes..
Marilah kita sama pelihara..
Alam indah dapat dicemari..
Berganding menuju visi yang satu..
Kesihatan persekitaran..
Jagalah kita sama menjaga..
Kesihatan Persekitaran
Chorus…
Ayuh la semua lindungi keluarga..
Kawal penyakit mudahnya berjangkit..
Akta makanan akta pencegahan..
Peraturan hendaklah dipatuhi dihormati..
Jaga kebersihan kualiti makanan..
Kemana pergi pastikan yang bersih..
Kawal kualiti air yang diminum..
Hindari bakteria virus pembunuh..
Hidup sihat sejahtera udara segar..
Terpelihara generasi..
Di rumah hingga ke padang permainan..
Bebaskan kita dari aedes..
Marilah kita sama pelihara..
Alam indah dapat dicemari..
Berganding menuju visi yang satu..
Kesihatan persekitaran 3x
Hakmilik: MAEH
MAEH SANA SINI
“Untuk Kesejahteraan Manusia Sejagat”
“Move out your comfort zone. You Persidangan Kesihatan Persekitaran Pihak Berkuasa
can only grow if you are willing to Tempatan Dan Sambutan Hari Tandas Sedunia 2019
feel awkward and uncomfortable Pada 24 – 26 Januari 2019, Stadium Indera Mulia Ipoh
when you try something new”
- Brian Tracy
MAEH telah diundang menyertai Persidangan Kesihatan Persekitaran Pihak
Berkuasa Tempatan dan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat
Kebangsaan 2018 pada 24 hingga 26 Januari 2019 yang dilangsungkan di
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. MAEH telah diwakili oleh Tuan Presiden,
En Tee Eng Ong. Tema sambutan persidangan adalah “Sayangi Persekitaran
Kita”
Mesyuarat Pasukan Kajian Sistem Penyampaian
Kesihatan Persekitaran di Malaysia
Mesyuarat Majlis Presiden Persatuan dan Kesatuan Profesion Pegawai
Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran (PPKP) yang bersidang pada 30 November 2018 di Miri
Sarawak telah bersetuju adanya keperluan untuk menjalankan satu
kajian berkaitan Sistem Penyampaian Kesihatan Persekitaran di
Malaysia.
Mesyuarat Pasukan Kajian Sistem Penyampaian Kesihatan
Persekitaran di Malaysia telah diadakan pada 5 Mac 2019 di
Pejabat Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH),
Taman Equine Seri Kembangan Selangor. Mesyuarat telah
dihadiri oleh wakil EHOM, MAEH, dan Kesatuan Inspektor
Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM). Pihak MAEH diwakili
oleh Timbalan Presiden MAEH, En Megat Azman dan TImb.
Setiausaha Kehormat I, Pn Robiatul Munawwirah Ahmad.
Mesyuarat Majlis Presiden
Persatuan dan Kesatuan
Profession PKP dan PPKP
1/2019
Pada 15 Mac 2019 telah diadakan Mesyuarat Majlis Presiden Persatuan dan Kesatuan
Profesion PKP dan PPKP Bil 1 Tahun 2019 bertempat di Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau,
Sabah. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Presiden MAEH dan dihadiri oleh presiden-
presiden dari EHOM, KIKSM, KIK Sarawak dan KPPKP Sabah.
Pelbagai isu berkaitan pembangunan kerjaya dan kebajikan profesion PKP dan PPKP telah
dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat ini. Disamping itu juga, beberapa kertas
cadangan berkaitan penambahbaikan profesion telah dibentangkan serta dibincangkan
dalam mesyuarat ini.
BGM MAEH 2019
Barisan Exco MAEH penggal 2019 – 2021 bersama Tuan Haji Adnan, Setiausaha Agung CUEPACS
TAHNIAH! Pada 28 Mac 2019 bertempat di Kelab Tasik Putrajaya,
telah diadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MAEH.
EXCO MAEH Barisan exco MAEH bagi penggal 2019 – 2021 telah dipilih
PENGGAL dan kekal diterajui oleh Tuan Presiden, En Tee Eng Ong.
2019 - 2021 Pada hari tersebut juga turut diadakan Seminar Kesihatan
Persekitaran dan pembentangan poster. Tema yang dipilih
untuk seminar pada kali ini adalah “Environmental Health
For A Sustainable Future” Seramai 140 peserta dari
pelbagai agensi telah menghadiri seminar tersebut.
Presiden dan barisan Exco
MAEH bersama speaker
jemputan, En Salim Dulati
(Pengarah Bahagian
Keselamatan dan
Kebersihan Makanan)
bergambar bersama
peserta Seminar Kesihatan
Persekitaran di Kelab Tasik
Putrajaya.
SEKITAR
BGM
MAEH 2019
KUNJUNGAN HORMAT
MAJLIS PRESIDEN
PERSATUAN DAN
KESATUAN PROFESION PKP
DAN PPKP KE PEJABAT
KETUA PENGARAH
JABATAN
BIOKESELAMATAN,
KEMENTERIAN AIR, TANAH
DAN SUMBER ASLI
Majlis Presiden Persatuan dan Kesatuan Profesion PKP dan PPKP telah mengadakan kunjungan hormat kepada
Puan Norsham binti Haji Abdul Latip, Ketua Pengarah Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Air, Tanah dan
Sumber Asli pada 22 April 2019. Kunjungan ini disertai oleh En. Tee Eng Ong, Presiden MAEH, En. Mohamad
Ridzuan bin Mohamad Salleh, Presiden EHOM, En. Zoolhasmani, Timbalan Presiden KIKSM, En. Rudiaswady Abd
Rahim, Setiausaha Kehormat MAEH dan Tuan Haji Baharuddin. Pihak Majlis Presiden telah memberi penerangan
berkaitan sejarah dan peranan profesion PKP dan PPKP kepada Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai Jabatan
Biokeselamatan.
Perbincangan juga meliputi peranan yang boleh dimainkan oleh
PKP dan PPKP dalam pelaksanaan Akta Biokeselamatan 2007
serta kerjasama persatuan dan kesatuan PKP dan PPKP
kepada pihak Jabatan Biokeselamatan. Semoga kunjungan ini
akan mencetuskan kerjasama yang lebih erat pada masa akan
datang.
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT
SETIAUSAHA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
KKM
Majlis Presiden Persatuan dan Kesatuan Profesion PKP
dan PPKP telah mengadakan kunjungan hormat kepada
Tuan Zainal Alhakab Seman, Setiausaha Bahagian
Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia pada
25 April 2019. Tujuan kunjungan hormat adalah untuk
mengeratkan silaturahim antara Majlis Presiden dengan
pihak Bahagian Sumber Manusia, KKM terutamanya Tuan
Setiausaha Bahagian yang baharu melapor diri di KKM.
Dalam kunjungan ini, pihak Majlis Presiden telah
membangkitkan isu-isu berkaitan profesion PKP dan PPKP
untuk mendapat nasihat dan kerjasama daripada pihak
BSM, KKM. Pihak Majlis Presiden merakamkan ucapan
terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Zainal
Alhakab dan pegawai-pegawai di BSM KKM yang telah
memberi kerjasama bagi menjayakan kunjungan ini dan
cadangan penyelesaian isu-isu yang dibangkitkan oleh
Majlis Presiden. Semoga kerjasama sebegini akan
diteruskan pada masa akan datang.KUNJUNGAN
MESYUARAT CADANGAN
SEMAKAN SEMULA SKOP
KERJA, FUNGSI DAN
TANGGUNGJAWAB PKP
DAN PPKP DI HOSPITAL-
HOSPITAL
KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA
MAEH telah diundang menghadiri Mesyuarat Cadangan Semakan Semula Skop Kerja, Fungsi
dan Tanggungjawab Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran di Hospital-Hospital Kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menggantikan
Pekeliling Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam Bil.1 Tahun 2008 pada 16 Mei 2019
bertempat di Bilik Mesyuarat Mycobacterium Sektor Tibi/Kusta, Bahagian Kawalan Penyakit,
KKM, Putrajaya.
MAEH telah diwakili oleh Tuan Presiden, En Tee Eng Ong. Ahli Jawatankuasa dan mesyuarat
dipengerusikan oleh Dr Zulhizzam Bin Abdullah yang merupakan Timbalan Pengarah Cawangan
Pembangunan Kesihatan Awam, KKM. Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada pegawai-
pegawai dari Unit Perkembangan Profesion Perkembangan Kesihatan Awam, Bhg Keselamatan
Kualiti Makanan, Bhg Kawalan Penyakit, Bhg Perkhidmatan Kejuteraan, Bhg Perkembangan
Perubatan, Sektor Inspektorat & Perundangan Bhg Kesihatan Awam, Timb. Ketua Profesion PKP
dan PKP, Presiden Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia, Presiden Kesihatan
Environmen Malaysia (MAEH), Presiden Kesatuan Inspektor kesihatan Negeri Sarawak, Presiden
Kesatuan Inspektor Kesihatan Negeri Sabah, Wakil Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran
(EHOM) dan wakil PKP dan PPKP yang berkhidmat di Hospital.
Kertas kerja berkaitan penambahbaikan skop tugas PKP/PPKP di Unit kesihatan Awam Hospital
telah dilaksanakan oleh Pn. Ummi Nadiah Bte. Hj. Yusoff, Pegawai Kesihatan Persekitaran U44
Hospital Kuala Lumpur. Kertas kerja tersebut telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat yang
hadir dengan beberapa penambahbaikan sebelum diangkat ke mesyuarat Exco dan Dasar
Kesihatan Awam KKM bagi tujuan kelulusan.
Strength
doesn”t come from what you can do. It comes
from overcoming the things you once thought you
couldn’t.
- Rikki Rogers
MAEH
FRAMEWORK
WCEH2020
29 Julai 2019, Universiti Putra Malaysia - Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) telah
mengadakan satu Mesyuarat Penyediaan Environmental Health Framework untuk dibentangkan di
16TH IFEH World Congress On Environmental Health 2020 pada 11-13 Ogos 2020 di Putra World Trade
Centre Kuala Lumpur. Persidangan ini, adalah penganjuran kali ke-2 di mana MAEH sekali lagi diberi
penghormatan oleh International Federation Of Environmental Health (IFEH) untuk menganjurkan
persidangan dunia berprestij tersebut.
Mesyuarat ini, juga telah dihadiri oleh Datuk Haji Azih Bin Muda, Presiden Cuepecs dan ahli mesyuarat
yang lain dari pengamal kesihatan persekitaran di Malaysia dari peringkat Kementerian Kesihatan
Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan, wakil Universiti
Awam dan Swasta serta agensi-agensi yang terlibat dalam memberi penyampaian perkhidmatan
kesihatan persekitaran.
Semua wakil pengamal kesihatan persekitaran yang hadir telah memberi pandangan dan pendapat
dalam halatuju perkhidmatan penyampaian kesihatan persekitaran di Malaysia. Perbincangan ini
juga telah memberikan beberapa keputusan yang harus diberi penekanan dalam memastikan
tindakan segera yang perlu dijalankan untuk dibentangkan dalam World Congress Environmental
Health 2020 nanti.
Mesyuarat yang diadakan di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, Universiti Putra Malaysia dan dipengerusikan oleh En Tee Eng Ong,Presiden MAEH.
If you can dream it,
You can do it!
- Walt Disney -
29 April 2019, Putrajaya– Pihak MAEH sekali lagi merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan
tahniah kepada Tuan Ooi Poh Keong diatas Pemangkuan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP)
Gred U54 yang berkuat kuasa pada 15 April 2019 baru-baru ini. Surat penghargaan ucapan tahniah
telah dikeluarkan kepada Tuan Ooi Poh Keong oleh pihak MAEH sebagai tanda penghargaan
kepada beliau diatas pemangkuan tersebut.
Surat ucapan tahniah telah diserahkan oleh Tuan Haji Che Saipolliza Bin Deraman selaku EXCO
MAEH, merangkap Jawatankuasa Kecil Pembangunan Profesion di KPKT & SWASTA di pejabat beliau
hari ini. Dengan perlantikan ini, adalah menjadi sejarah pegawai yang pertama menyandang
Jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) Gred U54 dalam jawatan tertinggi Pegawai Kesihatan
Persekitaran (PKP) di Malaysia dan pihak MAEH akan memberi sokongan sepenuhnya penglibatan
tuan memberi penyampaian dalam kesihatan persekitaran. Semoga tuan dapat memberi
perkhidmatan yang cemerlang seterusnya mengharumkan nama baik jabatan dan juga profesion
Kesihatan Persekitaran. Tahniah diucapkan.
THE ASSOCIATION KONVENSYEN
EDUCATION &
KNOWLEDGE KESEDARAN
PERSEKITARAN
EXCHANGE SESSION BEBAS AMALAN
8 MAY 2019 MEROKOK
ANJURAN MyCEB
di KL Convention Centre 27 JUN 2019
telah dihadiri UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Oleh En. Tee Eng Ong dan En.
Mariappan Chinniah
MAEH di wakili oleh En.Mariappan untuk menerima sijil
penghargaan daripada YB Menteri Kesihatan Malaysia
INCIDENT OF
TOXIC WASTE
DUMPING: ISSUES
& CHALLENGES
9 OGOS 2019
HOTEL BALIK PULAU,
MELAKA
MAEH diwakili oleh:
En. Megat Azman b Megat
Mokhtar, En. Mohd Ridzuan b
Salleh dan En. Mariappan
Mohd Ridzuan
Presiden MAEH
menyampaikan Kenyataan
Akbar kepada YB Menteri
Kesihatan Malaysia sempena
Majlis Perasmian “Hari
Tanpa Tembakau Sedunia
2018”
Majlis ini turut dihadiri oleh
En.Megat Azman, En.
Veeramohan dan En Mohd
Ridzuan Mohamad Salleh
MAEH diwakili oleh En. JURI
Mariappan Chinniah PERTANDINGAN
TANDAS BERSIH
PERINGAT
BANDARAYA
MELAKA
BERSEJARAH
11 NOVEMBER 2019
Presiden MAEH
Bersama peserta semasa
sesi bergambar selepas
sesi FGD NEHAP untuk
TWG 10
9 Aug 2018 (UPM)
Timb Presiden MAEH
En. Megat Azman
menghadiri Mesyuarat
Majlis IFEH serta
mempromosi 16th WCEH
2020
di Kampala, Uganda
7 – 11 April 2019
En Megat Azman dan Wakil MAEH En
Syazwan Aizat bersama En David Dyjack,
Pengarah Eksekutif NEHA semasa di
Uganda
WORLD ENVIRONMENTAL
HEALTH DAY 2018
“GLOBAL FOOD SAFETY AND SUSTAINABILITY”
Seminar International Environmental Health yang telah diadakan sempena Sambutan Hari Kesihatan
Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 di Bukit Gambang, Pahang. Pihak MAEH
turut bertindak sebagai penganjur bersama sambutan selama dua hari ini. Program ini diadakan bagi
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta kepada kepentingan memastikan penjagaan
kesihatan persekitaran yang sihat.
Sempena sambutan Hari Kesihatan Persekitaran 2018 ini, pihak MAEH juga telah mengambil
kesempatan untuk melancarkan promosi World Congress Environmental Health 2020. Pelancaran
promosi tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg
Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min.
Pelancaran Promosi WCEH 2020 Barisan Exco Bersama KSU
“Climate Change Challenges, Time For Global
Environmental Health To Act In Unison”
Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (WEHD) 2019 Peringkat
Kebangsaan telah diadakan pada 26 September 2019 bertempat di
Penview Grand Ballroom, Kuching, Sarawak. Penganjur sambutan kali
ini adalah Kesatuan Inspektor kesihatan Negeri Sarawak (KIK Sarawak)
dengan kerjasama Jabatan kesihatan Negeri Sarawak, Kesatuan
Inspektor kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM), Kesatuan Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah (KPPKP Sabah), Persatuan
Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) dan Persatuan Pegawai
kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM). Perasmian sambutan telah
disempurnakan oleh YBhg. Datu Dr. Penguang Manggil, Menteri Muda
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sarawak. Majlis ini telah
dihadiri oleh 400 orang pengamal kesihatan persekitaran daripada
seluruh negara. Tema sambutan tahun ini adalah “Climate Change
Challenges, Time for Global Environmental Health To Act in Unison”.
Pengisian sambutan adalah pembentangan kertas teknikal berkaitan
isu-isu semasa berkaitan kesihatan persekitaran dan pertandingan
poster. Pertandingan poster telah dimenangi oleh pasukan dari
Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak, yang diketuai oleh En Azahari
Man. Sambutan ini telah dihadiri oleh Presiden MAEH, En Tee Eng Ong
bersama beberapa barisan exco MAEH.
En Azahari Man dari Negeri Perak muncul sebagai Johan Peserta khusyuk mendengar ceramah yang
pertandingan pembentangan poster disampaikan oleh penceramah jemputan.
Presiden MAEH bersama barisan exco yang menghadiri Presiden dan Timb SUK I MAEH bersama sebahagian
sambutan WEHD 2019, Kuching, Sarawak peserta daripada Kuching, Sarawak.
NATIONAL SEMINAR
MALAYSIAN FEDERATION
FOR OCCUPATIONAL
SAFETY AND HEALTH
(MyFOSH 2019)
9th – 10th December 2019
MAEH sebagai ahli MyFOSH terlibat dengan
penganjuran MyFOSH National Seminar pada 10 Dis
2019 di Auditorium Rashdan Baba, Universiti Putra
Malaysia. Presiden MAEH, En. Tee telah dijemput
untuk membentang satu kertas bertajuk “OSH in
Environmental Health”
MAEH
RETREAT 2018
1. 14 – 16 DIS
2018
HOTEL
SUTERA
SEREMBAN
AGENDA 1 :
Perancangan tahun 2019
AGENDA 2 :
Pencapaian / Laporan 2018
AGENDA 3 :
Environmental Health World
Congcress 2020
AGENDA 4 :
AGM Penggal 2019 – 2021
Sekitar RETREAT
Para exco membincangkan perancangan aktiviti Pembentangan pencapaian aktiviti tahun 2019
bagi tahun 2020 oleh jawatankuasa Kursus & Latihan
Exco Tn Hj Che Saipol Dan En Nik Zulkifli Amin tekun Kumpulan exco yang membincangkan berkaitan
membuat perancangan tahun 2020 ekonomi dan kedah untuk memperomosikan
WCEH 2020
“Demi MAEH
Kesejahteraan
Manusia INTERNATIONAL VISITS
Sejagat”
New Zealand Visit 2018 “Attending IFEH
Council Meeting &
In 2018, six MAEH Exco members attended the 15th
IFEH World Congress on Environmental Heath 2018 Annual General
in Auckland, New Zealand. At the end of the Meetings and the
congress the IFEH flag was handed over to the
president of MAEH, by the President of New 15TH IFEH World
Zealand Institute of Environmental Heath, Mr. Darryl Congress in
Thomson Apart from the congress, they also
attended the IFEH Council Meeting and Annual Auckland New
General Meeting. The group of Exco members Zealand”
were Mr. Tee Eng Ong, Mr. Megat Azman, Mr.
Mohd Puad Maon, Dr. Amir Kamaluddin, Dr.
Subramaniam Karuppanan and Mr. Mohd Ridzuan
Mohamad Salleh.
Journey Begins…
With IFEH council members after the
council meeting held in Auckland
on 18-19 March 2018
MAEH President receiving IFEH
flag to host the 16th IFEH world
congress in Malaysia from the
president of NZIEH, Mr. Darryl
Thomson witnessed by IFEH
President, Mr. Selva Mudaly
With delegates of the
15th IFEH World
Congress
With former and new IFEH
President, Mr. Peter
Archer and Mr. Selva
Mudaly respectively
3RD International Federation Of Environmental Health Academic
And 16th Makarere University Environmental Health Students’
Association Scientific Conference
Objectives of the Congress
The aim of the 3rd International
Federation of Environmental Health
(IFEH) Academic and 16th Makerere
University Environmental Health
Students’ Association (MUEHSA)
Scientific Conference held from 9th to
11th April 2019 at Hotel Africana in
Kampala, Uganda was to bring
together various stakeholders from
around the world to stimulate
multidisciplinary and multisectoral
collaboration in environmental health
central to achievement of the SDGs.
Mr. Tee presenting MAEH Plaque to Organising Chairman
Ms Helen Psarras
MAEH President promoting WCEH 2020 to
the participants
Mr. Tee with Dr. David Dyjack, Executive Director,
National Environmental Health Association, US
WCEH 2020 PROMOTION AT 44TH EHA NATIONAL
CONFERENCE IN ADELAIDE, AUSTRALIA
MAEH President, Mr. Tee was invited by the
organising Chairperson of the Conference, the
President of EHA South Australia, Ms Helen Psarras
to attend the conference and promote the 16th IFEH
World Congress in Kuala Lumpur.
The conference was held at the National Wine
Centre, Adelaide on the 6-8th November 2019
MAEH was provide with an Exhibition booth to
promote the WCEH 2020. The President of MAEH
was also given a slot of 10 minutes during the
second day of the EHA Conference to share about
WCEH 2020 and the attractions for the participants
to Malaysia.
KURSUS DAN LATIHAN
.
Kursus An Overview of Food Safety Management System For
Effective Inspection
28 – 30 April 2019, Seremban - Kursus An
Overview of Food Safety Management System For
Effective Inspection telah diadakan di Hotel Sutera,
Seremban. Seramai 16 peserta telah menghadiri
kursus ini.
Objektif kursus ini adalah untuk memperkukuh ilmu
dan mengemaskini pengetahuan PPKP / PKP
dalam bidang Keselamatan Makanan untuk
memantapkan kaedah menjalankan pemeriksaan
premis makanan dengan lebih efektif
KURSUS INSTRUMENTASI UNTUK PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
PERSEKITARAN YANG EFEKTIF
10-11 September 2019, Cheras - Kursus ini telah diadakan khas unttuk PPKP/PKP dari DBKL. Ia
berlangsung di Institut Latihan DBKL, Cheras. Seramai 25 lima peserta telah menghadiri kursus
ini.
Objektif kursus ini adalah untuk memperkukuh ilmu dan mengemaskini pengetahuan PPKP / PKP
dalam penggunaan peralatan yang sesuai dan lengkap dalam pemantauan dan pemeriksaan isu-
isu kesihatan persekitaran dengan lebih efektif.
Kursus Pemantauan dan Pemeriksaan Kolam Renang
(Swimming Pool Monitoring and Inspection Course)
22 - 24 Julai 2019, Seremban - Kursus Pemantauan
dan Pemeriksaan Kolam Renang telah diadakan di Hotel
Sutera, Seremban dari Seramai 35 peserta dari jabatan
kerajaan dan pihak swasta telah berdaftar untuk
menghadiri kursus yang julung kali diadakan.
Objektif kursus ini adalah untuk memperkukuh ilmu dan
mengemaskini pengetahuan para peserta dalam
menjalankan pemantauan dan pemeriksaan kolam
renang awam atau swasta supaya kesihatan dan
keselamatan pengguna kolam air dapat diawasi dengan
sistematik.
Antara aktiviti kursus ialah ceramah, aktiviti kelas, amali
di kolam renang dan ujian akhir kursus.
9 Oktober 2019, Kuala Lumpur - Kursus ini dikendalikan oleh
Ketua Pegawai Eksekutif High International sendiri, En. Richard
Sprenger. Seramai 25 peserta telah menghadiri kursus ini.
Objektif kursus adalah untuk memberi pengetahuan bagaimana
menjalankan pemeriksaan dan pengauditan premis makanan
dengan lebih efektif.
Antara aktiviti kursus ialah ceramah, aktiviti kelas, sesi amali
mengaudit dalam kelas dan peperiksaan akhir. Para peserta yang
lulus peperiksaan dianugerahkan sijil kelulusan dari Highfield
International.
Penganugerahan Sijil Pengikhtirafan MAEH sebagai Pusat
Latihan Highfield International oleh En. Richard Sprenger kepada
Presiden MAEH En. Tee Eng Ong
KURSUS FOOD SAFETY MANAGEMENT SYSTEM FOR INTERNAL
AUDITING
KURSUS HIGHFIELD LEVEL 3 AWARD IN EFFECTIVE AUDITING &
INSPECTION SKILLS
9 Oktober 2019, Kuala Lumpur - Kursus Food Safety
Management System for Internal Audting telah diadakan
di Kijal Kemaman pada 7-8 Julai 2019. Seramai 29
peserta telah menghadiri kursus ini.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan
kepada peserta dalam tatacara Sistem Pengurusan
Keselamatan Makanan di industri katering dalam
menjalankan pemeriksaan kendiri yang lebih berkesan di
premis penyediaan makanan.
Kursus ini dijalankan di dalam premis Sri Bima di Kijal,
Kemaman secara “in-house”. Antara aktiviti kursus ialah
ceramah, aktiviti kelas, lawatan ke premis penyediaan
dan pembungkusan makanan dan ujian akhir kursus.
KURSUS CIEH INTERMEDIATE IN
FOOD SAFETY
20-22 Mac 2019, Cheras - Kursus ini telah diadakan Para peserta kursus sedang diberi taklimat oleh
khas untuk PPKP/PKP dari DBKL. Ia berlangsung di Chef di Hotel Millenium, Kuala Lumpur semasa
Institut Latihan DBKL, Cheras. Seramai 20 peserta lawatan amali.
telah menghadiri kursus ini.
Objektif kursus ini adalah untuk memperkukuh ilmu
dan mengemaskini pengetahuan PPKP / PKP dalam
bidang Keselamatan Makanan untuk memantapkan
kaedah menjalankan pemeriksaan premis makanan
terutamanya di industri penyajian seperti hotel dan
restoran dengan lebih berfokus kepada hazad dan
risiko makanan.
Peserta yang lulus peperiksaan yang diadakan di
akhir kursus telah dianugerah Sijil CIEH
Intermediate in Food Safety oleh Chartered Institute
of Environmental Health, London, UK.
Antara aktiviti kursus ialah ceramah, aktiviti kelas,
lawatan amali ke premis penyediaan makanan di
Hotel Majestic KL dan Hotel Grand Millennium dan
peperiksaan akhir kursus.
MINI CONFERENCE e-WASTE FOR DECISION MAKER
PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR
22 Oktober 2019, Bukit Beruntung - Satu Mini- Dua wakil dari MAEH telah membentangkan kertas
Konferen mengenai E-Waste For Decision Maker seperti berikut:
Peringkat Daerah Hulu Selangor telah dianjurkan oleh
Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama strategik 1. Dr. Subramaniam Karuppanan – “e-Waste:
MAEH pada 22 Oktober 2019 di Ballroom Kelab Golf Challenge and Impact on Environment and
Bukit Beruntung. Acara ini telah dirasmikan oleh Yang Health”
DiPertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Shukri bin
Mohamad Hamin. 2. Assoc Prof. Dr. Marlia Mohd Hanafiah (Institute
of Climate Change UKM) – “e-Waste: Case study
Matlamat konferen ini adalah supaya para peserta dapat in developing countries and Malaysia”
memahami dan menghayati kepentingan menguruskan
pembuangan sisa pepejal terutamanya e-Waste dan Timbalan Presiden MAEH, En. Megat Azman juga
impaknya terhadap kesihatan persekitaran. dijemput untuk sesi dialog bersama stakeholders e-
Waste semasa konferen ini berlangsung.
Seramai 150 peserta telah menghadiri konferen ini.
Antara pesertanya ialah Ahli Majlis Daerah Hulu
Selangor, ketua-ketua Agensi Kerajaan, wakil kilang dan
industri, pelajar kolej dan universiti.
KURSUS PEWASAPAN (FUMIGATION) BAGI PENGAMAL
KESIHATAN PERSEKITARAN
24 - 26 Jun 2019, Nilai - Kursus Pewasapan Kaedah kursus ini adalah melalui ceramah bagi input
(Fumigation) ini adalah terbuka kepada warga Pegawai teori daripada penceramah jemputan terdiri daripada
Kesihatan Persekitaran (PKP), Penolong Pegawai Panel Peperiksaan Pewasapan Kementerian Kesihatan
Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan pegawai-pegawai Malaysia(KKM), tayangan video dan sesi praktikal di
teknikal yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan, lapangan. Peserta di bahagikan kepada dua kumpulan
Kementerian Kesihatan Malaysia serta badang berkanun untuk latihan praktikal pewasapan di Syarikat Bumipest
yang terlibat dalam pemantauan aktiviti pewasapan. Sdn. Bhd, Nilai Negeri Sembilan.
Kursus ini dianjurkan oleh MAEH sejajar dengan misi
persatuan iaitu To strive for the advancement of the Kursus ini telah dianjurkan dengan jayanya atas
environment health profession through human resource sokongan dan kerjasama daripada Panel Peperiksan
development. Manakala objektif umum kursus ialah Pewasapan (Fumigation) KKM, fasilitator dan semua
untuk memperkukuh dan memantapkan lagi peserta kursus.
pengetahuan para peserta di dalam aktiviti pewasapan
di lapangan. Seramai 28 orang peserta daripada Jabatan Secara keseluruhannya, kursus yang dikendalikan
Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah dan Pihak
Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia. Kursus ini julung mencapai objektifnya di mana peserta telah di dedahkan
kali dianjurkan atas dasar visi MAEH iaitu to be dan pengukuhan pengetahuan di dalam aktiviti
champion in Environmental Health issues for the well- pewasapan dan latihan saan kesihatan awam di KKM
being of mankind and to support international initiatives dan juga pihak berkuasa tempatan.
into the local and national agenda on good
environmental health practices. MAEH ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat khususnya para penceramah
dan fasilitator serta para peserta yang dinamik atas
sumbangan , sokongan dan kerjasama yang diberikan
dalam menjayakan Kursus ini.
KURSUS PENYIASATAN FORENSIK KESIHATAN PERSEKITARAN
BAGI PENGAMAL KESIHATAN PERSEKITARAN
10 - 12 September 2019, Hype Motorsports Kaedah kursus ini adalah melalui ceramah
Nilai - Kursus Penyiasatan Forensik ini adalah bagi input teori daripada penceramah
terbuka kepada warga Pegawai Kesihatan jemputan terdiri daripada Pegawai Penyiasat
Persekitaran (PKP), Penolong Pegawai Kesihatan PDRM Negeri Sembilan, Ketua UIP Negeri
Persekitaran (PPKP) dan pegawai-pegawai Pahang merangkap Pemangku Ketua
teknikal yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Profesion PKP/PPKP dan KPPKP daripada
Tempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sektor Inspektorat dan Perundangan, KKM.
badan berkanun yang terlibat dalam aktiviti Sesi latihan praktikal di lapangan juga
kesihatan persekitaran di lapangan. Kursus diadakan bagi memantapkan kemahiran para
anjuran MAEH ini adalah sejajar dengan misi peserta. Hasil penilaian pre dan post test
persatuan iaitu To strive for the advancement of mendapati terdapat pertambahan ilmu
the environment health profession through human pengetahuan berkaitan penyiasatan forensik
resource development. Manakala objektif umum kesihatan persekitaran.
kursus ialah untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan peserta dalam teknik penyiasatan Secara keseluruhannya, kursus yang
forensik kesihatan persekitaran. Seramai 39 dikendalikan telah mencapai objektifnya di
orang peserta daripada Pihak Berkuasa mana peserta telah di dedahkan dan
Tempatan, Pejabat Kesihatan Daerah dan pengukuhan pengetahuan di dalam
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah penyiasatan foresnik kesihatan persekitaran
menyertai kursus ini. Penceramah adalah terdiri dan latihan amali dilapangan.
daripada pegawai-pegawai yang mempunyai
pengalaman dan kepakaran dalam penyiasatan
forensik kesihatan persekitaran dan dibantu oleh
fasilitator yang berkemahiran dalam bidang ini.
KURSUS-KURSUS ANJURAN MAEH
TAHUN 2018
BIL TARIKH TAJUK KOORDINATOR
1 15-16 Jan Kursus Asas Risikan Bagi PPKP Siri 1 En Muniandy M Nathan
2 29-30 Jan Kursus Asas Risikan Bagi PKA Siri 1 En Muniandy M Nathan
3 13-14 Feb Kursus Asas Risikan Bagi PPKP Siri 2 En Muniandy M Nathan
4 27-28 Feb Kursus Asas Risikan Bagi PKA Siri 2 En Muniandy M Nathan
5 20-21 Apr Kursus Asas Risikan Bagi PPKP/PKP Siri 3 En Muniandy M Nathan
6 25-27 Apr Kursus CIEH Int Cert In Food Safety En Tee Eng Ong
Untuk PKP/PPKP untuk DBKL Siri 1
7 27-29 Jun Kursus CIEH Int Cert In Food Safety En Tee Eng Ong
Untuk PKP/PPKP untuk DBKL Siri 2
8 10-14 Dis Kursus Environmental Health En Tee Eng Ong
Legislations Untuk Pensyarah-
pensyarah UNIKL
CPD SIRI 1/2019
27 Februari 2019 @ Khamis 27 Februari 2019, Seri Kembangan – MAEH
Pejabat MAEH, Taman Equine telah menganjurkan CDP Siri 1/2019 terbuka
Speaker : Ts Dr Nazri Che Dom kepada ahli MAEH dan juga Pengamal
Kesihatan Persekitaran di Malaysia. Ts Dr
Nazri Bin Che Dom merupakan pembentang
dalam perkongsian ilmu berkaitan denggi
dengan tajuk “Surveillance And Control of
Urban Dengue Vectors”. CPD Siri 1/2019
pada kali ini telah dihadiri oleh 40 peserta dari
pelbagai jabatan dan institusi awam serta
CPD SIRI 2/2019
swasta.
2 Mei 2019, Seri Kembangan – CDP Siri 2 Mei 2019 @ Khamis
2/2019 kali ini telah menjemput Dr Pejabat MAEH, Taman Equine
Muhammad Amir Bin Kamaluddin sebagai Speaker : Dr Muhammad Amir Kamaluddin
pembentang dan tajuk yang diberikan dalam
sesi ini adalah “Climate Change Dynamics &
Environmental Health Functions”. Seramai 15
peserta telah menghadiri CDP kali ini.
Peserta-peserta yang hadir adalah di
kalangan ahli MAEH dan berkhidmat di DBKL,
Pejabat Kesihatan, Universiti dan juga dari
ILKKM.
CPD SIRI 3/2019 Date
27 Jun 2019 @ Khamis 27 Jun 2019, Seri Kembangan – CDP Siri
Pejabat MAEH, Taman Equine 3/2019 adalah bertajuk “Prosedur Pendaftaran
Tajuk; Prosedur Pendaftaran Kes Di Kes Di Mahkamah & Tatacara Sebutan Kes”
Mahkamah & Tatacara Sebutan Kes” yang disampaikan oleh penceramah jemputan
iaitu En Kua Ah Kiong, Ketua Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran, SIP
Kementerian Kesihatan Malaysia.
CPD SIRI 4/2019
14 November 2019, Seri Kembangan – CPD 14 November 2019 @ Khamis
Siri 4/2019 bertajuk “Environmental Pejabat MAEH, Taman Equine
Psychology For Environmental Health Tajuk; Environmental Psycology for
Practitioner” disampaikan oleh Ahli Exco Environmental Health Practitioner
MAEH, Prof Madya Dr Irniza Rasdi dari Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti
Putra Malaysia
CPD SIRI 5/2019
TECHNICAL ENVIRONMENTAL UPDATES SIRI
5 / 2019 – EDUCATION & TRAINING
Penceramah bagi CPD siri 5/209 adalah Mr
Rob Kindness daripada Highfield International
Doncaster, United Kingdom. Tajuk pada kali
ini adalh berkaitan Education & Training.
12 Julai 2019 @ Jumaat
Pejabat MAEH, Taman Equine
Tajuk; Education & Training
SEGMEN PELAJAR (STUDENT CHAPTER)
PROJEK PROMOSI KESIHATAN
Hotel Impian Morib, Banting, Selangor (10 – 11 Februari 2018)
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dengan
kerjasama Malaysian Association for the Study of Obesity
(MASO) menganjurkan Program Latihan Kesukarelawan
Projek Promosi Kesihatan pada 10 dan 11 Februari 2018.
Objektif program ini adalah :
i. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
sukarelawan dalam melaksanakan projek
komuniti
ii. melahirkan sukarelawan yang dapat
membantu projek komuniti (program
kesihatan) mencapai objektif yang disasarkan
.
Pasukan sukarelawan adalah komponen yang sangat
penting dalam menjayakan sesebuah projek komuniti.
Seramai tiga orang exco MAEH telah turut serta dalam
latihan kesukarelawan ini bersama beberapa ahli MAEH.
Di sepanjang program dua hari ini, peserta diberikan
pelbagai tunjuk ajar dan latihan terutamanya dari segi
pengurusan kesihatan komuniti seperti teknik mengambil
tekanan darah, mengukur ketinggian dan berat badan
disamping beberapa pengukuhan kepada Kempen Cara
Hidup Sihat Kebangsaan bagi menggalakkan serta
meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia untuk
mengamalkan dan membudayakan gaya hidup aktif.
1
“HIV: MEREKA
SEBAHAGIAN
KITA”
PLA MUAR | PROMOSI KESIHATAN | 6 – 7 APRIL 2018
LOKASI
Kolej Vokasional
Muar, Jalan Sg
Abong, 84000 Muar,
Johor.
Perasmian oleh Pegawai Kesihatan Daerah Dr Noorhaida Bt Ujang KUMPULAN
SASAR
PROMOSI KESIHATAN
Pelajar Kolej
Vokasional Muaang
Program“HIV: MEREKA Diagnosa pendidikan adalah suatu OBJEKTIF
SEBAHAGIAN KITA”ini merupakan pendekatan yang sangat Mengubah stigma dan
penerimaan kumpulan
satu platform yang direka khas menitikberatkan dari aspek sasaran terhadap
pesakit HIV/AIDS
untuk pelajar Diploma bagi Pengetahuan (Knowledge), dalam kalangan
pelajar Kolej
menyampaikan mesej-mesej dan Tingkahlaku (Practise), Sikap Vokasional Muar.
mengubah persepsi serta (Attitude). Ianya merupakan satu
penerimaan masyarakat pendekatan sistematik yang menilai
terutama di kalangan pelajar
mengenai penyakit HIV/AIDS atau menentukan tingkahlaku
yang berada disekeliling mereka. kesihatan melalui kajian ke atas
Bagi kesan jangka panjang, ia pengetahuan, sikap dan amalan
diharap dapat mengubah komuniti yang terlibat. Pendekatan
pemikiran mengenai penyakit ini sangat penting dalam
HIV/AIDS ini didalam kalangan memastikan langkah perancangan
pelajar di kolej. yang dilakukan berjalan dengan
lancar.
Program “HIV: MEREKA
SEBAHAGIAN KITA”
merupakan suatu program
yang dirangka bagi
mengubah stigma dan
penerimaan masyarakat
terutama pelajar mengenai
penyakit HIV/AIDS yang
berada di kalangan mereka.
Menurut „Global Aids Response Progress Report 2016‟ Kepentingan program tersebut
menunjukkan sebanyak 54.3% daripada responden dilakukan adalah :
yang telah dibuat soal selidik didapati masih 1. Meningkatkan pengetahuan dan
mempunyai stigma negatif dan bersikap diskriminatif
terhadap pesakit HIV. Bagi memastikan setiap kesedaran para pelajar mengenai
objektif yang telah ditetapkan berjaya dicapai , kejadian penyakit HIV.
strategi serta pendekatan perancangan projek 2. Memberi pendedahan mengenai
dibincangkan secara mendalam . Segala aspek dan penyakit HIV dan bagaimana ia
keperluan projek perlu dititik beratkan bagi boleh berlaku.
memastikan program berjalan dengan lancar 3. Meningkatkan
mengikut aktiviti yang telah ditetapkan . pengetahuan para pelajar
mengenai langkah pencegahan
HIV daripada berlaku.
STRATEGI & KOMUNIKASI
01CERAMAH 02 PAMERAN
• Pengenalan “HIV: MEREKA
HIV/AIDS SEBAHAGIAN
• Cara mandi jenazah KITA”
Tanda & Gejala
HIV/AIDS penyakit HIV/AIDS
• Bahaya HIV/AIDS
Hindari HIV/AIDS
03 DEMONSTRASI
Cara memandikan 04 PERMAINAN
‘Explorace’
jenazah HIV/AIDS Kuiz
3
Program promosi kesihatan “HIV: MEREKA SEBAHAGIAN KITA” telah
dijalankan selama dua hari satu malam bermula pada 6 April 2018 hingga 7
April 2018 di Kolej Vokasional Muar. Program ini melibatkan seramai 58
orang pelajar Diploma Tahun Akhir yang terdiri daripada jantina lelaki dan
perempuan.
Program ini dijalankan bertujuan untuk menyampaikan mesej-mesej
dan mengubah persepsi serta penerimaan masyarakat terutama di kalangan
pelajar mengenai pesakit HIV/AIDS yang berada disekeliling mereka. Selain
itu, program yang dijalankan ini telah mencapai objektif yang disarankan
iaitu mengubah stigma dan penerimaan kumpulan sasaran terhadap pesakit
HIV/AIDS dalam kalangan pelajar Kolej Vokasianal Muar dengan melakukan
ujian pre-test dan post-test kepada para pelajar.
Secara kesimpulan bagi projek ini, objektif yang ditetapkan telah
berjaya dicapai antaranya ialah para pelajar dapat mengenalpasti cara-cara
jangkitan HIV. Selain itu, hasil keputusan analisa borang soal selidik juga
mendapati para pelajar faham mengenai langkah-langkah pencegahan HIV
serta dapat menjawab dengan betul tentang risiko jangkitan HIV. Bukan itu
sahaja, didapati para pelajar memberi tindak balas positif sepanjang aktiviti-
aktiviti yang dijalankan. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak telah
membuka minda para pelajar Kolej Vokasional ini tentang stigma yang patut
dihapuskan terhadap pesakit HIV. Justeru itu, program ini telah memberi
kesedaran yang amat berguna kepada para pelajar untuk masa hadapan
mereka yang penuh dengan cabaran dunia. Tanpa pengetahuan tentang
penyakit HIV, penyakit ini berpotensi untuk berada tahap yang tinggi pada
masa akan datang.
Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang
kepada kami untuk menjalankan Projek Promosi Kesihatan ini. Terima kasih
juga yang tidak terhingga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit
Naning, MAEH dan Pejabat Kesihatan Daerah Muar kerana banyak
membantu menjayakan projek ini. Semoga projek ini dapat memberi
kebaikan kepada banyak pihak.
PUSAT LATIHAN AMALI MUAR
26 SEPTEMBER 2017
HINDARI KERACUNAN MAKANAN
“KEARAH SEKOLAH BEBAS KERACUNAN MAKANAN”
Program Promosi Kesihatan “Hindari Keracunan KEPENTINGAN PROGRAM “HINDARI
Makanan” ini diadakan bagi meningkatkan KERACUNAN
MAKANAN” INI
pengetahuan, amalan, dan sikap pelajar-pelajar BERTUJUAN :
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku 1. Meningkatkan Pengetahuan Dan
Kesedaran Para Pelajar Mengenai
Mahkota yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1, Kejadian Keracunan Makanan.
Tingkatan 2, dan Tingkatan 4 tentang bahaya 2. Mengurangkan Risiko Berulang
Kejadian Keracunan Makanan Di
keracunan makanan. Di samping itu, program ini juga Smk Tengku Mahkota.
dapat mengeratkan lagi kerjasama serta hubungan 3. Meningkatkan Pengetahuan Para
Pelajar Mengenai Langkah
sesama pelatih Pusat Latihan Amali Muar dengan Pencegahan Bagi Kejadian
Keracunan Makanan.
kerjasama pihak SMK Tengku Mahkota. Semasa
melaksanakan Kajian Pra-Program (Pre-Test), tahap
pengetahuan pelajar-pelajar Tingkatan Satu, Dua dan
Empat tentang keracunan makanan adalah berada di tahap
yang sederhana. Berdasarkan Kajian Pasca-Program (Post-
Test) pula, dengan adanya Program “Hindari Keracunan
Makanan” ini sebenarnya dapat meningkatkan tahap
pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan pelajar-
pelajar SMK Tengku Mahkota sebagaimana yang telah
dinyatakan dalam perbincangan analisis data melalui
analisa statistik. Oleh yang demikian, objektif program
tercapai dengan jayanya.
Kerjasama yang baik diperolehi daripada pihak SMK Ceramah disampaikan pelatih PPKP Shazrin Nazira
Tengku Mahkota terutamanya dari segi lokasi program,
penglibatan para peserta, peralatan seperti PA system,
projektor, meja, dan kerusi dalam menjayakan program
“Hindari Keracunan Makanan” ini. Dengan kerjasama
daripada Persatuan Kesihatan Persekitaran Malaysia
(MAEH) juga, program ini berpeluang untuk dirasmikan
oleh Encik Goh Boon Fatt, Penolong Bendahari Kehormat
MAEH. Selain itu juga, Unit Promosi Kesihatan (UPK)
dengan kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Muar juga
sentiasa memberikan pertolongan bantuan dan
pertolongan dari segi tunjuk ajar dan penggunaan
peralatan pameran sepanjang program dijalankan.
Pelajar Menyertai Aktiviti Panahan Keracunan Para Pelajar Menyertai Aktiviti Kenali Deria
Makanan Anda
Para Pelajar Menyertai Aktiviti Let’s Hygiene Jawatankuasa penganjur Bergambar Bersama
Mascot Bakteria
Pelajar tahun Akhir Program Ijazah Sarjana Muda Pelajar bersama pemeriksa yang menilai hasil
Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran kajian
(Kepujian)
Antara penerima anugerah pembentang terbaik Pembentang dan peserta CoEHS 2018 bergambar
CoEHS 2018 kenangan
Sebahagian peserta yang hadir sedang mendengar Lawatan VIP jemputan ke poster kajian yang
ceramah yang disampaikan dipamerkan
“Colloquium on Environmental Health and Safety 2018” (CoEHS 2018)
anjuran Pusat Pengajian Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran, Fakulti
Sains Kesihatan, UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam dengan kerjasama
Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) menjadi wadah penuntut
tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan
Persekitaran (Kepujian) untuk membentangkan hasil kajian mereka kepada
pemeriksa akademik luar dari IPTA, IPTS dan entiti penyelidikan. Kolokium
dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Kol. Dr. Amir Muhriz Abd
Latiff (B) dalam acara yang dihadiri oleh sejumlah 120 peserta dari beberapa
Pejabat Kesihatan Daerah, pihak berkuasa tempatan (DBKL, MBSA, MP
Selayang), pelajar-pelajar dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, UPM, USM
dan MAHSA, kakitangan Hospital Kuala Lumpur dan beberapa wakil industri.
Seramai 30 pemeriksa luar telah meneliti dan menilai poster hasil kajian
pelajar yang dalam bidang kesihatan dan keselamatan persekitaran termasuk
kualiti air, kualiti udara, kawalan vektor pembawa penyakit, pengurusan alam
sekitar, pengurusan sisa pepejal, penyakit berjangkit dan kesihatan dan
keselamatan pekerjaan. CoEHS 2018 turut memuatkan tiga sesi perkongsian
daripada pakar bidang kesihatan dan keselamatan persekitaran. Sesi
perkongsian pertama disampaikan oleh Prof Madya Dr Kulanthayan KC Mani
(UPM), Prof Madya Dr Hidayatulfathi Othman (UKM) dan Encik Tee Eng
Ong, Presiden Persatuan Kesihatan Environmen.
Penasihat CoEHS 2018, Dr. Farah Ayuni Shafie turut memaklumkan bahawa
aktiviti ini juga diharap dapat mempromosikan kepentingan profesion
kesihatan dan keselamatan persekitaran di samping membuka ruang
kerjasama penyelidikan antara pihak UiTM dan organisasi luar. Tiga
pembentangan terbaik pelajar menerima hadiah sumbangan dari MAEH.
Because of your smile, you make life more
beautiful
- Thich Nhat Hanch-