The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Amalan Seni Budaya yang terdapat di Negeri Johor Darul Takzim

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ishahanani82, 2022-08-15 11:19:28

AMALAN SENI BUDAYA NEGERI JOHOR

Amalan Seni Budaya yang terdapat di Negeri Johor Darul Takzim

SELAMAT DATANG
KE

GALERI SEJARAH

SK SERI PANTAI
MERSING, JOHOR

AMALAN
SENI BUDAYA

NEGERI JOHOR

TARIAN ZAPIN

• Zapin sinonim dengan kehidupan rakyat

Negeri Johor. Tidak dinafikan lagi
Negeri Johor merupakan sebuah negeri
yang begitu dikenali dengan tarian zapin
yang unik dan penuh dengan nilai-nilai
ketimuran.

• Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-

mubaligh dari Timur Tengah kira-kira
pada abad ke-15 yang datang dari Tanah
Arab dan Parsi.

• Menurut fakta sejarah, zapin mula

bertapak dan berkembang mekar di
Negeri Johor adalah di hulu sungai
Muar di daerah Pagoh dan Lenga.

• Zapin Melayu menggunakan alat-alat

muzik seperti gambus, tabur dan
marwas serta digabungkan dengan
alat muzik yang lain seperti biola
dan peti harmonium.

• Zapin Tenglu ini merupakan salah satu

tarian zapin yang terdapat di
Mersing.Pengasas tarian ini ialah Puan
Habsah Mohamed yang berasal dari
Kampung Tenglu, Mersing.

• Terdapat juga gerak tari yang

dipanggil Susur Titi, Langkah Pusing
Melayang dan Langkah Susur Ayam Patah.
Keunikan tarian ini ialah apabila
tangan kiri menyinsing kain dan tangan
kanan berkayuh sementara bahu akan
digerakkan sekali-sekala.

KUDA KEPANG

• Tarian kuda kepang ialah sejenis tarian

pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa,
Indonesia dan dibawa oleh penghijrah-
penghijrah ke Tanah Melayu.

• Kuda kepang biasanya dipersembahkan di

tempat terbuka atau di atas pentas yang
besar.

• Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan

membakar kemenyan dan membaca jampi
untuk memberikan tenaga kepada kuda-
kuda. Beliau menggunakan telur mentah,
bunga, rumput dan air untuk persembahan.

• Kuda kepang juga biasanya hitam dengan

bulu tengkuk berwarna kuning dan ada
juga yang membalutnya dengan baldu,

terutama kumpulan yang kerap membuat
persembahan di peringkat lebih
tinggi.

• Sembilan adalah penari, lima

pemuzik manakala selebihnya
adalah danyang.

• Penari pula mengatur gerakan

mengikut tempo muzik.

• Danyang

adalah penjaga atau gembala
kuda kepang yang menggunakan
cemeti untuk mengawal gerak
tari

• Tempoh sesuatu persembahan bergantung

kepada majlis dan suasana semasa
berlangsungnya persembahan itu.

• Sepuluh minit atau empat puluh

minit adalah masa bagi persembahan
tarian biasa kuda kepang seperti untuk
majlis perkahwinan.

• Berlainan pula bagi tarian kuda kepang

mabuk ia boleh berlangsung lebih lama
sehingga melalukan perbuatan yang
diluarjangka seperti melompat sehingga
enam kaki,mengupas kelapa dengan gigi
dan lain-lain.

• Terdapat juga peraturan yang perlu

dipatuhi iaitu tuan rumah perlu
menyediakan sajen(sajian) kepada
penari kuda kepang seperti kuih atau
bubur putih merah.

• Tarian-tarian yang selalu

dipersembahkan ialah tarian Sola,
Selendang,Pak Tani, Pucuk Rebung,
Perjuangan, Mempertahankan Diri dan
sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam
tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.

GHAZAL

• Perkataan ‘ghazal’ dipercayai berasal

daripada Bahasa Arab yang bermaksud
‘bahasa kasih’. Ia dikatakan sejenis
puisi yang popular pada zaman
Jahilliah untuk masyarakat Arab.

• Menurut kajian, ghazal yang datang

dari Parsi ini dikatakan sebagai
sejenis nyanyian dalam kalangan pemuda
yang sedang bercinta. Bentuk ghazal
dikatakan menyerupai Qasidah dan
pengisiannya adalah tentang tasawuf
dan nilai kasih sayang.

• Di Johor, Dato’ Bentara Luar Mohd.

Salleh Perang merupakan tokoh yang
menyemarakkan lagi muzik ghazal
ini.

• Pada tahun 1900, ghazal mula

dipelajari oleh anak- anak Melayu
Johor yang gurunya adalah
berketurunan India bernama ‘Alpa’
iaitu seorang ustaz.

• Lagu- lagu yang dimainkan adalah

lagu Parsi dan Hindustan tulen.

• Rentak ghazal pula adalah daripada

‘langam’ iaitu rentak hindustan tetapi
disesuaikan dengan jiwa masyarakat
Melayu.

• Alatan asalnya adalah sharinggi, sitar,

harmonium dan tabla serta kemudiannya
sitar digantikan dengan gambus dan
sharinggi ditukar kepada gitar.

• Lama- kelamaan, alatan ini

diperbanyakkan dengan penambahan alatan
seperti biola, kecapi Jepun atau
mandolin.

• Pendeta Ghazal Melayu Johor iaitu Pak

Lomak(Musa bin Yusof) yang
menceburkan diri dalam bermain
harmonium, tabla dan menyanyi syair
bahasa Parsi dan Hindustan.

• Selain itu,beliau telah mula belajar

lagu-lagu Melayu dengan Encik Besar
bin Md. Salleh. Pak Lomak juga
memasukkan lagu- lagu ini dengan
laram-laram(stail) Parsi.

ALAT-ALAT MUZIK GHAZAL

Peti Harmonium ialah sejenis
alat muzik yang berasal dari
India.
Peti Harmonium digunakan
sebagai alat mengeluarkan
melodi dalam lagu-lagu Ghazal.

Tabela/ Tabla ialah sepasang
gendang kecil yang berasal dari
India, yang kecil dinamakan Din
dan yang besar dinamakan Bam.
Alat ini penting bagi memainkan
rentak dan juga tempo.

Biola ialah viola biasa. Sebenarnya
saiz biola lebih besar sedikit
daripada Violin. Biola tidak sesuai
bagi permainan muzik ghazal tetapi
violin adalah lebih sesuai. Alat ini
berasal dari Barat, jepun dan Negeri
China. Alat ini digantikan dengan
alat muzik Sharinggi India.

Gambus ialah sejenis alat muzik yang
berasal dari Negara Arab, juga
dikenali dengan sebutan Od. Alat ini
menggantikan alat muzik sitar dari
India. Alat muzik ini juga perlu ada
dalam permainan muzik ghazal Johor.

Gitar ialah sejenis alat
muzik dari negara Barat.
Alat ini juga perlu ada bagi
memainkan melodi dan rentak
muzik ghazal Johor.

Tamborin ialah sejenis
alat muzik perkusi yang
menggantikan alat
keroncongan (India).
Alat ini digunakan
sebagai alat rentak dan
tempo.

Marakas ialah sejenis
alat muzik perkusi yang
perlu ada dalam muzik
ghazal Johor. Alat ini
juga berperanan sebagai
alat tempo dan rentak.

MAKANAN

• Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi

dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu.

• Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu

unik dan begitu sukar didapati di negeri-negeri lain di
Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja
makanan yang unik ini biasanya boleh didapati dan
adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.

Laksa Johor; makanan
yang berasal dari
Johor. Laksa ini
berbeza dari Laksa
Penang kerana
menggunakan santan
kelapa untuk kuahnya.

Mi Bandung adalah masakan yang
berasal dari negeri Johor dan
terkenal di Muar. Perkataan
‘bandung’ tidak berasal dari
Bandung, Indonesia tetapi
membawa maksud pelbagai bahan-
bahan yang disatukan dari
pelbagai rencah.

Mi Rebus adalah makanan
terkenal yang terkandung mi
yang dicelur dan
dihidangkan bersama kuahnya
tersendiri, telur rebus dan
bahan sampingan.

Arisa, Masakan ini juga dikenali
sebagai masakan Arab Peranakan dan
sangat popular di Johor. Namun
tidak semua orang di Johor yang
mengenali jenis masakan ini dan
hanya popular di Johor Bahru.
Masakan ini biasanya dihidangkan
ketika majlis-majlis rasmi bagi
golongan elit.

Sate merupakan makanan
kegemaran semua rakyat
Malaysia. Daging lembu atau
ayam berempah (kini dengan
pelbagai jenis daging seperti
rusa dan kambing) yang dibakar
ini, boleh diperolehi di
dalam mana-mana sahaja sekitar
Johor.

Telur Pindang amat popular
di majlis-majlis
perkahwinan. Telur pindang
ini adalah telur ayam
yang direbus selama
beberapa jam bersama-sama
rempah dan daun-daun.

Roti Kirai/ Roti Jala, Nama ini
bersesuaian dengan rupanya yang
seakan jala.
Roti Jala dibuat daripada adunan
tepung dengan menggunakan bekas
acuan yang berlubang dan
dimasak di kuali leper. Kari
ataupun serawa menjadi sos yang
dimakan bersama.

Otak-otak yang
terkenal di Johor
adalah ‘otak-otak
Kempas’ dan ‘otak-
otak Gelang Patah’.

Nasi Beriani adalah nasi yang
dimasak dengan rempah
beriani.Nasi Beriani amat
terkenal di daerah Batu
Pahat.

Soto ialah nasi impit atau ketupat dimakan
bersama kuah sup ayam yang dimasak pekat.
Dihidangkan bersama bahan-bahan sampingan
yang wajib ada seperti, taugeh, begedil,
soo hoon goreng, kacang tanah goreng,
bawang goreng, hirisan daun sup/daun bawang
dan sambal kicap, agar ia menjadi hidangan
soto yang lengkap. Kuah soto biasanya
menggunakan ayam yang direnih hingga isinya
empuk.

Burasak adalah sejenis
makanan orang-orang bugis.
Beras yang dibungkus
dengan menggunakan daun
pisang muda dan dimasak
bersama santan.

PAKAIAN TRADISIONAL

Baju Riau, Baju berbelah ini
seakan-akan kebaya pendek.
Baju Riau juga disebut
'Engku Puteri atau Raja
Hamidah‘, puteri kepada Raja
Haji iaitu Yang Dipertuan
Muda Riau yang kelima dari
keturunan Bugis.

Baju Belah Kebaya Panjang,
Walaupun wanita Johor
terkenal dengan baju kurung,
tetapi dalam acara majlis,
mereka muncul juga dengan
memakai kebaya, sebagai
warisan daripada Kerajaan
Johor-Riau.

Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu
ialah pakaian tradisional lelaki
melayu. Istilah Cekak Musang ini
berhubung langsung dengan pola
lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’
tinggi atau leher tegak empang leher.
Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan
imej alami untuk leher baju yang
bercekak tinggi berdiri (2.5cm)
melingkari leher.

Baju Teluk Belanga, Baju ini mula
diperkenalkan di Teluk Belanga,
Singapura dan tersebar luas sebagai
ciri khas Johor khususnya pada abad
ke-19 dan merupakan sejenis pakaian
lelaki yang dikatakan telah direka
oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866
untuk meraikan perpindahan ibu negeri
Johor dari Teluk Belanga di Singapura
ke Johor Bahru.

Baju kurung, dianggap popular dan
dipakai oleh lelaki dan perempuan.
Perbezaannya terletak pada bahagian
kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek
manakala perempuan mempunyai satu kocek
serta perbezaan daripada segi pemakaian.
Pengertian kurung secara tidak langsung
telah membawa erti ‘mengurung atau
menutup’ anggota tubuh.

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan sepak raga
wujud sejak 600 tahun
lalu. Pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka,
selain dimainkan oleh
golongan bangsawan,
rakyat jelata juga
menggemari permainan ini.

Congkak adalah suatu permainan
tradisional yang berkembang
mengikut peredaran zaman,
dipercayai dibawa ke kepulauan
Melayu melalui India. Congkak
terkenal di Kedah, Kelantan dan
Johor. Nama Congkak diberikan oleh
kerana mula-mula dimainkan
menggunakan kulit kerang atau
"congkak".

REKA BENTUK RUMAH

Rumah Limas banyak terdapat
di Johor, Selangor dan
Terengganu. Maksud Limas
adalah bentuk timba atau
takir yang diperbuat daripada
daun pisang atau upih yang
berbentuk tirus ke atas
seperti piramid.

SENI BUDAYA ADALAH
WARISAN KITA

Rama-rama Si Kumbang Jati
Khatib Endah pulang berkuda
Patah tumbuh hilang berganti
Pusaka tinggal begitu juga

Sirih junjung buat pinangan
Di hias indah cantik ditatang
Tradisi kita dilupa jangan
Adat dikendong budaya dijulang


Click to View FlipBook Version