The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahrusli03, 2020-11-03 00:27:49

MINIT MESYUARAT UNIT HEM BIL 2 2020

MINIT MESYARAT UNIT HEM BIL 2 2020

SK SAUJANA IMPIAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, KPM
PERSIARAN IMPIAN PERDANA,SAUJANA IMPIAN
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT UNIT HEM
BIL 2/2020

_________________________________________________________________________

TARIKH : 7hb Julai 2020

HARI : Selasa

MASA : 11.30 pagi - 1.35 tengah hari

TEMPAT : Kamar Saujana, SKSI SBT

_________________________________________________________________________

HADIR

1. Pn. Hjh. Zuraida binti Mohamed Omar PK HEM
2. Pn Norleha binti Adam PK Kokurikulum
3. Ustzh Rohaya binti Md Zin Penyelaras Unit Kesihatan
4. Pn. Siti Asbah bt. Bahraldin S/U Unit Kebajikan Murid
5. Ustzh Nursaadah binti Ismail S/U Unit Kantin
6. Pn. Hjh Noryana binti Mahat S/U Unit B&K
7. En. Hamin bin Ahmad Guru Data
8. En. Mohd Rosli bin Abdullah Penyelaras Unit Keselamatan
9. En. Mohd Zaidi bin Sulaiman Penyelaras Unit Disiplin
10. Pn. Siti Asiah binti Idris S/U Unit SPBT
11. Pn. Juliana binti Ahmad Zhuki Penyelaras Unit Pengawas
12. Ustz. Thohirah binti Mohamed S/U Unit Guru Penyayang
13. Cik Erni Aida binti Darsono S/U Unit Impian Segar
14. Ustzh. Siti Khadijah bt. Mohamed Nordin Penyelaras Unit Kebersihan
15. Us. Muhammad Khairil Akmal b. Masduki AJK Unit Keselamatan
16. Ustzh. Junariah binti Tairin S/U Unit HEM

TIDAK HADIR (BERSEBAB) Bertugas
Gotong royong
1. Ustzh. Khairiah binti Husin
2. Us. Omaira bin Samat

1

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI :PN. HJH. ZURAIDA BT. MOHAMED OMAR (PK HEM)

1.1 Pn. Zuraida mengucapkan salam kepada semua penyelaras dan setiausaha sub
Unit HEM. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua dan mengucapkan terima
kasih atas kehadiran dalam mesyuarat Unit HEM Bil 2/2020.

1.2 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan meminta guru-guru membaca Surah
Al-Fatihah semoga perjalanan mesyuarat pada hari ini diberkati.

1.3 Pengerusi memaklumkan mesyuarat pada hari ini akan membincangkan tentang
tindakan Unit HEM sebelum pembukaan sekolah sepanjang PKPP.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Setiausaha Unit HEM membentangkan minit mesyuarat Unit HEM Bil.1 / 2020

tanpa sebarang pindaan.

2.2 Dicadangkan oleh : En. Mohd Rosli bin Abdullah

Disokong tanpa pindaan : En. Mohd Zaidi bin Sulaiman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- TIADA PERKARA BERBANGKIT -

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 SISTEM FAIL
4.1.1 Pn. Zuraida meminta semua penyelaras / setiausaha Sub Unit Hem

mengemaskini fail unit masing-masing untuk tujuan audit Unit HEM.
4.1.2 Tarikh audit Unit HEM ialah pada 21 dan 22 Julai 2020 mengikut jadual yang

akan ditetapkan. Audit akan dilaksanakan oleh PK HEM dengan bantuan
setiausaha Unit HEM.

Tindakan : Penyelaras/Setiausaha Sub Unit HEM

4.2 PENGURUSAN KELAS
4.2.1 Kerusi dan meja murid di dalam kelas akan dilabel dengan nama murid

sepanjang sesi persekolahan semasa PKPP ini. Mereka tidak dibenarkan
bertukar tempat duduk tanpa kebenaran daripada guru.

Tindakan : Guru Kelas
4.2.2 Senarai nama murid hendaklah dicetak di atas kertas warna yang berlainan

antara sesi pagi dan petang.

2

Tindakan : Guru Kelas
4.2.3 Murid-murid digalakkan membawa “hand sanitizer” sendiri setelah bermulanya

sesi persekolahan.
Tindakan : Makluman

4.2.5 Sekiranya terdapat murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa sebarang
maklumat sepanjang PKPP ini, guru kelas diminta menghubungi ibu bapa murid
tersebut utnuk mendapatkan maklumat.
Tindakan : Guru Kelas

4.2.6 Sepanjang sesi persekolahan semasa PKPP, semua murid akan makan di dalam
kelas pada waktu rehat. Sehubungan itu seramai 4 atau 5 orang murid akan
ditugaskan mengambil makanan di kantin mewakili rakan-rakan mereka.
Tindakan : Semua Guru

4.2.7 Murid akan membuat tempahan makanan dan membuat bayaran melalui guru
kelas masing-masing.
Tindakan : Guru Kelas

4.2.8 Pn. Zuraida mencadangkan menu makanan diselaraskan setiap hari. Sekiranya
terdapat murid yang tidak membuat tempahan makanan, murid perlu membawa
bekal dari rumah.
Tindakan : Makluman

4.2.9 Pengusaha kantin hanya menyediakan makanan sahaja manakala murid perlu
membawa air minuman sendiri. Murid-murid digalakkan membawa air kosong
Murid-murid juga digalakkan membawa sudu dan garfu plastik sendiri.

4.2.10 Ustazah Thohirah mencadangkan kutipan bayaran makanan dibuat seminggu
sekali.

4.2.11 Pn. Zuraida bersetuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan juga
kutipan bayaran dibuat 2 minggu sekali untuk memudahkan guru kelas.
Tindakan : Guru Kelas

4.3 GURU PENYAYANG
4.3.1 Guru bertugas mingguan akan menyambut kedatangan murid dan mengambil

suhu badan mereka.
4.3.2 Guru bertugas perlu berada di beberapa tempat iaitu 3 orang guru di pagar

utama, 2 orang guru di pagar 4 dan seorang guru di hadapan kelas prasekolah.
4.3.3 Jadual tugasan akan disusun untuk memudahkan guru-guru menjalankan tugas.

Tindakan : S/U Unit Guru Penyayang & Semua Guru
4.3.4 Jika terdapat murid yang suhu badannya mencecah lebih 37.5, murid

berkenaan perlu berehat di dalam Bilik Isolasi. Guru bertugas akan

3

menghubungi ibu bapa murid tersebut untuk dibawa pulang.
Tindakan : Guru Bertugas

4.4 BUKU PENDAFTARAN MURID
4.4.1 Guru-guru kelas tahun 1 diingatkan supaya mendaftarkan murid tahun 1

dalam buku pendaftaran (buku besar).
Tindakan : Guru Kelas Tahun 1

4.4.2 Pn. Zuraida memaklumkan beliau telah mendaftarkan murid baharu dalam buku
pendaftaran dan guru-guru kelas boleh merujuk buku tersebut untuk
mendapatkan nombor daftar.
Tindakan : Guru Kelas

4.5 UNIT IMPIAN SEGAR
4.5.1 Pn. Zurida memaklumkan hanya 6 orang murid sahaja dibenarkan berada di

dalam Impian Segar sepanjang sesi persekolahan sewaktu PKPP ini.
Tindakan : Makluman

4.5.2 Pn. Zuraida mencadangkan supaya disediakan nombor untuk memudahkan
murid mengetahui bilangan rakan mereka yang berada di dalam Impian Segar.
Apabila murid tiba di Impian Segar, mereka perlu mengambil nombor yang
disediakan. Sekiranya nombor tersebut tiada, bermakna bilangan murid di
dalam Impian Segar telah mencukupi. Murid perlu menunggu rakan mereka
keluar terlebih dahulu sebelum mereka memasuki Impian Segar.

4.5.3 Pn. Zuraida juga memaklumkan di luar pintu masuk Impian Segar akan
disediakan penggantung untuk meletakkan kad nombor tersebut.
Tindakan : S/U Unit Impian Segar

4.5.4 Cik Erni mencadangkan supaya disediakan juga penggantung di dalam Impian
Segar. Murid boleh menggantung kad nombor tersebut sebelum qada’ hajat
dan mengambilnya semula setelah selesai, seterusnya menggantung semula
kad nombor tersebut di tempat asalnya.

4.5.5 Cadangan Cik Erni dipersetujui dan Pn. Zuraida mengingatkan supaya
penggantung yang akan disediakan di dalam Impian Segar mestilah pada paras
yang bersesuaian dengan ketinggian murid.
Tindakan : S/U Unit Impian Segar

4.5.6 Impian Segar Guru tiada kemudahan selipar disediakan sepanjang PKPP ini.
Guru-guru hendaklah menggunakan selipar sendiri.
Tindakan : Semua Guru

4

4.6 UNIT KANTIN
4.6.1 Pn. Zuraida mengingatkan AJK Unit Kantin untuk membuat label laluan keluar

dan masuk serta garisan untuk beratur.
Tindakan : AJK Unit Kantin

4.6.8 Cik Erni mencadangkan supaya pengusaha kantin menjual roti dan air kotak
sebagai persediaan jika terdapat murid yang tidak membuat tempahan makanan
tidak membawa bekal dari rumah.

4.6.9 Pn. Zuraida memaklumkan beliau akan berbincang dan mencadangkannya
kepada pengusaha kantin.
Tindakan : Makluman

4.6.10 Pn. Zuraida seterusnya memaklumkan tempat makan guru-guru adalah di Kamar
Guru atau bersama murid sekiranya guru-guru bertugas pada waktu rehat.
Tindakan : Semua Guru

4.7 UNIT KESIHATAN
4.7.1 Ustazah Rohaya memaklumkan beliau telah membuat semakan penghantaran

Buku Rekod Kesihatan Murid dan Kad Rawatan Pergigian. Terdapat beberapa
guru kelas yang belum menghantar Rekod Kesihatan Murid dan beliau telah
memaklumkan kepada guru berkenaan.
4.7.2 Rekod Kesihatan Murid Tahun 1 tidak perlu dihantar kerana mereka belum
menerima suntikan.
4.7.3 Pn. Zuraida memaklumkan pihak sekolah belum menerima jadual suntikan Murid
Tahun 1 daripada Klinik Kesihatan Kajang. Pada tahun ini suntikan Murid Tahun
1 dilakukan di klinik kesihatan secara berperingkat-peringkat. Pihak sekolah juga
belum mendapat maklumat berkaitan rawatan pergigian.

Tindakan : Makluman
4.7.4 Pn. Zuraida juga memaklumkan PPD Hulu Langat telah membekalkan poster

berkaitan kesihatan dan meminta AJK Unit Kesihatan mempamerkan poster
tersebut di tempat yang sesuai.

Tindakan : AJK Unit Kesihatan

4.8 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
4.8.1 Pn. Noryana memaklumkan sesi kaunseling akan diteruskan mengikut “SOP”

yang telah ditetapkan.
4.8.2 Sesi kaunseling kelompok akan dijalankan dengan menetapkan bilangan murid

seramai 4 orang sahaja bagi setiap sesi mengikut keperluan.
Tindakan : S/U Unit B&K

5

4.9 APDM
4.9.1 Pn Zuraida memaklumkan sistem kehadiran murid akan mula didaftarkan pada

15 Julai 2020 (Rabu) bagi murid Tahun 5 dan Tahun 6, manakala Murid Tahun
1 hingga Tahun 4 pada 22 Julai 2020 (Rabu)

Tindakan : Guru Kelas
4.9.2 Pn. Zuraida memohon bantuan En Hamin supaya membuat semakan maklumat

murid dalam sistem APDM. Sekiranya terdapat maklumat murid yang tidak
lengkap sila maklumkan kepada guru kelas untuk tindakan.

Tindakan : Guru Data & Guru Kelas
4.9.3 Beliau juga mengharapkan En Hamin dapat mencetak maklumat murid sesi 2020

yang lengkap beserta alamat dan nombor telefon mengikut kelas menggunakan
kertas bersaiz A4.

Tindakan : Guru Data

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. Zuraida memaklumkan tiada sebarang aktiviti di padang sepanjang PKPP ini.
Tindakan : Makluman
5.2 Pn. Juliana mencadangkan murid-murid dibenarkan memakai baju PJ sekiranya
terdapat mata pelajaran PJ dalam jadual pada hari tersebut.
5.3 Pn. Zuraida memaklumkan beliau akan memanjangkan usul ini kepada pihak
pentadbiran sekolah.
Tindakan : Pentadbiran Sekolah
5.4 En. Mohd Rosli mencadangkan Program Latihan Kebakaran ditukar kepada
Taklimat Kebakaran.
5.5 Pn. Zuraida bersetuju dengan cadangan tersebut dan beliau juga mencadangkan
taklimat dilaksanakan dalam mata pelajaran kesihatan oleh guru berkenan.
Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak pentadbiran sekolah.
Tindakan : Pentadbiran Sekolah
5.6 Pn. Zuraida meminta AJK Unit Keselamatan membuat label laluan keluar dan
masuk di kaki lima bilik darjah.
Tindakan : AJK Unit Keselamatan
5.7 Ustazah Junariah memaklumkan Yayasan Sime Darby telah memilih SKSI
untuk menerima sumbangan sempena Program Kembali ke Sekolah sesi 2021.
Mereka menetapkan murid yang layak menerima sumbangan ini dengan merujuk
pendapatan penjaga bawah RM 3000.00. Sumbangan yang diberikan berupa
pakaian sekolah dan mereka juga meminta pihak sekolah memberi maklumat
berkaitan ukuran baju dan kasut .

6

5.8 Pn. Juliana mencadangkan murid-murid mengisi semula borang SMM untuk
mengenal pasti pendapatan terkini penjaga mereka. Berkemungkinan sepanjang
PKPP ini ramai penjaga yang kehilangan pendapatan.

5.9 Pn. Zuraida menjelaskan murid yang tertentu sahaja diminta mengisi semula
borang SMM. Guru kelas perlu mendapatkan maklumat daripada murid tentang
perkara tersebut.
Tindakan : Guru Kelas

5.10 Pn. Zuraida memberitahu PPD Hulu Langat telah memberi 2 pasang baju isolasi
kepada pihak sekolah untuk digunakan oleh guru yang menguruskan murid jika
mengalami gejala Covid-19.
Tindakan : Makluman

6.0 PENUTUP
6.1 Pn. Zuraida mengucapkan terima kasih sekali lagi dan mengharapkan semua
guru bekerjasama dalam membuat persiapan pembukaan sekolah sepanjang
PKPP dan semoga semua urusan berjalan lancar.
6.2 Pn. Zuraida mengakhiri mesyuarat Unit HEM dengan meminta semua yang hadir
membaca Surah al-Asr

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.38 petang.

Urus Setia,
______________________

Setiausaha HEM 2020
SK Saujana Impian, SBT

11 JULAI 2020

7

8


Click to View FlipBook Version