SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN, SBT
PERSIARAN IMPIAN PERDANA,
SAUJANA IMPIAN, KAJANG
PROGRAM UNIT KESELAMATAN
“ TINDAKAN KETIKA BERLAKU KEBAKARAN”
PENGENALAN KEBAKARAN
Kebakaran ialah nyalaan api kecil ataupun besar pada tempat, situasi dan waktu yang tidak
diinginkan dan umumnya bersifat merugikan dan sukar untuk diurus.
Kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah di rumah, di pejabat, pasar raya,
hotel, hutan dan juga di sekolah.
Faktor penyebab terjadinya kebakaran
1. Kebakaran berpunca daripada alam semula jadi (bencana alam)
- Petir ( sambaran petir pada bahan mudah terbakar )
- Gempa bumi ( gempa bumi yang mengakibatkan terputusnya jalur gas bahan bakar )
- Letusan gunung berapi ( lava likat yang panas membakar tumbuhan kering disekitarnya )
- Cahaya matahari ( panas matahari yang terik menyebabkan kebakaran dedaunan kering di
sekitarnya).
2. Faktor kebakaran akibat manusia
- Disengajakan ( pembakaran tidak terkawal untuk aktiviti pertanian )
- Kelalaian ( lupa mematikan dapur gas selepas memasak, tidak memeriksa hos gas dapur sama
ada bocor ataupun tidak )
- Tidak mematuhi undang-undang ( merokok di tempat yang berisiko berlaku kebakaran
seperti pam minyak atau tidak berjaga-jaga dengan bahan api )
- Akibat litar pintas
Cara-cara memadamkan api pada peringkat awal
Apabila api mula menyala, kita mungkin dapat memadamkannya dengan menggunakan
selimut tebal atau alat pemadam api ketika masih kecil.
Dengan bersedia dan bertindak cepat menentukan jenis kebakaran yang berlaku, kita
mempunyai peluang yang lebih baik bukan sahaja untuk memadamkan kebakaran tetapi juga
melakukannya tanpa risiko kecederaan.
Walau bagaimanapun, aspek keselamatan amat penting dan perlu diberi keutamaan. Sekiranya
kebakaran merebak dengan cepat, menghasilkan jumlah asap yang tebal dan berbahaya,
mengambil masa lebih dari lima saat untuk dipadamkan menggunakan alat pemadam api,
maka, kita mesti menarik penggera kebakaran, beredar dari tempat kebakaran dan menelefon
bomba.
Memadamkan kebakaran berpunca daripada elektrik
- Tutup suis utama punca kuasa apabila terlihat api atau percikan api pada mana-mana suis.
- Gunakan alat pemadam api kelas C jika gagal menutup suis utama.
- Tutup kawasan yang terbakar menggunakan selimut "fire blanket".
- Telefon bomba.
Memadamkan kebakaran berpunca daripada gas/ minyak
- Padamkan sumber gas dan petrol.
- Tutupkan kawasan yang terbakar menggunakan "fire blanket".
- Gunakan alat pemadam api kelas B.
- Telefon bomba.
Sekiranya kebakaran atau sebarang kecemasan berlaku di sekolah, apakah yang perlu anda
lakukan ?
JANGAN BERTINDAK BERSENDIRIAN UNTUK KESELAMATAN ANDA !
Ikuti langkah-langkah yang disarankan.
PERATURAN JIKA BERLAKU KECEMASAN / KEBAKARAN ( ATAU SEMASA
LATIHAN KEBAKARAN DIADAKAN ) DAN PENGOSONGAN BANGUNAN
1. PERATURAN AM
Isyarat kecemasan akan dibunyikan jika berlaku kecemasan atau kebakaran.
Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan berterusan selama 3 minit.
Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti
dan mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut :
Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bilik-bilik khas dan ditutup rapat
sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat
demikian.
Padamkan lampu dan kipas
Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting
seperti wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang dibawa.
Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan dan mengikuti
pelan laluan kecemasan yang ditetapkan.
Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi
pantas.
Jangan berkeliaran di kawasan bangunan.
Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.
2. TUGAS MURID-MURID
Tolak kerusi ke bawah meja
Tidak dibenarkan membawa beg
Matikan suis lampu dan kipas
Beratur di luar bilik darjah ( ketua kelas boleh membantu guru mengira jumlah
murid )
Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan ke tempat berkumpul dengan
senyap, pantas, tanpa kekecohan atau bertolak-tolakan antara satu sama lain.
Bergerak mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan dalam pelan
kecemasan.
Beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan semasa berada
di tempat berkumpul.
3. TUGAS GURU
Mengatur perjalanan murid keluar dari bilik ke tempat berkumpul. Bawa
jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik ditutup. Sekiranya masa
kritikal tidak perlu menutup pintu.
Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan/bacaan serta merta dan tenangkan
murid-murid.
Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket-soket
berkenaan.
Arahkan semua murid menolak kerusi ke bawah meja, beratur dengan tertib
dan berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas.
Menyusun murid-murid di tempat berkumpul.
6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN :
Tiada murid yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau.
Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.
11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA
Orang yang berhampiran dengan telefon ( kakitangan pejabat, guru atau sesiapa
sahaja )
Disediakan oleh:
Unit Keselamatan,
Hal Ehwal Murid SK Saujana Impian, SBT