PERKONGSIAN AMALAN
TERBAIK BM SPM
Mudahnya Rumusan
"Teknik KKIF "
Oleh : Cikgu Suzaina Chee
SMK TAMAN PERUMAHAN
BEDAUN, WP LABUAN
ISU / MASALAH MURID DALAM MENJAWAB
SOALAN RUMUSAN KSSM
KURANG FAHAM APA ITU AYAT FOKUS?
TIDAK TAHU / KURANG MAHIR
MENGENAL PASTI AYAT FOKUS DALAM
BAHAN RUMUSAN
SECAKEFA CTH+ TEKNIK KKIF
PEWA K-KATA
K-KUNCI
PeWaSa KBKK + I-IDEA
TeKAHA F-FOKUS
Mengenal pasti Idea fokus dalam bahan rumusan
yang membentuk pendahuluan,susunan isi
dan penutup
PERINCIAN SECAKEFA CTH PEWA
KATA KUNCI YANG POPULAR/ LAZIM DIGUNAKAN
SE CA KE FA
Sebab Cara Kesan Faedah
C TH
Ciri Tugas Halangan
PEWA
Penanda Wacana
FOKUS /KATA KUNCI YANG PERLU DIKENAL PASTI
DALAM BAHAN RUMUSAN (BAHAN 1 & BAHAN 2)
Sebab/Faktor/Punca
Cara/ langkah/Usaha/Inisiatif/Kaedah
Kesan/ akibat/ impak /implikasi
Faedah/Manfaat/Kebaikan/kepentingan/kelebihan/
keistimewaan
Ciri/ Kriteria/Sifat
Tugas/ peranan/fungsi/ tanggungjawab
Halangan / kekangan / cabaran
Guru dapat menjelaskan susunan pendahuluan, isi
yang membentuk lapan isi untuk setiap fokus yang
dikemukakan dalam bahan rumusan yang diberikan
dan penutup rumusan iaitu memberi idea kepada
murid mengenal pasti isi dan memberikan idea-idea
fokus yang diutarakan dalam dua atau tiga bahan
rumusan dengan menggunakan formula
KKIF SeCaKeFaCTH PEWA
dan PeWaSa KBKK TeKAHA
Mengenal pasti idea fokus isi / Kata kunci
Sebab- penggunaan frasa tidak, kurang, sebab,disebabkan,menyebabkan, faktor,alasan, berpunca dll.
Cara - penggunaan frasa ibu bapa,masyarakat,kerajaan, pihak sekolah ,semua pihak(PELAKU?
SIAPA?) cara,langkah,usaha,harus,mesti,hendak, wajar ,perlu,boleh,telah, harap dll.
Kesan - penggunaan frasa boleh, dapat, sering, mudah,akan, kesannya, akibatnya,
mengakibatkan,mendatangkan, mengalami, menjadikan dll.
Faedah - Penggunaan frasa seperti dapat, boleh, mampu, dapat,memberi,memupuk, menggalakkan dll.
Ciri - penggunaan frasa seperti sangat ,paling, + bijak,cekap, bertanggungjawab, rajin
dll.
Tugas - penggunaan frasa seperti mesti, perlu, harus + membantu, memastikan,
berperanan, bertanggungjawab dll.
Halangan - penggunaan frasa tidak, kurang,disebabkan.
Penanda Wacana - Selain itu, Seterusnya, Di samping itu, Selanjutnya, Akhir sekali, Bukan itu sahaja, dll
KesanCONTOH MENGENAL PASTI IDEA FOKUS ISI Penanda Wacana
Kementerian Pendidikan digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di sekolah-
sekolah bagi mengawal gejala buli dalam kalangan pelajar kerana akan memberi
kesan kepada pelajar yang dibuli berasa takut untuk datang ke sekolah. Selain itu,hal
tersebut meningkatkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang dibuli.
Kawalan tersebut perlu ditekankan kepada pelajar lelaki terutama semasa mereka
berada dalam Tahun 6 supaya tingkah laku negatif mereka tidak berlanjutan di
Cara
sekolah menengah.
Satu daripada cara untuk menangani gejala ini ialah mengadakan perbincangan
antara pelbagai pihak, iaitu ibu bapa dan sebagainya bagi mewujudkan dasar
tersebut. Pihak sekolah juga harus melaksanakan tinjauan sendiri terhadap kejadian
buli di sekolah masing-masing. Sekolah perlu menggalakkan pelajar yang menjadi
mangsa buli melaporkan kejadian itu kepada guru terutama guru kaunseling, guru
kelas atau guru disiplin. Kes buli juga mengakibatkan mangsa buli tidak dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran kerana mereka sentiasa
memikirkan tentang hal tersebut. Pelaku/Siapa?
Pelaku/Siapa? Cara
Dalam pada itu, sekolah juga disarankan supaya mewujudkan suatu bentuk
perjanjian dengan pelajar yang membolehkan pihak sekolah mengenakan
tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan tingkah laku buli. Pada masa
yang sama pula, pihak institusi latihan pergurusan menyediakan kursus khas
untuk mengenal pasti pelajar yang terlibat dengan gejala buli. Pada masa ini,
guru-guru tidak pernah didedahkan dengan situasi ini semasa latihan dan
seharusnya dipersiapkan dengan teknik mengenal pasti kes buli dan cara
menanganinya. Langkah lain yang disifatkan mujarab ialah lawatan
guru ke rumah pelajar untuk mendekatkan hubungan pihak sekolah dengan
ibu bapa. Pada masa ini, pihak sekolah akan melaporkan kejadian itu kepada
ibu bapa pelajar yang terlibat. Walau bagaimanapun, pihak sekolah tidak
seharusnya bertindak membabi buta apabila berhadapan dengan pelajar yang
terlibat dengan kes buli, umpamanya membuang pelajar atau menukar
pelajar ke sekolah lain. Penanda Wacana
Kesan
Frasa:
Boleh
Mengakibatkan
Mendatangkan
FOKUS (KATA KUNCI ) DALAM PENDAHULUAN
Guna fokus ( kata kunci) yang telah di kenal
pasti di dalam petikan untuk membina
perenggan pendahuluan
PENDAHULUAN 2 FOKUS
Rumusan membincangkan .....fokus 1..... dan
.....fokus 2........
PENDAHULUAN 3 FOKUS
Rumusan membincangkan .....fokus 1....,
.......fokus 2....., dan .......fokus 3......
KKIF PENUTUP RUMUSAN : PeWaSa KBKK + TeKAHA
PeWa-PENANDA WACANA Kesimpulannya
Sa -SASARAN / PELAKU
semua pihak, pihak kerajaan, pihak
sekolah, masyarakat. Ibu bapa, rakyat,
setiap individu, remaja
KB - KATA BANTU RAGAM hendaklah, mestilah, haruslah, wajarlah
KK - KATA KERJA
Memupuk, menggalakkan, menyokong,
membantu, menangani
membasmi,bekerjasama, berusaha
Te - TEMA rujuk idea fokus / kata kunci
KKIF PENUTUP RUMUSAN
KAH- KATA HUBUNG BUSA – bagi,untuk,supaya,agar
HA -KESAN (HARAPAN)
TEMA -
KESIHATAN- kesihatan terjamin,kehidupan
lebih sihat, kehidupan sejahtera.
ALAM SEKITAR- alam sekitar bersih, alam
sekitar terpelihara
KENEGARAAN - negara maju, negara aman
sentosa, imej negara terjamin
ILMU - melahirkan masyarakat yang berilmu,
EKONOMI - negara bertambah maju,
pendapatan negara meningkat
PERPADUAN/KEJIRANAN/PATRIOTISME
melahirkan masyarakat yang hermoni, negara
aman dan makmur, negara bertambah maju
REMAJA - menjadi modal insan yang berguna,
menjadi insan cemerlang
KKIF PENUTUP RUMUSAN
KESAN (HARAPAN) TEMA -
MENABUNG/BERJIMAT-CERMAT - membentuk
masyarakat berjimat cermat,menguruskan
kewangan dengan bijak
PENDIDIKAN - pendidikan negara bertaraf
antarabangsa, melahirkan generasi yang
berkualiti
SUKAN - memajukan bidang sukan negara kita,
melahirkan masyarakat yang sihat dan
sejahtera
SEJARAH/WARISAN BANGSA - diwarisi oleh
generasi akan datang, tidak pupus ditelan
zaman, warisan bangsa dapat dilestarikan
PELANCONGAN - negara kita dikenali seantero
dunia, dapat memajukan negara
RANGKA LENGKAP RUMUSAN 2 FOKUS)
Rumusan membincangan ......fokus 1...... dan .....fokus 2.....
KKIF...F1...+ TEMA ialah ....F1 (ISI 1)..... Selain itu,...F1..(ISI 2)........
Seterusnya, .....F1..(ISI 3)..... Selanjutnya,.........F1...(ISI 4)............
Di samping itu, .....F1..(ISI 5)...... dan .....F1...(ISI 6)......
KKIF...F2...+ TEMA ialah .......F2...(ISI 7).... dan .......F2..(ISI 8).........
Kesimpulannya,.....(sasaran/pelaku).....mestilah/hendaklah........
(KATA KERJA)........(TEMA).........(BUSA/ bagi,untuk,supaya, agar).......
(KESAN/HARAPAN)............
RANGKA LENGKAP RUMUSAN 3 FOKUS
Rumusan membincangan ......fokus 1.....,fokus 2..... dan fokus
3............
KKIF...F1...+ TEMA ialah ....F1 (ISI 1)..... Selain itu,...F1..(ISI 2)........
Seterusnya, .....F1..(ISI 3)..... Selanjutnya,.........F1...(ISI 4)............
Di samping itu, .....F1..(ISI 5)......
KKIF...F2...+ TEMA ialah .......F2...(ISI 6).... dan .......F2..(ISI 7).........
Manakala KKIF.......+TEMA ialah ........F3...(ISI 8)...........
Kesimpulannya,.....(sasaran/pelaku).....mestilah/hendaklah........
(KATA KERJA)........(TEMA).........(BUSA/ bagi,untuk,supaya, agar).......
(KESAN/HARAPAN)............