DETIK PERPADUAN: KEPELBAGAIAN MAKANAN DI MALAYSIA EDISI 1,APRIL 2023 MPU 21032
SIDANG REDAKSI NUR SYAZWANI BINTI MD AZHAR NUR HANANI NAJWA BINTI ZAINAL ABIDIN NUR SYAFIAHANI BINTI SAIDIN ( PENOLONG KETUA KUMPULAN) NUR SYUHADA BINTI MOHAMAD SHABUDIN ( EDITOR) RAZAK BIN NORDIN MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABD RASHID (KETUA KUMPULAN) MUHAMMAD HAKIMI ASYRAF BIN ZUN ZAHA (EDITOR) (EDITOR) (EDITOR) (PENASIHAT)
ISI KANDUNGAN 1.O PENGHARGAAN M/S 1 2.0 PENGENALAN M/S 2 3.0 MAKANAN M/S 3 3.1 MAKANAN TRADISIONAL M/S 4 3.2 KAUM MELAYU M/S 5-6 3.3 KAUM CINA M/S 7-8 3.4 KAUM INDIA M/S 9-10 3.5 MASYARAKAT SARAWAK M/S 11-12 3.6 MASYARAKAT SABAH M/S 13-14 4.0 GALERI ALBUM M/S 15 5.0 PENUTUP M/S 16
1.0 PENGHARGAAN Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Razak Bin Nordin , Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU 21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung . Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna
Malaysia mempunyai va 2 rias . i 0 kaum P da E lam N kal G anga E n m N asy A a A raka L t y A ang N hidup aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina, dan India yang hidup bagai aur dengan tebing telah mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata dunia. Tidak lupa juga bahawa peristiwa 13 Mei 1969 pernah berlaku dan hal ini mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajarlah direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat yang berbilang kaum supaya dapat membentuk satu identiti dan satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Rakyat Malaysia haruslah mempunyai sikap bersatu-padu. Hal ini dapat mewujudkan perpaduan, lebih-lebih lagi di Malaysia kerana rakyatnya terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Rakyat yang bersatu padu juga dapat meningkatkan tenaga dalam menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi negara agar berkembang pesat. Hasil pengeluaran pelbagai sektor seperti pertanian dan pembualan dapat meningkatkan dan berkembangmaju. Jika rakyat kita bersatu pelabur asing sudah tentu minat untuk melabur dalam negara yang stabil dan makmur. Hasil perpaduan dapat melahirkan generasi berilmu yang mampu menjadi contoh kepada negara-negara yang lain. Keadaan ini meniadi tarikan kepada pelancong yang datang ke negara Ini.
3.0 MAKANAN Kepelbagaian makanan menyatukan perpaduan di antara kaum. Hal ini kerana, apabila sesuatu makanan itu disajikan, tidak kira apa bangsa sekalipun, semua bangsa boleh merasai dan makan bersama-sama. Contohnya, nasi lemak yang turut dimakan dan digemari oleh rakyat Malaysia berbilang kaum. Bukan itu sahaja, nasi vanggey yang sangat popular sejak 1957 juga menjadi antara satu tarikan menu yang digemari oleh masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, restoran nasi kandar yang terkenal di Ipoh itu dimiliki oleh orang berbangsa India muslim, memulakan operasi restorannya di sebuah restoran milik keluarga Cina iaitu Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan. Istimewanya, para pelanggannya pula terdiri daripada pelbagai keturunan dan bangsa. Inilah keunikan detik-detik perpaduan yang ada diMalaysia dan wajar dipelihara sampai bila-bila
3.1 MAKANAN TRADISIONAL *Di Malaysia kaya dengan adat dan budaya malah pelbagai makanan tradisional juga popular. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa.Makanan tradisional melayu boleh diibaratkan dengan tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Baulu merupakan kuih tradisional yang terkenal sejak dahulu dan sering dijadikan sebagai pemanis untuk hantaran pertunangan. Cara pembakaran yang klasik menggunakan dulang yang berisi pasir dan diletakkan bara arang di atas penutupnya untuk meratakan haba.Hal ini dapat menarik perhatian semua kaum untuk menikmati keenakkan baulu 3.2 KAUM MELAYU
N a s i l e m a k m e r u p a k a n m a k a n a n o r a n g m e l a y u y a n g d i m a k a n o l e h s e m u a l a p i s a n m a s y a r a k a t M a l a y s i a. R e s e p i N a s i l e m a k y a n g m e n g a g u m k a n d a p a t m e n a r i k p e r h a t i a n k e p e l b a g a i a n m a s y a r a k a t L e m a n g i a l a h s e j e n i s m a k a n a n t r a d i s i y a n g d i s u k a i o r a n g r a m a i y a n g s e r i n g d i h i d a n g k a n d e n g a n r e n d a n g p a d a h a r i r a y a . L e m a n g t e l a h d i r e k o d k a n s e b a g a i h i d a n g a n i s t i m e w a s e j a k 1 8 6 4. K a e d a h m e m a s a k m e n g g u n a k a n b u l u h d a n d a u n p i s a n g k e m u d i a n d i b a k a r y a n g t e l a h m e n j a d i p e r h a t i a n p e l b a g a i k a u m k e r a n a k a e d a h n y a y a n g u n i k d a n a s l i.
3.3 KAUM CINA Char koay teow ialah hidangan tradisional Cina. Char koay teow, mi beras, biasanya disediakan dengan kerang, udang dan telur. Petani dan nelayan secara tradisi menjualnya untuk menambah pendapatan mereka Ttau Fu Fa Dikenali sebagai dòufuhuā dan juga dòuhuā, adalah hidangan yang dihasilkan daripada tauhu yang sangat lembut.Di Malaysia, tau fu fah dihidangkan sebagai pencuci mulut dengan air gula putih atau gula merah. Ia lazat sama ada sejuk atau panas.
Kuih bulan Merupakan salah satu makanan tradisional cina yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk dijadikan santapan dan juga snek mereka.Kuih bulan adalah sejenis kuih manisan yang dimakan oleh kaum cina pada pertengahan musim luruh ataupun Tahun Baru Cina. Kuih bulan ini mempunyai bentuk yang bulat dan direka dengan cantik sebagai corak pada kuih bulan. Kuih bulan juga mempunyai pelbagai inti didalamnya. Contohnya seperti pes biji teratai, kacang merah, walnut, benih labu dan sebagainya.
3.4 KAUM INDIA Murukku antara makanan tradisional masyarakat India. Selain nama marukku, ia turut dikenali dengan nama chakli dan chakri. Bahan utama untuk menghasilkan kuih ini adalah urad dhal, tepung kacang tosai dan tepung beras.Murukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus. Ia dibuat menggunakan acuan khas dengan menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran. Kerangupan kuih ini diiringi dengan rempah ratus yang sedikit pedas membuatkan ia menjadi pilihan ramai menjelang hari – hari perayaan.
Tosai pada asalnya merupakan masakan tradisional masyarakat india.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buahbuahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup. Tosai biasanya dimakan bersama kari kuah dhal ataupun bersama kisaran campuran cili padi dan bunga kelapa.
Setelah dikaji secara mendalam oleh para sejarawan, "Putu Mayam " sebenarnya berasal dari Tamil Nadu,Selatan India. dihidangkan bersama pisang yang dipanggil "Iddiyappam " . Makanan ini biasanya dikhaskan untuk majlis keramaian atau pun sebagai sarapan pagi atau petang.Biasanya, orang India akan memakan Putu Mayam ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang(Gula Merah).
3.5 MASYRAKAT SARAWAK Laksa Sarawak merupakan hidangan yang begitu popular dan boleh didapati di setiap pelosok negeri Bumi Kenyalang ini. Ia menggunakan pes khas yang mengandungi pelbagai bahan – bahan yang tersendiri.Bagi menghasilkan laksa Sarawak, penggunaan santan diperlukan bagi menghasilkan kuah laksa. Kuah yang terhasil agak pekat berwarna kemerahan dan ia terhasil dari penggunaan pes laksa tersebut.
Mee Kolok pada amnya bukanlah makanan asal masyarkat bumiputera Sarawak. Ia merupakan makanan yang telah dibawa oleh masyarakat Cina yang telah berhijrah ke Sarawak.Namun, ia telah menjadi makanan tradisi masyarakat tempatan biarpun dibawa masuk oleh masyarakat Cina suatu tika dahulu. Bubur pedas merupakan hidangan tradisional masyarakat Melayu di Sarawak. Ia sering dihidangkan pada bulan Ramadhan dan sangat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.
3.6 MASYARAKAT SABAH Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum KadazanDusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun. Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah gambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam. Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan
Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sabah dan Sarawak di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut. Barobbo merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat atau suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Sandakan dan Tawau. Barobbo adalah masakan bubur nasi jagung. Biasanya barobbo di masak bersama jagung pulut. Namun pada masa kini ia banyak di masak dengan menggunakan jagung manis.
4.0 GALERI ALBUM
5.0 PENUTUP Konklusinya,sudah terang lagi bersuluh,makanan telah menjadi salah satu medium perhubungan antara masyarakat di Malaysia.Hal ini demikian kerana,pada masa kini masyarakat tidak hanya memilih untuk menjamu selera berdasarkan makanan tradisional mereka sahaja,malah menjadikan hidangan tradisional kaum lain sebagai menu santapan harian mereka.Tanpa kita sedari,makanan telah mewujudkan komunikasi di antara masyarakat yang pelbagai di negara ini. Oleh hal yang demikian,makanan tradisional ini hendaklah dikekalkan identitinya. khususnya,demi kepentingan generasi yang akan datang.Secara tidak langsung,Malaysia akan lebih dikenali sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dengan makanan tradisional yang pelbagai.Melalui perkara ini,telah wujud satu suasana yang mengukuhkan lagi persefahaman dan memupuk sikap hormat-menghormati sesama kaum di Malaysia. Dengan ini, jelaslah bahawa makanan adalah satu kaedah penting bagi menangani isu perpaduan kaum bagi mengelakkan berlakunya perpecahan yang mengundang masalah besar kepada negara.
6.0 SUMBER RUJUKAN HTTPS://WWW.CANVA.COM/DESIGN/DAFO_EKLFW8/MUIH0IWWNSXCK5PA3EVJ KW/VIEWUTM_CONTENT=DAFO_EKLFW8&UTM_CAMPAIGN=DESIGNSHARE&UTM_ MEDIUM=LINK&UTM_SOURCE=PUBLISHSHARELINK#9 HTTPS://SITES.GOOGLE.COM/A/IPGKBM.ORG/RUMAHMELAYU/MAKANANTRADISIONAL-MELAYU HTTP://BLOG-MAKANANDIMALAYSIA.BLOGSPOT.COM/2014/01/FOLIOMAKANAN-TRADISIONAL-DI-MALAYSIA_30.HTML?M=1 HTTPS://WWW.ADICHANNEL.COM/2022/08/MAKANAN-TRADISIONALCINA.HTML HTTPS://SAJI.MY/MAKANAN-TRADISI-SARAWAK/ HTTPS://RAYAHOLIDAYS.COM/MAKANAN-UNIK-YANG-ANDA-WAJIB-CUBAAPABILA-BERKUNJUNG-KE-SABAH/
DISEDIAKAN OLEH: 1.MUHAMMAD HAKIMI ASYRAF BIN ZUN ZAHA 18DHF22F1999 DHF1A 2.NUR SYAFIAHANI BINTI SAIDIN 18DHF22F2008 DHF1A 3.NUR HANANI NAJWA BINTI ZAINAL ABIDIN 18DHF22F2054 DHF1A 4.MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABD RASHID 18DHF22F2010 DHF1A 5.NUR SYUHADA BINTI MOHAMAD SHABUDIN 18DHF22F2006 DHF1A 6.NUR SYAZWANI BINTI MD AZHAR 18DHF22F2004 DHF1A