The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Tahunan Unit Psikologi BAKA JIPS Bukit Aman 2023 - Edisi 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitpsikologiba, 2024-06-11 00:45:41

Laporan Tahunan Unit Psikologi BAKA JIPS Bukit Aman 2023 - Edisi 3

Laporan Tahunan Unit Psikologi BAKA JIPS Bukit Aman 2023 - Edisi 3

UNIT PSIKOLOGI CAWANGAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD POLIS DIRAJA MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 2023


KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT PENGENALAN 1 PERJAWATAN DAN CARTA ORGANISASI 2 FUNGSI UNIT PSIKOLOGI BAKA, JIPS BUKIT AMAN 3 FOKUS TAHUN 2023 4 1. Memperkasakan tadbir urus Unit Psikologi Bukit Aman. 4 2. Melestarikan kesejahteraan psikologi warga PDRM dan keluarga. 7 3. Memperkukuhkan pengurusan pengupayaan kendiri dan bakat warga PDRM dan keluarga. 16 4. Memberi khidmat kepakaran, libat urus dan keurusetiaan dalam bidang psikologi. 18 5. Meningkatkan standard kualiti perkhidmatan psikologi sumber manusia. 19 6. Memperkasakan pelaksanaan program intervensi. 24 RUMUSAN 28


PENGENALAN Pelaksanaan perkhidmatan psikologi sumber manusia adalah selaras dengan arahan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi versi 1.0 (2022). Perkhidmatan ini dilaksanakan melalui Cawangan Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman. Fungsi utama Cawangan Psikologi dan Kaunseling, BAKA JIPS, PDRM Bukit Aman adalah untuk mengintegrasikan perkhidmatan psikologi sebagai teras kepada pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia PDRM. Cawangan Psikologi dan Kaunseling, BAKA, JIPS PDRM Bukit Aman mempunyai dua (2) unit iaitu Unit Psikologi dan Unit Kaunseling. Fokus utama Unit Psikologi adalah melaksanakan aktiviti pembangunan dan pencegahan, manakala Unit Kaunseling lebih tertumpu kepada program pemulihan. Pembangunan Merancang, melaksana dan memantau program psikologi yang dapat mempertingkatkan potensi serta prestasi pegawai selaras dengan objektif individu dan organisasi. Pencegahan Menggunakan kaedah psikologi yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai yang berkualiti melalui proses pemilihan, penempatan, pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi. Pemulihan Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran. CP DATO’ SRI AZRI BIN AHMAD Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia 1. 2. 3. 1


Bermula April 2023 (KPN 87/35/2/2 bertarikh 6 April 2023) perjawatan Unit Psikologi, Cawangan Psikologi dan Kaunseling, BAKA JIPS PDRM Bukit Aman (selepas ini disebut Unit Psikologi Bukit Aman) adalah terdiri daripada satu (1) Pegawai Psikologi gred S48, dua (2) Pegawai Psikologi gred S44, satu (1) Pegawai Psikologi gred S41/44 dan lima (5) Penolong Pegawai Psikologi gred S29/32. Satu (1) perjawatan Pegawai Psikologi gred S41/ S44 dan satu (1) perjawatan Penolong Pegawai Psikologi gred S29/S32 telah berpindah ke Unit Kaunseling, Cawangan Psikologi dan Kaunseling, BAKA JIPS PDRM Bukit Aman bagi melaksanakan aktiviti intervensi. Perubahan portfolio ini hasil penjajaran semula fungsi serta penjenamaan semula sebagai Unit Pengukuran dan Penyelidikan Psikologi dan Unit Pembangunan Psikologi. PERJAWATAN DAN CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI CAWANGAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, BAKA, JIPS BUKIT AMAN PENOLONG PENGARAH (PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ACP YA22 1 KETUA UNIT PENGUKURAN DAN PENYELIDIKAN PSIKOLOGI (UPPP) PPSI GRED S44 1 KETUA UNIT PEMBANGUNAN PSIKOLOGI (UPP) PPSI GRED S44 1 PPSI UPPP GRED S41/S44 1 PPPSI UPPP (3) GRED S29/S32 1 PPPSI UPPP (2) GRED S29/S32 1 PPPSI UPPP (1) GRED S29/S32 1 PPPSI UPP (1) GRED S29/S32 1 PPPSI UPP (2) GRED S29/S32 1 Pegawai Psikologi PPSI Petunjuk Penolong Pegawai Psikologi PPPSI PEGAWAI TURUS PSIKOLOGI PPSI GRED S48 1 PEGAWAI TURUS KUNSELING SUPT YA 20 1 2


PERUNDANGAN/ GARIS PANDUAN FUNGSI UNIT PSIKOLOGI BAKA, JIPS BUKIT AMAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi versi 1.0 (2022). 2. Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia 4.0 (SKPPSM 4.0) Sektor Awam. 3. Arahan Pentadbiran Bilangan 1 Tahun 2020: Pengurusan Kesihatan Mental. 4. Pelan Strategik PDRM 2021-2025. Melestarikan kesejahteraan psikologi warga PDRM dan keluarga. a. Merancang, mengkaji dan menganalisis keperluan perkhidmatan psikologi. b. Merancang dan membangunkan garis panduan perkhidmatan psikologi sumber manusia PDRM. c. Merancang, membangun dan melaksanakan program penilaian personel (ujian psikologi/ psikometrik). d. Merancang, membangun dan melaksanakan program kajian/ penyelidikan psikologi. e. Merancang dan menyelaras bahan penerbitan dalam bidang psikologi PDRM. Memperkukuhkan pengurusan pengupayaan kendiri dan bakat warga PDRM dan keluarga. a. Merancang, membangun dan melaksanakan modul psikologi. b. Merancang, membangun dan melaksanakan program pembangunan personel (pembangunan, pencegahan). Memberi khidmat kepakaran, libat urus dan keurusetiaan dalam bidang psikologi. a. Perunding kepakaran dalam bidang psikologi. b. Merancang, membangun dan melaksanakan program libat urus dan keurusetiaan. Meningkatkan standard kualiti perkhidmatan psikologi sumber manusia. a. Merancang, membangun dan memastikan perkhidmatan psikologi dilaksanakan mengikut Standard Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia PDRM. b. Merancang, membangun dan melaksanakan program peningkatan kompetensi Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi serta personel yang menyediakan perkhidmatan psikologi. c. Menyelaras data perkhidmatan psikologi sumber manusia PDRM. 1. 2. 3. 4. 3


d. Merancang, membangun dan menyediakan laporan perkhidmatan psikologi sumber manusia PDRM. Memperkasakan tadbir urus Unit Psikologi Bukit Aman. a. Merancang, membangun dan melaksanakan tadbir urus Unit Psikologi Bukit Aman. FOKUS UNIT PSIKOLOGI BUKIT AMAN TAHUN 2023 Fokus utama aktiviti tahun 2023 adalah kesinambungan daripada perancangan aktiviti tahun 2022 dan Pelan Strategik Polis Diraja Malaysia 2021 -2025 iaitu memperkasakan tadbir urus, penyampaian perkhidmatan berdasarkan tujuan/ objektif aktiviti berkenaan dilaksanakan dan pelaksanaan aktiviti berkonsepkan dalam talian. Tiga (3) fokus utama ini akan menjadi pemacu kepada penyampaian psikologi sumber manusia dalam mentransformasikan tadbir urus organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berintegriti. LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI TAHUN 2023 1. Memperkasakan tadbir urus Unit Psikologi Bukit Aman. Fokus aktiviti adalah aspek kecekapan dalam mengurus Unit Psikologi Bukit Aman secara profesional dan berfokus. Pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut: 1.1 Mengemaskini dan menyusun semula fungsi Unit Psikologi Bukit Aman dan personel psikologi. i. Cawangan Psikologi dan Kaunseling, BAKA JIPS PDRM Bukit Aman telah melaksanakan penjajaran dan penyataan carta fungsi dan organisasi bermula tahun 2022. Isu utama semakan semula adalah seperti berikut: 4. DCP DATO’ HJ. GHAZALI BIN HJ. DAUD Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard 4


(1) Penjajaran dan penyataan fungsi mengikut unit tidak berdasarkan aplikasi psikologi dalam pekeliling sedia ada khususnya Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi versi 1.0 (2022). (2) Penjajaran dan penyataan fungsi mengikut unit tidak selari dengan fungsi Unit Pengurusan Psikologi KDN. ii. Laporan mendapati berlakunya pengasingan fungsi aplikasi intervensi antara Unit Psikologi Bukit Aman dan Unit Kaunseling Bukit Aman mengenai pelaksanaan intervensi melibatkan aktiviti di bawah Program Pengupayaan Kendiri (PPK) iaitu Program Penilaian Pekerja (PPP), Pementoran, Kaunseling dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). Pengasingan pemetaan dan penyataan fungsi tidak selari dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi versi 1.0 (2022), Unit Pengurusan Psikologi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Situasi ini telah memberi implikasi seperti berikut: (1) Proses membuat perancangan aktiviti/ program tidak dapat dilaksanakan dengan efisien; (2) Pelaksanaan aktiviti/ program kurang mencapai tujuan sebenar sesuatu aplikasi itu diwujudkan; (3) Pelaporan tidak dapat dijajarkan dengan objektif sebenar sesuatu aplikasi itu diwujudkan; (4) Merencatkan proses membuat keputusan dalam meningkatkan lagi impak pelaksanaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling. iii. Cadangan penyusunan semula fungsi telah diluluskan melalui KPN 87/35/2/2 bertarikh 6 April 2023. Unit Psikologi Bukit Aman akan memberi tumpuan kepada program pembangunan dan pencegahan manakala Unit Kaunseling melaksanakan aktiviti intervensi. Fungsi baharu adalah seperti berikut: (1) Unit Kaunseling BAKA, JIPS Bukit Aman (a) Merancang, mengurus, menyelaras, memantau dan melaksanakan perkhidmatan kaunseling. (b) Merancang, membangun, menyelaras dan melaksanakan kaedah-kaedah intervensi. (c) Menyelaras, melaksana dan memantau program kaunseling secara dalam talian. 5


(d) Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan intervensi krisis. (e) Menyelaras jaringan kerjasama (libat urus) agensi yang menawarkan perkhidmatan intervensi. (f) Menyelaras pelaksanaan fasa intervensi bagi kes dasar pemisah. (g) Menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Penilaian Pekerja. (h) Membangun, merancang dan menyelaras program outreach kaunseling. (i) Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). (j) Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan Program Pementoran. (k) Mengurus, menyelaras dan memantau maklumat Sub Modul Psikologi Spiritual HRMIS PDRM. (2) Unit Psikologi Bukit Aman (a) Merancang, membangun dan melaksanakan program pembangunan personel (pembangunan, pencegahan). (b) Merancang, membangun dan melaksanakan modul psikologi. (c) Menyelaras data perkhidmatan psikologi sumber manusia PDRM. (d) Merancang, membangun dan melaksanakan program libat urus dan keurusetiaan. (f) Merancang, membangun dan menyediakan laporan perkhidmatan psikologi sumber manusia PDRM. (g) Merancang mengkaji dan menganalisis keperluan perkhidmatan psikologi. (h) Merancang dan membangunkan garis panduan perkhidmatan psikologi sumber manusia PDRM. (i) Merancang, membangun dan melaksanakan program penilaian personel (ujian psikologi/ psikometrik). (j) Merancang, membangun dan melaksanakan program kajian/ penyelidikan psikologi. (k) Merancang, menyelaras dan menerbitkan jurnal psikologi PDRM. (l) Merancang, membangun dan memastikan perkhidmatan psikologi dilaksanakan mengikut Standard Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia PDRM. 6


(m) Merancang, membangun dan melaksanakan program peningkatan kompetensi Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi. 1.2 Mesyuarat Unit Psikologi Bukit Aman Medium Mesyuarat Unit Psikologi Bukit Aman dilaksanakan tiga (3) kali sepanjang tahun 2023. Aktiviti ini bertujuan untuk menyelaras dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan fungsi Unit Psikologi Bukit Aman. Pelaksanaan sebanyak empat (4) kali setahun akan menjadi sasaran utama tahun 2024. 2. Melestarikan kesejahteraan psikologi warga PDRM dan keluarga. Pelaksanaan program kesejahteraan psikologi adalah merangkumi aktiviti penilaian, menganalisis dan membangunkan keperluan psikologi bagi mengekalkan kesejahteraan psikologi warga PDRM. Aktiviti ini dapat membantu pengurusan tertinggi PDRM untuk menetapkan prosedur atau garis panduan tertentu yang berkaitan perkhidmatan psikologi sumber manusia bagi melestarikan prestasi penyampaian perkhidmatan dan organisasi. 2.1 Pengurusan kesihatan mental. i. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Antirasuah (JK JAR) PDRM Bil. 2/2022 telah bersetuju untuk menjadikan Arahan Pentadbiran JIPS Bil. 1/2020: Pengurusan Kesihatan Mental (AP JIPS Bil.1/2020) sebagai Arahan Ketua Polis Negara. Skop utama arahan ini adalah memberi pemahaman, kesedaran dan panduan kepada Ketua Jabatan dan pegawai yang terlibat mengenai tanggungjawab untuk bersama-sama membantu Pegawai Kanan Polis/ Pegawai Rendah Polis/ Pegawai Awam di bawah seliaan masing-masing yang menunjukkan gejala tekanan dan kemurungan. Perkara Penglibatan Kekerapan Pelaksanaan Mesyuarat Unit Psikologi, BAKA JIPS Bukit Aman Semua Pegawai Unit Psikologi Empat (4) kali setahun 18 April 2023 11 Julai 2023 13 Dis. 2023 SAC HJ. MD KHAIR BIN HJ. OTHMAN Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard 7


ii. Unit Psikologi Bukit Aman telah mengadakan Bengkel Pemurnian Arahan Pentadbiran (AP) JIPS Bil. 1/2020: Pengurusan Kesihatan Mental secara dalam talian (online) pada 8 Disember 2022. Bengkel ini telah dihadiri oleh Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi yang mewakili JIPS Bukit Aman, Kontinjen, Briged dan Formasi. Hasil bengkel mencadangkan agar arahan tersebut ditambah baik terlebih dahulu sebelum diangkat untuk pertimbangan Ketua Polis Negara berdasarkan justifikasi seperti berikut: (1) Kandungan AP JIPS Bil.1/2020 hanya tertumpu kepada kes bunuh diri sahaja, sedangkan kesihatan mental meliputi aspek yang lebih luas. (2) Panduan yang dinyatakan adalah terlalu umum menyebabkan agak sukar untuk dilaksanakan oleh penyelia atau Ketua Jabatan. (3) Proses kerja pelaksanaan yang kurang jelas. (4) Aspek program pembangunan dan pencegahan tidak dinyatakan dengan jelas. (5) Cadangan elemen penambahbaikan terhadap AP JIPS Bil.1/2020 adalah seperti berikut: (a) Pengurusan kes kesihatan mental yang menyeluruh. (b) Proses kerja yang lengkap dan sistematik. (c) Penetapan peranan yang jelas terhadap individu atau entiti yang terlibat. (d) Pelaksanaan program pembangunan, pencegahan dan intervensi. (e) Menjadikan prosedur tetap pelaksanaan pengurusan psikologi sumber manusia PDRM. iii. Proses penambahbaikan AP JIPS Bil.1/2020 sedang dilaksanakan dan dijangka dikeluarkan pada tahun 2024. 2.2 Pembangunan Senarai Semak Penilaian Risiko Kesihatan Psikologi (25Q) i. Libat urus berkaitan pembangunan senarai semak kesihatan mental telah diadakan pada 28 Februari 2023 (LDP Perkhidmatan BAKA Siri 1/2023) melibatkan Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kontinjen, Briged dan Formasi. Semakan peringkat kedua diadakan pada 15 Mac 2023 bersama Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs) JPA. Libat urus tersebut telah berjaya membangunkan 25Q dengan menggunakan pendekatan adaptasi daripada instrumen Penilaian Status Mental (Mental State Examination) dan disesuaikan agar dapat difahami oleh mereka yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang psikologi. Cadangan 8


penggunaan borang 25Q di PDRM telah diluluskan (KPN 87/35/7 bertarikh 24 Mac 2023). Borang 25Q merupakan alat saringan risiko kesihatan psikologi dan bukan penentu mutlak bahawa individu itu mempunyai masalah mental. Penentuan tahap risiko dan tindakan yang perlu diambil adalah berdasarkan skor. ii. Familiarisasi dan latihan akan diberikan kepada mereka yang akan menggunakan borang 25Q bagi mengelakkan kesalahan dalam membuat penilaian. iii. Medium saringan kesihatan mental melalui penilaian sendiri (self-evaluation) iaitu seseorang individu boleh menilai dirinya sendiri akan diwujudkan bagi mengetahui tahap kesihatan mental seperti menggunakan ujian saringan Depression Anxiety Stress Scale 21 (DASS-21). 2.3 Pelaksanaan 25Q dalam Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD). Cadangan pelaksanaan borang 25Q telah dikemukakan kepada Cawangan Pematuhan, JIPS PDRM Bukit Aman dan telah dipersetujui untuk dilaksanakan melalui Sub Modul SKDD, HRMIS bermula 2024. 2.4 Pelaksanaan Ujian psikologi Pada tahun 2023, sejumlah 314 pegawai telah menjalani ujian psikologi melibatkan 111 Pegawai Kanan Polis, 141 Pegawai Rendah Polis dan 62 Pegawai Awam menggunakan ujian saringan Depression, Anxiety & Stress Scale 21 (DASS-21) dan ujian personaliti. Fokus utama pelaksanaan adalah kepada warga PDRM Bukit Aman sahaja, manakala di Kontinjen, Briged dan Formasi diuruskan diperingkat masing-masing. Libat urus pembangunan 25Q 9


2.5 Pembangunan sistem ujian psikologi dalam talian i. Pelaksanaan penilaian atau ujian psikologi adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi versi 1.0 (2022) dan keputusan Mesyuarat Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SKPPK) JIPS Bil.1/ 2023 pada 28 Mac 2023. Pembangunan sistem ujian dalam talian ini akan menggantikan pelaksanaan yang sedia ada yang menggunakan aplikasi google form. ii. Sistem ujian psikologi secara dalam talian akan memudahkan pengurusan kesihatan psikologi dalam kalangan Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam (PA) kerana semua urusan berkaitan dengan ujian psikologi dilaksanakan dalam talian. Pelaksanaan ini juga dapat membantu ketua jabatan dan penyelia memantau tahap kesihatan psikologi serta keperluan intervensi pegawai yang diselia dari semasa ke semasa. iii. Beberapa siri libat urus telah dijalankan melibatkan Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG) dan Jabatan Pengurusan. Hasil libat urus bersetuju untuk membangunkan sistem berkenaan dalam talian menggunakan server dan kepakaran JLOG. Kertas cadangan atau Business Requirements Document (BRD) telah disediakan oleh panel yang dilantik dan diselaras oleh Unit Psikologi Bukit Aman. JLOG merupakan Pemilik Modul manakala Pemilik Proses adalah Unit Psikologi Bukit Aman. Proses pembangunan telah bermula pada 06 April 2023 dan proses uji cuba sistem dilaksanakan 11 Oktober 2023 serta pemurnian dokumen penambahbaikan BRD diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2023. Pelaksanaan ujian psikologi fasa 1 iaitu melibatkan ujian DASS-21 akan dilaksanakan pada tahun 2024. 2.6 Kajian pembangunan dan kajian impak Pelaksanaan kajian pembangunan dan kajian impak adalah menggunakan aplikasi psikologi dalam penyelidikan melibatkan tingkah laku, pemikiran dan dan emosi. 10


Aplikasi ini digunakan untuk menyediakan input atau maklumat yang boleh digunakan untuk penambahbaikan pengurusan sumber manusia menerusi BAKA JIPS, Bukit Aman. i. Kajian Pelaksanaan Jawatankuasa Tertinggi Psikologi (JKTP) Dalam Kalangan Warga Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard JIPS (PDRM). (1) JKTP merupakan platform bagi membincangkan segala isu dan dasar berkaitan perkhidmatan psikologi di PDRM dalam konteks psikologi, keselamatan, ketenteraman awam dan sumber manusia selaras dengan arahan KPN 87/35/2/2 bertarikh 11 Januari 2018. (2) Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan, pengamalan dan kebergunaan pelaksanaan JKTP di PDRM yang melibatkan 300 warga BAKA/ Penyedia Perkhidmatan Psikologi peringkat Kontinjen, Briged, Formasi dan Bukit Aman. Responden kajian terdiri daripada Ketua Jabatan, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi BAKA JIPS PDRM. Kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan borang soal selidik secara dalam talian sebagai alat mendapatkan data bermula 10 – 24 Januari 2023. 11


Hasil kajian adalah seperti berikut: (a) Pengetahuan: 53 peratus warga BAKA yang tidak mengetahui tentang pelaksanaan JKTP PDRM. (b) Pengamalan: 51 peratus tidak melaksanakan JKTP PDRM. (c) Kebergunaan: 55 peratus bersetuju untuk menggantikan JKTP dengan platform yang lain. ii. Kajian Pelaksanaan Program Penilaian Pekerja (PPP) Dalam Kalangan Warga Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard JIPS (PDRM) (1) PPP dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti pegawai yang berkemungkinan perlu dibantu bagi meningkatkan prestasi dan mengendalikan masalah yang dialami dalam kehidupan seharian. Ia merupakan langkah proaktif bagi membangunkan keupayaan modal insan ke arah kecemerlangan perkhidmatan awam masa hadapan. PPP dilaksanakan dengan menggunakan indikator yang sedia ada di agensi seperti rekod kehadiran, rekod cuti, laporan penilaian prestasi tahunan, maklumat persaraan, maklumat lantikan dan sebagainya. (2) Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan, pengamalan dan kebergunaan pelaksanaan PPP di PDRM melibatkan 300 warga BAKA/ Penyedia Perkhidmatan Psikologi peringkat Kontinjen, Briged, Formasi dan Bukit Aman yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi BAKA JIPS PDRM. Kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan borang soal selidik secara dalam talian sebagai alat mendapatkan data bermula 10 – 24 Januari 2023. Hasil kajian adalah seperti berikut: (a) Pengetahuan: 75 peratus warga BAKA yang tidak mengetahui tentang pelaksanaan PPP PDRM. (b) Pengamalan: 57 peratus warga BAKA yang tidak melaksanakan PPP PDRM. (c) Kebergunaan: 59 peratus warga BAKA tidak pasti akan kebergunaan pelaksanaan PPP PDRM. 12


iii. Kajian Pengurusan Intervensi Psikologi terhadap pegawai yang menghidap penyakit mental (1) Kajian ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan ekoran peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan warga PDRM dengan mengambil kira tempoh setiap tiga (3) tahun berbanding sebelumnya bermula tahun 2014 hingga 2022. Statistik menunjukkan peningkatan 123 peratus kes bunuh diri bagi tempoh 2017-2019 dan peningkatan sebanyak 43 peratus bagi tahun 2020-2022 berbanding tempoh sebelum ini. Di samping itu juga BAKA, JIPS PDRM Bukit Aman tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai pelaksanaan intervensi psikologi terhadap pegawai yang menghidap penyakit mental. Data kes bunuh diri dalam kalangan warga PDRM adalah seperti berikut: (2) Maklumat kajian adalah seperti berikut: (a) Tujuan kajian adalah untuk mendapatkan maklumat pengurusan intervensi psikologi dan tindakan yang telah dilaksanakan terhadap pegawai yang menghidap penyakit mental atau sakit mental dalam dalam kalangan warga PDRM. Responden kajian adalah pegawai yang menguruskan perkhidmatan psikologi sumber manusia PDRM di peringkat Bukit Aman, Kontinjen, Briged dan Formasi termasuk Jabatan Pengurusan Bukit Aman. (b) Kaedah kuantitatif menggunakan item kajian yang dibangunkan secara dalaman bagi memenuhi keperluan kajian. Tempoh kajian bermula 18 hingga 29 September 2023. (3) Hasil kajian telah dibentangkan kepada Mesyuarat IG’s Update Bil. 11/2023 pada 7 Disember 2023. Keputusan mesyuarat mencadangkan tindakan seperti berikut: (a) Pegawai yang menghidap penyakit mental tidak dibenarkan menggunakan senjata api selaras dengan arahan KPN No. 187. Tahun Jumlah Kes Peratus Peningkatan 2014 – 2016 3 - 2017 – 2019 7 123% 2020 – 2022 10 43% 13


(a) Arahan pertukaran sekiranya terdapat Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam (PA) yang menghidap penyakit mental tinggal berjauhan dengan keluarga. (b) Pelaksanaan lawatan ke rumah oleh Pegawai Kanan Polis/ Kaunselor untuk temubual bersama ahli keluarga dan rakan (program Psycare). (c) Melaksanakan program psikopendidikan mengenai kesihatan mental di peringkat Bukit Aman/ Kontinjen/ Briged/ Formasi. (4) Laporan kajian (a) Data pesakit mental yang telah menjalani intervensi psikologi mengikut tempat bertugas dan kumpulan perkhidmatan adalah seperti berikut: (b) Data pesakit mental yang telah menjalani intervensi psikologi mengikut jenis penyakit dan jantina adalah seperti berikut: (5) Way forward (a) Ketua Jabatan/ Pegawai Memerintah hendaklah memastikan rekod kesihatan mental dan fizikal dikemaskini dalam maklumat rekod peribadi HRMIS. Jenis Penyakit Lelaki Wanita Jumlah Major Depression Disorder(MDD)/ Depression Disorder 73 48 121 Skizofrenia 38 12 50 Bipolar Disorder 31 17 48 Anxiety 13 10 23 Gabungan Penyakit /lain-lain penyakit 118 51 169 Jumlah 273 138 411 Jabatan/ Kontinjen/ Briged/ Rormasi Kumpulan Perkhidmatan Jumlah PKP PRP PA Bukit Aman 1 2 5 8 Kontinjen 27 277 43 347 Briged 3 34 3 40 Formasi 2 12 2 16 Jumlah 33 325 53 411 14


(a) Pemerhatian simptom penilaian risiko kesihatan psikologi oleh penyelia SKDD, HRMIS menggunakan penilaian risiko kesihatan psikologi dan merujuk kepada JIPS. (b) Melaksanakan program kesedaran kesihatan mental dan laporan intervensi psikologi. (c) Larangan memberi kebenaran penggunaan senjata api kepada pegawai yang menghidap penyakit mental atau sakit mental. (d) Arahan dan panduan pelaksanaan pemerhatian risiko kesihatan psikologi oleh penyelia akan dimasukkan dalam arahan pentadbiran berkaitan dengan SKDD. 2.7 Penerbitan Jurnal Integriti 2023 i. Penerbitan jurnal merupakan satu langkah dalam menyemarakkan aktiviti perkongsian ilmu. Inisiatif ini mengangkat nilai kesarjanaan dalam pasukan PDRM. Selain itu, artikel-artikel yang telah diterbitkan membincangkan isu realiti yang berlaku dalam kalangan warga PDRM. ii. Sumbangan artikal hasil kajian yang diperolehi menjadi penanda aras kepada pihak pengurusan atasan untuk merangka strategi dalam membuat sebarang keputusan melibatkan pembangunan anggota dan pegawai PDRM. Penerbitan jurnal ini juga memberi ruang kepada pegawai yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja penyelidikan dimana mereka perlu membuat sorotan karya, mengumpul data, menganalisis data dan seterusnya membuat rumusan berdasarkan penemuan tersebut. iii. Unit Psikologi Bukit Aman telah menerbitkan Jurnal Integriti PDRM tahun 2023. Jurnal ini mengandungi lapan penulisan kajian imperikal yang dijalankan oleh pegawai dari BAKA dan penulisan artikel kajian hasil sumbangan warga PDRM dari lain-lain jabatan. Sebanyak 500 naskah telah dicetak dan diedarkan pada Februari hingga Mac 2023 kepada Kontinjen, Bridged, Formasi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia, serta perpustakaan-perpustakaan yang bernaung di bawah Universiti - Universiti tempatan Malaysia. 15


iv. Analisis penerbitan Jurnal Integriti PDRM telah dilaksanakan oleh pegawai Program Sangkutan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu Dr. Annuar Aswan bin Mohd Noor, dari Universiti Utara Malaysia. Hasil analisis mencadangkan penambahbaikan seperti berikut: (1) Mewujudkan tema spesifik untuk penerbitan artikel. (2) Kolaborasi bersama institusi luar untuk menguruskan penerbitan. (3) Keperluan untuk mendaftar Jurnal Integriti sebagai jurnal berwasit. (4) Meningkatkan kekerapan penerbitan Jurnal Integriti. (5) Menerbitkan artikel secara bersiri Volume, E-Journal dan bercetak. v. Ekoran cadangan tersebut, BAKA telah merujuk kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi cadangan penambahbaikan panduan penulisan artikel jurnal dan cadangan penambahbaikan adalah seperti berikut: (1) Menukar tajuk jurnal yang bersesuaian dengan tujuan jurnal, skop jurnal dan kumpulan sasaran (2) Konsep penulisan yang lebih jelas; (a) Penyelidikan meliputi topik integriti. (b) Konsep penulisan berdasarkan bidang yang bersesuian. (c) Menentukan kumpulan sasaran untuk jurnal. 3. Memperkukuhkan pengurusan pengupayaan kendiri dan bakat warga PDRM dan keluarga. Pengupayaan kendiri bermaksud mempertingkatkan keupayaan diri pegawai ke arah kecemerlangan. Fokus utama aktiviti ini adalah memperkasa modal insan organisasi secara optimum menggunakan pendekatan psikologi melalui pelaksanaan program pembangunan dan pencegahan. Pelaksanaan aktiviti 2023 adalah seperti berikut: 3.1 Modul pembangunan integriti (pendekatan psikologi) Bengkel Pembangunan Pembangunan Integriti (Pendekatan Psikologi) telah diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2023 di Glory Beach Resort, Port Dickson. 16


Bengkel ini telah disertai oleh PKP, Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi yang dilantik sebagai panel mewakili Kontinjen, Briged dan Formasi PDRM serta turut disertai oleh Pegawai Psikologi yang mewakili KDN, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Jabatan Penjara Malaysia. Bengkel tersebut telah berjaya menyediakan dua (2) draf modul iaitu Modul Pembangunan Integriti (Pendekatan Psikologi) 1 (pelaksanaan mengambil masa 2 hingga 3 jam) dan Modul Pembangunan Integriti (Pendekatan Psikologi) 2 (pelaksanaan mengambil masa 6 jam) masingmasing menggunakan teori Self-Determination Theory (SDT) dan teori tingkah laku. Modul ini akan dimurnikan pada tahun 2024. 3.2 Semakan modul MyPS oleh JPA BAKA JIPS PDRM telah melaksanakan modul psikologi spiritual sejak tahun 2018. Oleh itu, terdapat keperluan untuk membuat semakan semula modul berkenaan kerana telah melebihi pelaksanaan selama lima (5) tahun. Unit Psikologi telah mengemukakan tiga (3) modul psikologi spiritual iaitu MyPS 4U, MyPS Ex-Bonding dan MyPS Harmoni PDRM kepada JPA untuk semakan profesional. Tujuan semakan adalah untuk mendapatkan pandangan profesional mengenai pelaksanaan modul berkenaan. Ulasan JPA mengenai perkara ini dijangka dapat diperolehi pada tahun 2024. 3.3 Program Pementoran Kepimpinan Unit Psikologi telah membangunkan panduan pelaksanaan program Pementoran Kepimpinan (Future Echelom) untuk memenuhi keperluan pelaksanaan laluan kerjaya kepimpinan bagi PKP, PDRM sepertimana Arahan Pentadbiran Bil.24/2020 – Laluan Kerjaya Pegawai Kanan Polis (Model X3) bertarikh 30 Julai 2020. Program ini bertujuan untuk melahirkan PKP (menti) yang mempunyai bakat kepimpinan yang menyerlah dan terasuh serta berkebolehan untuk menggalas jawatan yang lebih tinggi melalui kaedah pementoran. Pengetahuan yang perlu dicapai oleh menti sepanjang tempoh perhubungan selama enam (6) bulan adalah kompetensi pengurusan kepimpinan, pengurusan kepimpinan organisasi, politikal organisasi, motivasi kepimpinan dan efikasi (keyakinan) serta kepimpinan efikasi kendiri. Pelaksanaan program ini dijangka bermula pada tahun 2024. 17


4. Memberi khidmat kepakaran, libat urus dan keurusetiaan dalam bidang psikologi. Skop utama pelaksanaan aktiviti khidmat kepakaran, libat urus dan keurusetiaan adalah penglibatan dalam memberi khidmat kepakaran, libat urusan dan keurusetiaan dalam bidang psikologi sama ada peringkat PDRM atau agensi luar. 4.1 Panel penganalisis data soal selidik indeks persepsi warga PDRM terhadap integriti dan perlakuan rasuah. Unit Psikologi Bukit Aman telah dilantik sebagai panel penganalisis data soal selidik indeks persepsi warga PDRM terhadap integriti dan perlakuan rasuah tahun 2023. Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap kepakaran dalam menganalisis data. Kajian ini dijalankan oleh Cawangan Tadbir Urus dan Kepolisan Am, JIPS Bukit Aman melibatkan seramai 10000 responden dalam kalangan warga PDRM. 4.2 Mesyuarat Perhubungan Perkhidmatan Psikologi PDRM (MPSIPDRM) Pelaksanaan Mesyuarat Perhubungan Perkhidmatan Psikologi PDRM diteruskan pada tahun 2023. Platform ini telah berjaya membincangkan isu/ perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan psikologi sumber manusia, mengemukakan cadangan penambahbaikan pelaksanaan kepada pengurusan tertinggi PDRM dan menyelaras pelaksanaan perkhidmatan psikologi sumber manusia PDRM. Unit Psikologi Bukit Aman mencadangkan agar nama Mesyuarat Perhubungan Perkhidmatan Psikologi PDRM dijenamakan semula sebagai Mesyuarat Perhubungan Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi versi 1.0 (2022). MPSIPDRM secara dalam talian 18


4.3 Libat urus dengan agensi luar. Aktiviti libat urus dipertingkatkan dengan badan peneraju perkhidmatan psikologi sumber manusia sama ada agensi awam atau swasta. JPA, KDN dan agensi di bawah KDN dilibatkan dalam semua perancangan aktiviti Unit Psikologi Bukit Aman seperti pembangunan Modul Pembangunan Integriti (Pendekatan Psikologi) PDRM. Kerjasama ini juga melibatkan pelaksanaan pengukuran/ ujian psikologi, program peningkatan kompetensi dan mesyuarat seperti bengkel semakan semula kesahan psikometrik SPIER APMM KDN, analisis data Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM), Mesyuarat Perhubungan Psikologi KDN dan Mesyuarat Perhubungan Psikologi JPA. Libat urus ini telah memberi nilai tambah terhadap penyampaian perkhidmatan psikologi sumber manusia PDRM. 5. Meningkatkan standard kualiti perkhidmatan psikologi sumber manusia. 5.1 Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) JPA. JPA telah melaksanakan Naziran SKPPSM di PDRM pada 3 April hingga 5 Mei 2023. Kaedah pelaksanaan naziran adalah secara penilaian kendiri (self assesment). Skop penilaian naziran adalah berdasarkan program/ aktiviti dari Aktiviti Tarikh Mesyuarat Perhubungan Psikologi KDN 2 Oktober 2023 Mesyuarat Perhubungan Psikologi JPA 21 Feb. / 18 Julai / 1 Nov. 2023 Mesyuarat Penyelarasan AKRAB bersama Majlis AKRAB Kebangsaan 11 Julai 2023 Bengkel Analisis Data Indeks Kesejahteraan Psikologi (IKPM) 31 Januari 2023 Bengkel Pembangunan Instrumen Sistem Pemprofilan Naik Pangkat dan Kompetensi APMM KDN 1 – 3 Ogos 2023 Bengkel Semakan Semula Kesahan Psikometrik SPIER APMM KDN 4 – 6 Julai 2023 Bengkel Pembangunan Instrumen Pemprofilan Persediaan Persaraan (SARA) KDN 20 – 22 September 2023 LDP Perkhidmatan BAKA Siri 1 : Pemurnian Arahan Pentadbiran JIPS Bil.1 Pengurusan Kesihatan Mental 28 Februari 2023 Perbincangan membangunkan borang senarai semak saringan kesihatan mental PDRM bersama JPA 15 Mac 2023 Taklimat Pemetaan Tahap Kompetensi Kefungsian 6 April 2023 19


Januari 2022 sehingga Mac 2023. Naziran SKPPSM dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan psikologi dalam perkhidmatan awam serta memastikan MYPPSM: Ceraian P.O 3.3.3: Panduan Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dilaksanakan secara menyeluruh di Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri setiap dua (2) tahun sekali. Di samping itu, sesi penilaian naziran ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan personel yang menyediakan perkhidmatan psikologi sumber manusia. PDRM berjaya memperolehi keputusan cemerlang (95.22%) dengan penarafan lima (5) bintang. Pencapaian ini meningkat berbanding tahun 2021 iaitu 85.65% (Baik). 5.2 Naziran Perkhidmatan BAKA 2023 i. Unit Psikologi telah melaksanakan Naziran Perkhidmatan BAKA pada 17 Julai hingga 21 Ogos 2023 menggunakan kaedah penilaian kendiri (self assesment) dengan mengambil kira pelaksanaan aktiviti bermula 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2023 melibatkan enam (6) Kontinjen (IPK). Pelaksanaan naziran ini bertujuan untuk menilai dan menambahbaik perkhidmatan BAKA sejajar dengan Pelan Strategik Polis Diraja Malaysia (PSPDRM) 2021 – 2025 dan Pelan Integriti PDRM 2021 – 2025. ii. Hasil naziran menunjukkan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan BAKA (Psikologi dan Kaunseling) bagi lima (5) kontinjen yang terlibat dalam naziran Bil Kontinjen Skor Naziran Terdahulu (2019) Skor Naziran (2023) 1. IPK Pulau Pinang 91.70% 94.59% 2. IPK Pahang 76.40% 86.50% 3. IPK Melaka 45.00% 79.30% 4. IPK Kedah 60.00% 71.89% 5. IPK Negeri Sembilan 48.3% 84.00% 20


5.3 Memperkasakan kaedah dan manual Standard Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia PDRM. Unit psikologi telah memulakan proses untuk menyiapkan panduan Standard Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) PDRM. Draf kedua telah disemak dan disahkan oleh Unit Kaunseling dan Cawangan Kesejahteraan Organisasi BAKA Bukit Aman. Proses pemurnian dokumen sedang dilaksanakan dan akan diterbitkan pada tahun 2024. 5.4 Kajian fasiliti perkhidmatan kaunseling sumber manusia PDRM. i. Unit Psikologi telah melaksanakan kajian fasiliti kaunseling sumber manusia Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 16 Februari 2023 hingga 13 Oktober 2023. Kajian ini dilaksanakan kerana hasil laporan Naziran Perkhidmatan BAKA PDRM tahun 2021 dan 2022 mendapati bahawa terdapat perbezaan fasiliti kaunseling yang sangat ketara antara Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Kontinjen, Briged dan Formasi iaitu terdapat bilik kaunseling yang tidak sesuai dan ada yang melaksanakan sesi kaunseling di ruang pejabat pegawai kerana tiada bilik kaunseling. ii. Kajian ini dilaksanakan oleh pasukan penyelidik seperti berikut: Bil. Peranan Pangkat/ No./ Nama 1 Ketua Pasukan S48 PF 32053/ Sukri bin Suhaimi 2 Timb. Ketua Pasukan DSP G/13083/ Suzalani bin Shafie 3 Setiausaha Insp G/17773/ Muhammad Arif Faizal bin Menan 4 Pen. Setiausaha S32 PF 21212/ Mohd Fairuz bin Abdul Jabar 5 Ketua Logistik ASP G/17578/ Muhammad Khudri bin Sulaiman 6 Pen. Ketua S29 PF 27925/ Ashrafi bin Ibrahim 21


iii. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan secara kualitatif yang dirangka selari dengan objektif dan skop kajian. Lawatan ke beberapa agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kaunseling dilakukan melibatkan Ibu Pejabat Bukit Aman, Kontinjen, Briged dan Formasi yang terpilih termasuk agensi pusat seperti JPA, KDN dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). Fokus kajian adalah untuk mengetahui keadaan fasiliti kaunseling dan perbandingan dengan agensi kerajaan yang lain. Elemen penilaian adalah keluasan, kedudukan (lokasi), persekitaran, pengudaraan, pencahayaan, peralatan, pandang dengar dan lainlain perkara yang berkaitan dengan fasiliti terapi. iv. Hasil kajian adalah seperti berikut: (1) Fasiliti kaunseling peringkat PDRM masih lagi ketinggalan berbanding dengan agensi pusat yang utama seperti JPA, KDN dan LKM. Kebanyakan agensi pusat menjadikan buku Panduan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam untuk membangunkan fasiliti kaunseling terutama bilik kaunseling individu. (2) Penyediaan bilik kaunseling yang kondusif perlu dititikberatkan agar dapat membina suasana yang teraputik. (3) Panduan fasiliti kaunseling dalam piawaian Naziran Perkhidmatan BAKA, JIPS PDRM adalah terlalu umum dan tidak dinyatakan secara khusus dan jelas tentang keluasan, peralatan, lokasi, persekitaran, persekitaran, pengudaraan, pencahayaan, peralatan, pandang dengar dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan fasiliti terapi. Contohnya, “memastikan ruang yang mencukupi dan selesa”, iaitu tidak dinyatakan secara khusus dan jelas. (4) Piawaian Naziran Perkhidmatan BAKA, JIPS PDRM mengenai fasiliti kaunseling perlu ditambah baik. Setiap keperluan utama fasiliti kaunseling perlu diperincikan secara khusus (spesifikasi fasiliti kaunseling PDRM). Kontinjen, Briged dan Formasi boleh mewujudkan bilik kaunseling secara khusus atau menggunakan bilik sedia ada dengan berkongsi peranan/ kegunaan seperti bilik latihan dan bilik perbincangan (bilik pelbagai fungsi/ guna) dengan syarat memenuhi keperluan standard bilik kaunseling. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan secara kualitatif yang dirangka selari dengan objektif dan skop kajian. Pasukan Penyelidik Fasiliti Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi Sumber Manusia Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan standard fasiliti kaunseling seperti berikut: 22


(a) Saiz bilik kaunseling individu dan bilik kaunseling kelompok adalah antara 169 kaki persegi (13 kaki X 13 kaki) hingga 400 kaki persegi (20 kaki X 20 kaki). (b) Lokasi bilik kaunseling perlu berasingan dengan ruang kerja atau pegawai. (c) Bilik kaunseling perlu mempunyai penyaman udara, pengudaraan dan pencahayaan yang cukup serta lebih sesuai sekiranya bertingkap. (d) Peralatan bilik kaunseling hendaklah mempunyai dua (2) hingga tiga (3) kerusi atau sofa (single seater) dan satu (1) meja kopi dan 12 kerusi banquet untuk kaunseling kelompok. (e) Bilik kaunseling yang mempunyai ruang (cermin) untuk melihat ke dalam bilik kaunseling dari luar dan tidak dapat melihat keadaan di luar bilik kaunseling dari dalam bilik kaunseling (cermin dua arah) dengan keluasan adalah dua (2) kaki persegi. (f) Bilik kaunseling hendaklah kalis bunyi (soundproof room). (g) Menamakan bilik kaunseling dengan nama lain selain daripada menggunakan nama bilik kaunseling seperti nama jenis bunga atau tokoh tertentu. (h) Penggunaan bilik kaunseling hendaklah melalui permohonan yang diuruskan oleh satu unit agar dapat diurus dan diselenggara dengan baik. 5.5 Program peningkatan kompetensi personel yang menyediakan perkhidmatan psikologi. i. Program peningkatan kompetensi dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kompetensi serta pembangunan kendiri personel yang menyediakan perkhidmatan psikologi iaitu Pegawai Psikologi, Penolong Pegawai Psikologi dan kaunselor PDRM yang bertugas di BAKA. Pelaksanaannya adalah melalui kursus jangka pendek dan jangka panjang seperti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan kursus anjuran PDRM serta pihak luar. 23


ii. Senarai program adalah seperti berikut: 5.6 Data perkhidmatan psikologi sumber manusia PDRM. Data Program Penilaian Pekerja (PPP) PDRM telah dikemukakan kepada JPA mengikut format yang telah ditetapkan secara bulanan melalui emel. Manakala laporan tahunan Program Pengupayaan Kendiri (PPK) PDRM pula dikemukakan secara manual dan emel. Maklumat program pembangunan, pencegahan, intervensi dan ujian psikologi direkodkan dalam talian secara bulan mengikut Kontinjen, Briged dan Formasi. 5.7 Laporan tahunan Unit Psikologi, BAKA JIPS Bukit Aman Laporan tahunan pelaksanaan aktiviti melibatkan Unit Psikologi Bukit Aman mula disediakan pada tahun 2021. Laporan berkenaan telah menjadi rujukan utama dalam penyediaan perancangan aktiviti dan pengukuran impak pelaksanaan aktiviti Unit Psikologi Bukit Aman. Penyediaan laporan berkenaan sentiasa ditambah baik dan diteruskan untuk tahun-tahun yang mendatang. 6. Memperkasakan pelaksanaan program intervensi Program intervensi adalah langkah-langkah yang dilakukan dalam mewujudkan perubahan yang positif kepada pegawai melalui aktiviti kaunseling, pembimbing rakan sekerja dan pementoran seperti mengendalikan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Program ini mengambil kira elemen emosi, tingkah laku dan kognitif seseorang pegawai melalui penilaian, bimbingan, khidmat nasihat dan sokongan. 6.1 Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). i. Pelaksanaan aktiviti AKRAB (1) Sesi bimbingan oleh ahli AKRAB Bukit Aman pada tahun 2023 sebanyak Program Tarikh Penyertaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kompetensi Pegawai Psikologi Siri 1 (OH CARD) 13 - 14 Mac 2023 50 orang Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kompetensi Pegawai Psikologi PDRM Siri 2/2023 (Kaunseling Keluarga) 22 - 23 Ogos 2023 114 orang 24


dua (2) sesi melibatkan warga PDRM Bukit Aman sahaja kerana peringkat Kontinjen, Briged dan Formasi diuruskan secara berasingan di peringkat masing-masing. (2) AKRAB melaksanakan dua (2) aktiviti pada tahun 2023 melibatkan warga PDRM. Antara tujuan utama pelaksanaan aktiviti AKRAB adalah untuk memberi bimbingan, menyebarluas pewujudan AKRAB. Aktiviti AKRAB adalah seperti berikut: (3) Khidmat sosial AKRAB adalah aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli AKRAB bertujuan untuk menyantuni masyarakat. Aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut: ii. Pemerkasaan AKRAB Program Pemerkasaan AKRAB adalah bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan memperkasakan serta melancarkan gerak kerja AKRAB dalam memberi perkhidmatan bimbingan yang berkesan kepada warga PDRM. Aktiviti ini dapat memberi nilai tambah kepada ahli AKRAB dalam menyampaikan perkhidmatan menolong kepada warga PDRM. Bil. Aktiviti Tarikh Penyertaan 1 Ziarah Mahabbah Raudatus Sakinah 16 April 2023 30 orang 2 LDP Pemerkasaan AKRAB 27 Sept. 60 orang Bil. Aktiviti Tarikh Tujuan 1 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) AKRAB 15 Mac – 16 Mac 2023 Perkongsian mengendalikan kes antara ahli AKRAB 2 LDP Pemerkasaan AKRAB Siri 1 30 Mac 2023 Kemahiran penulisan pelaporan dalam SMPS HRMIS Bil. Aktiviti Tarikh Penyertaan 1 Program bubur lambuk 7 April 2023 700 orang 2 Walk with AKRAB 24 Nov. 2023 76 orang 25


iii. Pentauliahan ahli AKRAB Seramai 30 orang telah ditauliahkan sebagai ahli AKRAB yang baharu. Majlis ini disempurnakan oleh YDH DCP Dato’ Hj. Ghazali bin Daud, Timbalan Pengarah JIPS (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman pada 17 Mac 2023 bertempat di Dewan Mess Pegawai Kanan Bukit Aman. iv. Pelantikan ahli AKRAB Pencalonan bagi menghadiri latihan untuk menjadi ahli AKRAB telah dipanjangkan kepada semua jabatan di Bukit Aman. Tawaran ini adalah bagi membolehkan semua jabatan di peringkat Bukit Aman mempunyai ahli AKRAB. Permohonan untuk melaksanakan Kursus Pra AKRAB Tahap 1 dan Tahap 2 telah dikemukakan ke Jabatan Pengurusan untuk kelulusan. Pecahan ahli AKRAB adalah seperti berikut: v. Mempertingkatkan aktiviti melalui medium dalam talian. Laman sosial AKRAB PDRM seperti facebook telah dimanfaatkan untuk melaksanakan aktiviti AKRAB. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berbentuk perkongsian kata-kata motivasi/ hikmah kepada warga PDRM. 6.2 Program Pementoran i. Pelantikan Urus Setia Pementoran PDRM peringkat jabatan Taklimat kepada urus setia Pementoran PDRM peringkat jabatan telah diadakan untuk memudahkan proses perbincangan pelaksanaan mengikut fasa, Bil. Jabatan Jumlah 1 Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard 20 2 Cawangan Khas 11 3 Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/ Ketenteraman Awam 14 4 Jabatan Pengurusan 14 5 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik 4 6 Jabatan Logistik dan Teknologi 5 7 Jabatan Siasatan Jenayah Komersil 3 8 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik 2 9 Jabatan Siasatan Jenayah 3 10 Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti 2 JUMLAH 78 26


pentadbiran pelaporan, pemantauan dan penilaian. Setiap jabatan PDRM Bukit Aman diwajibkan mempunyai seorang urus setia pementoran di peringkat jabatan. Perbincangan pelaksanaan diadakan secara berkala melalui medium whatsapp. Usaha ini telah menampakkan kesan positif kepada pelaksanaan program pementoran PDRM. Pelaksanaan LDP dan majlis berkaitan dengan pementoran adalah seperti berikut: ii. Pelantikan mentor dan menti Program Pementoran tahun 2023 melibatkan lapan (8) jabatan dengan penglibatan seramai 23 mentor dan 23 menti terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam. Tiada penglibatan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Pencegahan Jenayah Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK). Data adalah seperti berikut: iii. Keberkesanan pelaksanaan Program Pementoran Penilaian terhadap pementoran dilakukan bagi menilai empat (4) kompetensi iaitu kompetensi profesional, kompetensi budaya, kompetensi peribadi dan kompetensi sosial. Hasil dapatan adalah seperti berikut: Bil. Aktiviti Tarikh 1 LDP Pementoran Siri 1/2023 22 Februari 2023 2 LDP Pementoran Siri 2/2023 8-9 Mac 2023 3 LDP Pementoran Siri 3/2023 22-23 Mac 2023 4 Majlis Penamatan Program Pementoran 29 November 2023 Bil. Jabatan Jumlah 1 Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard 2 orang 2 Cawangan Khas 18 orang 3 Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/ Ketenteraman Awam 22 orang 4 Jabatan Pengurusan 4 orang 5 Jabatan Siasatan Jenayah 4 orang 6 Jabatan Logistik dan Teknologi 10 orang 7 Jabatan Siasatan Jenayah Komersil 2 orang 8 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik 2 orang JUMLAH 64 Orang 27


iv. Cadangan penambahbaikan (a) Memendekkan tempoh 6 bulan pelaksanaan program pementoran; dan (c) Cadangan borang-borang berkaitan Program Pementoran dibukukan untuk tujuan proses pengumpulan maklumat kepada pihak urus setia. 6.3 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Inspirasi Minda LDP Inspirasi Minda dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan psikologi dan rejuvenasi minda. Aktiviti ini dilaksanakan terhadap 22 pegawai yang memperoleh keputusan teruk dan sangat teruk dalam saringan tahap kemurungan, kebimbangan dan stress, (DASS-21) melibatkan enam (6) cawangan di bawah JIPS Bukit Aman. Aktiviti ini telah berjaya meningkatkan kesejahteraan kendiri pegawai kerana saringan DASS-21 selepas LDP ini menunjukkan bahawa tahap kemurungan, kebimbangan dan stress semakin baik. RRUMUSAN Unit Psikologi BAKA Bukit Aman telah berjaya melaksanakan 24 aktiviti utama sepanjang tahun 2023. Usaha-usaha ini dilakukan untuk memperkasakan tadbir urus Unit Psikologi BAKA Bukit Aman dan mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan PDRM melalui pendekatan psikologi. Pelaksanaan ini adalah untuk menyokong Pelan Strategik PDRM dalam mentransformasikan tadbir urus organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berintegriti. Dimensi Purata Penilaian Pra Purata Penilaian Pasca Peratus Peningkatan Profesional 582 827 42.0% Budaya 586 830 41.6% Peribadi 477 672 40.8% Sosial 486 672 38.3% Keseluruhan 2131 3001 40.6% 28


Click to View FlipBook Version