1
2 1.0 PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada Pn.DORAH BINTI MOHAMED DARUL , Pensyarah Matapelajaran Penghayatan
Etika Dan Peradaban (MPU 21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau
juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung . Selain itu,
Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi
fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan
teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai
sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan
teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa
bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan
sempurna.
2.0 PENGENALAN
• Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan danperpaduan yang melambangkan wujudnya "kesatuan hati" Perpecahan dan
persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbezaarah.Ini ermakna "konflikyang tidak
berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat.Justeru,bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan
yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan permuafakatan dan perpaduan rakyat.
• Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 31ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk
membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa malaysia yang bersatu padu Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak
perpaduan antara rakyat untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat memelihara cara hidup demokratik mencipta
satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama membentuk satu sikap yang liberal terhadap
tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak,dan untuk membireesebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
moden.Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun negara makin
terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda.Oleh itu, kepentingan penghayatan rukun negara dalan
menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.
• Di negara kita.kerajaan telah mengubal rukun negara sebagai falsafah,etika dan ideologi (doktrin) negara.Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar
belakang,objektif dan prinsip rukun negara itu.Dari segi latar belakangnya,rukun negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13
mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum
lebih utuh dan kental
3
3.0 SEJARAH
PEMBENTUK
AN RUKUN
NEGARA
3.1 PENGISYTIHARAN
RUKUN NEGARA
Objektif dan prinsip Rukun Negara Rukun Negara dibentuk dengan tujuan
utama iaitu membentuk perpaduan yang
kukuh.Prinsip-prinsip yang terkandung
dalam Rukun Negara merupakan kunci
kepada keharmonian dan perpaduan
kaum demi kejayaan dan kestabilan
Malaysia.lar terbahagi kepada dua
bahagian
5
BAHAGIAN PERTAMA
Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat
2) Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik
3) Mencipta sebuah masyarakat yang adil
4) Membentuk sikap yang liberal.
5) Membina sebuah masyarakat progresif
6
BAHAGIAN KEDUA
Menggariskan lima prinsip Rukun Negara yang berikut :
1) Kepercayaan kepada tuhan
2) Kesetiaan kepada raja dan Negara
3) Keluhuran perlembagaan
4) Kedaulatan undang-undang
5) Kesopanan dan kesusilaan
7
4.0 MAKSUD RUKUN
NEGARA
Prinsip dalam rukun RUKUN NEGARA KEPERCAYAAN
negara yang perlu KEPADA TUHAN.
dijiwai oleh setiap
rakyat malaysia iaitu:
KESETIAAN KEPADA KELUHURAN KEDAULATAN
RAJA DAN NEGARA. PERLEMBAGAAN. UNDANG-UNDANG.
KESOPANAN DAN
KESUSILAAN.
8
"KEPERCAYAAN KEPADA
TUHAN"
• Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui
kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu
bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan
kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
9
"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA"
• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang
di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di
setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka
Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang
di-Pertuan Agong.
10
"KELUHURAN
PERLEMBAGAAN"
• Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan
yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan
hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar
belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal
berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik
dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal
yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-
ekonomi rakyat.
11
"KEDAULATAN UNDANG-UNDANG"
• Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang
negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan
kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi
kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana
semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas
asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan
Negara.
12
"KESOPANAN DAN
KESUSILAAN"
• Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya
adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun
dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan mewujudkan
sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci tingkah laku yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi
suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan
bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
13
5.0 KEBAIKAN RUKUN NEGARA
KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA
Mencapai perpaduan yang lebih erat -Melalui
usaha untuk mencapai perpaduan
Mencipta sebuah masyarakat yang adil.
Membina sebuah masyarakat progesif
Memelihara satu cara hidup demokratik
14
6.0 KESIMPULAN RUKUN NEGARA
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
termasuklah Malaysia. la penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan
menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar
mahupun dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa
rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan
menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan
damai serta menghindari sifat curiga- mencurigai antara satu sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah
tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.Melalui
perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik. Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai
internal cohesion' atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat
patriotisme di kalangan rakyat Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara
itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah
penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali
15
16 7.0 RUJUKAN
•A.V. Dicey, Introduction to the Study of the Law of Constitution, Edisi Kelapan, Toronto: The MacMillan Company of Canada Ltd, 1915
•A.J. Stockwell, British Policy and Malay Politics during the Malayan Union Experiment, Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1979
•Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah, Kuala Lumpur: DBP
•Abdul Halim Ramli, Perlembagaan Malaysia : Isu Dan Persoalan Perhubungan Kaum. Kuala Lumpur:DBP
•Albert Lau, The Malayan Union Controversy, 1942-1948, Singapore: Oxford University Press, 1991
•Andrew Harding, The Constitution of Malaysia, Oxford: Hart Publishing, 2012 • Anthony Smith, The Ethnic Origins of Nation, Oxford: Blackwell, 1986
•F.A. Trindade and H.P. Lee (eds), The Constitution of Malaysia: Further Perspectives and Developments, Singapore: Oxford University Press, 1986
•Harry E. Groves, The constitution of Malaysia, Singapore: Malaysia Publications, 1964
•Hashim Yeop A. Sani, Our Constitution, Kuala Lumpur: Malaysian Law Publishers, 1980
•Ibn Batuta, The Travels of Ibn Batüta, London: Oriental Translation Committee, 1829
•Jayakumar, S., Constitutional Law Cases from Malaysia and Singapore, Kuala Lumpur: Malayan Law Journal Sdn. Bhd., 1976