The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zorro, 2023-08-01 23:33:27

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ANJAL 2U1H UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

GP 2U1H UPNM 2023

TARIKH KEMASKINI: 1 OGOS 2023 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ANJAL 2U1H UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) Prof. Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin Prof. Madya Ts. Dr. Norshahriah binti Abdul Wahab Dr. Rogis bin Baker Kapten Dr. Rayyan Cheong Tian Ming bin Abdullah (Bersara) Pn. Herlin Anak Aman Dr. Nursyuhada binti Mohd Sukri Dr. Faizal bin Abdul Manaf En. Mohd Syrinaz bin Azli Kapt Prof. Madya Ahmad Zaidi bin Sulaiman (Bersara) Dr. Mohd Fadhzil bin Zainol Prof. Dr. Jowati binti Juhary Lt Kol Hilmi Azani bin Husain Pn. Nur Khadirah binti Ab Rahman Pn. Emily binti Abd Rahman Dr. Shahrulfadly bin Rustam En. Muhammad Khaidzir bin Lokman En. Iksan bin Tamrin Ts. Mohd Faizal bin Mustafa En. Mohd Afiq bin Zamanhuri En. Muhamad Zahrulnizam bin Zulcaphli PENYUMBANG


2 KANDUNGAN Bab 1: Pengenalan 1.1: Latar Belakang 1.2: Tujuan Pelaksanaan Program Rintis 2U1H di UPNM 1.3: Tujuan Garis Panduan Ini Diwujudkan Bab 2: Pelaksanaan 2.1: Rekabentuk Struktur Akademik 2.2: Struktur Mod Pengajian 2U1H 2.3: Model Mod Pengajian 2U1H 2.4: Kaedah penyampaian 2.5: Penilaian Pelajar 2.6: Peranan dan Tanggungawab Pelaksanaan 2U1H 2.7: Taklimat Kepada Pelajar Bab 3: Pentaksiran 3.1: Definisi Pentaksiran 3.2: Tujuan Pentaksiran 3.3: Aspek-Aspek Utama Dalam Pentaksiran 3.4: Penilaian Pelajar 3.5: Jenis-Jenis Pentaksiran Bab 4: Penutup


3 2U1H (Program Rintis) Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan 1.Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan (ZP45) 2.Sarjana Muda Pengajian Strategi (ZP44) Akademi Kecergasan Pertahanan 1.Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) Pusat Bahasa 1.Sarjana Muda Sains Ketangkasan Pertahanan 1.0 PENGENALAN Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui ucapan daripada YBhg Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sempena Program Jom Masuk U pada 4 Jun 2023 yang lalu akan memperkenalkan sistem pembelajaran hibrid dan jadual anjal (2U1H), di mana pelajar di wajibkan hanya menghadiri kuliah di kampus pada tahun pertama dan tahun akhir sahaja. Pelaksanaan sistem ini akan memberi pilihan kepada pelajar dan keanjalan untuk mengikuti pengajian di mana-mana sahaja tanpa perlu hadir ke kelas secara fizikal. Melalui inisiatif ini bermakna pelajar universiti boleh menghadiri kuliah secara dalam talian sahaja, sekali gus mereka dapat menyusun aktiviti dengan lebih fleksibel. Ia akan memberi kelebihan seperti membuka ruang untuk bekerja sambilan atau melakukan perkara yang tidak memerlukan keberadaan pelajar berada di kampus. Skop pembelajaran anjal universiti merangkumi program-program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan oleh universiti awam di seluruh negara. Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sebanyak 95 program pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada 19 universiti awam telah bersedia untuk melaksanakan pembelajaran anjal bermula Sesi Akademik 2023/2024. Dalam menyokong hasrat KPT, UPNM telah menyenaraikan 4 program Sarjana Muda yang akan dijadikan program rintis sistem pembelajaran hibrid dan jadual anjal (2U1H) iaitu:


4 1.1 LATAR BELAKANG • Sejak tahun 2020 hingga 2022 permohonan memasuki universiti awam menunjukkan peningkatan dengan kapasiti universiti awam secara purata pengisiannya juga telah mencapai 85 peratus. • Terdapat pelajar daripada keluarga B40 yang memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM, STPM namun tidak berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi akibat kekangan kewangan dan peluang. • Sistem pendidikan negara perlu berubah kepada modul pengajian yang lebih (fleksibel) bagi menangani isu dan cabaran. • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melakukan beberapa perubahan bagi menarik minat golongan muda di negara menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk melaksanakan sistem pendidikan secara anjal berbanding sistem pendidikan masa sekarang yang mengamalkan konsep pendidikan konvensional. • Perubahan itu termasuk melakukan sesi pembelajaran secara hibrid dan jadual anjal selama beberapa tahun di universiti dan di mana-mana sahaja rumah (2U1H). • Pembelajaran secara hibrid dan anjal (2U1H) adalah satu sistem di mana pelajar boleh menghadiri kuliah secara dalam talian sahaja (mana-mana semester yang ditentukan atau berkaitan) tanpa perlu hadir secara bersemuka dalam bilik kuliah. Ini adalah salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meningkatkan kualiti proses pembelajaran. • Pembelajaran anjal memerlukan pelajar untuk mempunyai kemahiran digital, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan masa yang baik. • Pelajar perlu memastikan mereka mempunyai akses kepada internet yang stabil dan peranti yang sesuai untuk mengikuti kuliah secara dalam talian. • Inisiatif pembelajaran dari rumah juga, mendapat permintaan daripada pelajar berikutan ia pernah dilakukan semasa negara dilanda Covid-19.


5 1.2 TUJUAN PELAKSANAAN PROGRAM RINTIS 2U1H DI UPNM • Program ini dapat menggalakkan pelajar terus berminat menyambung pengajian dengan cara yang fleksibel. • Program ini membolehkan pensyarah dan pelajar menyusun aktiviti mereka dengan lebih fleksibel. • Program ini membolehkan pelajar mengakses bahan pembelajaran di mana-mana sahaja dan pada bila-bila yang sesuai. • Program ini membantu membuka ruang untuk pelajar bekerja sambil belajar 1.3 TUJUAN GARIS PANDUAN INI DIWUJUDKAN • Garis panduan ini diwujudkan untuk membantu bagi pemahaman pemegang taruh (pensyarah, pelajar, institusi, universiti, fakulti dan ibu bapa pelajar) untuk memahami definisi operasi, ciri-ciri pelaksanaan, kelebihan dan kelemahan serta rasional pelaksanaan 2U1H dalam program-program rintis yang dicadangkan di dalam UPNM. • Garis panduan ini diwujudkan untuk membantu pemegang taruh (pensyarah, pelajar, institusi, universiti, fakulti dan ibu bapa pelajar) supaya pihak-pihak ini boleh mengadaptasikan konsep pelaksanaan 2U1H sebaik mungkin dalam program-program akademik yang dipilih dengan mengambil kira keberkesanan program ini terutama dalam menyediakan classroom practices (amalan kuliah) collaborating with teachers (interaksi luar dan dalam talian bersama pelajar dan tenaga pengajar) diversifying technologies (kepelbagaian dalam teknologi yang boleh diaplikasikan semasa 2U1H) learning goals (matlamat pembelajaran) supaya program 2U1H ini dapat memenuhi matlamat pembelajaran ataupun secara khususnya Program Learning Outcomes (PLO) dan Course Learning Outcomes (CLO) bagi kursus-kursus yang ada pada setiap program serta learning skills (kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pelajar) kemahiran ini boleh dirujuk dalam bentuk Program Learning Outcomes (PLO) ataupun Program Education Outcomes (PEO) • Kemahiran ataupun learning skills yang boleh di maksimakan dalam program rintis ini seperti dari aspek cognitive, effective dan juga soft skills yang perlu diterapkan pada pelajar-pelajar di akhir program 2U1H ini mengikut Taksonomi Bloom. *Garis panduan ini boleh dibaca bersama dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan 2U1H serta amalan terbaik yang ada dalam PdP.


6 2.0 PELAKSANAAN 2.1 REKABENTUK STRUKTUR AKADEMIK Mod pengajian 2U1H merangkumi 2 komponen iaitu komponen pembelajaran 2 tahun di Universiti dan 1 tahun pembelajaran secara Hybrid (luar kampus). 2.2 STRUKTUR MOD PENGAJIAN 2U1H Tempoh pengajian 3 (tiga) tahun merangkumi: o Pengajaran fizikal di dalam kampus – Semester 1, Semester 4, Semester Pendek 2 dan Semester 5; dan o Pengajaran secara Hybrid – Semester 2, Semester Pendek 1, Semester 3 dan Semester 6 (Latihan Industri) * Diagram on Simulation TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER PENDEK 1 SEMESTER 3 SEMESTER 4 SEMESTER PENDEK 2 SEMESTER 5 SEMESTER 6 P&P di Kampus P&P secara hibrid P&P secara hibrid P&P secara hibrid • P&P di Kampus • Mula Projek Sarjana Muda P&P di Kampus • P&P di Kampus • Mula Projek Sarjana Muda Latihan Industri 2.3 MODEL MOD PENGAJIAN 2U1H Peruntukan Jam Kredit Keseluruhan Kursus o 3 Jam kredit bersamaan 120 SLT o 2 Jam kredit bersamaan 80 SLT o 1 Jam kredit bersamaan 40 SLT


7 Penerbit: KPT (Boleh membuat rujukan kepada Garis Panduan Pelaksanaan PTG) 2.4 KAEDAH PENYAMPAIAN o PdP secara bersemuka o PdP secara segerak atau tidak segerak REMOTE F2F PdP Secara Segerak RECORDED VIDEO PdP Secara Tidak Segerak


8 2.5 PENILAIAN PELAJAR o Peperiksaan akhir (Bersemuka Sahaja) o Penilaian berterusan (Assignment, Tutorial, Quizzes, Mid Term) 2.6 PERANAN DAN TANGGUNGAWAB PELAKSANAAN 2U1H • Pengurusan Universiti o Memastikan kesediaan kemudahan prasarana dalam pelaksanaan 2U1H (internet dll) o Memastikan perancangan latihan kepada tenaga pengajar yang teratur dan berkesan. o Menyediakan garispanduan… • Pensyarah o Menyediakan bahan ataupun rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan mengikut Fakulti/Akademi/Pusat. Contoh Proforma L1 dan Table4 o Dalam melaksanakan PdP secara Pembelajaran Teradun Gantian yang bersesuaian. • Pelajar o Membuat pilihan Mod yang tepat bagi program 2U1H. o Memastikan pelajar bersediakan mental dan fizikal mengikuti PdP bagi program. 2.7 TAKLIMAT KEPADA PELAJAR • Taklimat 2U1H akan diberikan semasa minggu MPJD/Fakulti/PA. • Pelajar diberi masa 1 semester (8 minggu) untuk membuat keputusan samada memilih untuk kekal di kampus atau berada di luar kampus dalam semester Hybrid.


9 3.0 PENTAKSIRAN 3.1 DEFINISI PENTAKSIRAN Pentaksiran bermaksud proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran adalah salah satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu kursus atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. 3.1 TUJUAN PENTAKSIRAN Terdapat beberapa tujuan utama pentaksiran dijalankan termasuk: 3.1.1 Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran 3.1.2 Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran untuk memperbaiki pengajaran-pembelajaran 3.1.3 Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar 3.1.4 Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif 3.1.5 Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan 3.1.6 Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran


10 3.2 ASPEK-ASPEK UTAMA DALAM PENTAKSIRAN 3.2.1 Instrumen – bentuk soalan, jenis soalan, jenis pentaksiran 3.2.2 Kumpulan yang ditaksir – pelajar 3.2.3 Respon – reaksi pelajar 3.2.4 Kumpulan pentaksir – staf akademik 3.2.5 Skor – markah / peratusan / gred 3.3 ASPEK-ASPEK UTAMA DALAM PENTAKSIRAN 3.3.1 Formatif – peringkat pembentukan Semua bentuk pentaksiran berterusan seperti kuiz, laporan kajian kes, dan yang berkaitan. Semasa dan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai kaedah, alat, teknik dan sumber yang ada dalam mengelola, merekod, menterjemah dan melapor maklumat boleh diguna pakai. Seorang staf akademik boleh membuat pertimbangan menggunakan pelbagai maklumat dan membuat penilaian (bertulis atau lisan) dalam usaha memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran pelajar. Hasil pentaksiran merupakan maklum balas kepada pelajar. 3.3.2 Sumatif – peringkat merumuskan Pentaksiran sumatif dilaksanakan di hujung unit pembelajaran. Staf akademik akan membuat pertimbangan menggunakan pelbagai maklumat dan membuat penilaian (bertulis) tentang prestasi, pencapaian dan keperluan murid untuk meneruskan pembelajaran. Kebiasaannya, peperiksaan akhir diangkat sebagai pentaksiran sumatif.


11 3.4 PENILAIAN PELAJAR Pentaksiran berterusan (formatif) akan dilaksanakan mengikut performa kursus yang telah disahkan oleh Dekan / Pengarah Fakulti / Pusat Akademi. Peratusan pentaksiran berterusan dan peperiksaan akhir (sumatif) boleh di antara 60-40 atau 70-30, masingmasing. 3.5 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN Bagi mod pengajaran dan pembelajaran 2U1H, pentaksiran berterusan dan peperiksaan akhir harus dilaksanakan mengikut proforma kursus. Pentaksiran berterusan boleh dilaksanakan secara dalam talian. Sebagai contoh, laporan bertulis berkumpulan boleh menggunakan Google Docs dan seminar boleh dilaksanakan secara dalam talian menggunakan platform tele-sidang seperti MS Teams. Peperiksaan akhir akan dilaksanakan secara bersemuka. Hal ini bermaksud, semasa peperiksaan akhir, semua pelajar mod 2U1H perlu berada dalam kampus UPNM. 4.0 PENUTUP Buku Garis panduan ini dapat memberi manfaat kepada pemegang taruh dalam membantu pemahaman kepada proses, kaedah penyampaian serta perkara-perkara terlibat dengan 2U1H untuk melaksanakan program rintis ini secara berkesan. Nota Tambahan: • Garis panduan ini boleh dibaca bersama dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan 2U1H serta amalan terbaik yang ada dalam PdP. • Sekiranya, pelajar memilih untuk berada di luar kampus sepanjang tempoh hibrid, semua urusan berkaitan peperiksaan akhir, iaitu penempatan serta tambang pergi dan balik diuruskan pelajar sendiri.


12 TARIKH KEMASKINI: 1 OGOS 2023 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ANJAL 2U1H UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)


Click to View FlipBook Version