Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
PSVK 3203: PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK
NAMA : NOR AZURA BINTI RAZALI
ANGKA GILIRAN : 2021082340015
NO. K/P : 020422-14-0010
KUMPULAN : 1 PISMP ELEKTIF TERAS SENI / AMBILAN
TAJUK JUN 2021
NAMA PENSYARAH : KARYA LUKISAN KANAK-KANAK
: PN. HANIMAH BINTI ABDULLAH
SENARAI KANDUNGAN
Tugasan M/s
Pengenalan 3
Analisis lukisan 1 kanak-kanak bertajuk 'Kereta Myvi' 4-7
Analisis lukisan 2 kanak-kanak bertajuk 'Larian Setempat' 8-11
Analisis lukisan 3 kanak-kanak bertajuk'Kampung Teluk Intan, Perak' 12-15
Analisis lukisan 4 kanak-kanak bertajuk'Burung Takur' 16-19
Analisis lukisan 5 kanak-kanak bertajuk 'Pokok Epal' 20-23
Analisis lukisan 6 kanak-kanak bertajuk 'Pantai ‘Port Dickson’ 24-27
Kesimpulan 28
Rujukan 29
PENGENALAN
Dalam kursus PSVK 3203, saya telah diberikan tugasan
untuk menganalisis enam lukisan kanak-kanak yang
dipilih berdasarkan kreativiti, imaginasi dan faktor-faktor
yang mempengaruhi karya lukisan mereka.
Tajuk: Kereta Myvi
Alat dan bahan: Media kering
iaitu pensil warna
Nama pelukis: Nur Arissa Aisha
Binti Adnan
Tahun: 2019
Lukisan 1
Pelukis telah melayari internet untuk Faktor
mencari video yang menunjukkan mengaktifkan
bentuk kereta Myvi. Guru telah pengetahuan pasif
melakonkan aksi memandu sebuah
kereta yang sedang bergerak. Pelukis
telah mengumpul banyak gambar kereta
Myvi. Sensitiviti deria penglihatan
pelukis yang tinggi terhadap pelbagai
jenis lukisan kereta idaman
menyebabkan lukisan ini terhasil.
Faktor ransangan
mengikut.
Tema ialah Kereta Idaman Anda. Tajuk ialah Kereta Myvi. Hal benda adalah sebuah kereta,
jalan raya, pagar dan manusia. Mesej hendak disampaikan ialah Kereta Myvi merupakan
kenderaan idaman pelukis yang memudahkan urusannya bergerak dari satu tempat ke tempat
lain. Cerita ialah warna kereta Myvi berwarna-warni. Contohnya, warna merah jambu, biru
dan ungu. Ekspresif ialah kereta merupakan kenderaan yang luas dan selesa. Pelukis sering
melihat kereta Myvi di dalam internet. Ramai masyarakat kini memandu kereta Myvi di atas
jalan raya. Kereta Myvi adalah produk keluaran tempatan. Alat bahan digunakan ialah
pensil, pemadam, pensil warna dan kertas lukisan. Kaedah digunakan ialah melukis serta
mewarna seperti terdapat warna kuning, oren, biru untuk mewakili jalan raya manakala
teknik ialah lakaran dan lorekan. Contohnya lorekan pada objek jalan raya.
Faktor perkembangan fizikal, emosi, rohani,
mental dan estetik.
Dari segi fizikal, otot tangan dan koordinasi mata pelukis semakin bertambah baik setelah
dia melatih diri memegang alat dan bahan dengan betul. Hasilnya, pelukis boleh melukis dan
mewarna bentuk kereta Myvi dengan baik. Selain itu, emosi.Pelukis bebas menggunakan alat
dan bahan untuk membentuk kereta Myvi bahkan pelukis menggambarkan kereta Myvi
seakan sedang bergerak kerana mempunyai pemandu dan penumpang. Seterusnya, rohani.
Pelukis berjaya menerapkan nilai bersungguh-sungguh ketika menghasilkan lukisan kereta
idaman. Selanjutnya, mental. Pelukis melukis kereta Myvi setelah berjaya mengamati video
daripada internet berkaitan dengan kereta Myvi. Akhir sekali, estetik. Pelukis menggunakan
pensil warna untuk menghasilkan lukisan yang cantik ini. Terdapat penggunaan warna yang
menarik seperti warna biru, oren, kuning dan sebagainya.
Lukisan 2
Tajuk: Larian Setempat
Alat dan bahan: Media kering iaitu
pensil warna
Nama pelukis: Umar Thaqiff Bin
Ramlee
Tahun: 2012
Pelukis telah melayari internet untuk Faktor
mencari video yang menunjukkan mengaktifkan
individu berlari setempat. Gurunya pengetahuan
telah melakonkan aksi berlari
setempat. Pelukis telah mengumpul pasif
banyak gambar orang berlari setempat.
Sensitiviti deria penglihatan pelukis
yang tinggi terhadap pelbagai jenis
lukisan senaman menyebabkan lukisan
ini terhasil.
Faktor ransangan
mengikut
Tema ialah 'Gaya Hidup Sihat'. Tajuk ialah 'Larian Setempat'. Hal benda ialah
teks dan seorang figura manusia. Mesej hendak disampaikan ialah larian setempat
merupakan senaman gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh semua orang
untuk menjaga kesihatan diri. Cerita ialah imej manusia dalam lukisan lengkap
berpakaian sukan iaitu memakai T-shirt warna kelabu, seluar warna biru dan kasut
warna kuning dan merah. Ekspresif ialah larian setempat merupakan senaman
yang seronok. Pelukis sering melihat aktiviti larian setempat di padang sekolah
dan dalam internet. Alat bahan digunakan ialah pensil, pemadam, pensil warna
dan kertas lukisan. Kaedah digunakan ialah melukis serta mewarna seperti
terdapat warna merah, kelabu, kuning, biru pada objek manusia manakala teknik
digunakan ialah lakaran dan lorekan. Contohnya, lorekan pada objek baju dan
seluar.
Faktor perkembangan fizikal, emosi,
rohani, mental dan estetik
Dari segi fizikal, otot tangan dan koordinasi mata pelukis semakin bertambah baik
setelah dia melatih diri memegang alat dan bahan dengan betul. Hasilnya, pelukis boleh
melukis dan mewarna imej manusia berlari setempat. Selain itu, emosi. Pelukis bebas
menggunakan alat dan bahan untuk membentuk orang sedang berlari setempat.
Seterusnya, rohani. Pelukis berjaya menerapkan nilai bersungguh-sungguh ketika
membentuk imej manusia yang sedang berlari setempat. Selanjutnya, mental. Pelukis
melukis imej orang bersenam setelah berjaya mengamati video daripada internet
berkaitan aktiviti larian setempat. Akhir sekali, estetik. Pelukis menggunakan pensil
warna untuk menghasilkan lukisan yang cantik ini. Terdapat penggunaan warna yang
menarik pada imej teks dan orang seperti warna kelabu, merah, biru dan sebagainya.
Lukisan 3
Tajuk: Kampung Teluk Intan, Perak
Alat dan bahan: Media kering iaitu pensil warna
Nama pelukis: Ku Muhammad Adam Bin Ku Abdul Jalil
Tahun: 2021
Faktor mengaktifkan pengetahuan pasif
Pelukis telah melayari internet untuk mencari video yang
menunjukkan suasana kampung halaman. Guru telah
melakonkan aksi pergerakan air sungai dan bentuk
gunung-ganang. Pelukis telah mengumpul banyak
gambar suasana kampung. Sensitiviti deria penglihatan
pelukis yang tinggi terhadap pelbagai jenis lukisan
suasana kampung menyebabkan lukisan ini terhasil.
Faktor ransangan mengikut
Tema ialah 'Suasana Kampung Halaman'. Tajuk ialah ‘Kampung Teluk
Intan, Perak’. Hal benda ialah sebuah rumah kayu, sungai, tanah, gunung
dan langit. Mesej hendak disampaikan ialah suasana kampung halaman
boleh memberikan ketenangan kepada orang yang tinggal di kawasan
bandar. Cerita ialah warna coklat untuk rumah kayu dan tanah, biru untuk
sungai, hijau untuk gunung-ganang. Ekspresif ialah kampung merupakan
tempat tinggal yang jauh dari kawasan bandar. Suasana kampung sangat
tenang dan damai. Alat bahan digunakan ialah pensil, pemadam, pensil
warna dan kertas lukisan. Kaedah digunakan ialah melukis serta mewarna
seperti terdapat warna coklat, hijau dan biru dalam lukisan ini manakala
teknik digunakan ialah lakaran dan lorekan. Contohnya, lorekan pada objek
rumah kayu, sungai dan gunung.
Faktor perkembangan fizikal, emosi, rohani,
mental dan estetik
Dari segi fizikal, otot tangan dan koordinasi mata pelukis semakin bertambah baik setelah
dia melatih diri memegang alat dan bahan dengan betul. Hasilnya, pelukis boleh melukis
dan mewarna suasana kampung halaman. Selain itu, emosi. Pelukis bebas menggunakan
alat dan bahan untuk menggambarkan suasana kampung yang permai dengan kewujudan
sungai dan gunung-ganang. Seterusnya, rohani. Pelukis menerapkan nilai kasih sayang
kerana berjaya mengingat memori bersama datuk dan nenek di kampung untuk
menghasilkan lukisan ini. Selanjutnya, mental. Pelukis melukis kampung halaman setelah
berjaya mengamati video daripada internet. Akhir sekali, estetik. Pelukis menggunakan
pensil warna untuk menghasilkan lukisan yang cantik ini.Terdapat penggunaan warna
yang menarik seperti imej rumah kayu warna coklat, gunung warna hijau dan sungai
warna biru.
Lukisan 4
Tajuk: Burung Takur
Alat dan bahan: Media kering iaitu
pensil warna
Nama pelukis: Nor Zahira Binti Razali
Tahun: 2014
Faktor mengaktifkan pengetahuan pasif
Pelukis telah melayari internet untuk mencari
video yang menunjukkan bentuk dan bunyi
burung Takur. Guru telah melakonkan aksi
seekor burung yang hinggap di atas dahan
sambil merenung ke arah langit. Guru membuat
aksi seekor burung yang sedang terbang bebas
di langit. Pelukis telah mengumpul banyak
gambar pelbagai burung Takur. Sensitiviti deria
penglihatan pelukis yang tinggi terhadap
pelbagai jenis lukisan burung Takur
menyebabkan lukisan ini terhasil.
Faktor ransangan mengikut
Tema ialah 'Flora dan Fauna'. Tajuk ialah ‘Burung Takur’. Hal benda ialah
seekor burung Takur, sebatang dahan pokok, burung, daun, matahari dan
rumput. Mesej hendak disampaikan ialah burung Takur merupakan
sebahagian daripada fauna yang perlu dipelihara daripada pupus. Cerita
ialah warna burung Takur berwarna-warni. Contohnya, warna merah, biru
dan kuning untuk kepala. Ekspresif ialah burung seekor haiwan yang jinak
dan kecil. Pelukis sering melihat burung Takur di dalam internet dan buku.
Burung Takur banyak tinggal di dalam hutan bahkan sukar untuk melihat
keberadaannya di pokok-pokok yang berada di kawasan bandar. Alat bahan
digunakan ialah pensil, pemadam, pensil warna dan kertas lukisan. Kaedah
digunakan ialah melukis serta mewarna seperti terdapat warna coklat, hijau
merah dan biru dalam lukisan ini manakala teknik digunakan ialah lakaran
dan lorekan. Contohnya, lorekan pada sayap burung.
Faktor perkembangan fizikal, emosi,
rohani, mental dan estetik
Dari segi fizikal, otot tangan dan koordinasi mata pelukis semakin bertambah baik
setelah dia melatih diri memegang alat dan bahan dengan betul. Hasilnya, pelukis
boleh melukis dan mewarna bentuk burung Takur dengan baik dan kemas. Selain itu,
emosi. Pelukis bebas menggunakan alat dan bahan untuk membentuk burung Takur
bahkan pelukis turut menggambarkan watak seekor burung Takur yang mempunyai
ekspresi muka bahagia, paruh yang sangat tajam dan berbulu nipis, kuku yang tajam
dan badan yang berwarna cerah. Seterusnya, rohani. Pelukis berjaya menerapkan nilai
saling bantu-membantu semasa menghasilkan lukisan ini kerana pelukis berkongsi
pensil warna dengan rakan-rakan di dalam kelas. Selanjutnya, mental. Pelukis melukis
burung Takur setelah berjaya mengamati video daripada internet dan gambar-gambar
berkaitan dengan burung Takur. Akhir sekali, estetik. Pelukis menggunakan pensil
warna untuk menghasilkan lukisan yang cantik ini .Terdapat penggunaan warna yang
menarik seperti warna hijau daun pisang untuk badan burung Takur.
Tajuk: Pokok Epal
Alat dan bahan: Media kering
iaitu krayon
Nama pelukis: Nurul Adawiyah
Fakhira Binti Rasidi
Tahun: 2020
Lukisan 5
Faktor mengaktifkan pengetahuan pasif
Pelukis telah melayari internet untuk mencari video
yang menunjukkan bentuk pokok epal. Guru telah
melakonkan aksi sebatang pokok yang beranting, tegak
dan statik. Pelukis telah mengumpul banyak gambar
pokok epal. Sensitiviti deria penglihatan pelukis yang
tinggi terhadap pelbagai jenis lukisan pokok epal
menyebabkan lukisan ini terhasil.
Faktor ransangan mengikut
Tema ialah 'Pokok Buah-buahan'. Tajuk ialah ‘Pokok epal’. Hal benda ialah
sebatang pokok epal, rumput, tanah dan langit. Mesej hendak disampaikan
ialah pokok epal merupakan pokok buah-buahan yang rendang dan rimbun.
Buah epal berasal dari luar negara dan enak untuk dimakan. Cerita ialah pokok
epal kelihatan subur kerana terdapat banyak buah epal pada ranting. Buah epal
berwarna merah jambu dan berbentuk bulat. Ekspresif ialah pokok epal
merupakan sumber makanan untuk manusia. Pelukis sering melihat pokok epal
di dalam internet. Pokok epal terdapat di kawasan kebun buah-buahan. Alat
bahan digunakan ialah krayon dan kertas lukisan. Kaedah digunakan ialah
melukis serta mewarna seperti terdapat warna coklat, hijau, merah jambu dalam
lukisan ini manakala teknik digunakan ialah lakaran dan lorekan. Contohnya,
lorekan pada rumput, langit dan tanah.
Faktor perkembangan fizikal, emosi,
rohani, mental dan estetik
Dari segi fizikal, otot tangan dan koordinasi mata pelukis semakin bertambah
baik setelah dia melatih diri memegang alat dan bahan dengan betul. Hasilnya,
pelukis boleh melukis pokok epal. Selain itu, emosi. Pelukis bebas menggunakan
alat dan bahan untuk membentuk pokok epal serta menggambarkan banyak buah
epal pada ranting pokok. Seterusnya, rohani. Pelukis berjaya menerapkan nilai
bekerjasama kerana berkongsi krayon dengan rakan sekelas. Selanjutnya, mental.
Pelukis melukis pokok epal setelah berjaya mengamati video daripada internet.
Akhir sekali, estetik. Pelukis menggunakan pensil warna untuk menghasilkan
lukisan yang cantik ini. Terdapat penggunaan warna yang menarik seperti warna
merah jambu untuk buah epal serta penggunaan garisan berserabut untuk
rimbunan daun manakala garisan berduri untuk rumput.
Lukisan 6
Tajuk: Pantai ‘Port Dickson’
Alat dan bahan: Media kering iaitu
pensil warna
Nama pelukis: Nurul Hannani Binti
Yaakob
Tahun: 2019
Faktor mengaktifkan pengetahuan pasif
Pelukis telah melayari internet untuk mencari video
yang menunjukkan pemandangan pantai waktu malam.
Guru telah melakonkan aksi air laut yang bergelora.
Pelukis telah mengumpul banyak gambar pemandangan
pantai waktu malam. Sensitiviti deria penglihatan
pelukis yang tinggi terhadap pelbagai jenis lukisan
pemandangan pantai menyebabkan lukisan ini terhasil.
Faktor ransangan mengikut
Tema ialah 'Pemandangan Pantai Pada Waktu Malam'. Tajuk
ialah Pantai ‘Port Dickson’. Hal benda ialah air laut, bulan,
bintang dan langit. Mesej hendak disampaikan ialah
pemandangan pantai pada waktu malam merupakan suasana
tenang yang boleh diamati oleh semua individu. Cerita ialah air
laut bergelora berwarna biru, bulan yang terang berwarna kuning
serta bintang-bintang dilangit yang berkerlip dan bercahaya
berwarna putih. Ekspresif ialah pantai merupakan tempat yang
tenang dan damai. Pelukis sering melihat suasana pantai di dalam
internet. Pemandangan pantai pada waktu malam lebih tenang
kerana diterangi oleh bulan dan bintang-bintang yang bercahaya.
Alat bahan digunakan ialah pensil, pemadam, pensil warna dan
kertas lukisan. Kaedah digunakan ialah melukis serta mewarna
seperti terdapat warna biru, ungu dan kuning dalam lukisan ini
manakala teknik digunakan ialah lakaran dan lorekan. Contohnya,
lorekan pada imej langit .
Faktor perkembangan fizikal, emosi, rohani,
mental dan estetik
Dari segi fizikal, otot tangan dan koordinasi mata pelukis semakin
bertambah baik setelah dia melatih diri memegang alat dan bahan
dengan betul. Hasilnya, pelukis boleh melukis dan mewarna
pemandangan pantai dengan baik. Selain itu, emosi, pelukis bebas
menggunakan alat dan bahan untuk membentuk pemandangan
pantai bahkan pelukis menggambarkan air laut sedang bergelora
dengan menggunakan garisan beralun. Seterusnya, rohani. Pelukis
berjaya menerapkan nilai berhati-hati ketika mewarna lukisan
supaya kemas. Selanjutnya, mental. Pelukis melukis pemandangan
pantai waktu malam setelah berjaya mengamati video daripada
internet. Akhir sekali, estetik. Pelukis menggunakan pensil warna
untuk menghasilkan lukisan yang cantik ini. Terdapat pengolahan
warna yang pelbagai seperti warna kuning pada objek bulan adalah
kontra yang boleh menarik perhatian orang lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, berdasarkan analisis
yang telah saya buat terhadap lukisan
kanak-kanak, jelas terbukti bahawa
hasil karya lukisan kanak-kanak
dipengaruhi oleh faktor mengaktifkan
pengetahuan pasif, faktor ransangan
mengikut dan faktor perkembangan
fizikal, emosi, rohani, mental dan
estetik.
Rujukan
Chang Hon Woon (1994). Teori Seni Tampak. Dewan Bahasa Pustaka
Cox, Maureen. (1992). Children’s drawing. Penguin Group.
Isbell, R. & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. Thomson Delmar
Learning.
Koster, J. B. (2001). Bringing art into the elementary classroom. Belmont, CA: Wadsworth.
Lowenfeld, Victor dan Brittain, W. Lambert. (1975). Creative and Mental Growth. Six
Edition. Macmillan Publishing Co., Inc.
TAMAT