FOLIO KARYA-KARYA PELBAGAI
BUDAYA
NAMA AHLI KUMPULAN :
NOOR MAISARAH
AMNI BATRISYIA
NOR AZURA
HANAN
NURIYAH
ADINDA
Kesenian Islam
Bidang-bidang Kesenian islam
Seni Khat
Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan
bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan
cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan
yang tersusun. Ianya merupakan seni bentuk tulisan
Jawi/ Arab (calligraphy). Khat berasal daripada
perkataan Arab yang bermaksud garisan. Seni khat
bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan.
Jenis-jenis seni khat
Khat Kufi
Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini
digunakan sebagai hiasan pada bangunan masjid,
pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam
bentuk ukiran timbul.
Khat Nasakh
Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan
buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat ini mudah dibaca,
jelas serta tidak mengelirukan para pembaca.
Khat Thuluth
Khat Thuluth digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam
mashaf thmani (al-Quran) , nama buku atau kitab serta untuk
tujuan lain.
Khat Riq'ah
Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat Khat ini digunakan untuk
tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti
dan madrasah untuk mengambil nota kuliah. Ciri tulisan ini ialah
bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika
dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam
masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan.
Khat Farisi
Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak
digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan
tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan
berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.
Khat Diwani
Khat Diwani digunakan untuk penulisan
surat rasmi seperti surat perjanjian,
surat penghargaan dan sebagai perhiasan.
Khat Diwani Jali
Jika dibandingkan dengan khat diwani, khat ini lebih
banyak bentuknya, rumit penulisannya, lebih indah
dan estatik. Khat Diwani Jali digubah dalam bentuk
perahu, ikan, burung dan sebagainya.
Seni Bina
Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan iaitu reka
bentuk yang dicipta oleh manusia. Ibn Khaldun dalam kitabnya berjudul al-
Muqadimah menyatakan, kedudukan rohani setiap bangsa, pandangan hidupnya
dan cita-citanya, telah dilahirkan pada bangunan-bangunan yang didirikannya.
Setiap bangsa yang mendorong ke arah kemajuan pasti mempunyai kepintaran
ilmu bangunan sebagai pembuktian betapa tingginya sesuatu tamadun. Seni bina
Islam yang terpenting dan harus diperhatikan adalah seni bina masjid kerana ia
adalah merupakan bangunan pertama yang dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w.
Seni Bina Masjid
Masjid dihiasi dengan motif-motif Islam iaitu kaligrafi, bunga-bungaan,
geometri dan sebagainya. Motif-motif ini bertujuan untuk memberikan
ketenangan dan keselesaan serta melahirkan keharmonian dalam beribadah.
Seni ukiran
Seni ukiran adalah berdasarkan geometri yang bermotifkan seperti daun, akar, bunga,
dan sebagainya. Seni ukir juga berkait rapat dengan seni khat. Seni khat merupakan
suatu keistimewaan seni ukir yang sering didapati menghiasi bangunan-bangunan Islam.
Oleh itu, seni ini bukan semata-mata untuk memenuhi kewujudan seni untuk seni atau
sebagai pantulan dan jelmaan rasa indah sahaja. Namun ia juga memberi kesan lain
yang lebih mendalam dan bererti iaitu kesan keindahan yang mendekatkan kepada peri
manusia dan rasa ketuhanan. Menurut Abdul Ghani Samsudin et. al. (2001), ukiran-ukiran
dari pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan
kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia. Seni ukir juga
dikenali sebagai seni pahat yang merangkumi apa sahaja yang dipahat atau yang diukir,
samada yang berbentuk patung-patung manusia, binatang atau apa sahaja yang
sifatnya berlembaga, samada ukirannya pada dinding-dinding rumah dan sebagainya.
KESENIAN TANAH AIR
ALAM MELAYU
pengenalan
Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat di
Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-
lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Seterusnya tentang artifak-
artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut,
Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih
mengenali seni Alam Melayu. Simbol-simbol yang digunakan pada karya seni
mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.
Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannya dibuktikan dengan
penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa
tapak arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti
artifak peninggalan Zaman Logam.
Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia
terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu
telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka seperti lukisan-
lukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan, Sabah dan
Gua Niah, Sarawak.
Kaum Jah-hut
Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri
Pahang. Kaum ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan
pandan, bertam, buluh dan rotan. Selain hasil anyaman, kaum Jah-hut
juga sememangnya sinonim dengan pengukiran kayu terutama
penghasilan arca dan merupakan lanjutan untuk kepercayaan keagamaan
mereka.
Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-
hut. Segala ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi
dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada
perkaitan dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka. Setiap
ukiran mempunyai pelbagai maksud dari segi kepercayaan, mistik,
keagamaan, lagenda serta gambaran kehidupan mereka.
Kaum Mah Meri
Mah Meri merupakan salah satu daripada 18
suku kaum Orang Asli yang tinggal di
Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan
besar yang digelar orang Senoi. "Mahmeri"
bermaksud orang hutan manakala dalam
istilah, Mahmeri memberi maksud bersisik.
Mereka juga dikenali sebagai orang laut,
sesuai dengan lokasi penempatan mereka
yang berhampiran dengan laut iaitu di
sepanjang pantai Negeri Selangor dan Pulau
Carey.
sambungan...
Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang digunakan di dalam
amalan kerohanian tradisi mereka. Kreativiti mengukir patung-patung berbentuk dewa-dewa,
figura manusia, alam flora dan fauna amat menakjubkan. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta
untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya
menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang
mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh
atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka
sama ada secara positif atau pun negatif.
Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh dipercayai berpengaruh ke atas keselamatan para nelayan
ketika mereka turun ke laut. Moyang Sauh yang digambarkan dalam ukiran Mah Meri mempunyai
bentuk seakan-akan seekor ikan atau naga laut menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatan
menyeramkan namun sangat indah pada masa yang sama. Untuk memastikan para nelayan
selamat pulang, bomoh Mah Meri akan menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan mengadakan satu
upacara di tepi pantai dengan menyediakan pulut kuning dan makanan yang lain sambil meminta
pertolongan Moyang Sauh agar nelayan mereka selamat di laut hinggalah mereka pulang ke
darat. Ukiran serta makanan tersebut kemudiannya ditinggalkan di tepi laut setelah upacara
tersebut selesai.
Moyang Jantung Moyang Sauh Moyang
Naga
Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mereka
untuk menyembuhkan penyakit seperti demam, sakit perut dan penyakit yang
berkaitan dengan pembuangan air kecil. Untuk mengubati pesakit, salah
seorang ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang
melambangkan roh atau semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas
penyakit tersebut. Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang
akan menjalankan upacara bagi ‘mengalihkan’ penyakit tersebut dari pesakit
kepada ukiran kayu itu dan kemudian membuangnya ke laut atau ke dalam
hutan, lalu secara simboliknya ‘mengeluarkan’ penyakit itu dari badan pesakit.
Nama topeng dalam masyarakat Mah Meri berdasarkan
cerita dan kepercayaan masyarakat untuk tujuan
perubatan, penyembahan dan hiburan. Nama seperti
Moyang Tetek Lanjut, Moyang Labi-Labi dan Moyang
Katak Kala, sentiasa menjadi sebutan. Selalunya
topeng ini dipakai oleh batin dan bomoh sebagai
perantara alam metalizik dan realiti. Bentuk-bentuk
topeng masyarakat Asli ini tidak menggunakan warna
tetapi rupa topeng dibezakan melalui corak, gaya dan
piuhan.
Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan
imejan yang menggerun, menakut serta melucukan.
Terutamanya topeng untuk tujuan penyembuhan
penyakit. Kebanyakan bomoh di kalangan masyarakat
Asli berperanan sebagai tabib dan hakim, maka topeng
menjadi mekanisme penjelmaan mereka dari manusia
kepada makhluk magis.
CATAN AIR
- Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara
jiran. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi
tradisi Melayu. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat
minyak para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang
pada akhir tahun 1770an yang mengikut estetik zaman Victoria.
- Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya
karya-karya catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain
lagi.
SENI BINA
Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Terdapat bangunan-
bangunan yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina
yang unik. Contohnya, istana, rumah berhala, monumen, tembok,
bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, pusat pengajian,
sekolah, masjid, dan lain-lain lagi.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum
perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara
wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).
Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai
nilai senibina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik,
sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik.
Contoh senibina sebelum merdeka:
(1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka
(1641).
(2) Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735).
(3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan (1888).
(4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka
(1728).
(5) Gereja St. George Anglican di George Town,
Pulau Pinang (1817).
(6) Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893).
Pua Kumbu Pua Kumbu merupakan salah satu jenis
kain pua yang popular di kalangan
masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini
berwarna kemerah-merahan atau coklat
tua. Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum
Iban yang sudah mahir menenun kerana
pua jenis ini adalah paling rumit untuk
ditenun. Pua kumbu menjadi kemegahan di
kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat
dengan teliti, ia turut memaparkan corak
kehidupan seharian masyarakat Iban.
SENI DAN BUDAYA
KAUM PRIBUMI
Masyarakat Pribumi
Masyarakat Pribumi atau lebih dikenali sebagai orang asli
merupakan masyarakat yang mempunyai susur galur hubungan
dengan zaman Mesolitik dan Paleolitik.
Konsep pribumi secara umum merujuk kepada kumpulan etnik yang
naif kepada wilayah dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh
sesebuah negara.
Konsep pribumi secara khusus pula merujuk kepada penduduk asal
Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu dan orang asli di
Semenanjung Malaysia serta kumpulan etnik pribumi di Sabah dan
Sarawak.
Masyarakat Pribumi
orang melayu orang asli
seni pribumi
Masyarakat Jah Hut
- Masyarakat Jah Hut Satu suku kaum orang asli yang tinggal di
Pahang, Malaysia.
Bahasa Jah Hut
- “Jah” bermaksud orang.
- “Hut” pula bermaksud bukan atau tidak.
- Menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam perbendaharaan
katanya.
- Loghat-loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau (Terengganu),
Kuala Tembeling, Ulu Ceres, dan sebagainya
Kegiatan Ekonomi Jah Hut
- Kegiatan-kegiatan pertanian utama ialah penorehan getah, penanaman
padi, dan penternakan ayam.
- Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan sebagai satu sumber
pendapatan untuk orang Jah-Hut dan juga merupakan satu lanjutan untuk
kepercayaan keagamaan mereka
Seni Ukiran Kayu Jah Hut
- Suku kaum ini terkenal dengan ukiran-ukiran kayu (arca).
- Setiap ukiran mempunyai pelbagai tujuan dan maksud dari segi
kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda, serta menggambarkan
kehidupan mereka.
- Kebiasaannya ukiran kayu berbentuk patung figura haiwan dan manusia
serta alam ghaib seperti hantu.
- Kesemua ukiran hanya menggunakan alatan tangan sahaja.
Jenis Kayu Ukiran
- Cengal - Kemuning
- Merbau - Rhu bukit
- Tembusu hutan - Raja kayu
- Sena - Arang
- Merpati rengas.
Tokoh Pengukir Kayu Jah Hut
- Along b Hitam - Kassim b Wahi
- Ayau b Bandak - Menteri Bani b Wahi
- Batin Hitam b Wahi - Puteh b Debos
- Bujai b Ali - Salleh b Kahang
- Jatim b Bani - Gaga b Pandak
Contoh Hasil Ukiran Kayu
seni pribumi
Masyarakat Mahmeri
- Lokasi penempatan mereka berhampiran dengan laut iaitu di
sepanjang pantai negeri Selangor dan Pulau Carey.
- "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala
- istilah mahmeri memberi maksud ‘bersisik’.
Kepercayaan Mahmeri
- Ukiran Mah Meri memainkan peranan yang penting dalam
menyembuhkan penyakit seperti demam, sakit perut dan penyakit
yang berkaitan dengan pembuangan air kecil.
- Untuk mengubati pesakit, salah seorang ahli keluarga pesakit tersebut
perlu menghasilkan ukiran kayu yang melambangkan roh atau
semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit tersebut.
Jenis Kayu Ukiran
- Kayu nyireh batu.
- Keindahan ukiran ini terserlah pada alunan urat kayu
nyireh yang indah atau warna kayu yang menarik dan
juga pada reka bentuk ukiran itu sendiri yang ringkas
tetapi sungguh anggun serta membawa makna
budaya kaum Mah Meri.
- Setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat
kayu nyireh batu yang membentuk ukiran itu sendiri.
- Ukiran berukuran satu kaki tinggi memakan masa
kira-kira dua minggu untuk disiapkan.
- Selain daripada ukiran kayu, hasil anyaman juga
memainkan peranan yang penting dalam budaya Mah
Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri.
seni pribumi
Masyarakat Pua Kumbu
- Pua dalam bahasa Iban bermaksud kain, manakala Kumbu bererti
selimut.
- Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di
kalangan masyarakat Sarawak.
- Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang
digunakan oleh kaum Iban yang dihasilkan dan digunakan di Sarawak,
Malaysia.
- Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci dengan
menggunakan 'Kek Iban'.
- Pengunaan tumbuh-tumbuhan seperti mengkudu,kulit kayu janggau,
dan kulit kayu kepayang (pewarna asli Pua Kumbu).
Tenunan Pua
- Alat tenunan tradisional ini dinamakan kei tumpah.
- Semasa menenun, alat ini diikatkan pada tiang rumah
dan tenunan diregangkan dengan menyandangkan
pada penenun.
- Tenunan pua dikaitkan dengan cara hidup
masyarakat Iban.
- Kerja menenun itu dilakukan sendiri mengikut adat,
penenun mesti akur pada petua dan pantang larang.
Misalnya, reka corak hantu atau roh yang dikenali
sebagai ‘engkeramba’ tidak boleh ditenun di pinggir
pua.
- Rekacorak itu mesti ditenun di tengah-tengah pua
dan dipagari oleh reka corak ‘kemerbai’.
Contoh Tenunan Pua
Proses Penghasilan Pua Kumbu
1.Cara Ikat
- Benang kapas yang hendak ditenun diikat pada beberapa
bahagian tertentu dengan tujuan menahan pewarna daripada
meresapi bahagian tersebut.
- Ikatan dibuat mengikut corak yang dikehendaki.
- Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua,
biru kehitaman dan merah bata.
- Apabila proses mewarna sudah selesai, benang-benang kapas itu
dikeringkan.
- Setelah benang betul-betul kering barulah ikatan-ikatannya
dibuka.
- Kemudian benang itu ditenun.
- Tenunan dibuat secara kosong tanpa menyelang-nyelikan benang
bagi menghasilkan corak.
- Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat.
Proses Penghasilan Pua Kumbu
2. Cara Pilih
- Benang kapas yang hendak ditenun dicelup ke dalam
pewarna.
- Kemudian benang-benang itu dikeringkan.
- Setelah kering, benang-benang itu ditenun.
- Selain daripada benang-benang yang diwarnakan, benang
kosong iaitu benang yang tidak berwarna juga digunakan.
- Tenunan dibuat dengan cara menyelang-nyelikan benang
di atas tenunan kain dasar untuk membentuk corak kain -
terhasillah corak-corak kain yang berbentuk timbul.
SENI DAN
BRUisDkFsAiC&nYITNRAeeAcKwhA:arUdsM
LUKISAN/CATAN CINA
Catan mengambarkan
keindahan panorama semula
jadi.
Poor Security me - C a t a n y a nPgoordAidhaaptsaiblilkitay n
ya mp unyai fmaTderplacsshatnaiicoaklfollagyaiechnshaindnpgFaeienenTrveeacrshysaajaank
FinTech companies are ng menya
always at high risk against h a t i pyeeanr.gInkstiaturtioynas t.hat are
cyber attacks.
not quick to adapt will be
left behind.
PAKAIAN Cheogsam biasanya dipakai pada
upacara-upacara tertentu seperti
majlis perkahwinan dan semasa Tahun
Baru Cina. Baju ini asalnya labuh
tetapi lama-kelamaan disingkatkan
hingga ke paras lutut.
Samfu merupakan pakaian tradisional
bagi kaum lelaki dan wanita cina.
bermaksud baju dan seluar .
diperbuat daripada kain nipis yang
tidak bercorak atau sekadar berbunga
halus.
MAKANAN
KUIH BULAN WANTAN MEE
KUEY TEOW DIM SUM
TARIAN TRADISIONAL
TARIAN NAGA
TARIAN BUNGA
TERATAI
TARIAN SINGA
TARIAN KIPAS
ALAT MUZIK
Erhu dikategorikan sebagai Liu Qin adalah alat muzik dalam Pipa dikategorikan sebagai alat
alat Kordofon.Ia merupakan kategori Kordofon.Ia merupakan alat muzik Kordofon.Ia merupakan alat
sejenis alat muzik gesekan
muzik bertali yang dipetik seperti muzik yang paling simbolik dan
bertali dua. Pipa kecuali ia bersaiz lebih kecil terkenal dalam Orkestra
dan bunyi seperti sebuah Mandolin.
Cina.Sejarahnya bermula sejak
lebih 2000 tahun dahulu.
BUDSAEYNAI DBAANRAT
SENI CATAN BARAT
Klasik
Barroque
Romanticisme
Impressionisme
Post-Impressionisme
Ekspressionisme
Kubisme
Surelisme
Seni Pop