The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AIN RANI, 2022-06-27 21:59:09

KISAH PAK BELANG DAN PENGHUNI HUTAN

KISAH PAK BELANG




DAN PENGHUNI HUTAN








Oleh SITI NOOR NAJWA BINTI RUSLI

Di dalam sebuah hutan, tinggallah beberapa ekor

penghuni iaitu Pak Belang, Sang Rusa, Si Gajah,

Sang Singa, Sang Tapir, Si Kuda Belang, Si Monyet


dan Sang Enggang. Mereka hidup dalam suasana

yang aman dan damai.




1

Dikisahkan suatu hari, seluruh penghuni hutan

dikejutkan dengan pembunuhan saudara


kandung Si Gajah. Maka, pada petang itu, seluruh


penghuni hutan telah mengadakan mesyuarat

tergempar di hutan itu.



2

Dalam mesyuarat itu, Pak Belang telah bertanya


kepada Si Gajah tentang kejadian yang menimpa

saudaranya. Si Gajah pun menceritakan satu


persatu kejadian yang berlaku. Kemudian,


penghuni hutan yang lain mula berbincang

tentang apa yang harus mereka lakukan.




3

Mereka bercadang untuk pergi memeriksa


tempat itu, tetapi dihalang oleh Sang Singa dan Si


Gajah kerana bimbang berlaku apa-apa yang

buruk. Akhirnya, mereka mencapai kata sepakat


apabila Si Monyet dan Sang Enggang yang


dengan sukarelanya akan pergi memeriksa

tempat itu.




4

Pada malam itu, Si Monyet dan Sang Enggang

pun pergi kawasan itu. Mereka cuba menjejaki


kesan tapak kasut, namun tidak menemui

sebarang jejak. Tiba-tiba mereka melihat


kelibat seseorang yang menuju ke arah

mereka. Mereka terus bersembunyi di atas


pokok, dan mereka melihat dua orang

pemburu yang memegang senapang berada


di tempat itu.


5

Kedua-dua pemburu itu berbual tentang


rancangan mereka untuk membunuh Pak Belang

dan Sang Singa. "Malam ini kita mesti bunuh


singa dan harimau. Kalau kita berjaya bunuh


kedua-duanya, penghuni hutan ini akan jadi

lemah hidup dalam ketakutan" kata pemburu


pertama.






HAHAHA!
HAHAHA!
HAHAHA!





HAHAHA!
HAHAHA!
HAHAHA!






HAHAHA!
HAHAHA!
HAHAHA!










6

Sang Enggang dan Si Monyet yang berada di atas

pokok hanya mendengar dengan nada yang


terkejut. Mereka juga mengetahui bahawa


kedua-dua pemburu itu juga yang membunuh

saudara Si Gajah. Lalu Sang Enggang pun


mengajak Si Monyet untuk pulang dan akan


memberitahu hal tersebut kepada Pak Belang.








































7

Keesokan hari, Sang Enggang dan Si Monyet


pun menemui Pak Belang dan Sang Singa lalu

menceritakan hal yang terjadi semalam.


Kemudian Pak Belang pun mengarahkan Si


Monyet dan Sang Enggang untuk memanggil

semua penghuni hutan berkumpul pada petang


itu.


8

Pada petang itu, seluruh penghuni hutan berkumpul


dan Pak Belang pun memberitahu rancangannya

untuk menangkap pemburu itu. Pak Belang

kemudian mencadangkan supaya digali sebuah


lubang besar dan dalam supaya mereka dapat

memerangkap pemburu itu. Penghuni hutan yang


lain pun bersetuju dengan cadangan Pak Belang.

Mereka akan bersama-sama membantu Pak Belang.


9

Pada minggu itu, semua penghuni hutan


bekerjasama untuk menggali lubang


besar bagi menangkap si pemburu.

Masing-masing melakukan tugas seperti


yang disuruh oleh Pak Belang. Akhirnya,

tugas mereka selesai setelah berjaya


membuat lubang di hujung hutan itu.




10

Pada malam berikutnya, kedua-dua pemburu itu


masuk lagi ke dalam hutan. Mereka bertekad


untuk membunuh semua penghuni hutan itu

setelah mereka gagal untuk membunuh Pak


Belang dan Sang Singa pada malam sebelumnya.

"Jika kita tidak dapat bunuh singa dan harimau itu,


kita bunuh sahaja semua penghuni hutan ini!!",


kata pemburu pertama itu dengan nada marah.

































11

Ketika mereka sedang asyik berbual, tiba-tiba


mereka terdengar bunyi ranting patah


berhampiran mereka seolah-olah seperti ada

binatang yang melalui kawasan itu. Mereka


mendekati arah bunyi itu, tetapi tidak menemui


apa-apa. Kedua-dua pemburu berasa hairan dan

bingung.









































12

Tidak lama kemudian, mereka melihat kelibat

.
Sang Rusa yang berada tidak jauh daripada

mereka. Sang Rusa ketika itu sedang berjalan


menuju ke kawasan hujung hutan yang gelap.


Kedua-dua pemburu itu mula mendapat idea

untuk memerangkap Sang Rusa lalu mengikuti


Sang Rusa secara senyap-senyap.


13

Akibat terlalu asyik mengikut Sang Rusa,

mereka tidak sedar mereka telah terjatuh ke


dalam sebuah lubang yang besar dan dalam


serta gelap sehingga menyukarkan mereka

untuk memanjat. Mereka menjerit meminta


tolong, namun tiada sesiapa di situ. Akhirnya


mereka mula yakin dan percaya bahawa mereka

kini telah diperangkap oleh penghuni hutan itu.



































14

Tidak lama kemudian, muncul Pak

Belang bersama penghuni hutan

dengan wajah yang bengis. Pak
Belang pun memarahi kedua-dua

pemburu itu atas perbuatan yang

mereka lakukan. Si Gajah pula
mencadangkan supaya pemburu

itu diberikan hukuman. Pak

Belang bersetuju dengan
cadangan Si Gajah lalu

memberikan hukuman setimpal

kepada kedua-duanya.
15

Tetapi Kedua-dua pemburu itu

merayu Pak Belang supaya tidak


menghukum mereka. Pak Belang


akhirnya memberikan hukuman

ringan kepada pemburu itu iaitu


mereka perlu mencari makanan


yang ada di dalam hutan dan

memberikannya kepada penghuni


hutan sebagai tanda minta maaf


atas perbuatan mereka.






























16

Sejak daripada itu, kedua-dua pemburu itu

tidak lagi memburu dan membunuh penghuni


hutan itu. Mereka berubah menjadi baik dan

sudah insaf. Mereka kini membantu

mendapatkan makanan untuk diberikan


kepada penghuni hutan tersebut dan Pak

Belang bersama penghuni hutan kembali

hidup dengan aman.































TAMAT







17

PENGAJARAN





Kita perlulah saling bantu membantu antara


satu sama lain dalam kehidupan masyarakat.


Contohnya, Pak Belang dan penghuni hutan


lain bersama-sama membantu menyelesaikan


masalah Si Gajah. Pengajaran kedua adalah


kita perlulah bijak dalam membuat keputusan.

Contohnya, Pak Belang menggunakan


kebijakannya untuk menyelesaikan masalah


yang berlaku. Pengajaran ketiga adalah kita


perlulah mempunyai sikap pemaaf dalam diri.


Contohnya, Pak Belang memaafkan kedua-


dua pemburu itu walaupun mereka


melakukan kesalahan yang besar.


Click to View FlipBook Version