DUNIA
MAKANAN
RINGAN
K H O R X U E J I N G 2 7 0 4 0 8
Latar
Latar
Belakang
Belakang
Buku cerita ini mengisahkan tentang
seekor arnab yang bernama Si Arnab
suka makan makanan ringan. Pada
suatu hari, Si Arnab dan kawan-
kawannya dibawa ke dunia makanan
ringan. Apakah yang akan berlaku
dalam cerita ini? Marilah kita baca
bersama-sama.
1
Di sebuah hutan yang cantik,
terdapat seekor arnab yang comel,
bernama Si Arnab. Si Arnab suka
makan pelbagai jenis makanan ringan
termasuk gula-gula, coklat, ais krim,
kek, donat dan sebagainya.
2
Si Arnab makan banyak makanan
ringan setiap hari. Hal ini
menyebabkan Si Arnab semakin
gemuk dan badannya menjadi
lemah. Ibunya juga menyedari
masalah ini. Oleh itu, ibu Si
Arnab melarang Si Arnab makan
makanan ringan dan menyimpan
makanan ringan yang sedia ada.
?
?
3
Si Arnab tidak berpuas hati
terhadap tindakan ibunya, tetapi
Si Arnab terpaksa mengikut
arahannya. Selepas beberapa
hari, Si Arnab juga tidak dapat
menyesuaikan diri dalam
kehidupan yang tiada makanan
ringan. Si Arnab sering berfikir
bahawa Si Arnab akan bahagia
jika hidup dalam dunia makanan
ringan.
4
Pada suatu hari, ketika Si Arnab sedang
menonton TV di ruang tamu, dia
ternampak sebuah lubang hitam dalam
buku cerita yang bertajuk “Dunia
Makanan Ringan” di atas meja. Tiba-
tiba, Si Arnab disedut ke dalamnya.
5
Apabila matanya terbuka, Si Arnab dihantar
ke dunia yang lain. Seluruh dunia diperbuat
daripada makanan ringan. Kenderaan di jalan
raya diperbuat daripada coklat, lampu isyarat
diperbuat daripada lollipop, jalan raya
diperbuat daripada kek lapis malah batu di
tepi jalan diperbuat daripada kek cawan.
Selain itu, semua rumah juga menjadi rumah
gula-gula. Bumbung rumah dan dinding
diperbuat daripada gula-gula getah, tingkap
diperbuat daripada marshmallow dan pintu
diperbuat daripada krim.
6
Si Arnab melihat sebiji belon di atas lantai
lalu mengutip belon itu, menyedari belon
itu adalah lollipop. Kelihatan lollipop itu
sangat menarik perhatian. Kemudian, Si
Arnab memasukkannya ke dalam mulut,
“sedapnya!”. Jika Si Arnab ingin makan
coklat, dia boleh pilih mana-mana
kenderaan untuk makan sahaja. “Wah, aku
sangat bahagia!” Si Arnab berfikir
sendiri.
Sedapnya!
7
Tiba-tiba, Si Arnab ternampak kawan-kawannya
berkumpul di satu tempat. Mereka sedang makan
makanan ringan bersama-sama. Rupa-rupanya
hanya kanak-kanak dihantar ke dunia ini. Mereka
sangat gembira kerana mereka berpeluang untuk
hidup bebas, dan tidak dikawal oleh ibu bapa dan
cikgunya lagi. Dalam dunia ini, mereka boleh
makan apa yang mereka suka, tiada orang memaksa
mereka makan sayur-sayuran, tidak perlu belajar
dan tidak akan menghadapi tekanan seperti
membuat kerja rumah dan lain-lain. Mereka ingin
tinggal di dunia ini selama-lamanya.
8
Si Arnab dan kawan-kawannya menikmati
kehidupan ini dan tidak berhenti makan
makanan ringan. Mereka makan sebuah rumah
dengan cepat. Selepas itu, Si Arnab berasa
dahaga dan ingin minum air, tetapi air juga
menjadi coklat. Walaupun Si Arnab paling suka
makan coklat, tetapi sekarang Si Arnab amat
berharap mempunyai air mineral. Selepas
beberapa jam, Si Arnab menyedari kawannya
hanya tinggal seekor singa yang bernama Si
Singa. Kawan-kawan yang lain tiba-tiba
hilang dari dunia ini.
9
Kegelapan dan angin utara bertiup, Si
Arnab berasa takut, kerana hanya Si
Arnab dan Si Singa tinggal di dunia aneh
ini. Si Arnab membuat keputusan:"
sebaik sahaja subuh menjelma, aku akan
mencari jalan untuk pulang ke rumah
untuk jumpa ibu." Tetapi apabila subuh
menjelma, Si Arnab melupakan niat
tersebut lagi kerana makanan ringan
terlalu sedap.
10
Selepas beberapa hari, Si Singa meninggal
dunia kerana makan terlalu banyak makanan
ringan. Si Arnab tidak berasa bertuah
walaupun Si Arnab tidak perlu berkongsi
makanan dengan orang lain, tetapi dia berasa
sedih kerana hanya tinggal Si Arnab di dunia
ini sahaja. Si Arnab berasa amat bosan dan
tidak bermakna lagi. Si Arnab imbas semula
kenangan dengan kehidupan ibu bapa dan
kenangan dengan kawan-kawan di sekolah.
Kemudian, Si Arnab mengeluarkan air mata.
11
Apabila dunia makanan ringan semakin kecil, perut Si
Arnab semakin besar. Apabila Si Arnab memanjat pokok
kerana ingin makan coklat pudina di atas, dia terjatuh di
atas tanah dan tidak dapat bergerak. Pada masa yang
sama, giginya cair seperti coklat. Kemudian, Si Arnab
berasa kakinya sangat sakit. Rupa-rupanya kaki Si Arnab
menjadi cair dan mengalir ke dalam tanah. Si Arnab
tidak ingin tinggal di dunia ini lagi, dia ingin balik ke
dunia asal untuk hidup dengan keluarganya. Si Arnab
menjerit dengan kuat:
“Aku akan mendengar
nasihat ibu bapa dan
tidak akan makan
makanan ringan lagi.”
12
Tiba-tiba lubang hitam itu
muncul semula, mewujudkan
suasana rumah yang selesa,
seolah-olah berkata,
"Selamat pulang!"
3
"Cepat bangun, sarapan pagi sudah siap
untuk dimakan!"jerit ibu Si Arnab. Setelah
Si Arnab bangun, dia menyedari semua yang
dialami dalam dunia itu adalah mimpi. Ibu
sudah menyediakan soya dan telur rebus di
atas meja. “Wah, soya dan telur rebus juga
sedapnya”, Si Arnab berkata. Si Arnab
menyedari bahawa makanan lain juga sedap
selain daripada makanan ringan. Akhirnnya,
Si Arnab melihat tajuk yang ditulis dalam
buku cerita di ruang tamu telah menjadi
“Dunia Makanan Ringan Telah Hilang
Selama-lamanya”.
14
Pengajaran
Makanan ringan memang adalah
kegemaran kanak-kanak. Mereka
boleh makan, tetapi perlu makan
secara sederhana. Memang kanak-
kanak tidak boleh makan terlalu
banyak. Ia boleh membahayakan
kesihatan kita.
15