The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AIN RANI, 2022-06-26 10:39:35

KISAH 25 NABI & RASUL

Buku ini mengumpulkan kisah

perjalanan hidup 25 para nabi dan
rasul yang memberi pengajaran dan

iktibar kepada kita. Penyusunan

buku ini bukan sahaja menceritakan
riwayat hidup 25 nabi dan rasul

tetapi menggambarkan kebesaran,
keagungan, keistimewaan dan

mukjizat yang diturunkan sepanjang
perjalanan hidup mereka. Semoga

buku ini dapat membantu pembaca
memahami serba sedikit pengajaran

daripada kisah 25 nabi dan rasul yang
wajib kita imani.

Buku ini mengumpulkan kisah

perjalanan hidup 25 para nabi dan
rasul yang memberi pengajaran dan

iktibar kepada kita. Penyusunan

buku ini bukan sahaja menceritakan
riwayat hidup 25 nabi dan rasul

tetapi menggambarkan kebesaran,
keagungan, keistimewaan dan

mukjizat yang diturunkan sepanjang
perjalanan hidup mereka. Semoga

buku ini dapat membantu pembaca
memahami serba sedikit pengajaran

daripada kisah 25 nabi dan rasul yang
wajib kita imani.

Buku ini mengumpulkan kisah

perjalanan hidup 25 para nabi dan
rasul yang memberi pengajaran dan

iktibar kepada kita. Penyusunan

buku ini bukan sahaja menceritakan
riwayat hidup 25 nabi dan rasul

tetapi menggambarkan kebesaran,
keagungan, keistimewaan dan

mukjizat yang diturunkan sepanjang
perjalanan hidup mereka. Semoga

buku ini dapat membantu pembaca
memahami serba sedikit pengajaran

daripada kisah 25 nabi dan rasul yang
wajib kita imani.

Penerbit:
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W)
18 & 20, Jalan Damai 2,

Taman Desa Damai, Sg. Merab,
43000 Kajang, Selangor.
Tel: 03-89258975 Faks: 03-89258985

E-mel: [email protected]
Laman web: www.arasmega.com


©Aras Mega (M) Sdn. Bhd.



Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum
mendapat izin daripada penulis.

Kejadian Adam 1

Kisah Nabi Idris a.s. bersama Iblis yang Menyerupai Lelaki 2
Nabi Nuh a.s. 3

Nabi Hud a.s. dan Kaum Ad 4
Nabi Soleh a.s. Diburu untuk Dibunuh 5

Nabi Ibrahim a.s dan Pembinaan Kaabah 6

Isteri Nabi Luth a.s. Diazab 7
Nabi Ismail a.s Membantu Membina Kaabah 8

Nabi Soleh a.s. diburu untuk Dibunuh 9

Putera Kedua 10
Nabi Yaakub a.s. 11

Nabi Yusuf a.s. 12
Ujian Nabi Ayub a.s. 13

Nabi Syu’aib a.s. 14
Nabi Musa a.s. Membelah Laut 15

Nabi Harun a.s. Seorang yang Berani 16

Nabi Zulkifli a.s. yang Penyabar dan Soleh 17
Pembahagian Masa Nabi Daud a.s. 18

Nabi Sulaiman a.s. Pemerintah Jin 19

Anak Angkat Nabi Ilyas a.s. 20
Terselamatnya Nabi Ilyasa’ a.s. 21

Nabi Yunus a.s. Ditelan Ikan Nun 22
Berita Gembira untuk Nabi Zakaria a.s. 23

Nabi Yahya a.s. 24

Bayi yang boleh berkata-kata 25
Nabi Muhammad SAW Menerima Wahyu Pertama 26



iii

aulad.my










https://www.facebook.com/aulad.my/

https://aulad.my/

@myaulad

Kejadian Adam










Ketika hendak menciptakan Nabi Adam a.s., Allah SWT telah
mengutuskan malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk
mengambil sedikit tanah. Tetapi, bumi enggan membenarkannya.

Setelah itu, Allah SWT memerintahkan pula malaikat Mikail
tetapi ia juga gagal. Begitu juga malaikat Israfil. Akhirnya,

Allah SWT mengutuskan malaikat Izrail turun ke bumi. Allah
SWT memerintahkan malaikat Izrail supaya memberi amaran
kepada tanah agar taat kepada perintah-Nya. Lantas, bumi

mengizinkan tanahnya diambil. Setelah itu, malaikat Izrail
mengambil beberapa jenis tanah yang pelbagai warna.

Daripada tanah itulah, Allah SWT menciptakan Nabi Adam a.s.









































1

Kisah Nabi Idris a.s.





Bersama Iblis yang


Menyerupai Lelaki






Pada suatu hari, ketika Nabi Idris a.s. sedang menjahit baju,
baginda telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki itu bertanya

kepada Nabi Idris, “Bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia
ke dalam telur ini?” kata lelaki itu sambil menunjukkan telur

di tangannya. “Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana
sahaja walaupun ke dalam lubang jarum ini,” jawab Nabi Idris
a.s. sambil mencucuk mata lelaki itu dengan jarum. Lelaki

itu pun lari kesakitan. Nabi Idris a.s. tahu bahawa lelaki itu
adalah iblis yang datang cuba untuk menyesatkannya.







































2

Nabi Nuh a.s.









Kan‘an merupakan anak kepada Nabi Nuh a.s. Walaupun Nabi

Nuh a.s. merupakan seorang nabi utusan Allah SWT tetapi,
anaknya tetap menjadi manusia yang ingkar dan kufur. Kan‘an

bukan sahaja membenci bapanya sendiri malah menganggap
bapanya sebagai orang gila. Beliau menolak ajaran yang dibawa
oleh bapanya. Sehinggalah Allah SWT menurunkan bencana

banjir besar, Kan‘an masih tetap angkuh dan sombong. Rayuan
Nabi Nuh a.s. terhadap anaknya agar naik ke atas

kapal bersamanya tidak diendahkan. Keingkaran
Kan‘an itu amat menyedihkan Nabi Nuh a.s.
Baginda menangis melihat

Kan‘an tenggelam di
hadapan matanya sendiri

akibat sikap Kan‘an yang
angkuh itu.

































3

Nabi Hud a.s.




dan Kaum Ad






Kaum Ad adalah kaum yang hidup pada zaman
Nabi Hud a.s. Kaum Ad telah dikurniakan oleh Allah SWT

dengan kelebihan harta dan tanah yang subur. Selain
itu, mereka juga dianugerahkan dengan haiwan ternakan

yang banyak. Walau bagaimanapun, kaum Ad tidak pernah
bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan.
Mereka sebaliknya menyembah berhala. Allah SWT telah

mengutuskan Nabi Hud a.s. untuk mengajak kaum Ad
beriman dan beramal kepada-Nya. Namun begitu, kaum

Ad tetap ingkar. Akhirnya Allah SWT telah menurunkan
bencana berupa angin panas sehingga semuanya binasa.








































4

Nabi Soleh a.s.




Diburu untuk Dibunuh







Qudar dan Masyada’ adalah pemuda daripada kaum
Tsamud. Mereka berdua ingkar akan suruhan Allah SWT

dan merancang untuk membunuh Nabi Soleh a.s. Apabila
tiba di kaki bukit, batu-batu besar dari atas bukit
bergolek turun, lalu menghempap Qudar dan Musyada.’

Kepala mereka hancur berkecai. Kaum Tsamud yang
lain sangat terkejut. Begitulah Allah SWT melindungi

hamba-hamba yang dikehendaki-Nya.












































5

Nabi Ibrahim a.s.






dan Pembinaan Kaabah







Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim
a.s. bersama anaknya, Nabi Ismail a.s.

untuk membina Kaabah di Makkah.
Apabila siap, Nabi Ibrahim a.s. menyeru

umat Islam mengerjakan ibadah haji
di Kaabah atau Baitullah. Kaabah juga
merupakan kiblat bagi umat Islam ketika

hendak menunaikan solat.









































6

Isteri Nabi Luth a.s.





Diazab








Nabi Luth a.s. diutuskan untuk kaum bani Sodom yang
hidup dalam kemungkaran dan kemaksiatan. Nabi Luth a.s.
berdakwah dengan penuh kasih sayang dan tidak berputus

asa. Namun tidak semua mengikut dakwahnya, bahkan
isterinya terus kafir. Isterinya menjadi musuh dalam selimut


yang tidak mahu meninggalkan kaum Bani Sodom. Maka,
Nabi Luth a.s. terus berdoa dan akhirnya Allah SWT menurunkan
gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang yang

memusnahkan kota Sodom serta penduduknya termasuk
isterinya yang derhaka.









































7

Nabi Ismail a.s.





Membantu Membina Kaabah







Nabi Ismail a.s. adalah anak kepada Nabi Ibrahim a.s.
Pada suatu hari, bapanya menerima wahyu daripada Allah
SWT supaya membina Kaabah. Perkara itu disampaikan

Nabi Ibrahim a.s. kepada Nabi Ismail a.s “Kerjakanlah
apa yang diperintahkan Tuhanmu kepadamu dan aku akan

membantumu dalam pekerjaan mulia itu,” kata Nabi Ismail
a.s. Setelah selesai membina Kaabah, Nabi Ismail a.s.
dan bapanya berdoa kepada Allah SWT, “Wahai

Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan
kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar

lagi Maha Mengetahui.”






























8

Putera Kedua








Nabi Ishak a.s. adalah putera Nabi Ibrahim a.s. dengan
isteri pertamanya, Sarah. Ketika Nabi a.s. Ishak dilahirkan,

kedua ibu bapanya sudah tua. Nabi Ishak a.s. adalah
seorang anak yang soleh. Baginda sentiasa membantu

Nabi Ibrahim a.s. berdakwah sebelum Allah
SWT melantiknya sebagai nabi.








































9

Nabi Yaakub a.s.











Nabi Yaakub a.s. seorang yang suka mengembara. Baginda sentiasa
memulakan perjalanannya pada waktu malam dan akan berhenti


rehat pada waktu siang. Nabi Yaakub a.s. diperintahkan oleh
Allah SWT untuk membimbing kaum Kan’an agar patuh dan

taat kepada perintah-Nya.
























































10

Nabi Yusuf a.s.









Nabi Yusuf a.s. adalah putera kepada Nabi Yaakub

a.s. Baginda amat disayangi oleh bapanya kerana
mempunyai akhlak yang terpuji. Selain itu,

baginda juga memiliki wajah yang menarik dan
tampan. Ini menyebabkan baginda dicemburui oleh
saudara-saudaranya. Nabi Yusuf a.s. juga

dianugerahkan oleh Allah SWT dengan
kebolehan mentafsir mimpi.



















































11

Ujian Nabi Ayub a.s.






Nabi Ayub a.s. ialah seorang hartawan. Suatu hari

baginda diuji. Semua ternakan dan ladang-ladangnya
musnah sehingga baginda jatuh miskin. Bukan itu sahaja,

Nabi Ayub a.s. juga diuji dengan penyakit aneh. Namun,
baginda tidak pernah merungut. Malah, baginda terus
beribadah kepada Allah SWT. Sedikit pun baginda tidak

berputus asa. Sehinggalah suatu hari, dengan izin
Allah SWT, baginda sembuh dan memiliki harta

yang lebih banyak daripada sebelumnya.
















































12

Nabi Syu‘aib a.s.







Nabi Syu‘aib a.s. diutus supaya menyeru penduduk Madyan

menyembah Allah SWT dan melakukan kebaikan. Nabi
Syu‘aib a.s. mengingatkan penduduk Madyan tentang

azab yang akan menimpa mereka sekiranya mereka
ingkar terhadap perintah Allah SWT. Selain itu, Nabi
Syu‘aib a.s. juga turut mengingatkan penduduk Madyan

akan nikmat yang akan mereka peroleh jika mengikut
perintah dan suruhan Allah SWT.



















































13

Nabi Musa a.s.




Membelah Laut







Ketika Nabi Musa a.s. dan pengikutnya dikejar oleh Firaun
bersama tenteranya, Allah SWT telah memerintahkan Nabi

Musa a.s. memukul Laut Merah dengan tongkat baginda. Nabi
Musa a.s. pun memukulnya. Lalu, terbelahlah laut itu menjadi
dua.

Nabi Musa a.s. bersama pengikutnya selamat sampai ke

seberang. Firaun dan tentera-tenteranya terus mengejar
sehingga ke tengah laut. Tiba-tiba laut yang terbelah dua itu
bercantum semula. Tentera-tentera Firaun dibawa arus lalu

mati lemas.







































14

Nabi Harun a.s.




Seorang yang Berani







Nabi Harun a.s. seorang yang fasih berbicara. Baginda menyeru
kaum Bani Israel supaya beriman kepada Allah SWT dan

meninggalkan segala perbuatan jahat. Namun, seruan Nabi
Harun a.s. itu langsung tidak diendahkan.
Malah Bani Israel berasa marah dan

mengugut mahu membunuh Nabi
Harun a.s. Walaupun begitu,

Nabi Harun a.s. sedikit pun
tidak gentar. Malah beliau terus
menasihati kaum Bani Israel.










































15

Nabi Zulkifli a.s.





yang Penyabar dan Soleh






Iblis menyamar sebagai orang tua dan datang ke rumah Nabi
Zulkifli a.s. Iblis telah mencuba pelbagai cara untuk membuat

Nabi Zulkifli a.s. marah. Ternyata, tahap kesabaran Nabi
Zulkifli a.s. amat tinggi walaupun telah dipermainkan oleh

iblis. Baginda tetap menunaikan ibadah kepada Allah SWT
walaupun iblis cuba mengganggu.


















































16

Pembahagian Masa

Nabi Daud a.s.











Allah SWT telah memilih Nabi Daud a.s. menjadi Raja

Bani Israel bagi menggantikan Taluth. Allah SWT juga
telah menasihati baginda agar menjadi seorang raja
yang adil. Oleh itu, Nabi Daud a.s. telah membahagikan

masa sehariannya kepada empat. Pertama, masa
untuk beribadah. Kedua, untuk memerintah. Ketiga,

berdakwah dan keempat adalah masa untuk baginda
bersama keluarga.






































17

Nabi Sulaiman a.s.





Pemerintah Jin






Nabi Sulaiman a.s. adalah anak Nabi Daud a.s.
Baginda mempunyai mukjizat yang dapat menguasai

golongan jin. Nabi Sulaiman a.s. boleh mengarahkan
mereka bekerja untuknya. Baginda menyuruh mereka

menyelam ke dalam laut untuk mengambil mutiara. Nabi
Sulaiman a.s. juga menyuruh mereka membina bangunan-
bangunan. Walaupun bilangan jin itu banyak, tetapi

mereka tidak berani membantah arahan Nabi Sulaiman
a.s. Mereka terus bekerja untuk Nabi Sulaiman a.s.

sehingga baginda wafat.








































18

Anak Angkat

Nabi Ilyas a.s.








Nabi Ilyas a.s. bersembunyi di dalam sebuah rumah ketika

dikejar oleh kaumnya sendiri. Waktu itu, baginda telah menemui
seorang kanak-kanak lelaki yang soleh. Nabi Ilyas a.s.

mengambil keputusan untuk memelihara kanak-kanak
tersebut.
Kanak-kanak tersebut bernama Ilyasa'.

Baginda memelihara Ilyasa' dengan
cukup sempurna. Semenjak itu,

rezeki Nabi Ilyas a.s. dan Ilyasa'
melimpah ruah.












































19

Terselamatnya


Nabi Ilyasa’ a.s.









Raja Syria menitahkan tenteranya untuk membunuh Nabi
Ilyasa’ a.s. Hal ini menyebabkan pembantu Nabi Ilyasa’ a.s.

berasa cemas ketika melihat tentera Syria.
Nabi Ilyasa’ a.s. menenangkan pembantunya dan
menyatakan bahawa Allah SWT akan membantu mereka.

Berkat mukjizat Nabi Ilyasa’ a.s., kota itu terselamat
daripada serangan Raja Syria.














































20

Nabi Yunus a.s.
Nabi Yunus a.s.


Ditelan Ikan Nun
Ditelan Ikan Nun






Setelah meninggalkan kaumnya yang ingkar, Nabi
Yunus a.s. menumpang sebuah kapal yang sarat dengan

muatan. Tiba di tengah laut, ribut melanda. Kapal hampir
karam. Bagi mengelakkan kapal karam, salah seorang

daripada penumpang perlu dikurangkan. Undian ternyata
memilih Nabi Yunus a.s. untuk dicampak ke laut. Allah SWT
telah memerintahkan ikan nun untuk menelan Nabi Yunus a.s.

Baginda bersyukur kerana Allah SWT memberikan bantuan
melalui ikan nun. Nabi Yunus a.s. segera memohon ampun

atas kesilapan baginda. Allah SWT mengampunkan baginda.



21

Berita Gembira untuk
Berita Gembira untuk

Nabi Zakaria a.s.
Nabi Zakaria a.s.







Nabi Zakaria a.s. berdoa
kepada Allah SWT supaya dikurniakan
zuriat. Baginda berharap agar

zuriatnya itu dapat menyambung
tugasnya sebagai rasul.

Allah SWT menerima doa Nabi
Zakaria a.s. dan mengurniakan
baginda anak. Malaikat Jibril telah

diutus untuk menyampaikan berita
gembira. Nabi Zakaria a.s. akan

dikurniakan zuriat lelaki yang juga
akan menjadi rasul sepertinya.
Tidak lama kemudian, lahirlah Nabi

Yahya a.s. sebagai penyambung
dakwah Nabi Zakaria a.s.









22

Nabi Yahya a.s.










Nabi Yahya a.s. adalah anak kepada Nabi Zakaria a.s. Kelahiran
Nabi Yahya a.s. adalah satu mukjizat. Baginda lahir ketika

Nabi Zakaria a.s. sudah tua. Nabi Yahya a.s. dikurniakan
kebijaksanaan yang tinggi dan kefahaman yang baik dalam

hukum agama. Allah SWT telah memberikan Nabi Yahya a.s.
rahmat dan kasih sayang-Nya, dan menjadikan Nabi Yahya a.s.
seorang yang bertakwa. Nabi Yahya a.s. sangat taat kepada

kedua-dua orang tuanya. Baginda tidak pernah menyombong
atau derhaka kepada mereka.













































23

Bayi yang boleh




berkata-kata














































Atas kehendak Allah SWT, di bawah sepohon kurma,
Saiyidatina Maryam r.a. telah melahirkan seorang bayi

lelaki yang diberi nama Isa. Saiyidatina Maryam pulang ke
kampung. Tiba di kampung, Saiyidatina Maryam r.a. telah

dicaci dan dihina. Tiba-tiba bayi yang dipangku berkata-
kata. Penduduk kampung terkejut.Nabi Isa a.s. menegaskan
bahawa ibunya wanita suci. Lalu penduduk kampung pun

menyesal kerana telah menghina dan memfitnah Saiyidatina
Maryam.



24

Nabi Muhammad SAW




Menerima Wahyu Pertama







Sewaktu berada di Gua Hira’, Nabi Muhammad SAW
menerima wahyu yang pertama daripada Allah SWT melalui

malaikat Jibril a.s. Ketika itu, Nabi Muhammad SAW berusia
40 tahun. Baginda mengajarkan agama Islam kepada ahli
keluarga terdekatnya terlebih dahulu.




















































25

aulad.my










https://www.facebook.com/aulad.my/

https://aulad.my/

@myaulad


Click to View FlipBook Version