1
2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. 1. Aluan Pengetua 3 2. Aku Janji 4 3. Rukun Negara 5 4. Ikrar Perkhidmatan Awam 6 5. Prinsip Etika Kerja KPM dan Nilai-nilai Utama Dalam Etika 7 6. Tanggungjawab Pegawai Awam 8 7. Visi, Misi KPM dan Matlamat Sekolah 9 8. 7 Teras 10 9. Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) 11 10. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia 12 10. Aspirasi Murid dan Tonggak 12 13 11. Anjakan Transformasi 14 12. Enam Peringkat Perkembangan Guru 15 13. Dasar Pelaksanaan PBS dan Peranan Pentaksiran Sekolah 16 14. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 17 - 18 15. PAJSK dan Psikometrik 19 16. Visi, Misi dan Slogan Sekolah 20 17. Lagu Sekolah 21 19. Kalendar, Penggal Persekolahan 2022/23 dan Hari Kelepasan Am Negeri Kedah 24 - 27 20. Pelan Sekolah 29 21. Panduan Am Untuk Staf Sekolah 32 - 44 22. Senarai Staf 47 - 48 23. Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 50 - 64 24. Bahagian Kurikulum 67 - 73 25. Bahagian Hal Ehwal Murid 76 - 86 26. Bahagian Kokurikulum 89 - 102 27. SKPM 104 - 106 28. Guru Bertugas Mingguan 109 - 112 29. Takwim 2022/2023 114 - 126 106 - 118 Isi Kandungan Muka Surat
3 Sekapur Sireh Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammmad SAW, pembawa rahmat seluruh alam. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua team pengurusan Senior Leadership Team (SLT) dan Middle Leader Team (MLT) kerana berjaya menyiapkan Buku Fokus Pengurusan dan Perancangan Tugas bagi Sesi 2023/2024. Melalui semakan yang dilakukan, saya percaya semua agihan tugasan dan jawatan yang diberikan berlandaskan kelayakan, kepakaran dan kebolehan seseorang pegawai dalam menguruskan sesuatu. Saya berharap tugas-tugas yang diamanahkan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) seperti mana yang terkandung dalam buku Buku Fokus Pengurusan dan Perancangan Tugas bagi Sesi 2023/2024 dapat dilaksanakan dengan baik dengan penuh rasa tanggungjawab serta berintegriti. Saya yakin dengan usaha bersungguh serta amalan prinsip bekerja kita yang berbentuk kebersamaan, keterbukaan serta kesyukuran dapat melonjakkan pencapaian sekolah SMK Muadzam Shah sekaligus dapat melahirkan anak-anak didik kita yang baik lagi cemerlang (ABC) seperti mana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekian terima kasih “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” “SENTIASA BERUSAHA MENUJU KECEMERLANGAN” (AZAMI BIN ABDUL RAHMAN) Pengetua SMK Muadzam Shah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. SURAT AKU JANJI Saya ……………………………………………………………………………………No. Kad Pengenalan ………………………………………………… beralamat di ……………………………………………………………………………………………………………………………… dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta apa-apa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji , sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4 Peraturan-peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya: 1. akan sentiasa taat kepada Yang di Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan ; 2. akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap,jujur, amanah dan bertanggungjawab; 3. tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya ; 4. tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya; 5. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam; 6. tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri; 7. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam ; 8. tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai awam lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan 9. tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kealakuan dan Tatatertib) 1993. ………………………………………………. ………………………………………………… (Tandatangan Pegawai) ( Jawatan Pegawai) Di hadapan saya, ……………………………………………………………… (Tandatangan Ketua Jabatan) ………………………………………………………………. (Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan) ………………………………. ……………………………………….
5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
6 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
7 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. NILAI-NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA
8 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
9 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
11 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
12 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
13 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
14 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
15 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. ENAM PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU
16 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
17 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
18 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
19 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
20 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT,06800 ALOR SETAR, KEDAH. VISI SEKOLAH MENCAPAI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN MENJELANG TAHUN 2025 MISI SEKOLAH MEREALISASIKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA DEMI MELAHIRKAN INSAN BERKUALITI SLOGAN SEKOLAH SENTIASA BERUSAHA MENUJU KECEMERLANGAN
21 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. LAGU SEKOLAH Sekolah Menengah Muadzam Shah Tempat kami menuntut ilmu Namamu menjadi kebanggaan Ku sanjung ku puja selamanya Chorus Padamu sekolah ku tumpahkan setia Berbakti berjasa Sepenuh jiwa raga Amanahku genggam Ikrarku kepadamu Hadapi rintangan Seia dan sekata Sekolah Menengah Muadzam Shah Warnamu terpahat di dadaku Lambangmu menjadi kebanggaan Panduan hidup di masa depan (2X) Pencipta : Ahmad Zukhori Lirik : Azizah Darus
22 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
23 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. KALENDAR 2023, PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN HARI KELEPASAN AM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
24 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
25 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024
26 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
27 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. HARI-HARI KELEPASAN TAHUN 2023 Tarikh-tarikh yang tersebut di bawah ialah Hari Kelepasan Am bagi Negeri Kedah Darul Aman Bagi Tahun 2023 (*) Tertakluk kepada perubahan (#) Hari Kelepasan Am Negeri Jika apa-apa Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Jumaat, maka hari itu akan digantikan dengan hari bekerja berikutnya. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka hari itu juga merupakan Hari Kelepasan Am Negeri dan tidak akan diganti pada hari-hari lain. Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Aras 2, Blok B, Wisma Darul Aman 05503 Alor Setar KEDAH DARUL AMAN BIL KELEPASAN HARI TARIKH MASIHI HIJRAH 1 Tahun Baru Cina Ahad Isnin 22 Jan 2023 23 Jan 2023 29 J’Akhir 1444 1 Rejab 1444 2 Israk Mikraj Sabtu 18 Februari 2023 27 Rejab 1444 3 Awal Ramadan (*#) Khamis 23 Mac 2023 1 Ramadan 1444 4 Hari Raya Puasa Khamis Ahad 20 April 2023 23 April 2023 29 Ramadan 1444 2 Syawal 1444 5 Hari Pekerja (*) Isnin 01 Mei 2023 10 Syawal 1444 6 Hari Wesak Khamis 4 Mei 2023 13 Syawal 1444 7 Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Isnin 05 Jun 2023 16 Zulkaedah 1444 8 Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman (#) Ahad 18 Jun 2023 29 Zulkaedah1444 9 Hari Raya Haji/Qurban (*#) Rabu Khamis 28 Jun 2023 29 Jun 2023 9 Zulhijjah 1444 10 Zulhijjah 1444 10 Awal Muharam (Maal Hijrah) Rabu 19 Julai 2023 1 Muharam 1445 11 Hari Kebangsaan Khamis 31 Ogos 2023 14 Safar 1445 12 Hari Malaysia Sabtu 16 Sept 2023 30 Safar 1445 13 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W Khamis 28 Sept 2023 12 R’awal 1445 14 Hari Deepavali (*) Ahad Isnin 12 Nov 2023 13 Nov 2023 28 R’akhir 1445 29 R’akhir 1445 15 Hari Krismas Isnin 25 Dis 2023 12 J’akhir 1445
28 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. PELAN SEKOLAH
29
30 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT,06800 ALOR SETAR, KEDAH.
31 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
32 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. 1. Arahan Am 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. 1.2 Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga memenuhi Perintah Am tersebut. 1.3 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 1.4 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata. 1.5 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 1.6 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 1.7 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.8 Betanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan harta benda sekolah. 1.9 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.10 Menjadi ‘role-model’. 1.11 Tunjukkan kepimpinan melalui teladan. 1.12 Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan –TEAM (Together Everyone Achieves Much). 1.13 Kawasan sekolah merupakan kawasan larangan merokok. 1.14 Sebarang jualan langsung dilarang di sekolah. 2. Kedatangan 2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan merakam waktu semasa sampai dan sewaktu balik sekolah. 2.2 Kegagalan menanda kedatangan dianggap guru-guru tidak hadir bertugas pada hari tersebut. 2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 3. Keluar Waktu Mengajar 3.1 Guru tidak dibenarkan keluar meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada perkara yang tidak dapat dielakkan atau mendapat arahan daripada Jabatan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan. 3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan mencatatnya dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua/Penolong Kanan sebelum keluar. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui Penolong Kanan atau jual beli waktu dengan guru lain. Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan kecemasan. PANDUAN AM UNTUK STAF
33 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. 4. Cuti 4.1 Cuti Sakit 4.1.1 Guru yang sakit atau tidak dapat hadir bertugas hendaklah menghubungi Pengetua sebelum masa pertama. 4.1.2 Peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit swasta telah diperjelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006: Pindaan Peraturan Berkaitan Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Tujuan Meluluskan Kemudahan Cuti Sakit. 4.1.3 Kemudahan Cuti Sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut : a. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh pegawai perubatan Kerajaan boleh diterima. b. Jumlah Cuti Sakit sama ada berasaskan sijil sakit kerajaan/swasta yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya diluluskan oleh KPM. 4.1.4 Guru hendaklah mengemukakan sijil cuti sakit kepada Pengetua keesokan harinya. 4.1.5 Semasa cuti sakit, guru hendaklah berada di rumah atau di hospital. 4.2 Cuti Tanpa Gaji 4.2.1 Kemudahan CTG untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah diperuntukkan melalui Perintah Am 14 dan 52 Bab C (Cuti) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991. 4.2.2 Kemudahan CTG diberikan atas sebab-sebab persendirian yang mustahak dan tertakluk kepada kadar maksimum 360 hari sepanjang perkhidmatan. Pegawai yang memohon CTG perlu mempunyai perkhidmatan yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari tempoh CTG. 4.3 Cuti Separuh Gaji 4.3.1 Kemudahan Cuti Separuh Gaji untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah diperuntukkan melalui Perintah Am 13 dan 51 Bab C, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991. 4.3.2 Kemudahan Cuti Separuh Gaji diberikan atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang meliputi keluarga pegawai sendiri (isteri/suami dan anak-anak), ibu bapa, adik- beradik, ibu bapa mertua, nenek dan datuk pegawai.
34 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. 4.3.3 Kadar Cuti Separuh Gaji adalah maksimum 180 hari sepanjang perkhidmatan. Pegawai yang memohon Cuti Separuh Gaji perlu mempunyai perkhidmatan yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari tempoh Cuti Separuh Gaji. 4.3.4 Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Separuh Gaji untuk 14 hari pertama dalam satu tahun kalendar dan selebihnya diluluskan oleh Ketua Setiausaha berdasarkan perwakilan kuasa yang diberikan kepadanya melalui Surat Pekeliling Perhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985 atau pindaannya. 4.4 Cuti Rehat Khas (CRK) 4.4.1 Pelaksanaan Cuti Rehat Khas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan telah diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017: Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. 4.4.2 Kerajaan telah bersetuju menambah 5 hari Cuti Rehat Khas (CRK) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun menjadikan jumlah CRK mereka sebanyak 15 hari setahun berkuatkuasa 1 September 2022. 4.4.3 Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan. 4.4.4 Kemudahan Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada Guru Sandaran/Guru Interim dan Guru Kontrak. 4.4.5 Bilangan hari Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh pegawai adalah secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Pegawai boleh memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada budi bicara Pengetua. 4.4.6 Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. 4.4.7 Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang layak secara prorata terhad kepada 10 atau 15 hari setahun bagi tujuan-tujuan berikut : a. menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia; b. mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan; c. menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai; d. dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya; e. menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga; f. mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara); g. menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
35 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. h. menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan i. perkahwinan pegawai atau anak pegawai. 4.4.8 Pegawai yang telah diluluskan Cuti Rehat Khas melebihi dari bilangan yang layak secara prorata dan kemudiannya tidak dapat memenuhi tempoh perkhidmatan yang melayakkan cuti tersebut pada tahun berkenaan, urusan pemotongan emolumen hendaklah dilakukan sebagai mengganti cuti yang telah terlebih diambil. 4.5 Cuti Keluar Negara 4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendidikan Daerah. 4.5.2 Borang permohonan hendaklah diisi secara atas talian, dicetak dan dihantar selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh bercuti dan dilampirkan bersama-sama dengan polisi insurans. 4.6 Cuti Haji 4.6.1 Kemudahan Cuti Haji dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab C adalah dikekalkan dengan pindaan berikut: 4.6.2 Cuti Haji boleh diluluskan kepada pegawai beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan; 4.6.3 Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh maksimum 40 hari, termasuk cuti rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi 40 hari atas sebab- sebab tertentu maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan cuti rehat, cuti rehat khas, cuti penggal sekolah (jika termasuk dalam cuti penggal sekolah) atau cuti tanpa gaji, yang mana berkaitan, tertakluk kepada kelayakan pegawai; 4.6.4 Cuti Haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan; dan 4.6.5 Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada pegawai berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada enam (6) tahun secara berterusan. 4.7 Cuti Umrah 4.7.1 Pelaksanaan kemudahan Cuti Umrah adalah seperti yang berikut: a. Bagi maksud menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah; b. Diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang beragama Islam dan bertaraf tetap; c. Tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari;
36 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. d. Tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; e. Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah. Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya. f. Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab- sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai; g. Diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan; h. Permohonan Cuti Umrah hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan; j. Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira keperluan dan kepentingan perkhidmatan dalam mempertimbangkan/meluluskan permohonan kemudahan ini; dan k. Penggunaan kemudahan Cuti Umrah hendaklah direkodkan dalam rekod perkhidmatan pegawai. 4.8 Cuti Bersalin 4.8.1 Kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam adalah seperti yang diperuntukkan dalam Perintah Am 25 Bab C (Cuti) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2017: Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam. 4.8.2 Kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut: a. kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pegawai; b. tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 90 hari. Walau bagaimanapun, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan c. Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. d. Tempoh Cuti Bersalin adalah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti penggal. Namun begitu, pengiraan Cuti Rehat dalam tempoh Cuti Bersalin adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
37 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. e. bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan. f. Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau pelantikan secara kontrak hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah ceraian ini. 4.9 Cuti Isteri Bersalin 4.9.1 Pemberian kemudahan Cuti Isteri Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam adalah seperti diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2002: Kemudahan Cuti Isteri Bersalin. a. kemudahan ini boleh diberi selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod, kepada pegawai Perkhidmatan Awam lelaki untuk membantu urusan ketika isterinya bersalin; b. cuti ini hendaklah bermula pada tarikh isteri pegawai bersalin atau pada hari berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat; c. tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am. Bagi maksud Ceraian ini, masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. d. kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan; e. kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan Ketua Jabatan boleh memanggil balik pegawai jika ketiadaan pegawai di tempat kerja boleh memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan awam; dan f. kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam rekod perkhidmatan pegawai. 4.10 Cuti Kuarantin 4.10.1 Kemudahan Cuti Kuarantin telah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit. 4.10.2 Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan peraturan dan ketetapan di perenggan 2 di atas. 4.10.3 Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin. 4.10.4 Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
38 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. 4.10.5 Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti berikut: a. Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana- mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; dan b. Syarat anak yang dikuarantin adalah: i. berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; atau ii. tidak kira apa jua umurnya bagi yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun. c. Pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta; d. Senarai penyakit berjangkit yang boleh dipertimbangkan adalah seperti di Lampiran SR.5.4.4(A), atau pindaannya yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; dan e. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan berserta perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Kuarantin seperti di Lampiran SR.5.4.4 (B). 4.11 Senarai Penyakit Berjangkit 1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMDI)] 2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah 3. Campak (Measles) 4. Chickenpox 5. Difteria 6. Malaria 5. Etika Pakaian 5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan rambut yang sesuai. 5.2 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan subjek Pendidikan Jasmani. Guru perempuan boleh memakai seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit. Guru lelaki boleh memakai seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau getah tanpa tumit. 5.3 Guru tidak dibenarkan memakai seluar Jeans dalam kawasan sekolah (atas urusan rasmi atau tidak rasmi).
39 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. 6. Perhubungan Sesama Guru 6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/ kepercayaan kepada guru atau murid atau staf sokongan sekolah yang lain. 6.2 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali di sekolah. Guru perlu mengamalkan ‘esprit de corp’. Guru perlu bekerjasama sebagai satu pasukan/TEAM (Together Everyone Achieve Much). 7. Bilik Guru 7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Hal ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 7.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 8. Perjawatan dan Pengajaran 8.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua. Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia/Ketua Bidang, Penolong Kanan Pentadbiran/Pengetua. 9. Tugas 9.1 Guru akan diberikan tugas-tugas berbentuk kurikulum, HEM, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan misalnya, menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Pengetua. 10. Fail Rekod Mengajar 10.1 Setiap guru akan diberikan sebuah Fail Rekod Mengajar (FRM) dan mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan fail tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Fail ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari terakhir sesi persekolahan 2023/2024 untuk tujuan semakan. Jika seseorang guru bercuti bersalin, Fail Rekod Mengajar tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. 10.2 Semua guru mesti menghantar eRPH kepada Ketua Bidang atau Penolong Kanan Pentadbiran atau Pengetua setiap minggu.
40 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. 11. Jadual Waktu 11.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu Salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. Guru mestilah mematuhi jadual waktu dan tidak boleh ke kelas lebih awal atau masuk lewat ke kelas. 12. Jadual Kedatangan Murid 12.1 Setiap kelas akan dibekalkan sebuah buku kedatangan murid dan guru kelas bertanggungjawab memastikan maklumat-maklumat yang diperlukan adalah lengkap. 12.2 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat. Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam seminggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis (surat amaran pertama, kedua dan ketiga). 12.3 Analisis kehadiran mesti dicetak setiap akhir bulan dan disemak oleh Penyelia Tingkatan 12.4 Kehadiran murid perlu diisi dalam sistem APDM sebelum jam 9.00 pagi setiap hari. Jika guru kelas tidak hadir, kehadiran murid perlu diisi oleh Penyelia Tingkatan. 13. Keselamatan Harta Benda Sekolah 13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan guru disiplin/Penolong Kanan HEM/Pengetua. Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain. 14. Kebersihan 14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas (bengkel/bilik kaunseling/makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid-murid. 15. Surat-menyurat 15.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. Gunakan dengan kebenaran Pengetua. 16. Surat Terimaan 16.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan segera. Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan ‘melalui dan salinan kepada Pengetua’, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan. 17. Pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah 17.1 Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi pada masa sekolah. 17.2 Guru-guru perlu memakai pakaian formal dengan tanda nama semasa pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah.
41 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. 18. Pelawat 18.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua terlebih dahuu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya. Semua pelawat dikehendaki menandatangani Buku Pelawat. 19. Membeli Barang 19.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diperoleh di pejabat (mengisi nota minta). 19.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Guru Kanan/Penolong Kanan/ Pembantu Tadbir Kewangan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 19.3 Semua pesanan yang melebihi RM100.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan tetapi jika kurang daripada RM100.00, guna wang tunai (PWR). 19.4 Segala invois mesti ditandatangan oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangan oleh Pengetua, pembekal dan penerima. 20. Kegiatan Kokurikulum 20.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. 20.2 Kecederaan murid yang bahaya mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan Pengetua sebelum dihantar ke hospital. 21. Perhimpunan Sekolah 21.1 Semua guru wajib menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran Pengetua. 21.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher, baju kemeja berlengan panjang dan blazer. Guru perempuan hendaklah berpakaian sopan dan memakai kot/blazer. 21.3 Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri, lagu Sekolah dan lainlain. Guru-guru dikehendaki menjaga disiplin semasa perhimpunan berlangsung. 22. Mesyuarat Guru 22.1 Dari semasa ke semasa, Pengetua akan memanggil guru-guru bermesyuarat. Kehadiran semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. Guru-guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/Ketua Panitia. 22.2 Setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat sama ada atas urusan Pengetua, guru-guru atau majoriti mesti dipatuhi oleh semua guru walaupun berlainan pendapat.
42 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. 23. Buku Stok/Inventori 23.1 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok/inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pengetua/Penolong Kanan . 24. Tanda Nama 24.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/di luar sekolah. Tanda nama mesti mengikut saiz yang ditetapkan. 25. Keahlian Kelab Guru dan PIBG 25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG sekolah. Jumlah yuran Kelab Guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 26. Penggunaan Alat-alat 26.1 Penggunaan alat-alat/harta milik sekolah hendaklah dengan cara yang betul mengikut peraturan dan mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau penjaga stok. Guru bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera juga dalam keadaan baik. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dan menggantikannya jika perlu. 27. Arahan dan Pekeliling 27.1 Setiap arahan Pengetua dan surat pekeliling yang dikeluarkan hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangan selepas membacanya. Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 27.2 Sekiranya surat itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, guru hendaklah mengembalikannya dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. Sekiranya guru ingkar arahan Pengetua tanpa alasan yang munasabah, beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib. 28. Kunci 28.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah. 28.2 Jika ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, beliau mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya. 29. Acara atau Majlis Sekolah 29.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. Jika guru tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, beliau mesti mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
43 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. WAKTU BEKERJA GURU HARI MASA AHAD 7.30 pagi – 2.20 petang ISNIN 7.30 pagi – 2.20 petang SELASA 7.30 pagi – 2.20 petang RABU 7.30 pagi – 2.20 petang KHAMIS 7.30 pagi – 2.20 petang Tertakluk kepada perubahan sekiranya terdapat mesyuarat atau tugas-tugas lain yang perlu dilaksanakan. WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SESI 2023/24 WAKTU MASA 1 7.40 pagi – 8.20 pagi 2 8.20 pagi – 9.00 pagi 3 9.00 pagi – 9.40 pagi 4 9.40 pagi – 10.20 pagi REHAT 10.20 pagi – 10.50 pagi 5 10.50 pagi – 11.30 pagi 6 11.30 pagi – 12.10 tengah hari 7 12.10 tengah hari – 12.50 tengah hari 8 12.50 tengah hari – 1.30 petang 9 1.30 petang – 2.10 petang 10 2.10 petang – 2.50 petang
44 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. BIL TINGKATAN MATA PELAJARAN 1 1 AL BATANI 2 AL BATANI 3 AL BATANI BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, SAINS, SEJARAH, GEOGRAFI, PENDIDIKAN ISLAM, PENDIDIKAN SENI VISUAL, PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI, BAHASA ARAB 2 1 AL FARABI 2 AL FARABI 3 AL FARABI BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, SAINS, SEJARAH, GEOGRAFI, PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL, PENDIDIKAN SENI VISUAL, PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI, BAHASA CINA 3 1 AL GHAZALI 1 AL KINDI 1 AL RAZI 2 AL GHAZALI 2 AL KINDI 2 AL RAZI 3 AL GHAZALI 3 AL KINDI 3 AL RAZI BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, SAINS, SEJARAH, GEOGRAFI, PENDIDIKAN ISLAM, PENDIDIKAN SENI VISUAL, PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 4 4 AL BATANI 5 AL BATANI BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, SEJARAH, PENDIDIKAN ISLAM, FIZIK, KIMIA, BIOLOGI, MATEMATIK TAMBAHAN, PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN. 5 4 AL FARABI 5 AL FARABI BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, SEJARAH, PENDIDIKAN ISLAM, PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, GEOGRAFI, PERNIAGAAN/ PRINSIP PERAKAUNAN, BAHASA CINA 6 4 AL GHAZALI 5 AL GHAZALI BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, SAINS, SEJARAH, PENDIDIKAN ISLAM, PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, SAINS RUMAH TANGGA/PERTANIAN, PENDIDIKAN SENI VISUAL 7 4 AL KINDI 5 AL KINDI BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, SAINS, SEJARAH, PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL, PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, PENDIDIKAN SENI VISUAL, BAHASA CINA SENARAI MATA PELAJARAN MENGIKUT KELAS
45 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH.
46 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. SENARAI STAF
47 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. BIL NAMA GRED NO TELEFON 1 AZAMI BIN ABDUL RAHMAN DG54 019-447 0834 2 FAUZIAH BINTI DESA DG54 013-423 3938 3 AZIZA BINTI HALIM DG54 013-518 7397 4 AMRIMI BIN OTHMAN DG48 012-474 9459 5 MOHAMAD SOBRI BIN SALLEH DG48 013-430 3498 6 AZHAR BIN HJ ABU BAKAR DG48 012-408 1964 7 AZMIYAH BINTI MAT SAAD @ MOHD HASSAN DG48 012-271 2660 8 NORFAIZAH BINTI ABDULLAH DG48 014-946 2469 9 QAMARUZZAMAN BIN OTHMAN DG48 012-5174 434 10 HAMIDAH BINTI ISHAK DG48 01`9-478 3905 11 MADIHAH BINTI JALI DG44 016-207 0495 12 ABDULLAH BIN DIN DG52 019-881 3100 13 AHMAD FARIS BIN ABDULLAH DG48 019-525 7429 14 AHMAD HASBULLAH BIN HASHIM DG48 012-452 3322 15 ASMA BINTI WAHAB DG48 013-5988004 16 BASRI BIN MAT ISA DG48 016-903 9482 17 FAUZIAH BINTI ABU SEMAN DG44 013-409 1953 18 FAUZIAH BINTI BAKAR DG48 019-462 2087 19 HALIZAWATI BINTI ISMAIL DG48 012-536 1880 20 IFRAH HANI BINTI A.KECHIK DG44 019-357 8706 21 ISMAIL BIN HASHIM DG48 011-5825 2174 22 MOHD RIDHUAN BIN AB.GHANI DG44 019-479 5477 23 NAIMAH BINTI OSMAN DG54 013-472 4746 24 NASRUL AZILAH BINTI NASARUDDIN DG44 012-581 8031 25 NOORAINI BINTI YUSOFF DG41 012-590 9226 26 NORAINI BINTI ALI DG48 011-1147 7241 27 NORASHIKIN BINTI HARUN DG41 019-451 8920 28 NORHAFIZA BINTI MAT YUSOF DG48 019-434 8323 29 NOR HAFIZAH BINTI MD SALLEH DG44 019-982 5438 30 NOR KAMAZAMAN BIN BUYONG DG48 012-5601496 31 NOR SYAHIDA BINTI ROZLI DG44 017-392 8969 32 NUR AZURA BINTI JOHARI DG44 011-2737 6305 33 NURUL AINN BINTI A.RAZAK DG44 013-203 3928 SENARAI NAMA GURU-GURU DAN STAF AKP
48 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. BIL NAMA GRED NO TELEFON 34 NUR’AIN BINTI BURAN DG44 017-357 3839 35 NUR FAZLIANA BINTI FADZIL DG41 013-504 5635 36 NURSHARINA BINTI KHADZALI DG48 019-440 0881 37 NURUL HIRZI IZZATTI BINTI SAAD DG41 013-4617595 38 NURUL SHUHADA BINTI ABDUL ROZAK DG41 011-4077 2557 39 PUNITHA A/P RAJU DG38 013-467 9313 40 ROHIDAZANA BINTI CHE DAN DG44 013-444 1304 41 ROSENAH BINTI MOHAMAD DG52 013-508 8786 42 ROZIAH BINTI RAMLI DG48 012-420 2856 43 RUMAIZI BIN AHMAD DG54 019-414 9439 44 SABARIAH BINTI CHE SAB DG44 019-437 7631 45 SALAHUDDIN BIN ABDULLAH DG44 019-420 7383 46 SALINA BINTI SAFIROL DG38 019-911 3805 47 SITI EAISHAH BINTI MOHAMAD DG44 017-705 2800 48 SITI FARZANA BINTI ROSLEY DG41 018 388 4863 49 SITI FAZLINA BINTI YUSOP DG44 011-3608 1421 50 SITI HAJAR BINTI BAHAROM DG44 011-6297 9794 51 SITI ZAFIRAH BINTI MOHD ILIAS DG44 019-750 7990 52 YUSMALIZA BINTI MAMAT DG48 012-543 9676 53 ZAHROL HAIRY BIN ISMAIL DG38 013-435 4211 54 ZAMZARINA BINTI ISHAK DG48 012-351 7434 STAF BUKAN AKADEMIK 1 FAZLINA BINTI AHMAD SUKRI N22 019-504 8172 2 SAMIHAH BINTI RADZI N19 019-422 3241 3 NOOR HAFIZAH BINTI NOOR ZAHAR C22 017-435 7372 4 NORZAIDA BINTI KASSIM @ MD REJAB C22 012-432 0746 5 NOOR BAHIRIAH BINTI BAHARUM N19 012-965 5467 6 FARIHAH BINTI ABD WAHAB N22 017-493 6434 7 NOOR ASHIKHIN BINTI AHMAD N11 012-404 5061 SENARAI NAMA GURU-GURU DAN STAF AKP
49 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH
50 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH, KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR, KEDAH. PENGURUSAN SMK MUADZAM SHAH PENGETUA AZAMI BIN ABDUL RAHMAN PK PENTADBIRAN FAUZIAH BINTI DESA PK HEM AZIZA BINTI HALIM PK KOKURIKULUM AMRIMI BIN OTHMAN GKMP BAHASA NORFAIZAH BINTI ABDULLAH GKMP KEMANUSIAAN AZHAR BIN HJ. ABU BAKAR GKMP TEKNIK & VOKASIONAL AZMIYAH BINTI MAT SAAD GKMP SAINS & MATEMATIK QAMARUZZAMAN BIN OTHMAN PK PEND. KHAS MOHAMAD SOBRI BIN SALLEH