The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syurgaidaman23, 2021-09-14 00:32:53

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH - TOKOH KEMERDEKAAN

DATO' MAHARAJA LELA

Keywords: DATO' MAHARAJA LELA

Assalammualaikum dan salam sejahtera NAMA MURID : IZZ ZETTY AFRINA BINTI MOHD AZHAN
diucapkan kepada semua yang
membaca buku skrap ini. KELAS : 6 HARAPAN

Buku skrap digital ini mengisahkan ALAMAT EMEL : [email protected]
serba sedikit perjuangan Dato'
Maharaja Lela, seorang tokoh NAMA SEKOLAH : SK TAMAN INDAHPURA 1
kemerdekaan melayu yang menentang
penjajahan British di Perak. Dengan
buku skrap ini, saya berharap ia dapat
memberikan gambaran pengorbanan
dan sumbangan tokoh ini kepada
kemerdekaan negara kita.

Saya juga berharap generasi muda
masa kini akan mengambil iktibar dan
menghargai kemerdekaan negara kita
yang tercinta.

ALAMAT SEKOLAH : JALAN TERATAI 36 / 15, INDAHPURA, 81000
KULAI , JOHOR

• Nama sebenar Dato' Maharaja Lela ialah Pandak Limo bin
Machang Lela Tun Mahmud

• Nama bapa beliau ialah Tuk Maulud bin Maharaja Lela
Nakhoda Zainal

• Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis yang
berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi

• Sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Mudzaffar Shah
III (Sultan Perak ke 15), Daeng Selili telah datang ke negeri
Perak dalam tahun 1743 dan telah dilantik sebagai mufti
dan telah dianugerah dengan gelaran Dato Maharaja Lela
Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya (Pancung Tak
Bertanya)

• Dato' Maharaja Lela merupakan seorang Penghulu di Pasir
Salak

• Orang Besar Berlapan Perak dengan gelaran
Orang Kaya - Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putera

• Beliau meninggal dunia pada 20 Januari 1877

• Dato' Maharajalela @ Pandak Lam mengetuai perjuangan
menentang penguasaan British di Perak yang
memperkenalkan Sistem Residen

• Beliau dan pembesar lain membela nasib rakyat dengan
menentang British yang mengambil hak mengutip cukai,
mencabar ketuanan melayu, memperkenal cukai baru dan
mencampuri adat resam

• Beliau menjadi tokoh utama dalam pakatan untuk membunuh
James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British
di Perak

• Pada 02 November 1875, Seputum atas arahan Dato' Maharaja
Lela telah membunuh J.W.W Birch di Pasir Salak

• Pembunuhan J. W. W Birch ini telah memulakan detik
kebangkitan orang - orang melayu untuk menentang British

vDato' Maharajalela seorang yang licik merancang
strategi

vSeorang yang setia kepada Sultan

vBeliau seorang pahlawan yang berani

vSeorang yang prihatin dan membela nasib rakyat

vBerpengetahuan agama dan berperibadi mulia

Gambar Sultan Abdullah, Dato' Kubu Dato' Maharaja Lela Dato' Onn Jaafar ketika kecil
Maharaja Lela dan Dato' Sagor

• Beliau adalah pahlawan sebenar yang setia kepada raja. Beliau
merancang membunuh J. W. W Birch yang diluluskan oleh
Mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan
Abdullah dan dihadiri pembesar - pembesar lain

• Sikap prihatin beliau membela nasib rakyat dan menghalang
penguasaan British mendapat sokongan penduduk Pasir Salak
dan Kampung Gajah termasuk daripada orang asli. Antaranya
ialah Seputum yang ditugaskan membunuh J.W.W.Birch

• Beliau dihukum gantung sampai mati oleh British kerana
terlibat membunuh J.W.W Birch bersama pejuang - pejuang
yang lain

Gambar J.W.W Birch Tempat J.W.W Birch dibunuh

vDato' Maharaja Lela merupakan pejuang bangsa yang
bertanggungjawab terhadap sumpah dan janjinya.

vBeliau mengetuai perjuangan menentang Britih di Perak. Beliau
adalah tokoh yang mempertahankan sistem tradisional di Perak dari
di ambil oleh pihak British melalui pengenalan Sistem Residen.

vPenglibatan Dato' Maharajalela sebagai tokoh utama dalam
pembunuhan J.W.W.Birch mendapat sanjungan rakyat Perak.
Namun beliau akhirnya ditangkap dan dibicarakan secara tidak
adil oleh Mahkamah. Pada 20 Januari 1877, Dato’ Maharaja Lela
dihukum gantung sampai mati di Taiping, Perak.

.

Terowong Sejarah Pasir Salak

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah Dato' Maharaja Lela
merupakan seorang pemimpin dan pahlawan melayu yang berani, setia
dan berjiwa rakyat, Sebagai generasi muda, kita perlu mempunyai
semangat seperti Dato' Maharaja Lela. Kita perlu menjiwai sifat
perjuangan beliau dalam mempertahankan negara dari penjajah. Kita
juga perlu menjadi generasi yang mengenang jasa - jasa yang telah
dicurahkan oleh tokoh - tokoh kemerdekaan negara kita kerana tanpa
mereka, kita mungkin tidak dapat merasai nikmat kemerdekaan.

Sumber :

1. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pandak&d=243192&

32...hhttttpps:/:///pmensa.wtoikkiophe.dbilao.gosrpgo/wt.cikoi/mD/a2t0o1_4M/0a2h/adraajtao_-mLealaharajalela.html

4. https://www.orangperak.com/dato-maharaja-lela-dalam-sejarah-

perak.html SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version