The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syurgaidaman23, 2021-09-13 11:54:14

DATO MAHARAJA LELA 1

DATO MAHARAJA LELA 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera NAMA MURID : IZZ ZETTY AFRINA BINTI MOHD AZHAN
diucapkan kepada semua yang
membaca buku skrap ini. KELAS : 6 HARAPAN

Buku skrap digital ini mengisahkan ALAMAT EMEL : [email protected]
serba sedikit perjuangan Dato'
Maharaja Lela, seorang tokoh NAMA SEKOLAH : SK TAMAN INDAHPURA 1
kemerdekaan melayu yang menentang
penjajahan British di Perak. Dengan
buku skrap ini, saya berharap ia dapat
memberikan gambaran pengorbanan
dan sumbangan tokoh ini kepada
kemerdekaan negara kita.

Saya juga berharap generasi muda
masa kini akan mengambil iktibar dan
menghargai kemerdekaan negara kita
yang tercinta.

ALAMAT SEKOLAH : JALAN TERATAI 36 / 15, INDAHPURA, 81000
KULAI , JOHOR

• Nama sebenar Dato' Maharaja Lela ialah Pandak Limo bin
Machang Lela Tok Mahmud

• Dilahirkan di Lambor, Bota, Perak, Malaysia

• Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis yang
berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi

• Sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Mudzaffar Shah
III (Sultan Perak ke 15), Daeng Selili telah datang ke negeri
Perak dalam tahun 1743 dan telah dilantik sebagai mufti
dan telah dianugerah dengan gelaran Dato Maharaja Lela
Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya (Pancung Tak
Bertanya)

• Beliau merupakan seorang Penghulu di Pasir Salak

• Orang Besar Berlapan Perak dengan gelaran
Orang Kaya - Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putra

• Beliau meninggal dunia pada 20 Januari 1877

• Dato' Maharajalela @ Pandak Lam mengetuai
perjuangan menentang penguasaan British di Perak

• Beliau dan pembesar lain membela nasib rakyat
dengan menentang British yang mengambil hak
mengutip cukai, mencabar ketuanan melayu dan
mencampuri adat resam

• Beliau menjadi tokoh utama dalam pakatan untuk
membunuh James Wheller Woodfird Birch
(J.W.W. Birch), Residen British di Perak

• Pada 02 November 1875, Seputum atas arahan Dato'
Maharaja Lela telah membunuh J.W.W Birch di Pasir
Salak

• Pembunuhan J. W. W Birch ini telah memulakan detik
kebangkitan orang - orang melayu di Tanah Melayu
untuk menentang British

vDato' Maharajalela seorang yang berani dan licik
merancang strategi

vSeorang yang prihatin dan membela nasib rakyat

vBerpengetahuan agama dan berperibadi mulia

Kubu Dato' Maharaja Lela Dato' Onn Jaafar ketika kecil

• Beliau adalah pahlawan sebenar yang setia kepada
raja. Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu
daripada Raja Abdullah dan Raja Ismail serta
mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir
Salak dan Kampung Gajah.

• Keprihatinan beliau membela nasib rakyat dan
menghalang penguasaan British mendapat sokongan
ramai termasuk daripada orang asli. Antaranya ialah
Seputum yang ditugaskan membunuh J.W.W.Birch

Gambar Sultan Abdullah, Dato' Maharaja Lela Tempat J.W.W Birch dibunuh
dan Dato' Sagor

vDato' Maharaja Lela merupakan pejuang bangsa yang
bertanggungjawab terhadap sumpah dan janjinya.

vBeliau mengetuai perjuangan menentang Britih di Perak. Beliau
adalah tokoh yang mempertahankan sistem tradisional di Perak
yang diganggu gugat oleh pihak British melalui pengenalan Sistem
Residen.

vPenglibatan Dato' Maharajalela sebagai tokoh utama dalam
pembunuhan J.W.W.Birch mendapat sanjungan rakyat Perak.
Namun beliau akhirnya ditangkap dan dibicarakan secara tidak adil
oleh Mahkamah. Pada 20 Januari 1877, Dato’ Maharaja Lela
dihukum gantung sampai mati di Taiping, Perak.

.

Gambar J.W.W Birch

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah Dato' Maharaja Lela
merupakan seorang pemimpin dan pahlawan melayu yang berani, setia
dan berjiwa rakyat, Sebagai generasi muda, kita perlu mempunyai
semangat seperti Dato' Maharaja Lela. Kita perlu menjiwai sifat
perjuangan beliau dalam mempertahankan negara dari penjajah.
Kitajuga perlu menjadi generasi yang mengenang jasa - jasa yang telah
dicurahkan oleh tokoh - tokoh kemerdekaan negara kita kerana tanpa
mereka, kita mungkin tidak dapat merasai nikmat kemerdekaan.

. SEKIAN, TERIMA KASIH

Terowong Sejarah Pasir Salak


Click to View FlipBook Version