The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DATO' MAHARAJA LELA PANDAK LAM
OLEH IZZ ZETTY AFRINA
SK TAMAN INDAHPURA 1, KULAI JOHOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syurgaidaman23, 2021-09-14 01:44:23

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA DATO' MAHARAJA LELA

DATO' MAHARAJA LELA PANDAK LAM
OLEH IZZ ZETTY AFRINA
SK TAMAN INDAHPURA 1, KULAI JOHOR

Assalammualaikum dan salam sejahtera NAMA MURID : IZZ ZETTY AFRINA BINTI MOHD AZHAN
diucapkan kepada semua yang
membaca buku skrap ini. KELAS : 6 HARAPAN

Buku skrap digital ini mengisahkan ALAMAT EMEL : [email protected]
serba sedikit perjuangan Dato'
Maharajalela Pandak Lam, seorang NAMA SEKOLAH : SK TAMAN INDAHPURA 1
tokoh kemerdekaan melayu yang
menentang penjajahan British di Perak.
Dengan buku skrap ini, saya berharap ia
dapat memberikan gambaran
pengorbanan dan sumbangan tokoh ini
kepada kemerdekaan negara kita.

Saya juga berharap generasi muda
masa kini akan mengambil iktibar dan
menghargai kemerdekaan negara kita
yang tercinta.

ALAMAT SEKOLAH : JALAN TERATAI 36 / 15, INDAHPURA, 81000
KULAI , JOHOR

• Nama sebenar Dato' Maharajalela Pandak Lam ialah
Pandak Limo bin Machang Lela Tun Mahmud

• Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis yang
berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi

• Sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Mudzaffar Shah
III (Sultan Perak ke 15), Daeng Selili telah datang ke negeri
Perak dalam tahun 1743 dan telah dilantik sebagai mufti
dan telah dianugerah dengan gelaran Dato Maharaja Lela
Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya (Pancung Tak
Bertanya)

• Dato' Maharajalela Pandak Lam merupakan seorang
Penghulu di Pasir Salak

• Orang Besar Berlapan Perak dengan gelaran
Orang Kaya - Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putera

• Beliau meninggal dunia pada 20 Januari 1877

• Dato' Maharajalela @ Pandak Lam mengetuai perjuangan
menentang penguasaan British di Perak yang
memperkenalkan Sistem Residen

• Beliau dan pembesar lain membela nasib rakyat dengan
menentang British yang mengambil hak mengutip cukai,
mencabar ketuanan melayu, memperkenal cukai baru dan
mencampuri adat resam

• Beliau menjadi tokoh utama dalam pakatan untuk membunuh
James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British
di Perak

• Pada 02 November 1875, Seputum atas arahan Dato'
Maharajalela telah membunuh J.W.W Birch di Pasir Salak

• Pembunuhan J. W. W Birch ini telah memulakan detik
kebangkitan orang - orang melayu untuk menentang British

vDato' Maharajalela Pandak Lam seorang yang licik
merancang strategi

vSeorang yang setia kepada Sultan

vBeliau seorang pahlawan yang berani

vSeorang yang prihatin dan membela nasib rakyat

vBerpengetahuan agama dan berperibadi mulia

Gambar Sultan Abdullah, Dato' Kubu Dato' Maharajalela Dato' Onn Jaafar ketika kecil
Maharajalela dan Dato' Sagor

• Dato' Maharajalela Pandak Lam adalah pahlawan sebenar
yang setia kepada raja. Beliau merancang membunuh J. W. W
Birch yang diluluskan oleh Mesyuarat Durian Sebatang yang
dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri pembesar -
pembesar lain

• Sikap prihatin beliau membela nasib rakyat dan menghalang
penguasaan British mendapat sokongan penduduk Pasir Salak
dan Kampung Gajah termasuk daripada orang asli. Antaranya
ialah Seputum yang ditugaskan membunuh J.W.W.Birch

• Beliau dihukum gantung sampai mati oleh British kerana
terlibat membunuh J.W.W Birch bersama pejuang - pejuang
yang lain

Gambar J.W.W Birch Tempat J.W.W Birch dibunuh

vDato' Maharaja Lela merupakan pejuang bangsa yang
bertanggungjawab terhadap sumpah dan janjinya.

vBeliau mengetuai perjuangan menentang Britih di Perak. Beliau
adalah tokoh yang mempertahankan sistem tradisional di Perak dari
di ambil oleh pihak British melalui pengenalan Sistem Residen.

vPenglibatan Dato' Maharajalela sebagai tokoh utama dalam
pembunuhan J.W.W.Birch mendapat sanjungan rakyat Perak.
Namun beliau akhirnya ditangkap dan dibicarakan secara tidak
adil oleh Mahkamah. Pada 20 Januari 1877, Dato’ Maharaja Lela
dihukum gantung sampai mati di Taiping, Perak.

.

Terowong Sejarah Pasir Salak

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah Dato' Maharajalela

Pandak Lam merupakan seorang pemimpin dan pahlawan melayu yang

berani, setia dan berjiwa rakyat, Sebagai generasi muda, kita perlu

mempunyai semangat seperti Dato' Maharajalela Pandak Lam. Kita perlu

menjiwai sifat perjuangan beliau dalam mempertahankan negara dari

penjajah. Kita juga perlu menjadi generasi yang mengenang jasa - jasa

yang telah dicurahkan oleh tokoh - tokoh kemerdekaan negara kita

kerana tanpa mereka, kita mungkin tidak dapat merasai nikmat

Sukmebmere: rdekaan.

1. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pandak&d=243192&
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Dato_Maharaja_Lela
3. http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/dato-maharajalela.html
4. https://www.orangperak.com/dato-maharaja-lela-dalam-sejarah-

.perak.html


Click to View FlipBook Version