The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN QEC_20240215_102629_0000

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by armsyila, 2024-02-14 21:32:05

Buletin QEC

BULETIN QEC_20240215_102629_0000

PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT BULETIN EDISI 2023 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI/QEC PELAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2023


BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI SIDANG REDAKSI PENASIHAT LT. KOL. BERSEKUTU (PA) DR. HAFIZUDDIN BIN AWANG KETUA EDITOR DR. MASTURAL BINTI MOHAMED PENOLONG KETUA EDITOR EN. NOOR AZAM AB LATIF EDITOR EN. MOHAMAD HASRIZAL BIN MAT HASSAN SIDANG REDAKSI PERUTUSAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH WADAH BICARA KETUA EDITOR SKOP TUGAS PENYELARAS CARTA ORGANISASI OBJEKTIF AKTIVITI QEC LATIHAN & PEMBELAJARAN MAJLIS GRADUASI 2 3 3 PENGENALAN QEC 4 5 5 7 10 11 8-9 ISI KANDUNGAN PENCAPAIAN 12-15 DESKRIPSI TUGAS 6 LAWATAN KERJA QEC 16-17 Penerbitan dan Penyelidikan 18-19 DIREKTORI PKD BESUT 20 PENGHARGAAN 20 2


PERUTUSAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH WADAH BICARA KETUA EDITOR BULETIN PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI 3 Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia Madani Alhamdulillah, tahun 2023 telah melabuhkan tirai dan jendela 2024 telah dibuka. Tahun 2023 menyaksikan pelbagai kejayaan baik di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan yang telah berjaya ditempa oleh anggota Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut. Kejayaan yang digapai oleh anggota PKD Besut bukan sahaja terhad kepada pencapaian dalam bidang perkhidmatan kesihatan, namun turut juga meliputi bidang inisiatif kualiti, pembangunan, kebajikan dan juga sukan. Jelas ini menunjukkan anggota PKD Besut berbakat besar dalam pelbagai bidang dan mampu menjadi cerminan kecemerlangan Kementerian Kesihatan Malaysia. Setinggi-tinggi tahniah buat Pusat Kecemerlangan Kualiti Pejabat Kesihatan Daerah Besut kerana berjaya menghasilkan satu lagi koleksi penerbitan tahunan jabatan. Buletin ini merangkumkan segala koleksi bergambar pencapaian jabatan sepanjang tahun 2023. Penerbitan sebegini diharapkan bukan sahaja mampu menjadi bahan rujukan di masa hadapan, malahan mampu menjadi wadah pencetus motivasi dan semangat untuk anggota PKD Besut terus memacu kecemerlangan dalam perkhidmatan. Pada masa yang sama, diharapkan agar kita semua tidak terlalu selesa dengan pencapaian sedia ada, dan wajar untuk terus memperbaiki diri agar mampu menggapai pencapaian yang lebih baik dari pencapaian terdahulu. Akhir kata, sebagai ketua jabatan untuk Pejabat Kesihatan Daerah Besut, saya doakan agar semua anggota PKD Besut mampu memberikan perkhidmatan yang inovatif dan terbaik dalam suasana kerja yang harmoni. Pastikan tahun 2024 ini lebih cemerlang dari tahun sebelumnya. LT. KOL. BERSEKUTU (PA) DR. HAFIZUDDIN BIN AWANG No. Pendaftaran Penuh : MPM 58497, No. NSR : 138904 Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Terengganu Darul Iman. [email protected] Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia Madani Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Pusat Kecemerlangan Kualiti / QEC berjaya menghasilkan sebuah Buletin Tahunan bagi Tahun 2023. Buletin ini adalah bertujuan untuk menjadi panduan atau rujukan kepada Pengurusan Aktiviti Kualiti khasnya Unit Kualiti. Kejayaan dalam pelaksanaan sesuatu program kualiti dipengaruhi oleh matlamat dan tujuan QEC diwujudkan di samping sokongan dan pengaruh dari Pengurusan Atasan terhadap program-program kualiti yang dilaksanakan. Begitu juga kerjasama yang baik dari anggota-anggota kesihatan PKD Besut khasnya sebagai peserta-peserta program QEC antara penyebab QEC merangkul kejayaan. Ucapan terima kasih kepada Yg. Berbahagia Lt. Kol. Bersekutu Dr. Hafizuddin B. Awang selaku Pegawai Kesihatan Daerah Besut dan penaung QEC yang banyak memberikan sokongan dan galakan kepada QEC untuk menggerakkan program-program kualitinya dengan baik. Tidak lupa juga penghargaan kepada Penasihat dan Ahli-Ahli Jawatan Kuasa QEC yang turut menyumbang tenaga dan idea dalam menjayakan program-program kualiti sehingga QEC menghasilkan pencapaian yang cemerlang. Perjalanan QEC tidak boleh berhenti disini, tetapi perlu diteruskan perjuangan untuk terus menempa kejayaan. Harapan tinggi kepada JK QEC agar dapat terus bergerak bagi memastikan matlamat dan objektif QEC sentiasa dicapai. Insya Allah. DR MASTURAL BT MOHAMED No Pendaftaran Penuh: MPM 45311 Pegawai Perubatan UD54, Penyelaras Pusat Kecemerlangan Kualiti, Pejabat Kesihatan Daerah Besut. Terengganu Darul Iman. [email protected]


PENGENALAN Unit Kualiti ditubuhkan sejak 2004. Nama unit kualiti berubah kepada Pusat Kecemerlangan Kualiti / ‘Quality of Excellent Centre’ (QEC) pada tahun 2022. Lokasi pertama unit kualiti ini pada mulanya bertempat didalam bangunan utama Pejabat Kesihatan Daerah sejak 2004 hingga 2021. Dipindahkan ke Klinik Komuniti Nyior 7 pada Julai 2021 sehingga September 2022 dan berpindah pula ke Kuarters Pejabat Kesihatan Daerah kerana penutupan KKOM Nyior 7. PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI (QEC) BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI 4 LOGO QEC


CARTA ORGANISASI pusat kecemerlangan kualiti OBJEKTIF 1. Membentuk aktiviti peningkatan kualiti (Quality Improvement) di PKD Besut, meneliti kelebihan dan kekurangan aktiviti. 2. Mengenalpasti masalah dalam struktur kualiti serta sumber manusia dan mewujudkan langkahlangkah pembaikan untuk program Jaminan Kualiti (QAP) 3. Penyelidikan, perkembangan dan pelaksanaan penyelesaian kesihatan awam yang inovatif 4. Menyebarkan maklumat hasil kajian kepada agensi (kesihatan ataupun bukan kesihatan) melalui pelbagai saluran seperti penulisan dalam jurnal, persembahan dalam mesyuarat, seminar, persidangan dan sebagainya. 5. Menggalakkan kerjasama dan pendekatan bersama antara agensi kesihatan dan organisasi lain untuk tujuan penyelidikan. 6. Melaksanakan mekanisme penambahbaikan. 7. Memantau dan menilai aktiviti inisiatif kualiti. BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI 5 SEKRETARIAT 1 PPP NOOR AZAM AB LATIF SEKRETARIAT 2 PPP MOHAMAD HASRIZAL BIN MAT HASSAN MS-ISO 9001:2015 SISTEM PENGURUSAN KUALITI PROGRAM JAMINAN KUALITI (QAP/KPI) PROGRAM INISIATIF KUALITI (QA/KIK/INOVASI/HSR) ADUAN & MAKLUMBALAS PRLANGGAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BUDAYA KERJA CEMERLANG DAN 3S PLUS CLINICAL PRACTICE GUIDELINES (CPG) PEMANTAUAN INSIDEN KESELAMATAN DAN PELANGARAN AMBULANS PEGAWAI KESIHATAN DAERAH DR HAFIZUDDIN BIN AWANG PENYELARAS DR MASTURAL BINTI MOHAMED PENASIHAT DR SITI NOORFADHILAH BINTI MOHD AMIN


6 BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI Merancang Pelan Tindakan (Mesyuarat/ Latihan/ Program Khas) Unit Kualiti Daerah. Memantau perlaksanaan program yang dirancang Menilai semula keberkesanan perlaksanaan program Membuat penambahbaikan terhadap pencapaian program yang dilaksanakan. Menyelaras dan menyemak data-data berkaitan aduan SisPAA di peringkat daerah bagi memastikan aduan awam dapat diselesaikan dengan cekap, adil dan berintergriti. Menyelaras dan menyemak Mesyuarat Teknikal. DR MASTURAL BINTI MOHAMED PENYELARAS KUALITI DAERAH Memantau perlaksanaan program yang dirancang Menjadi sekretariat dan pemudahcara perlaksanaan mesyuarat/latihan/program khas Unit Kualiti daerah Memastikan Objektif Kualiti ISO dikemaskini Membantu Penyelaras Unit Kualiti Daerah dan penyelaras program dalam melaksanakan program-program seperti Program Jaminan Kualiti (QAP/KPI), Program Inisiatif Kualiti (QA/KIK/INOVASI/HSR), Program Kepastian Kualiti (MS-ISO) dan Program CPG/CME Daerah. PPP NOOR AZAM AB LATIF SEKRETARIAT 1 Memantau perlaksanaan program yang dirancang Menjadi sekretariat dan pemudahcara perlaksanaan mesyuarat/latihan/program khas Unit Kualiti daerah Memastikan kelestarian program Kawalan Infeksi Daerah mengikut garispanduan yang ditetapkan. Membantu Penyelaras Unit Kualiti Daerah dan penyelaras program dalam melaksanakan program-program seperti Program EKSA, Program Pemantauan Insiden Keselamatan dan Kemalangan Ambulan, Program Pengurusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan dan Program Budaya Kerja Cemerlang/3S. PPP MOHAMAD HASRIZAL BIN MAT HASSAN SEKRETARIAT 2


7 1 PENYELARAS ISO Memastikan perkhidmatan yang berkualiti di PKD Besut melalui perlaksanaan pensijilan MS ISO 9001:2015. Meningkatkan kesedaran , pengetahuan dan kepentingan ISO di kalangan anggota kesihatan. Memperkukuhkan Sistem Pengurusan Kualiti melalui pemantauan secara berkala. Mengemaskini rekod dan dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti. Mengurangkan risiko yang memberi kesan ke atas pencapaian perkhidmatan. 2 PENYELARAS QAP & KPI Meningkatkan kesedaran,pengetahuan dan kepentingan Quality Assurance Programme(QAP)di kalangan anggota kesihatan. Memperkukuhkan pengurusan data melalui verifikasi dan pemantauan secara berkala. Memastikan siasatan menyeluruh dan penambahbaikan dilakukan ke atas indikator yang mengalami SIQ Mengurus risiko yang dikenalpasti dalam penyampaian program kepastian kualiti Membentangkan pencapaian QAP dan KPI di peringkat daerah dan negeri. 3 PENYELARAS EKSA Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti (bersih,kemas dan rapi) Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi Mengenalpasti,mengurang dan menghapuskan pembaziran Meningkatkan imej agensi sektor awam Menjana idea kreatif dikalangan warga agensi 4 PENYELARAS INOVASI / KIK / QA Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan bagi meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan. Memberi pendedahan inovasi secara berterusan kepada anggota PKD Besut Memastikan projek inovasi dilaksanakan di PKD Besut melibatkan sekurang-kurangnya 2 projek/tahun Memastikan penyertaan daripada setiap unit (klinik/inspektorat/pentadbiran) di daerah Besut secara giliran dalam menghasilkan projek KIK Menyertai pertandingan dalam konvensyen QA/KIK/INOVASI JKNT 5 PENYELARAS HEALTH SERVICE RESEARCH Memastikan penghasilan 2 kajian yang berdaftar dengan National Medical Research Register dalam tempoh 2 tahun sekali Memastikan penglibatan pengurusan dan professional secara menyeluruh dalam kajian 6 PENYELARAS SISTEM ADUAN Memperkukuh Sistem Perhubungan Awam sedia ada Memperkukuh Sistem Pengurusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan. (Garis Panduan Bil 1 Tahun 2013 – Penambahbaikan Pengurusan Aduan di Agensi Sektor Awam Malaysia) Menyediakan platform untuk pelanggan membuat pertanyaan dan memaksimumkan penyampaian maklumat kepada pelanggan Memperkukuh mekanisme ketidakpuasan hati (Grievance Mechanism) pelanggan. Membudayakan amalan soft skill di kalangan anggota. 7 PENYELARAS BUDAYA KERJA CEMERLANG/ 3S Meningkatkan kualiti perhubungan anggota dengan pelanggan dan sesama anggota Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara keseluruhan Mengurangkan jumlah aduan berkaitan layanan dan komunikasi. BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI


HSR Clinic Edition 5/2023 20 Jun 2023 BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI Bengkel Pemurnian 1 Projek QA/INOVASI/KIK Peringkat PKD Besut 19 Januari 2023 Perbincangan dan semakan abstract projek-projek QA oleh Fasilitator. 25 Mei 2023 Bengkel Pemurnian 2 Projek QA/INOVASI/KIK Peringkat PKD Besut 9 Februari 2023 Bengkel Pembentangan Projek QA/INOVASI/KIK Peringkat PKD Besut 29 Mac 2023 Bengkel Pemurnian 3 Projek QA/INOVASI/KIK Peringkat PKD Besut 14 April 2023 Bengkel Penulisan & Laporan INOVASI/KIK/QA Peringkat PKD Besut 25 Mei 2023 Kursus Pengurusan Aduan Pelanggan Daerah Besut 19-20 Mac 2023 Konvensyen Kualiti Besut 2023 anjuran Pusat Kecemerlangan Kualiti PKD Besut 12 Jun 2023 8


BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI Bengkel Persediaan Konvensyen Inovasi JKNT 2023 5 Julai 2023 Roadshow Projek-projek Kumpulan Inovasi/KIK ke PKD Bachok 26 Jun 2023 Bengkel Pengenalan HSR Peringkat PKD Besut Sesi 2023/2024 27 julai 2023 Klinik HSR : SPSS 101 (DESCRIPTIVE AND INFERENTIAL STUDIES) 15-16 November 2023 Bengkel 1- Research Proposal Sesi 2023/2024 6 September 2023 Bengkel Pemurnian 1 QA/KIK/INOVASI Sesi 2023/2024 3-4 Oktober 2023 Roadshow Projek-projek Kumpulan Inovasi/KIK ke PKD Pasir Puteh 22 Jun 2023 Kursus EKSA-DIY Peringkat PKD Besut 2023 7 Ogos 2023 Sesi pengauditan bagi Pensijilan Amalan EKSA-DIY ke atas Pejabat Kesihatan Daerah Besut oleh Jawatankuasa Induk EKSA-DIY JKNT 19 Oktober 2023 8 9


KK Pulau Perhentian KK Pasir Akar KK Padang Luas KK Kuala Besut KK Sri Medang KK Jabi KK Jerteh BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI LATIHAN & PEMBELAJARAN SEPANJANG 2023 10 PERKONGSIAN ILMU Dr Nurul Fadhilah Abdullah Pegawai Kualiti Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu Memilih Pusat Kecemerlangan Kualiti Pejabat Kesihatan Daerah Besut sebagai tempat latihan sangkut pada 17-18 Disember 2023. Penghargaan kepada: kerana LATIHAN SANGKUT AKTIVITI CME


11 10 Ogos 2023 - Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut telah menganjurkan Perhimpunan Penyayang untuk bulan Ogos 2023. Perhimpunan Penyayang kali ini telah dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Seri Medang dan Klinik Kesihatan Kota Putera, bertempat di Klinik Desa Gong Bayor, Besut. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Kami Sedia Membantu dan lagu Senyum, Salam, Sapa; dan diteruskan dengan Ikrar Perkhidmatan Awam. Seterusnya, majlis disusuli dengan amanat oleh Pegawai Kesihatan Daerah Besut, Dr Hafizuddin Awang yang antara lain menekankan kepada kepentingan penggiliran tempat kerja bagi memastikan produktiviti dan integriti anggota sentiasa terjaga. Beliau juga turut menekankan agar semua anggota menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dalam Pilihanraya Negeri yang akan datang. Perhimpunan Penyayang diteruskan dengan sesi apresiasi meraikan para pemenang dan peserta Konvensyen Inovasi JKNT 2023 yang mana PKD Besut telah muncul sebagai johan keseluruhan konvensyen. Ketua Pusat Kecemerlangan Kualiti PKD Besut, Dr Mastural Mohamed turut melakukan gimik penyerahan Piala Pusingan Konvensyen Inovasi JKNT kepada Pegawai Kesihatan Daerah Besut. Majlis juga turut meraikan anggota-anggota baru, pekerja-pekerja contoh dan anggota yang menyambut hari lahir pada bulan Mei dan Jun. Diharapkan agar Perhimpunan Penyayang ini dapat memberikan manfaat kepada semua anggota. TARIKH: 10 OGOS 2023 TEMPAT: KLNIK DESA GONG BAYOR BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI


BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT - JOHAN DAN NAIB JOHAN PEMBENTANGAN KAJIAN (KATEGORI ORAL) DI 2ND TERENGGANU PUBLIC HEALTH RESEARCH DAY 2023 13 Jun 2023 - Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut dinobatkan sebagai johan dan naib johan bagi permbentangan kajian kategori oral di 2nd Terengganu Public Health Research Day. Pegawai Kaji Serangga PKD Besut, Pn Siti Firdaus Mohd Mokhdi dinobatkan johan kajian kategori oral menerusi kajian bertajuk “Aedes distribution and meteorological Effect On Ovitrap Index in Kg Bunga, Besut: A cross-sectional study”. Kemenangan ini menjadikan PKD Besut mengekalkan kejuaraan kategori oral dua tahun berturut-turut di Terengganu Public Health Research Day. Pegawai Kesihatan Epidemiologi PKD Besut, Dr Mohd Fariz Zulrushdi pula dinobatkan sebagai naib johan kajian kategori oral menerusi kajian bertajuk “Domiciliary care service: Factors influencing improvement in activities of daily living among stroke survivors in Besut, Malaysia”. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBhg Dato Dr Hjh Kasemani Embong. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Mohd Anuar Abd Rahman; Pegawai Kesihatan Daerah Besut, Dr Hafizuddin Awang; Pakar Perubatan Keluarga KK Kota Putera, Dr Mohd Azmi Che Mat dan Ketua Pusat Kecemerlangan Kualiti PKD Besut, Dr Mastural Mohamed. PKD Besut secara keseluruhan menghantar 7 kajian untuk dipertandingkan di 2nd Terengganu Public Health Research Day ini iaitu 3 kategori oral dan 4 kategori poster. PKD Besut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta yang telah menyahut cabaran menjalankan kajian saintifik bagi menambahbaik kualiti perkhidmatan kesihatan di daerah Besut. 12


12 Julai 2023 - Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut mencipta sejarah hari ini apabila berjaya merangkul Piala Pusingan Anugerah Inovasi JKNT susulan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan di Konvensyen Inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 2023. Konvensyen Inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 2023 kali ini telah berlangsung pada 10-12 Julai 2023 bertempat di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Marang. PKD Besut merupakan PTJ yang menghantar penyertaan tertinggi di negeri Terengganu dengan membawa sebanyak 14 penyertaan. PKD Besut telah berjaya merangkul 3 anugerah utama dalam kategori-kategori yang dipertandingkan iaitu: Anugerah Emas Kategori KIK : KKJ Corp (Klinik Kesihatan Jabi, PKD Besut) Anugerah Emas Kategori Inovasi Produk : Cognibest (Unit Terapi Carakerja PKD Besut) Anugerah Perak Kategori Inovasi Perkhidmatan & Teknologi : Therapeutic Titans (Unit Farmasi PKD Besut) Piala Pusingan Anugerah Inovasi JKNT telah disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBhg Dato Dr Hjh Kasemani Embong kepada Pegawai Kesihatan Daerah Besut, Dr Hafizuddin Awang dan Ketua Pusat Kecemerlangan Kualiti PKD Besut, Dr Mastural Mohamed. Pejabat Kesihatan Daerah Besut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua 14 pasukan PKD Besut kerana telah berjaya menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan dan berjaya membentangkan dengan baik. PKD Besut juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Pusat Kecemerlangan Kualiti PKD Besut kerana telah bertindak sebagai institusi pemantau bagi memastikan semua projek berjaya disiapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada pengurusan tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan semua warga kerja PKD Besut yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyumbang kepada kejayaan besar kali ini. Diharapkan agar pasukan-pasukan PKD Besut akan terus menempa kejayaan di Konvensyen Inovasi KKM Peringkat Kebangsaan nanti. BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT - JOHAN KESELURUHAN KONVENSYEN INOVASI NEGERI TERENGGANU 2023 13


BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT - JOHAN KAJIAN SAINTIFIK (KATEGORI ORIGINAL RESEARCH POSTER) TERENGGANU RESEARCH DAY 2023 2 Oktober 2023 - Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut telah menghantar sebanyak 5 kajian untuk dipertandingkan di 9th Terengganu Research Day 2023 anjuran Clinical Research Center (CRC) Negeri Terengganu. Sebanyak 43 kajian dari seluruh fasiliti kesihatan, perubatan dan pergigian negeri Terengganu telah dipertandingkan. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBhg Dato Dr Hjh Kasemani Bt Embong. Penyertaan dari PKD Besut adalah: 1. Dr Hafizuddin Awang (Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Kesihatan Daerah) - Transition of HIV Epidemics and Epidemiology of HIV Mortality in Besut 2. Pn Lina Husniyah Mohamad (Pegawai Sains Pemakanan) - Full-Term Babies with Low Birth Weight in Besut District Health Office: A Retrospective Study 3. Pn Che Fadhilah Mamat (Pegawai Farmasi) - LDL-C Control And Appropriateness Of Statin Therapy Among Type 2 Diabetes Mellitus Patients In Primary Healthcare Clinics In Pkd Besut 4. Pn Siti Amira Mohmad (Juruteknologi Makmal Perubatan) - Prevalence Of Genetic Mutation Among Thalassemia Carrier In Kuala Besut Community 5. Dr Muhammad Afiq Aziz (Pegawai Perubatan) - Gestational Diabetes Mellitus: Contributing factor of progression to prediabetes and diabetes in Besut, Malaysia Kajian dari Dr Hafizuddin Awang telah dinobatkan sebagai Johan untuk kategori poster kajian saintifik (original research) oleh panel-panel juri Terengganu Research Day. PKD Besut merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat semua peserta yang telah menyertai Terengganu Research Day kali ini. Dan terima kasih buat Pusat Kecemerlangan Kualiti PKD Besut kerana telah menyelaraskan penyertaan kajian-kajian kali ini. 14


PKD BESUT - PEJABAT KESIHATAN DAERAH YANG PERTAMA MENDAPAT PENSIJILAN EKSA DIY DI NEGERI TERENGGANU BARISAN JAWATANKUASA INDUK EKSA DIY PKD BESUT 9 November 2023, PERHIMPUNAN PENYAYANG Sesi Penyampaian Replika EKSA susulan kejayaan menjadi PKD pertama di negeri Terengganu yang mendapat Pensijilan EKSA. BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI 15


BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI LAWATAN BERINFOMATIF PASUKAN KIK PKD PASIR PUTEH KE PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT 10 Januari 2023 LAWATAN PKD KOTA BHARU KE PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT 29 Januari 2023 KUNJUNGAN BERMAKLUMAT PKD PASIR MAS KE PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI (QEC) PKD BESUT 16 Mac 2023 LAWATAN TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGGANU (PENGURUSAN) KE PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI DAN UNIT MCH PKD BESUT 4 April 2023 16


LAWATAN BERMAKLUMAT BAHAGIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA DARI JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU KE PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT 9 November 2023 BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI LAWATAN BERMAKLUMAT JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR KE PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT 11 September 2023 MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PERKHIDMATAN FISIOTERAPI KESIHATAN AWAM NEGERI TERENGGANU DAN LAWATAN KE PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT 16 Julai 2023 LAWATAN SAMBIL BELAJAR DELEGASI JURUPULIH CARAKERJA TERENGGANU KE PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT 21 September 2023 17


BIL TAJUK KAJAN NMRR ID STATUS KAJIAN 1 Prevalance of Genetic Mutation Among Thalassemia Carrier in Kuala Besut Community NMRRID-2202564- EDK (IIR) Presented research in: Terengganu Research Day TRD 2023 (2/10/2023 Poster) 2 Factors Associated with the Use of Modern Contraception Among Married Orang Asli Women in Kelantan District NMRRID-23-00033- NQ4 (IIR) Presented research in: 2nd Terengganu Public Health Research Day (13/6/2023, Poster) 3 Statin Optimisation and Ldl-C Control Among T2DM Patients In Primary Healthcare Clinics in Pkd Besut NMRR ID-23-00422- S6Y (IIR) Presented research in: 2nd Terengganu Public Health Research Day (13/6/2023 , Poster) 4 A Review of 5 year Lethal Congenital Malformation In Besut Terengganu from 2017-2021 NMRR ID-23-00986- 0M7 Presented research in: 2nd Terengganu Public Health Research Day (13/6/2023, Poster) 5 Term Baby with Low Birth Weight :What Are The Contributing Factors of the Mother during Pregnancy NMRR ID-23-00908- FR4 (IIR) Presented research in: 2nd Terengganu Public Health Research Day (13/6/2023, Poster) 6 Aedes Distribution and Meteorological Effect On Ovitrap Index in Kampung Bunga, Besut: A Cross-Sectional Study MREC: 2202323-NPL (IIR) Presented research in: 2nd Terengganu Public Health Research Day (13/6/2023 Oral) 7 Domiciliary Care Servis: Factors Influencing Improvement in Activities of Daily Living Among Stroke Survivors in Besut, Malaysia NMRR ID-22-02669- 6XT Presented research in: 2nd Terengganu Public Health Research Day (13/6/2023 Oral) 8 Gdm Factor Associate With Progression To Dm In Besut, Malaysia NMRR-20-2603- 5725 Presented research in: Terengganu Reasearch Day TRD 2023 (2/10/2023 Poster) BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PENERBITAN & PENYELIDIKAN 2023 PENERBITAN & PENYELIDIKAN 2023 18


9 Transition OF HIV Epidemics and Epidemiology Of HIV Mortality In Besut NMRR ID-23-00585- EJB Presented research in: Terengganu Research Day TRD 2023 (2/10/2023 Poster) 10 Containing An Island: Coronavirus (COVID-19) Outbreak In Perhentian Islands, Terengganu State Of Malaysia In 2021 NMRR-21-3058174 Published research 11 HIV infection in Besut, Terengganu: Epidemiologic transition, mortality prevalence and determinants: a 17 year review (2005-2022) NMRR ID-23-00585- EJB Published research: 12 Hyperkalemia in Patients with Type 2 Diabetes Mellitus: Risk Factors and Clinical Outcome. NMRR ID-17-3217- 39258(IIR Published research 13 Perception Awareness And Attitude On Cosmetic Usage Among Consumers In Besut NMRR ID-23-01129- GTJ (IIR) Registered/ ongoing research 14 Knowledge and attitude among non-critical patients in the Emergency Unit at the Besut District Health Clinic RSCH ID-23-06377- XRN Proposal/ registration 15 Prevalence and factor associated with obesity among healthcare workers in Besut NMRR ID-24-00122- QHR Proposal/ registration 16 From addiction to Recovery: Understanding Drug and Alcohol Rehabilitaion Services in Malaysia NMRR-20-328-52925 (IIR) Completed research 17 The Prevalence of non-practicing contraceptive (code 1) among high-risk women in northen terengganu. RSCH ID-23-06477- L4V Proposal/ registration 18 Prevalence, clinical profiles and feto-maternal outcomes of women with hypertensive disorders in pregnancy attending primary health clinics in Besut, Terengganu NMRR ID-24-00120- 5TR Proposal/ registration BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PENERBITAN & PENYELIDIKAN 2023 PENERBITAN & PENYELIDIKAN 2023 19


[email protected] SEKALUNG PENGHARGAAN Pegawai Kesihatan Daerah Pakar Perubatan Keluarga Pegawai Kesihatan Keluarga Pegawai Kesihatan Epidemiologi & Seluruh Warga Kerja Pejabat Kesihatan Daerah Besut 20 BULETINPUSAT KECEMERLANGAN KUALITI DIREKTORI PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT


Click to View FlipBook Version