The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN KOKU SKJ EDISI JUN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38117376, 2022-06-09 10:46:07

BULETIN KOKU SKJ

BULETIN KOKU SKJ EDISI JUN

Keywords: SUKAN TAHUNAN

BULETIN
KOKU

SEKOLAH KEBANGSAAN JASIN, MELAKA

EDISI JUN 2022 / BIL 1 #gurutunjangkemenjadianmurid

SUKAN TAHUNAN SK JASIN

LAMAN 2

TAHUN
2022

Tarikh: 1-3 Jun 2022
Masa: 8.30 – 12.00
tengah hari
Tempat: Padang SK Jasin

PERSIAPAN “Orang beriman yang kuat lebih baik
SUKAN &
SUKANTARA: dan lebih disukai oleh Allah dari orang

beriman yang lemah; dan pada

keduanya ada kelebihan”

LAMAN 4 -Hadis Riwayat Muslim

Lagi Info Sukan Tahunan di Laman Anjuran: Unit Kokurikulum SK JASIN
2 dan 3 #gurutunjangkemenjadianmurid

Bil 1 Buletin Koku Jun / Zulkaedah

UNIT KOKU SK JASIN telah berjaya mengendalikan

sukan tahunan pada tahun 2022 iaitu 1-3 Jun 2022. Setelah 2 tahun
berhadapan dengan pandemik covid-19, akhirnya murid-murid SK Jasin
berpeluang menunjukkan bakat dan kemahiran dalam pelbagai acara sukan
yang dipertandingkan. Jelas kelihatan kepuasan dan kegembiraan pada
wajah murid-murid dan juga guru-guru SK JASIN sepanjang sukan tahunan
dijalankan. Komitmen tinggi dan kerjasama guru-guru amatlah dipuji dan
Unit Koku SKJ mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih. Anda
semua terbaik!Sukan Tahunan menyaksikan Rumah Kuning unggul
memegang gelaran johan. Tahniah kepada pasukan Rumah Kuning!

OBJEKTIF

1• Mengembangkan dan menonjolkan

bakat murid dalam bidang sukan.

2• Melahirkan masyarakat sekolah yang
minat bersukan dan sihat .

• Melahirkan dan mengetengahkan atlit
berpotensi besar lagi berkualiti untuk
3 mewakili sekolah ke peringkat yang

lebih tinggi.

4• Mewujudkan daya saing yang sihat di
kalangan murid dengan menyertai acara
sukan yang dianjurkan.

KUMPULAN SASARAN

1 Semua murid Tahun 1 hingga 6

lelaki dan perempuan SK Jasin.

2 Semua murid PPKI SK Jasin

3 Semua murid Pra Sekolah SK Jasin.

ATHLETE
QOUTE

Laman 2

Bil 1 Buletin Koku Jun / Zulkaedah

ACARA SUKAN

PRA SEKOLAH SUKANEKA 50 M 100 M
PPKI SUKANEKA 50 M

KEPUTUSAN

PUNGUTAN PINGAT SUKAN TAHUNAN SK JASIN 2022
MENGIKUT RUMAH SUKAN

SYAHBANDAR BENDAHARA TEMENGGONG LAKSAMANA

EMAS EMAS EMAS EMAS
= 14 = 18 = 13 =7
PERAK = PERAK = PERAK = PERAK =
9 13 10 20
GANGSA= GANGSA= GANGSA GANGSA
8 13 = 12 = 19
JUMLAH= JUMLAH= JUMLAH JUMLAH
31 44 =35 = 46

Laman 3

Bil 1 Buletin Koku Jun / Zulkaedah

SUKANTARA

Sukantara SK Jasin dijalankan sebelum Sukan Tahunan iaitu pada 25-27
Mei 2022. Antara acara yang dipertandingkan adalah Lompat Jauh,
Lontar Peluru dan Larian 100M. Penglibatan semua murid dalam
Sukantara menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
Sukantara 2022 menyaksikan kemenangan berpihak kepada Rumah
Merah dengan pungutan markah sebanyak 558 mata. Tahniah Rumah
Merah!

PERSIAPAN SUKAN

Setelah 2 tahun tidak menjalani sukan tahunan, para guru terutamanya
guru-guru lelaki sepakat melakukan persiapan sukan seperti membuat
garisan untuk larian, menebang pokok di sekitar padang, penyediaan
tempat untuk acara lompat jauh dan lontar peluru serta banyak lagi.
Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru atas Kerjasama dan
komitmen yang tinggi dalam memastikan acara sukan tahunan kali ini
berjalan dengan lancar.

Unit Kokurikulum SK JASIN Laman 4
#gurutunjangkemenjadianmurid

Bil 1 Buletin Koku Jun / Zulkaedah

ANUGERAH SUKAN

OLAHRAGAWAN - AFNAN HUSAINI
OLAHRAGAWATI - CHE WAN ARINA AMANI
OLAHRAGAWAN HARAPAN - ADAM HAZIQ
OLAHRAGAWATI HARAPAN - AIMY DAMIA

SEKALUNG PENGHARGAAN

EN MOHALIZ BIN MOHD
YDP PIBG SK JASIN

EN MUHAMMAD BIN LASIM
(GURU BESAR SK JASIN)

PN NORFISSAH BT ZAKARIA
(GPK KOKURIKULUM)

EN AMINUDDIN BIN HJ BUANG
(GPK PENTADBIRAN)
EN YAZID BIN MAT TAP

(GPK HAL EHWAL MURID)
PN ZALINA BT AZIZ

(GPK PENDIDIKAN KHAS)
AJK KERJA SUKAN TAHUNAN
SEMUA MURID DAN IBU BAPA SK JASIN

Terima Kasih Sekalung Budi

SEKAPUR SIRIH

DARI SIDANG REDAKSI

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan
izin-Nya Buletin Koku SK Jasin terhasil dengan jayanya. Melalui medium ini, kami salurkan
pelbagai info dan maklumat terkini berkenaan aktiviti sukan dan kokurikulum SK Jasin.
Segala kelemahan pada edisi kali ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Sebarang idea
penambahbaikan sangatlah kami hargai dan dialu-alukan.

Sehingga kita berjumpa lagi pada edisi akan datang. Banyak lagi info-info menarik
akan kami kongsikan. Jaga diri hiasi peribadi. Minda cerdas datang dari badan yang cergas.
Sekian terima kasih.

~ cikgu S.M.S

Editor Buletin Koku SK JASIN
#gurutunjangkemenjadianmurid

Laman 5

GALERI BULETIN




Click to View FlipBook Version