SEE & EXPLORE
TIPS
MEMILIH
TUDUNG
MENGIKUT
WARNA
BAJU
the perfect time is now
by Teamhijab.co
Memilih tudung mengikut warna yang
sesuai dengan pakaian kadang-kadang
menjadi masalah yang besar kepada
wanita.
Jika salah boleh mencacatkan
penampilan. So berhati-hati yer ladies.
Bukan semua tudung sesuai dengan
pakaian yang kita pakai.
Sampai stress memikirkan yang mana
tudung dan baju yang sesuai untuk
dipakai setiap hari. Lagi stress kalau
korang memang banyak jenis pilihan
tudung.
Memang cukup struggle untuk memilih
tudung yang betul - betul match dengan
pakaian kan?itu kerana korang
mempunyai pakaian yang berlainan
warna dan rekaan selain dari warna
hitam.
Kebanyakkan orang mempunyai masalah
sama iaitu masalah dalam
memilih tudung yang sesuai dengan
pakaian dan mengambil masa
yang lama untuk match pakaian dengan
tudung.
Ok,jom saya sharekan tips dan gaya yang
ideal untuk tudung yang
sepadan dengan pakaian korang !
by Teamhijab.co
1. PADANAN WARNA NEUTRAL DAN WARNA
FESYEN
Asas pemahaman warna adalah ia mempunyai 5
warna neutral, warna ini boleh dikombinasikan
dengan mana-mana warna lain. Warna-warna
selain daripada warna neutral ini dikenali
dengan nama warna fashion. 5 Jenis warna
neutral iaitu:
• Hitam
• Putih
• Kelabu
• Biru Navy
• Perang
Keunikan warna neutral ini adalah ia lembut,
harmoni apabila dikombinasikan dan yang
paling penting ia mudah untuk dipadankan
dengan warna neutral dan warna fashion.
2.PILIH WARNA YANG LEBIH CAIR DAN CERAH
Warna tudung yang lebih cerah atau warna
pastel sesuai dipadankan dengan apa
sahaja warna pakaian korang.
Tak semua orang suka padankan warna tudung
sama warna dengan baju.
Tips untuk dapatkan warna tudung yang match
korang boleh pilih warna tudung ikut
warna skirt atau seluar yang korang pakai.
Barulah nampak seimbang mudahkan.
Warna yang korang nak pakai tak lebih dari
tiga warna, kalau tak korang nampak serabut.
by Teamhijab.co
3. TEKNIK RODA WARNA @ ANALOG
Untuk teknik padanan ini anda perlu
merujuk roda warna yang mempunyai 12
jenis warna padanya.
Terdapat banyak cara dan info berkenaan
teknik roda warna ini,
namun disini kami kongsikan yang paling
mudah dan simple sahaja.
Untuk kombinasi baju dan tudung yang
menarik, caranya adalah dengan
menggunakan kombinasi warna yang
bersebelahan di dalam roda warna.
Contohnya warna kuning sesuai
dipadankan dengan warna kuning orange.
Warnahijau pula sesuai dipadankan
dengan warna kuning hijau.
by Teamhijab.co
TEKNIK RODA WARNA @
ANALOG
by Teamhijab.co
by Teamhijab.co
by Teamhijab.co
by Teamhijab.co
by Teamhijab.co