The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Majlis Penutupan Perkhemahan Scout StemBoree MRSM SeMalaysia MRSM Bagan Datuk Tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by samd.cch83, 2022-10-14 22:30:32

Buku Program Scout Stemboree MRSM Se-Malaysia 2022

Buku Program Majlis Penutupan Perkhemahan Scout StemBoree MRSM SeMalaysia MRSM Bagan Datuk Tahun 2022

Keywords: Scout

OBJEKTIF

MRSM SCOUT STEMBOREE diadakan bertujuan untuk:
• Menjalinkan kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga
MRSM.
• Menguji kecekapan, kemahiran dan bakat dalam diri pelajar dengan pelbagai aktiviti yang

disertai.
• Memupuk sikap toleransi dan kerjasama serta tanggungjawab yang diamanahkan.
• Memupuk jati diri yang tinggi dalam menghadapi cabaran yang ditempuhi.
• Memupuk disiplin diri pelajar sebagai asas dalam kehidupan.
• Mengamalkan nilai-nilai pengakap dan mengamalkan amalan STEM (Sains, Teknologi,
• Kejuruteraan dan Matematik) dalam kehidupan seharian.

LATAR BELAKANG

MRSM SCOUT STEMBOREE buat kali kedua pada tahun ini. Matlamat program ini adalah
untuk menyemai nilai saintifik, berdaya saing dan kebolehpasaran modal insan dalam kalangan
ahli Pengakap MRSM selaras dengan aspirasi negara untuk mengangkat elemen Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai tunjang dalam pendidikan pelajar.

Program ini juga bertujuan untuk mencungkil potensi pelajar dalam komunikasi dan menguji
tahap intelektual ahli pengakap. Selaras dengan hasrat murni BPM dan PPM untuk
meningkatkan bilangan ahli pengakap MRSM yang serba lengkap dengan kemahiran dan layak
untuk diketengahkan dalam Jamboree Pengakap Dunia 2023 di Korea Selatan nanti.

KATA ALU-ALUAN
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah MARA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Program MRSM SCOUT STEMBOREE 2022 diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2021.
Program ini bertujuan untuk menyemai dan menyuburkan nilai saintifik, pemikiran kreatif dan
kritis serta berdaya saing dalam kalangan ahli Pengakap MRSM selaras dengan aspirasi negara
untuk mengangkat elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai
tunjang dalam pendidikan pelajar. Pada tahun ini, Scout STEMBoree dapat dilaksanakan secara
bersemuka dan Maktab Rendah Sains MARA Bagan Datuk diamanahkan sebagai tuan rumah
program ini.
Kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya terhad dalam aspek akademik sahaja, malah
perkembangan potensi diri dan sahsiah amatlah diperlukan dalam meniti arus globalisasi ini.
Untuk itu, program ini juga diharapkan berupaya menjadi platform bagi mencungkil potensi
pelajar dalam komunikasi dan menguji tahap intelektual ahli pengakap. Aktiviti pertandingan yang
dirancang adalah bermatlamatkan menyubur dan memperkasakan nilai kegigihan dan kerjasama
bagi melahirkan pelajar yang memiliki semangat berpasukan, kerjasama, disiplin, etika,
peraturan, kreativiti dan pelbagai nilai tambah dalam kehidupan seharian yang menjadi impak
besar dalam pembentukan peribadi individu.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga
MRSM Bagan Datuk khususnya Ahli Jawatakuasa MRSM SCOUT STEMBOREE 2022 yang
telah menunjukkan komitmen yang tinggi demi menjayakan program ini. Saya berharap agar
MRSM SCOUT STEMBOREE kali ini memberi manfaat yang sebesar - besarnya kepada semua
peserta. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.

ABD MANAB BIN ABDUL MAJID

KATA ALU-ALUAN
Pemangku Ketua Pengakap Negara
Merangkap Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Pengakap.
Terlebih dahulu saya bagi pihak Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) ingin merakamkan
ucapan tahniah dan setinggi- tinggi penghargaan kepada MRSM Bagan Datuk atas kejayaan
penganjuran MRSM SCOUT STEMBOREE 2022.
Penganjuran ini bermakna institusi pendidikan MARA di bawah MRSM berjaya melakar sejarah
pencapaian cemerlang dalam mewarnai aktiviti kepengakapan bagi Unit Pengakap Muda dan
Remaja. Persatuan Pengakap Malaysia sentiasa yakin dan percaya bahawa MRSM memiliki
barisan kepimpinan yang mampu untuk merancang dan menjalankan program dan aktiviti
pengakap dengan tersusun. Pihak Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan sentiasa
komited dan bekerjasama dengan MARA amnya dan MRSM khasnya demi memastikan
program yang dirancang berjaya dilaksanakan dan mencapai matlamatnya.
Dunia pendidikan pada abad ini semakin mencabar. Melahirkan manusia yang benar-benar
manusia adalah proses berterusan dan melibatkan pelbagai aspek seperti intelektual, jasmani,
rohani, emosi dan spiritual. Maka, di sinilah terletaknya peranan aktiviti pengakap seperti ini
dalam membangunkan insan yang seimbang dan kamil. Tahniah kepada barisan kepimpinan
MRSM Bagan Datuk dan seluruh ahli pengakap yang terlibat dalam MRSM SCOUT
STEMBOREE kali ini. Saya juga yakin semua peserta SCOUT STEMBOREE kali ini berjaya
dan mampu menyelesaikan semua aktiviti yang disediakan.
Selamat maju jaya.

MEJAR JENERAL PROF. DATO' DR. HAJI MOHD ZIN BIN BIDIN (B)

KATA ALU-ALUAN
Pengetua
MRSM Bagan Datuk
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, MRSM
Bagan Datuk telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai
tuan rumah MRSM SCOUT STEMBOREE, 2022.
Sesungguhnya, pembabitan aktif pelajar dalam aktiviti seumpama ini bukan sahaja mampu
meningkatkan semangat berpasukan bahkan dapat mengasah kemahiran komunikasi, bakat
kepimpinan dan dapat mencabar kemampuan pelajar. Selain itu, penglibatan pelajar secara
aktif selaras dengan matlamat MARA untuk memperkasakan pelajar dengan daya pemikiran
STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics). Oleh hal yang demikian, Scout
STEMBoree 2022 ini diharap mampu memberikan ilmu dan pengalaman yang bermakna
kepada setiap peserta. Kemahiran insaniah yang diperoleh daripada program ini menjadi nilai
tambah kepada peserta MRSM SCOUT STEMBOREE terutama ketika menempatkan diri
dalam alam pekerjaan kelak kerana industri kini mencari golongan yang memiliki kebolehan
dalam semua aspek. Hal ini bertepatan dengan falsafah pendidikan MARA yang berhasrat
melahirkan individu yang seimbang dan holistik berteraskan ilmu, teknologi dan nilai
keusahawanan.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua warga MRSM Bagan Datuk khususnya ahli
jawatankuasa induk MRSM SCOUT STEMBOREE 2022 yang berusaha dengan gigih untuk
menjayakan program ini. Saya juga amat berharap MRSM SCOUT STEMBOREE 2022 kali ini
dapat memberikan manfaat, ilmu dan input yang bermakna kepada setiap peserta.
Sekian, terima kasih.

NORDIN BIN AHMAD

LAGU PENGAKAP
MALAYSIA

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa

Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna

Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan Negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita

Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya
Saya berjanji dan bersetia
Yang saya

Dengan seberapa daya upaya saya
Akan

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap







SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK
SCOUT STEMBOREE MRSM SE-MALAYSIA 2022

Penasihat I
En. Abd Manab Bin Abdul Majid
Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Penasihat II
Mejar Jeneral Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Zin Bin Bidin (B)
Pemangku Ketua Pengakap Negara Merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Pengerusi
En. Nordin Bin Ahmad
Pengetua MRSM Bagan Datuk

Timbalan Pengerusi I
Pn. Shamsiah Binti Mohamed@Alias
Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Bagan Datuk

Timbalan Pengerusi II
En. Mahamad Mahyudin Bin Ajmain
Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar MRSM Bagan Datuk

Timbalan Pengerusi III
En. Mohd Fadzli Bin Muhamad
Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik

MRSM Bagan Datuk

Penyelaras Program
En. Hairieyl Azieyman Bin Azmi
Ketua Penolong Pengarah (Kepimpinan)

SENARAI AHLI JAWATANKUASA
SCOUTSTEMBOREE MRSM SE-MALAYSIA 2022

Penyelaras : En. Mohd Zamri Bin Mohd Ramli

Penolong Penyelaras : En. Ameer Amirul Bin A. Rahman

Setiausaha : En. Mohamad Zulfazdli Bin Mohamad Hisam

Penolong Setiausaha : Pn. Noraslin Binti Mohamad Noor

Bendahari : Pn. Rohayu Binti Ramli

Penolong Bendahari : Pn. Nur Fatin Ayuni Binti Hashim

Ketua AJK Jawatankuasa, Teknikal

Dan Seranta : En. Mohamad Robbani Bin Mohd Salleh (K)
En. Muhamad Raedi Bin Sayuti
En. Mohamad Aminuddin Bin Muani
En. Mohd Zharif Shafiq Bin Mohamad Hanapi
En. Muhammad Hafiz Bin Azahari

Ketua AJK Buku Program dan

Kain Rentang : En. Sahrul Anuar Bin Mohd Din (K)

Pn. Mas Noorah Binti Mohamad Angkashah

En. Muhammad Naim Bin Abdul Aziz

Ketua AJK Protokol, Majlis Perasmian

& Majlis Penutupan : En. Yuswani Effendy bin Yusof (K)

En. Farid Aiman Bin Kambali

Pn. Irni Binti Mohamad

Pn. Siti Raudhah Binti Abdul Manap

Pn. Naurah Hanani Binti Mohd Yazid

Ketua AJK Jemputan & Sambutan : Pn. Siti Nadhirah Binti Zahari (K)
Pn. Assyafira Shailai Binti Tormizi @Tarizi
Ketua AJK Urus Setia & : Pn. Maniseh Binti Ahmad
Pendaftaran Peserta Pn. Nurul Nazifa Binti Mohamad Zain
Pn. Intan Suhana Binti Sam Abdul Latif

En. Ah-Luqman Al-Hakim bin Che Zahari (K)
En. Muhamad Amirul Firdaus Bin Abu Bakar
Pn. Hamizah Bt Mat Rejab
Pn. Norlina Binti Sulaiman

Ketua AJK Penginapan : Dr. Ahmad Afindiy bin Zaini (K)
En. Muhammad Ilyas bin Zambri
Ketua AJK Statistik, Penghakiman, En. Muhammad Noor bin Khozari
Pn. Nurul Atikah binti Mohd Zaki
Analisis & Rekod Keputusan : Pn. Nur Shakirah binti Daud

Ketua AJK Sijil, Cenderamata & En. Megat Mortaza bin Megat Abdul Razak (K)
Pn. Noor Azura Binti Mohd Noor
Hadiah : Pn. Nor Arliza Binti Abdullah
Pn. Rabiatul Adawiah Binti Deraman
Ketua AJK Peralatan & :
Persiapan Tempat Pn. Siti Nursyazwani Binti Yusop (K)
Pn. Durra Nadiah Binti Kamaruzaman
Ketua AJK Komunikasi, Media & Pn. Khairunnisak Binti Mohamad Noor
Pn. Nurul Nadiah Binti Suria
Siar Raya : Pn. Noor Aziha Binti Abd Rani

Ketua AJK Program & : En. Mohd. Faiz bin Mohamed (K)
Pertandingan En. Muhammad Aidel Bin Salleh
En. Mohamad Zainal Bin Abu
En. Muhammad Syamim Bin Fadzil
En. Mohd Zulhilmi Bin Rosli
En. Muhammad Syahir Bin Ahmad
En. Zaiful Ikhwan Bin Zainuddin

En. Mohamad Amin bin Mohamad Sayuti (K)
En. Norhafizan Bin Baharudin
En. Kamarul Azwan Bin Maarof
En Muhammad Khayyum Bin Khairan
Pn. Arisha Arihana Binti Azhari
Pn. Shaheera Binti Abd Shukri

En. Soffian bin Hashnuddin (K)
En. Amierul Hafreez Bin Noor Hasnan
En. Mohamad Muzammil Bin Ab Rahim
En. Syahmi Ismat Bin Abd Rahim
En. Fatin Aqilah Binti Ghazali
En. Norazila Binti Baserah
Pn. Noor Fadhilah Binti Musa

Ketua AJK Kerohanian : En. Muhammad Aisy Hakimi bin Mohd Ghadin(K)
En. Muhammad Hadziq Bin Zulkifli
Ketua AJK Kawalan Pelajar & En. Mohd Fadhil Azhar bin Yusof
Tugas-tugas Khas Pn. Nur Sabrina Binti Ismail

: En. Mohd Shaharuddin bin Mat (K)
En. Muhammad Mazlan Bin Abu Bakar
Pn. Shahizah Binti Shukri
Pn. Noraini Binti Mahror
Pn. Nur Fatin Ayuni Binti Hashim

Ketua AJK Pengangkutan : En. Mohamad Zulhilmi bin Omar (K)
En. Saiful Faizd@Hanatta Bin Salehhudin
En. Muhammad Muzamir Bin Ahmad Tarmizi

Ketua AJK Jamuan & Makanan : Pn. Sulaima binti Suhaimi (K)
Pn. Nabilah Binti Ismail
Pn. Nurhanisah Binti Md Zin
Pn. Siti Norsima Binti Mohamad Nasir
En. Muhammad Fazli Bin Ahmad Khair

Sekalung Penghargaan

MRSM SCOUT STEMBOREE 2022
Merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada semua pihak
dan individu yang telah menjayakan program ini,

PERSEKUTUAN PENGAKAP NEGERI PERAK
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA
PEJABAT DAERAH BAGAN DATUK

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN BAGAN DATUK
AHLI JAWATANKUASA MRSM SCOUT STEMBOREE 2022

Jasamu dikenang


Click to View FlipBook Version