The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH_02 MAC 2024 (FINAL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK SERI SETIA-CM4 KPM-SK-PKP, 2024-03-02 00:17:40

BUKU PENGURUSAN SKSS 2024/25

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH_02 MAC 2024 (FINAL)

1 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA, JALAN KUCHAI LAMA, 58200 KUALA LUMPUR Email : [email protected] Tel & Faks : 03-79834382/03-79814872 BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI AKADEMIK 2024/2025


2 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 ISI KANDUNGAN BAHAGIAN PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR .................................................................................................................... 3 MAKLUMAT DIRI .............................................................................................................................................. 4 SURAT PELANTIKAN DALAM SEMUA JAWATANKUASA PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAH .............................. 5 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA ...................................................................................................................... 6 MISI DAN VISI KPM ......................................................................................................................................... 6 IKRAR GURU DAN LAGU GURU MALAYSIA .......................................................................................................... 7 MOTTO SEKOLAH ............................................................................................................................................ 8 PIAGAM PELANGGAN ....................................................................................................................................... 9 OBJEKTIF SEKOLAH ........................................................................................................................................ 9 MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN SEKOLAH ........................................................................................................ 10 PROFIL SEKOLAH ........................................................................................................................................... 12 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH ...................................................................................................................... 13 - 16 IKRAR PERKHIDMATAN AWAM ........................................................................................................................ 17 PANDUAN STAF SEKOLAH ........................................................................................................................ 18 - 33 KALENDER SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 ............................................................................................. 34 - 35 TAKWIM INDUK SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 ...................................................................................... 36 - 44 JADUAL PENILAIAN PBD & UJIAN AKDEMIK SEKOLAH ..................................................................................... 45 SENARAI STAF AKADEMIK DAN STAF SOKONGAN.......................................................................................46 – 54 SURAT PENURUNAN KUASA ............................................................................................................................ 55


3 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahhirrahmanirrahim…… Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas bagi Sesi 2024/2025. Semoga kita dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi setelah bercuti panjang. Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya juga dapat kita sama-sama menyediakan Buku Panduan Persekolahan bagi Sesi 2024/2025 ini. Dengan ini sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah sama-sama berusaha untuk menyediakan Buku Panduan Persekolahan ini. Dengan adanya buku ini diharapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah dapat menjadikannya sebagai panduan dan rujukan untuk melaksanakan semua program dan aktiviti yang telah dirancang menuju ke arah kecemerlangan dalam semua bidang sama ada kurikulum mahupun kokurikulum. Di samping itu kita dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan penuh dedikasi , jujur dan ikhlas serta sama-sama berusaha melahirkan insan yang berkualiti, berhemah tinggi, berketrampilan, bersesuaian dengan hasrat dan matlamat WAWASAN PENDIDIKAN dan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan semasa khususnya diperingkat global. Oleh hal yang demikian,warga pendidik dan AKP merupakan arkitek sosial yang memikul tanggungjawab yang besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih cemerlang. Sehubungan dengan itu, diharapkan buku pengurusan ini dapat membantu guru-guru dan AKP membuat perancangan dan menyediakan programprogram khusus dalam semua aspek sepanjang Sesi 2024/2025 bagi merealisasikan cita-cita tersebut.. Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani cabaran masa hadapan. Dalam hal ini, warga pendidik seharusnya bekerja sebagai satu pasukan bermula di peringkat panitia masing-masing sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Secara tidak langsung, hal ini dapat membentuk warga SKSS yang berketerampilan, profesional,berkualiti dan beretika Saya yakin dan percaya bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Setia, mampu menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan sepanjang tahun ini. In shaa Allah Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ROHAYATI BINTI MD ZAIN GURU BESAR, SK SERI SETIA GURU BESAR


4 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 MAKLUMAT DIRI PERIBADI NAMA ALAMAT RUMAH KAD PENGENALAN TEL. BIMBIT TARIKH LAHIR TEL. RUMAH EMAIL STATUS PERJAWATAN OPSYEN NO. GAJI GRED GAJI BANK TANGGA GAJI NO. FAIL JPN NO. CUKAI MAKLUMAT SUAMI / ISTERI NAMA KAD PENGENALAN PEKERJAAN TEL. BIMBIT


5 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SURAT PELANTIKAN DALAM SEMUA JAWATANKUASA PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA JALAN KUCHAI LAMA, 58200 KUALA LUMPUR Tel & Faks : 03-79834382/03-79814872 Ruj. Kami: SKSS 100-13/1/1 ( ) Tarikh : 11 Mac 2024 Semua Guru SK Seri setia Tuan, PELANTIKAN DALAM SEMUA JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Sekolah sepertimana disenaraikan dalam Buku Pengurusan SK Seri Setia 2024/2025 berkuat kuasa mulai 11 Mac 2024 sehingga 16 Febuari 2025. 3. Adalah diharapkan tuan dapat menjalankan semua tugasan yang telah ditetapkan dengan komitmen yang tinggi demi kecemerlangan sekolah. 4. Semoga sumbangan ini membolehkan SK Seri Setia mencapai kecemerlangan pada tahun 2024/2025. Kerjasama yang bakal diberikan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (ROHAYATI BINTI MD ZAIN) Guru Besar Sk - Fail AKUAN PENERIMAAN TUGAS: Saya berjanji akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas hati dan sebaiknya demi kecemerlangan SK SERI SETIA. Tandatangan guru : ……………………………………. ( )


6 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 MISI DAN VISI KPM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA IKRAR PENJAWAT AWAM VISI Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. MISI Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami: Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyatdan pembangunan negara Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara Berpegang teguh kepada ajaran agama


7 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 IKRAR GURU LAGU GURU MALAYSIA Bahawasanya Kami Guru-Guru Negara Malaysia Dengan Ini Berikrar Mendukung Terus Cita-Cita Kami Terhadap Tugas Kami Dan Menyatakan Keyakinan Kami Pada Cita-Cita Murni Pekerjaan Kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa Kami Guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putera puteri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang Pembangunan Kami tetap Bersama Membantu membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan


8 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 MOTTO SEKOLAH HALA TUJU SEKOLAH WE TRANSFORM FOR A BETTER GENERATION SEKOLAH : Pentadbiran & Guru yang Berkesan dan Berkualiti KURIKULUM : Pengajaran & Pembelajaran yang Berkesan dan Berkualiti HAL EHWAL MURID : Sahsiah Murid Terpuji dan Berkualiti KO-KURIKULUM : Ko-kurikulum yang Berkesan dan Berkualiti


9 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PIAGAM PELANGGAN SK Seri Setia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan: OBJEKTIF SEKOLAH 1. Menyediakan prasarana dan melengkapkan kemudahan yang kondusif bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kepada semua. 2. Memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid bagi memastikan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan mempunyai sahsiah yang terpuji. 3. Memberikan perkhidmatan yang mesra dan cekap serta prihatin terhadapsegala pandangan dan maklumbalas daripada warga sekolah dan komuniti. 1. Melahirkan murid-murid yang sempurna daripada segi intelek, emosi dan jasmani agar menjadi warganegara yang berguna. 2. Melahirkan murid-murid yang berkeinginan dan berkebolehan untuk memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat, agama, bangsa dan Negara. 3. Menggalakkan penggunaan PSS sebagai satu sistem bagi mencapai matlamat dan objektif kurikulum. 4. Berusaha mempastikan semua murid mendapat kecekapan dan kecemerlangan pendidikan terutama aspek membaca, menulis, dan mengira ke arah zero defect. 5. Berusaha mempastikan keceriaan dan kebersihan sekolah mencapai tahap piawaian yang optimum. 6. Melahir dan meningkatkan kecemerlangan pelajar serta penglibatannya dalam kegiatan kokurikulum.


10 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Seri Setia diasaskan pada tahun 1967 di Jalan Kuchai Lama, kira-kira 8km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sebelum bangunan siap dibina, murid-murid ditumpang sementara di bangunan S.R.J.K. (T) Saraswathy, Jalan Kelang Lama. Pada 3 September 1967, murid-murid telah berpindah ke sekolah baharu. Sekolah ini diberi nama S.R.K Kuchai Lama. Keluasan persekitaran sekolah ialah 1.82 hektar. Guru Besar yang pertama pada masa itu ialah Puan Senathirajah. Bilangan guru pula adalah seramai dua orang iaitu Puan Senathirajah (Guru Besar) dan Puan Annie Lim. Mereka mengajar seramai 98 orang murid bagi dua buah kelas darjah satu. Setiap kelas dilengkapi dengan alatan pembelajaran termasuk sudut bacaan. Di sekolah baharu ini juga terdapat sebuah kantin, tandas dan tempat letak kereta. Bangunan sekolah terdiri daripada dua blok dan setiap blok mempunyai dua tingkat. Walau bagaimanapun, kantin telah diubahsuai serta dibesarkan pada tahun 1993 bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Pada tahun 1984, bangunan sekolah telah ditambah bagi mengatasi kekurangan tempat belajar. Bangunan kilat yang telah didirikan dapat dijadikan surau, bilik muzik, bilik darjah dan tandas guru. Guru Penolong Kanan yang pertama ialah Puan Ita Lee. Beliau bertugas di sekolah ini dari tahun 1980 hingga 1983. Selepas bersara, beliau diganti oleh Encik Shaari bin Katmin. Beliau menjalankan tugas sebagai Guru Penolong Kanan sementara guru penolong yang kedua ialah Encik Ho Su Seng dari tahun 1984 hingga 1986. PAda tahun 1987, Guru Penolong Kanan ialah Puan Annalaksmi Sundramoorthy manakala Penyelia Petang pula ialah Encik Teoh Swee Aun. Pada tahun 1987 sekolah telah ditukar nama kepada S.R.K Seri Setia. Pada tahun 1997 nama S.R.K Seri Setia ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Setia. Tahun 2003 Sekolah Kebangsaan Seri Setia telah mendapat dua blok baharu dan sebuah makmal computer di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Tingkat bawah Blok D lama diubahsuai menjadi Dewan Tertutup dan tingkat atas sebanyak lima buah kelas telah dijadikan bilik Pendidikan Agama Islam dan sebuah bilik J-Qaf. Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini adalah seperti jadual di bawah:-


11 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN SEKOLAH BIL. NAMA GURU BESAR TAHUN BERKHIDMAT 1 PUAN D. SENATHIRAJAH 1967 – 1981 2 ENCIK MUSTAPHA BIN RAFIE 1982 – 1983 3 TUAN HAJI RIDZUAN BIN HAJI IDRIS 1983 – 1987 4 ENCIK ALI BIN MUNAM 1988 – 1990 5 ENCIK LIM KOK TIN 1991 – 1993 6 TUAN HAJI ABD RAHMAN BIN MAT RAMLI 1993 – 1998 7 ENCIK DEVANDA A/L S. SUBRAMANIAM 1999 – 1999 8 ENCIK NEO KHIM TIN 1999 – 2001 9 PUAN RAGINI A/P RABINDRANATH 2001 – 2001 10 ENCIK RAMLI BIN MAT ZAIN 2001 – 2001 11 ENCIK OOI HOCK LEONG 2002 – 2013 12 ENCIK SOHARTO BIN BAHAREN 2013 - 2017 13 PUAN SARIMAH BINTI AHMAD 2017 - 2022 14 PUAN ROHAYATI BINTI MD ZAIN 2023 - kini


12 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PROFIL SEKOLAH Nama sekolah : SK SERI SETIA Kod sekolah : WBB 0101 Alamat sekolah : BATU 6 ½, JALAN KUCHAI LAMA, 58200 KUALA LUMPUR Koordinat : No. Tel / Faks : 03-79834382/03-79814872 e-mel : [email protected] JPN : JPWPKL PPD : BANGSAR/PUDU Parlimen : SEPUTEH Dewan Undangan Negeri : Jenis sekolah : SK Peringkat : PRASEKOLAH - TAHUN 6 Jenis murid : LELAKI DAN PEREMPUAN Sesi : PAGI SAHAJA Lokasi : Bandar Gred : A Jenis bantuan : BANTUAN KERAJAAN Bilangan guru : 46 ORANG Bilangan Anggota Kumpulan: 4 ORANG Pelaksana (AKP) Bilangan kelas : 21 BUAH Bilangan murid : 670 ORANG


13 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH JUMLAH GURU JUMLAH AKP BIL. GURU LELAKI 11 BIL. AKP LELAKI 1 BIL. GURU PEREMPUAN 36 BIL. AKP PEREMPUAN 3 JUMLAH 47 JUMLAH 4 JUMLAH MURID JUMLAH MURID PRA SEKOLAH BIL. MURID LELAKI 351 BIL. MURID LELAKI 21 BIL. MURID PEREMPUAN 313 BIL. MURID PEREMPUAN 24 JUMLAH 664 JUMLAH 50 ANALISIS GURU BIL. GURU PGB 1 BIL. GURU PENOLONG KANAN 3 BIL. GURU AKADEMIK 36 BIL. GURU KHAS 0 BIL. GURU LUAR NORMA 5 BIL. GURU PRA 2 JUMLAH JUMLAH MURID MENGIKUT KELAS KELAS MURID LELAKI MURID PEREMPUAN JUMLAH PRA SEKOLAH 21 24 50 TAHUN 1 64 61 125 TAHUN 2 65 57 122 TAHUN 3 45 51 96 TAHUN 4 55 66 121 TAHUN 5 53 45 98 TAHUN 6 69 33 102 JUMLAH 714 DATA PADA : 19 FEB 2024


14 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH LENCANA SEKOLAH DAN MAKSUDNYA COGANKATA “USAHA JAYA” Merupakan suatu kata-kata nasihat kepada semua muridmurid kerana jika hendak berjaya di dalam sesuatu bidang mereka mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh. WARNA KUNING Melambangkan “sekolah” sebagai titik permulaan bagi menimba ilmu pengetahuan. Ia juga melambangkan warna Diraja yang mana menunjukkan sentiasa taat setia kepada Duli Yang Dipertuan Agung dan Perlembagaan Negara. LAMBANG BUKU Melambangkan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara , bahasa penghantar untuk berkomunikasi. suatu alat bacaan untuk menerima ilmu pengetahuan. OBOR Semangat kesukanan dan kejayaan di dalam pelajaran. WARNA PUTIH Suci dan bersih. Guru berkhidmat dengan niat suci, ikhlas demi kejayaan anak watan. TIGA API TERDAPAT PADA OBOR Melambangkan tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Api pula menunjukkan semangat perpaduan. JALUR PUTIH DAN HITAM Menandakan tahun pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Seri Setia yang bermula dari tahun satu hingga tahun 6. Mula tahun 1983 sekolah ini menggunakan pembelajaran KBSR. Tahun 2019 Sekolah Kebangsaan Seri Setia telah terpilih sebagai sekolah tranformasi. kohort 4. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui program TS25 diharapkan Sekolah Kebangsan Seri Setia berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025. MOTO : WE TRANSFORM FOR A BETTER GENERATION


15 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 LAGU SEKOLAH SILA IMBAS ATAU TAIP ALAMAT URL INI UNTUK MENDENGAR LAGU SEKOLAH . LIRIK LAGU SEKOLAH Usaha Jaya, Cogan Kata Mulia, Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Kuchai Lama. Kami Terus, Menuju Arah Jaya, Semoga Hidup Akan Sempurna. Kami Setia, Bersatu Bakti Mulia, Untuk Capai Cita Kami, Terus Usaha Jaya. https://www.youtube.com/watch?v=z3qPTYJx9M


Buku Pengurusan & Takwim PersekolahanMaklumat DSK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] BukuPELAN LANTAI S


16 an SK Seri Setia2024/2025 Dan Takwim Persekolahan u Pengurusan Sekolah 2024/2025 SEKOLAH SEKOLAH


17 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 IKRAR PERKHIDMATAN AWAM Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami: Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; Bekerja dengan penuh tanggungjawab; Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan Berpegang teguh kepada ajaran agama.


18 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 1.0 WAKTU PERSEKOLAHAN 2024/2025 HARI TAHAP 1 TAHAP 2 REHAT ISNIN SELASA 7. 30 pagi - 1.00 tengah hari 7.30 pagi - 1.30 tengah hari 10. 00 – 10.30 pagi (tahap 1) 10. 30 – 11.00 pagi (tahap 2) RABU KHAMIS 7.30 pagi - 12.30 tengah hari 7.30 pagi - 1.00 tengah hari JUMAAT 7.30 pagi - 12.00 tengah hari 7.30 pagi - 12.00 tengah hari * Semua guru mesti berada di sekolah 20 minit sebelum loceng pertama Dibunyikan. * Semua guru mesti balik 30 minit lewat daripada masa tamat persekolahan. 2.0 MASA KEHADIRAN 2.1 Semua guru mesti mengetik kad perakam waktu (punch card) / Cap jari (thumbprint) pada waktu datang dan balik. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan guru dianggap tidak hadir ke sekolah. 2.2 Sekiranya guru datang lewat, guru perlu mendapatkan tandatangan daripada Guru Besar dengan serta merta. 2.3 Sekiranya guru terlibat dengan mesyuarat / kursus di luar, sila catatkan keterangan di ruangan yang disediakan di kad perakam waktu. 2.4 Guru Besar berhak menukarkan kad perakam waktu kuning kepada kad hijau pada bulan berikutnya, jika; 2.4.1 Kesalahan datang lewat dan / atau pulang awal dilakukan lebih daripada tiga kali dalam tempoh satu Bulan; atau 2.4.2 Tidak mencatat keterangan yang munasabah lebih tiga kali pada kad perakam waktu dan tidak diperakukan oleh Guru Besar dalam tempoh satu bulan kalendar


19 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 2.5 Guru Besar akan menukarkan kad perakam waktu HIJAU kepada kad MERAH pada bulan berikutnya, jika ; 2.5.1 Kesalahan datang lewat dan / atau pulang awal dilakukan lebih daripada dua kali dalam tempoh satu bulan kalendar atau 2.5.2 Tidak mencatat keterangan yang munasabah lebih daripada dua kali pada kad perakam waktu dan tidak diperakukan oleh Guru Besar dalam tempoh satu bulan kalendar atau 2.5.3 Pegawai menerima kad perakam waktu hijau tiga bulan berturut-turut atau tiga kali dalam satu tahun kalendar. 3.0 BUKU /FAIL REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.1 Buku /Fail mesti diisi engan teliti dan lengkap. 3.2 Buku /Fail mestilah mengandungi semua mata pelajaran yang diajar guru berkenaan. 3.3 Buku Fail untuk setahun disusun rapi mengikut keutamaan dan penyesuaian. 3.4 Semua butiran hendaklah diisikan dan dikemaskini, terutama : 3.4.1 Rancangan Kerja Setahun untuk kedua-dua penggal. 3.4.2 Jadual Penggal Persekolahan dan Cuti-cuti Am. 3.4.3 Jadual Waktu Kelas/Persendirian mesti diisi setiap kali terdapat sebarang perubahan dalam jadual waktu. 3.5 Sekiranya guru bercuti kerana sakit atau berkursus, Buku /Fail hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbir. 3.6 Buku/Fail hendaklah dihantar ke pejabat sekolah pada setiap hari Jumaat selepas sekolah tamat atau hari persekolahan terakhir bagi sesuatu minggu yang berkenaan. 3.7 Buku/Fail adalah harta sekolah dan mesti diserahkan ke pejabat sekolah sebelum guru itu berhenti mengajar di sekolah ini atau pada hari persekolahan yang terakhir bagi sesi tahun berkenaan. 3.8 Buku /Fail boleh digunakan sebagai salah satu instrumen bagi menilai prestasi seseorang guru.


20 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 4.0 JADUAL WAKTU 4.1 Semak jadual waktu dan maklum kepada GPK pentadbiran jika ada pertembungan waktu mengajar. 4.2 Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas sendiri. 4.3 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 4.4 Waktu tidak mengajar (free period) adalah waktu bekerja bagi semua guru. Sehubungan itu, semua guru perlu berada di sekolah pada waktu berkenaan. 5.0 CUTI 5.1 Cuti Sakit 5.1.1 Apabila tidak dapat hadir ke sekolah, guru mestilah : a) Menelefon atau memberitahu Guru Besar / Penolong Kanan sebelum jam 7.00 pagi. b) Menyerahkan surat cuti sakit hospital/ klinik kepada Guru Besar setelah kembali ke sekolah. 5.1.2 Surat cuti sakit yang melebihi dua (2) hari daripada klinik / hospital swasta mesti disahkan oleh doktor kerajaan. 5.1.3 Guru yang meninggalkan sekolah untuk mendapatkan rawatan doktor dikehendaki mendapatkan surat hadir klinik (time slip) sekiranya tidak mendapat sijil cuti sakit dan surat ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. 5.1.4 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun. 5.1.5 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau berselang-selang akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji. 5.1.6 Pegawai yang diketahui menipu cuti sakit / mendapat cuti sakit yang tidak layak boleh dikenakan tindakan tatatertib.


21 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 5.2 CUTI SAMBILAN / CUTI REHAT KHAS (CRK) 5.2.1 Cuti sambilan adalah satu kemudahan dan bukan hak mutlak seseorang guru. 5.2.2 Cuti sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. 5.2.3 Cuti ini hanya boleh diluluskan oleh Guru Besar di atas sebab-sebab tertentu sebanyak sepuluh hari/15 hari dalam setahun. 5.2.4 Permohonan cuti sambilan (borang putih) mesti sampai kepada Guru Besar selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh cuti dipohon. 5.3 CUTI TANPA GAJI 5.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon oleh guru di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 5.3.2 Cuti Tanpa Gaji yang dipohon oleh kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. 5.3.3 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang Permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 5.4 CUTI REHAT/CUTI PENGGAL 5.4.1 Menurut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP) 0046,SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugastugas seharian daripada tugas mengajar. 6.0 MENEPATI MASA 6.1 Semua guru hendaklah mematuhi arahan waktu bekerja tiap-tiap hari. (Rujuk Perintah Am Bab C) 6.2 Semua guru perlu tiba di sekolah pada waktu yang ditetapkan. 6.3 Semua guru hendaklah masuk kelas mengajar pada masa yang tetap mengikut Jadual Waktu Kelas. 6.4 Menghadiri mesyuarat guru dan lain-lain mesyuarat adalah wajib pada masa yang tepat.


22 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 7.0 WAKTU MENGAJAR 7.1 Guru mesti masuk ke kelas tepat pada masanya. 7.2 Guru tidak dbenarkan duduk semasa mengajar. 7.3 Guru mestilah mengajar sambil mengawas kelakuan murid-murid.Apabila muridmurid sedang menjalankan aktiviti, guru hendaklah mengawas dan membantu murid-murid yang lemah. (buat pemulihan) 7.4 Meninggalkan kelas adalah suatu kesalahan serius. Jika perlu meninggalkan kelas guru berkenaan dikehendaki memberitahu guru di kelas bersebelahannya atau Guru Besar. 8.0 MASA LAPANG GURU (WAKTU SENGGANG) 8.1 Sila rujuk pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981. 8.2 Masa lapang guru adalah dianggap sebagai waktu bekerja. 8.3 Semua guru mesti berada di dalam bilik guru kecuali mereka yang memegang tugas khas. 8.4 Guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah dalam waktu persekolahan tanpa kebenaran Guru Besar. Kebenaran Guru Besar mesti dicatat dalam buku yang boleh didapati di pejabat. (Buku Keluar/Masuk Kawasan Sekolah). Guru dinasihatkan mengelakkan meminta kebenaran keluar untuk tujuan-tujuan peribadi. 9.0 WAKTU KELAS GANTI (RELIEF) 9.1 Guru dilarang makan/minum di kantin pada waktu pertama hari persekolahan untuk memudahkan pengurusan kelas ganti 9.2 Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti (relief) mesti masuk kedalam bilik darjah tepat pada masanya. 9.3 Seelok-eloknya guru ganti hendaklah mengajar atau memberi kerja-kerja yang boleh memanfaatkan murid-murid dengan sepenuhnya. 10.0 WAKTU AKHIR SEKOLAH 10.1 Sebelum sekolah tamat, guru yang mengajar waktu akhir mesti memastikan bilik darjah bersih, kerusi diletakkan di atas meja, papan putih dibersihkan, kipas angin dipadamkan sebelum menutup tingkap dan pintu.


23 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 11.0 BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) 11.1 Guru hendaklah bertanggungjawab ke atas segala alatan BBM dan buku rujukan guru yang dibekalkan kepadanya. 11.2 Alatan-alatan berkenaan hendaklah diserahkan balik kepada pihak yang berkenaan selepas menggunakannya 12.0 BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID 12.1 Buku Jadual Kedatangan murid adalah satu dokumen penting kerajaan yang perlu dihantar ke Jabatan Audit untuk disemak. 12.2 Guru-guru kelas bertanggungjawab mengisi semua butiran murid di dalam Buku Jadual Kedatangan dengan teliti dan kemas. 12.3 Angka Dikenal (No.Pendaftaran) boleh didapati dari Buku Pendaftaran Murid di pejabat. 12.4 Pastikan ejaan nama murid dan nombor Sijil Kelahiran adalah sama seperti yang tertera dalam Sijil Kelahiran. 12.5 Alamat murid hendaklah ditulis dengan pen dan dikemaskini dari masa ke semasa. 12.6 Nombor telefon rumah dan pejabat ibu bapa/penjaga amat penting untuk masa kecemasan. 12.7 Guru Kelas bertanggungjawab menanda kehadiran murid pada waktu pertama persekolahan. 12.8 Jadual Kedatangan Murid mesti berada di pejabat selewat-lewatnya masa kedua tiap-tiap hari selepas kedatangan ditanda. 12.9 Semua butiran mengenai kutipan yuran hendaklah dipenuhi dengan cermat dan betul. 12.10 Ruangan Penyata Bulanan mengikut bangsa, bayaran khas dan analisa kedatangan setahun hendaklah dipenuhi dengan teliti. 12.11 Buku Jadual Kedatangan mesti ‘ditutup’ pada akhir setiap bulan. 12.12 Guru Kelas bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan buku Jadual Kedatangan Murid untuk kelasnya. 12.13 Guru tidak dibenarkan membawa pulang atau menyimpan buku Jadual Kedatangan Murid. 12.14 ‘Liquid Paper’ tidak boleh digunakan untuk memadamkan sesuatu kesilapan dalam buku ini. Semua kesilapan hendaklah dipotong dengan satu garisan dan ditandatangani oleh Guru Kelas. 12.15 Nama murid ditulis dengan huruf besar dan semua maklumat setiap murid ditulis dengan jelas, menggunakan dakwat hitam. 12.16 MURID-MURID DILARANG MENANDA, MENGAMBIL ATAU MEMULANGKAN BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID BAGI PIHAK GURU KELAS. 12.17 SEMUA BUTIRAN PERIBADI MURID (ALAMAT, MAKLUMAT IBU, MAKLUMAT BAPA, NO. TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI) MESTI DILENGKAPKAN SELEWAT- LEWATNYA PADA 31 JANUARI SETIAP TAHUN.


24 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 13.0 KETIDAKHADIRAN MURID 13.1 Rujuk PROSEDUR KETIDAKHADIRAN PELAJAR. 14.0 KEMASUKAN MURID BARU DAN BUKU PENDAFTARAN 14.1 Murid baru tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam kelas tanpa kebenaran bertulis daripada Guru Besar. Surat Kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mesti dipulangkan ke pejabat sekolah untuk rujukan. 14.2 Guru Kelas mesti melengkapkan dengan cermat butir-butir murid baru di dalam Buku Pendaftaran murid 15.0 MURID-MURID YANG BALIK SEMASA WAKTU SEKOLAH 15.1 Guru tidak boleh membenarkan murid-murid keluar atau dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/Guru Penolong Kanan. 15.2 Rekod murid-murid keluar masuk kawasan sekolah boleh didapati di pejabat sekolah. 15.3 Guru Kelas / Guru Ganti bertanggungjawab memaklumkan kepada Guru Besar/Guru Penolong Kanan jika didapati ada murid yang balik tanpa kebenaran. 16.0 KUTIPAN WANG 16.1 Guru-guru tidak dibenarkan mengutip sebarang wang atau yuran daripada murid-murid kecuali dengan kebenaran daripada Guru Besar. Sekiranya ada kutipan wang, rekod kutipan mesti disimpan dengan teliti. 17.0 BAYARAN PERSEKOLAHAN DAN RESIT 17.1 Guru Kelas bertanggungjawab ke atas kutipan semua bayaran persekolahan daripada muridmurid. 17.2 Resit-resit mesti diberikan kepada murid-murid secepat mungkin. 17.3 Guru-guru bertanggungjawab di atas kehilangan resit-resit atau kesalahan mengisi nombor resit. 17.4 Murid-murid yang tidak menjelaskan bayaran mesti diberi notis peringatan. 18.0 BUKU-BUKU RAMPAIAN ATAU BUKU-BUKU TEKS 18.1 Semua guru hendaklah memastikan bahawa semua murid mempunyai semua buku yang dikehendaki. 18.2 Murid-murid yang menghilangkan buku teks (SPBT) dikehendaki menggantikan dengan buku yang sama. 18.3 Buku yang telah diganti hendaklah dihantar kepada Guru SPBT untuk dicop.


25 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 19.0 KERJA RUMAH 19.1 Semua guru hendaklah memandang berat terhadap murid yang selalu tidak membuat kerja rumah. 20.0 PEMERIKSAAN BUKU-BUKU RAMPAIAN/KERTAS JAWAPAN 20.1 Semua buku rampaian hendaklah kemas dan bersih. Kerja-kerja hendaklah bersistematik seperti ada ditulis hari, tarikh, dan tajuk pada tiap-tiap latihan dan nota yang dicatat. 20.2 Semua kerja tulis murid hendaklah diperiksa dengan teliti oleh guru dan bukan oleh murid. 20.3 Buku-buku rampaian murid-murid mesti diperiksa dengan segera setelah kerja dibuat oleh murid-murid. 20.4 Semua guru hendaklah memastikan bahawa bilangan buku rampaian yang dikutip adalah sama dengan bilangan murid yang hadir. 20.5 Buku rampaian hendaklah ditunjukkan kepada ibu bapa/penjaga sekurang-kurangnya 2 kali sepenggal untuk ditandatangani. Cop sekolah hendakah digunakan bagi tujuan ini. 21.0 UJIAN DAN PENILAIAN 21.1 Ujian dan penilaian akan dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan mengikut takwim sekolah. 21.2 Semua guru hendaklah mematuhi peraturan penilaian, 21.3 Semua markah ujian dan penilaian yang diperoleh hendaklah diisi di didalam aplikasi yang akan di tetapkan. 21.4 Slip Keputusan Murid perlu dikeluarkan mengikut tarikh yang ditetapkan. 22.0 SIJIL BERHENTI SEKOLAH 22.1 Guru Kelas mesti menyediakan Sijil Berhenti Sekolah untuk seseorang murid yang ingin bertukar atau berhenti sekolah selepas mendapat kebenaran daripada Guru Besar. 22.2 Guru Kelas mesti memastikan bahawa murid-murid yang akan meninggalkan sekolah telah menjelaskan semua bayaran serta memulangkan segala harta benda sekolah. (Buku SPBT, Buku Perpustakaan, dsb.)


26 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 23.0 DISIPLIN MURID 23.1 Masalah disiplin murid adalah tanggungjawab semua guru. Semua guru adalah guru disiplin. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bi.10/2001) 23.2 Murid-murid hendaklah dilatih supaya berjalan dengan senyap (tidak berlari) tatkala keluar /masuk dan tidak meninggikan suara/menjerit ketika bercakap. 23.3 Guru-guru hendaklah sentiasa melatih murid-murid supaya memberi salam kepada guru-guru, ibu bapa dan pelawat-pelawat sekolah. 23.4 Guru-guru harus mengamalkan serta menanamkan sifat-sifat bersopan santun dalam kalangan murid-murid. 24.0 DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH 24.1 Guru hendaklah sentiasa mengawasi disiplin murid dalam darjah. 24.2 Guru hendaklah sentiasa membekalkan murid dengan kerja-kerja yang menarik dan berfaedah supaya mereka tidak merasa bosan atau jemu. 24.3 Guru adalah bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam bilik darjah. 25.0 HUKUMAN JASMANI 25.1 Hukuman jasmani dalam apa jua bentuk adalah dilarang. 25.2 Sila hantar murid-murid yang bermasalah kepada GPK Hem dan Guru Besar. 26.0 KESELAMATAN MURID 26.1 Apabila sesuatu kemalangan atau kecemasan berlaku dalam kawasan sekolah, guru-guru bertugas atau guru yang berhampiran dengannya hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada GPK/Guru Besar . 26.2 Kes-kes serius hendaklah dirujuk kepada klinik/hospital kerajaan atau swasta dengan segera. 26.3 Ibu bapa / penjaga murid yang berkenaan hendaklah dimaklumkan secepat mungkin. 26.4 Adalah satu langkah bijak jika guru seringkali menasihatkan murid tentang langkah-langkah menjaga keselamatan diri, peraturan-peraturan jalanraya dsbnya. 26.5 Murid-murid hendaklah diingatkan tentang bahayanya menerima hadiah atau tawaran menumpang kereta daripada orang yang tidak dikenali. 26.6 Pelawat-pelawat/ ibu bapa/ penjaga TIDAK DIBENARKAN berjumpa dengan guru/murid tanpa kebenaran Guru Besar/GPK. 26.7 Guru perlu sentiasa mematuhi prosedur 1-3-7 dalam menangani isu berkaitan.


27 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 27.0 KEBERSIHAN BILIK KELAS / KAWASAN SEKOLAH 27.1 Guru Kelas bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan bilik dan serambi yang berdekatan. 27.2 Guru Kelas hendaklah menyediakan jadual bertugas untuk murid-murid serta mempastikan tugasan yang diberi dijalankan dengan sempurna. 27.3 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid cara-cara betul menggunakan tong sampah, sinki, tandas, dan bilik air. Tegaskan kepentingan kebersihan. 27.4 Selepas pelajaran Pendidikan Jasmani, murid-murid hendaklah menyimpan peralatan yang digunakan. 27.5 Murid-murid dilarang menggunakan “liquid paper”, pensel mekanikal, dan makan gula-gula getah (chewing gum) di sekolah. 28.0 PERALATAN BILIK DARJAH / SEKOLAH 28.1 Setiap kelas mesti ada rekod inventorinya. 28.2 Guru Kelas bertanggungjawab menjaga alat-alat (termasuk perabot) dalam bilik darjahnya. Alat-alat yang telah rosak / pecah mesti dilaporkan kepada guru selenggaraan. 29.0 MEMESAN / MEMBELI BARANG / ALAT-ALAT UNTUK SEKOLAH 29.1 Guru mesti dapatkan kebenaran Guru Besar sebelum memesan / membeli barang-barang untuk sekolah. 29.2 Wakil firma / jurujual tidak boleh berurusan dengan guru tanpa kebenaran daripada Guru Besar. 30.0 STOK 30.1 Barang-barang atau alat-alat yang dipesan oleh sekolah haruslah dihantar ke pejabat sekolah untuk pemeriksaan Guru Besar terlebih dahulu. 30.2 Barang-barang atau alat-alat itu mestilah direkod dalam buku stok dengan segera. 30.3 Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Guru Besar /GPK. 31.0 KUNCI 31.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. 31.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mestilah mendapat kebenaran dari Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.


28 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 32.0 TELEFON SEKOLAH / PANGGILAN TELEFON 32.1 Telefon sekolah boleh digunakan hanyan untuk urusan rasmi. 32.2 Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa di dalam bilik darjah. 32.3 Pejabat akan mengambil pesanan dari semua panggilan telefon dalam waktu pengajaran. 32.4 Semua guru dibenarkan datang ke pejabat menjawab panggilan telefon jika ada hal yang mustahak. 33.0 BILIK GURU 33.1 Guru hendaklah bekerjasama untuk menjaga kebersihan bilik guru. 33.2 Bilik Guru hendaklah sentiasa kemas dan bersih. 33.3 Orang luar sama ada guru atau bukan guru tidak dibenarkan masuk ke bilik guru untuk urusan peribadi kecuali dengan kebenaran Guru Besar. 33.4 Guru-guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di dalam bilik guru. 33.5 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 33.6 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab mempastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 34.0 PERHUBUNGAN SESAMA GURU 34.1 Guru harus memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 34.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan /fahaman/pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 34.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 35.0 KEBENARAN UNTUK KELUAR NEGARA 35.1 Guru-guru yang ingin keluar negeri mesti dapat kelulusan daripada Guru Besar terlebih dahulu. 35.2 Guru-guru yang ingin ke luar Negara mesti memohon kebenaran daripada Pengarah Pelajaran sekurang-kurangnya 10minggu sebelum bertolak (bagi Negara Komunis) dan 4 minggu (bagi Negara bukan Komunis). 36.0 MENGAMBIL PEPERIKSAAN 36.1 Guru yang ingin mengambil peperiksaan awam mesti memberitahu Guru Besar secara bertulis.


29 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 37.0 KEGIATAN POLITIK DAN PENERBITAN 37.1 Guru-guru tidak dibenarkan terlibat dalam perkara-perkara tersebut tanpa kebenaran daripada Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan. 38.0 SURAT MENYURAT 38.1 Semua surat menyurat rasmi, permohonan-permohonan untuk berkursus dan sebagainya yang ditujukan kepada sebarang agensi Kerajaan / badan–badan luar / orang perseorangan mesti dibuat melalui Guru Besar. 39.0 GERAK KERJA LUAR 39.1 Guru bertugas atau penolongnya mesti hadir semasa kegiatan dijalankan di sekolah atau di tempat lain. 38.2 Semua kegiatan mesti diawasi oleh guru. 39.3 Butir-butir aktiviti mesti dicatatkan dalam buku / fail kelab / persatuan /permainan /rumah. 39.4 Semua gerak kerja luar atau aktiviti-aktiviti kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu sekolah. 39.5 Guru Besar mesti dimaklumkan mengenai segala gerak kerja luar yang melibatkan guru-guru / murid-murid. 40.0 PENGAJARAN TAMBAHAN 40.1 Guru-guru yang ingin menjalankan pengajaran tambahan seperti pengajaran persendirian, kelas pelajaran lanjutan , atau bahasa ibunda, perlu dapat kebenaran Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan melalui Guru Besar. 41.0 JUALAN 41.1 Guru-guru dilarang menjalankan apa-apa penjualan di dalam kawasan sekolah. 42.0 URUSAN DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN ATAU JABATAN-JABATAN DI BAWAH NAUNGANNYA 42.1 Guru-guru yang ingin berurusan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia atau jabatan- jabatan di bawah naungannya hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu. 42.2 Guru-guru hendaklah berpakaian formal dan sentiasa bersikap sopan bagi mencerminkan statusnya sebagai seorang pendidik.


30 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 43.0 PAKAIAN (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 6 /1985) 43.1 Semua guru hendaklah memakai pakaian kemas dan formal. 43.2 Pakaian yang singkat dan menjolok mata adalah dilarang sama sekali. 43.3 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher pada tiap-tiap hari Isnin (wajib untuk perhimpunan) dan bila berurusan dengan Kementerian Pelajaran atau jabatan-jabatan di bawah naungannya. Jika memakai kemeja lengan panjang jangan digulung/ dilipat lengannya. 43.4 Semua guru tidak dibenarkan memakai seluar jeans, ‘T-Shirt’, baju sukan,baju tidak berkolar dan kasut kanvas semasa mengajar di kelas. 43.5 Bagi guru wanita yang memakai skirt dan blaus, pastikan skirt labuh hingga paras lutut dan blaus lengan panjang. 43.6 Semua guru yang mengajar Pendidikan Jasmani mesti memakai pakaian sukan yang lengkap. Baju : kemeja sukan atau jersi Seluar : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai Kasut : kasut sukan atau getah tanpa tumit. 43.7 Pamakaian tanda nama / ‘name tag’ adalah wajib. 43.8 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat staf adalah pakaian formal. 43.9 Guru tidak dibenarkan memakai selipar / sandal ke sekolah walaupun pada hari Sabtu, lebihlebih lagi untuk kelas tambahan, mesyuarat PIBG atau majlis rasmi sekolah. 44.0 PERHIMPUNAN HARIAN 44.1 Sebaik sahaja loceng dibunyikan pada pukul 7.30 pagi, semua guru mesti berada di tempat perhimpunan sehingga selesai perhimpunan. 44.2 Guru yang mengajar waktu pertama hendaklah mengiringi murid-murid ke kelas selepas perhimpunan. 44.3 Pelajaran harus dimulakan tepat jam 7.30 pagi. 45.0 PERHIMPUNAN MINGGUAN 45.1 Diadakan pada setiap hari Isnin dan bertempat di dewan terbuka pada pukul 7.30 pagi atau di dewan tertutup sekiranya hujan. 45.2 Perhimpunan Mingguan adalah satu majlis rasmi peringkat sekolah dan semua gurudikehendaki mematuhi nilai dan peraturan perhimpunan tersebut. 45.3 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang ke perhimpunan rasmi


31 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 45.4 Guru bersama-sama pelajar menyanyikan lagu “Negaraku” lagu negeri dan Lagu Sekolah. 45.5 Semasa perhimpunan guru tidak dibenarkan berbual-bual sesama sendiri. 46.0 MESYUARAT 46.1 Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah wajib. 46.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua Panitia. 46.3 Ketidakhadiran hanya dengan kebenaran Guru Besar atas sebab-sebab tertentu. 46.4 Guru yang tidak dapat hadir ke mesyuarat luar perlu memastikan terdapat pengganti ke mesyuarat berkenaan. 47.0 KEAHLIAN KELAB GURU/ PIBG 45.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. 45.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 48.0 ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH 46.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 47.0 GURU BERTUGAS 47.1 Guru bertugas hendaklah bertugas mengikut giliran yang ditetapkan. 47.2 Guru bertugas serta semua guru hendaklah mengawasi disiplin murid semasa perhimpunan harian dan mingguan supaya murid berdisiplin. 47.3 Guru bertugas dikehendaki membuat laporan dalam buku laporan. 47.4 Guru bertugas adalah bertanggunjawab terhadap : 47.4.1 Menjaga disiplin murid di kawasan sekolah dan kantin sekolah. 47.4.2 Mengawasi kebersihan sekolah, bilik guru, bilik darjah, tandas dan kantin sekolah. 47.4.3 Mengambil tindakan terhadap kes kemalangan dan melaporkan kepada Guru Besar /GPK. 47.4.4 Membantu pengawal lalulintas sewaktu murid balik sekolah. 47.4.5 Mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah di pagar sekolah dengan mesra sepanjang tempoh 30 minit sebelum bermula sesi persekolahan.


32 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 48.0 GURU PENGAWAS PERMAINAN 48.1 Guru Pengawas Permainan adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan dan disiplin murid semasa di kawasan permainan. 48.2 Guru Pengawas Permainan hendaklah menepati masa apabila datang untuk bertugas. 48.3 Guru Pengawas Permainan hendaklah membuat laporan dalam Buku Laporan Permainan. 49.0 PERBUATAN YANG DILARANG 49.1 Guru tidak dibenarkan menghisap rokok di dalam kawasan sekolah terutamanya di dalam kelas, di kantin dan di bilik guru. 49.2 Guru tidak dibenarkan duduk di atas meja guru atau meja murid semasa mengajar. 49.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa dalam waktu pengajarannya kecuali dengan sebab-sebab tertentu yang mustahak. 50.0 KERJA LUAR SEKOLAH (PERNIAGAAN DAN LAIN-LAIN) 50.1 Semua guru dilarang membuat kerja-kerja luar seperti mengajar luar tanpa mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. 50.2 Semua guru dikehendaki menggunakan borang khas untuk membuat permohonan jika berminat untuk membuat kerja luar. 50.3 Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar melalui Guru Besar. 51.0 PENGISYTIHARAN HARTA 51.1 Pengisytiharan Harta oleh semua Pegawai Kerajaan kecuali kumpulan D hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh ia memperoleh harta tersebut. 51.2 Pengisytiharan Harta hendaklah dibuat dalam 2 salinan bagi pegawai dalam kumpulan B dan C di borang JPA T.T 1 hingga 5. 51.3 “Pegawai” ertinya pegawai, suami atau isterinya, anak-anak dan anggota keluarga di bawah tanggungannya. 51.4 Takrif harta (Pekeliling Perkhidmatan 2/1984, Perintah Am 8, Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) ( Bab D) 1980 dan Warta Kerajaan Malaysia P.U. (B) (647) bertarikh 5 November 1981: 51.4.1 Tanah (termasuk tanah lesen pendudukan sementara) 51.4.2 Rumah atau rumah pangsa 51.4.3 Bangunan (rumah kedai, ruang kedai, ruang pejabat, atau warong) 51.4.4 Syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain.


33 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 PANDUAN STAF SEKOLAH 51.4.5 Apa jua lesen perniagaan atau perdagangan. 51.4.6 Lain-lain harta alih (termasuk barang kemas) yang nilai perolehan tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan gaji atau lima ringgit yang mana lebih rendah. 51.4.7 Wang tunai (lain-lain sumber selain daripada kerajaan) 51.4.8 Kenderaan bermotor tanpa pinjaman kerajaan (jika harga kenderaan itu melebih 6 bulan gaji pada masa pembelian dibuat. 51.5 Apabila sesuatu harta yang telah diisytiharkan telah dilupuskan (jualan /pindah milik), borang JPA .26 dan TT.5 hendaklah diisi mengikut kumpulan masing-masing. 51.6 Kegagalan untuk mengisytiharkan harta adalah dianggap tidak jujur dan tidak bertanggungjawab serta boleh diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan jika dalam tempoh percubaan. 52.0 PERINTAH AM 52.1 Semua guru tertakluk kepada perintah-perintah Am Kerajaan : 52.1.1 Perintah Am Bab D : Kelakuan dan Tatatertib 52.1.2 Perintah Am Bab C : Cuti 53.0 TATASUSILA GURU 53.1 Semua guru hendaklah mematuhi Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan menyedari tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, Negara dan rakan sejawat. (Rujuk Buku / Fail Rekod Pengajaran Guru).


34 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 KALENDER SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025


35 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 KALENDER SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025


36 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI AKADEMIK 2024/2025 KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya. PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 11.03.2024 31.03.2024 15 11 01.04.2024 30.04.2024 17 01.05.2024 24.05.2024 16 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1, SESI 2024/2025 1 25.05.2024 – 02.06.2024 9 2 03.06.2024 30.06.2024 18 15 01.07.2024 31.07.2024 22 01.08.2024 31.08.2024 22 01.09.2024 13.09.2024 10 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024/2025 1 14.09.2024 – 22.09.2024 9 3 23.09.2024 30.09.2024 6 13 01.10.2024 31.10.2024 21 01.11.2024 30.11.2024 20 01.12.2024 20.12.2024 15 JUMLAH HARI 62 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024/2025 1 21.12.2024 – 29.12.2024 9 30.12.2024 31.12.2024 2 01.01.2025 17.01.2025 12 3 JUMLAH HARI 14 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2024/2025 4 18.01.2025 – 16.02.2025 30


37 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI AKADEMIK 2024/2025 CUTI PERAYAAN SESI 2024/2025 CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 10.04.2024 (Rabu) Dan 11.04.2024 (Khamis) 08.04.2024 (Isnin) Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 09.04.2024 (Selasa) 12.04.2024 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 31.10.2024 (Khamis) (Kecuali Negeri Sarawak) 30.102024 (Rabu) Dan 01.11.2024 (Jumaat) Semua Negeri Kumpulan B kecuali Negeri Sarawak Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya. CATATAN : Pesta Kaamatan : 30 & 31 Mei 2024 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2024/2025) (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Sahaja) Perayaan Hari Gawai Dayak : 01 & 02 Jun 2024 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2024/2025) (Sarawak Sahaja) Perayaan Hari Krismas : 25 Disember 2024 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2024/2025) Perayaan Tahun Baru Cina : 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Penggal Akhir Persekolahan Tahun 2024 Sesi 2023/2024) Perayaan Tahun Baru Cina : 29 & 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Penggal Akhir Persekolahan Tahun 2025 Sesi 2024/2025)


38 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Maklumat Dan Takwim Persekolahan SK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI AKADEMIK 2024/2025 ANALISIS TAKWIM PERSEKOLAHAN ANALISIS TAKWIM JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN 42 JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN 194 HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 PENGGAL 2 PENGGAL 3 HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 2 HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 11/03/2024 - 24/05/2024 03/06/2024 - 13/09/2024 23/09/2024 - 20/12/2024 30/12/2024 - 17/01/2025 JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN 11 15 13 3 CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 PENGGAL 2 PENGGAL 3 CUTI PENGGAL 1 CUTI PENGGAL 2 CUTI PENGGAL 3 CUTI AKHIR SESI 25.05.2024 - 02.06.2024 14.09.2024 - 22.09.2024 21.12.2024 -29.12.2024 18.01.2025 - 16.02.2025


Buku Pengurusan & Takwim PersekolahanMaklumat DSK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] BukuTAKWIM INDUK SEKOLAH UNT


39 an SK Seri Setia2024/2025 Dan Takwim Persekolahan u Pengurusan Sekolah 2024/2025 TUK SESI AKADEMIK 2024/2025


Buku Pengurusan & Takwim PMaklumat DSK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] BukuTAKWIM INDUK SEKOLAH UNT


40 Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Dan Takwim Persekolahan ku Pengurusan Sekolah 2024/2025 TUK SESI AKADEMIK 2024/2025


Buku Pengurusan & Takwim PMaklumat DSK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] BukuTAKWIM INDUK SEKOLAH UNT


41 Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Dan Takwim Persekolahan ku Pengurusan Sekolah 2024/2025 TUK SESI AKADEMIK 2024/2025


Buku Pengurusan & Takwim PMaklumat DSK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] BukuTAKWIM INDUK SEKOLAH UNT


42 Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Dan Takwim Persekolahan ku Pengurusan Sekolah 2024/2025 TUK SESI AKADEMIK 2024/2025


Buku Pengurusan & Takwim PMaklumat DSK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] BukuTAKWIM INDUK SEKOLAH UNT


43 Persekolahan SK Seri Setia 2024/2025 Dan Takwim Persekolahan ku Pengurusan Sekolah 2024/2025 TUK SESI AKADEMIK 2024/2025


Buku Pengurusan & Takwim PMaklumat DSK Seri Setia, Kuchai Lama, KL [email protected] BukuTAKWIM INDUK SEKOLAH UNT


Click to View FlipBook Version