SPM 2021
KERTAS 2
PEMAHAMAN NOVEL
Oleh : Cikgu Siti Zalina binti Md. Salleh
BAHAGIAN B:
35 MARKAH
• SOALAN 6
( Petikan Umum)
• SOALAN 7
(Petikan Sastera)
• SOALAN 8
( Novel)
SOALAN 8: NOVEL (10 MARKAH)
1. Dua soalan diuji.
2. Markah keseluruhan 10 markah ( kombinasi markah
untuk soalan (i) dan (ii) tidak tetap).
3. Markah Bahasa:
- Soalan (i) tidak ada markah Bahasa yang khusus
tetapi berdasarkan diskripsi pemarkahan.
- Soalan (ii) Markah Bahasa : maksimum 2 markah
secara holistik.
4. Bentuk Soalan:
i. Soalan 8(i) : Pemahaman petikan novel
( berdasarkan petikan sebuah novel
daripada mana-mana novel 4 zon)
ii. Soalan 8 (ii) : Pemikiran Kritis
( berdasarkan novel yang dikaji
mengikut zon)
- Lefternan Adnan Wira Bangsa (Ting 4)
- Tirani (Ting 5)
CONTOH ITEM NOVEL
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“Tentulah tidak,” balas Muhammad Taufik, nadanya tenang sahaja.
“Saya telah memutuskan bahawa kelip-kelip di Kuala Selangor berada di ambang kepupusan.
Kedatangan pelancong yang ramai, hampir 100 ribu orang pada setiap tahun, dengan semua entiti
yang datang bersama mereka seperti suara manusia, bunyi enjin motobot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai yang mengancam pokok-pokok berembang, pemusnahan kawasan paya bakau,
cahaya dari kawasan petempatan manusia, dan cahaya roda ferris, semuanya membawa ancaman
kepada populasi kelip-kelip. Kelip-kelip ini, yang telah wujud jutaan tahun di tempat ini dan tidak
pernah mendatangkan sebarang kesusahan kepada manusia di sini akan mengalami kepupusan dalam
masa setahun sahaja jika keadaan sedia ada berterusan.
Dipetik daripada
Novel Bimasakti Menari
Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor semakin berkurangan.
[4 markah]
JAWAPAN:
Faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala
Selangor semakin berkurangan disebabkan
kedatangan pelancong yang ramai pada setiap
tahun. Selain itu, faktor bunyi bising suara
manusia, bunyi enjin motobot dan cahaya
lampu di jeti turut menjejaskan populasi kelip-
kelip. Seterusnya, pencemaran air sungai
berlaku sehingga mengancam pokok-pokok
berembang. Akhir sekali, pemusnahan
kawasan paya bakau turut menjadi faktor
populasi kelip-kelip di kuala Selangor semakin
berkurangan.
CONTOH ITEM NOVEL : Soalan 8 (ii)
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab permulaan cerita
tersebut menarik perhatian pembaca.
[6 markah]
NOTA NOVEL (PLOT) LEFTENAN ADNAN
WIRA BANGSA
1. Permulaan
Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan
semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak
Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di
sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki
kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi
askar Melayu. Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat
tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.
2. Perkembangan
Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di
Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan
kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir
Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu
sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir
Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang
merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera. Di Pasir
Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa
orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun
berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun
dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni
C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.
3. Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar
Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang
dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak
askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai
menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan
Adnan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan
Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan
pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan
bayonet sehingga mayatnya hancur.
4. Peleraian
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan
pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan anak-
anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum
berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya
Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.
CONTOH ITEM NOVEL
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab permulaan cerita
tersebut menarik perhatian pembaca.
[6 markah]
JAWAPAN LENGKAP:
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Lefternan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib, terdapat beberapa sebab permulaan cerita dalam novel ini dapat menarik perhatian pembaca.
Sebab permulaan cerita tersebut menarik perhatian pembaca ialah pembaca tertarik kerana
dapat mengetahui kisah kehidupan Leftenan Adnan sewaktu kecil di bawah jagaan ayah dan ibunya
iaitu Pak Saidi dan Mak Milah. Leftenan Adnan dilahirkan dalam keluarga berdarah pahlawan iaitu
moyangnya telah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Sebagai seorang pembaca,
sudah tentu ingin mengetahui kehidupan masa lalu watak utama novel ini yang telah membesar
menjadi seorang askar yang tidak pernah gentar menentang musuh sehingga ke titisan darah
terakhir.
Selain itu, permulaan cerita tersebut menarik perhatian pembaca kerana pembaca dapat
mengetahui latar pendidikan Leftenan Adnan sebelum memasuki kem tentera bagi melayakkan beliau
menjadi askar Melayu. Pak Saidi telah menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun ditentang
oleh penduduk kampung. Peristiwa ini menarik perhatian pembaca kerana pembaca sudah tentu ingin
mengetahui sebab orang kampung menentang Pak Saidi menghantar anaknya ke sekolah Inggeris.
LATIHAN : Soalan 8(i)
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bukan soal pulang ke kampung yang membuatku sedih, tetapi kerana aku tidak mampu menyuarakan
keinginanku kepada ibu, betapa cuti sekolah yang terakhir di alam sekolah menengah ini aku ingin
memanfaatkannya bersama-sama teman-teman sekelas, terutama majlis perpisahan pengetua sekolah.
Lebih membuatkan aku sedih, kerana aku berpura-pura bahawa aku gembira dan tidak sabar mahu pulang
ke kampung, sebenarnya aku tidak memiliki perasaan itu.
“Lili,” ibuku memanggil dan aku tahu dia berada dekat di tempat aku sedang berada kerana aku dapat
mendengar kibasan skirt labuhnya. Tentu ibu sedang bersiap sedia mahu ke pejabat kerana dia seorang
wanita bekerjaya dan berjaya.
“Bangun sayang, nanti kamu lewat ke stesen bas. Hari ni kan kamu akan balik ke kampung datuk dan
nenek.”
Dipetik daripada Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya Ruhaini Matdarin
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan perasaan yang disembunyikan oleh Lili setelah diminta oleh ibunya untuk dia
pulang ke kampung.
[6 markah]
LATIHAN : Soalan 8(ii)
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab peleraian cerita
tersebut menarik perhatian pembaca.
*Selamat Menjawab* [6 markah]
Sekian
Terima Kasih
Cikgu Siti Zalina binti Md. Salleh