5
1|
PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU
TINGKATAN LIMA KSSM
Tema 1 - Anda Bersih, Anda Sihat
• Belukar sudah menjadi rimba. (hal. 9)
Maksud: Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.
Tema 2 - Sukan dan Rekreasi
• Malang tak berbau. (hal. 17)
Maksud: kecelakaan yang tidak dapat diketahui
sebelumnya.
Tema 3 - Kerjaya Meniti Jaya Contoh Soalan (halaman 68)
• Duit tepi. (hal. 32)– bp bahasa percakapan Baca petikan di bawah dengan teliti.
Maksud: Pendapatan sampingan atau wang tambahan Nyatakan dua peribahasa yang
menggambarkan situasi yang
Tema 4 - Bersatu Kita Teguh terdapat dalam petikan. Kemudian
bina satu ayat daripada setiap
• Duduk sama rendah berdiri sama tinggi. (hal. 46) peribahasa tersebut untuk
Maksud: orang yang sama darjat. menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya.
Tema 5 - Pendidikan untuk Semua
Pak Uda:
• Masa itu umpama emas / masa itu emas. (hal. 61) Lebih baik kamu kurangkan makanan
Maksud: Masa itu sangat berharga. yang bergula dan berlemak, Azlan.
• Sudah terhantuk baru tengadah. (hal. 68) Azlan:
Maksud: Sesudah mendapat kesusahan baru hendak Baik, Pak Uda. Saya akan menjaga
beringat-ingat. pemakanan saya.
• Ingat sebelum kena jimat sebelum habis.
Maksud: Selalu berhati-hati supaya tidak tertipu atau
kehabisan harta.
• Nasi sudah menjadi bubur.
Maksud: Sudah terlanjur, tidak dapat diubah lagi.
• Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Maksud: Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu
hendaklah difikir habis-habis. / Fikir masak-masak sebelum
berbuat sesuatu supaya jangan menyesal.
Disusun oleh Cikgu Ahmad Azan Ab Latif KV Wakaf Tembesu
2|
PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU
TINGKATAN LIMA KSSM
Tema 6 – Sains, Teknologi dan Inovasi
Tema 7 – Pertanian, Penternakan dan Perikanan
Tema 8 – Melancong Mencari Makna
• Sediakan payung sebelum hujan. (hal. 106)
Maksud: Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.
• Gading mana yang tidak retak / tak ada gading
yang tak retak.
Maksud: Tidak ada sesuatu yang betul-betul
sempurna.
• Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. (hal. 107)
Maksud: Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan.
Tema 9 – Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
• Gulung tikar. (hal. 120)
Maksud: Muflis
Tema 10 – Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tema 11 – Dunia Selamat Milik Kita Pak Uda:
Kalau sudah terkena penyakit
• Anak buah. (hal.144) seperti diabetes, darah tinggi, dan
Maksud: Pekerja di bawah jagaan kita. serangan jantung macam Pak Uda,
waktu itu kenalah makan ubat
• Bersekutu Bertambah Mutu. (hal. 144) sahaja. Jadi, lebih baik kamu
Maksud: Bekerjasama antara satu sama lain akan beringat-ingat dari sekarang agar
menghasilkan kecemerlangan. tidak menyesal pada kemudian hari.
• Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. Azlan:
Maksud: Sama-sama bertanggungjawab. Baik, Pak Uda. Saya akan beringat-
ingat mulai sekarang. Pak Uda pun
• Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. begitu juga, kalau pergi ke mana-
Maksud: Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang mana, jangan lupa bawa ubat. Pak
menyebabkan orang lain menerima akibatnya. Uda perlu bersedia. Bukan senang
hendak mencari ubat di tempat
orang.
Disusun oleh Cikgu Ahmad Azan Ab Latif KV Wakaf Tembesu
3|
PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU
TINGKATAN LIMA KSSM
• Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah
memanjat puncak junjung.
Maksud: Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan
mengikut aturannya.
• Bertakuk ditebang, yang bergaris dipahat.
Maksud: Mengikut peraturan (adat, resam) yang lazim
Tema 12 – Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
• Air tangan. (hal. 157)
Maksud: Masakan seseorang
• Adat dikelek, hukum dijunjung. (hal.160)
Maksud: Adat dikuatkuasakan dan undang-undang ditegakkan.
• Tak lapuk dihujan, tak lekang dipanas.
Maksud: Adat yang tidak berubah, sesuatu yang sudah utuh.
• Dicabut layu, diubah mati.
Maksud; Tidak dapat diubah lagi (keputusan)
• Disuruh pergi, dipanggil datang.
Maksud: Perihal seseorang yang patuh menurut perintah.
• Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung. (hal. 161)
Maksud: Tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai
kebiasaannya.
• Langkah bendul. Contoh Soalan (halaman 221)
Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.
Petikan di bawah mengandungi
Tema 13 – Jati Diri, Warganegara Patriotik beberapa peribahasa. Senaraikan
dua peribahasa, kemudian berikan
• Jong pecah yu yang kenyang. (hal. 173) maksud peribahasa tersebut.
Maksud: Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang
mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; Bukit sama didaki, lurah sama
kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi orang yang dituruni. Itulah yang menjadi
lain. pegangan kami dalam ekspedisi ini.
Apakan daya, malang tidak berbau.
Ketua kumpulan yang terpaksa
menghentikan pendakian telah
menyebabkan kami seperti anak
ayam kehilangan ibu.
Disusun oleh Cikgu Ahmad Azan Ab Latif KV Wakaf Tembesu
4|
PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU
TINGKATAN LIMA KSSM
Tema 14 – Citra Bahasa dan Sastera Kita
• Bahasa ibunda. (hal. 182)
Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
• Celik huruf. (hal. 185)
Maksud: Orang yang tahu membaca dan menulis.
• Membaca membuka minda. (hal. 186)
Maksud: Dengan membaca memudahkan kita
berfikir.
• Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. (hal. 188)
Maksud: Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
• Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur
beribu tak siapa tahu. / Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji
riuh sekampung.
Maksud: Orang yang berusaha dalam senyap beroleh banyak hasil berbanding
yang sedikit diperoleh tetapi diheboh-hebohkan.
• Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. (hal. 189)
Maksud: Mendidik anak-anak biarlah ketika anak itu masih kecil.
• Nama pena. (hal. 190)
Maksud: Nama yang digunakan oleh penulis pada karyanya.
• Bahasa Menunjukkan Bangsa. (hal. 191) Contoh Soalan ( Drp. Buku Format
Maksud: Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti Baharu SPM Mulai 2021)
bangsa.
Dialog di bawah mengandungi
Tema 15 – Industri Cemerlang, Negara Gemilang beberapa peribahasa. Senaraikan
dua peribahasa sahaja, kemudian
• Bak cendawan tumbuh selepas hujan. (hal. 198) berikan peribahasa lain yang sama
Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa. maksud atau hampir sama maksud
dengan peribahasa tersebut.
• Daripada segenggam, jadi segantang. (hal. 205)
Maksud: Bernasib baik. Datuk Ismail: Kamal, kawasan
perumahan kita akan mengadakan
• Di mana air bertakung, di situ ikan berkampung. gotong-royong pada hari Sabtu ini.
Maksud: Di mana-mana tempat berpeluang mencari Kamu datang, ya. Ajak anak-anak
rezeki orang akan bertumpu. sama.
Kamal: Maaflah Datuk. Saya ada hal
• Senduk besar tak mengenyang. lain.
Maksud: Janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak Datuk Ismail: Sebagai penduduk,
ditepati. kita mesti saling bekerjasama untuk
menjaga kawasan perumahan kita
kerana berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing. Barulah tugas yang
dilakukan itu dapat diselesaikan
dengan cepat dan berkesan.
Disusun oleh Cikgu Ahmad Azan Ab Latif KV Wakaf Tembesu
5|
PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU
TINGKATAN LIMA KSSM
• Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Maksud: Orang yang sama sedarjat.
Tema 16 – Integriti
• Hutang budi / berhutang budi. (hal. 208)
Maksud: Kebaikan yang diperoleh dan wajar dibalas.
• Membalas budi.
Maksud: Balas jasa dan berterima kasih
• Kurang ajar. (hal. 209)
Maksud: Tidak bersopan, kurang adab, kurang beradab
• Orang tua.
Maksud: Ibu bapa
• Buah tangan. (hal. 210)
Maksud: 1. Barang yang dibawa dari perjalanan. 2. Hasil pekerjaan.
• Darah daging. (hal. 212)
Maksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.
• Ketam mengajar anaknya berjalan betul. Kamal: Betul, Datuk. Saya setuju
Maksud: Orang yang hanya tahu memberi nasihat bahawa kita saling memerlukan
tetapi dia sendiri tidak melakukan sedemikian. seperti aur dengan tebing dalam
hidup bermasyarakat. Tapi kami
• Baik hati. (hal. 217) sekeluarga akan pergi menziarahi
Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong) kakak saya yang sakit di hospital
pada hari Sabtu ini. Suaminya pun
• Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. (hal. 221) baru sahaja meninggal dunia.
Maksud: Sepakat (seia sekata)
Datuk Ismail: Oh, saya bersimpati
• Malang tidak berbau.
Maksud: Kecelakaan yang tidak dapat diketahui atas penderitaan yang ditanggung
sebelumnya.
oleh kakak awak, sudah jatuh ditimpa
• Anak ayam kehilangan ibu. [4 markah]
Maksud: Kesusahan yang dialami oleh seseorang tangga.
apabila dirinya kehilangan tempat bergantung.
Catatan:
Oleh sebab saya hanya mengenal
pasti peribahasa melalui bacaan
secara luncuran, mungkin ada
peribahasa lain yang tertinggal.
Wakaf Ilmu. Semoga Bermanfaat.
Disusun oleh Cikgu Ahmad Azan Ab Latif KV Wakaf Tembesu
6|