Bahasa melayu spm
format baharu
2021
Kertas 2 :
Petikan Sastera
Cikgu Siti Zalina Binti Md. Salleh
SMKPP 9(1) 2020
BAHAGIAN B:
35 MARKAH
• SOALAN 6
( Petikan Umum)
• SOALAN 7
(Petikan Sastera)
(soalan 6&7 : 25 markah)
• SOALAN 8
( Novel)
SOALAN 7: PETIKAN SASTERA
❑ . Bahan mesti berasaskan unsur karya kreatif sama ada
daripada antologi yang dipelajari di sekolah (komsas
ting 4 dan 5) atau daripada sumber yang lain.
❑ Pelbagai bahan ( cerpen, puisi moden atau tradisional,
drama dan lain-lain).
❑ Semua bahan berdasarkan tema yang sama mengikut
DSKP.
❑ Panjang petikan antara 120-140 patah perkataan.
SOALAN 7: PETIKAN SASTERA
❑ . Pecahan soalan tidak tetap ( 3 atau 4 soalan )
i) Maksud literal
ii) Beza banding semua bahan – pemindahan maklumat
iii) KBAT/ pemikiran kritis
iv) KBAT/ penyelesaian masalah
❑ Tiada soalan elemen sastera.
SOALAN 7: CONTOH ITEM
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Rintihan Bumi
Usia aku semakin lanjut
Kalau aku terbujur
Adakah yang ingin menjagaku
Aku semakin tua
Sudah terlalu uzur aku memelihara
Anak-anakku – manusia.
Setiap hari aku berdoa agar anak-anakku
Menjaga adab
Aku banyak kali menegur
Tetapi mereka tidak juga berubah
Aku hanya mampu menangis sehingga banjir
Aku pukul mereka dengan Tsunami
Tetapi mereka tidak menerima teguran itu untuk berubah.
Akhirnya apabila aku geram
Tuhan perintahkan aku menggoncang badan aku
Gempa maha dahsyat berlaku
Sehinggakan aku demam, mereka tetap terus
Mencabut pokok-pokokku
Apabila aku geram, keluarlah taufan tetapi mereka
Tetap tidak berubah.
Muhd. Syazwan Sahlan
Sungai Buluh, Selangor.
Dewan Siswa, Bil. 1 2018
Bahan 2
“Demi malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini
memerlukan kamu.”
“Apa maksud cikgu?”
“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti
pembalakan. Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan
flora di kawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau
di Lembangan Amazon juga terancam.”
“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di
kawasan simpan, 20 km dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng terputus-
putus. Suaranya ditenggelami kekecewaan yang pedih. “Apakah yang dapat saya
lakukan. Apabila tiba di sana, mereka sudah tiada, pokok-pokok ini juga sudah
tiada.”
“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat
menjadi pegawai perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan
yang lebih agresif untuk membanteras kelompok musuh ini, atau kamu
dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu yang dapat menggantikan tempat
kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang pujaanmu
juga akan terjamin,” hujah Jo.
Dipetik daripada cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’
oleh Seroja Theavy a/p Balakrishnan
antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahan 3
PANTUN SAYANGI ALAM
Cerah dian di malam gelita,
Diserikan embun dibawa deru;
Indah nian negara tercinta,
Daun merimbun laut membiru.
Tumbuh pegaga di tanah rata,
Penuh kawasan luas terbentang;
Mari dijaga alam semesta,
Jadi warisan generasi mendatang.
Tercalit ranah di atas pelantar,
Sapu ke tepi cemar tak berubah;
Andai musnah alam sekitar,
Bersedia hadapi segala musibah.
Di hujung desa tumbuh halban,
Kian tenggelam dilitupi lalang;
Harta binasa nyawa terkorban,
Keindahan alam turut hilang.
Nor Hafuza Arif,
Shah Alam
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga adab.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan kemusnahan alam
sekitar akibataktiviti manusia.
[4 markah]
(iii) Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi
tanggungjawab bersama untuk memuliharanya.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan memulihara
hutan di negara ini?
[3 markah]
(iv) Pada suatu petang, anda sedang memancing ikan di sebatang sungai
yang jernih, tiba-tiba anda ternampak tiga orang pemuda yang
sedang mengangkut beberapa buahtong yang mengandungi cecair.
Mereka mencurahkan cecair tersebut ke dalam sungai.Setelah
mereka beredar, anda mendapati warna air sungai semakin keruh
dan kelihatan beberapa ekor ikan mulai terapung. Anda yakin
bahawa cecair tersebut ialahsisa toksik.
Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu
untuk mengatasi masalah ini?
[4 markah]
CONTOH JAWAPAN :
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga adab.
[2 markah]
Jawapan :
Maksud menjaga adab ialah memelihara tingkah laku.
CONTOH JAWAPAN :
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan- kesan kemusnahan alam
sekitar akibat aktiviti manusia.
[4 markah]
Jawapan :
Kesan- kesan kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti manusia ialah
kemusnahan alam sekitar menyebabkan berlaku banjir, tsunami, gempa bumi
dan ribut taufan. Selain itu, kemusnahan alam sekitar turut menyebabkan
kepupusan flora dan fauna. Bukan itu sahaja, harta dan nyawa turut
terkorban kesan kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti manusia yang tidak
bertanggungjawab.
CONTOH JAWAPAN :
(iii) Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi
tanggungjawab bersama untuk memuliharanya.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan memulihara hutan
di negara ini?
[3 markah]
Jawapan:
Pada pendapat saya, kepentingan memulihara hutan di negara ini adalah
untuk mengawal suhu bumi. Selain itu, hutan merupakan habitat flora dan
fauna yang perlu dipelihara. Hutan juga menyediakan sumber perubatan di
samping berpotensi menjadi Kawasan pelancongan.
CONTOH JAWAPAN :
iv) Pada suatu petang, anda sedang memancing ikan di sebatang sungai yang jernih, tiba-tiba
anda ternampak tiga orang pemuda yang sedang mengangkut beberapa buah tong yang
mengandungi cecair. Mereka mencurahkan cecair tersebut ke dalam sungai. Setelah mereka
beredar, anda mendapati warna air sungai semakin keruh dan kelihatan beberapa ekor ikan
mulai terapung. Anda yakin bahawa cecair tersebut ialah sisa toksik.
Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi
masalah ini?
Jawapan: [4 markah]
Sebagai rakyat yang prihatin, saya dapat membantu mengatasi masalah ini dengan cara
mengambil gambar tiga orang pemuda yang sedang mencurahkan cecair ke dalam sungai
kerana perbuatan mereka amat mencurigakan. Setelah itu, saya akan melaporkan kejadian ini
kepada pihak berkuasa agar mereka boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. Selain itu,
saya juga akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam mengenal pasti orang
yang melakukan perbuatan tersebut. Saya juga akan sentiasa prihatin terhadap alam sekitar
dan akan sentiasa melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat sesuatu yang
mencurigakan.
SOALAN 7 : LATIHAN
L
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
BERTUTURLAH DALAM BAHASAKU
Burung tempua terbangnya rendah,
Hinggap sebentar di dahan sena;
Bahasa Melayu bahasa yang indah,
Terungkap kata seribu makna.
Si dara ayu berbaju merah,
Kerongsang bertatah permata nilam;
Bahasa Melayu tercatat sejarah,
Luas tersebar seluruh alam.
Cantiknya paras Puteri Salju,
Bersama nenda mencari lokan;
Jika negara ingin maju,
Bahasa ibunda jangan pinggirkan.
Si gadis ayu bergelar ratu,
Umurnya muda masih belasan;
Bahasa Melayu bahasa penyatu,
Tercapai hasrat satu wawasan.
Pulau Sendayu di atas peta,
Hendak dituju bersama teman;
Bahasa Melayu bahasa kita,
Tetap gemilang zaman berzaman.
Melompat-lompat si anak rusa,
Melihat kelkatu di dalam paya;
Marilah mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu ke puncak jaya.
Sumber:http://cikgunorainimy.blogspot.com/2010/0
4/ pantun-bahasa-melayu.html?m=1
Bahan 2
“Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi, ingatlah pesan bonda supaya
menjaga dua perkara. Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi
bangsa kita. Akidah yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran. Islam
merupakan panduan hidup. Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah sahaja warisan kita
yang tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang bijak tidak akan membuang bahasanya walau
apa-apa alasan sekalipun.”
Pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah seorang bonda untuk
anakandanya yang akan merantau jauh. Saya yakin mempunyai kekuatan untuk menghadapi
dugaan dan cabaran di tengah ibu kota. Sebelum berangkat, bonda menyerahkan naskhah-
naskhah kitab lama miliknya di dalam sebuah beg sarat untuk dikirimkan kepada sahabat lama
di kota.
“Mel, buku-buku ini khazanah nenek moyang kita. Di kota nanti carilah sahabat lama bonda
bernama Munsyi. Hadiahkan buku-buku ini kepadanya kerana masih ada nilainya di kota sana.”
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkap ketiga.
[2 markah]
ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan kepentingan-kepentingan yang
diperoleh apabila masyarakat memelihara bahasa Melayu?
[3 markah]
iii. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab pemilihan bahasa Melayu
sebagai bahasa utama di negara kita?
[3 markah]
iv. Pada suatu hari di dalam kelas, anda telah mendengar rakan-rakan anda
bersembang menggunakan bahasa rojak. Sebagai seorang yang prihatin
dengan bahasa, anda berasa sedih dengan keadaan tersebut.
Sebagai seorang rakan, cadangkan langkah-langkah yang boleh anda
lakukan untuk mengatasi masalah ini?
[4 markah]
Sekian
Terima Kasih