The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nzrrahim, 2021-03-20 19:56:55

NOTA PECUTAN A DAN SKEMA JAWAPAN 2019 TERKINI

NOTA PECUTAN A DAN SKEMA JAWAPAN 2013-2019

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

DEFINISI BAB 1 DEFINISI KONSEP
Tenaga buruh
Guna tenaga Penduduk yang berumur 15-64 tahun yang layak bekerja dan tidak
Pengangguran termasuk pelajar, pesara, OKU dan suri rumah.
Kadar pengangguran Jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam proses pengeluaran.
Luar tenaga buruh : Penduduk yang berumur 15-64 tahun yang layak bekerja dan aktif
mencari pekerjaan tetapi tidak mendapat pekerjaan.
Guna tenaga penuh Peratusan tenaga buruh yang tidak mempunyai pekerjaan.
(GTP) Penduduk yang berumur 15-64 tahun yang tidak bekerja tetapi bukan
Upah benar penganggur iaitu suri rumah, pelajar, pesara, OKU dan mereka yang
Upah wang / nominal tidak berminat untuk mencari pekerjaan.
Keadaan apabila semua tenaga buruh digunakan sepenuhnya dalam
Upah minimum kegiatan ekonomi di mana kadar pengangguran kurang daripada
4%@5%
Mengukur kuasa beli upah wang untuk mendapatkan sejumlah barang
dan perkhidmatan.
Jumlah pembayaran dalam bentuk nilai wang kepada buruh setelah
memberi sumbangan dari segi fizikal dan mental dalam proses
pengeluaran.
Bayaran terendah bulanan yang diterima oleh seorang pekerja .

DEFINISI BAB 2

Indeks Harga Pengguna Mengukur perubahan purata harga sekumpulan barang dan
(IHP) perkhidmatan dalam pasaran untuk tempoh setahun.
Inflasi Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terbatas pada
satu tahun berbanding tahun sebelumnya.
Kadar inflasi Peratusan kenaikan tingkat harga umum pada satu tahun berbanding
tahun sebelumnya/asas.
Inflasi tarikan Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan dalam
permintaan permintaan agregat contohnya kenaikan dalam pelaburan.
Inflasi tolakan kos Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan dalam
penawaran agregat akibat peningkatan dalam kos pengeluaran.
Inflasi yang diimport Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh peningkatan harga
barang yang diimport dan kenaikan nilai mata wang asing.
Kos sara hidup Jumlah perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh seorang atau sebuah
keluarga untuk memenuhi keperluan asas.
Taraf hidup Mengukur jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli/diguna
oleh isirumah berdasarkan pendapatan yang diterima.
Dasar kewangan Langkah-langkah bank pusat untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi
melalui kawalan terhadap bekalan wang dan kadar bunga.
Belanjawan negara Satu rancangan tentang anggaran hasil dan perbelanjaan kerajaan untuk
satu tahun yang akan datang.
Akaun Semasa Akaun yang merujuk kepada perbezaaan antara jumlah hasil kerajaan
Kerajaan Persekutuan dengan jumlah perbelanjaan mengurus sahaja.
Belanjawan Lebihan Hasil yang diperolehi oleh kerajaan melebihi perbelanjaan yang
dilakukan.
Belanjawan Kurangan Hasil yang diperolehi kurang dari perbelanjaan yang dilakukan oleh
kerajaan.
Belanjawan Seimbang Hasil yang diperolehi sama dengan perbelanjaan yang dilakukan.
Hasil kerajaan Pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam tempoh setahun dari
hasil cukai dan hasil bukan cukai.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

Hasil cukai langsung Pendapatan yang diterima dari pembayar cukai dimana beban cukai
tidak boleh dipindahkan kepada orang lain (cukai pendapatan individu).
Hasil cukai tak Pendapatan yang diterima dari pembayar cukai dimana beban cukai
langsung boleh dipindahkan kepada orang lain (cukai jualan
Hasil bukan cukai Pendapatan yang diterima oleh kerajaan dari hasil seperti sewa harta
kerajaan, denda dan pampasan.
Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan kerajaan untuk membiayai jentera pentadbiran kerajaan
seperti bayaran gaji kakitangan awam.
Perbelanjaan Perbelanjaan kerajaan untuk menambah kemudahan infrastruktur dan
pembangunan kemampuan ekonomi seperti pembinaan sekolah dan hospital kerajaan.
Hutang Negara Pinjaman kerajaan dari dalam dan luar negara untuk menampung
perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

DEFINISI BAB 3

Ekonomi Terbuka Ekonomi yang mengamalkan perdagangan antarabangsa iaitu aktiviti
eksport dan import.
Keterbukaan Ekonomi Mengukur sejauh mana sesebuah negara bergantung kepada aktiviti
perdagangan antarabangsa melalui aktiviti eksport dan import.
Akaun Semasa Satu rekod yang merekodkan semua urus niaga yang melibatkan Akaun
Dagangan, Akaun Perkhidmatan, Akaun Pendapatan dan Pindahan
Akaun Dagangan Bersih.
Satu akaun yang mencatatkan perbezaan jumlah nilai eksport barangan
Akaun Perkhidmatan dengan jumlah nilai import barangan.
Satu akaun yang mencatatkan perbezaan jumlah nilai eksport
Akaun Pendapatan perkhidmatan dengan jumlah nilai import perkhidmatan.
Mencatatkan perbezaan jumlah pendapatan daripada pelabur dan jumlah
Akaun Pindahan Bersih pampasan pekerja dalam negara dengan pendapatan pelabur dan jumlah
pampasan pekerja di luar negara.
Kadar Pertukaran Satu akaun yang merekodkan perbezaan bayaran pindahan seperti
Asing bantuan kewangan/ kiriman wang sesebuah negara dengan negara lain.
Sistem Kadar Harga seunit mata wang asing disebut dalam nilai mata wang negara
Pertukaran boleh ubah tertentu/ nilai RM
Sistem Kadar
Pertukaran Tetap Kadar pertukaran asing yang ditentukan oleh permintaan dan penawaran
mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing.
Sistem kadar pertukaran yang ditentukan oleh kerajaan dengan
menetapkan mata wang tempatan berbanding mata wang asing dengan
kadar tertentu.

DEFINISI BAB 4

Perusahan Kecil Perusahaan perkilangan atau syarikat yang mempunyai jualan tidak
Sederhan (PKS) melebihi RM 50juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak
melebihi 200 orang.
Pemilikan Tunggal Perniagaan yang ditubuhkan, dimiliki, dibiayai dan diurus oleh seorang
individu.
Perkongsian Perniagaan yang dimiliki oleh 2-20 orang bertujuan mendapatkan
keuntungan.
Syarikat Sendirian Bhd Perniagaan yang dimiliki oleh 2-50 orang ahli yang melabur modal.
Syarikat Awam Bhd Syarikat yang ditubuhkan dengan menjemput orang ramai melabur
dengan membeli saham dan menjadi pemegang saham.
Koperasi Perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela
untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

DEFINISI BAB 5 Institusi yang diberi lesen untuk menjalankan aktiviti mengumpul dana
Institusi Kewangan dari orang ramai atau institusi lain dan meminjamkan semula wang
tersebut kepada orang ramai atau firma yang memerlukan.
Perantara Kewangan Institusi yang menerima deposit daripada unit yang mempunyai lebihan
Penyerakan risiko dana dan meminjamkan semula kepada pihak yang kekurangan dana.
Perkongsian risiko Menyalurkan pelbagai bentuk pinjaman seperti pinjaman perniagaan dan
pinjaman individu. Contoh pinjaman overdraf dan pinjaman bercagar.
Menerima dana dalam bentuk premium daripada pemegang polisi
insurans dan membayar balik pampasan sekiranya risiko yang
diinsuranskan berlaku. Contoh : Syarikat insurnas membayar pampasan
kepada pemegang polisi yang alami kemalangan.

DEFINISI BAB 6 Pendapatan yang setakat mencukupi untuk memperoleh keperluan asas.
Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) Perbandingan taraf hidup atau kebajikan sesuatu kumpulan berbanding
Kemiskinan relatif : dengan kumpulan yang lain berdasarkan kumpulan etnik dan strata.
Pendapatan seseorang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan
Kemiskinan mutlak minimum yang diukur berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK).
Bagaimana jumlah KDNK diagihkan dikalangan penduduk di sesebuah
Agihan Pendapatan negara.
Ukuran ketidaksamaan/ketidaksetaraan dalam agihan pendapatan di
Pekali Gini sesebuah negara. Nilai pekali Gini berada diantara 0 hingga 1
Ganjaran yang diterima oleh individu setelah menyumbang dari segi
Upah fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.
Sewa iaitu pendapatan dari penggunaan harta, dividen iaitu keuntungan
Pendapatan Bukan yang dibayar kepada pemegang saham, bunga ganjaran kepada pemilik
Upah modal, untung iaitu ganjaran kepada usahawan yang sanggup
menanggung risiko dan kecekapan menggabungkan faktor pengeluaran.
Harta pusaka Harta yang diwarisi secara keturunan / nenek moyang.
Bayaran pindahan
Pendapatan yang diterima oleh individu tanpa memberi sumbangan dari
segi fizikal dan mental dalam proses pengeluaran. Contohnya biasiswa
dan pencen.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

FAKTOR / SEBAB / KESAN / PUNCA / LANGKAH / PERANAN

BAB 1

FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGGURAN

i. Peluang pekerjaan yang sedikit
Peratus pertumbuhan ekonomi (peluang pekerjaan) kurang daripada peratus pertumbuhan penduduk .Tenaga
buruh yang ramai tidak dapat ditampung oleh peluang pekerjaan yang wujud.
ii. Pengalaman & Kemahiran Buruh rendah.
Buruh yang mempunyai kemahiran & pengalaman yang rendah tidak dapat memenuhi tuntutan keperluan
majikan.
iii. Pemberhentian Pekerja
Melibatkan pemberhentian oleh majikan apabila berlaku kemelesetan ekonomi apabila berlaku pergurangan
dalam AD yang menyebabkan pergurangan permintaan dalam guna tenaga.

KESAN-KESAN PENGANGGURAN

i. Taraf Hidup Menurun
Berlaku penurunan dalam KNK per kapita, ini menggambarkan taraf hidup turut merosot.
ii. Halangan Kepada Pembangunan
Yn sebenar kurang dari Yn potensi menyebabkan pembaziran sumber kesannya pengeluaran semasa rendah,
aktiviti pelaburan merosot & PE merosot
iii. Kadar Kemiskinan Meningkat
Pengangguran yang tinggi akan meningkatkan kadar kemiskinan dalam negara kesannya menjejaskan usaha
pembvangunan ekonomi kerana perbelanjaan kerajaan banyak digunakan untuk membiayai gol miskin.

CARA-CARA MENGURANGKAN PENGANGGURAN

i. Pembangunan Sumber Manusia melalui latihan & pendidikan
Meningkatkan kemahiran buruh melalui latihan, kemahiran & penggunaan teknologi moden serta banyakkan
pusat latihan seperti ILP, kesannya produktiviti akan meningkat & pengangguran dapat diatasi.
ii. Mewujudkan Peluang Pekerjaan
Meningkatkan nilai ditambah sektor ekonomi & mencipta peluang pekerjaan baru dalam bidang
ICT,Bioteknologi & Nanoteknologi
iii. Menggalakan Kemasukan Pelaburan Asing
Dapat mencipta peluang pekerjaan baru & kerajaan menyediakan insentif seperti taraf perintis & elaun
pelaburan semula penubuhan kawasan perdagangan bebas (FTZ).

FAKTOR-FAKTOR MEMBEZAKAN UPAH IKUT PEKERJAAN

i. Perbezaan Tanggungan Risiko
Pekerjaan yang berisiko tinggi akan mendapatkan upah tinggi, perkejaan yang berisiko rendah akan
mendapatkan upah rendah
ii. Perbezaan Tanggungjawab
Pekerjaan yang mempunyai kotmitmen & tanggunjawab yang besar akan mendapatkan upah yang tinggi
bebanding pekerja yang mempunyai tanggungjawab yang rendah akan mendapatkan upah yang rendah.
iii. Perbezaan Kelulusan
Pekerjaan yang memerlukan kepakaran yang tinggi akan menerima upah yang tinggi berbanding pekerjaan
yang tidak memerlukan kepakaran yang tinggi

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

BAB 2

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA INFLASI

i. Inflasi tarikan permintaan : Kenaikan Dalam Perbelanjaan Agregat
A/b berlaku kenaikan dalam perbelanjaan agregat, iaitu perbelajaan penggunaan, pelaburan, perbelanjaan
kerajaan, eksport, atau bekalan wang,permintaan agregat meningkat. Pada masa yang sama penawarabn
agregat tidak dapat ditambah kerana ekonomi telah mencapai GTP maka harga akan meningkat, inflasi
berlaku.
ii. Inflasi tolakan kos : Berlaku Kenaikan dalam kos
A/b berlaku kenaikan kos, faktor pengeluaran seperti bahan mentah & bahan api serta kos buruh, firma akan
mengurangkan pengeluaran, maka penawaran agregat dipasaran turut menurun, pengeluar menaikan harga
keluaran untuk mengelakkan penangungan beban kos, pengeluaran yang tinggi.
iii. Inflasi diimport : Berlaku Kenaikan Harga barang yang diimport/ nilai matawang asing.
A/b harga barang & bahan mentah yang diimport mengalami kenaikan harga, maka penjual didalam negara
akan memindahkan kos atau perbezaan harga tersebut kepada pengguna dengan menaikkan harga barang.
Keadaan ini menyebabkan inflasi berlaku.

KESAN INFLASI TERHADAP EKONOMI

i.Kos sara hidup meningkat
Harga barang dan perkhidmatan meningkat serta kos mendapatkan juga meningkat kesannya kos sara hidup
juga meningkat
ii.Taraf hidup masyarakat menurun
Kos atau beban yang ditanggung untuk kelangsungan hidup bertambah kesannya berlaku penurunan kualiti
kesihatan, pendidikan, Y perkapita dan kemiskinan.
iii. Pertumbuhan ekonomi
PE yang baik, AD bertambah dan kegiatan ekonomi bertambah ekonomi bertambah maka PE bertambah, PE
yang perlahan harga barang dan faktor yang mahal kos keluaran bertyambah pengeluaran barang dan
perkhidmatang berkurang.

LANGKAH – LANGKAH MENGAWAL INFLASI

a) Dasar Kewangan Kuantitatif
i. Kadar Bank
BNM menaikkan kadar bank meningkatkan kos pinjaman, meningkatkan kadar faedah kepada peminjam,
Pelaburan akan menurun, Yn menurun inflasi dapat diatasi.
ii. Nisbah Rizab Berkanun
menaikkan nisbah rizab berkanun & nisbah harta mudah cair, mengurangkan wang tunai bank perdagangan,
AD berkurangan & inflasi diatasi.
iii. Funding
mengurangkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka pendek & menambahkan pengeluaran sekuriti jangka
panjang, mengurangkan kecairan dan penawaran wang, inflasi dapat diatasi.

b) Dasar Kewangan Kualitatif
i. Kawalan Kredit Terpilih
Halang orang ramai beli secara kredit ansurans dengan cara meningkatkan bayaran minimum pendahuluan,
mengurangkan jumlah pinjaman & mengurangkan tempoh bayaran balik
ii. Kawalan Gadai Janji
Menyekat orang ramai membeli harta tetap dengan cara mengetatkan syarat gadai janji
iii. Kawalan Keperluan Margin
Menghalang orang ramai membeli saham secara berlebihan dengan meningkatkan keperluan margin.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

BAB 3

KESAN PAB TERHADAP EKONOMI

Kesan Positif
i) Berlaku Perkembangan teknologi
Penggunaan teknologi baru akan meningkatkan daya pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran.
Wujud persaingan yang sihat dalam penggunaan teknologi yg lebih moden.
ii) Peningkatan kualiti barang
Kualiti brg bertambah baik dan mampu bersaing di pasaran antarabangsa.
iii) Pertumbuhan ekonomi
Peningkatan eksport bersih akan meningkatkan AE dan seterusnya meningkatkan Yn melalui proses
pengganda.

Kesan Negatif
i) Persaingan kepada industri muda
Keupayaan pengeluaran terbatas, kemahiran buruh rendah, dan kurang mendapat kepercayaan masyarakat,
tidak mampu bersaing dengan industri yg lama dan stabil kerana kurang kepakaran, teknologi dan AC yg
masih tinggi.
ii) Wujud Lambakan barang asing
Aktiviti menjual barang di negara asing dgn hg yg lebih rendah dari kos pengeluaran, terlalu byk brg asing
dgn hg murah dipasaran tempatan menyebabkan brg keluran tempatan tiada permintaan.
ii) Peluang pekerjaan yg terbatas
Akibat kemelesetan / lambakan menyebabkan industri tempatan menerima kesan negatif, firma akan
mengurangkan keluaran dan mengehadkan pengambilan buruh. Pengangguran akan meningkat.

LANGKAH MENGAWAL PAB

i) Galakan eksport
Pemberian insentif fiskal seperti pengurangan cukai korporat, wujud zon pdgn bebas seperti FTZ di Bayan
Lepas, kemudahan infra fizikal & institusi utk pameran & nasihat seperti MIDA
ii) Penggantian Import
Dasar utk mempelbagaikan eko & m< import, mengeluarkan brg pengguna yg mudah & m< pergntungan
import
iii) Dasar perlindungan
Melindungi industri yg mengeluarkan brg utk pasaran tempatan atau luar negara, halang kemasukan brg
import, baiki imbangan pdgn & pbyrn.

KESAN PERUBAHAN KADAR PERTUKARAN ASING TERHADAP EKONOMI

i) RM Merosot (Kenaikan KPA)

RM diperlukan byk utk mendapat satu unit mata wang asing, kesan kepada nilai RM murah nilai wang asing
mahal, kesan hg ex murah dan hg import relatif mahal, wujud lebihan SS m/wg asing, eksport bertambah,
GT bertambah & Yn meningkat

ii) RM Meningkat (kejatuhan KPA )

RM diperlukan sedikit utk mendapat satu unit mata wang asing, kesan kepada nilai RM mahal dan nilai
m/wang asing murah, hg eksport mahal dan hg import relatif murah, wujud lebihan DD m/wang asing,
eksport berkurangan, GT merosot & YN menurun.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

BAB 4

SUMBANGAN PKS KEPADA EKONOMI NEGARA

i) Meningkatkan Hasil Negara
PKS memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan ekonomi negara dan melalui cukai yang
dibayar.
ii) Mengurangkan Pergantungan Kepada Import
PKS mampu memajukan industri penggantian import kerana PKS dapat mengeluarkan pelbagai jenis barang
yang dahulunya tidak dihasilkan di dalam negara dan perlu diimport dari luar negara.
iii) Menyediakan Peluang Pekerjaan
ini dapat meningkatkan guna tenaga, mengurangkan kadar pengangguran, keluaran negara meningkat dan
pertumbuhan ekonomi meningkat.

MASALAH PKS

i) Kekurangan modal dan sumber kewangan
Pengusaha PKS sukar mendapatkan modal kerana tidak memiliki cagaran yang kukuh dan tidak mempunyai
rancanagan perniagaan yang lengkap.
ii) Masalah lokasi
Lokasi yang tidak sesuai dan sah di tempat yang diperuntukkan. Contohnya, bangunan kediaman, ruang yang
sempit dan aduan masyarakat setempat.
iii) Kekurangan kepakaran dan tenaga mahir
Pengambilan pekerja yang kurang mahir disebabkan tidak mampu membayar gaji dan syarat perkhidmatan
yang baik berbanding syarikat besar.

PROGRAM MEMBANGUNKAN PKS

i) Program Rantaian Industri
Mengalakkan penyertaan PKS sebagai pembekal yang berwibawa dan berdaya saing bagi membekalakan
peralatan dan komponen atau perkhidmatan kepada syarikat besar dan syarikat multinasional.
ii) Program Infrastruktur
Membantu PKS menjalankan operasi perniagaan di kawasan atau premis yang diluluskan.
iii) Program peningkatan kemahiran
Meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja PKS di peringkat teknikal dan pengurusan dalam bidang
kritikal.

AGENSI YANG TERLIBAT DENGAN PKS

i) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Menyediakan tapak perniagaan seperti pasar borong dan pasar tani untuk membantu dalam aktiviti
pemasaran produk PKS.

ii)SMIDEC
Menyediakan program latihan dan kursus kepada pengusaha kecil dan sederhana dalam bidang teknologi
maklumat, reka bentuk industri dan pemasaran.

iii) Institut MARDI
Membuat penyediaan untuk menghasilkan bijih benih bermutu dan memberi perkhidmatan kepakaran dan
khidmat nasihat.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

BAB 5

FUNGSI DAN PERANAN INSTITUSI KEWANGAN :

Fungsi institusi kewangan:

(i) Perantara Kewangan
Iaitu menerima deposit daripada unit lebihan dana dan memberi pinjaman kepada unit yang
mengalami kekurangan dana.
Contoh : Bank perdagangan menerima deposit daripada orang ramai dan memberi pinjaman
kepada individu yang layak.

(ii) Penyerakan risiko
Iaitu menyalurkan pelbagai bentuk pinjaman seperti pinjaman perniagaan ke atas pelaburan dan
pinjaman individu.
Contoh : Bank perdagangan memberi pinjaman overdraf, pinjaman bercagar,pinjaman individu
kepada pelanggan.

(iii) Perkongsiaan risiko
Iaitu menerima dana dalam bentuk premium daripada pemegang polisi insurans dan membayar
pampasan sebagai jaminan perlindungan kewangan sekiranya risiko yang diinsuranskan berlaku.
Contoh: Syarikat insurans membayar pampasan kepada pemegang polisi insurans yang
mengalami kemalangan

PERANAN LAIN INSTITUSI KEWANGAN

i. Kos menjalankan perniagaan
Mengumpul dana dan menjadikan sumber kewangan/ kos yang boleh dipinjamkan dalam bentuk jangka
pendek dan panjang kepada sector swasta dan kerajaan untuk menjalankan perniagaan atau pelaburan.
ii. Sumber kewangan keepada pihak kerajaan
Untuk membiayai belanjawan kewangan dan projek pembangunan dalam bentuk pinjaman seperti sekuriti
kerajaan, bil-bil perbendaharaan dan sijil I.
iii. Merupakan sumber kewangan kepada pihak swasta
Memberi pinjaman kepada swasta dalam bentuk sekuriti hutang koporatdan sekuriti ekuiti dan memberikan
pinjaman kepada syarikat korporat dan PKS

MASALAH MENDAPATKAN KREDIT PINJAMAN

i. Masalah cagaran
Sesetengah bank mengenakan syarat cagaran yang agar ketat untuk dijadikan jaminan kepada peminjam, jika
tidak mempunyai cagaran yang mencukupi, maka pemohon bagi suatu pinjaman bercagar tidak dapat
diluluskan.
ii. Masalah penyediaan kertas kerja
Kebanyakan bank dan institusi memerlukan peminjam menyediakan kertas kerja untuk menyakinkan bank,
bahawa peminjam berupaya untuk membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Ramai pemoohon
pinjaman tidak dapat menyediakan kertas kerja yang lengkap seperti yang dikehendaki kerana tiada
kemahiran.
iii. Prosedur pinjaman yang rumit
Pihak bank akan membuat penilaian dan penapisan yang ketat sebelum kelulisan diberikan. Dokumen
sokongan yang dikemukakan oleh peminjam yang tidak mencukupi/lengkap.
iv. Pembayaran balik kredit
Pihak bank mengenakan syarat pembayaran balik kredit yang ketat seperti pembayaran mengikut masa yang
ditetapkan. Penalti/tambahan caj dikenakan kepada peminjam yang lewat.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

BAB 6

PUNCA-PUNCA KEMISKINAN

i. Akses pasaran yang terhad
Penduduk luar Bandar dan pendalaman sukar untuk memasarkan hasil pengeluaran,kesanya jualan terhad
dan penapatan yang diperolehi turut berkurangan. Ini menyebabkan keadaan mereka tetap miskin.
ii. Teknologi yang rendah
Ini meyebabkan daya pengeluaran terhad dan tidak optimum. Hasil pengeluaran yang dikeluarkan sedikit dan
tidak dapat menampung kos pengeluaran kesanya keuntungan yang diperolehi tetap rendah. Ini
menyebabkan keadaan mereka miskin.
iii. Kekurangan modal
Kebanyakan penduduk luar Bandar merupakan petani dan pekebun kecil. Mereka menghadapi kesukaran
untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan untuk memperoleh sumber ciptaan manusia dan
teknologi bagi meningkatkan daya pengeluaran. Hal ini menghalang mereka daripada meningkatkan hasil
pengeluaran dan pendapatan mereka.
iv. Taraf pendidikan yang rendah
Kebanyakan belia di luar bandar tidak berminat untuk belajar dan ada juga yang terpaksa berhenti sekolah
untuk mengusahakan kegiatan ekonomi bagi membantu ibu bapa mereka menyara hidup keluarga. Keadaan
pendidikan yang rendah menyebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan kelayakan pendidikan untuk
mendapat pekerjaan yang berpendapatan lebih tinggi.

CARA DASAR KERAJAAN MENGATASI KEMISKINAN

i. Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru(DEB) bertujuan untuk membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan
menambah peluang-peluang pekerjaan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat Malaysia
untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.
ii. Dasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasional (DPN) adalah kesinambungan strategi asas DEB, iaitu membasmi kemiskinan,
menyusun semula masyarakat,memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antaran kaum bagi
memperkukuh lagi perpaduan negara, serta mewujudkan corak pembangunan yang lebih seimbang yang
merangkumi aspek-aspek kritikal.
iii. Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negara merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas (DEB dan DPN) yang
tujuan untuk mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatuu padu,progresif dan makmur yang dapat hidup
dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

CONTOH BERANGKA

BAB 1 MENGHITUNG KADAR PENGANGGURAN

Definisi : Kadar Pengangguran ialah kadar tenaga buruh yang tidak mempunyai pekerjaan. Kadar
pengangguran dihitung dengan menggunakan rumus yang berikut:

Formula : Kadar Pengangguran = ℎ ℎ− ℎ x 100
ℎ ℎ

Contoh berangka

Sektor 2007(org) 2008(org)
Guna tenaga 11, 398.0 11,579.5
Tenaga buruh 11, 775.1 11,967.5

Tahun 2007 = 11,775.1−11,398.0 x 100 = 3.20%
11,775.1

Tahun 2008 = 11,967.5−11,579.5 x 100 = 3.24%
11,967.5

Rumusan : Kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 2007( 3.20%) meningkat pada tahun 2008
(3.24%) .

BAB 1 MENGHITUNG UPAH BENAR

Definisi : Upah Benar ialah mengukur kuasa beli upah wang untuk mendapatkan sejumlah barang dan
perkhidmatan

Formula : Upah benar= ℎ ℎ x Upah wang
ℎ ℎ

Contoh Berangka

Tahun Indeks Harga pengguna Upah nominal(RM) Upah Benar(RM)
2005 100 RM3500 RM3500
2006 145.8 RM3500 RM 2,400.55

Upah benar tahun 2006 =114050.8 x 3,500 =RM 2,400.55

Rumusan : Kenaikan indeks harga pengguna dari tahun 2005(100) hingga 2006(145.8) telah menurunkan
upah benar.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

BAB 2 MENGHITUNG KADAR INFLASI

Definisi : Kadar inflasi ialah ukuran tentang perubahan dalam tingkat harga umum pada satu tahun
berbanding tahun sebelumnya.

Formula: − −1 x100
−1

Contoh Berangka

Tahun IHP Kadar Inflasi(%)
2010
2011 100 -
112 1121−00100x100=12%

Rumusan : Kenaikkan Indeks Harga Pengguna menyebabkan kadar inflasi meningkat pada tahun 2011
iaitu 12% .

BAB 2 MENGHITUNG BELANJAWAN NEGARA

Definisi : Belanjawan negara ialah kedudukan kewangan yang menunjukkan perbezaan antara anggaran
jumlah hasil dengan anggaran jumlah perbelanjaan pada suatu tahun tertentu.

Formula : Belanjawan negara/ Belanjawan Kerajaan Persekutuan
= Jumlah hasil – Jumlah perbelanjaan(mengurus+pembangunan)
Akaun semasa kerajaan persekutuan = Jumlah hasil – perbelanjaan mengurus.

Contoh berangka

Tahun Hasil (RM juta) Perbelanjaan Perbelanjaan Belanjawan negara (RM juta)
2009 158 639 mengurus pembangunan
2010 (RM juta) (RM juta) 158 639 – (157 067 + 49 515)
49 515 = - 47 943
157 067 -44 772
52 792
159 653 151 633

Rumusan :

Belanjawan negara mengalami defisit jika jumlah perbelanjaan kerajaan melebihi daripada hasil yang
diperoleh.

Belanjawan negara mengalami lebihan jika hasil yang diperoleh melebihi jumlah perbelanjaan yang
dibuat.

Belanjawan negara mengalami seimbang apabila jumlah hasil yang diperoleh menyamai jumlah
perbelanjaan yang dibuat.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

BAB 5 MENGHITUNG KETERBUKAAN EKONOMI

Definisi : Keterbukaan ekonomi mengukur sejauh mana sesebuah negara bergantung kepada aktiviti
import dan eksport.

Keterbukaan ekonomi dapat diukur dengan menggunakan nisbah eksport kepada keluaran dalam negeri kasar
(KDNK) atau nisbah eksport tambah import kepada KDNK.

Formula : Eksport / KDNK

Butiran Nilai (RM juta) Keterbukaan Ekonomi
Eksport 710 119 Nisbah eksport terhadap KDNK
= RM 710 119 juta / RM 833 113 juta == 0.85
Import 608 919
KDNK pada harga pasaran 833 113

Rumusan : Semakin besar nisbah eksport kepada KDNK , maka semakin besar darjah keterbukaan
ekonomi iaitu tahap pergantungan ekonomi pada negara luar adalah tinggi dan sebaliknya.

SOALAN KAJIAN KES/HUBUNGAN

BAB 2

JELASKAN HUBUNGAN KOS SARA HIDUP DENGAN TARAF HIDUP (4m)

Kos Sara Hidup ialah jumlah perbelanjaan/kos yang terpaksa ditanggung oleh seorang atau sebuah keluarga
untuk memenuhi keperluan asas.

Taraf Hidup ialah sejauh manakah ukuran perbandingan seseorang yang hidup pada sesuatu masa dan
tempat tertentu, dapat memenuhi keperluan kehidupan mereka.

Hubungan kos sara dan taraf hidup ialah songsang dimana apabila kos sara hidup tinggi maka taraf
hidupnya rendah dan apabila kos sara hidup rendah maka taraf hidupnya tinggi.

BAB 2

JELASKAN SECARA RINGAKAS PERKAITAN HASIL DAN PERBELAJAAN KERAJAAN
DENGAN KONSEP BELANJAWAN (4m)

Belanjawan ialah suatu rancangan tentang anggaran hasil dan perbelanjaan kerajaan untuk suatu tahun yang
akan datang.

Belanjawan = Jumlah hasil – jumlah perbelajaan ( mengurus dan pembangunan )

Sekiranya jumlah perbelanjaan kerajaan melebihi jumlah hasil yang diperoleh maka wujud belanjawan
kurangan/ defisit.

Sekiranya jumlah perbelanjaan kerajaan kurang dari jumlah hasil yang diperoleh maka wujud belanjawan
lebihan .

Sekiranya jumlah perbelanjaan kerajaan meyamai jumlah hasil yang diperoleh maka wujud belanjawan
seimbang.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

BAB 3

JELASKAN AKAUN DAGANGAN, PERKHIDMATAN DAN AKAUN PENDAPATAN.
BAGAIMANA KETIGA-TIGA INI MEMBENTUK AKAUN SEMASA. (6 m)

Akaun dagangan ialah akaun yang mencatatkan perbezaan antara jumlah nilai eksport nampak dengan
jumlah nilai import nampak.

Akaun perkhidmatan ialah akaun yang mencatatkan perbezaan antara jumlah nilai eksport tak nampak
dengan jumlah nilai import tak nampak.

Akaun pendapatan ialah akaun yang mencatatkam pendapatan daripada pelabur (I langsung, I portfolio
dan I lain) dan bayaran/pampasan kepada pekerja (gaji, upah dan faedah lain)

Akaun semasa ialah satu rekod yang merekodkan semua urus niaga yang melibatkan Akaun Dagangan,
Akaun Perkhidmatan, Akaun Pendapatan dan Pindahan Bersih

Maka ketiga-tiga akaun ini akan membentuk Imbangan Akaun semasa ialah Imbangan Akaun Dagangan
+ Imbangan Akaun Perkhidmatan + Imbangan Akaun Pendapatan.

BAB 6

JELASKAN PERKAITAN PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) DENGAN KONSEP
KEMISKINAN (4m)

PGK ialah pendapatan yang setakat mencukupi untuk memperoleh keperluan asas seperti makanan, pakaian
dan tempat tinggal.

Kemiskinan ialah suatu keadaan isi rumah tidak berkemampuan memenuhi minimum keperluan asas
meliputi makanan dan bukan makanan ( tempat tinggal dan pakaian )

PGK terdiri dari PGK makanan dan PGK bukan makanan

Jika pendapatan bulanan isi rumah < PGK nya ( makanan dan bukan makanan) = miskin

Jika pendapatan bulanan isi rumah< PGK makanan = miskin tegar

BAB 6

DENGAN CONTOH, JELASKAN HUBUNGAN PEKALI GINI DENGAN AGIHAN PENDAPATAN
DI SESEBUAH NEGARA . (4m)

Pekali Gini merupakan suatu ukuran serahkan statistik agihan pendapatan di mana nilai pekali Gini berada
antara 0-1.

Pekali gini bernilai 0 menunjukkan agihan pendapatan yang saksama manakala pekali Gini bernilai 1
menunjukkan agihan pendapatan yang tidak saksama

Contoh : Pekali Gini negara A dan negara B masing masing 0.34 dan 0.33 maka agihan pendapatan negara A
lebih atau saksama berbanding negara B

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

STPM (P) 2013

1. (a)Berikan maksud indeks harga pengguna dan inflasi dan apakah hubungan kedua-

duanya? [3]

Indeks harga pengguna bermaksud mengukur perubahan purata harga sekumpulan barang dan
perkhidmatan dalam pasaran untuk tempoh setahun.

Inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga umum yang berterusan dan tidak terbatas pada sesuatu
tahun berbanding tahun asas.

Hubungan antara indeks harga pengguna dengan inflasi ialah hubungan langsung/positif dimana
semakin tinggi indeks harga penggna, semakin tinggi inflasi dan sebaliknya.

(b) Berikan 3 kegunaan maklumat indeks harga pengguna dan inflasi [3]

i) Mengukur taraf hidup
ii) Mengukur nilai wang benar/ kuasa beli/ upah benar
iii) Mengukur kos sara hidup

2) a)Jelaskan faktor kenaikan kadar inflasi semasa ekonomi mencapai tingkat guna tenaga

penuh. [2]

Berlaku peningkatan permintaan agregat dalam negara yang tidak diikuti dengan kenaikan
dalam penawaran aggregat kerana ekonomi telah mencapai GTP. Ini menyebabkan kenaikan
harga dan kesanya meningkakan harga barang dan perkhidmatan.

b) Nyatakan empat kesan negatif inflasi kepada negara. [4]

Kesan inflasi kepada negara:

i) Kos sara hidup meningkat
ii) Taraf hidup masyarakat menurun
iii) Pertumbuhan ekonomi merosot
iv) Nilai wang merosot

3. a) Nyatakan dua tujuan dasar perlindungan yang diamalkan dalam [2]
perdagangan antarabangsa.

Dua tujuan dasar perlindungan yang diamalkan dalam PAB ialah:
i) Melindungi industri baharu/ muda.
ii) Memperbaiki imbangan pembayaran.

b) Bagaimana tarif dan subsidi eksport dapat perbaiki imbangan [4]
pembayaran negara.

Tarif .
Apabila tarif dikenakan, harga barang import akan lebih mahal, maka jumlah import akan
berkurangan. Kerajaan dapat mengurangkan pembelian barang import dan pengaliran wang ke
luar dapat dielakkan. Ini dapat membaiki imbangan pembayaran negara.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

Susbidi eksport.
Subsidi eksport akan mengurangkan tanggungan kos penggeluar dan seterusnya
menurunkan harga barang eksport. Maka kegiatan eksport melebihi import di Malaysia dan
meningkatkan pengaliran wang asing ke dalam negara. Ini dapat membaiki imbangan
pembayaran negara.

4) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi imbangan akaun semasa di Malaysia [6]

Tiga faktor yang mempengaruhi imbangan akaun semasa di Malaysia ialah:

a) Harga eksport meningkat

Jika harga eksport meningkat, kuantiti eksport akan berkurangan, imbangan akaun dagangan
defisit, ini akan menjejaskan imbangan akaun semasa.

b) Harga import jatuh

Jika harga import jatuh, kuantiti import akan meningkat, imbangan akaun dagangan defisitini
akan menjejaskan imbangan akaun semasa.

c) Kadar tukaran asing jatuh

Apabila kadar tukaran meningkat, harga eksport murah, eksport akan meningkat dan import
akan berkurangan imbangan akaun dagangan defisit ini akan menjejaskan imbangan akaun
semasa.

5. Huraikan tiga kangkah kerajaan untuk memajukan PKS di Malaysia. [6]

Tiga langkah kerajaan untuk memajukan PKS di Malaysia ialah;

a) Mewujudkan sistem vendor seperti vendor Proton pada tahun 1998 dan lain-lain
syarikat mutinasional dalam pelbagai bidang.

b) Mewujudkan program bantuan modal melalui penubuhan institusi seperti Bank
SME

c) Memberi bantuan khidmat nasihat melalui penubuham SMIDEC dan PKEN.

6 a) Berikan maksud kemiskinan relatif [2]

Kemiskinan relatif ialah perbandingan taraf hidup atau kebajikan sesuatu
kumpulan berbanding dengan kumpulan lain.
Diukur menggunakan nisbah perbezaan pendapatan mengikut kumpulan pendapatan,
kumpulan etnik dan penghuni bandar dan luar bandar.

(b) Jelaskan 2 punca yang menyebabkan kemiskinan relatif [4]

Dua punca kemiskinan relatif ialah :

i) Akses pasaran yang terhad
Penduduk luar bandar dan pendalaman sukar untuk memasarkan hasil
pengeluaran, kesanya jualan terhad dan pendapatan yang diperolehi turut
berkurangan. Ini menyebabkan keadaan mereka tetap miskin.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

ii) Teknologi yang rendah
Ini menyebabkan daya pengeluaran terhad dan tidak optimum. Hasil pengeluaran
yang dikeluarkan sedikit dan tidak dapat menampung kos pengeluaran kesanya
keuntungan yang diperolehi tetap rendah . Ini menyebabkan keadaan mereka tetap
miskin.

7. a) Andaikan upah nominal tahun 2009 ialah RM 3800 dan pada tahun 2010 ialah RM 4100.

(i) Hitung upah benar tahun 2009 dan tahun 2010 [3]

Formula: Upah benar = 100/ indeks harga tahun semasa x upah wang

Tahun Kadar upah benar (RM)

2009 100/112.1 x 3800 = RM3389.83

2010 RM3596.49

(ii) Apa rumusan berdasarkan jawapan pada (a) (i) [2]
Kadar upah benar meningkat dari RM 3389.83 pada tahun 2009 ke RM 3596.49 pada tahun
2010 meningkat sebanyak RM 206.66. Upah benar meningkat jika tingkat harga umum
merosot dan sebaliknya.

b) (i) Hitung peratus kenaikan upah benar dan upah nominal tahun 2009 dan tahun 2010.
[3]

Formula: Upah tahun semasa-upah tahun sebelum/ upah tahun sebelum x 100

% upah benar = RM 3596.49- RM 3389.83/ RM 3389.83 x 100

= RM 206.66/ RM 3389.83 x 100 = 6.10%

% upah nominal = RM 4100- RM 3800/ RM 3800 x 100

= RM 300/ RM 3800 x 100 = 7.89%

(ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada b (i)

Peratus kenaikan upah nominal (7.89%) lebih tinggi berbanding peratus kenaikan upah
benar (6.10%)

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

8) Jadual di bawah menunjukkan peratus sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) kepada Keluaran Dalam Negeri(KDNK) antara tahun 2003 hingga tahun 2008 dan
bilangan PKS pada tahun 2005 di Malaysia.

Tahun Sumbangan PKS kepada KDNK (%) KDNK(RM juta)
2003 28.70 418769
2004 28.90 474049
2005 29.40 522445
2006 29.90 574441
2007 31.10 642049
2008 31.40 742470

a) i) Hitung nilai sumbangan PKS kepada KDNK pada tahun 2005 dan tahun 2008. [2]

Tahun Nilai sumbangan PKS kepada KDNK (RM juta)
2005
2008 (Nilai sumbangan PKS /100 x KDNK)

2190.400x522445=153598.83

233135.58

ii) Hitung kadar pertumbuhan nilai sumbangan PKS dari tahun 2003 hingga tahun 2008.

Tahun Kadar Pertumbuhan nilai sumbangan PKS (%)

2003 − −1x100
2004 −1
2005
2006 -
2007
2008 137000.16−120186.70x100=13.99%

120186.70

12.12%

11.82%

16.26%

16.76%

b) Hitung peratusan PKS dalam ketiga-tiga sektor pada tahun 2005. [2]

Sektor Peratusan PKS dalam sektor (%)
ℎ x100
Pertanian 53448128687x100=6.24%
Pembuatan
7.18%

Perkhidmatan 86.58%

c) Nyatakan tiga langkah kerajaan bagi meningkatkan pertumbuhan PKS. [3]

i) Program Rantaian Industri,
ii) Program Pembangunan pemasaran
iii) Program Peningkatan Kemahiran.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

STPM 2013(U)

1. (a) Apakah maksud pengangguran geseran dan pengangguran tak ketara? [2]

Pengangguran geseran ialah keadaan tenaga buruh tidak bekerja dalam sesuatu jangka masa apabila
berlaku perpindahan pekerjaan / mendapat kerja yang lebih baik.

Pengangguran tak ketara ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan untuk menjalankan sesuatu
kegiatan ekonomi melebihi tenaga buruh yang sebenarnya diperlukan.

(b) Berikan dua faktor yang menyebabkan pengangguran geseran berlaku dan dua
faktor pengangguran tak ketara berlaku. [4]
Faktor pengangguran geseran
Pekerja mencari pekerjaaan yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran.
Terdapat peluang pekerja yang lebih baik.
Kurang maklumat /maklumat tidak sempurna tentang peluang-peluang pekerja.

Faktor pengangguran tak ketara
Berlaku kemelesatan ekonomi dan peluang pekerjaan yang kurang.
Kurangnya mobiliti buruh akibat masalah pengangkutan.
Kehadiran tenaga buruh/ penawaran buruh yang berlebihan.

2. (a) Jelaskan dua faktor yang menyebabkan inflasi tolakan kos berlaku dan dua faktor inflasi
diimport berlaku. [4]

a) Inflasi tolakan kos

Kenaikan harga bahan mentah kerana ia sukar diperoleh.
Kenaikan upah buruh akibat tuntutan kesatuan sekerja.
Hal ini menyebabkan kos pengeluaran ditanggung oleh firma meningkat. Firma menaikan harga
barang dan perkhidmatan yang dijual dan wujud inflasi tolakan kos.

b) Inflasi Import

Berlaku inflasi di negara yang mengeksport
Berlaku kenaikan nilai mata wang asing.
Ini menyebabkan harga barang yang dibawa masuk ke dalam negara turut meningkat, kesanya
pengeluar menaikkan harga brg dan pkhtn dan wujud inflasi tolakan kos.

(b) Kadar inflasi antara 2 hingga 3 baik kerana [2]
i) Tidak membebankan pengguna kerana penggunaan akan meningkat.

Peningkatan penggunaan menyebabkan permintaan agregat meningkat dan, pengeluar akan
meningkat pengeluaran dan kesan pertumbuhan ekonomi meningkat.

ii) Memberikan insentif kepada pelabur kerana akan berlaku peningkatan pengeluaran dan akhirnya
pertumbuhan ekonomi meningkat.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

3. Huraikan tiga strategi galakan eksport yang dilaksanakan oleh oleh kerajaan
Malaysia.[6]
Tiga galakan eksport yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah:

i) Pemberian insentif fiskal.
Skim yang ditawarkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pengeksportan dan membantu firma

untuk bersaing secara efektif di peringkat antarabangsa contohnya pergurangan cukai keuntungan
korporat, elaun, cukai pelaburan, skim jaminan eksport.

ii) Infrastruktur fizikal dan institusi
Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi eksport dengan tujuan untuk menggalakkan

para pelabur mempromiskan produk Malaysia di pasaran a/bangsa.Contoh MIDA dan MATRADE

iii) Skim pembiayaan semula kredit eksport.
Skim ini memberikan kemudahan kepada pengeksport untuk mendapatkan dana segera bagi

mengeksport produk yang dijual secara kredit.Contoh EXIM Bank.

iv) Mewujudkan zon perdagangan bebas (FTZ).
Contohnya FTZ Bayan Lepas dan Jelapang dengan semua kemudahan, pengangkutan dan

infrastruktur yang lengkap.

4. (a) Nyatakan dua masalah yang sering dihadapi oleh perusahaan kecil sederhana di

Malaysia [2]

i) Kekurangan modal dan sumber kewangan terhad kerana tiada cagaran/ penjamin/

pengusaha bermodal kecil

ii) Penggunaan teknologi yang lemah dan usang dan ini merendahkan produktiviti.

iii) Masalah pekerja yang kurang kemahiran dan pusing ganti pekerja yang tinggi.

(b) Dua Sumbangan PKS pada ekonomi sesebuah negara [4]

i) Meningkatkan hasil negara.
PKS memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan ekonomi negara
dan melalui cukai yang dibayar.

ii. Mengurangkan pergantungan kepada import
PKS mampu memajukan industri penggantian import kerana PKS dapat
mengeluarkan pelbagai jenis barang yang dahulunya tidak dihasilkan di dalam
negara dan perlu diimport dari luar negara.

iii. Menyediakan peluang pekerjaan
Ini dapat meningkatkan guna tenaga, mengurangkan kadar pengangguran,
keluaran negara meningkat dan pertumbuhan ekonomi meningkat.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

5. Huraikan tiga masalah yang dihadapi oleh peminjam untuk mendapatkan kredit daripada
institusi kewangan. [6]

Tiga masalah mendapatkan kredit ialah:

(i) Masalah cagaran

Sesetengah bank mengenakan syarat cagaran yang agak ketat untuk dijadikan jaminan kepada
peminjam, jika tidak mempunyai cagaran yang mencukupi , maka pemohon bagi suatu pinjaman
bercagar tidak dapat diluluskan.

(ii) Masalah penyediaan kertas kerja

Kebanyakan bank dan institusi memerlukan peminjam menyediakan kertas kerja untuk menyakinkan
bank , bahawa peminjam berupaya untuk membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Ramai
pemohon pinjaman tidak dapat menyediakan kertas kerja yang lengkap seperti yang dikehendaki
kerana tiada kemahiran.

(iii) Prosedur pinjaman yang rumit

Pihak bank akan membuat penilaian dan penapisan yang ketat sebelum kelulusan diberikan. Dokumen
sokongan yang dikemukakan oleh peminjam yang tidak mencukupi/lengkap.

iv) Pembayaran balik kredit

Pihak bank mengenakan syarat pembayaran balik kredit yang ketat seperti pembayaran mengikut masa
yang ditetapkan.Panalti/tambahan caj dikenakan kepada peminjam yang lewat.

6 a) Apakah maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif? [2]

Kemiskinan mutlak ialah kekurangan pendapatan untuk memenuhi sara hidup di
mana pendapatan yang diterima kurang dari PGK .

Kemiskinan relatif ialah perbandingan pendapatan purata dan bahagian pendapatan
antara berbagai-bagai kumpulan penduduk sama ada mengikut etnik, kawasan
kediaman, strata dan sebagainya.

b) Huraikan perbezaan pengukuran antara kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif.[2]

Perbezaan pengukurannya ialah kemiskinan mutlak diukur berdasarkan pendapatan di
bawah garis kemiskinan manakala kemiskinan relatif diukur berdasarkan tingkat
pendapatan setiap kumpulan isirumah.

c) Berikan dua langkah untuk mengatasi masalah kemiskinan mutlak. [2]

i) Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
ii) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
ii) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
iii) Kumpulan Wang Amanah Murid (KWAM)

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

7. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia mengikut kumpulan barangan
dari tahun 2007 hingga tahun 2010.

Tahun Keseluruhan Makanan Pakaian Kesihatan Pengangkutan
2007 105.7 106.5 97.3 103.7 113.6
2008 111.4 115.9 96.8 106.0 123.6
2009 112.1 120.7 95.9 108.4 112.0
2010 114.0 123.6 94.6 110.1 113.8

(a) (i) Berikan maskud inflasi (1m)
Suatu kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dan tidak terbatas.

(ii) Hitung kadar inflasi tahun 2008 hingga tahun 2010 [2]

Tahun Kadar Inflasi =
2008
2009 ℎ ℎ − ℎ ℎ x 100
2010 ℎ ℎ

= 111.4−105.7 x 100 =5.39%
105.7

= 112.1−111.4 x 100 =0.63%
111.4

= 114.0−112.1 x 100=1.69%
112.1

(iii) Jelaskan arah aliran kadar inflasi [1]

Indeks harga pengguna pada tahun 2008 telah menurun pada tahun 2009 iaitu daripada 5.39% ke
0.63% tetapi kembali meningkat pada 1.69% pada tahun 2010

(b) Hitung peratus kenaikan harga barangan makanan, kesihatan, dan pengangkutan pada tahun
2010 dan rumuskan jawapan anda. (3m)

Barangan Peratus Kenaikan harga barangan (%)
Makanan
= 123.6−120.7 x 100 = 2.40%
120.7

Kesihatan = 110.1−108.4 x 100 =1.57%
108.4

Pengangkutan = 113.8−112.0 x 100 = 1.61%
112.0

Didapati pada tahun 2010 berlaku kenaikan harga makanan, kesihatan dan pengangkutan .

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

(c) Sekiranya pendapatan sebulan pekerja meningkat dari RM 2000 pada tahun 2009 kepada RM
2500 pada tahun 2010, hitung peratusan peningkatan pendapatan bulanan benar pekerja tersebut. [3]

Tahun Pendapatan benar = ℎ 100 x Upah Wang
2009

= 100 x 2000 =RM 1,784.12
112.1

2010 = 100 x 2500 =RM 2,192.98
114.0

Peratusan Peningkatan Pendapatan Benar =

− x 100 (%)


= 2,192.98−1,784.12 x 100 =22.92%
1,784.12

8. Jadual di bawah menunjukkan data kadar pertukaran asing antara Malaysia dan Singapura dari
tahun 2005 hingga tahun 2010.

Tahun Kadar pertukaran dalam RM bagi 1 Dolar
Singapura(S$)
2005 2.25
2006 2.27
2007 2.30
2008 2.29
2009 2.38
2010 2.46

(a) Apakah maksud kadar pertukaran asing [1]

Harga mata wang asing disebut dalam sebutan nilai mata wang negara itu sendiri.

(b) Hitung kadar pertukaran bagi RM 1 kepada Dolar Singapura pada tahun 2005 hingga 2010.
Rumuskan jawapan anda [4]

Tahun Kadar Pertukaran 1RM dalam sebutan Dolar Singapura ( $S)
2005 =2.125 = $0.44
2006
2007 = 2.127= $0.44
2008
2009 = 2.130= $0.43
2010
= 1 =$0.44
2.29

= 1 =$0.42
2.38

= 1 =$0.41
2.46

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

Kadar pertukaran bagi RM1 kepada Dolar Singapura tidak konsisten, dimana menurun dari tahun
2005 hingga tahun 2007 , iaitu 0.44$ kepada 0.43$ kemudian meningkat kembali pada tahun 2009
iaitu 0.44$ dan menurun kembali kepada 0.41$ pada tahun 2010.

(c) Jika kadar pertukaran berubah kepada RM2.70/Dolar Singapura pada tahun 2011,
(i) Hitung kadar pertukaran bagi RM1 kepada Dolar Singapura. Jelaskan Jawapan
anda. [2]

Tahun Kadar pertukaran bagi RM1 kepada Dolar

Singapura

2011 = 1 = 0.37$
2.70

Didapati kadar pertukaran bagi RM1 kepada Dolar Singapura pada tahun 2011 menurun berbanding

tahun-tahun sebelumnya, dimana Rm1 persamaan 0.37$ Dolar Singapura. Hal ini kerana nilai mata

wang Dolar Singapura telah meningkat dari tahun sebelumnya.

(ii) Berdasarkan (c)(i), berikan kesan perubahan kadar pertukaran tersebut kepada eksport dan
import Malaysia ke Singapura.[2]

Eksport Malaysia ke Singapura meningkat kerana nilai mata wang Ringgit Malaysia murah manakala
import Malaysia relatif menurun kepada kerana nilai mata wang Dolar Singapura relatif mahal

(d) Jika Ahmad mempunyai wang sebanyak RM1,200, berapakah jumlah Dolar Singapura yang
dapat ditukarkan jika kadar tukaran ialah S$1= RM 2.70? (1M)

Wang Ahmad =RM 1,200
Kadar tukaran 1Dolar = RM2.70

1,200

= 2.70 = RM 444.44

STPM 2014 (P)

1. a) Berikan maksud upah nominal dan upah benar [2]

Upah nominal ialah jumlah pembayaran dalam bentuk nilai wang kepada buruh setelah memberi
sumbangan dari segi fizikal dan mental.

Upah benar adalah kuasa beli atau keupayaan upah wang untuk memperoleh sejumlah barang dan
perkhidmatan yang diperlukan.

b) Terangkan dua faktor yang membezakan upah mengikut sektor [4]

i) Perbezaan kekuatan kesatuan sekerja

Kesatuan sekerja di sektor perkilangan yang kuat menyebabkan buruh dapat menikmati upah yang
tinggi manakala upah buruh di sektor pertanian rendah kerana kuasa kesatuan sekerjanya kurang .

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

ii) Perbezaan daya pengeluaran dan penggunaan teknologi yang tinggi

Penggunaan teknologi yang tinggi di sektor perkilangan menyebabkan daya pengeluaran meningkat,
kesanya upah di sektor tersebut tinggi berbanding di sektor pertanian kurang menggunakan teknologi
menyebabkan daya pengeluaran berkurang seterusnya upah yang diterima juga lebih rendah.

2. Huraikan kesan inflasi ke atas

a) Pertumbuhan ekonomi

Inflasi menjejskan pertumbuhan ekonomi di mana pulangan pelaburan dalam negara akan merosot
disebabkan kadar faedah meningkat manakala inflasi sederhana akan mendorong pertumbuhan
ekonomi kerana berlaku pertambahan dalam pelaburan dan dapat meningkatkan pendapatan negara.

b) Golongan penghutang

Inflasi memberi keutungan kepada golongan penghutang sekiranya kadar faedah pinjaman tidak
berubah, maka penghutang akan perlu membayar hutang pada kadar bunga yang rendah (nilai wang
sebenar yang dibayar lebih kecil)

c) Golongan persara

Inflasi menjejaskan golongan persara yang berpendapatan tetap, di mana tingkat pendapatan benar /
kuasa beli golongan persara akan berkurangan membayar balik dengan nilai wang yang tinggi

3) a) Apakah yang dimaksudkan dengan keterbukaan ekonomi dan bagaimana ia diukur? [2]

Keterbukaan ekonomi ialah mengukur sejauh mana ekonomi sesebuah negara bergantung pada
sektor luar atau PAB melalui sektor eksport dan import.

Darjah keterbukaan ekonomi diukur melalui nisbah jumlah perdagangan terhadap KDNK sesebuah
negara iaitu E+M/ KDNK

b) Huraikan 2 kesan negatif perdagangan antarabangsa kepada ekonomi negara. [4]

i) Pendapatan negara melalui sektor eksport terdedah dengan kitaran perniagaan antarabangsa. Sekiranya
berlaku krisis kewangan dunia akan menjejaskan rakan dagang yang lain.

ii) Harga barang eksport/import/permintaan/penawaran yang tidak stabil/turun-naik boleh memberi kesan
kepada nilai eksport/import dan akhirnya kepada pendapatan negara.

iii) Proses globalisasi dan liberalisasi dalam perdagangan dunia telah memberikan persaingan yang hebat
untuk meluaskan pasaran. Kesukaran bersaing antara syarikat kecil/negara membangun dengan negara
besar /negara maju.Kesanya pendapatan negara juga terjejas.

4) a) Jelaskan maksud kadar pertukaran tetap dan kadar pertukaran boleh ubah [4]
SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

Maksud kadar pertukaran tetap ialah merupakan kadar pertukaran asing yang ditetapakan oleh kerajaan
.Contoh : kerajaan menetapkan mata wang domestik kepada mata wang negara terpilih

Maksud kadar pertukaran boleh ubah ialah sistem pertukaran dimana kadar petukaran ditentukan oleh
kuasa permintaan dan penawaran mata wang asing/ mekanisme pasaran.Contoh : lebihan permintaan
wang asing akan meningkatkann harga mata wang asing dan menurunkan nilai mata wang tempatan.

b) Nyatakan dua kesan kenaikan kadar pertukaran asing terhadap ekonomi negara. [2]

i) Meningkatkan saya saing eksport di mana hg eksport akan menurun, kuantiti eksport akan
meningkat, pendapatan negara akan bertambah.

ii) Mengalakkan aliran masuk modal asing ke dalam negara
iii) Imbangan dagangan semakin baik
iv) Sektor perlancongan meningkat dan kesanya imbangan perkhidmatan semakin

baik.

5) Jelaskan perbezaan antara Syarikat Sendiran Berhad dengan Syarikat Awam Berhad dari aspek
yang berikut

a) Bilangan ahli [2]
b) Pemilikan Saham [2]
c) pindah milik saham [2]

Aspek Syarikat Sendirian Syarikat Awam Berhad
Bilangan ahli Berhad 2 hingga tidak terhad

2-50 orang

Pemilikan saham Terhad kepada individu Terbuka kepada orang
Pindah milik saham sahaja ramai

Agihan ikut saham yang Bebas jual beli di Bursa
dipegang Saham

6) Berikan dua peranan agensi pemberi kredit yang berikut :

i) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Memberi bantuan modal kepada pengusaha dikalangan golongan miskin dan
berpendapatan rendah.
Memberi latihan dan khidmat nasihat untuk memulakan perniagaan.

ii) Syarikat Ar- Rahnu
Menyimpan barang gadaian tanpa faedah.
Memberi pinjaman jangka pendek berdasarkan gadaian emas.

iii) Koperasi
Memberi pinjaman kepada anggota.
Memberi kemudahan kredit untuk membeli barang dengan harga yang lebih rendah.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

7. a) Berikan maksud tenaga buruh dan guna tenaga (2m)

Tenaga buruh ialah penduduk yang berumur 15 hingga 64 tahun yang layak bekerja tidak termasuk
pelajar, pesara, orang kurang upaya dan suri rumah

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam proses pengeluaran.

b) i) Hitung jumlah guna tenaga bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 (2m)

Tahun Jumlah Guna Tenaga
GT Pertanian + GT Perlombongan & kuari + GT Pembuatan + GT Pembinaan

+ GT Perkhidmatan

2008 1487.7 + 54.5 + 1944.7 + 998.0 + 6174.6 = 10659.5 ribu orang
2009 1471.1 + 62.7 + 1807.1 + 1015.9 + 6540.3 = 10897.1 ribu orang

2010 1475.1 + 55.3 + 1879.7+ 1019.0 + 6700.5 = 11129.6 ribu orang

ii) Hitung kadar pengangguran bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 (3m)

Tahun Kadar Pengangguran =TB – GT / TB x 100 (%)

2008 11028.1 – 10659.5 / 11028.1 x 100 = 3.34%
2009 11315.3 – 10897.1 / 11315.3 x 100 = 3.70%
2010 11517.2 – 11129.6 / 11517.2 x 100 = 3.37%

iii) Hitung peratus jumlah penduduk yang dikategorikan sebagai “di luar tenaga buruh” pada
tahun 2008, 2009 dan 2010 (3m)

Tahun % Jumlah Penduduk (di luar tenaga buruh)
Jum.Penduduk – TB / Jum.Penduduk x 100 (%)
2008
2009 27540.6 x 100 = 59.96%
2010 27849.9 x 100 = 59.37%

28039.1 x 100 = 58.92%

8. Jadual menunjukkan nilai Eksport, Nilai Import dan KDNK dari tahun 2006 sehingga tahun 2009

Tahun Nilai Eksport(RM Juta) Nilai Import(RM Juta) KDNK(RM Juta)
2006 669 505 539 443 574 441
2007 706 382 574 172 642 049
2008 766 096 594 160 742 470
2009 655 336 508 927 679 938

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

(a) (i) Hitung kadar pertumbuhan eksport negara dari tahun 2007 hingga tahun 2009 (2m)

Tahun Kadar Pertumbuhan Eksport Negara
2007
2008 = ℎ − ℎ x100
2009 ℎ

= 706 382−669 505 x 100
669 505

=5.51%

= 766 096−706 382 x 100
706 382

= 8.45%

= 655 336−766 096 x 100
766 096

= -14.46%

(ii) Terangkan arah aliran pertumbuhan eksport (1m)

Pertumbuhan eksport pada tahun 2007 adalah 5.51% meningkat kepada 8.45% pada tahun 2008 tetapi
kembali menurun pada tahun 2009 kepada -14.46%

(iii) Nyatakan dua alasan kemerosotan nilai eksport tahun 2009 (2m)
Berlaku peningkatan dalam nilai matawang Ringgit Malaysia
Kurangnya subsidi eksport daripada kerajaan

(b) Hitung kadar Pertumbuhan KDNK dari tahun 2007 hingga tahun 2009 (2m)

Tahun Kadar pertumbuhan KDNK = ℎ − ℎ x 100
2007 ℎ

2008 = 642 049−574 441 x 100
574 441

=11.76%

= 742 470−642 049 x 100
642 049

=15.64%

2009 = 679 938−742 470 x 100
742 470

= -9.20%

(c) (i) Hitung darjah keterbukaan ekonomi (2m)

Tahun Darjah Keterbukaan Ekonomi Negara =
2007
2008
=760462 382 =1.1
2009 049

= 766 096 =1.0
742 470

= 655 336 =0.9
679 938

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

(ii) Rumusan berdasarkan (c)(i) (1m)

Darjah keterbukaan ekonomi negara semakin menurun dari tahun 2007 iaitu 1.1 kepada 0.9 pada tahun
2009. Hal ini menunjuk kebergantungan negara terhadap perdagangan antarabangsa semakin
berkurangan.

STPM 2014(U)

1. a) Apakah maksud upah minimum dan mengapakah kadar upah minimum ini diperlukan? [2]

Upah minimum ialah upah terendah yang akan dijadikan standard oleh pengusaha untuk menentukan upah
yang sebenarnya dari pekerja/buruh yang bekerja diperusahaanya.

Tujuan diperlukan ialah untuk memenuhi keperluan asas kehidupan atau dapat melepasi pendapatan garis
kemiskinan.

b) Terangkan sebab upah minimum berbeza mengikut

i) Wilayah [2]

Perbezaan kos sara hidup contohnya kos sara hidup di semenanjung Malaysia lebih tinggi dari di Sabah/
Serawak atau kos sara hidup dibandar lebih tinggi berbanding kos sara hidup di luar bandar.

ii) Sektor ekonomi [2]

i) Perbezaan produktif di mana sektor ekonomi yang produktifnya tinggi mampu membayar upah
yang lebih tinggi dari sektor ekonomi yang produktifnya rendah.

ii) Perbezaan keanjalan penawaran di mana sektor yang anjal dari segi pengeluaran
dimana cepat bertindak balas kepada pengeluaran mampu membayar upah yang
lebih tinggi.

2. Jelaskan tiga kesan negatif dasar belanjawan kurangan kepada negara. [6]

i) Peningkatan beban hutang kerajaan persekutuan
Apabila perbelanjaan kerajaan melebihi hasil yang diperolehi maka negara perlu
berhutang.

ii) Peningkatan harga umum
Permintaan agregat meningkat maka tingkat harga umum akan meningkat.

iii) Peningkatan kadar bunga pinjaman
Apabila pinjaman meningkat, permintaan terhadap dana meningkat dan kesannya
kadar bunga pinjaman turut meningkat.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

3. Jelaskan tiga jenis inflasi di Malaysia [6]

Inflasi Tarikan Permintaan

Merujuk kepada kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan dalam permintaan
aggregat (AD). Kenaikan AD berpunca dari kenaikan dalam pelaburan, perbelanjaan kerajaan, penawaran
wang dan sebaginya.

Inflasi Tolakan Kos

Merujuk kepada kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan dalam penawaran
aggregat (AS) akibat peningkatan dlm kos pengeluaran. Kenaikan dalam kos pengeluaran disebabkan
oleh kenaikan dalam harga bahan mentah, upah buruh dan sebagainya.

Inflasi Yang Dimport

Merujuk kepada kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh peningkatan harga barang yang
diimport dan kenaikan nilai mata wang asing.

4. Terangkan kesan kenaikan nilai Ringgit Malaysia terhadap

a) Imbangan dagangan [2]

Imbangan dagangan semakin buruk kerana harga export relatif mahal barbanding harga import. Ini
menyebabkan permintaan export menurun. Esport bersih negatif dan kesanya imbangan dagangan turut
defisit.

b) Aliran masuk modal [2]

Aliran masuk modal ke Malaysia berkurangan kerana kos pelaburan yang mahal. Kesanya akaun
pendapatan pelaburan turut mengalami defisit.

c) Hutang negara [2]

Hutang negara menjadi semakin rendah dan menguntungkan peminjam, peningkatan nilai RM
menyebabkan nilai hutang semakin rendah kerana pembayaran hutang berdasarkan kepada kadar
pertukaran semasa.

5. Jelaskan dua peranan agensi kerajaan yang berikut untuk membantu Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) berkembang:

a) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) [2]
Menyediakan tapak perniagaan seperti pasar borong dan pasar tani
Membantu dalam aktiviti pemasaran produk produk IKS

b) SMIDEC [2]
Menyelaras pembangunan IKS
Menyediakan program latihan dan khursus.

c) Institut (MARDI) [2]
Membuat penyediaan untuk menghasilkan bijih benih bermutu.
Memberi perkhidmatan kepakaran dan khidmat nasihat.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

6. Jelaskan tiga perbezaan antara bank perdagangan dengan syarikat kewangan.[6]

Bank perdagangan menawarkan deposit semasa manakala syarikat kewangan tidak menawarkan deposit
semasa.

Kadar bunga bank perdangangan yang rendah manakala kadar bunga syarikat kewangan lebih
tinggi.
Bank perdagangan memberi pinjaman overdraf manakala syarikat kewangan tidak memberi
pinjaman overdraf.

7. a) i) Terangkan maksud industri berasaskan sumber dan industri bukan berasaskan
sumber.[2]

Maksud industri berasaskan sumber ialah industri yang menggunakan bahan mentah manakala
maksud industri bukan berasaskan sumber ialah industri yang menggunakan input barang separuh
siap.

ii) Nyatakan dua contoh industri pembuatan yang berasaskan sumber dan industri pembuatan
yang bukan berasaskan sumber. (2m)

Industri berasakan sumber Industri pembuatan yang bukan berasaskan sumber
- Industri berasakan kayu - Industri automotif
- Kilang kelapa sawit - Industri barangan elektronik

b) i) Hitung peratus guna tenaga bagi industri berasaskan sumber dan industri bukan
berasaskan sumber bagi tahun 2000, 2005 dan 2010. [3]

Tahun (berasaskan sumber) Formula: Guna tenaga/ Jum Guna Tenaga X 100
(%)
2000
2005 1186.6/2567.6 X 100 = 46.21%
2010 45.46%
47.39%

Tahun (bukan berasaskan sumber) Formula: Guna tenaga/ Jum Guna Tenaga X 100
2000 1319.4/2567.6 X 100 = 51.39%
2005 51.99%
2010 50.03%

ii) Nyatakan jenis industri yang lebih tinggi peratus guna tenaganya. [1]

Industri bukan berasaskan sumber

iii) Berdasarkan (b)(i), jelaskan arah aliran peratus guna tenaga bagi industri berasaskan sumber
dan industri bukan berasaskan sumber dari tahun 2000 hingga 2010.[2]

Pada tahun 2000 peratus guna tenaga ialah 51.39% dan meningkat pada tahun 2005 iaitu 51.99% dan
menurun pada tahun 2010 iaitu 50.03%

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

8 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna, indeks harga pengeluar dan pendapatan
kasar isi rumah di Malaysia.

Tahun Indeks harga pengguna Indeks harga pengeluar Pendapatan kasar isi
(2005=100)
2006 103.6 (2005=100) rumah (RM/bulan)
2007 105.7
2008 111.4 103.8 -
2009 112.1
2010 114.0 111.2 3686

125.8 -

112.2 4025

120.9 -

(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

a. (i)Hitung kadar inflasi negara berdasarkan indeks harga pengeluar dari tahun 2007
hingga 2009 [2]

Tahun Kadar inflasi − − x 100 (%)

2007
111.2−103.8 x 100 =7.13%
2008 103.8
2009
13.13%
-10.8%

ii) Berdasarkan (a)(i), nyatakan arah aliran kadar inflasi tersebut [1]

Inflasi meningkat dari tahun 2007 ke 2008 dan kemudian menurun dari tahun 2008 ke tahun
2009.

iii) Berikan dua alasan kadar inflasi tinggi dari tahun 2007 hingga 2009 [2]

Berlaku kenaikan harga petroleum dunia
Kenaikan harga bahan mentah makanan seperti minyak masak

(b) (i) Hitung kadar inflasi negara berdasarkan indeks harga pengeluar dan indeks harga
pengguna pada tahun 2010. [2]

Tahun Inflasi berdasarkan indeks harga pglr Inflasi bersarkan indeks harga pengguna
2010
− −1 X 100 − −1 X 100
−1 −1

120.9−112.2 X 100 =7.75% 1.69%
112.2

ii) Berdasarkan (b) (i),berikan satu sebab mengapa terdapat perbezaan yang ketara dalam
kadar inflasi berdasarkan kedua-dua indeks harga tersebut.[1]

Untuk indeks harga pengguna terdapat kawalan oleh kerajaan terhadap harga barang pengguna
melalui pemberian subsidi

Untuk indeks harga pengeluar ia berbeza/ meningkat disebabkan kenaikan harga petroleum dunia
dan ia tidak dikawal oleh kerajaan.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

c) Hitung pendapatan benar isi rumah pada tahun 2007 dan tahun 2009.[1]

X Pendapatan negara kasar


Pendapatan benar tahun 2007 = 100 x 3686 = RM 3487.2
105.7

Pendapatan benar tahun 200 = 100 x 4025 = RM 3590.5
112.2

STPM 2015 (P)

1. Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi masalah pengangguran di Malaysia. [6]

a) Kadar pertumbuhan tenaga buruh yang lebih cepat berbanding kadar pertumbuhan ekonomi.
Kesanya peluang pekerjaan yang wujud tidak dapat menampung kadar pertumbuhan tenaga
buruh yang tinggi.

b) Kekurangan skil dan kemahiran/pendidikan
Kesanya menghadkan pilihan peluang pekerjaan

c) Ketidak sepadanan di antara kehendak majikan dengan penawaran tenaga kerja.
Kesanya tenaga buruh tidak dapat memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.

2. Terangkan bagaimana dasar –dasar yang berikut boleh mengawal inflasi:

a) Dasar Kawalan Harga [2]

b) Dasar fiskal [4]

a) Kerajaan boleh menetapkan harga barang kawalan melalui dasar harga maksimum iaitu kerajaan
menetapkan harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan/pasaran. Penetapan harga ini
bertujuan untuk menstabilkan harga dipasaran.

b) Dasar fiskal

i) Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
Ini akan menyebabkan perbelanjaan Aggregat (AE) dan permintaan aggregat (AD) akan
menurun. Pendapatan negara akan menurun dan akhirnya harga akan menurun. Inflasi dapat
dikawal.

ii) Meningkatkan kadar cukai
Ini menyebabkan pendapatan boleh guna / penggunaan masyarakat menurun, perbelanjaan
Aggregat (AE) dan permintaan aggregat (AD) turut akan menurun, pendapatan negara akan
menurun dan akhirnya harga akan menurun. Inflasi dapat dikawal.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

3. Terangkan dasar-dasar perdagangan antarabangsa yang berikut dan berikan satu contoh bagi

setiap dasar tersebut.

a) Dasar perlindungan [3]

b) Galakan Eksport [3]

a) Dasar perlindungan ialah satu dasar melindungi produk tempatan daripada persaingan produk asing.
Sekatan ini akan mengurangkan penawaran barang import dan meningkatkan penawaran industri
tempatan.
Ini dapat melindungi industri muda/ industri strategik.
Contoh dasar perlindungan ialah tariff import, kuota, kawalan pertukaran asing dan embargo.

b) Galakan eksport ialah dasar meningkatkan daya saing barang ekport negara di pasaran antarabangsa.
Tujuan mengembangkan sektor eksport/meluaskan pasaran antarabangsa dan membaiki defisit
imbangan pembayaran.
Contoh: Program Latihan Industri, Skim Jaminan Eskport, Kemudahan maklumat dan promosi oleh
MATRADE.

4. Jelaskan tiga program kerajaan untuk membantu pembagunan perusahaan kecil dan
sederhana.[6]
a) Program rantaian industri
Konsep vendor/payung di mana industri besar dan industri PKS saling membantu.
b) Program Infrastuktur
Pihak kerajaan menyediakan kemudahan prasarana untuk perniagaan.
c) Program pembagunan dan perolehan teknologi
Pihak kerajaan menyediakan kemudahan telekomunikasi dan maklumat serta teknologi dalam
pengeluaran.
d) Program pembagunan pemasaran
Pihak kerajaan menyediakan kemudahan untuk memasarkan produk. Contoh pasar tani.
e) Program peningkatan kemahiran
Pihak kerajaan memberi latihan,kursus,seminar kepada pengusaha PKS. Contoh mengurus
akaun, pergurusan kewangan, pemasaran dan latihan dalam pengeluaran.

5. a) Huraikan dua peranan bagi setiap institusi kewangan yang berikut:

(i) Intitusi perbankan. [2]

(ii) Intitusi kewangan bukan perbankan. [2]

b) Berikan satu contoh bagi setiap istitusi pada (a)(i) dan (a)(ii) [2]

a (i) Peranan institusi perbankan
- menerima dan menyimpan deposit
- memberi pinjaman
- membuat dan menerima bayaran bagi pihak pelanggan
- menguruskan pertukaran asing

(ii) Peranan institusi bukan perbankan
- menerima deposit
- mengalakkan tabungan
- mengalakkan pelaburan
- sumber kewangan kepada pasaran modal
- memberi perlindungan nyawa/harta benda/ risiko

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

b. Contoh (a)(i) bank perdagangan/bank saudagar/syarikat kewangan
Contoh (a)(ii) Syarikat kewangan/Syarikat takaful/ BSN/ LUTH

6. Jelaskan tiga punca kemiskinan [6]

a) Kekurangan akses pasaran
Ketidakupayaan memasarkan produk menyebabkan pendapatan rendah dan mewujudkan
masalah kemiskinan.

b) Kekurangan modal
Sukar memulakan dan mengembangkan perniagaan menyebabkan pendapatan rendah dan
mewujudkan masalah kemiskinan.

c) Tahap teknologi pengeluaran yang rendah
Menyebabkan daya pengeluaran dan tingkat keuntungan yang rendah sehingga gagal keluar dari
kemiskinan seperti pertanian sara diri.

d) Tahap pendidikan yang rendah
Menyebabkan kesukaran mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi/ terpaksa bekerja
dengan upah yang rendah. Ini menyebabkan pendapatan rendah dan mewujudkan masalah
kemiskinan.

7. Jadual di bawah menunjukkan hasil cukai, perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembagunan dari
tahun 2010 hingga tahun 2012.

Tahun Hasil cukai Hasil bukai Perbelanjaan Perbelanjaan
(RM juta) cukai mengurus pembagunan

(RM juta) (RM juta) (RM juta)

2010 109 516 50 138 159 654 52 792

2011 134 885 50 735 182 594 46 416

2012 152 493 54 753 202 617 49 822

a) Hitung belanjawan negara dari tahun 2010 hingga tahun 2012. [4]
Tahun Jumlah Belanjawan Negara = Jumlah hasil – Jumlah Perbelanjaan

2010 (109 516+ 50 138) = -RM 52 792 juta

2011 -RM 43 390 juta

2012 -RM 45 193 juta

b) Berdasarkan jawapan anda pada (a)

(i) apakah arah aliranya [1]

Defisit belanjawan negara semakin menurun dari tahun 2010 hingga 2011 dan defisit belanjawan

meningkat semula pada tahun 2012.

(ii) nyatakan jenis belanjawan dan satu sumber untuk menampung belanjawan tersebut.[2]
Jenis belanjawan ialah belanjawan kurangan/ defisit.
Sumber negara menampung belanjawan defisit ialah :

a) pinjaman dalam negeri contohnya dari KWSP
b) pinjaman luar negeri melalui penjualan bon kepada sektor asing
c) Penjualan harta/aset kerajaan

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

iii) Hitung peratusan sumbangan hasil cukai terhadap jumlah hasil keseluruhan kerajaan dari

tahun 2010 hingga tahun 2011.

Tahun Sumbangan hasil cukai (%)

2010 109 516/159 654 x100 = 68.60% @ 68.59

2011 134 885/185 620 x100 = 72.67

8. Jadual di bawah menunjukkan data imbangan akaun semasa di Malaysia dari tahun 2003 hingga
tahun 2005.

Butiran Tahun 2003 RM juta Tahun 2005
397 969 Tahun 2004 533 380
Eksport 300 207 409 380
Import -13 300 481 240 -9937
Imbangan akaun perkhidmatan -22 537 376 766 -23 833
Pendapatan -9 300 -8 780 -17 776
Pindahan Bersih 395 017 -24 549 494 544
Jumlah Keluaran dalam Negara -14 633
Kasar (KDNK) 449 544

a) (i) Hitung eksport bersih dari tahun 2004 hingga tahun 2006 . [3]

Eksport Bersih 2004 2005
(RM juta) 104 474 124 068

(ii) Jelaskan rumusan anda berdasarkan jawapan pada a(i) [1]

Eksport bersih menunjukkan imbangan akaun dagangan adalah bernilai positif/lebihan

b) Hitung imbangan akaun semasa dari tahun 2003 hingga tahun 2005. [4]

Imbangan akaun 2003 2004 2005
semasa 50 625 56 512 72 522

(RM juta)

c) Berikan dua faktor yang menyebabkan defisit dalam imbangan akauan perkhidmatan.[2]
(i) Defisit dalam akaun perjalanan/insurans/perkapalan
(ii) Defisit dalam akaun perkhidmatan lain seperti bayaran pindahan/kepakaran asing, urus
niaga/perkhidmatan lain.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

STPM 2015 (U)

STPM 2015 (U) [3]
1. Huraikan kesan buruk pengangguran kitaran kepada: [3]

(a) Taraf hidup masyarakat
(b) Tenaga buruh
Jawapan Cadangan:

a) Taraf hidup mesyarakat merosot /turun/ terjejas

Pengangguran mengurangkan keluaran/ pendapatan negara. Kesanya pendapatan per kapita
negara merosot dan kuasa beli turut merosot
Pengangguran yang tinggi meningkatkan kadar kemiskinan dalam negara kesanya jurang agihan
pendapatan meningkat.

b) Berlaku pembaziran tenaga buruh

Pengangguran menyebabkan berlakunya pembaziran sumber kerana tenaga buruh yang tidak
digunakan sepenuhnya.Kesanya ini akan meningkatkan kos latihan untuk meningkatkan semula
kemahiran buruh yang sedia ada.
Tenaga buruh akan hilang punca pendapatan, kesanya buruh tidak mampu membeli keperluan
asas dan terus berada dalam keadaan miskin, menambahkan masalah sosial seperti jenayah.

2. .‘ Kerajaan boleh menurunkan cukai pada satu tahun yang berkenaan. Oleh itu

pendapatan boleh guna rakyat meningkat. Permintaan Aggregat rakyat turut meningkat.
Ini menyebabkan harga umum barangan dan perkhidmatan meningkat’. STPM 2015 (U)

a) Berdasarkan situasi diatas, apakah masalah ekonomi yang berlaku?. [1]

b) Berdasarkan jawapan dalam (a), berikan jenisnya. [1]

c) Berdasarkan jawapan dalam (b), jelaskan dua faktor yang menyebabkan masalah

ekonomi itu berlaku. [4]

Jawapan Cadangan:

(a) Inflasi
(b) Inflasi Tarikan Permintaan
(c) Dua faktor yang menyebabkan inflasi tarikan permintaan ialah:

(i) Petambahan bekalan wang menyebakan kadar bunga turun, AE/AD meningkat dan kesanya
tingkat harga umum meningkat.

(ii)Pertambahan pelaburan menyebabkan AE/AD dan keluaran negara/pendapatan negara
meningkat dan kesanya tingkat harga umum meningkat.

(iii)Pertambahan perbelanjaan kerajaan menyebabkan AE/AD dan keluaran negara/
pendapatan negara meningkat dan kesanya tingkat harga umum meningkat.

3. Terangkan tiga kompenen dalam akaun semasa. STPM 2015(U) [6]

Jawapan Cadangan:

(i) Akaun dagangan/nampak iaitu merekodkan perbezaan nilai eskport barangan dengan nilai
import barangan.

(ii) Akaun perkhidmatan/tak nampak iaitu merekodkan perbezaan nilai eskport perkhidmtan
dengan nilai import perkhidmatan.

(iii) Akaun pendapatan iaitu merekodkan perbezaan jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran
pendapatan pelaburan / pampasan pekerja.

(iv) Akaun pindahan semasa ialah merekodkan jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran
bayaran pindahan seperti bantuan kewangan/kiriman pos.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

4. Terangkan dua masalah yang dihadapi oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia

dari setiap aspek yang berikut:

a) Pemasaran [2]

b) Bahan mentah [2]

c) Teknologi [2] STPM 2015 (U)

Jawapan Cadangan:

(a) (i) Produk PKS tidak mampu berdaya saing dengan perusahaan besar yang telah menguasai pasaran.
(ii)Akses pasaran yang terhad kerana kekurangan promosi pemasaran.
(iii) Lokasi pemasaran yang kurang dikunjungi pelanggan.

(b) (i) Membayar harga yang mahal daripada orang tengah
(ii) Tidak dapat membuat pembelian secara pukal kerana harga bahan mentah mahal
(iii)Sukar mendapat pembelian secara kredit.

(c) (i)Kaedah pengeluaran secara tradisional yang menggunakan buruh, ini menyebabkan daya
pengeluaran yang rendah.
(ii)Kurang peralatan moden dan canggih kerana kekurangan modal
(iii)Tiada kepakaran /kemahiran untuk mengendalikan mesin yang canggih keran kurang pendidikan
dan latihan.

5. Berbantukan contoh, terangkan dua fungsi institusi kewangan. [6] STPM 2015 (U)

Jawapan Cadangan:

(iv) Perantara Kewangan
Iaitu menerima deposit daripada unit lebihan dana dan memberi pinjaman kepada unit yang
mengalami kekurangan dana.
Contoh : Bank perdagangan menerima deposit daripada orang ramai dan memberi pinjaman
kepada individu yang layak.

(v) Penyerakan risiko
Iaitu menyalurkan pelbagai bentuk pinjaman seperti pinjaman perniagaan ke atas pelaburan dan
pinjaman individu.
Contoh : Bank perdagangan memberi pinjaman overdraf, pinjaman bercagar,pinjaman individu
kepada pelanggan.

(vi) Perkongsiaan risiko
Iaitu menerima dana dalam bentuk premium daripada pemegang polisi insurans dan membayar
pampasan sebagai jaminan perlindungan kewangan sekiranya risiko yang diinsuranskan berlaku.
Contoh: Syarikat insurans membayar pampasan kepada pemegang polisi insurans yang
mengalami kemalangan .

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

6. a) Jelaskan maksud pendapatan garis kemiskinan. [2]

b) Berbantukan contoh, terangkan sumber pendapatan bukan upah yang berikut:

i) Sewa [2]

ii) Bayaran Pindahan [2] STPM 2015(U)

Jawapan Cadangan:

a) Pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isirumah memenuhi keperluan asas dari
segi makanan, pakaian dan tempat tinggal.

b) (i) Sewa ialah pendapatan yang diterima oleh pemilik faktor pengeluaran yang
penawarannya terhad. Contohnya sewa tanah, sewa rumah.
(ii) Bayaran pindahan ialah pendapatan yang diterima oleh individu tanpa sebarang
sumbangan dalam proses pengeluaran.
Contoh: pencen yang diterima oleh pesara kakitangan awam/ biasiswa/ zakat/derma

7. Jadual di bawah menunjukkan data jumlah penduduk, penduduk dalam kumpulan 15-64 tahun, tenaga
buruh dan kadar pengangguran pada tahun 2012 dan tahun 2013.

Butiran Tahun 2012 2013
29 517.7 29 947.6
Jumlah penduduk (ribu orang) 20 155.5 20 501.0

Penduduk dalam kumpulan umur 15-64 13 201.9 13 735.7
3.0 3.1
tahun (ribu orang )

Tenaga buruh (ribu orang)

Kadar pengangguran (%)

a) Hitung jumlah penganggur pada tahun 2012 dan tahun 2013 [3]

b) Hitung guna tenaga pada tahun 2012 dan tahun 2013 [3]

c) Hitung kadar pertambahan guna tenaga pada tahun 2013. [2]

d) Nyatakan jenis pengangguran yang berlaku dari tahun 2012 hingga tahun 2013. Mengapakah

pengangguran tersebut berlaku. [2]

Jawapan Cadangan:

a)

Tahun Jumlah penganggur (ribu orang)
2012 3/100 x 13 201.9 = 396.06
2013 3.1/100 x 13 735.7 = 425.81
b)

Tahun Guna Tenaga (ribu orang)

2012 TB- jumlah penganggur
2013 13 201.9 - 396.06 = 12 805.84

13309.89

c) Kadar pertambahan guna tenaga pada tahun 2013

= Guna tenaga tahun 2013 − guna tenaga tahun 2012 100

guna tenaga tahun 2012

= 13 309.89 − 12 805.84 100 = 3.94%

2 805.84

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

d) Pengangguran Geseran
Sebab berlaku :
(i) Buruh berhenti kerja untuk mendapatkan kerja yang lebih baik dan sesuai dengan kelayakan
dan kemahiran yang ada.
(ii) Terdapat banyak peluang pekerjaan yang lebih baik.
(iii) Maklumat peluang pekerjaan yang tidak sempurna.
(iv) Ketidaksepadanan antara kemahiran buruh dengan kehendak industri.

8. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia mengikut kawasan dari
tahun 2009 hingga tahun 2012.

Tahun Kawasan Malaysia

Semenanjung Sabah Sarawak
Malaysia

2009 98.2 98.3 98.5 98.3

2010 100.0 100.0 100.0 100.0

2011 103.3 102.9 102.6 103.2

2012 105.0 104.6 104.4 104.9

a) (i) Hitung kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun 2012. [4]

(ii) Jelaskan arah aliran kadar inflasi dari tahun 2010 hingga tahun 2012. [2]

b) Pada tahun 2011, seorang pekerja bertugas di Kuala Terangganu dengan gaji RM6000 sebulan

dan pada tahun 2012 beliau telah berpindah ke Tawau, Sabah kerana mendapat

pekerjaan baharu dengan gaji RM 6500 sebulan.

(i) Hitung kadar upah benar pekerja itu di Terangganu pada tahun 2011. [2]

(ii) Hitung upah benar pekerja itu di Tawau pada tahun 2012. [1]

(iii) Berapakah perbezaan upah benar pekerja itu di Kuala Terangganu berbanding dnegan upah

benar pekerja itu di Tawau, Sabah?. [1]

Jawapan Cadangan:
a) (i) Kadar inflasi tahun 2010 hingga tahun 2012

Tahun Kadar inflasi (%)

2010 100-93/93 x100 = 1.73

2011 3.2

2012 1.65

(ii) Kadar inflasi meningkat dari tahun 2010 ketahun 2011 tetapi menurun dari tahun 2011 ke tahun

2012.

b) Upah benar (ii) Upah benar (2012) Tawau
100/104.6 X 6500 = RM 6214.15
(i) Upah benar (2011) Kuala Terangganu
100/103.3 x 6000 = RM 5808.33

(iii) Perbezaan upah benar
Upah benar Kuala Terangganu – Upah benar Tawau = RM 5808.33-RM 6214.15
= -RM 405.82
Atau
Upah benar Tawau – Upah benar Kuala Terangganu = RM 6214.15- RM 5808.33
= RM 405.82

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

STPM 2016 [6]

1. Nyatakan enam jenis pengangguran.

Jawapan Cadangan :

a) pengangguran struktur
b) pengangguran bermusim
c) pengangguran geseran
d) pengangguran kitaran
e) pengangguran teknologi
f) pengangguran tak ketara

2. Terangkan tiga kesan negatif inflasi terhadap ekonomi isirumah. [6]

Jawapan Cadangan :

a) Mengurangkan kuasa beli pengguna
Dengan jumlah wang yang sama pengguna semakin kurang memperoleh kuantiti barang dan
perkhidmatan / pengguna terpaksa berbelanja lebih untuk dapat barang dan perrkhidmatan yang
sama.

b) Kos sara hidup meningkat
Kos perbelanjaan untuk makanan, pakaian dan keperluan asas yang lain semakin tinggi akibat
kenaikan tingkat harga semasa inflasi.

c) Taraf hidup menurun
Pendapatan benar/upah benar terjejas menyebabkan kemampuan berbelanja merosot.

d) Tabungan berkurangan
Perbelanjaan semasa pengguna meningkat menyebabkan isirumah menggunakan simpanan/
tabungan untuk menampung perbelanjaan (makan tabungan)

3. Terangkan tiga kesan positif pardagangan antarabangsa kepada pengguna domestik.[6]

Jawapan Cadangan :

a) Mempelbagaikan pilihan pengguna
Pengguna dapat memilih barangan tempatan dan juga dapat menikmati barangan yang dimport.

b) Harga barangan lebih murah
Negara yang mempunyai kos pengeluaran yang rendah( pengkhususan/ faedah berbanding) akan
mampu mengeluarkan barangan dengan harga yang lebih rendah. Harga barangan import
menjadi lebih murah.

c) Menikmati barangan yang tidak dikeluarkan dalam negara.
Perbezaan sumber semula jadi, perbezaan tanah dan iklim akan menyebabkan produk yang
dikeluarkan berbeza. Negara yang tidak mengeluarkan barang tersebut akan dapat mengimport
barang tersebut.

c) Meningkatkan guna tenaga/mengurangkan pengangguran/kemiskinan.
Aktiviti perdagangan antarabangsa akan banyak menciptakan peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat, terutamanya peluang pekerjaan disektor pengangkutan dan perhotelan.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

4. Jelaskan unit perniagaan yang berikut dari aspek milikan dan modal:

a) Pemilikan tunggal [2]

b) Syarikat sendirian berhad [2]

c) Syarikat awam berhad [2]

Jawapan Cadangan :

a) Pemilikan tunggal

Milikan : Sorang individu/pemilik sendiri

Modal : Simpanan pemilik sendiri/ pinjaman dari keluarga atau saudara mara.

b) Syarikat sendirian berhad
Milikan : 2 hingga 50 ahli /pemegang saham
Modal : Ahli / pemegang saham melalui terbitan saham/ pinjaman dari institusi kewangan.

c) Syarikat awam berhad
Milikan: Minimum 2 orang pemegang saham dan tiada had maksimum.
Modal : Diperolehi melalui terbitan saham/bon/terbitan debentur/ penjualan
saham kepada orang awam melalui bursa saham.

5. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menghadapi masalah untuk mendapatkan

pembiayaan kredit daripada institusi kewangan. Terangkan tiga masalah PKS untuk

mendapatkan pembiayaan tersebut. [6]

Jawapan Cadangan :

(i) Masalah kekurangan cagaran

Pengusaha PKS tidak mempunyai harta atau aset seperti tanah dan rumah yang boleh dijadikan
cagaran kepada bank. Ini menyebabkan PKS sukar memperolehi pembiayaan dari institusi
kewangan.

(ii) Masalah penyediaan kertas kerja

PKS tidak dapat menyediakan kertas kerja yang lengkap kerana tiada kemahiran menyediakan
rancangan perniagaan bagi menerangkan keseluruhan projek perniagaan yang hendak
dijalankan. Ini menyebabkan PKS sukar memperolehi pembiayaan dari institusi kewangan.

(iii) Masalah Prosedur pinjaman yang rumit

Pemilik PKS perlu menyediakan dokumen lengkap yang berkaitan dengan kewangan bagi
menyokong jumlah pinjaman yang dimohon. Pihak bank akan membuat penilaian dan penapisan
yang ketat sebelum kelulusan diberikan. Kegagalan pengusaha PKS menyediakan dokumen
sokongan akan menyebabkan PKS sukar memperolehi pembiayaan dari institusi kewangan.

iv) Masalah Pembayaran balik kredit

Intitusi kewangan akan menilai kemampuan pengusaha PKS untuk membayar balik kredit
melalui pemantauan/ audit pulangan perniagaan dari masa ke semasa. Semasa ekonomi
menghadapi kemelesetan akan menyebabkan pulangan pengusaha PKS akan berkurangan. Ini
akan menyebabkan institusi kewangan mengurangkan jumlah kredit kepada pengusaha pada
masa hadapan.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

6. Terangkan tiga dasar kerajaan untuk membasmi kemiskinan. [6]

Jawapan Cadangan :

i) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
a) meningkatkan pendapatan dan menambahkan peluang pekerjaan untuk semua lapisan
masyarakat.
b) meningkatkan kemudahan infrastruktur, kesihatan, latihan dan pelajaran untuk
meningkatkan kualiti dan taraf hidup.

ii) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
a) mempertingkatkan latihan kemahiran kepada belia-belia luar bandar.
b) bantuan subsidi kepada golongan petani dan nelayan supaya produktiviti dan pendapatan
dapat dipertingkatkan.

iii) Dasar Wawasan Negara (DWN)
a) bantuan kerajaan kepada kelompok kecil di bandar dan luar bandar tanpa mengira
kaum.
b) bantuan kepada kelompok kecil yang terpencil seperti golongan minoriti orang asli dan
kumpulan minoriti di Sabah dan Sarawak.

iv) Dasar Pendidikan Negara (DPN)
a) melaksanakan latihan dan kemahiran untuk pembagunan modal insan
b) wajib mendapatkan pendidikan selama 12 tahun

v) Dasar Pertanian Negara
a) menekankan konsep pertanian adalah perniagaan dan sumber menjana pendapatan.
b) membuka tanah-tanah baru untuk pertanian dan mewujudkan peluang pekerjaan dan
memberi pendapatan kepada masyarakat.

7. Jadual dibawah menunjukkan hasil cukai langsung, cukai tak langsung dan hasil bukan cukai pada
tahun 2012 dan tahun 2013.

Tahun Cukai langsung Cukai tak langsung Hasil bukan cukai

(RM juta) (RM juta) (RM juta)

2012 116 937 34 706 56 270

2013 163 506 36 486 56 916

(Sumber : Laporan Ekonomi Malaysia, 2013/2014)

a) Nyatakan dua contoh cukai tak langsung [2]

b) Hitung jumlah hasil kerajaan pada tahun 2012 dan tahun 2013 [3]

c) (i) Hitung peratus sumbangan cukai langsung, peratus sumbangan cukai tak langsung dan

peratus sumbangan hasil bukan cukai kepada jumlah hasil kerajaan pada tahun 2013. [4]

(ii)Berdasarkan jawapan pada c(i), rumuskan sumbangan cukai-cukai tersebut kepada jumlah

hasil kerajaan. [1]

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

Jawapan Cadangan :

a) Cukai Tak langsung ialah duti import, duti eksport, cukai jualan, cukai perkhidmatan dan GST.

b) Jumlah hasil kerajaan persekutuan = (Cukai langsung+cukai tak langsung+hasil bukan cukai)

2012 2013

116,937 + 34 706 + 56 270 163,506 + 36,486 + 56,916

= RM 207.913 juta =RM 256,908 juta

c) (i) Peratus sumbangan cukai langsung, cukai tak langsung dan hasil bukan cukai.

Cukai Langsung Cukai Tak Langsung Hasil Bukan Cukai

163,506/ 256,908 x100 36, 486/256, 908 x100 56,916/256,908x100
=22.15%
= 63.64% =14.20%

(ii)Sumbangan cukai langsung lebih tinggi/terbesar/ terbanyak berbanding cukai tak
langsung dan hasil bukan cukai.

8. Jadual dibawah menunjukkan data eksport dan import barangan dan perkhidmatan serta Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) dari tahun 2012 hingga tahun 2015.

Butiran RM juta

Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun 2015

Eksport barangan dan 649 978 391 003 408 446
perkhidmatan

Import barangan dan 530 325 320 635 350 543
perkhidmatan

Jumlah KDNK 674 946 709 261 743 543

a) (i) Hitung kadar pertumbuhan eksport barangan dan perkhidmatan dan kadar pertumbuhan import

barangan dan perkhidmatan pada tahun 2013 dan tahun 2014. [5]

(ii)Berdasarkan (a)(i), terangkan arah aliran kadar pertumbuhan eksport dan arah aliran kadar

pertumbuhan import barangandan perkhidmatan. [1]

b) Berdasarkan nilai eksport dan nilai import barangan dan perkhidmatan, hitung darjah keterbukaan

ekonomi negara pada tahun 2013, tahun 2014 dan tahun 2015. [4]

Jawapan Cadangan

a) (i) 2014 2015
4.46
Kadar pertumbuhan 391 003−649 978 100 = -39.84
eksport (%) 649 978

Kadar pertumbuhan 320 635−530 325 100 = -39.54 9.33
import (%) 530 325

(ii)Kadar pertumbuhan eksport dan import semakin meningkat

b)

2013 2014 2015
1 @ 1.00 1.02
649 978 − 530 325 100

674 946

= 1.74 /1.75

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

STPM 2017

1 Encik Ahmad seorang kerani menerima gaji bulanan sebanyak RM1600, manakala Encik Abu
seorang inspektor polis menerima gaji bulanan sebanyak RM3050.

Terangkan tiga faktor yang membezakan gaji yang diterima oleh kedua-dua individu tersebut. [6]

Jawapan Cadangan :

a) Perbezaan dari segi tahap pendidikan dan latihan kemahiran
Abu sebagai inspektor yang berpendidikan tinggi dan mendapat latihan kemahiran seperti ijazah
mendapat upah yang lebih tinggi berbanding Ahmad yang berpendidikan rendah setakat SPM akan
mendapat upah yang rendah.

b) Perbezaan tanggungjawab
Abu sebagai inspektor mempunyai tanggungjawab besar seperti menjaga keselamatan dan
membasmi masalah jenayah akan mendapat upah yang lebih tinggi berbanding Ahmad yang bekerja
dipejabat dengan tanggungjwab yang rendah akan mendapat upah yang rendah.

c) Perbezaan risiko kerja
Abu sebagai inspektor mempunyai risiko kerja yang besar seperti berhadapan dengan penjenayah
dan ancaman akan mendapat upah yang lebih tinggi berbanding Ahmad yang berisiko rendah
sebagai kerani akan mendapat upah yang rendah.

2 Satu daripada dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menstabilkan ekonomi ialah
mengubah perbelanjaan kerajaan dan pencukaian.

(a) (i) Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan dasar kerajaan tersebut. [1]

(ii) Berdasarkan jawapan anda pada (a)(i), jelaskan bagaimana dasar tersebut boleh digunakan untuk

mengawal inflasi. [4]

(b) Nyatakan satu kesan buruk inflasi terhadap ekonomi. [1]

Jawapan Cadangan :
(a) (i) Dasar fiskal

(ii)
Menurunkan perbelanjaan kerajaan (G)

Kesannya perbelanjaan aggregat dan permintaan aggregat menurun, Yn negara merosot, harga
merosot dan inflasi dapat dikawal.

Menaikkan cukai (T)
Kesannya pendapatan boleh guna (Yd) dan penggunaan (C), perbelanjaan aggregat dan
permintaan aggregat menurun, Yn negara merosot, harga merosot dan inflasi dapat dikawal.

b) Kos sara hidup meningkat.
Taraf hidup menurun.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

3 Terangkan tiga dasar perdagangan yang menyebabkan keterbukaan ekonomi negara

semakin tinggi. [6]

Jawapan Cadangan :
a) Liberalisasi Perdagangan

Dasar ini akan melonggarkan sekatan perdagangan. Kesanya aktiviti PAB meningkat.
b) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN melalui pergurangan tarif. Kesanya aktiviti PAB
meningkat.
c) Galakan eksport
Dapat meningkat daya saing eskport tempatan di peringkat antarabangsa melalui aktiviti promosi
oleh MATRADE, kesanya aktiviti PAB meningkat.

4 (a) Berikan takrif Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi sektor pembuatan dari aspek

yang berikut:

(i) Nilai jualan tahunan [1]

(ii) Bilangan pekerja [1]

(b) Nyatakan dua agensi kerajaan yang membantu usahawan PKS dari aspek yang berikut:

(i) Memberikan pembiayaan atau pinjaman modal [2]

(ii) Memberikan khidmat nasihat perniagaan [2]

Jawapan Cadangan :

a) (i) Nilai jualan tahunan PKS sektor pembuatan tidak melebihi RM 50 juta.
(ii)Bilangan pekerja sepenuh masa PKS sektor pembuatan tidak melebihi 200 orang.

b) (i) SME Bank dan SMIDEC
(ii)FAMA dan MARDI

5 (a) (i) Nyatakan dua jenis pinjaman yang ditawarkan oleh bank perdagangan. [2]

(ii) Senaraikan dua agensi pemberi kredit selain bank perdagangan. [2]

(b) Mengapakah cagaran boleh menjadi satu masalah kepada peminjam untuk mendapatkan

kredit? [2]

Jawapan Cadangan :

a) (i) Pinjaman Overdraf dan Pinjaman bercagar
(ii)Koperasi, Bank Pelaburan, Syarikat Insurans dan AIM.

b) Tiada harta untuk dijadikan cagaran
Nilai harta cagaran tidak mencukupi.

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

6 Jelaskan bagaimana faktor-faktor yang berikut boleh menyebabkan berlakunya kemiskinan:

(a) Pendidikan [2]

(b) Teknologi [2]

(c) Akses pasaran [2]

Jawapan Cadangan :
a) Pendidkan rendah dan kesukaran mendapat pekerjaan yang sesuai dan tingkat gaji yang tinggi.

Bekerja dengan upah/pendapatan yang rendah dan ini mewujudkan kemiskinan.
b) Tahap teknologi rendah/ usang/ tradisional/ pertanian sara diri

Daya pengeluaran dan tingkat keuntungan rendah.Ini menyebabkan gagal keluar dari kemiskinan.
c) Akses pasaran yang terhad

Tidak berupaya memasarkan keluaran, kesanya pendapatan rendah dan ini mewujudkan kemiskinan.

Bahagian B [10 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

7 Jadual di bawah menunjukkan kadar pengangguran dan jumlah guna tenaga di Malaysia
pada tahun 2012 hingga tahun 2014.

Tahun Kadar pengangguran Guna tenaga
(%) (‘000 orang )

2012 3.0 12723.2
2013 3.1 13210.0
2014 3.0 13 483.4

(Sumber: Laporan Ekonomi 2014/2015, Kementerian Kewangan Malaysia)

(a) Berikan maksud guna tenaga. [1]

(b) (i) Hitung peratusan perubahan guna tenaga dari tahun 2013 hingga tahun 2014. [3]

(ii) Berdasarkan jawapan anda pada (b)(i), jelaskan arah aliran guna tenaga tersebut. [1]

(c) Hitung jumlah tenaga buruh bagi tahun 2013 dan tahun 2014. [3]

(d) Pada tahun 1985, kadar pengangguran di Malaysia ialah 5.6 peratus. Jelaskan jenis pengangguran yang

berlaku pada tahun tersebut. [2]

Jawapan Cadangan :
a) Guna tenaga bermaksud jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam proses pengeluaran.
b) (i) Peratus perubahan guna tenaga

Tahun Peratus perubahan guna tenaga (%)
= GT tahun semasa- GT tahun t-1/ GT tahun t-1 x100

2012 -
2013 13210-12723.2/ 12723.2 x 100 = 3.83%
2014 13483.4-13210/13210 x 100 = 2.07%

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

(iii) Peratus perubahan guna tenaga semakin menurun dari 3.83% pada tahun 2013 kepada 2.07%

pada tahun 2014.

c)

Tahun Jumlah tenaga buruh (‘000 orang)
Kadar pengangguran = TB – Guna Tenaga/ TB X100

2012 -
2013 3.1% = TB-13210/ TB x 100
TB -13210 / TB = 3.1/100
TB- 13210/TB = 0.031
TB -13210 = 0.031TB
TB-0.031TB= 13210
0.969TB = 13210
TB= 13210/0.969
TB = 13632.61

2014 13900.41

d) Pengangguran kitaran, kerana wujud akibat kemelesetan ekonomi pada tahun 1985.

8 Jadual di bawah menunjukkan butiran hasil kerajaan persekutuan Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun
2012.

Butiran RM juta
Tahun 2011
Tahun 2010 Tahun 2012

Cukai langsung 79 009 102 242 116 937

Cukai pendapatan 74 451 96 732 110 662

Lain-lain 4 558 5 509 6 276

Cukai tak langsung 30 507 32 643 34 706

Duti eksport 1 810 2 081 1 968

Duti import 1 966 2 026 2 282

Eksais 11 770 11 517 12 187

Cukai jualan 8 171 8 577 9 496

Cukai perkhidmatan 3 926 4 982 5 583

Lain-lain 2 863 3 460 3 190

Hasil bukan cukai 50 138 50 534 56 270

Jumlah hasil 159 653 185 419 207 913

(Sumber: Laporan Ekonomi 2013/2014, Kementerian Kewangan Malaysia)

(a) Berikan satu contoh hasil bukan cukai. [1]

(b) (i) Hitung kadar pertumbuhan hasil kerajaan persekutuan bagi tahun 2011 dan tahun 2012. [3]

(ii) Berdasarakan jawapan anda pada (b)(i), jelaskan arah aliran kadar pertumbuhan hasil kerajaan

persekutuan. [1]

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

(c) (i) Hitung peratusan sumbangan cukai langsung, peratusan sumbangan cukai tak langsung,

dan peratusan sumbangan hasil bukan cukai kepada jumlah hasil kerajaan persekutuan

pada tahun 2012. [4]

(ii)Berdasarkan jawapan anda pada I(i), jelaskan komponen hasil kerajaan persekutuan

yang terpenting. [1]

Jawapan Cadangan :

a) Bayaran lesen dan permit

b) (i)

Tahun Kadar pertumbuhan hasil kerajaan (%)

= Jumlah hasil tahun semasa- Jumlah hasil tahun t-1/ Jumlah hasil tahun t-1
x100

2011 185419-159653/159653 x 100 = 16.14

2012 207913-185419/185419 x 100 = 12.13

(ii) Kadar pertumbuhan hasil kerajaan persekutuan semakin menurun dari 16.14 %
kepada 12.13%.

c (i) Peratus sumbangan Peratus sumbangan Peratus sumbangan hasil
Tahun cukai langsung dari cukai tak langsung dari bukan cukai dari hasil
hasil kerajaan (%) hasil kerajaan (%) kerajaan (%)
2012 Cukai langsung / Cukai tak langsung / Hasil bukan cukai /
Jumlah Hasil Kerajaan Jumlah Hasil Kerajaan x jumlah hasil kerajaan x
x 100 100 100
116987/ 207913 x 100 56270/207913 x 100 =
34706/207913 x100 =
= 56.24 27.06 16.69

(iii) hasil kerajaan persekutuan yang terpenting ialah cukai langsung.

STPM 2018

1. Kadar pengangguran sebanyak empat peratus atau kurang dianggap sudah
mencapai tingkat guna tenaga penuh.

a) (i) Berdasarkan penyataan di atas, apakah jenis pengangguran yang berlaku dalam ekonomi tersebut

?. [1]

(ii) Nyatakan tiga sebab wujudnya pengangguran tersebut. [3]

b) Jelaskan peranan media sosial untuk mengurangkan masalah pengangguran tersebut.

[2]

Jawapan cadangan :

a) (i) Pengangguran geseran

(ii) 1. Pekerja secara sukarela berhenti kerja untuk mencari kerja yang lebih baik/ upah

yang lebih tinggi / sepadan dengan kelayakan.

2. Graduan/ lepasa SPM , STPM yang baru tamat pengajian dan menunggu peluang

pekerjaan.

3. Kurang / tidak mendapat maklumat tentang peluang pekerjaan.

b) Media sosial seperti internet/ media elektronik/ media cetak/ wassap/telegram/ facebook.

Dapat mengurangkan pengangguran geseran melalui penyebaran maklumat kewujudan
peluang –peluang pekerjaan baru/ projek baru @ media sosial sebagai platform

SCORE A/ MRECONAZ

PECUTAN A PENGGAL 3 /2020 EKONOMI MALAYSIA MRECONAZ/2020/KGV

menyediakan peluang perniagaan .

4. Nyatakan tiga jenis inflasi dan berikan satu sebab berlakunya setiap inflasi tersebut. [6]

Jawapan cadangan :

a) Inflasi tolakan kos – disebabkan kenaikan kos input seperti harga petrol/ hg bahan mentah
b) Inflasi diimport – disebabkan kenaikan kos bahan mentah yang dimport / berlaku inflasi di

negara pengeksport/ berlaku kenaikan nilai matawang asing
c) Inflasi tarikan permintaan – disebabkan kenaikan pm aggregat berpunca dari kenaikan

penggunaan (C), pelaburan (I) atau perbelanjaan kerajaan.

5. a) Dengan menggunakan contoh, jelaskan sistem kadar pertukaran asing yang diamalkan di

Malaysia seperti yang berikut :

(i) kadar pertukaran boleh ubah [2]

(ii) kadar pertukaran tetap [2]

b)Nyatakan kesan susut nilai Ringgit Malaysia ke atas:

(i) harga barang import [1]

(ii) harga barang eksport [1]

Jawapan cadangan :

a) (i) Kadar pertukaran asing yang ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing dalam
pasaran pertukaran asing.
Contoh : kadar pertukaran Dolar dengan RM dalam pasaran mata wang asing ialah US$1 = RM 4.10
(RM 2.50 hingga RM5.00)

(ii) Sistem kadar pertukaran yang ditentukan oleh kerajaan dengan menetapkan mata wang tempatan
berbanding mata wang asing dengan kadar tertentu.
Contoh: Kerajaan menetapkan kadar pertukaran antara Dolar dengan RM pada kadar US$1 = RM
3.80 (tambatan ringgit)

b) (i) Susut nilai RM menyebabkan harga barang import menjadi relatif lebih mahal.
(ii)Susut nilaRM menyebabkan harga barang eksport menjadi relatif lebih murah.

6. Terangkan tiga sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terhadap ekonomi
negara.[6]

Jawapan cadangan :

i) Keluaran Negara/Pendapatan Negara/ KDNK/ KNK Meningkat
Berlaku peningkatan/pertambahan pengeluaran barang dan perkhidmatan akhir untuk
pasaran tempatan dan luar negara.

ii) Guna tenaga meningkat
Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan ini dapat mengurangkan
pengangguran.

iii) Eksport meningkat
PKS yang beroentasikan eksport dapat meningkatkan jualan keluar negara.

iv) Dapat memenuhi permintaan pasaran
PKS yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat akan
bertambah pengeluaran kerana permintaan yang tinggi

SCORE A/ MRECONAZ


Click to View FlipBook Version