The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZEERA AZ, 2019-05-24 00:01:02

Terokai Sabah: Keunikan Suku Kaum Bajau

AK21403 – Komunikasi Foto (PLUMS)

Terokai Sabah: Keunikan Suku Kaum Bajau
AK21403 – Komunikasi Foto (PLUMS)

Vahieyah Hindi YA2016-1095
Azeera Azeasharmel bt Mohd Azreen YA2016-1092
Nurul Nadia Bidin YA2016-1151
Rosdy Latiff YA2016-1078

PENASIHAT
DR. NORHUDA SALLEH
(PENSYARAH AK21403)

EDITOR
ROSDY LATIFF

EDITOR DIGITAL
AZEERA AZEASHARMEL BT MOHD AZREEN

PENYELARAS MUKA DEPAN
VAHIEYAH HINDI

TEKS
NURUL NADIA

FOTO
VAHIEYAH HINDI
NURUL NADIA BIDIN
AZEERA AZEASHARMEL

Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah. Masyarakat Bajau juga merupakan etnik kedua terbesar di
Sabah selepas etnik Kadazan Dusun. Etnik Bajau terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai
Timur dan Barat Sabah sejak beratus tahun yang lalu dan telahpun diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara
Bumiputera terbesar di Sabah. Lazimnya, Etnik ini terdapat di kawasan Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Papar dan
Semporna. Tetapi hampir kebanyakannya masyarakat ini terdapat di Semporna, Sabah.

Walaupun etnik ini terdapat hampir di keseluruhan Pantai Barat dan Timur Sabah. Uniknya, disebalik satu gelaran
bangsa Bajau. Etnik Bajau ini mempunyai pelbagai suku kaum di kalangan masyarakatnya seperti Irranun, Sulu,
Simunul, samah dan lain-lain lagi. Dimana, di Daerah Semporna Sabah, popular dengan masyarakat bajau laut, Sulu,
dan Simunul. Suku kaum bajau laut di daerah Semporna ini sangat terkenal dengan Perayaan Lepa-Lepa. Ini kerana,
keunikan cara hidup di atas perahu menjadi identiti kepada kehidupan masyarakat Bajau laut di Semporna.

Dari segi sejarah masyarakat Bajau di daerah Kota belut pula, Kebanyakannya daripada mereka berbangsa Bajau
samah dan Irranun. Dimana, kaum lelaki di kalangan mereka sangat terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.
Lazimnya, pesta ataupun perayaan menunggang kuda ini akan diadakan pada setiap tahun dan ia sangat popular di
Kota Belud, Sabah. Setiap perayaan dan pesta yang diadakan dapat menonjolkan identiti masyarakat bajau di setiap
daerah.

Seperti etnik Sabah yang lain, etnik Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik.
Antaranya seperti pakaian tradisi, makanan, cara hidup, alat muik dan lain-lain lagi.

KEUNIKAN PAKAIAN TRADISI SUKU KAUM BAJAU

Seperti pakaian tradisi kaum lain, Pakaian tradisi suku
Kaum Bajau juga mempunyai simbol dan makna pada setiap
warna yang dipaparkan pada setiap perincian baju. Pastinya
warna-warna terang seperti kuning, hitam, oren, hijau dan merah
menjadi warna utama pada pakaian tradisi kaum ini. Suku kaum
bajau juga gemar menggunakan warna yang pelbagai dan
berwarna-warni ketika menyambut sebarang perayaan. Ini kerana,
pada pandangan mereka kepelbagaian warna yang digunakan
akan mengharmonikan dan memeriahkan lagi suasana perayaan
tersebut.

Seperti dalam gambar, Suku kaum bajau wanita
menggayakan baju blaus berwarna oren dan bersarung rangkit
hitam dengan menggunakan serempak, tali pinggang dan
perhiasan di leher. Begitu juga suku kaum lelaki bajau berwarna
sedondon dengan menggayakan baju potongan cekak musang
yang dipenuhi butang di bahagian dada dan berseluar labuh hijau
serta menggunakan tanjak dan tali pinggang.

Jurufoto: Vahieyah Hindi
Kamera: Canon EOS 60D
Shutter Speed: 1/25
Aperture: f5.6
ISO: 2000

Foto 1: Lepa KEUNIKAN CARA HIDUP SUKU KAUM BAJAU

PERAYAAN LEPA-LEPA

Perahu di sinonimkan dengan kehidupan suku kaum Bajau
Laut di Semporna. Masyarakat Bajau Laut di Semporna
sangat terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut
yang disegani. Ini kerana, bagi mereka laut bukan sahaja
sebagai sumber pencarian rezeki malhan ia turut
memberikan inspirasi dan pengaruh tersendiri dalam
kehidupan mereka. Berdasarkan cerita disebalik perayaan
Lepa-Lepa. Menurut mereka perahu itu merupakan
pengangkutan utama untuk membawa pedagang-pedagang
dari Semporna ke Kepulauan Sulu. Lepa dianggap sebagai
satu elemen penting dalam hidup yang telah sebati dengan
adat dan tradisi Bajau Laut. Dimana, atas perahu itulah
mereka tinggal dan mencari makan. Kehidupan dan
kemeriahan masyarakat kaum Bajau Laut di Semporna yang
hidup di atas perahu inilah yang mencipta fenomena
Perayaan Lepa-lepa.

Jurufoto (Foto 1): Vahieyah Hindi Jurufoto (Foto 2):
Kamera: Canon EOS 60D Azeera Azeasharmel
Shutter Speed: 1/25 Kamera: Canon EOS 700D
Aperture: f5.6 Shutter Speed: 1/60
ISO: 1000 Aperture: f5.6
ISO: 200

Foto 2: Ukiran Lepa-lepa Kecil

Jurufoto: Vahieyah Hindi
Kamera: Canon EOS 60D
Shutter Speed: 1/200
Aperture: f5.6
ISO: 2000

PERAYAAN MENUNGGANG KUDA

Pastinya, perayaan menunggang kuda sangat popular kepada Suku kaum Bajau di Kota Belud, Sabah. Bajau Samah yang
berasal daripada daerah Kota Belud ini sangat dikenali dengan Gelaran “Cowboy of the east” kerana kemahiran dan
kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Semasa majlis menunggang kuda, seperti yang
ditonjolkan dalam gambar. Penunggang kuda akan berhias segak dengan menggunakan pakaian yang berwarna-warni
malah kuda yang ditunggang mereka juga akan dihias sama seperti penunggangnya.

Jurufoto: Azeera Azeasharmel
Kamera: Canon EOS 700D
Shutter Speed: 1/60
Aperture: f5.6
ISO: 200

TUDUNG DUANG

Tudung Duang sangat popular kepada bajau Kota belud. Ia merupakan hasil kraftangan yang dihasilkan oleh
masyarakat bajau Kota Belud, Sabah. Kebiasaannya, Duang dihasilkan daripada daun kelapa, daun serdang dan buluh.
Kemudiannya, buluh akan dibentukkan hingga menjadi kerangka tudung duang. Tudung Duang juga akan dicorakkan
dengan berwarna-warni mengikut pilihan warna yang dikehendaki pembuatnya. Kegunaan tudung duang ini adalah sama
seperti tudung saji yang diperbuat daripada plastik untuk menutup hidangan makanan daripada dihinggapi lalat ataupun
habuk.

Jurufoto: Azeera Azeasharmel
Kamera: Canon EOS 700D
Shutter Speed: 1/60
Aperture: f5.6
ISO: 200

KOTAK HADIAH SERDANG
Produk kraftangan anyaman daun serdang banyak dihasilkan oleh suku kaum Bajau, dari
Daerah Kota belud. Ia digunakan sebagai kelengkapan rumah seperti teduang dalam bahasa
Bajau (penutup makanan), bekas serba guna, alas pinggan dan bakul. Daun serdang yang
mempunyai struktur seperti daun kelapa tetapi lebih panjang, lebar dan keras dikeringkan
dan dicelup pewarna rona terang seperti hijau, kuning, ungu, merah jambu dan hitam
sebelum disemat secara berselang-seli. Anyaman serdang mempunyai corak berjalur yang
berwarna warni mengikut kesesuaian produk yang dihasilkan. Kepakaran tukang anyam daun
serdang menghasilkan produk yang cantik, berkualiti dan tahan lama.

Jurufoto: Vahieyah Hindi
Kamera: Canon EOS 60D
Shutter Speed: 1/200
Aperture: f5.6
ISO: 2000

TANJAK @ PODONG-PODONG

Lelaki bajau akan mengenakan topi yang dipanggil sebagai tanjak ataupun podong-podong
untuk dijadikan hiasan dikepala ketika majlis perkahwinan dan keramaian seperti pesta
menunggang kuda. Tanjak ini diperbuat daripada tenunan kain dastar dan dibentukkan
seperti topi untuk dijadikan perhiasan kepala.

TENUNAN DASTAR
Tenunan dastar merupakan hasil kerja tangan tradisi etnik bajau Irranun. Kain tenunan dastar boleh dijadikan samping,
tanjak, baju dan selendang. Bagi kaum Bajau Irranun, mereka akan diwajibkan memakai kain dastar ketika musim perayaan
dan majlis keramaian. Dahulu, kain dastar ini hanya dipakai oleh golongan bangsawan tetapi pada hari ini ia boleh dipakai
oleh sesiapa sahaja

Jurufoto: Azeera Azeasharmel
Kamera: Canon EOS 700D
Shutter Speed: 1/60
Aperture: f5.6
ISO: 400

SEREMPAK
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, bakal pengantin perempuan akan didandan dan dihias menggunakan pakaian baharu dan
perhiasan. Rambut pengantin perempuan akan dihias menggunakan serempak yang dianggap sebagai mahkota. Penggunaan
serempak akan menonjolkan budaya suku kaum Bajau kepada masyarakat yang datang berkunjung.

Jurufoto: Vahieyah Hindi
Kamera: Canon EOS 60D
Shutter Speed: 1/25
Aperture: f5.6
ISO: 1000

Jurufoto: Nurul Nadia Bidin
Kamera: Nikon D3000
Shutter Speed: 1/200
Aperture: f/6.3
ISO: 800

LATOK

Latok ataupun gelaran lainnya “Anggur Laut” merupakan sejenis tumbuhan laut yang menyerupai
anggur berwarna hijau. Namun, Latok mempunyai saiz yang sangat kecil dibandingkan dengan
anggur hijau. Lazimnya, latok diidentitikan sebagai makanan suku kaum bajau di Sabah. Ini kerana,
Latok kebiasaanyanya akan dihidangkan bersama sambal dan ikan bakar kepada tetamu yang
bertandang ke rumah etnik Bajau, Sabah. Namun pada hari ini, makanan ini boleh didapati di
mana-mana sahaja seperti di pasar malam dan restoran seafood terutamanya dikawasan sabah.

v

Jurufoto: Nurul Nadia Bidin
Kamera: Nikon D3000
Shutter Speed: 1/200
Aperture: f/6.3
ISO: 800

PUTU

Putu sangat popular dikalangan etnik Bajau. Putu ini juga merupakan makanan harian etnik bajau yang boleh menggantikan
penggunaan nasi dalam kehidupan harian masyarakat ini. Seperti yang tertera digambar, Putu diperbuat daripada ubi yang telah
diparut, diperah airnya dan kemudian dikukus hingga masak. Untuk menghasilkan bentuk dan saiz putu seperti yang tertera
digambar. Selesai sahaja Putu tersebut dikukus hingga masak, putu dimasukkan ke dalam plastik dengan padat dan digulung
sehingga menjadi bentuk sedemikian. Lazimnya, Etnik bajau akan menghidangkan putu bersama ikan bakar untuk menikmati
keenakan ubi tersebut.

Jurufoto: Nurul Nadia Bidin
Kamera: Nikon D3000
Shutter Speed: 1/200
Aperture: f/6.3
ISO: 800

ULAM
Lazimnya, suku kaum bajau gemar memakan ulam-ulaman. Kerjaya mereka sebagai petani dan
nelayan adalah faktor utama mereka menggemari ulam-ulaman seperti bendi, daun pucuk ubi dan
lain-lain lagi. Ini kerana, selain mengurangkan peningkatan perbelanjaan barang dapur, makanan
seumpama ini sangatlah baik untuk kesihatan.

Semua hasil kerja pelajar adalah sebagai salah satu komponen bagi melengkapkan kursus AK21403 KOMUNIKASI FOTO(PLUMS).
Segala fakta yang diterbitkan tidak mencerminkan pendirian UMS ataupun Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan.


Click to View FlipBook Version