The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Syarat dan Terma Langganan Sistem ePrema

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazphoto.ahmad, 2023-11-09 00:28:57

Syarat dan Terma Langganan Sistem ePrema

Syarat dan Terma Langganan Sistem ePrema

Muka Surat 1 Dari 4 Isologic e-P r e m a SYARAT-SYARAT DAN TERMA PERJANJIAN LANGGANAN SISTEM ePREMA 1. PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN Pihak Isologic Solution (Isologic) MENAWARKAN perkhidmatan langganan sistem ePrema (ePrema) kepada sekolah-sekolah di Malaysia (Pelanggan) dimana sistem tersebut adalah hakmilik sepenuhnya Isologic Solution DAN pihak sekolah bersetuju untuk melanggan sistem ini dengan kadar bayaran dan tempoh yang ditetapkan seperti yang tertulis di dalam perjanjian ini. 2. TEMPOH PERJANJIAN Tempoh perjanjian ini bermula dari tarikh mula yang tertulis didalam borang permohonan dan akan berterusan sehingga pihak Isologic menerima notis penamatan langganan daripada pihak sekolah atau terdapat kegagalan pembayaran seperti yang tertulis di dalam perjanjian ini. 3. PENGGUNAAN SISTEM Pihak sekolah hanya boleh menggunakan sistem ini untuk tujuan penggunaan guru-guru di sekolah sahaja. Penggunaan untuk atau bagi pihak lain atau tujuan-tujuan lain adalah dilarang dan tidak dibenarkan. 4. MODUL DAN KANDUNGAN SISTEM EPREMA a. Modul-modul sistem ePrema adalah seperti yang ditawarkan pada waktu permohonan langganan sahaja. Sistem ePrema telah dibina mengikut standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terkini. Pihak sekolah TIDAK dibenarkan membuat permohonan perubahan dan tambahan modul. b. Kandungan di dalam sistem ePrema adalah yang terkini pada waktu tawaran langganan, jika terdapat perbezaan diantara kandungan sistem ePrema dengan kandungan KPM, pihak sekolah perlu melaporkan kepada pihak Isologic secara bertulis (emel) dan disertakan bukti perbezaan tersebut dengan memberi dokumen sokongan seperti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Buku Teks, Surat Pekeliling atau surat dari jabatan yang berkenaan. Pihak Isologic akan membuat penelitian dan membuat perubahan mengikut kandungan yang terkini. 5. DATA SEKOLAH a. Pihak Isologic akan menyimpan data sekolah dalam tempoh lima(5) tahun sahaja. b. Data sekolah yang melebihi lima(5) tahun akan diarkibkan tanpa notis. Untuk mendapatkan data yang telah diarkibkan, pihak sekolah perlu membuat permohonan secara bertulis kepada pihak Isologic. Proses permohonan akan mengambil masa 30 hari berkerja. c. Pihak sekolah boleh menyimpan data sekolah secara tahunan (jika perlu) sebelum data diarkibkan. d. Data yang melebihi tujuh(7) tahun akan dihapuskan tanpa notis. e. Jika berlaku penamatan langganan, data sekolah akan dihapuskan 30 hari selepas penamatan.


Muka Surat 2 Dari 4 Isologic e-P r e m a 6. PERMOHONAN LANGGANAN SISTEM ePREMA a. Permohonan Langganan Dengan Percubaan (sekolah baru sahaja). b. Permohonan Langganan Terus (termasuk sekolah yang pernah gunakan). 7. TARIKH PERMOHONAN LANGGANAN a. Langganan Dengan Percubaan: Diantara 1 Julai sehingga 15 Oktober setiap tahun (tertakluk kepada perubahan dari pihak Isologic). b. Langganan Terus: Bermula 16 Oktober sehingga 31 Disember setiap tahun (untuk kegunaan tahun berikutnya). 8. SYARAT LANGGANAN DENGAN PERCUBAAN (SEKOLAH BARU SAHAJA). a. Mengisi borang langganan dengan lengkap untuk diproses. b. Bersetuju dengan syarat-syarat dan terma perjanjian langganan sistem ePrema. c. Pihak Isologic akan membuka satu(1) akaun ePrema khusus untuk pihak sekolah. d. Dua(2) penyelaras yang dilantik oleh pihak sekolah akan dibekalkan manual dan video penggunaan sistem ePrema. e. Tempoh percubaan sistem ePrema adalah dari tarikh akaun ePrema dibuka sehingga 31 Disember pada tahun permohonan. f. Setiap sekolah layak memohon percubaan sistem ePrema sekali sahaja. g. Percubaan sistem ePrema adalah percuma. h. Sesi latihan akan diberikan mengikut syarat sesi latihan seperti di bawah. i. Sepanjang tempoh percubaan, sistem ePrema perlu digunakan secara aktif oleh pihak sekolah selepas sesi latihan dijalankan. Jika TIDAK digunakan secara aktif dalam tempoh 30 hari, akaun sekolah akan dinyahaktifkan secara automatik. j. Sekolah yang telah dinyahaktifkan TIDAK boleh meneruskan percubaan sistem ePrema. Jika pihak sekolah masih ingin melanggan, pihak sekolah perlu mengisi borang langganan yang baru melalui permohonan Langganan Terus. k. Sebelum tempoh percubaan tamat, pihak sekolah perlu memberi persetujuan untuk meneruskan langganan sistem ePrema untuk tahun yang berikutnya secara atas talian. l. Jika pihak sekolah bersetuju meneruskan langganan, akaun ePrema sedia ada akan digunakan dan data-data dalam tempoh percubaan TIDAK akan dipadam. 9. SYARAT LANGGANAN TERUS (TERMASUK SEKOLAH YANG PERNAH GUNAKAN). a. Mengisi borang langganan dengan lengkap untuk di proses. b. Bersetuju dengan syarat-syarat dan terma perjanjian langganan sistem ePrema. c. Pihak Isologic akan membuka satu(1) akaun ePrema khusus untuk pihak sekolah. d. Dua(2) penyelaras yang dilantik oleh pihak sekolah akan dibekalkan manual dan video penggunaan sistem ePrema. e. Sesi latihan akan diberikan mengikut syarat sesi latihan seperti di bawah. f. Sistem ePrema akan diaktifkan untuk penggunaan pada tahun semasa permohonan dan sekolah akan dicaj untuk langganan pada tahun berikutnya.


Muka Surat 3 Dari 4 Isologic e-P r e m a 10.SESI LATIHAN a. Sesi latihan akan dijalankan sekali sahaja. Tiada sesi latihan bagi sekolah yang pernah melanggan sistem ePrema sebelum ini. b. Sesi latihan akan dijalankan secara atas talian melalui aplikasi ‘Google Meet’ sahaja. c. Sesi latihan dijalankan hanya pada hari persekolahan sahaja (Tidak termasuk cuti UMUM); i. Isnin hingga Khamis : 9.00am – 5.00pm ii. Jumaat : 9.00am – 11.00am d. Tempoh latihan adalah 1 jam 30 minit (termasuk sesi soal jawab). e. Waktu latihan adalah mengikut temujanji yang dipersetujui berdasarkan kekosongan jadual syarikat dan ia adalah muktamad. Sekiranya ada perubahan, sekolah perlu membuat temujanji semula. f. Temujanji dan sesi latihan mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan. 11.JUMLAH PENGGUNA SISTEM Jumlah pengguna sistem untuk tempoh perjanjian perlu mengikut warant yang dikeluarkan oleh KPM untuk setiap sekolah mengikut tahun. Perubahan jumlah pengguna sistem boleh dibuat dalam tempoh 60 hari selepas inbois dikeluarkan. TIADA perubahan boleh dibuat selepas tamat tempoh tersebut. 12.CAJ DAN BAYARAN a. Pihak Isologic akan mengeluarkan inbois pada awal bulan Februari setiap tahun bagi langganan sistem ePrema untuk tempoh satu(1) tahun langganan. b. Tempoh satu(1) tahun langganan adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember. c. Caj langganan adalah TETAP dan berharga RM25.00 bagi setiap pengguna setahun. d. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh inbois dikeluarkan. e. Bayaran menggunakan cek hendaklah dipalang dan dibuat atas nama “Isologic Solution” dan bayaran menggunakan pindahan bank boleh dibuat ke akaun Malayan Banking Berhad (Maybank) – 562786077598. f. Bayaran melalui pindahan bank hendaklah disertakan resit pindahan dan resit tersebut perlu dihantar kepada pihak Isologic sebagai bukti pembayaran. g. Bayaran menggunakan cek bolehlah dihantar menggunakan perkhidmatan kurier berserta dokumen-dokumen berkaitan ke alamat syarikat seperti yang ternyata di dalam Inbois. Cek dan dokumen-dokumen tersebut akan diproses setelah diterima dan dokumen tersebut akan dikembalikan kepada pihak sekolah melalui perkhidmatan yang sama. 13.PEMOTONGAN DAN PENAMATAN LANGGANAN Langganan sistem ini akan ditamatkan serta merta sekiranya pihak sekolah tidak membuat bayaran yang tertangguh dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis pembayaran tertangguh yang telah ditetapkan. Notis akan diberikan secara atas talian.


Muka Surat 4 Dari 4 Isologic e-P r e m a 14.SELENGARAAN SISTEM Sistem ePrema ditutup setiap hari bermula dari jam 12:00 am sehingga 5:00 am untuk tujuan selenggaraan. 15.NOTIS Sebarang notis atau pengumuman hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh penguatkuasaan notis tersebut. 16.UNDANG-UNDANG Perjanjian ini tertakluk kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. 17.PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010) Sebagai syarikat pemproses data untuk sistem ini, pihak Isologic prihatin dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. 18.PERJANJIAN TAHAP PERKIDMATAN (SLA) Hanya penyelaras sistem sahaja yang dibenarkan untuk membuat pertanyaan dan laporan kerosakan. Untuk tujuan pembuktian, setiap laporan kerosakan mestilah disertakan dengan penghantaran emel mengenai kerosakan yang dihadapi. Laporan yang diterima akan diproses dan jawapan akan diberikan dalam masa 24 jam setelah menerima emel daripada penyelaras yang ditugaskan. Untuk Pertanyaan: Talian HP dari 9:00 AM - 5:00 PM (Hari Bekerja Sahaja) Untuk Melaporkan Kerosakan (24Jam): Email: [email protected]


Click to View FlipBook Version