Hak Cipta @ 2020
Edisi Pertama, November 2020
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar
ulang mana-mana bahagian artikel ilustrasi dan isi
kandungan ebook ini dalam apa jua bentuk sekalipun
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
pihak
WasaPower.
1
# 1 Tetapkan niat dan matlamat
Setiap hari tetapkan niat dan matlamat. Ia akan melonjakkan
diri anda untuk jadi lebih baik dari semalam.
Apa yang anda ingin lakukan pada hari ini?
Apa yang anda kena selesaikan hari ini?
Apa aktiviti yang anda boleh buat hari ini?
#solusi
Menulis matlamat yang ingin dicapai di ruangan
yang mudah dilihat dan nampak seperti di meja
belajar atau di dinding bilik tidur.
Saya mahu berjaya
dalam peperiksaan!
jadi saya perlu mengulang
kaji pelajaran.
2
# 2 Kenal pasti kekuatan dan
kelemahan diri
Masalah utama bagi pelajar apabila ingin menyusun jadual
harian mereka adalah meniru ‘bulat-buat‛ jadual orang lain.
Bagi mereka, dengan meniru jadual ‘pelajar berjaya‛ secara
total, mereka akan dapat kejayaan yang sama.
Ini adalah salah sama sekali. Hal ini kerana, manusia
dilahirkan berbeza-beza dan mempunyai kelebihan dan
kelemahan masing-masing.
Sebagai contoh, ada pelajar yang boleh ‘menghadap‛ buku
selama tiga jam berturut-turut tanpa rehat tetapi tidak bagi
yang lain. Ada juga pelajar yang hanya fokus menelaah
pelajaran sekadar setengah jam dalam masa sehari.
Boleh jadi kualiti setengah jam tersebut jauh lebih baik
berbanding 3 hingga 4 jam, tanpa memahami dengan baik
kandungannya. Oleh itu, anda perlu kenal pasti di mana
kekuatan dan kelemahan anda sebagai pelajar.
3
#3 Membuat Jadual Harian
Wujudkan jadual harian untuk menentukan tugasan yang perlu
dilakukan setiap hari. Tentukan jumlah masa yang diperuntuk-
kan untuk menyiapkan satu-satu tugasan. Bahagikan masa untuk
melakukan aktiviti akademik dan bukan akademik. Pastikan
semuanya ditulis dan dinyatakan di dalam jadual mingguan.
Waktu bangun dari Waktu pergi ke
tidur? sekolah?
Waktu pergi/ pulang
dari sekolah?
Waktu untuk ber-
main?
Waktu untuk menyiapkan
kerja sekolah?
Daripada jadual yang dibuat, anda boleh kenal pasti berapa
banyak masa lapang yang ada dan dapat susun jadual supaya
semua aktiviti dapat diselesaikan pada hari yang sama.
4
# 4 Wujudkan senarai tugasan
‘To Do List‛ merupakan perkataan dari Bahasa
Inggeris yang bermaksud senarai tugasan.
Sebenarnya, menyediakan senarai ini adalah
sangat mudah. Namun ia memberi kesan besar
kepada bagaimana cara kita menyelesaikan
sesuatu pekerjaan.
Cara membuat senarai tugasan:
Gunakan masa 5 hingga 10 minit sebelum tidur pada waktu
malam untuk
Sediakan satu buku kecil yang mudah dibawa ke
mana sahaja. Namun jika tidak ada, jangan risau. Tak
perlu jadikan ia satu alasan. Ambil sahaja apa-apa buku atau
kertas kosong yang boleh digunakan.
Tuliskan semua perkara yang anda mahu lakukan pada esok hari.
Fikirkan apa aktiviti yang perlu dilakukan. Senaraikan semua
aktiviti-aktiviti penting dan juga yang mungkin kurang penting.
5
# 5 Bahagikan aktiviti-aktiviti
mengikut keutamaan
Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti
mengikut kategori. Contohnya: 'Menyiapkan kerja sekolah
dan melakukan senaman adalah keutamaan, Bersiar-siar di
pusat membeli belah bukan keutamaan'. Tetapkan aktiviti
mengikut kesesuaian.
#solusi
Setelah semua aktiviti disenarai, letakkan nombor atau gred untuk
aktiviti-aktiviti tersebut. Antara cadangan yang boleh dibuat adalah
dengan meletakkan label mengikut warna atau nombor pada tugasan
tersebut.
Contoh:
TUGASAN: Sangat Penting
Penting
Kerja Sekolah Matematik Tidak penting
Ulangkaji Pelajaran
Bermain Video Game
6
# 6 Tetapkan had masa
Apabila menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa akhir.
Pastikan anda boleh menyiapkan kerja tersebut dalam had
masa yang telah ditetapkan. Anggarkan berapa lama masa
yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu.
Sebagai contoh, jika kita merancang untuk menyiapkan latihan
Matematik, anggarkan berapa lama masa yang kita akan ambil
untuk siapkan dan tentukan bilakah kerja sekolah tersebut
sepatutnya siap.
Elak untuk tetapkan masa yang terlalu lama dalam
menyiapkan sesuatu kerja. Contohnya, tetapkan masa 2 jam untuk
menyiapkan 10 soalan Matematik. Ini kerana jika kita mempunyai
banyak masa, kita akan mula berlengah-lengah dalam menyiapkan
kerja. Akibatnya, kita jadi tidak fokus sepenuhnya dan hasil kerja
juga tidak sebagus mana.
7
# 7 Setkan masa AKTIF!
Masa aktif boleh didefinisikan sebagai masa di mana anda rasa paling
bertenaga, bersemangat dan cergas untuk melakukan sesuatu. Semua
dari kita mempunyai masa aktif sendiri. Namun setiap orang
mempunyai masa aktif yang berbeza.
Ada orang yang aktif di waktu pagi, waktu tengahari, petang atau
malam. Jadi, pada waktu bilakah anda paling aktif dalam sehari?
Katakan anda rasa masa aktif anda adalah pada waktu pagi. Jadi :
Susun aktiviti atau tugasan yang paling sukar pada waktu pagi.
Susun jadual belajar subjek yang mencabar pada waktu pagi.
Susun aktiviti atau tugasan yang anda paling tidak suka pada waktu
pagi.
8
# 8 Fokuskan minda kepada
satu perkara sahaja
Sewaktu melakukan tugasan, sangat penting untuk anda fokus
dalam melakukan sesuatu perkara. Jika kita terlalu memikirkan
banyak perkara dalam satu masa, kita akan berhadapan dengan :
1. Banyak kerja tidak dapat disiapkan.
2. Bertangguh dalam melakukan sesuatu kerja.
3. Gagal mengurus masa dengan baik.
Sebagai contoh, ketika menyiapkan kerja sekolah Sejarah, kita
terbayang tentang kerja sekolah Matematik dan Sains. Bila kita sedang
mengemas bilik, kita teringat tentang baju yang belum dibasuh atau halaman
rumah yang perlu disapu. Apabila minda kita tidak fokus dalam satu masa,
pasti akan ada beberapa perkara berlaku.
9
Apabila kita mula rasa terlalu banyak
perkara yang mahu dilakukan, kita
akan mula cuba menangguh semua
kerja. Ini adalah disebabkan kita rasa
terlalu sesak dengan banyak perkara.
Akibatnya satu pun tidak dapat
dilakukan dengan baik.
# Kesan
Kita tidak dapat melakukan kerja
yang sedang dilakukan dengan
berkesan.
Kita mula hilang semangat dalam
menyiapkan kerja yang sedang
dilakukan.
10
# 9 Jangan Melengahkan Kerja!
Bukan semua tugasan memerlukan tenaga kerja dan
jangka masa yang sama. Oleh itu, anda perlu pandai
mengagih masa yang mana perlu disiapkan dengan
kadar segera dan yang mana perlu disiapkan hari
berikutnya.
Jangan menangguhkan kerja yang perlu disiapkan akan
datang, sebaliknya siapkan sedikit demi
sedikit setiap hari agar dapat meringankan kerja.
Siapkan tugasan harian terlebih dahulu. Beri 100%
perhatian kepada tugasan harian anda dan jangan
biar sehingga hilang fokus. Jika sudah disiapkan,
boleh ke tugasan seterusnya, tidak kiralah
tugasan untuk keesokan hari atau minggu depan.
11
# 10 Teknik 15 minit awal
Di zaman serba canggih ini, sangat mudah untuk kita kawal
masa dengan hanya mengunakan telefon bimbit sebagai
penjaga masa. Setkan sahaja ‘reminder‛ sebagai memberi
peringatan tentang jadual dan waktu yang tepat. Boleh juga
gunakan teknik menetapkan waktu 15 minit lebih awal dari
waktu sebenar agar kita lebih berdisiplin dan dapat
mengelakkan dari terlambat.
12
# 11 Jejaki masa yang
dihabiskan
Ramai diantara kita tidak “keep track” berapa banyak
masa yang kita gunakan untuk selesaikan sesuatu perkara.
Sebenarnya teknik ini perlu kerana ia akan membantu
untuk memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat
yang perlu dicapai. Jadi, lihat kembali rekod masa yang
telah digunakan dalam sesuatu pekerjaan.
Sebagai contoh, kenal pasti masa yang akan diambil untuk
siapkan sesuatu tugasan yang biasa dilakukan hari ini dan
cuba lakukannya lebih cepat keesokkan hari. Anda akan
mula nampak ada lebihan masa nanti.
13
# 1 2 Elakkan diri daripada
terpedaya dengan Trivia
Di zaman teknologi serba canggih ini, kita sering
terganggu dengan perkara-perkara tidak penting seperti
meluangkan terlalu banyak masa melayari media sosial
seperti Tik Tok, Instagram dan Twitter.
Jadi, perlu elakkan diri dari terjebak. Hadkan masa hanya
beberapa minit sahaja untuk melayari media sosial.
Disiplinkan diri dengan sentiasa set masa agar tidak terus
hanyut dan membuang masa.
14
# 13 Belajar untuk berkata
TIDAK
Diantara semua tips penggunaan masa dalam ebook ini, belajar
untuk berkata TIDAK adalah antara yang paling efektif.
Belajar untuk menolak dengan menggunakan kebijaksanaan
tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang
pencapaian sasaran anda.
Kadang-kadang, apabila kita berani mengatakan tidak kepada
ajakan kawan-kawan atau kepada perkara yang tidak memberi
kesan besar kepada kita, dari situ kita boleh gunakan masa
tersebut untuk perkara yang lebih memberikan manfaat.
15
# 1 4 Belajar bertenang
Seseorang yang mempunyai sifat bekerja keras adalah baik.
Namun, perlu juga untuk ada sifat bertenang di dalam diri.
Dengan ketenangan akan membantu meningkatkan
konsentrasi di dalam melaksanakan tugas-tugas. Individu
yang tenang akan dapat berfikir dengan waras dan dapat
menyusun idea dengan lebih baik berbanding individu yang
sering bersifat agresif dan kelam-kabut.
16
# 15 Jangan lupa untuk berehat
Melakukan pekerjaan dalam tempoh yang lama tanpa rehat tidak
dikira sebagai menggunakan waktu dengan efektif. Hal ini kerana
tenaga yang digunakan makin menurun, kebosanan makin
mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin
terkumpul.
Rehat dan tidur yang mencukupi amatlah diperlukan bagi
menjadikan kita lebih efektif. Tetapi jangan jadikan ini sebagai
alasan untuk lari dari tugasan!
17
Creative & Education