SPSK PK 07/3
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24(2),
JALAN CILI BUNGA 24/25,
40300 SHAH ALAM, SELANGOR.
TEL : 0355484962 FAX : 0355426275
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 SESI 2019/2020
TARIKH : 09 MAC 2019
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN BAIDURI, SMK SEKSYEN 24(2), SHAH ALAM.
AGENDA:
1. Perutusan Pengerusi (YDP PIBG)
2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-14 Sesi 2018/2019
3. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2018/2019
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Pembentangan usul dan cadangan
6. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2018/2019
7 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2019/2020.
8. Hal-hal lain
9. Ucapan penangguhan oleh YDP Sesi 2018/2019
1.0 Perutusan Pengerusi PIBG (YDP PIBG)
1.1 Bacaan Surah Al-Fatihah sebelum memulakan mesyuarat agung PIBG.
1.2 Ucapan tahniah daripada Dato’ Amizar bin Abu Adam selaku YDP Sesi 2018/2019
kepada semua jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019 yang telah berusaha menjayakan
pelbagai program sepanjang tahun lalu. Pengerusi juga berterima kasih kepada semua ibu
bapa yang sudi hadir pada hari ini.
1.3 Dato’ Amizar bin Abu Adam memaklumkan tentang kutipan sumbagan PIBG oleh ibu
bapa pada tahun 2018 adalah berjumlah RM69665.00, iaitu sebanyak 87 peratus. Jumlah
kutipan tidak mencapai jumlah sebenar iaitu RM80000.00.
1.4 Bayaran sumbangan PIBG oleh setiap ibu bapa diperlukan oleh pihak sekolah. Hal ini
kerana pihak sekolah memerlukan sumber kewangan untuk menampung aktiviti-aktiviti
yang bukan dibawah peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tindakan : Makluman
1
2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-14 Sesi 2018/2019 dan
Laporan Aktiviti Tahunan 2018/2019
2.1 Puan Nurol Afzan binti Ab Wahab selaku Setiausaha Kehormat PIBG Sesi 2018/2019
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-14 dengan merujuk halaman 21
hingga 27, dalam buku atur cara.
2.2 Puan Zainab binti Awang mencadangkan minit mesyuarat agung diterima dan disokong
oleh Ustaz Zaidi Mohamad.
2.3 Puan Nurol Afzan binti Ab Wahab membentang Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi
2018/2019 dengan merujuk halaman 29 hingga 31 dalam buku atur cara.
2.4 Bagi Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2018/2019, Encik Fahmi bin Baharin
mencadangkan minit laporan aktiviti diterima dan disokong oleh Encik Mohd Nor
Akhmal bin Rahmat.
Tindakan : Makluman
3.0 Pembentangan Laporan Kewangan
3.1 Pn. Ezila Misdar selaku Bendahari Kehormat PIBG, membentangkan Laporan kewangan
PIBG bermula 1 Januari 2018 dan berakhir pada 31 Disember 2018 pada halaman 32
hingga 45.
3.2 Menurut YDP, Tuan Haji Khalid bin Samad Ahli Parlimen Shah Alam, telah memberi
sumbangan sebanyak RM20,000 pada Majlis Makan Malam Amal Telang. Jumlah
sebenar kutipan pada majlis tersebut pula berjumlah RM53,249.30.
3.3 Puan Nordiana binti Idris ingin mengetahui peratus bayaran sumbangan PIBG pada tahun
2018.
3.4 YDP memaklumkan sekali lagi bahawa peratus bayaran sumbangan PIBG adalah 87
peratus sahaja dengan kutipan berjumlah RM69,665.00. Bayaran sumbangan ibu bapa
tersebut adalah untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan sekolah, hal ehwal
murid, kebajikan murid-murid, dan naik taraf infrastruktur sekolah.
3.5 Puan Siti Rafidah binti Mohamed Anuar telah mencadangkan laporan kewangan ini
diterima dan disokong oleh Encik Mohd Nor Akhmal bin Rahmat.
Tindakan : Makluman
4.0 Perkara-perkara Berbangkit
Tiada
5.0 Pembentangan Usul dan Cadangan
5.1 YDP mencadangkan usul disemak dan dibaca hanya untuk ibu bapa yang hadir sahaja.
Disokong sebulat suara oleh hadirin.
5.2Puan Nurol Afzan binti Ab Wahab meminta semua hadirin untuk merujuk usul dari halaman
46 hingga 51.
5.3Merujuk jadual usul dan cadangan ibu bapa dalam bahagian hal ehwal murid. Para hadirin
diminta untuk merujuk bilangan 17 dalam jadual tersebut. Encik Mohd Saffian bin Mohd Nor
2
inginkan penjelasan tentang maklum balas berkaitan usulnya iaitu lintasan jalan kaki patut
ada supaya memudahkan murid melintas selepas persekolahan.
5.4Menurut Puan Normawati binti Tajuddin menyatakan bahawa usul yang dikemukakan kurang
jelas. Lintasan jalan kaki yang diperlukan perlu diberitahu lokasinya agar pihak sekolah peka
dengan usul ibu bapa. Pihak sekolah akan berbincang dengan pihak MBSA untuk membuat
lintasan pejalan kaki.
5.5Menurut Dato’ Amizar bin Abu Adam, pihak sekolah dengan bantuan pengawal keselamatan
sentiasa menjaga keselamatan murid-murid ketika waktu balik. Namun, jumlah pengawal
keselamatan telah berkurang. Hanya seorang sahaja pengawal keselamatan yang ada untuk
membantu mengawal pergerakan murid-murid semasa balik. Pihak PIBG akan ambil tindakan
segera berkenaan keselamatan murid semasa melintas di hadapan sekolah.
5.6Berdasarkan usul bilangan 2 bagi unit hal ehwal murid halaman 47, Dato’ Amizar bin Abu
Adam tertarik untuk membaca usul-usul berkenaan dengan kantin. Terdapat banyak usul
berkaitan dengan harga makanan dikantin, makanan basi dan jumlah kerusi yang tidak
mencukupi. Menurut beliau, harga makanan di kantin sekolah masih lagi berpatutan. Murid-
murid boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan dengan wang sebanyak RM3.00 misalnya.
5.7Beliau juga menambah, tiada sebarang kes makanan basi dilaporkan. Murid-murid tidak
membuat aduan atau laporan kepada pihak sekolah. Sekiranya kantin menjual makanan yang
telah basi pasti kes keracunan makanan akan berlaku. Sebagai cadangan, ibu bapa diharapkan
dapat menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak.
5.8Berkenaan dengan jumlah kerusi di kantin, Puan Pengetua Normawati binti Tajuddin
memaklumkan bahawa pihak sekolah sedang menjalankan kutipan untuk belian kerusi
bangku di kantin. Pihak sekolah sedia maklum dengan masalah tersebut. Harga bagi sebuah
bangku kantin adalah RM150.00. Pihak sekolah bercadang untuk membeli 20 buah kerusi
bangku untuk menampung jumlah murid yang semakin ramai. Ibu bapa digalakkan untuk
menyalurkan sumbangan kepada pihak sekolah bagi menyelesaikan masalah ini secepat yang
mungkin. Keselesaan murid-murid makan di kantin menjadi keutamaan pihak sekolah dan
pihak kantin.
5.9Encik Mohamad bin Mohamed Said membentang usul pihak sekolah pada tahun 2019 pada
halaman 52. Hadirin diminta untuk merujuk halaman tersebut iaitu:
5.9.1 Meneruskan bayaran derma PIBG sebanyak RM60.00 untuk sebuah keluarga
diteruskan.
5.9.2 Kutipan bayaran majalah sekolah sebanyak RM15.00 untuk sebuah keluarga.
5.9.3 Kutipan bayaran Modul Intelek bagi murid Tingkatan 3 dan 5 sebanyak
RM50.00.
5.9.4 Kutipan bayaran kad keahlian (peminjaman buku) pusat sumber sebanyak
RM3.00 seorang.
5.9.5 Bayaran Program Perkampungan Ilmu murid Tingkatan 3 dan 5 sebanyak
RM15.00.
5.9.6 Kutipan RM5.00 bagi setiap murid untuk penyelenggaraan komputer.
3
5.9.7 Kutipan bayaran Majlis Apresiasi murid Tingkatan 5 sebanyak RM120.00
seorang. Pihak sekolah bercadang untuk mengadakan majlis graduasi di luar
sekolah.
5.9.8 Kutipan RM5.00 setiap murid untuk penyelenggaraan tandas.
5.9.9 Bayaran untuk program dalam dan luar sekolah akan dikutip mengikut
keperluan.
5.9.10 Kutipan bayaran kertas ujian setiap murid sebanyak RM20.00 .
5.9.11 Memohon kebenaran untuk unit disiplin memotong rambut urid-murid yang
engkar setelah diberi saman dan amaran. Pemotongan rambut diselaraskan
menggunakan mesin pemotongan rambut mata nombor 4.
Tindakan : Makluman
5.10 Semua usul yang dikemukakan oleh pihak sekolah dipersetujui sebulat suara oleh para
hadirin yang hadir kecuali usul ke-10.
5.11 Berdasarkan usul ke -10, Puan Nordiana binti Husain mencadangkan satu rim kertas A4
untuk satu keluarga. Manakala, Encik Fahmi bin Baharin pula mencadangkan agar
diberi kebebasan kepada ibu bapa untuk memberi sumbangan sama ada dalam bentuk
wang atau satu rim kertas A4.
5.12 Walaubagaimana pun Dato’ Amizar bin Abu Adam mencadangkan supaya ada sebuah
tetapan dalam usul ini. Hal ini kerana bagi memudahkan guru-guru untuk berurusan
dengan murid-murid.
5.13 Puan Rosmah binti Zainal pula mencadangkan kertas A4 dibawa apabila diperlukan
dan jumlah sebenar kertas yang diperlukan oleh pihak sekolah.
5.14 Namun cadangan ini tidak dipersetujui oleh Puan Pengetua Normawati binti Tajuddin
kerana penggunaan kertas oleh pihak sekolah adalah sepanjang tahun. Anggaran
sebanyak RM40, 000 setahun digunakan untuk peperiksaan sahaja. Beliau menjelaskan
kepada ibu bapa bahawa pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak
memberi peruntukan kewangan untuk peperiksaan dalaman. Oleh itu, beliau berharap
ibu bapa dapat membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah ini.
5.15 Encik Norazman bin Alias pula inginkan kepastian berkaitan bayaran kertas
peperiksaan sebanyak RM20.00 tersebut sama ada untuk seorang murid atau untuk
sebuah keluarga. Menurut beliau, anaknya seramai tiga orang bersekolah disini. Jika
setiap murid perlu membuat bayaran Rm20.00 untuk sumbangan kertas peperiksaan,
maka dipihaknya sebagai ibu bapa perlu membuat bayaran RM60.00 untuk ketiga-tiga
orang anaknya yang bersekolah. Pada pihak beliau, jika perlu membuat bayaran
Rm20.00 untuk setiap anak yang bersekolah akan membebankannya. Oleh itu, beliau
berharap bayaran RM20.00 tersebut adalah mewakili sebuah keluarga
5.16 Manakala, Puan Zuraina binti Zainal Abidin berpendapat ansuran bayaran untuk
sumbangan kertas peperiksaan perlu dilaksanakan terutamanya untuk keluarga yang
mempunyai masalah kewangan.
5.17 Dato’Amizar bin Abu Adam memberi maklum balas dengan mencadangkan
kelonggaran diberi hanya kepada keluarga yang mempunyai lebih daripada dua orang
anak bersekolah di SMK Seksyen 24(2). Keputusan berkaitan cara pelaksanaan
pembayaran secara ansuran akan diputuskan dalam mesyuarat Ajk PIBG.
5.18 Puan Maisarah binti Mohammed Arshad juga ada mencadangkan agar sumbangan
RM20.00 diterima.
Tindakan : Ajk PIBG
4
6.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2019
6.1 Dato’ Amizar bin Abu Adam selaku YDP PIBG dengan rasminya mengumumkan
pembubaran AJK PIBG 2018/2019. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
jawatankuasa yang memberi komitmen dan kerjasama. Khidmat bakti dan sumbangan yang
diberikan akan sentiasa dikenang.
6.2 Dato’ Amizar selaku Yang Dipertua PIBG memohon untuk undur diri daripada memegang
jawatan dalam PIBG. Beliau memohon supaya lebih ramai lagi ibu bapa untuk menyertai
KSIB.
6.3 Dato’ Amizar bin Abu Adam mencadangkan agar En. Fahmi b Baharin dilantik sebagai
pengerusi sementara dan disokong sebulat suara oleh para hadirin.
6.4 En Fahmi bersetuju menjadi pengerusi sementara hanya untuk melantik YDP PIBG yang
baharu sahaja, untuk lantikan seterusnya beliau memohon agar YDP yang baru dilantik
meneruskan mesyuarat tersebut.
Tindakan : Makluman
7.0 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2019/2020
7.1Pelantikan YDP PIBG SESI 2019/2020 mendapat beberapa pencalonan:
7.1.1 Ustaz Zaidi mencadangkan Encik Arif bin Abdullah sebagai YDP PIBG
7.1.2 Encik Saifudin mencadangkan Encik Mohd Nor Akhmal bin Rahmat sebagai YDP
PIBG.
7.1.3 Encik Mohd Nor Akhmal bin Rahmat mencadangkan Encik Saifudin dilantik
sebagai YDP PIBG.
7.1.4 Encik Saffian bin Mohd Nor mencadangkan Puan Nordiana binti Idris sebagai YDP
PIBG.
7.1.5 En. Saifuddin telah menarik diri daripada bertanding sebagai YDP PIBG.
Berdasarkan ketiga-tiga calon YDP yang dicadangkan, undian telah dijalankan. Encik
Arif bin Abdullah telah mendapat undian majoriti daripada hadirin yang hadir.
7.2 Ustaz Zaidi mencadangkan agar Encik Azlan Shah sebagai NYDP sesi 2019/2020. Para
hadirin sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.
7.3Calon untuk jawatan AJK PIBG sesi 2019/2020 yang dicadangkan adalah seperti berikut:
7.3.1 Pn. Siti Rafidah bt Mohamed Anwar menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi
ajk PIBG dan disokong sebulat suara.
7.3.2 Pn. Dasimah bt Muhammad Tahar Anwar menawarkan diri secara sukarela untuk
menjadi ajk PIBG dan disokong sebulat suara.
7.3.3 En. Jamaludin Md Zain Anwar menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi ajk
PIBG dan disokong sebulat suara.
7.3.4 En. Mohd Shahruddin Ab Rahman Anwar menawarkan diri secara sukarela untuk
menjadi ajk PIBG dan disokong sebulat suara.
7.3.5 En. Arif bin Abdullah mencadangkan En. Mohd Saffian Mohd Nor dilantik menjadi
ajk PIBG dan disokong sebulat suara.
7.3.6 Pn. Zamzarina mencadangkan Pn. Noordiana Idris sebagai juruaudit ibu bapa dan
disokong sebulat suara.
Tindakan : Makluman
5
8.0 Hal-hal lain
8.1 Puan Norlida binti Zulkafly mencadangkan tempat menunggu berbumbung dibina untuk
murid-murid. Tempat menunggu berbumbung penting semasa murid-murid sesi petang
menunggu ibu bapa.
8.2 Ekoran masalah culik yang berlaku di sekitar Kawasan Seksyen 24, pihak sekolah telah
mengarahkan murid-murid untuk menunggu ibu bapa dalam kawasan sekolah. Tempat
menunggu berbumbung tidak dapat menjamin keselamatan murid-murid. Murid-murid lebih
selamat menunggu ibu bapa dalam kawasan sekolah dengan pemantauan pengawal
keselamatan.
8.3 Encik Mohamad bin Mohamed Said mencadangkan usul untuk mengadakan program khas
kutipan dana pada tahun 2019 sama ada yang berbentuk karnival, majlis makan malam amal
atau kutipan derma. Persetujuan ibu bapa diperlukan bagi memudahkan pihak AJK PIBG
untuk melaksanan program tersebut. Mesyuarat bersetuju secara sebulat suara.
8.4 Puan Zainab binti Awang meminta AJK PIBG yang telah dilantik untuk membantu pihak
sekolah dalam menangani gejala lepak dalam kalangan murid sekolah.
8.5 Menurut Encik Azlan Shah gejala lepak murid sekolah di Kawasan flat telah menjadi
perhatian para penduduk setempat. Isu ini akan dipanjangkan dalam mesyuarat persatuan
penduduk.
8.6 Encik Adib memohon ibu bapa yang mengambil anak yang bersekolah sesi petang lebih awal.
Hal ini penting demi keselamatan anak-anak.
8.7 Puan Pengetua bersetuju dengan Encik Adib yang meminta ibu bapa untuk datang awal untuk
menjemput anak-anak. Guru-guru yang bertugas sebagai guru penyayang akan bersama-sama
dengan murid sehingga pukul 7.15 sahaja. Selepas waktu itu, murid-murid yang masih tidak
dijemput akan diminta menunggu ibu bapa dalam kawasan sekolah kerana lebih selamat.
Pengawal keselamatan yang bertugas akan memantau keselamatan anak-anak semasa
menunggu ibu bapa. Ibu bapa yang datang lewat perlu mengambil anak berdekatan dengan
pondok pengawal.
Tindakan : Makluman
9.0 Ucapan Penangguhan
9.1Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengah hari
Disediakan oleh:
Urus setia
Minit Mesyuarat Agung ke-15
Tarikh : 9 MAC 2019
6