The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU1042 (F) KENEGARAAN MALAYSIA PENSYARAH : SHAHROL AMAN BIN AHMAD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Atiqah, 2023-12-27 08:32:53

PERISTIWA LAHAD DATU 2013

MPU1042 (F) KENEGARAAN MALAYSIA PENSYARAH : SHAHROL AMAN BIN AHMAD

Keywords: MPU1042

PERISTIWA LAHAD DATU 2013


AHLI KUMPULAN NURWASEELAH BINTI NORYUSRY 301338 SITI NADHIRAH BINTI ABDUL MOKT 301348 MUHAMMAD IZZAT BIN INAMINUDDIN 301359 SAMIRUDIN BIN MOHAMED AYOB KHAN ASURAJA 301346 NURIN BALQIS BINTI ZU 301370 KHASHWINI A/ P ARASU 301354 NIK AHMAD SYAWAL BIN NIK NASRUDDIN 301347 MUHAMMAD ADIB ‘AIMADUDDIN BIN MD DIN 301360 SITI NURUL ATIQAH BINTI ASMAWI 301371 AINA SOFIA BINTI RUHAIZAT 301366 2


ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 ABSTRAK PENGENALAN KRONOLOGI PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU PUNCA PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU KESAN PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU USAHA YANG DIAMBIL DALAM MENANGANI PENCEROBOHAN LAHAD DATU USAHA YANG DIAMBIL DALAM MENANGANI PENCEROBOHAN LAHAD DATU LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MENGELAKKAN PERISTIWA LAHAD DATU BERULANG LAGI LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MENGELAKKAN PERISTIWA LAHAD DATU BERULANG LAGI PENGAJARAN PERISTIWA LAHAD DATU RUJUKAN RUMUSAN 4 - 5 9 - 14 6 - 8 18 - 21 15 - 17 22 - 25 26 - 28 29 - 32 33 - 39 40 - 44 3


1.0 ABSTRAK 1.0 ABSTRAK 4


Tajuk kajian ini adalah berkaitan peristiwa yang berlaku di Lahad Datu pada 11 Februari 2013 yang tercetus akibat daripada insiden kemelutan rakyat Filipina dalam menuntut hak mereka ke atas wilayah Sabah. Rakyat Filipina ini merupakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara '. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kronologi peristiwa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah, mengkaji usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu tersebut dan menilai kesan peristiwa pencerobohan pengganas Filipina terhadap rakyat dan hubungan diplomatik Malaysia dan Filipina. Kaedah yang digunakan dalam menyiapkan kajian ini adalah dengan mengumpulkan maklumat daripada sumber internet. Pelbagai info mengenai laporan sepanjang kejadian yang berlaku di Sabah dapat ditemui daripada laman berita seperti sinar harian dan astro awani. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa seramai 12 perwira negara terbunuh dan menyebabkan kematian 56 pengganas dan enam orang awam. Pada 10 April 2013, konflik ini telah diisytiharkan tamat. Mengikut Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, seramai 416 individu telah ditahan kerana terdapat golongan yang bersubahat dengan penceroboh itu seperti memberikan bekalan makanan dan ubat-ubatan. Impaknya, rakyat hendaklah bersyukur ke atas keamanan yang telah diperoleh pada masa kini. Hal ini kerana pengorbanan pejuang-pejuang negara janganlah disia-siakan. Kita sebagai rakyat yang mempunyai semangat patriotisme seharusnya memelihara keamanan dan kedaulatan negara supaya tidak ditindas sekali lagi dengan anasir luar. Kelak, rakyat juga dapat menikmati keselesaan dan kesejahteraan negara Malaysia. Kata Kunci: Tragedi pencerobohan pengganas Filipina, Kesultanan sulu, Hubungan diplomatik Malaysia dan Filipina, Pertumpahan darah 1.0 ABSTRAK PERISTIWA LAHAD DATU 5


2.0 PENGENALAN 2.0 PENGENALAN 6


Peristiwa Lahad Datu adalah tragedi yang tercetus antara negara Malaysia dan negara Filipina bermulanya tanggal 9 Februari 2013 dan berakhirnya tanggal 24 Mac 2013. Hal ini kerana, seramai 235 orang Filipina yang berpakaian seperti tentera membawa senjata api ketika menyeludup memasuki ke Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Pengganas tersebut mengakui diri sebagai “Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara” yang diutuskan oleh kerajaan Sultan Jamalul Kiram III. Jamalul Kiram III menyatakan bahawa tujuan mereka ialah mengembalikan wilayah timur Sabah dan enggan rakyatnya pulang semula ke negara mereka. Pengganas ini digerakkan oleh Raja Muda Sulu iaitu Agbimuddin Kiram. Pasukan keselamatan Malaysia telah mengepung Kampung Tanduo di mana pengganas itu bersembunyi. Selepas beberapa minggu rundingan untuk pengganas menarik diri, terutamanya selepas pembunuhan 2 orang Komando unit PDRM. Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan “Ops Daulat” untuk memadamkan pengganas. Akibat daripada itu, 56 orang pengganas terbunuh turut 6 orang awam dan 10 orang pewira negara. Segilintir pengganas telah ditangkap dan turut melarikan diri mereka ke negara Filipina. 7


Pada tahun 2002, ketika persidangan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, kerajaan Malaysia berlantang menyuarakan bahawa Sultan Sulu melepaskan hak sepenuhnya kepada Sepanyol sejak 22 Julai 1878. Oleh itu, Sultan Sulu kehilangan hak untuk menuntut semula Sabah. Pada tahun 1963, pertemuan Maphilindo antara negara Malaysia, Indonesia dan Filipina telah membahasakan tentang perkara ini. Kerajaan Filipina menyatakan pendapat mereka bahawa tidak mempunyai masalah dengan pembentukan Malaysia tetapi kerajaan Sultan Sulu meminta pembayaran RM5,000 daripada kerajaan Malaysia. Dengan itu, kerajaan Malaysia akan mengikuti sepenuhnya permintaan itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman. Beliau berkata beliau akan pulang ke Kuala Lumpur dan menunaikan permintaan itu. Sejak daripada itu, kedutaan Malaysia di negara Filipina akan mengeluarkan cek sejumlah RM5,300 kepada penasihat undang-undang ahli waris kerajaan Sultan Sulu pada setiap tahun dengan mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan. Kerajaan Malaysia menganggap jumlah pembayaran tahunan itu adalah untuk negeri yang dipertikaikan iaitu wilayah timur Sabah Manakala pada kerajaan Sultan Sulu pula menganggap pembayaran itu hanya sebagai bayaran "sewa wilayah timur Sabah" daripada kerajaan Malaysia. 8


3.0 KRONOLOGI PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU 3.0 KRONOLOGI PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU 9


Kumpulan penceroboh telah memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Kampung Tanduo. Nelayan tempatan membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian seperti tentera dan mempunyai senjata api. Kumpulan penceroboh telah berpecah di beberapa lokasi. 9FEB 11FEB 12FEB 14FEB Polis telah mengenalpasti kumpulan penceroboh tersebut dan disahkan sebagai pewaris keturunan “Raja Sulu” 3.0 KRONOLOGI PERISTIWA LAHAD DATU 10


Menteri Dalam Negeri mengesahkan kumpulan ini ingin menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah Kesultanan Sulu Kerajan Malaysia dan Filipina bekerjasama menyelesaikan isu pencerobohan Lahad Datu Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal untuk membawa pulang 180 orang penceroboh tersebut 16FEB 18FEB 24FEB 26FEB Tempoh menghalau penceroboh telah tamat tetapi rundingan antara Malaysia dan Filipina masih dijalankan 3.0 KRONOLOGI PERISTIWA LAHAD DATU 11


Agbimuddin Kiram mendesak Malaysia untuk membuat rundingan dengan abangnya, Jamalul Kiram lll berkenan isu pencerobohan tersebut Pertempuran darah telah berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh. 2 anggota polis terkorban, 3 cedera dan 12 orang penceroboh terbunuh Pertempuran berlaku di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna. Enam orang polis dan 12 orang penceroboh telah terkorban. 28FEB 1MAC 2MAC 4MAC Pencerobohan ini telah dijanjikan oleh Presiden Benigno Aquino III untuk menyelesaikan dengan cara aman. 3.0 KRONOLOGI PERISTIWA LAHAD DATU 12


Jam 7 pagi, Operasi 'Ops Daulat' telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam menjaga maruah dan kedaulatan negara. Melalui operasi tersebut, 13 mayat penceroboh dijumpai. Empat lelaki ditahan disyaki mempunyai kaitan dengan kes pencerobohan tersebut. Perdana Menteri menolak gencatan senjata yang diumumkan oleh Jamalul Kiram III dan penceroboh mesti letakkan senjata tanpa syarat. 5MAC 6MAC 7MAC 8MAC Mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012, melebihi 50 individu telah ditangkap. 3.0 KRONOLOGI PERISTIWA LAHAD DATU 13


Tawaran Jamalul Kiram III untuk adakan perbincangan telah ditolak dan seramai 53 orang penceroboh ditembak mati dan 79 suspek berjaya ditangkap. Enam ditahan dalam dua kejadian yang berasingan di Semporna. Manakala 2 anggota polis tercedera di Tanjung Batu. 54 penceroboh terbunuh dan 97 telah ditahan melalui gerakan ' mopping out' di Kampung Tanjung Batu dan Sg. Bilis. 9MAC 10MAC 11MAC 22MAC Sebanyak 63 orang penceroboh telah ditewaskan dan 10 orang anggota keselamatan telah terbunuh. 3.0 KRONOLOGI PERISTIWA LAHAD DATU 14


4.0 PUNCA PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU 4.0 PUNCA PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU 15


4.0 PUNCA PERISTIWA LAHAD DATU Ketegangan dan Kesilapan Diplomatik Tuntutan Kesultanan Sulu Kesultanan Sulu, sebuah entiti tradisional di Filipina, mendakwa hak berdaulat ke atas Sabah berdasarkan perjanjian sejarah pada abad ke-19 antara Kesultanan Sulu dan British North Borneo Company. Walaupun tuntutan ini tidak diakui oleh kerajaan Malaysia, ia menjadi asas bagi pencerobohan tersebut. Terdapat kesilapan dalam urusan diplomatik dan komunikasi antara pihakpihak yang terlibat. Ketegangan dan kebingungan dalam menangani tuntutan Kesultanan Sulu telah memberikan ruang kepada pencerobohan. 16


Kelemahan Pengawalseliaan Sempadan Faktor Politik Dalaman Filipina Terdapat kelemahan dalam pengawalseliaan sempadan Sabah yang membolehkan kumpulankumpulan pencerobohan menyusup masuk ke dalam wilayah tersebut tanpa sebarang gangguan awal. Terdapat faktor politik dalaman di Filipina yang mungkin telah mempengaruhi atau membenarkan kumpulan pencerobohan ini untuk menggunakan Sabah sebagai tapak bagi tujuan politik atau kepentingan dalaman. 17


5.0 KESAN PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU 5.0 KESAN PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU 18


Pengganas Filipan melakukan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dengan melancarkan serangan bersenjata maka tercetuslah perperangan di antara pasukan keselamatan negara dengan pihak pengganas Filipina. Kesan daripada perperangan tersebut telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dimana pewira negara terkorban sebanyak 12 orang manakala 56 orang penggas terbunuh serta telah meragut nyawa 6 orang awam. PERTUMPAHAN DARAH 19


Peristiwa ini mengakibatkan berlakunya ketegangan politik diantara Malaysia dan Filipina. Hal ini kerana serangan bersenjata yang dilakukan oleh pengganas Filipina di Kampung Tanduo, lahad Datu. Maka kerajaan Malaysia menuntut Kerajaan Filipina untuk bertanggungjawab keatas serangan bersenjata tersebut. KETEGANGAN DIPLOMATIK 20


Selepas berlaku nya peristiwa Lahad Datu, Sabah, kerajaan Malaysia telah mempengaruhi dasar keselamatan Negara di mana kerajaan Malaysia memperketat kawalan sempadan dan menghantar banyak pasukan keselamatan untuk menjaga perairan sabah agar dapat menangangi pencerobohan awal agar keselamatan rakyat Malaysia di Sabah lebih terjamin. PERUBAHAN DASAR 21


6.0 USAHA YANG DIAMBIL BAGI MENANGANI PENCEROBOHAN LAHAD DATU 6.0 USAHA YANG DIAMBIL BAGI MENANGANI PENCEROBOHAN LAHAD DATU 22


Antara langkah yang diambil oleh Malaysia ialah 7 batalion Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 1 batalion dari Pasukan Gerakan Am (PGA) telah ditambah dan dihantar untuk meningkatkan kawalan keselamatan di Lahad Datu, Sabah. PENINGKATAN ANGGOTA KESELAMATAN 23


Seterusnya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghantar 3 pesawat F/A-18 Hornet dan 5 pesawat Hawk untuk memulakan serangan bom ke tempat persembunyian Agbimuddin Kiram dan kawasan kumpulan bersenjata. Kesan dari serangan udara tersebut seramai 67 penceroboh terkorban dan 149 telah ditahan. PENGHANTARAN PESAWAT PEJUANG DAN PENGEBOMAN 24


25Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 104 orang Filipina yang mempunyai hubungan dengan Jamalul Kiram III yang menceroboh Sabah menggunakan maklumat palsu. Selain itu, 111 pembrontak Sulu ditahan dan 8 orang didakwa kerana mencetuskan peperangan terhadap YDPA yang boleh dihukum mati jika bersalah. TANGKAPAN


7.0 LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MENGELAKKAN PERISTIWA LAHAD DATU BERULANG LAGI 7.0 LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MENGELAKKAN PERISTIWA LAHAD DATU BERULANG LAGI 26


7.0 LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MENGELAKKAN PERISTIWA LAHAD DATU BERULANG LAGI PIHAK KERAJAAN BOLEH MEMULAKAN LANGKAH AWAL DENGAN MENGKAJI DENGAN LEBIH TELITI TENTANG SEMPADAN DI ANTARA MALAYSIA DAN FILIPINA SUPAYA DAPAT MENGENAL PASTI PELBAGAI JALAN YANG BERPOTENSI DIGUNAKAN UNTUK MERENTAS SEMPADAN SAMA ADA MELALUI LALUAN AIR MAHUPUN LALUAN DARAT. 27PIHAK KERAJAAN JUGA BOLEH MENGGUNAKAN PERALATAN TEKNOLOGI SEPERTI PEMASANGAN CCTV (KAMERA LITAR TERTUTUP) BAGI MEMAGAR KAWASAN DARAT YANG MERUPAKAN ANTARA LALUAN UTAMA YANG DIGUNAKAN OLEH PARA PENCEROBOH.


EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM) HENDAKLAH MENAMBAH BILANGAN PEGAWAI YANG BERTUGAS DI KAWASAN SEMPADAN SUPAYA JIKA BERLAKUNYA PENCEROBOHAN, MEREKA DAPAT MENGAWAL SITUASI TERSEBUT TERLEBIH DAHULU SEBELUM BANTUAN SAMPAI. KOMUNITI TEMPATAN YANG TINGGAL BERHAMPIRAN DI KAWASAN BERLAKUNYA PENCEROBOHAN PERLU MEMBUAT LAPORAN SECEPAT MUNGKIN KEPADA PIHAK YANG SEPATUTNYA JIKA MELIHAT AKTIVIT YANG MENCURIGAKAN DI KAWASAN TERSEBUT. 28PASUKAN KESELAMATAN YANG MUNGKIN TERDIRI DARIPADA KEMASUKAN REKRUIT BAHARU SEHARUSNYA MENJALANI LATIHAN DAN SIMULASI UNTUK MENGHADAPI SITUASI DARURAT DAN PENCEROBOHAN.


8.0 PENGAJARAN PERISTIWA LAHAD DATU 8.0 PENGAJARAN PERISTIWA LAHAD DATU 29


Memberikan latihan ketenteraan Menyediakan kelengkapan tentera yang secukupnya Beri pendedahan kepada orang awam tentang ketenteraan Kesengsaraan dan huru hara dapat dielakkan Mendapatkan bantuan ketika diancam Menghulurkan bantuan kepada negara luar ketika mereka diancam (Hubungan 2 hala) KUKUHKAN SISTEM PERTAHANAN NEGARA JALINKAN HUBUNGAN KETENTERAAN 30


Melindungi maklumat peribadi negara sebaik mungkin Menentang kegiatan jahat negara luar habis habisan Tidak menyeludup orang asing masuk ke negara kita TIDAK MENGKHIANATI NEGARA SENDIRI MENJADI TELADAN KEPADA GENERASI MUDA Generasi muda perlulah mempunyai sikap sanggup berjuang demi mempertahankan negara daripada dijajah kuasa luar Menghargai jasa para perwira negara yang berjuang mempertahankan keamanan negara 31


Rakyat perlu melapor kepada penguatkuasa sekiranya terlihat aktiviti yang mencurigakan yang boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan negara RAKYAT DAN PENGUATKUASA PERLU BERKERJASAMA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM DIRI Menghargai jasa para perwira negara yang berjuang mempertahankan keamanan negara Mengekalkan kedaulatan negara 32


9.0 RUMUSAN 9.0 RUMUSAN 33


Seperti mana yang kita sedia maklum, Peristiwa Lahad Datu yang telah berlaku pada tahun 2013 ini telah meninggalkan sejarah hitam buat Malaysia apabila ramai perwira negara gugur mempertahankan kedaulatan negara daripada dicerobohi pengganas Sulu. Sejak pencerobohan di Lahad Datu bermula, rata-rata perbualan masyarakat, corong - corong radio dan muka televisyen tertumpu kepada isu ini. Awalawal lagi Malaysia telah melabel mereka sebagai pengganas atau penceroboh. Ini bermakna mereka tidak dianggap tentera sebuah kerajaan. Definisi penceroboh umpama pencuri yang memasuki rumah milik orang lain secara tidak rela oleh tuan rumah. PDRM merupakan salah satu pihak yang bertanggungjawab terhadap kes jenayah, jika mereka dianggap sebagai penjenayah. Hal ini dikatakan demikian kerana, jenayah berada di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkahlangkah khas) 2012. Jika Malaysia menggunakan tentera sebagai barisan hadapannya, maka Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) atau lebih dikenali sebagai Undang-Undang Peperangan (Law of War) atau Undang-Undang Konflik Bersenjata (Law of Armed Conflict) juga akan digunakan. 34


Pencerobohan Lahad Datu Menyedarkan Malaysia bahawa keamananyang dikecapi selama ini tidak mustahiluntuk digugat olehanasir luaryangsentiasa cubauntuk menghuru-harakan keadaan dinegara ini. Kesiapsiagaanterhadapancaman "perosak"keamananharus dipertingkatkanlagi. MENGAPA SABAH? Sabahadalahnegeriyangkaya dengansumber semulajadiyang tentunya mendatangkan kekayaankepadapenakluknya. Selainitujuga, majoriti muka buminegeri Sabah dikelilingi perairanyangsangat luas memudahkanlagipencerobohan dilakukan. MENGAPA SABAH? Selainitu, Sabahjuga terletak berhampirankawasankonflik di selatanFilipina dan mempunyai sukusakatkaum Suluyang boleh dipergunakan. Namun, kebanyakkankaum Suluyang menetap di Sabahamat mencintaikeamanankerana telah dididiksebegitulama dengan sifat sukakankeharmonian dan ketenangan. 35


Suatu masa dahuluselatanThailand adalah sebahagian daripadajajahan Kelantan.Tetapi kini ianya menjadisebahagian daripadanegara Thailand.Perbezaannya bagikes Kelantan dan SabahadalahMalaysiatidak menuntutsemula selatanThailand yangpernah dikuasai Kelantan keranaMalaysia menghormatihak dan kedaulatanThailand. Namun begitu,persamaan budaya dan majoritipenduduknya beragama Islam menjadikansempadannegaraThailand- Malaysiahanyasekadar diataspeta,namun hubunganakrab diantarakeduanya masihtetap sama. Hal ini berbeza dengan Kesultanan Sulu yang masihlagi berminatterhadap Sabah sedangkan mustahil mendapatkannya. 36


Suatu masa dahuluselatanThailand adalah sebahagian daripadajajahan Kelantan. Tetapikini ianya menjadisebahagian daripadanegaraThailand. Perbezaannya bagikes Kelantan dan SabahadalahMalaysiatidak menuntut semulaselatanThailand yangpernah dikuasai KelantankeranaMalaysia menghormatihak dankedaulatan Thailand. Namun begitu,persamaan budaya dan majoritipenduduknya beragamaIslam menjadikansempadannegaraThailand- Malaysiahanyasekadar diataspeta, namunhubunganakrab diantarakeduanya masihtetapsama. Hal ini berbeza dengan Kesultanan Suluyang masihlagi berminat terhadap Sabah sedangkan mustahil mendapatkannya. Kespencerobohan di Lahad Datujuga memberihikmahterhadapperpaduan masyarakat dinegara ini. Jikakita tidak bersatu, mudahranaplah negara ini. Jika terdapat 2 jutapenduduk dinegara iniyang bersekongkol dengan penceroboh makahancurlahnegara ini. Terkini 97 orang ditangkapkerana dipercayai terlibat. 37


Bagaimana pula jika 2 juta orang terlibat? Dahulu Malaysia pernah diuji dengan komunis, kini diuji pula dengan pengganas. Peperangan alaf baru kini biasaannya disokong oleh orang ketiga yang ingin mengambil kesempatan tanpa menunjukkan muka demi kepentingan tertentu. Iraq, Syria, Afganistan, Sudan, Korea, campur tangan kuasa asing bertujuan memperluaskan pengaruh, meningkatkan kebergantungan terhadapnya, mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil sumber semulajadi. 38


Pencerobohan Lahad Datu Negara Malaysianegara berdaulat. Bukanhanya disebabkannegara ini bersultan. Tetapinegara ini bersempadan yang memisahkan daripada negara lain. Ibarat berumah dan ada jiran. Memelihara rumah memerlukankekuatanisi rumah untuk menangkis ancamanluar rumah. Lemah di dalam robohlahrumah. Rakyat Malaysiapasti sedang celik dengankesanpeperangan. Darah,kematian, tangisan, kehancuran danpenyesalan. Peperangan boleh bermulahanya dengankebencian dan dendam. Kehancuran boleh dielakkanjika adanyaperpaduan. Pencerobohan Lahad Datu Pencerobohan Lahad Datu Jangansudahterkena baru mahu terngadah. Menyesal tiadaguna, kerana iturumusan pencerobohanLahad Datu dijadikanpedoman. Persis melayuada mengatakan, sudah terantuk, baruterngadah dan sesat dahulupendapatan, sesal kemudiantiadagunanya. 39


10.0 RUJUKAN 10.0 RUJUKAN 40


1 2 3 4 SANUSI, RAIHAM MOHD. “Peristiwa Lahad Datu Sejarah Hitam Malaysia.” Sinarharian, 22 Sept. 2020, www.sinarharian.com.my/article/102150/BERITA/Nasional /Peristiwa-Lahad-Datu-sejarah-hitam-Malaysia. Astro Awani. “Kronologi Pencerobohan Pantai Timur Sabah.” Astroawani.com, 2020, www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologipencerobohan-pantai-timur-sabah-9460. “Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013.” Wikipedia, 14 Dec. 2021, ms.wikipedia.org/wiki/Krisis_pencerobohan_Lahad_D atu_2013. “Mengenang Tragedi Hitam Lahad Datu.” Laman Web MKN, 14 Feb. 2020, www.mkn.gov.my/web/ms/2020/02/15/mengenangtragedi-hitam-lahad-datu/. 41


5 6 7 8 “Kronologi Penceroboh Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu - Semasa | MStar.” Www.mstar.com.my, 5 Mar. 2013, www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/03/05/kronolog i-penceroboh-kumpulan-bersenjata-di-lahad-datu. “Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu | PDF.” Scribd, www.scribd.com/doc/240287245/KronologiPencerobohan-Di-Lahad-Datu PREVIEW Elaneez, Nur, et al. Tragedi Pencerobohan Lahad Datu Di Kampung Tanduo, Sabah. “Kronologi Pencerobohan Lahad Datu.” Www.youtube.com, www.youtube.com/watch? v=hnJpS6z7Te4. Accessed 18 Dec. 2023. 42


9 10 11 12 “Tiada Petunjuk Pencerobohan Bersenjata Di Lahad Datu - Polis Sabah.” Berita RTM, 19 Dec. 2023, berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senaraiartikel/tiada-petunjuk-pencerobohan-bersenjata-di-lahaddatu-polis-sabah. Accessed 18 Dec. 2023. Bernama. “Kronologi Pencerobohan Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu.” Malaysiakini, 2 Mar. 2013, www.malaysiakini.com/news/222711. “Pencerobohan Lahad Datu, Sabah. Sarang Tebuan Jangan Dijolok, Padah Mencabar Kedaulatan Malaysia! | , . , ! Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013 Tercetus Sejurus... | by Maziram Production | Facebook.” Www.facebook.com, www.facebook.com/maziramproduction/videos/pencerobohanlahad-datu-sabah-sarang-tebuan-jangan-dijolok-padah-mencabarkedaul/974853279700603/. Accessed 18 Dec. 2023. M.Daim. “Lahad Datu: Pengorbanan Pasukan Keselamatan Bukan Sandiwara.” Air Times News Network, 22 Sept. 2020, www.airtimes.my/2020/09/22/lahad-datu-pengorbananpasukan-keselamatan-bukan-sandiwara/. 43


13 14 15 16 HARUS BACA !!!!! KESAN PENCEROBOHAN LAHAD DATU!!!mytimeshubnews.blogspot.com/2013/03/harus-bacakesan-pencerobohan-lahad-datu.html. Accessed 18 Dec. 2023. Fizzila, Nur. “Kronologi Krisis Berdarah Di Lahad Datu, Semporna Dan Kes Penculikan Di Pulau.” Www.academia.edu, www.academia.edu/22901757/Kronologi_Krisis_Berdarah_di _Lahad_Datu_Semporna_dan_Kes_Penculikan_di_Pulau. Pengajaran Dari Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013. 4 Mar. 2018, www.aamuizz.com/2018/03/pengajaran-darikrisis-pencerobohan.html. Accessed 18 Dec. 2023. BERNAMA. “Tragedi Berdarah Pengganas Sulu Sukar Dilupakan Anak Wira Terkorban.” Harian Metro, 20 Mar. 2023, www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/947976/tragediberdarah-pengganas-sulu-sukar-dilupakan-anak-wiraterkorban. Accessed 18 Dec. 2023. 44


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version