The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Eleanorajis08, 2022-03-20 10:54:56

TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK

TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : ELEANOR ANAK AJIS
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2021022310113
KUMPULAN/ UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : 030808-13-0164
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR : PPRBMM2-5

: BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

: PUAN SELINA BINTI AHMAD

: 21 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

1

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Kandungan 1

1.0 Pengenalan 2

2.0 Konsep Dan Fungsi Kesusasteraan 2-4
Melayu Dalam Kehidupan Masyarakat
Melayu Tradisional

3.0 Manifestasi Akal Budi dan 5
Pemikiran Masyarakat Melayu Dalam 5
Pantun Tradisional Melayu

3.1 Definisi Akal Budi

3.2 Pemikiran Masyarakat Melayu 5-6
Dalam Pantun Tradisional Melayu

4.0 Rumusan 7

5.0 Sumber rujukan 8

2

1.0 PENGENALAN

Menurut Mat Piah (2006), perkataan ‘sastera’ berasal daripada Bahasa Sanskrit
castra yang membawa maksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian
sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui
tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran. Sastera merupakan
satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium pengantarnya. Sastera
ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk tamadun dan
peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan
pengarangnya. (Arba ‘ie et al, 2008). Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin
berkembang dari semasa ke semasa.

2.0 KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Menurut Sabaruddin Ahmad (1963), kesusasteraan ialah manifestasi daripada
gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakikatnya
kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkasan kata yang dipersembahakan oleh
sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat. Kesusasteraan terbentuk dari akar
kata susastera (bahasa Sanskrit) + ke-an (kesusasteraan). Su (indah, baik, lebih
bermakna.) sastera (huruf atau buku) susasteraan+ke-an (kesusasteraan): kumpulan
buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Menurut Muhammad Hj Salleh
(1995), kesusasteraan merujuk kepada karya-karya lisan serta juga tulisan yang
membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai
perkataan. Jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu
wacana yang luas dan terdiri daripada pelbagai bentuk. Antaranya ialah diksinya dapat
dihayati oleh pembaca kerana teknik-teknik yang digunakan adalah sesuai dan
membolehkan sesebuah karya itu hidup. Hal ini terhasil daripada kepakaran
seseorang pengarang itu mengarang karyanya dengan pelbagai perasaan dan
ungkapan yang bermakna. Dalam konteks pendidikan pula, karya asal yang tertulis
dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk
novel, cerpen drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi
intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan
citra masyarakat. Dalam sastera terdapat empat unsur iaitu isi kandungan, bentuk,
ekspresi dan bahasa. Secara umumnya, sastera dapat dianggap sebagai ungkapan
peribadi manusia yang berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat dan
keyakinan dalam suatu bentuk gambar konkrit yang membangkitkan keperibadian
melalui pengantara bahasa.

3

RAJAH 1
Fungsi Kesusasteraan Melayu
2.1 HIBURAN

Fungsi yang pertama adalah sebagai hiburan. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2015), hiburan adalah sesuatu perbuatan untuk menggembirakan hati
pembaca. Contohnya, cerita kanak-kanak, puisi, syair, pantun, novel dan cerpen.
Membaca buku-buku syair atau mendengar orang bersyair menjadi suatu hiburan
kepada nenek moyang kita pada zaman dahulu. Oleh itu, pelbagai cerita lisan
diciptakan dalam bentuk seni sastera bertujuan menarik perhatian khalayaknya. Selain
itu, hiburan ini juga tidak memaksa kita berfikir secara mendalam, selalunya
pengakhiran memberi kepuasan kepada pembaca. Secara tidak langsung, kanak-
kanak dapat menikmati sesi pembacaan dengan minda yang terhibur. Oleh itu,
kesusasteraan Melayu ini juga dapat dijadikan hiburan kerana ciri-cirinya yang ringkas
dan mudah difahami oleh masyarakat Melayu.
2.2 PENDIDIKAN

Seterusnya, fungsi kesusasteraan adalah sebagai pendidikan. Pengalaman-
pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh

4

mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik,
sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan
dimasukkan dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang
tinggi nilainya dan dibaca oleh pembaca maka berlakulah pendidikan secara tidak
langsung. Hal ini juga membolehkan pembaca yang membaca sastera Melayu ini
mendapatkan serba sedikit ilmu pengetahuan yang telah dimasukkan dan dijadikan
panduan dalam kehidupan sebenar mereka.

2.3 KRITIKAN SOSIAL
Di samping itu, fungsi yang lain adalah dari aspek kritikan sosial. Kritikan sosial

merujuk kepada satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang berfungsi sebagai
pengawalan terhadap jalan sesuatu cerita dalam sistem bermasyarakat. Kritikan sosial
terdiri daripada tiga perkara yang perlu diambil berat iaitu menilai, membandingkan
dan mengungkap mengenai suatu perkara tentang baik atau buruk yang perlu ada
dalam masyarakat.

2.4 DAKWAH
Menurut Zahir bin Ahmad (2005), peranan kesusasteraan adalah dalam

membentuk akhlak pada diri masyarakat Melayu yang disampaikan secara lisan.
A.Hasymi mendefinisikan dakwah dengan mengajak orang lain untuk menyakini dan
mengamalkan kaedah dan syariat Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan
oleh juru dakwah itu sendiri. Hal ini menyatakan bahawa dakwah yang terdapat pada
sastera Melayu boleh membentuk insan yang baik dari segi akhlak dan juga sikapnya.
Fungsi dalam dakwah sebagai penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tentu
sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek
dakwah Mad’u. Kemudian fungsinya dapat menyembunyikan pesan-pesan yang
hendak dikomunikasikan kepada khalayak pembacanya melalui aneka bentuk dan
ragam estetika, metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan.
Hal ini dapat menjelmakan eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih neutral untuk
menjelajahi medan makna dibalik ruang dan waktu yang tidak terbatas.

5

3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI, PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM
PANTUN TRADISIONAL MELAYU

3.1 DEFINISI AKAL BUDI
Menurut Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak (2017), akal budi mencerminkan
perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksana,
kehalusan jiwa serta keindahan. Perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang ini
diterjemahkan dalam pelbagai rupa, namun yang paling lazim ialah dalam bentuk
penghasilan karya seni, khususnya dalam bentuk seni tampak dan seni sastera.

3.2 PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN TRADISIONAL
MELAYU

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,

Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,

Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Berdasarkan pantun tiga kerat berikut, setiap rangkap mempunyai maknanya
tersendiri. Dalam rangkap pertama bermaksud seseorang yang mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi atau berkuasa tetapi menerapkan sikap merendahkan diri
dalam hidupnya. Dalam konteks ini, orang Melayu menggunakan istilah padi kerana
ianya berkaitan dengan kehidupan mereka yang mana maksudnya menanam padi
merujuk kepada sumber rezeki mereka di samping membawa makna juga dalam
hubungan persaudaraan, kekeluargaan dan akhlak. Oleh itu, istilah padi memberi
makna kepada mereka dan dijadikan sebagai pengajaran dalam kesusasteraan
melayu.

6

Selain itu, rangkap kedua membawa maksud orang yang berbudi akan dipandang
mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata. Jika
seseorang individu itu beradab sopan dan berakhlak mulia, maka akan disanjung dan
dihormati oleh orang ramai. Oleh itu, masyarakat Melayu terdahulu menghasilkan
pantun itu untuk memberi peringatan agar generasi muda menjaga pertuturan dan
akhlak bagi menjaga maruah diri dan keluarga.

Seterusnya, rangkap ketiga bermaksud apabila suatu ilmu tidak dipelajari
sungguh-sungguh, maka tidak akan mendatangkan manfaat. Sebagai contohnya, jika
seseorang guru itu tidak bersungguh-sungguh dalam mengajar dengan tidak
menggunakan kemahiran yang telah diajar, maka perkara yang diajar di dalam kelas
tidak membuahkan hasil dan boleh menjejaskan pembangunan pendidikan negara.
Justeru itu,pantun ini memberi nasihat agar selalu bersungguh-sungguh dalam
menuntut ilmu agar mendapat hasil yang baik.

7

4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kaum Melayu mempunyai keunikan dan kelebihannya yang tersendiri.
Keunikan dan kelebihan ini telah membawa ke arah perkembangan kebudayaan dan
kesusasteraan Melayu. Kebudayaan dan kesusasteraan Melayu ini banyak
dipengaruhi oleh unsur-unsur yang datang dari luar dan diserap masuk dalam amalan
kebudayaan dan hasil kesusasteraan masyarakat Melayu. Justifikasinya, masyarakat
Melayu disarankan agar terus menjaga dan memelihara warisan kebudayaan dan
kesusasteraan Melayu agar warisan Melayu “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas”

(1023 patah perkataan)

8

5.0 Sumber rujukan
Harun Mat Piah et al. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arba’ie Sujud. (2008). Sastera Melayu Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Tinta Press

Sdn Bhd.
Zahir bin Ahmad. (2005). Peranan sastera Islam dalam pembentukan akhlak

penduduk alam Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. 15(1), 254-265.
Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu

dalam pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 4(2), 89-97.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sabaruddin Ahmad, Punca sastera Indonesia, 1963, hal. 11.


Click to View FlipBook Version